Upload
ngongoc
View
226
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PENSYARAH DAN
PELAJAR SEMESTER AKHIR DIPLOMA JABATAN KEJURUTERAAN DI
POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH, KEDAH
NURHAFIZAH BINTI SHABRI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
iii
DEDIKASI
Harapan dan doa yang dicurahkan oleh:
Abah, mak serta ahli keluarga tercinta
Jutaan terima kasih diucapkan
di atas segala bantuan, galakan dan sokongan.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur
kehadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan rahmatNya dapat saya menyempurnakan
Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang ditetapkan.
Penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu
Dr. Hajah Norani binti Mohd. Noor. Selaku penyelia kursus ini, beliau telah banyak
membimbing dan memberi tunjuk ajar, komentar serta dorongan kepada saya dalam
menyiapkan penulisan ilmiah ini.
Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau
tidak langsung terutamanya pihak Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
yang memberi kebenaran untuk menjalankan kajian disana. Semoga sumbangan dan jasa
baik anda mendapat rahmat daripadaNya.
Tidak lupa juga kepada pensyarah dan pelajar yang telah memberi kerjasama
yang baik sebagai responden dan sudi meluangkan masa untuk menjawab soal selidik
yang diedarkan. Terima kasih di atas kerjasama anda dan semoga anda berjaya di dalam
bidang yang diceburi.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Graduan hari ini bukan sahaja perlu memiliki pencapaian akademik dan
intelektual yang tinggi malah perlu mempunyai kemahiran tambahan iaitu kemahiran
generik. Kemahiran generik ini menjadi aspek penting yang dinilai oleh majikan dalam
pengambilan pekerja baru. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui penerapan kemahiran
generik yang diterapkan oleh pensyarah dan pendapat pelajar mengenai kemahiran
generik di politeknik. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen
kajian. Seramai 45 orang pensyarah dan 180 pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam,
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dipilih sebagai
sampel kajian. Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) yang diperolehi bagi item-item
soal selidik ini ialah 0.91. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS
(Statistical Package for Social Science) versi 15.0 bagi mendapatkan nilai kekerapan,
peratus dan min. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penerapan kemahiran generik
di politeknik berada di tahap yang sederhana. Pensyarah dan pelajar berpendapat
kemahiran generik penting untuk menghadapi alam pekerjaan dan P&P di politeknik
mendedahkan pelajar mengenai tugas di dalam organisasi serta persediaan untuk
menghadapi alam pekerjaan. Kaedah yang paling banyak digunakan dalam menerapkan
kemahiran generik adalah dengan membincangkan isu-isu semasa yang sesuai dengan
pelajaran agar pelajar lebih berfikiran terbuka dan kreatif serta banyak melakukan kerja
berkumpulan.
