Upload
vuphuc
View
252
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN PERSEMBAHAN GIMNAS
SESI PENGAJIAN: 2003/2004_____ Saya LER HUI YIN___________________________
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 726, JALAN RASAH, DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR 70300, SEREMBAN Nama Penyelia NEGERI SEMBILAN. Tarikh: 6 MARCH 2004 Tarikh: 6 MARCH 2004
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan syarat daripada pihak berkuasa
/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
i
PENGARUH MUZIK TERHADAP LATIHAN DAN PERSEMBAHAN GIMNAS
LER HUI YIN
Laporan projek ini dikemukan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………
Nama Penulis : LER HUI YIN
Tarikh : 6 MARCH 2004
iii
DEDIKASI
Dedikasi ini ditunjukkan istimewa untuk:
Ayah, ibu dan keluarga yang tersayang.
iv
PENGHARGAAN
Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada
penyelia projek, Dr. Mohad Anizu bin Mohd. Nor atas bimbingan, perbincangan serta
teguran yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan sehingga saya dapat menyiapkan
kajian ini.
Selain itu,saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Encik Ngadiso bin Darus yang turut sudi untuk meluangkan banyak
masa membantu menyiapkan serta menyempurnakan projek sarjana muda ini.
Seterusnya penghargaan ditujukan kepada jurulatih Gimnastik, Encik Nasri bin
Omar dan gimnas-gimnas Sekolah Sukan Bandar Penawar dalam menyempurnakan
ujian bagi menjayakan kajian ini.
Kerjasama, tunjuk ajar dan dorongan daripada semua pihak di atas amat saya
hargai. Saya tidak dapat membalas budi baik kalian dan hanya dapat mengucapkan
terima kasih sekali lagi. Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan diberkati oleh
Tuhan.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertajuk “Pengaruh Muzik Terhadap Latihan dan Persembahan
Gimnas.” Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan muzik yang berlainan
terhadap latihan dan persembahan gimnas. Kajian ini akan dapat membantu jurulatih
dan atlit dalam mengatur program latihan dan seterusnya meningkatkan prestasi. Kajian
ini berbentuk eksperimental dan dijalankan di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor.
Lima atlit gimnastik perempuan yang berumur antara 12-15 tahun telah dipilih sebagai
subjek dalam Ujian Pra (tanpa muzik) dan Ujian Pos ( dengan muzik). Di dalam kajian
ini, Polar Heart Rate ‘Acurex Plux’ telah digunakan untuk mengukur kadar denyutan
jantung dan skor pemarkahan digunakan untuk menilai persembahan gimnas dari segi
teknikal, fizikal dan choreography. Penyelidik telah menggunakan SPSS 11.5 untuk
menganalisis data. Hasil analisis ujian-t mendapati terdapat perbezaan yang signifikan
dari segi kadar denyutan jantung dan skor pemarkahan di sepanjang ujian. Ini telah
menunjukkan muzik dapat mempengaruhi kadar denyutan dan persembahan seseorang
gimnas. Daripada kajian ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa muzik memainkan
peranan penting dalam meningkatkan prestasi dan persembahan atlit gimnastik.
vi
ABSTRACT
The title of this study is “Effect of Music on Gymnast’s Exercise and
Performance.” The purpose of this study was to asses music effectiveness on gymnast
during exercise and performance. This study was carried out in Sekolah Sukan Bandar
Penawar, Johor. Five female gymnasts aged 12-15 years old were selected in both Pre
Test (without music) and Post Test (with music) of this study. Polar Heart Rate Accurex
Plus was used to measure the heart rate of gymnasts while score point was used to
measure gymnast’s performance in technical, physical and choreography aspect. The
data obtained from the test was analyzed by using SPSS 11.5. The result from t-test
shown there is significant differences on the heart rate and score point along the test. It
