Upload
vuongnhi
View
221
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENGARUH SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK TERHADAP TAHAP
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
WAN ZAINURA BT WAN YUSOF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGARUH SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK TERHADAP TAHAP
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
WAN ZAINURA BT WAN YUSOF
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
( Pengajian Islam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
Dedikasi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Syukurku atas segala kurniaan-Mu Selawat dan Salam atas Rasul Junjungan Muhammad S.A.W
Kajian ini didedikasikan khas buat insan-insan yang banyak membantu, memberi
semangat dan dorongan yang tidak terhingga…
Buat Suami tercinta Rosmarudi Bin Mustafa
Terima kasih atas pengorbanan dan sumbangan
Buat Ayahnda yang dirindui Allahyarham Wan Yusof Bin Wan Hassan
Biarpun Hanya Sedetik Kita Bersama Namun Tetap Bersemi Belaian Kasih Sayangmu
Ku Doakan Moga Dikau Bahagia Di Sana
Khas buat Bonda tersayang Rokiah Bt Mat
Ku Pohon Doa Restumu Dan Terima Kasih Di Atas Segala Pengorbananmu
Penyambung warisan sekeluarga.. Abang-abang dan kakak-kakakku
Wan Zahaini, Wan Zahariah, Wan Zaharina, Wan Aznan dan Wan Azni Jangan dilupa pesan datuk dan nenek
Kunci kesejahteraan adalah Al-Quran dan As-Sunnah Buat Penyelia yang dikagumi..
Ustaz Hj. Abdullah Bin Sulong Syukran Jazilan
Terima kasih atas tunjuk ajarmu
Buat Pensyarah-pensyarah PPIPS dan Fakulti Pendidikan yang disanjungi Terima kasih atas bimbingan dan didikan
Nasihat dan teguran kalian akan aku jadikan pedoman buat bekalan di masa hadapan..
Buat Sahabat-sahabat seperjuangan
Terima kasih kerana bersama-sama ku mengharungi pahit getir sebagai Mahasiswa UTM Skudai
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas
Rasul junjungan Muhammad S.A.W. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda ini dapat
disiapkan hingga ke noktah terakhir.
Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz
Abdullah bin Sulong selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing,
mendorong dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian
Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan
sokongan. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu
menyumbangkan idea dan bahan sampingan.
Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan
mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan hasil kajian ini
memberi manfaat kepada semua pembaca.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh dan hubungan sistem penasihatan
akademik dan faktor-faktornya yang meliputi faktor bimbingan, penasihatan,
pemantauan dan pemerhatian. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi 30 item telah diedarkan
kepada 107 responden yang terdiri daripada tiga kursus dipilih sebagai responden
kajian. Walau bagaimanapun hanya 100 responden yang mengembalikannya. Ianya
dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min
menggunakan Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. Hasil kajian
rintis menunjukkan nilai α = 0.982. Hasil analisis menunjukkan bahawa pencapaian
akademik pelajar adalah tinggi iaitu pada tahap min 3.94. Di samping itu, faktor-
faktor bimbingan, pemantauan dan pemerhatian berada pada tahap min yang
sederhana iaitu 3.55, 3.50 dan 3.47 manakala faktor penasihatan berada pada tahap
min yang tinggi iaitu 3.80. Analisis secara inferensi juga dilakukan menggunakan
pekali korelasi Pearson (r) dan regrasi (r2) untuk melihat hubungan dan pengaruh
yang wujud di antara kedua-dua angkubah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian
menunjukkan terdapat hubungan dan pengaruh yang tinggi di antara pencapaian
akademik pelajar dengan sistem penasihatan akademik dengan nilai r = 0.784, (r2) =
0.614. Manakala faktor bimbingan dengan nilai r = 0.703, (r2) = 0.495, penasihatan
dengan nilai r = 0.754, (r2) = 0.569, pemantauan dengan nilai r = 0.667, (r2) = 0.445
dan pemerhatian iaitu r = 0.593, (r2) = 0.351.
