Pengajian Malaysia Slide

Embed Size (px)

Citation preview

Perihalkan dengan mendalam sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke15

Kisah ni menceritakan tentang bagaimana sistem pemerintahan di Melaka pada abad ke-16.kisah ini juga menceritakan kegemilangan Melaka pada ketika dahulu yang pesat dengan perniagaan dan perdagangan serta Melaka juga telah menjadi tumpuan untuk kapal-kapal berlabuh dan melakukan perniagaan.zaman ini juga telah mengunakan sistem pentadbiran yang amat sistematik.

Sebagai seorang warganegara Malaysia,kita seharusnya memahami dan mengetahui sejarah negara ini.Ini kerana melalui sejarah kita dapat mengenali diri,masy,bangsa dan negara ini.Sejarah boleh digunakan sebagai panduan untuk mengenali perkara-perkara yang harus kita hargai dan contohi atau sebaliknya elakkan.Dengan memahami sejarah juga kita dapat menanam nilai-nilai seperti setia kepada negara,sifat jujur dan berani dalam diri,di samping memupuk semangat nasionalisme.Tanpa pengetahuan sejarah,kita mungkin kehilangan punca atau landasan dalam memahami kedudukan negara ini dari segi komposisi penduduk,eko,politik,budaya dan sosial.

Bagi melicinkan urusan pentadbiran, Sultan Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka.Dalam sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan.Baginda dibantu oleh 4 orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembessar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.Pembesar-pembesar ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masingmasing.

Raja bertanggungjawab untuk menyelaras semua kegiatan ekonomi Beliau juga menjadi lambang perpaduan rakyat Raja juga mengetuai hubungan diplomatik Beliau juga menjadi ketua agama Islam Ketua istiadat Melayu Melantik pembesar negeri Mengetuai angkatan tentera pada zmn ini sehingga sekarang tapi tidak kesemuanya

Bendahara Menjadi

penasihat sultan Menteri utama Ketua turus angkatan perang Ketua hakim Pemangku sultan

Penghulu Bendahari

Menjadi pemungut hasil atau ufti Ketua segala bendahari Ketua urus setia istana Ketua segala syahbandar

Temenggung

Menjadi ketua polis dan penjara Penguasa Bandar dan Kota Melaka Ketua protokol istana Hakim di darat

Laksamana

Menjadi ketua angkatan laut Ketua duta Pengawal peribadi sultan Utusan rasmi kerajaan

Sokongan padu dan taat setia daripada pembesar kepada sultan sangat penting untuk membina kerajaan yang kuat dan maju. Untuk meningkatkan sokongan,Pembesar Berempat dianugerahkan"kawasan pegangan" iaitu kuasa untuk mentadbir kawasan. -Muar dan Bentan dipegang oleh Bendahara -Sening Hujung dan Kampar dipegang oleh Penghulu Bendahari -Temasik dipegang oleh Laksamana -Sungai Raya dan Siantan dipegang oleh Hulubalang -Sultan melantik pembesar lain seperti pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai.kawasan memungut cukai ini dipanggil "kawasan pemakanan.pembesar akan menghadap dan mempersembahkan ufti kawasannya kepada sultan.

PERDAGANGAN Pertengahan abad ke-15 (zaman kegemilangan), Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa buku Sejarah Melayu iaitu :" Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu." (Sumber : W.G Shallebear,1612,Sejarah Melayu, edisi1961.hlm 82) Pedagang atas angin bermaksud pedagang yang datang dari negara di sebelah Barat Pedagang bawah angin ialah pedagang yang datang dari Timur

Melaka

terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat Ini membolehkan Melaka mengawal selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang Muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal berlabuh dengan mudah, menurunkan barang dagangan dan mendapatkan barang keperluan Terlindung daripada tiupan angin monsun :Barat Daya dilindungi oleh Pulau Sumatera Timur Laut dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa

Peranan syahbandar

memastikan kegiatan perdagangan berjalan lancar dan menguruskan pasar dan gudang memeriksa alat timbang dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan cukai, menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang.

Syahbandar ditugaskan menjaga kumpulan pedagang yang ditetapkan.-Syahbandar I mengurus pedagang dari Gujerat -Syahbandar II menguruskan pedagang dari China, Champa dan Ryukyu -Syahbandar III mengurus pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi

-Syahbandar IV menguruskan pedagang dari Pulau Jawa, Maluku,Banda, Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina Peranan Laksamana dan Orang Laut

pembesar yang bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka. Hal ini adalah untuk menjamin keselamatan pedagang dan keamanan perairan Melaka.

Tugas-tugas mengawal dilaksanakan oleh Orang Laut.

Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka

digubal bagi memastikan aktiviti perdagangan berjalan lancar. Terdiri daripada 24 fasal yang mengandungi peraturan dan tata tertib berniaga, hukum jenayah di kapal, cara berjual-beli, larangan dan tanggungjawab anak kapal, kiwi dan nakhoda. Kiwi merupakan penyewa ruangan perahu dan penumpang yang membawa barang untuk diperdagangkan.Mulkiwi adalah ketua segala kiwi

Kemudahan di pelabuhan gudang untuk menyimpan barang tempat tinggal untuk pedagang semasa menunggu pertukaran angin monsoon Bahasa melayu sebagai lingua franca dan bahasa melayu juga menjadi bahasa perantaraan antara pedagang

Sistem cukai dan surat kebenaran berniagaSistem cukai yang berpatutan :Pedagang dari Barat dikenakan 6% Pedagang yang tinggal tetap di Melaka 3% Pedagang dari China dan Jepun hanya perlu memberi hadiah

Pedagang perlu membayar "panduan" iaitu cukai rasmi sebelum berjual-beli Penggunaan sistem mata wang Menggunakan mata wang logam yang diperbuat daripada timah dipanggil calains dan wang emas,wang perak, dan wang timah dari Pedir, Pasai Kembayat dan Gujerat.

Pelabuhan entrepot pusat pengumpulan barang dari Kepulauan Melayu dan pusat mengedar barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.KEMATANGAN HUBUNGAN LUAR (HubunganSerantau)

Pasai Hubungan Melaka dengan Pasai terjalin melalui perkahwinan antara sultan Melaka,Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai. Hubungan juga terjalin dalam bentuk pertukaran pendapat tentang hukum agama Islam. Kedudukan Melaka dan Pasai dianggap setaraf membantu Pasai menamatkan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya ke Pasai.Melaka mendapat bekalan lada hitam, emas dan beras dari Pasai.

Siak dan Kampar Melaka menakluki Siak dan Kampar. Siak dan Kampar menghantar ufti kepada Melaka.Membekalkan emas untuk kegiatan perdagangan dengan Melaka. Jawa Membekalkan beras, bahan makanan dan rempah. Hubungan Antarabangsa

China Hubungan dengan China bermula pada tahun 1404 apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka Siam Hubungan bermula apabila Melaka menghantar utusannya, Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam.Siam membekalkan kayu jati, beras dan bahan makanan kepada Melaka.

Ryukyu (Jepun) Terjalin perdagangan dan diplomatik.Sultan Mansur Shah pernah mengirim surat kepada Raja Ryukyu yang melanggar undang-undang di Melaka.Gujerat (India) membekalkan kain dan menyebarkan agama Islam di Melaka dan mendapatkan rempah dari Kepulauan Melayu. Arab mendapatkan emas dan rempah dari kepulauan Melayu dan kain sutera dan teh dari China.Pedagang Arab juga mengembangkan agama Islam di Melaka.

PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM Kedatangan Agama Islam ke Melaka

disebarkan di Melaka ialah melalui perkahwinan Sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan Puteri Raja Pasai yang memeluk Islam Hikayat Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam ke Melaka melalui kegiatan dakwah. Ada antara mereka yang berkahwin dengan masyarakat Melaka dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan. Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk menganut agama Islam.

Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam

mempunyai 4 cara iaitu:-melalui perdagangan -melalui peranan tentera upahan -melalui penaklukan -melalui perkhawinan politik

Peranan pemerintah Melaka Contohnya, menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri serta memberi galakan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam pentadbiran menggantikan

sistem beraja dan gelaran raja digantikan dengan sultan.Menggunakan undangundang fikah (syariah) seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Bahasa

Melayu dijadikan bahasa ilmu dan lingua franca. Tulisajawi digunakan secara meluas Agama Islam mempengaruhi kesenian,contohnya ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab, menara azan,dan batu nisan.

Sebagai seorang warganegara Malaysia,kita seharusnya memahami dan mengetahui sejarah negara ini.Ini kerana melalui sejarah kita dapat mengenali diri,masy,bangsa dan negara ini.Sejarah boleh digunakan sebagai panduan untuk mengenali perkara-perkara yang harus kita hargai dan contohi atau sebaliknya elakkan.Dengan memahami sejarah juga kita dapat menanam nilai-nilai seperti setia kepada negara,sifat jujur dan berani dalam diri,di samping memupuk semangat nasionalisme.Tanpa pengetahuan sejarah,kita mungkin kehilangan punca atau landasan dalam memahami kedudukan negara ini dari segi komposisi penduduk,eko,politik,budaya dan sosial.