vi
ABSTRACT
Nowadays’ graduates should not only have a good academic achievement and
highly intellectual but should have an additional skills which is generic skill. Generic
skills are important aspects that will be evaluated by employers in the recruitment for the
new employees. This study was conducted to determine the application of generic skills
that are applied by the lecturers and students’ opinion on generic skills in the selected
polytechnic. This study was using a questionnaire as research instrument. Total of 45
lecturers and 180 students from Department of Civil Engineering, Department of
Electrical Engineering and Department of Mechanical Engineering were selected as
study samples. Value of the reliability (Cronbach Alpha) that obtained for the
questionnaire items was 0.91. The raw data was analyzed using SPSS software
(Statistical Package for Social Science) version 15.0 to get the value of frequency,
percentage and mean. The findings of this study show that application of generic skills in
the polytechnic are in a moderate level. Lecturers and students think that generic skills is
essential when working and T&L at polytechnic will expose students the job function in
the organization and prepare for the job life. In addition, the method that highly used in
applying generic skills in polytechnic was discussing the current issues that suitable and
reliable with the subject to make students be open minded and creative also did more
group work.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Definisi Istilah 10
1.7.1 Kemahiran Generik 10
viii
1.7.2 Penerapan 11
1.7.3 Politeknik 11
1.7.4 Kejuruteraan 11
1.7.5 Pensyarah 12
1.8 Skop Kajian 12
1.9 Batasan Kajian 13
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kemahiran Generik 15
2.3 Elemen-Elemen Kemahiran Generik 18
2.4 Model-Model Kemahiran Generik 21
2.5 Modul Industrial Training Soft Skills (ITSS) 24
2.6 Kaedah Penyampaian Pelbagai 26
2.6.1 Amalan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL) 26
2.7 Kaedah Penaksiran Pelbagai 28
2.7.1 Pelaksanaan Penilaian Formatif 28
2.7.2 Pelaksanaan Penilaian Sumatif 29
2.8 Kajian-Kajian Lepas 30
2.8.1 Kajian Dalam Negara 30
2.8.2 Kajian Luar Negara 33
2.9 Rumusan 36
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
3.3 Populasi Dan Persampelan Kajian 38
3.4 Tempat Kajian 39
3.5 Instrumentasi 40
3.6 Kajian Rintis 42
3.7 Prosedur Kajian 43
ix
3.8 Analisis Data 43
4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 44
4.2 Latar Belakang Responden 44
4.2.1 Umur 45
4.2.2 Jantina 45
4.2.3 Bangsa 46
4.2.4 Jabatan 47
4.2.5 Pengalaman Bekerja 47
4.3 Persoalan Kajian 1: Persepsi Pensyarah Terhadap
Kepentingan Kemahiran Generik 48
4.3.1 Respon Pensyarah Mengenai Kemahiran
Berkomunikasi 48
4.3.2 Respon Pensyarah Mengenai Kemahiran Bekerja
Dalam Kumpulan 50
4.3.3 Respon Pensyarah Mengenai Kemahiran
Pembangunan Kendiri 51
4.3.4 Respon Pensyarah Mengenai Kemahiran Berfikir 53
4.3.5 Respon Pensyarah Mengenai Kemahiran Aplikasi
Komputer 55
4.4 Persoalan Kajian 1: Persepsi Pelajar Terhadap
Kepentingan Kemahiran Generik 56
4.4.1 Respon Pelajar Mengenai Kemahiran
Berkomunikasi 57
4.4.2 Respon Pelajar Mengenai Kemahiran Bekerja
Dalam Kumpulan 58
4.4.3 Respon Pelajar Mengenai Kemahiran Pembangunan
Kendiri 60
4.4.4 Respon Pelajar Mengenai Kemahiran Berfikir 61
4.4.5 Respon Pelajar Mengenai Kemahiran Aplikasi
Komputer 63
x