vi
ABSTRACT The purpose of the study is to identify the influence of between academic advisor’s
system and the factors that leadership, advisor, monitoring and observer. The
research had been performed at the Faculty of Education, UTM. A set of
questionnaires containing 30 items had been distributed to 107 respondents from
three courses and from there, only 100 set been collected and analyzed descriptively
to obtain the frequency, percentage and mean using Statistical Package for Social
Science Version 14.0 for Windows. Pilot research shows that α = 0.982. Overall, the
analyzed result shows that student’s academic achievement has high level mean at
3.94. In addition, the factors that leadership, monitoring and observer have medium
level of mean at 3.55, 3.50 and 3.47. But the factor of advisor has high level mean at
3.80. Data obtained were analyzed by inference statistics by using Pearson
correlation (r) and regression (r2) to see relationship and existing influence between
the two variable. The result also shows that there are high relationship and influences
between student’s academic achievement and academic advisor’s system with the
value r = 0.784 and r2 = 0.614. Factor leadership with the value r = 0.703, r2 = 0.495,
, advisor with the value r = 0.754, r2 = 0.569, monitoring with the value r = 0.667, r2
= 0.445 and observer with the value r = 0.593, r2 = 0.351.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENDAHULUAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI AYAT AL-QURAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 10
1.9.1 Pengaruh 10
viii
1.9.2 Sistem 10
1.9.3 Penasihat 10
1.9.4 Akademik 11
1.9.5 Tahap 11
1.9.6 Pencapaian 12
1.9.7 Pelajar 12
1.10 Penutup
12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Takrif Sistem Penasihatan Akademik 13
2.3 Matlamat Sistem Penasihatan Akademik 15
2.4 Ciri-ciri Penasihat Akademik 16
2.5 Peranan Penasihat Akademik 19
2.5.1 Bimbingan 19
2.5.2 Penasihatan 22
2.5.3 Pemantauan 24
2.5.4 Pemerhatian 25
2.6 Peranan Pelajar Terhadap Penasihat Akademik 26
2.7 Kepentingan Penasihat Akademik 27
2.8 Kajian Lepas 29
2.9 Penutup 32
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 34
3.4 Instrumen Kajian 35
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 36
ix
3.6 Kajian Rintis 37
3.7 Analisis Data 38
3.8 Jangkamasa kajian 39
3.9 Penutup
40
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 41
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden
Dalam Kursus SPI, SPP dan SPL
42
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut
Jantina
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut
Umur
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut
Bangsa
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut
Bidang Pengkhususan
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut
Bilangan Pertemuan Dengan Penasihat
Akademik
42
43
43
44
44
4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 45
4.3.1 Analisis Pencapaian Akademik Pelajar
4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar
Terhadap Sistem Penasihatan Akademik
4.3.3 Analisis Data Mengenai Faktor Bimbingan
Penasihat Akademik Terhadap Pelajar
4.3.4 Analisis Data Mengenai Faktor Penasihatan
Penasihat Akademik Terhadap Pelajar
4.3.5 Analisis Data Mengenai Faktor Pemantauan
Penasihat Akademik Terhadap Pelajar
45
46
50
54
58
x
4.3.6 Analisis Data Mengenai Faktor Pemerhatian
Penasihat Akademik Terhadap Pelajar
62
4.4 Bahagian C (Analisis Inferensi) 65
4.4.1 Analisis Korelasi 65
4.4.2 Analisis Regrasi 68
4.5 Analisis Keseluruhan 70
4.6 Penutup
72