proves that music effects gymnast’s exercise and performance. As result, music helps to
enhance gymnast’s exercise and performance.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Hipotesis Kajian
1.6 Skop Kajian
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xiv
xv
1
1
3
4
4
5
5
viii
BAB II
BAB III
1.7 Persoalan Kajian
1.8 Kepentingan Kajian
1.9 Batasan Kajian
1.10 Definisi Operasional
1.11 Penutup
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.1.1 Muzik
2.2 Kepentingan Muzik
2.3 Fungsi Muzik kepada Sukan
Gimnastik
2.4 Fungsi yang Mempengaruhi Pemilihan
Muzik
2.5 Kepentingan Muzik dalam Sukan
2.6 Penutup
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Pemilihan Subjek
3.4 Tempat Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Alat Pengukuran Kajian
3.6.1 Polar Heart Rate
3.6.2 Muzik
3.7 Prosedur Kajian
6
6
7
7
8
9
9
9
10
11
12
12
14
19
20
20
21
23
23
23
24
24
25
26
ix
BAB IV
3.7.1 Prosedur dan Protokol Heart
Rate Monitor
3.7.2 Kaedah Pengukuran dan
Penilaian
3.7.2.1Penilaian Pergerakan
Pilihan
3.8 Jangkamasa Kajian
3.9 Kaedah Penganalisaan Data
PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Statistik Deskriptif
4.2.1 Analisis Kesan Ujian Pra dari
segi Kadar Denyutan Jantung
4.2.2 Analisis Kesan Ujian Pos dan
Ujian Pos dari segi Skor
Pemarkahan Persembahan
4.2.3 Analisis kesan Ujian Pra dan
Ujian Pos dari segi jenis muzik
yang diminati oleh subjek
4.3 Statistik Inferensi
4.3.1 Perbandingan Ujian-t Kadar
denyutan Jantung antara Ujian
Pra dengan Ujian Pos
4.3.2 Perbandingan Ujian-t Skor
Pemarkahan antara Ujian Pra
dengan Ujian Pos
30
34
35
35
36
38
38
39
39
40
41
54
57
58
58
44
45
60
x
BAB V
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Kadar Denyutan Jantung
5.2.2 Skor Markah Persembahan
5.2.3 Hubungkait Skor Pemarkahan
dengan Jenis Muzik Diminati
oleh Subjek
5.3 Kesimpulan
5.4 Masalah-masalah yang Dihadapi
5.4.1 Subjek
5.4.2 Peralatan Kajian
5.4.3 Tempat Kajian
5.5 Cadangan-cadangan
5.5.1 Persampelan Kajian
5.5.2 Pelaksanaan Kajian
5.5.3 Kajian Akan Datang
5.6 Penutup
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
62
62
62
63
64
65
66
67
67
67
68
68
69
69
69
70
71
74
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
Rekabentuk kajian
Tempo muzik yang berlainan
Perancangan masa ujian pra
Perancangan masa ujian pos
Heart rate exceed 90%
Taburan skor mentah kadar denyutan jantung
dalam ujian pra dan ujian pos bagi subjek 1
Taburan skor mentah kadar denyutan jantung
dalam ujian pra dan ujian pos bagi subjek 2
Taburan skor mentah kadar denyutan jantung
dalam ujian pra dan ujian pos bagi subjek 3
Taburan skor mentah kadar denyutan jantung
dalam ujian pra dan ujian pos bagi subjek 4
Taburan skor mentah kadar denyutan jantung
dalam ujian pra dan ujian pos bagi subjek 5
Min kadar denyutan dalam ujian pra bagi
semua subjek
Min kadar denyutan jantung dalam ujian pos
Taburan skor daripada dua orang jurulatih
dalam ujian pra
Taburan skor daripada dua orang jurulatih
dalam ujian pos
22
24
28
29
33
41
43
45
47
49
51
52
54
55
xii
4.10
4.11
4.12
Turutan minat jenis muzik yang diminati oleh
setiap subjek
Analisis ujian-t kadar denyutan jantung antara
ujian pra dengan ujian pos
Analisis ujian-t skor pemarkahan antara ujian
pra dengan ujian pos
57
58
60
xiii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1
2.2
2.3
3.1
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
Perbandingan antara subjek terlatih dengan
subjek tidak terlatih
Perbandingan RPE antara subjek terlatih
dengan subjek tidak terlatih dan bermuzik
dengan tidak bermuzik.
Perbandingan kadar denyutan jantung antara
subjek terlatih dengan subjek tidak terlatih
dan bermuzik dengan tidak bermuzik.
Kadar denyutan jantung maksimal mengikut
umur.
