Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    1/17

    KURSUS : DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL GAS

    SEMESTER : SEMESTER 2 JAN-JUN 2012

    NAMA : 1) MOHAMMAD KHAFIQ BIN MOHD KHAZIL 33470613794

    2)MOHAMAD ZAMRI BIN MAMAT

    3)TENGKU MOHD FAIS BIN TENGKU MAT

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    2/17

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    3/17

    Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia

    dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad

    dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai

    pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia

    adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 1911 ) kerana Manchu

    merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan

    rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad

    ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu dan

    juga yang paling hampir dengan Asia Tenggara.

    Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.

    Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling

    menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara,

    tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal

    kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan

    secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina.

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    4/17

    Sejarah

    Pada abad ke-15 semasa Puteri Hang Li Poh dikahwinkan dengan Sultan Melaka ,

    membawa bersama golongan bangsawan ,pengikut-pengikut ,dan hamba darinegara China.Kebanyakan daripada mereka berketurunan Fujian. Rombongantersebut membawa masuk orang Cina yang kemudiannya berkahwin denganpenduduk tempatan membentuk masyarakat Peranakan.Makam mereka bolehdidapati di Bukit Cina kini. Lelaki berketurunan Peranakan digelar Baba danNyonya bagi perempuan. Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dariChina selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19,kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjianbertulis, dikenali sebagai kuli Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja,dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu

    mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949.Adat Budaya Cina

    Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agakunik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alamsekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagaiperkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang inidiamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakatCina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resammasyarakat Cina secara keseluruhannya.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Fujianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peranakanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Cinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonyahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonyahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonyahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonyahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Cinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peranakanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fujian
  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    5/17

    Kelahiran

    Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cinadalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas

    lahir.

    Sewaktu Mengandung

    Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakatCina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yangbakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan ataukematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikankawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.

    Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung

    dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Inikerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan namanenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementarawaktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluargasuaminya.

    Pantang Larang

    Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasamengandung. Antaranya mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja sepertimemaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil

    juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dandilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.

    Hindari Permasaalahan

    Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin.Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supayakandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yangbelum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam

    masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapantidak tercapai.

    Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam

    Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perutmereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segipenjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yangtajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak keranaditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin.Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau perempuan, makamasyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    6/17

    kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

    Selepas Lahir

    Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

    Berpantang

    Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empatpuluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin.Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya.Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkantali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakatCina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masadepan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik.Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua.Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalanikehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebihdaripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengarkata.

    Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuatdaripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkanbersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas danpedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalindi samping menguatkan semula tenaga.

    Kenduri

    Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cinajuga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayimencapai umur sebulan. Kuih khas yangberbentuk bulat berwarna merah dan kuning yangberintikan kacang dan tau su serta telur yangdiwarnai merah kemudiannya diberikan kepadasaudara-mara yang terdekat. Mereka yangmendapat kuih dan telur ini akan membalasnyadengan membawa hadiah berupa pakaian bayi

    dan pati ayam untuk ibu-ibu.

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    7/17

    Mencukur Rambut

    Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukurrambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yangdilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam

    kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagaipengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

    Memberi Nama

    Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistemnama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat

    mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perludiberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

    Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambangkekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

    Bunyi nama mestilah sedap didengar.

    Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yangterhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

    Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yangsama berat.

    Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayuserta saling melengkapi.

    Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yangmengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik jugaakan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaanatau mendapat kesejahteraan.

    Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkalamenyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi merekayang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    8/17

    Lawatan dan Kunjungan

    Semasa mengunjungi rumah orang orang Cina, tetamu sebaik baiknya duduk di

    sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.

    Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh.

    Dalam pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah

    dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok

    mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan

    kunjungan itu dibuat oleh sebab sebab yang sangat penting.

    Kelahiran

    Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung.

    Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memakudinding rumah tidak dibernarkan sama sekali.

    Ibu yang mengandung mesti berjaga jaga supaya tidak terperanjat dengan benda

    benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira kira sebulan

    selepas bersalin.

    Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji berat badannya. Sebaliknya kata

    kata pujian seperti gemuk atau gemuk macam babi dapat diterima.

    Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara

    mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah

    hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi

    keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.

    Perkahwinan

    Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa

    perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk

    mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat

    diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat

    Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikutkepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat

    dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka

    iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang

    tengah (mei-ngin) dan implicit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan

    perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asanya

    adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi peningkatan merisik,

    meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

    UPACARA AWAL PERKAHWINANPerkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 40a-a21SM. Sebelumzaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin.

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    9/17

    Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinandipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga sertakeperluan bapa dan suaminya.

    - Adat MerisikMengikut kebudayaan Cina, perkahwinan merupakan penyatuan antara dua buahkeluarga. Setelah bakal pengantin lelaki perempuan mengambil keputusan untukmelangsungkan perkahwinan, kedua-dua keluarga akan menyertainya. Keluargalelaki akan melamar gadis pilihan anak mereka untuk dijadikan menantu. Sebelumpihak keluarga lelaki melamar gadis tersebut, anak mereka perlu menjemput bakalanak menantu mereka mengadap kedua-dua ibu bapa mereka untuk mendapatrestu dari keluarga sebelum meneruskan perkahwinan.

    - Adat MeminangSetelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-

    masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung kerumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibupengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebutberkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilihhari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbangakan menjatuhkanmaruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibubapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untukmenyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-duapihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adatbertunang dijalankan.

    - Adat PertunanganPada hari pertunangan, keluarga pihak lelaki akan memberikan Hadiah Besarkepada pihak keluarga perempuan. Ini adalah upacara formal bagi kedua-duakeluarga untuk mengiktiraf secara rasmi dan memberikan tanda persetujuan merekaterhadap perkahwinan yang bakal berlangsung. Hadiah Besar yang diberikanketika lamaran ini kebiasaanya merupakan duit penanda yang dibalut dengansampul berwarna merah dan beberapa barangan lain termasuk teh, kek menambahkebahagian, sepasang binatang ternakan, manisan dan gula, arak serta tembakau.

    Duit penanda yang diberikan kebiasaannya berjumlah RM99.00 atau RM 999.00

    kerana nombor sembilan pada masyarakat Cina memberi erti berpanjangan. Tehmerupakan hadiah paling penting kerana kedua-dua keluarga mendoakan pasanganterbabit mendapat keturunan yang ramai sebagaimana daun teh yang diberikan.Keseluruhan hadiah yang diberikan mestilah mempunyai nilai yang sama.

    Keluarga pengantin perempuan akan mengagihkan kek menambah kebahagiankepada saudara mara dan kawan-kawan mereka sebagai satu bentuk pengumuman.Namun, pada hari ini kedua-dua keluarga akan mengagihkan kek terbabit bersama-sama jemputan perkahwinan. Selain itu, kedua-dua keluarga akan menumpukankepada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Beberapa hari sebelum hariperkahwinan, keluarga pengantin perempuan akan menghantar hantaran kepadapengantin lelaki atau rumah baru pasangan terbabit. Hantaran mestilah berbentukkeperluan harian untuk rumah baru pengantin seperti peralatan tempat tidur, kain

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    10/17

    linen dan set meja makan dan sebagainya.

    Ini merupakan peluang kepada keluarga pengantin perempuan untuk menunjukkankasih sayang dan kekayaan mereka kepada anak mereka. Keluarga pengantin lelaki

    akan menjemput saudara mara terdekat atau kawan untuk ke set katil pengantin dirumah baru tersebut. Di sebahagian tempat di China pada masa dahulu, budak lelakiyang belum berkahwin akan dijemput untuk tidur di atas katil pengantin pada malamsebelum hari perkahwinan bagi membawa kesuburan kepada pasangan yang baruberkahwin

    - Pantang Larang Sebelum PerkahwinanPada pertemuan semasa pertunangan, keluarga keluarga pengantin lelaki akanmempersembahkan seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin perempuan.Walau bagaimanapun, keluarga pengantin perempuan tidak boleh membunuhangsa tersebut kerana ia mewakili pengantin perempuan berkenaan.