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar
5.2.2 Pencapaian Akademik Pelajar
5.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Sistem
Penasihatan Akademik
5.2.4 Kepentingan Faktor-Faktor Penasihat
Akademik
5.2.5 Analisis Inferensi
73
73
75
76
77
82
5.3 Rumusan
5.3.1 Mengenalpasti Persepsi Pelajar Terhadap
Sistem Penasihatan Akademik Dan Faktor-
Faktor Seperti Bimbingan, Penasihatan,
Pemantauan Dan Pemerhatian Terhadap
Tahap Pencapaian Akademik Pelajar
5.3.2 Hubungan Sistem Penasihatan Akademik
Dan Faktor-Faktornya Dalam Menyumbang
Kepada Tahap Pencapaian Akademik
Pelajar
5.3.3 Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik
Dan Faktor-Faktornya Dalam Menyumbang
Kepada Tahap Pencapaian Akademik
84
85
85
86
xi
Pelajar
5.4 Cadangan
5.4.1 Mempertingkatkan Persepsi Pelajar
Terhadap Kepentingan Sistem Penasihatan
Akademik
5.4.2 Mengukuhkan Perlaksanaan Sistem
Penasihatan Akademik Kepada Semua
Universiti
5.4.3 Memberi Keutamaan Terhadap Faktor
Penasihatan Dalam Perlaksanaan Sistem
Penasihatan Akademik
5.4.4 Memberi Perhatian Terhadap Faktor-
Faktor Bimbingan, Pemantauan Dan
Pemerhatian Dalam Perlaksanaan Sistem
Penasihatan Akademik
86
86
87
88
88
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 89
5.6 Penutup 89
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
HALAMAN
Jadual 3.1 Jumlah Populasi Pelajar Fakulti Pendidikan 34
Jadual 3.2 Maklumat Setiap Bahagian 35
Jadual 3.3 Pengkelasan Skala Likert 36
Jadual 3.4 Nilai skor min 38
Jadual 3.5 Klasifikasi kekuatan korelasi 39
Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 43
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 43
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus 44
Jadual 4.5 Taburan Bilangan Pertemuan Dengan Penasihat
Akademik
44
Jadual 4.6 Taburan Keputusan CGPA 45
Jadual 4.7 Taburan skor bagi item 1 46
Jadual 4.8 Taburan skor bagi item 2 46
Jadual 4.9 Taburan skor bagi item 3 47
Jadual 4.10 Taburan skor bagi item 4 47
Jadual 4.11 Taburan skor bagi item 5 48
Jadual 4.12 Taburan skor bagi item 6 48
Jadual 4.13 Taburan skor bagi item 7 49
Jadual 4.14 Taburan skor bagi item 8 49
Jadual 4.15 Taburan min keseluruhan bagi persepsi pelajar
terhadap sistem penasihatan akademik
50
Jadual 4.16 Taburan skor bagi item 9 50
Jadual 4.17 Taburan skor bagi item 10 51
Jadual 4.18 Taburan skor bagi item 11 52
Jadual 4.19 Taburan skor bagi item 12 52
Jadual 4.20 Taburan skor bagi item 13 53
xiii
Jadual 4.21 Taburan min keseluruhan bagi faktor bimbingan 53
Jadual 4.22 Taburan skor bagi item 14 54
Jadual 4.23 Taburan skor bagi item 15 54
Jadual 4.24 Taburan skor bagi item 16 55
Jadual 4.25 Taburan skor bagi item 17 55
Jadual 4.26 Taburan skor bagi item 18 56
Jadual 4.27 Taburan skor bagi item 19 56
Jadual 4.28 Taburan min keseluruhan bagi faktor penasihatan 57
Jadual 4.29 Taburan skor bagi item 20 58
Jadual 4.30 Taburan skor bagi item 21 58
Jadual 4.31 Taburan skor bagi item 22 59
Jadual 4.32 Taburan skor bagi item 23 60
Jadual 4.33 Taburan skor bagi item 24 60
Jadual 4.34 Taburan skor bagi item 25 61
Jadual 4.35 Taburan min keseluruhan bagi faktor pemantauan 62
Jadual 4.36 Taburan skor bagi item 26 62
Jadual 4.37 Taburan skor bagi item 27 63
Jadual 4.38 Taburan skor bagi item 28 63
Jadual 4.39 Taburan skor bagi item 29 64
Jadual 4.40 Taburan skor bagi item 30 64
Jadual 4.41 Taburan min keseluruhan bagi faktor pemerhatian 65
Jadual 4.42 Hubungan antara tahap pencapaian akademik
dengan persepsi pelajar terhadap sistem
penasihatan akademik
66
Jadual 4.43 Hubungan antara prestasi pencapaian akademik
dengan faktor bimbingan
66