4.5 Persoalan Kajian 2: Tahap Penerapan Kemahiran Generik
Oleh Pensyarah Semasa Proses P&P 65
4.5.1 Respon Pensyarah Mengenai Kemahiran
Berkomunikasi 65
4.5.2 Respon Pensyarah Mengenai Kemahiran Bekerja
Dalam Kumpulan 67
4.5.3 Respon Pensyarah Mengenai Kemahiran
Pembangunan Kendiri 68
4.5.4 Respon Pensyarah Mengenai Kemahiran Berfikir 69
4.5.5 Respon Pensyarah Mengenai Kemahiran Aplikasi
Komputer 70
4.5.6 Analisis Keseluruhan Tahap Penerapan Kemahiran
Generik Semasa Proses P&P Oleh Pensyarah 71
4.6 Persoalan Kajian 2: Respon Pelajar Terhadap Tahap
Penerapan Kemahiran Generik Oleh Pensyarah Semasa
Proses P&P
72
4.6.1 Respon Pelajar Mengenai Kemahiran
Berkomunikasi 72
4.6.2 Respon Pelajar Mengenai Kemahiran Bekerja
Dalam Kumpulan 73
4.6.3 Respon Pelajar Mengenai Kemahiran Pembangunan
Kendiri 74
4.6.4 Respon Pelajar Mengenai Kemahiran Berfikir 75
4.6.5 Respon Pelajar Mengenai Kemahiran Aplikasi
Komputer 77
4.6.6 Analisis Keseluruhan Respon Pelajar Terhadap
Tahap Penerapan Kemahiran Generik Semasa
Proses P&P
78
4.7 Persoalan Kajian 3: Respon Pensyarah Terhadap Aktiviti
Dalam Proses P&P 79
4.8 Persoalan Kajian 3: Respon Pelajar Terhadap Aktiviti
Dalam Proses P&P 81
xi
5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 84
5.2 Rumusan Kajian 84
5.3 Perbincangan Dan Kesimpulan 85
5.3.1 Persepsi Pensyarah Dan Pelajar Terhadap
Kepentingan Kemahiran Generik 86
5.3.2 Kemahiran Generik Yang Kerap Diterapkan Dalam
P&P Oleh Pensyarah 87
5.3.3 Aktiviti Yang Dilakukan Untuk Menerap
Kemahiran Generik 90
5.4 Cadangan 93
5.4.1 Cadangan Kajian 93
5.4.2 Cadangan Lanjutan 94
5.5 Penutup 95
RUJUKAN 96
LAMPIRAN 102
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL TAJUK
MUKA
SURAT
1.1 Istilah yang digunakan oleh beberapa negara 2
1.2 Bilangan pendaftaran majikan, pendaftaran pencari kerja
baru dan jawatan diisi 7
2.1 Kaedah penyampaian 27
3.1 Pecahan responden mengikut jabatan 39
3.2 Jumlah taburan item mengikut aspek kajian 41
3.3 Skala pemeringkatan Likert (bahagian B) 41
3.4 Skala pemeringkatan Likert (bahagian C dan D) 42
3.5 Nilai min dan tahap data 42
4.1 Bilangan responden pensyarah mengikut peringkat umur 45
4.2 Bilangan responden pelajar mengikut peringkat umur 45
4.3 Bilangan responden pensyarah mengikut jantina 45
4.4 Bilangan responden pelajar mengikut jantina 46
4.5 Bilangan responden pensyarah mengikut bangsa 46
4.6 Bilangan responden pelajar mengikut bangsa 46
4.7 Bilangan responden pensyarah mengikut jabatan 47
4.8 Bilangan responden pelajar mengikut jabatan 47
xiii
4.9 Bilangan responden pensyarah mengikut pengalaman
bekerja 48
4.10 Bilangan responden pelajar mengikut pengalaman bekerja 48
4.11 Peratusan responden pensyarah mengenai kemahiran
berkomunikasi 49
4.12 Peratusan responden pensyarah mengenai kemahiran
bekerja dalam kumpulan 50
4.13 Peratusan responden pensyarah mengenai kemahiran
pembangunan kendiri 52
4.14 Peratusan responden pensyarah mengenai kemahiran
berfikir 53
4.15 Peratusan responden pensyarah mengenai kemahiran
aplikasi komputer 55
4.16 Peratusan responden pelajar mengenai kemahiran
berkomunikasi 57
4.17 Peratusan responden pelajar mengenai kemahiran bekerja
dalam kumpulan 58
4.18 Peratusan responden pelajar mengenai kemahiran
pembangunan kendiri 60
4.19 Peratusan responden pelajar mengenai kemahiran berfikir 61
4.20 Peratusan responden pelajar mengenai kemahiran aplikasi
komputer 63
