22
KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK SGRC 3023 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH 1.PENGENALAN DEFINISI PENDEKATAN PENGAJARAN Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria- kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan 1

Pengajaran BI Prasekolah

  • Upload
    fiqhdia

  • View
    30

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perkongsian

Citation preview

Page 1: Pengajaran BI Prasekolah

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

1.PENGENALAN

DEFINISI PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau

memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa

mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-

aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab

itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan

wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran.

Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid,

cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan

pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan

individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas

bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang

kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang

difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan

induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi

susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan

memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai

1

Page 2: Pengajaran BI Prasekolah

pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang

memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-

kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid

adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan

kumpulan.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan

komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan

pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran

yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau

kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan

pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang

digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia

seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya

untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh

sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

DEFINISI PRASEKOLAH

Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak

sebelum memasuki sekolah.

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia. Kementerian

Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak

berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-

kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

2

Page 3: Pengajaran BI Prasekolah

Dalam pendidikan prasekolah,guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan diri,keperluan,kebolehan,bakat dan minat

serta latar belakang murid.Oleh sebab murid merupakan pembelajar yang aktif,guru perlu

menyediakan aktiviti dan bahan yang konkrit dan menarik supaya murid boleh melibatkan

diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu,aktiviti pengajaran dan

pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin

setiap murid mendapat peluang yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama

ada secara kelas,kumpulan ataupun individu.

2.PENDEKATAN

Berdasarkan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah,empat pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang perlu diutamakan iaitu :

Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Pendekatan Bertema

Pendekatan Bersepadu

Penggunaan Ict dalam Pembelajaran

2.1 Belajar Melalui Bermain

Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi

peluang kepada murid belajar dalam keupayaan kognitif,suasana yang menggembirakan dan

bermakna.Pendekatan ini diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana

bermain adalah fitrah kanak-kanak.Melalui bermain mereka dengan gembira dan senang hati

membuat penerokaan,penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung semulajadi.

Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajara dan pembelajaran itu

menggembirakan di samping meningkatkan keupayaan kognitif,keinginan untuk meneroka

bagi memenuhi perasaan ingin tahu,kemahiran motor kasar dan motor halus serta

3

Page 4: Pengajaran BI Prasekolah

meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif.Pendekatan bermain sambil

belajar menekankan cirri-ciri berikut:

Aktiviti yang menggembirakan

Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran

Permainan bebas dan terancang

Kelonggaran masa

Percubaan idea sendiri

Peluang member tumpuan dan perhatian

Semasa melakukan aktiviti bermain,proses penerimaan sensori atau deria seperti

pendengaran,penglihatan,bau,sentuhan dan rasa akan terangsang dan memberikan satu

pengalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina serta

membantu perkembangan ke tahap optimum.Tanggapan main pada kanak-kanak adalah

belajar.Naluri kanak-kanak suka bermain dan pada masa yang sama mereka belajar menerusi

main.Berbeza pula pada tanggapan orang dewasa yang menganggap main ialah untuk

beriadah dan ada juga menjadikannya sebagai profesion seperti main bola sepak,badminton

dan sebagainya.

2.1.1 Konsep Belajar Melalui Bermain

* Sesuatu aktiviti yang memberi kegembiraan serta peluang murid-murid melahirkan

perasaan

* Murid dapat meneroka,mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran

* Peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian

* Membantu mengembangkan pertumbuhan dari segi kognitif dan psikomotor

* Bebas,terancang dan selamat

4

Page 5: Pengajaran BI Prasekolah

2.1.2 Kepentingan main dan permainan

Main melibatkan pemilihan aktiviti bebas daripada motivasi sendiri,menyeronokkan dan

berorientasikan proses.Ini bermakna aspek di luar masa,penggunaan bahan dan

peralatan,persekitaran,peraturan aktiviti bermain dan peranan yang mengambil bahagian yang

dibuat semasa kanak-kanak bermain.Semua berdasarkan deria reality kanak-kanak.Pada masa

yang sama main dapat member manfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi sosial

dan kognitif.Sebenarnya kanak-kanak bermain tidak memerlukan ganjaran,pujian, wang atau

makanan.Mereka bermain kerana sukakannya.Kanak-kanak bermain tanpa mengikut arahan

orang dewasa.Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung semasa

bermain.Kanak-kanak akan membina kefahaman sesuatu konsep menerusi bermain sama ada

konsep sosial atau kognitif.

Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses

pengajaran dan pembelajran. Pendekatan meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu,

kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu

mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. 

Pendekatan menekankan ciri-ciri berikut: 

*  Aktiviti yang menggembirakan 

*  Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran 

*  Permainan bebas dan terancang 

*  Kelonggaan masa 

*  Percubaan idea sendiri 

*  Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian 

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan

kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga

5

Page 6: Pengajaran BI Prasekolah

kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan

bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. 

Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembangan

kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping

dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.

Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan

kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh,

aktiviti fizikal yng dilakukan di dalam kelas. Melalui permainan yang melibatkan perlumbaan

misalnya. 

Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk

melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy

(1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri

tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan.

Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan

diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan

pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983). 

Dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut; 

“Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk

kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada 

kebebasan memilih oleh peserta” . ( Fergus 1995,2). Mengikut Vygotsky (1967) “Main

membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui

penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi

kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia

sebenar.” Perkembangan Fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam dan di luar

bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan dan aktiviti

6

Page 7: Pengajaran BI Prasekolah

pergerakan lokomotor kreatif. 

Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid: 

i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran 

ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam

aktiviti fizikal 

iii. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat 

iv. Membina minda yang sihat dan cerdas 

Oleh itu, pendekatan belajar sambil bermain amat sesuai dilakukan dalam aktiviti fizikal. Hal

ini kerana ia dapat merangsang minat kanak-kanak dalam melakukan aktiviti fizikal.Melalui

main sambil belajar,murid-murid boleh mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari

umum kepada yang lebih spesifik,meningkatkan keupayaan kognitif,bersosialisasi dengan

rakan sebaya dan orang dewasa,meningkatkan kemahiran emosi,menguasai kemahiran

manipulatif serta melahir dan menyatakan perasaan.

BELAJAR MELALUI BERMAINAktiviti bermain dijadikan sebagai teknik yang berkesan dalam pembelajaran di prasekolah .

Bermain adalah fitrah kanak-kanak .

2.2 PENDEKATAN BERTEMA

Pendekatan bertema adalah penguasaan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topic atau

tema yang dipilih bersesuaian dengan masa,tempat,minat dan latar belakang murid.Tema

7

Page 8: Pengajaran BI Prasekolah

yang dipilih dijadikan sebagai bahan utama untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti

kemahiran bertutur,membaca,menulis,asas matematik,berfikir dan emosi serta sosial.Selain

itu ,pendekatan ini member peluang kepada murid meluaskan pengetahuan melalui tema

yang dipilih.

Pendekatan pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk

menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegerasikan pelbagai bidang kurikulum.Kanak-

kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang yang

lebih luas.Selain itu peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang

pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititik beratkan

sebelum memulakan pengajaran bertema.Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-

kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan

mereka.Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang

sama.Sebagai contoh haiwan sebagai temanya.Pendekatan bertema melibatkan bidang yang

luas tetapi tidak mendalam.Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami

topik.Tema boleh dianggap sebagai rangsangan kearah pembelajaran.

2.2.1 Faktor-Faktor Pemilihan Pendekatan Bertema

Pemilihan tema perlu menimbangkan aspek-aspek berikut:

Boleh merentas semua komponen

Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan murid

Bersesuaian dengan situasi,masa dan peristiwa

Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran

Guru berminat terhadap tema yang dipilih

8

Page 9: Pengajaran BI Prasekolah

Pemeringkatan tema dari mudah kepada yang lebih mencabar

BERTEMA Tema di pilih berasasakan  keadaan setempat , bahan  , tahap murid , musim  dan minat murid

Tema menjadi fokus pembelajaran

2.2.2 Kepentingan Pendekatan Bertema

* Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahana untuk menghubungjalinkan pengetahuan

Kemahiran daripada beberapa komponen yang berlainan.

Pendekatan bertema dapat membantu guru merancang,mengurus aktiviti dan

menyediakan bahan p&p secara lebih berfokus dan menyeluruh

2.2.3 Pelaksanaan Pendekatan Bertema

Sebelum melaksanakan pendekatan ini,guru perlu mengenalpasti tema yang hendak

digunakan,menjana idea berkaitan tema,membina peta minda tema yang mengandungi

komponen yang berkaitan dengan tema,menyediakan senarai aktiviti kepada setiap

komponen yang berkaitan dengan tema,merancang iklim dan menyusun persekitaran

kelas dan pusat pembelajaran supaya mempunyai suasana yang berkaitan dengan

tema.

2.3 PENDEKATAN BERSEPADU

9

Page 10: Pengajaran BI Prasekolah

Pendekatan ini membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar.Dalam kehidupan

sebenar sesuatu itu saling itu saling berkaitan diantara satu sama lain dan bukannya sesuatu

yang terpisah-pisah.Mereka melihat pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu dan

tidak memisahkan pembelajaran kepada subjek yang berbeza-beza.Selain daripada

kesepaduan antara komponen,pendekatan ini melibatkan juga kesepaduan antara beberapa

kemahiran,kemahiran dan nilai murni,aktiviti dalam kelas dan luar kelas,aktiviti berfokuskan

guru dan berfokuskan murid serta pelbagai kaedah dan teknik.

Pembelajaran melalui pendekatan bersepadu menyediakan murid peluang:

Memenuhi keperluan mereka yang berbeza-beza dari segi perkembangan,minat dan

kebolehan serta perbezaan latar belakang

Meneroka sesuatu topik dengan cara yang lebih mendalam

Lebih banyak pilihan dan motivasi untuk kepuasan pelajar

Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti

Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi

Meningkatkan nilai murni

BERSEPADU Aspek yang disepadukan ialah kemahiran , teori , nilai , komponen , teknik , pengajaran diluar, dalam biik darjah dan kaedah.