Jadual 4.44 Hubungan antara prestasi pencapaian akademik
dengan faktor penasihatan
67
Jadual 4.45 Hubungan antara prestasi pencapaian akademik
dengan faktor pemantauan
67
Jadual 4.46 Hubungan antara prestasi pencapaian akademik
dengan faktor pemerhatian
68
xiv
Jadual 4.47 Pengaruh antara prestasi pencapaian akademik
dengan persepsi pelajar terhadap sistem
penasihatan akademik
69
Jadual 4.48 Pengaruh antara prestasi pencapaian akademik
dengan faktor bimbingan
69
Jadual 4.49 Pengaruh antara prestasi pencapaian akademik
dengan faktor penasihatan
69
Jadual 4.50 Pengaruh antara prestasi pencapaian akademik
dengan faktor pemantauan
70
Jadual 4.51 Pengaruh antara prestasi pencapaian akademik
dengan faktor pemerhatian
70
Jadual 4.52 Nilai min bagi keseluruhan konstruk item 71
Jadual 4.53 Keputusan Korelasi 71
Jadual 4.54 Keputusan Regrasi 72
xv
SENARAI AYAT AL-QURAN
AL-QURAN HALAMAN
Surah Al-Mujadalah, 58: 11 2
Surah Al-Asr, 103: 1-3 14
Surah Al-Maidah, 5: 2 17
Surah Al-Baqarah, 2: 83 21
Surah Al-Nahlu, 16: 125 23
xvi
SENARAI SINGKATAN
Bil Bilangan
Ha Hipotesis Alternatif
Ho Hipotesis Nol
CPA Nilai Mata Purata Kumulatif
CGPA Purata Mata Gred
sig Signifikan
KS Kurang Setuju
r Pekali Korelasi
r2 Regrasi
RA Radhi Allah ‘Anhu
S Setuju
SAW Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam
SPSS Statistical Package For Social Science
SS Sangat Setuju
p Hubungan
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Ta’ala
TS Tidak Setuju
x Pemboleh Ubah Bebas
y Pemboleh Ubah Bersandar
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A
Borang Soal Selidik
B Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan
Untuk Menjalankan Kajian
C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian
(Perpustakaan Sultanah Zanariah)
D Keratan Akhbar: Mentor Mentee
Kurang Berkesan?
E Keratan Akhbar: Program Mentor-
Mentee Bantu Pelajar Bermasalah
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada masa ini, kerajaan sentiasa memberi perhatian yang serius kepada
prestasi akademik pelajar samada di sekolah mahupun di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) awam atau swasta. Ini kerana golongan inilah yang akan menerajui
kepimpinan kelak. Jadi tidak hairanlah isu kecemerlangan akademik pelajar
sentiasa menjadi isu perbincangan yang hangat dan sering mencuri perhatian
masyarakat mahupun media.
Pencapaian akademik pelajar sering dilihat dengan kebolehan yang
terdapat pada pelajar itu. Namun tidak boleh dinafikan bahawa ada faktor-faktor
lain yang boleh mempengaruhi pencapaian mereka terutamanya pelajar di
universiti. Antaranya ialah dengan wujudnya sistem penasihatan akademik
kepada pelajar.
Menurut Mohammad Shatar Sabran dan Azali Mohamed, (2006: 55),
dengan adanya pendidik yang cemerlang, tugasnya bukan setakat
menyampaikan ilmu kepada pelajar malah menjadi penasihat kepada pelajar
supaya nasihat yang diberikan dengan penuh prihatin akan melahirkan pelajar
yang juga cemerlang dari segi akademik. Pelajar perlulah dinasihati dalam
pelbagai aspek kehidupan di kampus kerana kehidupan yang sempurna
membuka peluang dan ruang yang luas demi kejayaan yang membanggakan.
Hal ini disebabkan kehidupan di IPT adalah berbeza dengan zaman
2
persekolahan. Kehidupan di IPT lebih mencabar. Pelajar perlu dinasihati untuk
menghadapi cabaran yang merupakan masalah yang boleh menjejaskan prestasi
akademik mereka.
Justeru itu, di setiap universiti harus memperkenalkan sistem penasihatan
akademik pelajar yang mana ia sangat penting kepada semua pelajar. Hal ini
adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu sahsiah dari segi akademik pelajar.