4.21 Peratusan dan nilai min responden pensyarah mengenai
kemahiran berkomunikasi 66
4.22 Peratusan dan nilai min responden pensyarah mengenai
kemahiran bekerja dalam kumpulan 67
4.23 Peratusan dan nilai min responden pensyarah mengenai
kemahiran pembangunan kendiri 68
4.24 Peratusan dan nilai min responden pensyarah mengenai
kemahiran berfikir 69
xiv
4.25 Peratusan dan nilai min responden pensyarah mengenai
kemahiran aplikasi komputer 70
4.26 Nilai min tahap penerapan kemahiran generik semasa
proses P&P pleh pensyarah 71
4.27 Peratusan dan nilai min responden pelajar mengenai
kemahiran berkomunikasi 72
4.28 Peratusan dan nilai min responden pelajar mengenai
kemahiran bekerja dalam kumpulan 73
4.29 Peratusan dan nilai min responden pelajar mengenai
kemahiran pembangunan kendiri 74
4.30 Peratusan dan nilai min responden pelajar mengenai
kemahiran berfikir 76
4.31 Peratusan dan nilai min responden pelajar mengenai
kemahiran aplikasi komputer 77
4.32 Nilai min respon pelajar terhadap tahap penerapan
kemahiran generik semasa proses P&P oleh pensyarah 78
4.33 Peratusan responden pensyarah terhadap aktiviti dalam P&P 79
4.34 Peratusan responden pelajar terhadap aktiviti dalam P&P 81
xv
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH TAJUK
MUKA
SURAT
1.1 Jumlah kemasukan pelajar, enrolmen pelajar dan output
graduan politeknik di Malaysia, 2005-2010 6
2.1 Model kajian mengenai kemahiran generik 22
2.3 Model kajian Kearns 24
xvi
SENARAI SINGKATAN
P&P - Pengajaran dan pembelajaran
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
LO - Learning outcome
JKA - Jabatan Kejuruteraan Awam
JKE - Jabatan Kejuruteraan Elektrik
JKM - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
xvii
SENARAI LAMPIRAN
BILANGAN TAJUK
1 Surat pengesahan pelajar Fakulti Pendidikan UTM
2 Surat memohon kebenaran mendapatkn maklumat
3 Surat kebenaran KPT
4 Pengesahan borang soal selidik
5 Borang soal selidik (pensyarah)
6 Borang soal selidik (pelajar)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Seagraves (1996), kemahiran generik dapat dihuraikan sebagai
kemahiran yang tidak spesifik kepada bidang mata pelajaran tetapi lebih kepada
merentas kurikulum, program pendidikan dan kerjaya. Kemahiran ini juga digunakan
bersama di dalam pendidikan umum, pendidikan vokasional dan latihan. Pendidikan
yang memberikan penekanan kepada kemahiran generik lebih mengutamakan hasil
melalui tahap pencapaian individu berasaskan kriteria tertentu.
Kemahiran generik adalah yang boleh diguna pakai merentasi pelbagai subjek
domain (Reigeluth, 1999). Ini bermakna dengan menguasai kemahiran generik,
seseorang individu akan dapat mengadaptasikan diri dengan sebarang perubahan
yang berlaku. Pekerja yang yang menguasai kemahiran generik bersifat fleksibel,
dinamik dan berketrampilan dalam menjalankan tugas. Kemahiran generik juga
dikenali sebagai „employable skills’ iaitu kemahiran dan kebolehan dalam melakukan
kerja dengan lebih praktikal dan realistik.
Pelbagai istilah telah digunakan di beberapa negara untuk menjelaskan
maksud berkaitan dengan kemahiran generik. Kebanyakan istilah tersebut memberi
gambaran terhadap kemahiran personal, sikap, tabiat dan tingkah laku, cara
berkomunikasi, penyelsaian masalah dan kemahiran membuat keputusan serta proses
mengurus organisasi. Ini dapat dilihat dalam Jadual 1.1 dibawah yang memberi
gambaran yang lebih jelas mengenai negara dan istilah yang diguna pakai.