    Jika angsa tersebut tidak mengeluarkan bunyi bising ketika diserahkan kepadakeluarga pengantin perempuan, ia menunjukkan bahawa pengantin lelakimempunyaipersonaliti yang baik dan menarik. Jika sebaliknya, ia menunjukkan pengantinberkenaan mudah marah. Keluarga perempuan akan membiarkan angsa tersebut dikawasan tasik atau kolam di mana ia akan membesar dengan sendirinya.

    - Istiadat Pemasangan Kain Merah Pada Pintu BesarOrang ramai akan diberitahu dahulu sehari sebelum majlis perkahwinandilangsungkan. Caranya ialah memasang sehelai kain merahdi luar pintu besarrumah kedua-dua pengantin. Kain tersebut mestilah berukuran 270cm panjang.

    Nombor sembilan dipilih sebagai tanda perkahwinan akan berkekalan dan panjangumur. Justeru itu, kain yang dipasang adalah berbentuk angka sembilan

    - Istiadat Song-TiuIstiadat terakhir yang dilakukan sebelum majlis perkahwinan ialah istiadat Song-Tiu.Adat ini mesti dijalankan jika majlis perkahwinan berkenaan ingin diteruskan. Unsur-unsur penting yang terkandung dalam istiadat ini adalah pemujaan nenek moyangdan penyisiran rambut.

    Adat ini dilakukan oleh kedua-dua bakal pengantin di rumah masing-masing. Mula-mula, mereka diarahkan supaya mandi. Air mandi akan dicampurkan dengan daun-

    daun delima. Selepas itu, mereka dihendaki dipakai sehingga pagi esok dan selepasditanggalkan, baju tersebut tidak boleh dipakai sepanjang hidup lagi.Ketika bakal pengantin sedang mandi, ahli keluarga mereka akan menyediakanmeja pemujaan untuk upacara sembahyang. Di hadapan meja itu terdapat sebuahmeja yang berbentuk segi empat yang ditutup dengan sekeping kertas merah yangbesar. Di atas meja tersebut pula diletakkan seekor ayam rebus, sepiring limaumanis, sepiring jambu apael, tiga cawan kecil teh Cina, tiga cawan kecil wain beras,sebuah tong besi yang mengandungi padi atau pasir, tiga batang kemenyan besardan tiga mangkuk sup manis (tong-yuen) serta dua batang lilin besar.

    Sembilan biji pulut merah akan diletakkan di dalam setiap mangkuk sup. Tujuanmeletakkan sembilan biji pulut merah di dalam mangkuk sup adalah untukmenjemput tuhan-tuhan dan nenek moyang mereka agar datang majlis perkahwinan

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    11/17

    yang akan dilangsungkan. Selain barang-barang tersebut, sebilah gunting, sebatangpembaris, segulung benang merah, sebuah cermin dan sebatang sikat jugadisediakan. Barang-barang tersebut akan diletakkan di dalam tong besi yang berisi

    padi atau pasir.

    Selepas itu, pengantin akan bersembahyang dengan berdiri menghadap mejapejaan. Beberapa batang kemenyan akan dipengang, lalu digerak-gerakkan tangansebanyak tiga kali menghala ke atas dan ke bawah supaya tuhan dan nenekmoyang mereka datang untuk istiadat menyisir rambut pasangan pengantin. Setelahbersembahyang, bakal pengantin akan duduk di atas kerusi atau berdiri di hadapanmeja. Hal ini dipercayai membolehkan nenek moyang sedang duduk di mejamenyaksikan upacara tersebut. Seorang perempuan (bagi pengantin perempun)atau lelaki (bagi pengantin lelaki) yang telah berkahwin dan mempunyai anak yangramai akan dipanggil untuk menjalankan istiadat tersebut.