Dengan adanya sistem penasihatan akademik ini, pelajar boleh meminta bantuan
dan berjumpa dengan penasihat akademik mereka pada bila-bila masa asalkan ia
tidak mengganggu jadual pelajaran mereka dan pensyarah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kecemerlangan akademik merupakan asas untuk mengukur kejayaan
seseorang pelajar dalam semua peringkat dari alam persekolahan hinggalah ke
Institusi Pengajian Tinggi. Kecemerlangan prestasi pelajar sering dikaitkan
dengan keputusan yang baik disertai dengan usaha mereka yang bersungguh-
sungguh untuk terus kekal dengan cemerlang. Kecemerlangan tidak akan datang
bergolek, ia hanya dapat dimiliki dengan usaha dan susah payah.
Untuk mendapat keputusan yang cemerlang, pelajar-pelajar haruslah
berusaha mencari ilmu yang banyak. Tanpa ilmu, hidup manusia tidak akan
sempurna dan akan ketinggalan daripada orang yang mempunyai ilmu yang
banyak. Bagi pelajar yang berilmu sudah tentu akan mencapai kecemerlangan
hidup. Sebagaimana firman Allah S.W.T:
# sŒ Î)uρ Ÿ≅Š Ï% (#ρâ“ à±Σ$# (#ρâ“ à±Σ$$ sù Æì sùötƒ ª!$# t⎦⎪ Ï% ©!$# (#θãΖtΒ# u™ öΝ ä3Ζ ÏΒ t⎦⎪ Ï% ©!$# uρ
(#θè?ρé& zΟ ù=Ïèø9 $# ;M≈ y_u‘ yŠ 4 ª!$# uρ $yϑÎ/ tβθè=yϑ÷ès? × Î7 yz ∩⊇⊇∪
3
[Quran 1.1] Terjemahannya: “Dan apabila diminta kamu
bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat
orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)
beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam
pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan”.
(Surah al-Mujadalah,58: 11)
Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa betapa tingginya darjat orang
yang berilmu di sisi Allah. Tidak ada seorang pun ilmuwan Islam menidakkan
tentang ketinggian fadhilat mencari ilmu dan hidup sebagai orang berilmu.
Tanpa ilmu, hidup seseorang insan tidak berguna, akan dipandang rendah dan
tidak akan dimuliakan oleh Allah S.W.T. Seseorang pelajar yang mempunyai
ilmu yang banyak dan mempraktikkannya akan mendapat kecemerlangan sama
ada di dunia mahupun di akhirat.
Oleh itu, seseorang pelajar yang mahu prestasi akademiknya cemerlang
mestilah mampu menghadapi cabaran hidup di kampus dan mengikuti proses
pembelajaran universiti. Boleh dikatakan jarang sekali seseorang pelajar terlepas
daripada menghadapi masalah semasa pengajiannya di universiti samada
masalah peribadi atau masalah akademik. Kedua-dua masalah tersebut ada
kalanya berkait begitu rapat dan boleh menjejaskan prestasi akademiknya.
Pelajar dalam usia begini dikategorikan sebagai remaja yang sering dikaitkan
dengan emosi dan kadangkala perasaan emosi ini lebih berpengaruh daripada
fikiran. Pada masa yang sama, daya pemikiran pelajar belum cukup matang
untuk berfikir secara rasional, logik dan objektif. Keadaan ini akan memberi
tekanan yang pelbagai dalam kehidupan mereka.
Untuk membantu menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan
akademik dan peribadi pelajar, maka setiap pelajar diberikan seorang penasihat
akademik dari kalangan pensyarah pusat pengajian. Pada tahun pertama pada
semester satu, para pelajar akan diberikan seorang penasihat akademik mengikut
4
bidang pengkhususan masing-masing. Dengan adanya sistem penasihatan
akademik ini dapat memudahkan pelajar untuk mendapatkan khidmat nasihat
dan bantuan dari pensyarah dengan sebaiknya.