2
Jadual 1.1 Istilah yang digunakan oleh beberapa negara
Negara Istilah
United Kingdom Core skills, key skills, common skills
New Zealand Essential skills
Australia Key competencies, employabilty skills, generic skills
Kanada Employability skills
United States Basic skills, necessary skills, work place know-how
Singapura Critical thinking
Perancis Transferable skills
Jerman Key qualifications
Denmark Process independent goals
Sumber: NCVER (National Centre for Vocational Research), 2003
Menurut Prof. Dr Zakaria Kasa (2008) dalam notanya 'Perkembangan
Pekerja‟, kemahiran generik ialah:
"Kemahiran yang boleh digunakan untuk pelbagai pekerjaan dan
kemahiran-kemahiran tersebut ialah komunikasi, penyelesaian
masalah, bekerja secara kumpulan, kemahiran IT, kemahiran
matematik dan keupayaan untuk meningkatkan pembelajaran peribadi
dan prestasi kerja. Kemahiran generik juga merangkumi kemahiran
mengorganisasi kerja, mendiagnosis masalah kerja dan melakukan
kerja dengan berturutan."
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Malaysia Today (2005), yang
bertajuk “Malaysia has 60,000 Graduates Unemployed”, kerajaan telah membuat
satu kajian dan daripada kajian tersebut didapati bahawa punca utama 60,000
graduan Malaysia yang masih menganggur adalah disebabkan kekurangan beberapa
kemahiran seperti komunikasi, lemah dalam menggunakan Bahasa Inggeris dan
kurang pengalaman bekerja. Fenomena ini menunjukkan graduan ini adalah tidak
layak untuk bekerja. Ramai menuduh sistem pendidikan dalam pembelajaran tinggi
mengetepikan kepentingan kemahiran-kemahiran kebolehkerjaan.
Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negara kita tetapi juga di luar negara
seperti United Kingdom, United States dan sebagainya. Untuk tambahan, kerajaan
United Kingdom menghadapi kesulitan dalam menemui graduan yang memiliki “soft
3
skills” (Dickinson, 2000). Di United States pula, majikan selalu melaporkan kepada
media bahawa negara itu menghadapi kekurangan pekerja yang mempunyai set
kemahiran yang sempurna dan masalah ini memberi kesan kepada ekonomi negara
mereka (Lawrence, 2002).
Menurut Tengku Mahaleel (2008), graduan yang baik adalah mereka yang
mendengar, bekerjasama dengan rakan lain, menghormati orang lain, berkeyakinan
dalam apa juga situasi dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan. Beliau juga
menegaskan, graduan sekarang tidak boleh alpa dan mengambil mudah mengenai
persaingan sengit hasil era globalisasi ini.
Kemahiran teknikal sahaja tidak menjamin kebolehdapatan kerja bagi
graduan samada dalam bidang professional atau semi professional. Davis dan
Woodward (2006) dalam kajiannya menunjukkan majikan bukan sahaja melihat
kepada kemahiran teknikal malah kemahiran generik yang tinggi untuk bersaing.
Kemahiran bukan teknikal atau generik telah menjadi pemangkin kebolehpasaran
kerja di arena sejagat (Sharifah Kamaliah 2009; Kamaruddin, Ruhizan dan Ramlee
2009). Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin (2008) menegaskan di
dalam era sejagat yang berteraskan pengetahuan, kejayaan sesebuah negara
bergantung kepada pengetahuan yang dimiliki dan inovasi yang dihasilkan dan
dengan itu, menjadi tanggungjawab institusi pengajian tinggi untuk merealisasi dan
melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan serta mencapai modal insan kelas
pertama.
Tenaga kerja yang fleksibel, analitikal adalah menjadi pilihan majikan (2nd
International TT-TVET EU-Asia Link project Meeting, 2005). Ini dikukuhkan lagi
dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin (2008) iaitu:
“…dalam era sejagat yang berteraskan pengetahuan, kejayaan
sesebuah negara bergantung kepada pengetahuan yang dimiliki dan
inovasi yang dihasilkan dan dengan itu, menjadi tanggungjawab
institusi pengajian tinggi untuk merealisasikan dan melahirkan tenaga
kerja yang berpengetahuan serta mencapai modal insan kelas
pertama.”