    Mereka akan berdiri di belakang pengantin dengan memegang sikat yang telahdisediakan untuk upacara tersebut. Tugas menyisir dimulakan dari atas kepalasehingga ke kaki sebanyak tiga kali. Setiap gerakan akan dibaca ayat-ayat yangmembawa maksud tertentu agar pasangan pengantin panjang umur, memperolehperkahwinan yang bahagia dan berkemampuan melahirkan anak. Selepas upacaramenyisir selesai, bakal pengantin akan memakan tiga biji pulut daripada setiapmangkuk yang disediakan. Bagi pengantin perempuan, sikat berkenaan akandisimpan bersama pembaris dan segulung benang merah dalam sebuah bakul kecil.Kemudian, barang-barang tersebut akan dibawa ke rumah pengantin lelaki.

    Istiadat ini mesti dilakui oleh mereka yang hendak berkahwin. Bagi mereka yangbelum atau tidak pernah mengalami perkahwinan akan dianggap belum dewasawalaupun telah berusia.

    UPACARA SEMASA PERKAHWINAN- Adat PerkahwinanPada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan pergi menjemput pengantinperempuan terlebih dahulu bersama dengan rombongan pihak lelaki. Rombongan inikebiasaannya diiringi kereta yang berhias. Setelah sampai di rumah pengantinperempuan pengantin lelaki hendaklah menempuh segala halangan sebelummenjemput pengantin perempuan ke rumahnya. Halangan yang biasanya ditempuh

    adalah seperti dikenakan bayaran atau diminta melakukan apa sahaja oleh pihakpengantin perempuan.

    Hantaran yang biasa diberikan seperti tebu yang memberi erti kepada agardipanjangkan umur. Manakala, hantaran lain yang biasa diberikan ialah brang-barang manis seperti buah-buahan, manisan, kek dan sebagainya. Mengikutkepercayaan mereka, dengan memberi hantaran sedemikian, mereka akanmemperoleh kehidupan yang baik dan sempurna pada masa akan datang.

    Ibu bapa pengantin perempuan akn menyerahkan anak gadis mereka kepadapengantin lelaki setelah pengantin lelaki berjaya masuk ke dalam rumah setelahberjaya menempuh halangan-halangan yang diberikan oleh pihak pengantinperempuan. Upacara yang pertama sekali yang dilakukan setelah pengantin lelaki

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    12/17

    dibenarkan masuk ke dalam rumah pengantin perempuan ialah mereka akanmelakukan upacara sembahyang.

    Upacara ini dilakukan bertujuan memberikan penghormatan atau mendapatkan restudaripada nenek moyang mereka yang telah lama meninggal dunia. Upacara inisebaliknya juga berlaku di rumah pengantin lelaki. Mereka berkahwin denganmendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan status merekasebagai suami dan isteri yang sah. Selepas upacara sembahyang itu selesai,mereka mengadakan jamuan besar-besaran bagi menjamu tetamu-tetamu yanghadir semasa majlis perkahwinan mereka.

    - Upacara Minum TehUpacara minum teh ini diadakan pada hari perkahwinan sahaja karana iamempunyai tujuan-tujuannya yang tersendiri. Antara tujuan ialah:-

    1. Untuk merapatkan hubungan di antara kedua pasangan pengantin.2. Untuk memperkenalkan saudara mara kepada kedua-dua pengantin samaada dari pihak pengantin lelaki mahupun dari pihak pengantin perempuan.Upacara minum teh ini biasanya akan diberi tanda penghormatan kepada merekayang lebih tua, iaitu dari peringkat yang lebih tua kepada yang lebih muda. Biasanya,keluarga sebelah bapa yang akan didahulukan. Setelah semuanya selesai, barulahdiberikan kepada kanak-kanak.

    Satu perkara yang dianggap penting juga ialah bagi mereka yang diberikan tehuntuk diminum oleh pengantin terlebih orang itu terlebih dahulu perlu membuatpermintaan atau mendoakan perkara baik kepada pasangan pengantin. Antara

    permintaan yang biasa dibuat ialah semoga pengantin mendapat cahaya mataterutamanya anak lelakidengan segera dan semoga pengantin hidup bahagia sehingga akhir hayat. Setelahselesai upacara minum teh, orang itu akan memberikan angpau kepada pasanganpengantin sebagai tanda permulaan kehidupan yang baru.