Nik Fakrul Hazri Nik Hassan merupakan seorang pensyarah di
Management & Science University (MSU) berkata: “Mahasiswa seharusnya
menggunakan peluang ini untuk meredakan kemelut atau masalah selain
memperoleh pelbagai maklumat berguna seperti mengenai kerjaya masa depan.
Ramai pelajar beranggapan jika berjumpa dengan penasihat akademik hanya
menunjukkan kelemahan mereka. Kenyataan ini tidak tepat kerana perbincangan
bukan bertujuan mencari kesalahan tapi membantu melihat masalah dari skop
berbeza” (Harian Metro, Isnin, 10 Mac 2008).
Oleh itu, satu daripada beberapa objektif sistem penasihatan akademik
dilaksanakan adalah untuk menyediakan satu saluran bagi pelajar berkongsi
kebimbangan dan menyampaikan masalah. Ini bermakna demi meningkatkan
kecemerlangan dalam bidang akademik, suatu bentuk kawal selia dan
bimbingan tambahan amat perlu selain waktu yang ditetapkan di dalam jadual
waktu rasmi (Berita Harian, Khamis, 28 Januari 1999).
Setiap manusia memerlukan bimbingan dan juga perlu memikul
tanggungjawab membimbing orang lain. Dalam permasalahan ini, pelajar boleh
dikategorikan sebagai kelompok yang dibimbing manakala penasihat akademik
adalah merupakan golongan yang membimbing. Penasihat akademik merupakan
individu yang paling layak untuk memantau pelajar-pelajar yang berada di
bawah jagaannya atau lebih dikenali sebagai mentee ketika berada di universiti.
Penasihat akademik yang merupakan pensyarah, bukan hanya
bertanggungjawab menyampaikan ilmu di dalam kelas malah juga turut
berperanan membentuk sahsiah pelajar.
Daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap pelajar di Fakulti
Pendidikan, kebanyakan pelajar menganggap tugas penasihat akademik adalah
5
sebagai penandatangani borang pendaftaran matapelajaran sahaja. Mereka tidak
langsung berjumpa dengan penasihat mereka kerana penasihat mereka sukar
untuk dijumpai. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai jadual yang khusus
untuk berjumpa dengan penasihat mereka. Jadi amat penting bagi penasihat dan
pelajar membuat satu jadual untuk temujanji. Keadaan tersebut berlaku
disebabkan kurangnya pengetahuan pelajar mengenai tugas, fungsi atau
kepentingan yang dimainkan oleh seorang penasihat akademik.
Setakat manakah keupayaan sistem penasihatan akademik dapat
mempengaruhi tahap akademik pelajar?. Oleh yang demikian, penyelidik
berpendapat bahawa kajian ke atas faktor penasihat akademik ini perlu
dilakukan memandangkan ia amat penting untuk memastikan matlamat asal
sistem ini tercapai khususnya dalam meningkatkan tahap pencapaian akademik
pelajar. Melihat daripada masalah yang diperolehi, kajian ini adalah bertujuan
untuk menyedarkan para pelajar tentang pentingnya faktor-faktor penasihat
akademik terhadap tahap pencapaian akademik pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Akademik merupakan asas untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar
dalam semua peringkat dari alam persekolahan hinggalah ke Institusi Pengajian
Tinggi. Memandangkan kebanyakan pelajar yang memasuki universiti
menghadapi pelbagai masalah, maka dengan adanya sistem penasihatan
akademik ini ianya dapat membantu pelajar mengurangkan masalah tersebut
sama ada yang berkaitan dengan masalah akademik atau masalah peribadi.
Walaupun setiap pelajar mempunyai seorang penasihat namun ada antara
mereka yang kurang mengetahui peranan dan fungsi penasihat akademik
tersebut. Malah ada yang menganggap bahawa penasihat akademik hanya
berperanan sebagai penandatangani borang pendaftaran mata pelajaran dan
pengesahan borang pendaftaran kursus bagi setiap semester sahaja.
6
Rentetan dari itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh
mana sistem penasihat akademik mempengaruhi tahap pencapaian akademik
pelajar dan dapat membantu pelajar dalam menghadapi masalah yang mereka
hadapi.
1.4 Persoalan Kajian
Bagi mencapai objektif kajian, penyelidik telah menggariskan beberapa
persoalan kajian bagi menjawab objektif kajian yang telah digariskan. Antara
persoalan kajian tersebut ialah:
1.4.1 Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap sistem penasihatan
akademik dalam mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar?
1.4.2 Adakah faktor bimbingan, penasihatan, pemantauan dan
pemerhatian mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar?
1.4.3 Adakah terdapat hubungan di antara sistem penasihatan akademik
dan faktor bimbingan, penasihatan, pemantauan dan pemerhatian
dengan tahap pencapaian akademik pelajar?
1.5 Objektif Kajian
Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi
perhatian memandangkan ia berfungsi sebagai suatu rangka rujuk bagi
memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru
7
itu, penyelidik telah menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai melalui
kajian ini iaitu :
1.5.1 Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap sistem penasihatan
akademik dalam mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar.
1.5.2 Mengenal pasti faktor bimbingan, penasihatan, pemantauan dan
pemerhatian mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar.
1.5.3 Melihat sejauh mana hubungan di antara sistem penasihatan
akademik dan faktor bimbingan, penasihatan, pemantauan dan
pemerhatian dengan tahap pencapaian akademik pelajar.
1.6 Hipotesis Kajian
Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999: 32), hipotesis ialah
pernyataan ramalan penyelidikan tentang hasil penyelidikan. Untuk menjawab
persoalan adakah terdapat hubungan di antara faktor penasihat akademik sebagai
bimbingan, penasihatan, pemantauan dan pemerhatian dengan tahap pencapaian
akademik di kalangan pelajar tahun 4, UTM Skudai, beberapa hipotesis telah
dibentuk sebagaimana berikut:
Ha 1: Terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap sistem
penasihatan akademik dengan tahap pencapaian akademik di kalangan
pelajar.
Ha 2: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor bimbingan dengan tahap
pencapaian akademik di kalangan pelajar.
Ha 3: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor penasihatan dengan
tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar.
8
Ha 4: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pemantauan dengan
tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar.
Ha 5: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pemerhatian dengan
tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar.
Ha 6: Faktor-faktor bimbingan, penasihatan, pemantauan dan pemerhatian
mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan pelajar.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini dibuat untuk mengetahui sejauh mana tahap keberkesanan
pengaruh penasihat akademik terhadap tahap pencapaian akademik pelajar yang
dijalankan ke atas pelajar-pelajar tahun 4 di Fakulti Pendidikan di UTM, Skudai
mengikut kursus. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan adalah diharapkan
agar pelajar-pelajar dapat memastikan tugas seorang penasihat akademik iaitu
sebagai bimbingan, penasihatan, pemantauan dan pemerhatian bukan setakat
membantu dalam bidang akademik sahaja malah dalam masalah peribadi.
Diharap agar para pelajar juga dapat memanfaatkan perkhidmatan yang telah
disediakan oleh pihak universiti kepada pelajar dengan sebaik-baiknya.
Hasil dapatan daripada kajian ini akan memberikan satu garis panduan
kepada pihak universiti serta dapat menjelaskan kepada pihak ibu bapa dan
rakan-rakan sebaya betapa pentingnya perlaksanaan sistem penasihatan
akademik di setiap universiti sebagai satu alternatif meningkatkan tahap
pencapaian akademik pelajar dalam usaha membentuk insan yang berjaya dan
berkualiti.
9
Di samping itu, hasil kajian ini juga dapat memberi maklumat kepada
universiti-universiti lain yang belum melaksanakan sistem penasihatan
akademik ini. Dengan yang demikian, diharapkan sistem penasihatan akademik
ini dapat dilaksanakan di setiap universiti.
1.8 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar tahun
4 mengikut kursus yang dipilih di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Kejituan
kajian ini bergantung kepada sejauh mana kerjasama yang bakal diberikan oleh
pelajar-pelajar tahun 4 di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai, memberi maklum
balas kepada item-item soal selidik yang telah dibina oleh penyelidik. Kajian ini
juga dijalankan untuk mengetahui keberkesanan pengaruh penasihat akademik
terhadap tahap pencapaian akademik pelajar memandangkan responden-
responden tergolong dari pelajar yang telah mengenali dan berkenalan dengan
penasihat akademik mereka sejak semester satu lagi.