4
Menurut Kamal Khir (2006), kelemahan graduan dewasa ini ialah dalam
kedua-dua kemahiran; teknikal dan generik. Sistem pendidikan negara (teknik dan
vokasional) perlu mencorak langkah untuk merencana strategi menambahbaik mutu
graduan yang dihasilkan. Sistem pendidikan teknik dan vokasional perlu
menitikberatkan elemen kemahiran generik. Majikan pascamoden ini bijak memilih
graduan pelbagai kemahiran (multi skilled), mempunyai ciri kepimpinan dan
berpengetahuan dalam disiplin. Graduan yang berpotensi dan mahir dalam teknologi
maklumat, inovatif serta kreatif menjadi keutamaan. Kemahiran generik adalah
kemahiran utama yang perlu ada pada pelajar dalam melaksanakan tugas dengan
sempurna. Kemahiran seperti ini membantu pelajar membuat persediaan untuk
menghadapi persekitaran kerja dan boleh menggunakannya di pelbagai situasi ketika
berada dalam alam pekerjaan kelak (Abd Rahim, 2000).
Oleh itu, sistem pendidikan mestilah mampu melahirkan graduan yang
memenuhi kehendak pasaran. Kurikulum yang diguna pakai haruslah lebih dinamik
dan mengikut perkembangan teknologi seiring proses globalisasi. Sistem Pendidikan
Teknik dan Vokasional perlulah memainkan peranan sebaik mungkin bagi
menyediakan sistem pendidikan yang dapat memenuhi tuntutan tenaga kerja yang
berkemahiran dan profesional.
1.2 Latar belakang masalah
Kebelakangan ini kerap terdengar keluhan atau suara-suara yang
mempertikaikan kewibawaan mahasiswa yang semakin menurun terutama dalam
aspek kepimpinan dan jati diri sekalipun setelah bergelar graduan yang diakui
keintelektualannya. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan sepanjang tempoh
mengikuti program-program pembelajaran, mereka hanya didedahkan dengan ilmu
pengetahuan yang menjurus kepada kursus atau bidang pilihan masing-masing. Ini
mengakibatkan mereka lebih memikirkan keperluan terhadap pembangunan kerjaya
selepas graduasi berbanding dengan kesedaran memikirkan tanggungjawab terhadap
pembangunan diri berhubung dengan kemahiran-kemahiran yang menjadi „nilai
tambah‟ (value added) dalam alam kerjaya masing-masing.
5
Menurut Ketua Eksekutif Proton Berhad, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku
Ariff dalam pembentangan kertas kerja bertajuk Ciri-Ciri Kualiti Pelajar untuk
Keperluan Pekerjaan di Sektor Swasta pada Seminar antara Industri dan Institusi
Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) (Ogos, 2008), antara punca graduan tempatan
gagal dalam temuduga kerja ialah sukar menguasai Bahasa Inggeris dan kelemahan
berkomunikasi dengan baik.
Menerusi temubual bersama Business and Industry (1997), John F. Smith, Jr.,
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif General Motor berkata,
“…apa yang diperlukan untuk empat tahun ijazah universiti ialah
kemahiran kerjaya yang boleh dipindah milik. Program pendidikan
seharusnya menumpukan pembelajaran kontekstual, meliputi
Matematik, Sains, bacaan dan penulisan yang diperlukan untuk
bekerja.... dan mesti memberikan pelajar-pelajar satu asas yang kukuh
dalam kemahiran asas yang dikehendaki dalam semua pekerjaan.”