    - Pantang Larang Semasa PerkahwinanKetika pengantin lelaki datang untuk menjemput pengantin perempuan, kawan-kawan pengantin perempuan akan cuba menghalang pihak lelaki daripadamemasuki bilik pengantin pada pagi hari perkahwinan tersebut. Ia merupakan satupermainan yang dikenali sebagai Permainan Pintu Perkahwinan. Walau

    bagaimanapun pihak pengantin perempuan perlu memperuntukkan masa tertentukerana upacara di rumah pengantin lelaki harus berjalan seperti yang telahdijadualkan.

    Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya dan menuju ke kenderaanpihak lelaki, dia harus memakai kasut yang biasa dipakainya kerana iamenggambarkan bahawa pengantin perempuan berkenaan tidak membawa sesuatubersamanya walaupun nasib baik ibu bapanya.

    Apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki, mentua dan kakakiparnya tidak seharusnya mangadap pintu memerhatikan pengantin perempuanmasuk. Ini menurut kepercayaan masyarakat Cina bagi menghalang sebarangpertelingkahan pada masa akan datang.

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    13/17

    Selain itu, wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara maratidak boleh melibat dengan majlis perkahwinan atau menyentuh pakaian pasanganpengantin dan sebagainya di rumah baru pasangan tersebut. Ini untuk mengelakkansebarang perkara buruk daripada berlaku.

    - Kelengkapan Perkahwinan Baju Pengantin- Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik.Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada mendekati mereka. Pakaian tradisional pengantin di Utara Chinakebiasaanya berbentuk jubah yang dikenali Qi Pao. Pakaian ini akan disulamdengan benang emas dan perak. Pakaian pengantin perempuan di Selatan Chinapula memakai pakaian dua bahagian yang dikenali Qun Gua, Kwa atau Cheongsamyang juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix. Pada masadahulu, tudung berwarna merah akan dipakai oleh pengantin perempuan untuk

    menutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Pengantin baru inihanya akan melihat satu sama lain untuk kali pertama pada malam perkahwinantersebut. Lilin Naga dan Pheonix- Lilin berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung Pheonixdigunakan pada hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadapkeluarga baru. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, lilin ini akan digunakan padamalam perkahwinan bagi menghalau roh-roh jahat denganSelain itu, wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara maratidak boleh melibat dengan majlis perkahwinan atau menyentuh pakaian pasanganpengantin dan sebagainya di rumah baru pasangan tersebut. Ini untuk mengelakkan

    sebarang perkara buruk daripada berlaku.

    - Kelengkapan Perkahwinan Baju Pengantin- Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik.Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada mendekati mereka. Pakaian tradisional pengantin di Utara Chinakebiasaanya berbentuk jubah yang dikenali Qi Pao. Pakaian ini akan disulamdengan benang emas dan perak. Pakaian pengantin perempuan di Selatan Chinapula memakai pakaian dua bahagian yang dikenali Qun Gua, Kwa atau Cheongsamyang juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix. Pada masadahulu, tudung berwarna merah akan dipakai oleh pengantin perempuan untukmenutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Pengantin baru inihanya akan melihat satu sama lain untuk kali pertama pada malam perkahwinantersebut. Lilin Naga dan Pheonix- Lilin berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung Pheonixdigunakan pada hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadapkeluarga baru. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, lilin ini akan digunakan padamalam perkahwinan bagi menghalau roh-roh jahat dengan

    UPACARA SELEPAS PERKAWINANPengantin lelaki akan memberikan anak babi panggang kepada keluarga pengantinperempuan untuk diagihkan kepada sanak saudara yang lain.

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    14/17

    Seorang wanita harus mematuhi beberapa peraturan. Isteri terikat dengan keluargasuami. Oleh hal yang demikian, peraturan yang dikenakan perlu dipatuhi. Isteri tidakboleh keluar dari rumah mahupun untuk menziarahi keluarga selagi tidak mendapatkeizinan suami. Selain itu, isteri juga patut melayan suami dengan menjaga makanminuman dan sebagainya.