10

Page 11: Pengajaran BI Prasekolah

Disepadukan dari pelbagai aspek kehidupan

Pendekatan bersepadu boleh digunakan dalam aktiviti seharian.Guru perlu menggunakan

pengalaman harian kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Semua deria

kanak-kanak terlibat secara langsung dalam pelbagai situasi yang dapat merangsang

pembelajaran di dalam atau luar kelas.Contohnya dalam permainan pasir,kanak-kanak dapat

merasakan tekstur pasir seperti kasar,halus,konsep seperti kering dan basah,kemahiran

membuat timbunan pasir menaik dan menurun serta memupuk nilai murni seperti

bekerjasama,bertolak ansur dan berdisiplin.Pendekatan ini boleh menggabungkan beberapa

kemahiran seperti kemahiran mendengar,bertutur,membaca,menulis dan aspek jasmani,rohani

serta intelek.Kaedah pendekatan ini menggabungkan sekurang-kurangnya dua kemahiran

yang perlu dikuasai oleh murid.

2.4 PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN

Komputer menyediakan peluang pembelajaran yang berkesan kepada murid kerana ianya

member peluang pengalaman pembelajaran dalam cara dan kadar yang berlainan untuk

memenuhi keperluan setiap individu.Murid boleh menggunakan komputer secara

berpasangan untuk menggalakkan mereka bersama-sama meneroka dan memperolehi

pembelajaran.Pendekatan ini digunakan untuk:

Membantu proses pengajaran dan pembelajaran

11

Page 12: Pengajaran BI Prasekolah

Memperoleh maklumat

Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya

Memperkayakan pengalaman pembelajaran

2.4.1Kepentingan Penggunaan ICT

* Membantu membentuk persepsi pemikiran murid

* ICT sebahagian daripada kehidupan masa kini

* Boleh dijadikan bahan bantu mengajar

* Boleh diprogramkan dengan perisian khas

* Dapat merangsang minat murid dan member keseronokan

* Dapat merangsang kreativiti dan pemikiran

* Membantu memudahkan murid memahami konsep sebab dan akibat

2.4.2 Prinsip-Prinsip Penggunaan ICT

* Kesesuaian umur murid-murid

* Kepentingan

*Kawalan kanak-kanak

* Arahan yang jelas

* Penggunaan berdikari

* Tanpa keganasan

*Berorientasikan proses

* Model yang sebenar

* Ciri-ciri teknikal

12

Page 13: Pengajaran BI Prasekolah

* boleh ditransformasikan

* kepelbagaian bahasa

ICTPenggunaan komputer dan perisian yang sesuai dengan tahap kanak-kanak menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, lebih tumpuan , menarik minat  dan berkesan

Tumpuan kanak-kanak adalah tinggi semasa menggunakan ICT

Tidak dinafikan bahawa pengajaran menggunakan I C T merupakan satu strategi menyeluruh

dalam menentukan tahap pencapaian murid. Namun begitu, gaya pengajaran guru memainkan

peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru-guru perlumencari

idea yang lebih kreatif, inovatif dan menarik bagi meningkatkan minat serta memotivasikan

murid untuk belajar. Penggunaan ICT hanyalah merupakan satu alat yang boleh membantu

guru dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran(Burnett 2010).

3.KESIMPULAN

 Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk kepada cara

bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk  mencapai objektifnya. Maka dengan itu

dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran di

mana sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui

13

Page 14: Pengajaran BI Prasekolah

terlebih dahulu latar belakang mereka. Ini kerana, dengan mengetahui latar belakang    

mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan   menggunakan

pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap

murid yang berlainan. Ini kerana proses  pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak

akan berkesan iaitu tidak  mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau

keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan

pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan  pembelajaran berlaku

secara efektif.Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran

menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan

pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta

kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling

maksimum

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin & Rohaty Mohd Majzub (1989). Pendidikan

prasekolah.Petaling Jaya: Fajar Bakti.

14

Page 15: Pengajaran BI Prasekolah

Asmah Morni (2001). Play in Brunei preschool classrooms: In journal of Applied

Research in Education, 2002, Vol.2,No.4,203-213.

Hamzah Dadu (1994). Pola-pola permainan dan pengurusan aktiviti permainan di

pusat pendidikan kanak-kanak prasekolah. Tesis Sarjana Pendidikan

(tidak diterbitkan). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hussain Ahmad (1996). Dasar, status perlaksanaan dan masa depan pendidikan

prasekolah di Malaysia. Seminar Kebangsan Pendidikan Prasekolah.

Pulau Pinang: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Draf kurikulum prasekolah. Kuala

Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian kurikulum prasekolah

kebangsaan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulam.

Sharifah Nor Puteh, Manisah Mohd Ali, Norshidah Mohamad Salleh & Aliza Alias. (2009).

Penggunaan dan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam

kurikulum permainan pendidikan awal kanak-kanak. Laporan Teknikal Projek

Penyelidikan UKM-GG-05-FRGS0003-2007. Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Sufean Hussin, Ahmad Zabidi, Habib Md. Som & Alina Ranee. (2005). Pentadbiran dalaRita

Kurnia & Rohaty Mohd. Majzud. (2009). Kesediaan membaca kanak-kanak

15