Dalam kejuruteraan, misalnya, kemahiran komunikasi adalah sering kali
dianggap lebih penting dari matematik peringkat tinggi, kemahiran kerja kumpulan
lebih penting dari akademik individu dan satu komitmen untuk pembelajaran
sepanjang hayat serta pembangunan profesional yang berterusan lebih penting dari
satu sumbangan teoretikal yang fokus kepada penyelidikan dan pembangunan
(Marsh, 1998).
Dalam perbahasan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Abdul Rahman Bakar
telah menyatakan bahawa sebanyak 20,217 graduan institusi pengajian tinggi awam
dan swasta menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan (Utusan, 4 Julai 2006).
Menurutnya, masalah itu wujud berikutan kebanyakan graduan tidak memenuhi
keperluan pasaran pekerjaan kerana kekurangan dari segi soft skill seperti
penguasaan bahasa, ketrampilan dan kewibawaan.
Kemahiran generik menjadi isu utama di kalangan para graduan masa kini.
Ini dikukuhkan lagi dengan hujah Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad
Badawi (2004) dalam ucapannya pada sidang kemuncak pendidikan yang
berlangsung di Kuala Lumpur dimana beliau menyatakan kelemahan ketara yang
melanda graduan sekarang adalah kurangnya kemahiran komunikasi, kurang
6
kemampuan berfikir, kurang inisiatif dan kurang keyakinan diri. Kelemahan-
kelemahan inilah yang akan menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran
di negara ini.
Masalah berkaitan kemahiran generik ini juga turut disuarakan oleh Timbalan
Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin ketika berucap pada mesyuarat Majlis
Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (Harian Metro, 7 Ogos 2010). Beliau menasihatkan pelajar supaya
melengkapkan diri bukan sahaja dengan kemahiran profesional tetapi juga kemahiran
generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah atau menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat melalui cetusan daya kreativiti dan inovasi yang amat diperlukan negara
untuk memacu ekonomi berpendapatan tinggi. Menurut beliau lagi, kemahiran
kepimpinan dan pengurusan organisasi yang cekap boleh diperoleh dan dimantapkan
melalui pembabitan dalam persatuan atau kelab di institusi pengajian tinggi.
Rajah 1.1 menunjukkan jumlah input, enrolmen dan output untuk pelajar
politeknik program diploma dari tahun 2005 hingga 2010. Jumlah ini semakin
meningkat dari tahun ke tahun dan pelajar lepasan politeknik perlu bersaing untuk
mendapatkan kerja untuk mengelakkan masalah pengangguran.
Rajah 1.1: Jumlah Kemasukan Pelajar, Enrolmen Pelajar dan Output Graduan
Politeknik di Malaysia, 2005–2010.
Sumber: Quick Facts, September 2010.
0
10000
20000
30000
40000
50000
60000
70000
80000
2005 2006 2007 2008 2009 2010
Input
Enrolmen
Output
7
Statistik Jobs Malaysia sehingga Oktober 2010, pendaftaran majikan untuk
kerja kosong ialah 32,143, jumlah jawatan yang berjaya diisi ialah 14,791 orang dan
pendaftaran untuk pencari kerja baru mencatat jumlah seramai 166,292 orang (rujuk
Jadual 1.2). Manakala jumlah graduan politeknik berkelulusan diploma untuk sesi
Julai 2010 adalah seramai 21,401 orang (Quick Facts, September 2010). Ini
menunjukkan masih ramai graduan diluar sana belum mempunyai pekerjaan dan
graduan keluaran politeknik juga tidak terkecuali daripada jumlah pencari kerja baru
dan daripada statistik ini menjelaskan meskipun bilangan yang mendaftar melebihi
bilangan kekosongan, penempatan masih tidak dapat dilakukan kerana graduan tidak
mampu memenuhi kehendak majikan pada masa kini.