    Mengikut adat resam masyarakat Cina, suami boleh menceraikan isterinya jikaisterinya tidak dapat melahirkan anak lelaki seperti yang dihendaki oleh suami. Isterimelakukan perbuatan sumbang seperti melakukan perbuatan curang dengan lelakilain atau melarikan diri dari rumah. Isteri tidak menghormati ibu bapa mertua sepertimemukul mereka, tidak melakukan suruhan mereka atau menjadi batu api danmengumpat sesama keluarga sehingga memberi kesan yang tidak baik terhadaprumah tangga. Suami juga boleh menceraikan isterinya sekiranya isteri melakukan

    perkara-perkara tersebut.Isteri yang mencuri harta benda kepunyaan suami atau mertua boleh diceraikan. Disamping itu, penceraian boleh berlaku apabila isteri menghidap penyakit berbahayayang boleh memberi kesan kepada suami, ahli keluarga yang lain atau anak.

    Walaupun bagaimanapun, masyarakat Cina tidak boleh menceraikan isterinyasekiranya isteri berkabung selama tiga tahun atas kematian ibu bapanya. Suamiyang miskin pada masa dahulu telah menjadi kaya setelah berkahwin keranadibantu oleh isteri juga tidak boleh menceraikan isterinya. Akhir sekali, isteri yangtidak mempunyai ahli keluarga atau rumah untuk dituju turut tidak boleh diceraikan.

    Kematian

    Pelawat pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna warni

    sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya baiknya pelawat itu memakai baju

    berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.

    Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang

    lilin putih duit kertas dan lain lain alat sembahyang untuk diberikan kepada

    keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikanderma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan

    sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji panji yang ditulis dengan kata

    kata pujian kepada si mati.

    Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang

    merah atau gula gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna

    merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang

    cuba mengacau. Gula gula yang diberi itu boleh dimakan.

    Kalendar

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    15/17

    Perhintungan hari orang cina ini bermula dari hari pertama anak bulan dan berakhir

    selama 29 atau 30 hari. Setiap tahun mengandungi 12 bulan dan setiap tahun

    dikenali dengan nama binatang-binatang tertentu. Apabila cukup 12 tahun, nama

    yang pertama akan diulang. Nama-nama tersebut ialah tikus, lembu jantan, harimau,

    arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.

    Suku dialek

    Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enamkumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu.Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentutertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

    Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah danSarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpurdan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Johor Bahru dan Perak, di mana merekamungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.

    Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang,Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalampopulasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur danSandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itupernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong,di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an.

    Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia,terutamanya RTM2 dan 8TV.

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    16/17

    Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang,Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dankawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibunegeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysiamenampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan

    kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.

    Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang,kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru danPontian.

    Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysiayang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melakakebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur,Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatansemenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur

    oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasaMandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikanformal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untukmenyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew danKantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecualiSibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasaKantonis.

    Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat CinaMalaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Bakusebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.

    Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia

    dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad

    dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai

    pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia

    adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 1911 ) kerana Manchu

    merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan

    rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad

    ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu dan

    juga yang paling hampir dengan Asia Tenggara.

    Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang

    menggalakkkan kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai

    buruh dan tukang kraf. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap

    untuk memperolehi gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China atau

    membawa ahli keluarga datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah

    Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan bahasa

    mereka.

    Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha.

    Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada

    masyarakat Cina.

  • 8/2/2019 Pengajian Malaysia(Masyarakat Cina)

    17/17

    Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah preservatuon of the state and the

    preservation of the family atau dalam perkataan ialah Hao. Hal ini jelas dilihat

    daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng.Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk

    mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini

    perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah.

    Taosima merujuk kerada Tao yang bermakna way atau Principle iaitu jalan

    kepada yang wujud. Daripada Tao wujud dua prinsip Yin dan Yang.

    Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas

    mati sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati.

    Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama

    Buddha, kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam

    fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti

    menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa

    yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti memadamkan keinginan

    dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian maka akan bebas dari

    kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada

    cycle of life iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula.