Upload
shu-hui-ooi
View
205
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bm
Citation preview
Institusi Pendidikan Guru Kampus Raja MelewarPISMP Semester 2 / Ambilan Jun 2014
WAJ 3042 – Literasi Bahasa DEFINISI PRABACAAN &
PENGAMATAN PENGLIHATAN
Nama Pensyarah: Puan Azim Normiza
Nama Ahli Kumpulan: Sakila krishnan
Connie Ling Jin Lin
Wong Chia Yi
Jacklyn Wong Ci Ling
Mariafastina a/p Peter
Loo Kiu Boon
Definisi Prabacaan• Kesediaan murid untuk membaca.• Pada peringkat awal, kesediaan membaca adalah sebagai satu
peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas.
• Pada tahap ini, murid akan didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.
• Aktiviti prabacaan akan dijalankan bagi tujuan:• a) beri asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh
membaca. • B) belajar secara semula jadi di rumah dan sekolah
Definisi Pengamatan
• Menurut Kamus Dewan (1998), pengamatan bermaksud membuat penelitian atau pengawasan.
Definisi Pengamatan Penglihatan• Rangsangan luar yang boleh dikesan oleh deria mata.
Ciri-ciri Kesukaran dalam Pengamatan Penglihatan
• 1. Diskriminasi• - Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor
dan perkataan.
• 2. Ingat Kembali• - Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.
• 3. Orientasi Kedudukan• - Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf
dan nombor.
• 4. Turutan• - Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf-
huruf dalam perkataan.
• 5. Menyudah atau Melengkapkan• - Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau Melengkap objek,
nombor, perkataan atau ayat.
• 6. Menyalin• - Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor,
perkataan atau ayat.
• 7. Rajah Latar Belakang• - Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau
nombor dari latabelakang sesuatu gambar atau rajah
• 8. Koordinasi Motor• - Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor mata dan
tangan.
• 9. Pertalian Jarak (Ruang)• - Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta
hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.
• 10. Ketetapan Bentuk / Kedudukan dalam rajah• - Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atau nombor
yang mempunyai bentuk tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan
• 11. Gambar Bersiri • - Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak
yang lain.
• 12. Mazing atau Mencari Jalan Keluar• - Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah
• 13. Benda Tersembunyi • - Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.
Langkah Menangani Kesukaran Komponen Pengamatan
1 )Penggunaan bahan maujud (benda yang benar-benar ada)
. Keistimewaan menggunakan benda maujud ialah murid-murid dapat
memegang, merasa dan menyentuh objek berkenaan. Contohnya bola, buku,
pensel, topi, beg dan sebagainya.
2) Mempelbagaikan kaedah pengajaran
Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah dapat
mengelakkan pembelajaran murid menjadi cepat bosan. Justeru,
kepelbagaian kaedah pengajaran boleh dijalankan oleh guru seperti
melaksanakan pengajaran secara individu, berpasangan dan berkumpulan.
3 ) Memberikan sebanyak mungkin siri latihan pengamatan
penglihatan
Memberikan sebanyak mungkin siri latihan pengamatan
penglihatan kepada murid-murid yang mengalami kesukaran
dalam komponen pengamatan. Latihan ini boleh dijalankan
secara individu seperti melaksanakan aktiviti diskriminasi
bentuk, pendengaran, penglihatan, turutan dan menyalin. Cara
ini boleh membantu mereka untuk mengingat secara kekal dan
lama.
1) Mencari perbezaan gambar, bentuk, saiz dan simbol
Pelajar akan didedahkan dengan gambar atau simbol untuk mencari
perbezaan antara gambar, bentuk, saiz dan simbol. Ini membolehkan
murid membezakan gambar, bentuk, saiz dan simbol yang hampir
sama. Selain itu, aktiviti ini juga dapat melatih murid mencari ciri-ciri
persamaan yang terdapat pada gambar tersebut.
Contoh Aktiviti Pengamatan Penglihatan
Contoh: • Bulatkan bentuk yang tidak sama.
• Bulatkan bentuk yang sama.
2) Perbezaan Dan Persamaan Objek
Pelajar akan diberi dua keping kertas keras yang menunjukkan
gambar dan simbol yang sama bentuk kedua-duanya. Pelajar
akan disuruh untuk mencari padanan yang sesuai di antara
kedua-duanya tadi.
3) Memadan huruf dengan perkataan
Pelajar akan diminta untuk memadankan huruf dengan perkataan
ringkas. Guru akan menyediakan satu kit di mana setiap
perkataan akan dibuang atau dipadamkan perkataan awalannya.
Murid diminta untuk memberitahu apakah huruf yang
terkandung dalam perkataan berkenaan.
Contoh:
B L A
A, E, I, O, U
Sekian, terima kasih.