Min kadar denyutan jantung dalam ujian pra
dan ujian pos bagi subjek 1
Min kadar denyutan jantung dalam ujian pra
dan ujian pos bagi subjek 2
Min kadar denyutan jantung dalam ujian pra
dan ujian pos bagi subjek 3
Min kadar denyutan jantung dalam ujian pra
dan ujian pos bagi subjek 4
Min kadar denyutan jantung dalam ujian pra
dan ujian pos bagi subjek 5
Purata kadar denyutan jantung semasa ujian
pra bagi semua subjek
16
17
18
32
42
44
46
48
50
52
xiv
4.7
4.8
4.9
4.10
Purata kadar denyutan jantung semasa ujian
pos bagi semua subjek
Perbandingan purata skor pemarkahan bagi
subjek-subjek dalam ujian pra dan ujian pos
Kedudukan nilai-t dalam pengujian hipotesis
Kedudukan nilai-t skor pemarkahan
53
56
59
61
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A
B
C
D
E
F
Biodata dan Rekod Kesihatan serta
Kecergasan Diri
Borang Penilaian
Alat Polar Heart Rate Accurex Plus
Contoh Data Polar Heart Rate
Skor Penganalisaan Statistik Deskriptif
Skor Penganalisaan Statistik Inferensi
74
76
77
78
81
85
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sejak kebelakangan ini, sukan gimnastik telah berkembang dengan pesatnya di
negara kita. Kini sukan gimnastik telah dikelaskan sebagai salah satu sukan yang
popular di negara kita setelah ahli-ahli gimnastik beraksi dengan cemerlang di pentas
arena Asia serta antarabangsa. Sukan gimnastik merupakan sukan yang mendapat
sokongan yang baik daripada semua pihak terutamnya Majlis Sukan Negara dan
Kementerian Belia dan Sukan.
Gimnastik merupakan sukan yang bercorak kreatif dan muzikal. Sukan ini
memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang
baik. Ia merupakan pergerakan yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan
muzik bagi gimnas wanita. Pada asasnya, ciri-ciri pergerakan perlu mempunyai ciri-ciri
gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat di antara tiga komponen asas, iaitu
pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik.
Sejak 2000 tahun dahulu, sukan gimnastik telah bermula dan berkembang dan
sangat berhubung rapat dengan peradaban manusia. Walaupun perkembangan sukan
gimnastik ini tidak dapat dikesan, tetapi Aristole, seorang ahli falsafah berbangsa Greek
telah menulis bahawa gimnastik tidak hanya sebagai seni, malahan ia juga merupakan
salah satu bidang ilmu sains kemasyarakatan.
Istilah “gimnastik” berasal dari bahasa Greek “gymnasticus” yang membawa
maksud bersenam. Pada zaman klasik Greek, pertumbuhan badan dianggap mempunyai
kepentingan yang sama dengan pertumbuhan minda. Gimnastik merupakan sebahagian
tradisi purba. Di Egypt, lelaki dan perempuan akrobat merupakan golongan yang
menjalani upacara agama. Pada abad ke-17 di Eropah, latihan fizikal bagi askar terdiri
daripada kemahiran gimnastik
Terdapat tiga kejohanan gimnastik peringkat antarabangsa yang besar yang
diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu Sukan Olimpik,
Kejohanan Dunia dan Kejohanan Eropah. Pertandingan sukan gimnastik antarabangsa
diadakan pada tahun 1900 di Paris. Sebelas (11) acara telah dijalankan dalam sukan
gimnastik tersebut termasuklah larian jauh, memanjat tali dan melombol. Sukan
gimnastik menjadi popular setelah Sukan Olimpik diadakan di Tokyo pada tahun 1964.
Menjelang abad ke-21, kuasa dan pengaruh muzik semakin berkembang dalam
pelbagai bidang sepeti kognitif, perceptual neuropsychology, perkembangan otak dan
psikologi (Research by BAH Music Institude,2001). Dalam sukan gimnastik, muzik juga
memainkan peranan yang penting dalam acara senaman lantai bagi gimnas wanita.
Gimnas wanita hendaklah peka terhadap irama muzik. Penghargaan terhadap muzik,
interpretasi terhadap ritma dan corak muzik mempengaruhi persembahan seseorang
gimnas. Gimnas seharusnya memilih rentak atau irama muzik yang dapat memikat hati
hakim serta penonton dan beraneka ragam.
Acara senaman lantai dalam gimnastik dipersembah dengan iringan muzik oleh
gimnas wanita. Oleh itu, gimnas-gimnas wanita perlu mempunyai pengetahuan dalam
muzik seperti mengira tempo, membezakan ritma yang berlainan jenis. Menurut
peraturan Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), seseorang gimnas perlu
melakukan persembahan senaman lantai bersama iringan muzik dengan harmoni.
Sekiranya seseorang gimnas itu tidak mempunyai paincaidera muzik (music sense), dia
akan gagal mempersembahkan pergerakan bersama muzik dengan sempurna.
Pengetahuan dalam muzik adalah diperlukan oleh setiap gimnas.
Di Malaysia kerajaan kita sentiasa berusaha bagi meningkatkan prestasi dan
mutu sukan negara kita. Pelbagai program dilaksanakan bagi menyempurnakan usaha
ini termasuklah penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah
Sukan Bandar Penawar, Johor. Sekolah Sukan Bandar Penawar telah ditubuhkan pada
Jan 1998 untuk melahirkan atlit bertaraf dunia yang tinggi pencapaian di pentas
antarabangsa dengan mempunyai kekuatan dari segi mental, fizikal dan disiplin. Atlit
Sekolah Sukan Bandar Penawar juga didedahkan dengan latihan intensif yang
merangkumi dua sesi sehari iaitu latihan waktu pagi dan latihan waktu petang. Menu
pemakanan yang seimbang telah diberikan kepada atlit untuk membekalkan tenaga yang
mencukupi bagi menjalankan latihan harian mereka. Jurulatih yang profesional diambil
untuk mengajar dan melatih atlit-atlit di Sekolah Sukan Bandar Penawar.
1.2 Latar Belakang Kajian
Kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik bertajuk “ Pengaruh Muzik
Terhadap Latihan Dan Persembahan Gimnas.” Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
menentukan jenis-jenis muzik yang dapat mempengaruhi latihan dan persembahan atlit-
atlit dalam sukan sukan gimnastik. Sementara itu, perbandingan kesan kadar denyutan
jantung terhadap muzik yang berlainan dapat dibuat melalui kajian ini. Dengan ini,
jurulatih dan atlit gimnastik dapat menganalisis seterusnya menentukan jenis muzik
yang paling sesuai untuk meningkatkan prestasi dan persembahan.
1.3 Penyataan Masalah
Kini, kemahiran dan kebolehan gimnas-gimnas di negara kita semakin
bertambah dan meningkat. Tetapi dari segi pencapaian, prestasi gimnas negara kita
masih dalam lingkungan sederhana sahaja. Kenapa gimnas negara kita masih
ketinggalan di belakang dengan negara barat? Apakah punca fenomena ini?
Kebanyakan orang berpendapat bahawa iringan muzik dalam sukan gimnastik bagi
seseorang gimnas tidak membawa sebarang kesan terhadap persembahan dan latihan.
Untuk melihat samaada muzik yang berlainan akan membawa kesan
persembahan dan latihan yang berlainan atau tidak, penyelidik menjalankan satu kajian
untuk mengkaji perbandingan kadar denyutan jantung dan penilaian dari segi kemahiran
terhadap muzik yang berlainan jenis (Classical, Jazz, Rock dan Sentimental)
berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada Polar Heart Rate dan penilaian yang
dibuat oleh penyelidik dengan bantuan jurulatih yang berpengalaman dan berkelayakan.
1.4 Objektif Kajian
Di antara objektif kajian yang dikenalpasti bagi tujuan kajian ini ialah:
1.4.1 Menentukan jenis-jenis muzik yang dapat mempengaruhi persembahan dan
latihan atlit-atlit dalam sukan gimnastik.
1.4.2 Membuat perbandingan kesan denyutan jantung antara muzik Classical, Jazz,
Rock dengan Sentimental kepada atlit gimnastik.
1.4.3 Memberi panduan kepada jurulatih dan atlit gimnastik dalam menentukan jenis
muzik yang paling sesuai untuk meningkatkan prestasi/persembahan.
1.5 Hipotesis Kajian
Dalam konteks kajian ini, adalah dihipotesiskan bahawa:
Hipotesis nol 1: Tidak terdapat perbezaan catatan kadar denyutan jantung yang
signifikan terhadap muzik Classical, Jazz, Rock dan Sentimental.
Hipotesis nol 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap persembahan
dari segi teknikal, fizikal dan choreography terhadap muzik
Classical, Jazz, Rock dan Sentimental.
Hipotesis Beratau 1: Terdapat perbezaan catatan kadar denyutan jantung yang
signifikan terhadap muzik Classical, Jazz, Rock dan Sentimental.
Hipotesis Beratau 2: Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap persembahan dari
segi teknikal, fizikal dan choreography terhadap muzik Classical,
Jazz, Rock dan Sentimental.
1.6 Skop Kajian
Skop kajian ini hanya tertumpu kepada ahli-ahli gimnastik yang mewakili
Sekolah Sukan Bandar Penawar, Majlis Sekolah Sukan Negeri (MSSN) atau Majlis
Sekolah Sukan Malaysia (MSSM)pada tahun 2000 hingga 2003. Seramai 5 orang
gimnas perempuan yang berumur antara 12-15 tahun dipilih untuk menjalani kajian ini.
Pemilihan subjek adalah berdasarkan pencapaian terbaik di Sekolah Sukan.
1.7 Persoalan Kajian
1.7.1 Adakah terdapat perbezaan catatan kadar denyutan yang signifikan terhadap
muzik berjenis Clasiscal, Rock, Sentimental dan Jazz bagi gimnas perempuan?
1.7.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap persembahan dari segi
teknikal, fizikal dan choreography terhadap muzik Classical, Rock, Sentimental
dan Jazz?