Pengajian Am Sektor Pertanian

Embed Size (px)

Citation preview

  • Kumpulan 3: 1. Maximillian Fam 2. Thoo Voon Keat 3. Kiu Kwan Tai

  • Sektor pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan.Penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas.

  • Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama selain daripada perlombongan. Kepentingan sektor pertanian yang mampu keadilan sosial dapat dilihat melalui sumbangannya dalam meluaskan lagi peluang pekerjaan dan sebagai sumber pendapatan utama kepada penduduk desa.

  • Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia.Sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat penting kepada sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan.

  • Kekurangan benih sebab Kebanyakan anak benih kini diimport daripada negara lain.Usia petani yang sudah lanjut.Saiz tanah yang terlalu kecil.Tanah Terbiar.Masalah Tenaga Buruh.Cabaran di peringkat AntarabangsaKekurangan teknologi.Kemudahan peralatan dan jentera pertanian yang terhad.

  • Pengeluaran pertanian sekarang harus menepati aspek-aspek kualiti dan keselamatan.Golongan muda menganggap pekerjaan di bidang pertanian adalah tidak menarik.Persepsi bahawa sektor ini mundur dan tidak membawa keuntungan berbanding dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan.

  • Sektor pertanian mampu menambah peluang pekerjaan. Sektor pertanian mampu mengatasi masalah pengangguran dengan menawarkan ribuan peluang pekerjaan.Sektor pertanian juga mampu mengembangkan industri desa dan meningkat taraf hidup penduduk tempatan.

  • Sistem perhubungan juga dimajukan dengan sektor pertanian.Penghasilan makanan yang mencukupi, akan menurunkan kadar import sekaligus mengurangkan jumlah aliran keluar matawang.Tanah yang tidak diusahakan dapat dioptimumkan penggunaannya sekaligus meningkatkan kadar produktiviti negara.

  • Harga makanan dalam negara lebih terkawal dan dapat mengurangkan beban rakyat jika berlaku kegawatan atau berlakunya pengurangan subsidi di sektor lain.Sektor pertanian merupakan suatu kerjaya yang mudah dipelajari, lantas akan menghasilkan ramai petani dan penternak profesional dan moden. Pertambahan golongan profesional bermakna bertambah golongan pemikir dan rasional.

  • Penggunaan baja kimia, racun serangga dan racun rumpai akan menyebabkan tanah berasid, pencermaran air dan hidupan akuatik terancam.Pertanian sejenis akan menyebabkan nutrien kepada tanah untuk hilang.Pertanian moden lebih menekankan aspek teknologi yang menyaksikan penggunaan sumber manusia begitu kecil berbanding pertanian cara lama yang meyebabkan pekerja untuk hilang perkerjaan.

  • Pertanian moden juga menggalakkan pembukaan tanah yang luas dan begitu intensif penggunaannya yang menyebabkan banyak kawasan baru terutama hutan untuk dibuka.Tanah terhakis dan mencemarkan air sungai berhampiran.

  • Kaum petani kita perlu memiliki prakarsa untuk membuat perubahan atau sedia membuat reformasi terhadap sektor pertanian.Skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Bank Agro untuk pekebun kecil .Sistem pengagihan yang kamil perlu disediakan oleh pihak berkuasa supaya kaum petani kita tidak lagi dianiayai oleh orang tengah yang bersikap tamak haloba.

  • Sektor pertanian perlu mengalami revolusi supaya sektor ini berprestij kepada generasi muda.Agropelancongan merupakan bidang yang patut dikembangkan dalam sektor pertanian kerana dapat menjamin pendapatan yang lumayan.Strategi pemasaran untuk memperkenalkan jentera-jentera pertanian, bahan pertanian, baja organik serta benih-benih yang telah diinovasikan untuk menghasilkan pokok yang bervariasi .Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh dilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian.

  • Kesimpulannya, kepentingan pembangunan sektor pertanian tidak harus dikesampingkan dan fokus kepada pembangunan perindustrian untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dari segi kewangan, ekonomi dan politik. Pembangunan yang seimbang inilah yang merupakan langkah yang besar oleh negara kita dalam menuju ke Wawasan 2020.