Segala dapatan bergantung kepada maklumat yang diberikan dalam masa
yang ditentukan. Segala keputusan dan dapatan hasil daripada kajian yang
dijalankan tidak dapat memberi generalisasi bagi tempat-tempat lain kerana
maklumat ini hanya terbatas kepada responden-responden di Fakulti Pendidikan,
UTM Skudai sahaja.
10
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Pengaruh
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 1006), pengaruh membawa
maksud kuasa yang terbit daripada orang ke atas orang lain. Pengaruh dalam
kajian ini menyatakan tentang kuasa seseorang penasihat dapat mempengaruhi
pelajar melalui nasihat dan bimbingan.
1.9.2 Sistem
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 1292), sistem bermaksud
cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu. Menurut Kamus Pelajar Terbitan
Khas KBSM (2007: 643), sistem bermaksud cara atau kaedah melakukan
sesuatu, cara yang teratur untuk melakukan sesuatu pendapat yang teratur dan
tersusun baik-baik yang dijadikan pegangan.
Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1507), sistem
bermaksud cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu. Sistem dalam kajian ini
menyatakan tentang peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang ditetapkan
harus dilakukan oleh penasihat akademik.
1.9.3 Penasihat
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 922), penasihat adalah
orang yang memberi nasihat atau tunjuk ajar kepada seseorang. Manakala
11
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1071), penasihat bermaksud
orang yang memberi nasihat.
Dapatlah disimpulkan bahawa penasihat bermaksud sebagai seorang
yang memberi nasihat. Dia mestilah seorang yang jujur, boleh dipercayai, setia
dan sentiasa menunjuk ajar, menasihati dan membimbing kepada sesiapa yang
memerlukannya. Dalam kajian ini, penasihat merujuk kepada semua pensyarah
di UTM, Skudai yang dikenali sebagai penasihat akademik pelajar yang mana
mereka ditugaskan sebagai seorang pembimbing, penasihat, pemantau dan
pemerhati kepada pelajar.
1.9.4 Akademik
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002: 19), akademik bermaksud
mengenai atau berkaitan dengan akademik. Orang yang mempunyai akademik
adalah orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam. Menurut
Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, (2007: 8), akademik bermaksud bersifat
atau mengenai ilmu pengetahuan. Istilah akademik yang dimaksudkan oleh
penyelidik ialah istilah yang berkaitan dengan penasihat akademik.
1.9.5 Tahap
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 1343), tahap bermaksud
peringkat dan tingkat. Dalam kajian ini, tahap merupakan peringkat-peringkat
prestasi pencapaian akademik pelajar sama ada meningkat atau menurun.
12
1.9.6 Pencapaian
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 247), pencapaian
bermaksud apa yang telah dicapai. Dalam kajian ini, pencapaian adalah sesuatu
keputusan yang didapati oleh seseorang pelajar iaitu pelajar UTM, Skudai dalam
bidang akademik.
1.9.7 Pelajar
Pelajar pula membawa maksud orang yang belajar seperti murid sekolah
dan penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Berdasarkan kepada
kajian ini, pelajar merujuk kepada pelajar-pelajar tahun 4 di Fakulti Pendidikan,
UTM mengikut kursus.
1.10 Penutup
Dalam bab ini, pengkaji telah menerangkan serba sedikit tentang latar
belakang masalah, pernyataan masalah, persoalan kajian, hipotesis kajian,
objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi istilah. Untuk
mencapai keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, pihak yang
bertanggungjawab perlu melaksanakan program yang berpotensi memberi
bantuan serta bimbingan kepada pelajar dalam usaha menjadi individu yang
cemerlang dalam bidang pendidikan. Dari itu, pihak-pihak yang
bertanggungjawab tersebut perlu memikirkan perancangan serta strategi yang
berkesan untuk memenuhi keperluan yang perlu ada dalam diri seorang pelajar
untuk mencapai kecemerlangan dari segi akademik.