Jadual 1.2 Bilangan Pendaftaran Majikan, Pendaftaran Pencari Kerja Baru dan
Jawatan diisi
2009 2010
1. Jawatan diisi 28,915 15,561
2. Pendaftaran Pencari Kerja Baru 305,682 196,331
3. Pendaftaran Majikan 78,421 32,143
Sumber: www.JobsMalaysia.gov.my
Menurut Mohd Yusof dan Mohd Fadhil (1997), pelajar bidang teknikal hari
ini perlu memiliki sekurang-kurangnya empat elemen kemahiran generik yang
releven dengan keperluan majikan semasa. Elemen-elemen tersebut adalah:
1. Kemahiran tahu belajar sendiri iaitu sentiasa berusaha mempelajari ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran baru dalam persekitaran pekerjaan
yang sibuk.
2. Kemahiran mengurus sumber manusia kerana disamping mengurus dan
mengendalikan alatan serta mesin, mereka juga akan sering berhadapan
dengan mengurus pekerja-pekerja bawahan.
3. Kemahiran memimpin kerana lulusan institusi teknikal bakal menjadi
penyelia atau ketua ditempat mereka bekerja kelak.
8
Kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya pembangunan modal insan
untuk menghasilkan sumber tenaga kerja yang produktif dan berpengetahuan luas
bagi memenuhi kehendak majikan (Mohd Safarin, 2004). Visi Jabatan Pengajian
Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ialah menjana modal insan
inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan
tenaga kerja global menjelang 2015. Selari dengan itu, pensyarah politeknik haruslah
dipersiapkan dengan kemahiran generik yang sesuai dan dapat menerapkannya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan pelajar yang baik.
Kemahiran generik amat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pensyarah perlu menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran berfikir,
kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir
dalam pengajaran dan tidak kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi (Mok Soon Sang, 2003). Nilai moral dan etika murni juga perlu
diseimbangkan agar dapat menghasilkan pekerja yang berkebolehan dalam semua
aspek. Berdasarkan daripada kenyataan diatas, pengkaji berpendapat satu kajian perlu
dilaksanakan untuk mengetahui tahap penerapan kemahiran generik oleh pensyarah
politeknik untuk mencapai objektif iaitu melahirkan pelajar yang mempunyai
kemahiran teknikal dan kemahiran generik serta mampu memenuhi kehendak
majikan.
1.3 Pernyataan masalah
Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar
dan akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan di alam pekerjaan kelak.
Apabila pelajar menguasai kemahiran generik, mudah untuk mereka mendapatkan
pekerjaan dan sekali gus dapat mengurangkan masalah pengangguran. Oleh itu kajian
ini dijalankan untuk mengenalpasti kepentingan kemahiran generik dan elemen-
elemen kemahiran generik digunapakai dan kaedah yang digunakan dalam proses
P&P dari perspektif pensyarah sendiri dan pelajar semester akhir Diploma
Kejuruteraan Awam (DKA), Diploma Kejuruteraan Elektrik (DKE) dan Diploma
Kejuruteraan Mekanikal (DKM) di sebuah politeknik di negeri Kedah.
9
1.4 Objektif kajian
Berpandukan pernyataan masalah di atas, objektif kajian ini adalah:
1. Mengenal pasti persepsi pensyarah dan pelajar semester akhir DKA, DKE
dan DKM terhadap kepentingan kemahiran generik.
2. Mengenal pasti tahap penerapan kemahiran generik di kalangan pensyarah
dan pelajar semester akhir DKA, DKE dan DKM.
3. Mengenal pasti kaedah penerapan kemahiran generik yang diaplikasikan oleh
pensyarah dalam proses P&P.
1.5 Persoalan kajian
Persoalan kajian ini adalah:
1. Apakah persepsi pensyarah dan pelajar terhadap kepentingan kemahiran
generik?
2. Apakah tahap penerapan kemahiran generik di kalangan pensyarah dan
pelajar semasa proses P&P?
3. Apakah kaedah penerapan kemahiran generik yang digunakan oleh pensyarah
dalam proses P&P?