24
PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE ATAS SURVIVAL PERNIAGAAN BUMIPUTERA SUZYANTY BINTI MOHD SHOKORY ZURAIDAH BINTI ZAINOL ASMAWI BIN HASHIM KOD PENYELIDIKAN: 06-11-40-07 BATSYA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2008

PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE ATAS SURVIVAL PERNIAGAAN BUMIPUTERA

SUZYANTY BINTI MOHD SHOKORY ZURAIDAH BINTI ZAINOL

ASMAWI BIN HASHIM

KOD PENYELIDIKAN: 06-11-40-07 BATSYA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2008

Page 2: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

ii

PENGAKUAN

Saya mengaku Laporan akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian kami Suzyanty Mohd Shokory, Zuraidah Zainol dan Asmawi Hashim kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

31.12.2008

Page 3: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

iii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Terlebih dahulu, kami bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan keizinannya, maka kami telah diberi kekuatan untuk menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna.

Sekahmg penghargaan ditujukan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) yang telah memberi pembiayaan untuk melaksanakan kajian ini selama setahun bermula Januari 2008 sehingga Disember 2008. Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) juga telah membantu dalam hal urusan pembayaran tuntutan dan nasihat berkenaan cara untuk memudahkan kami berurusan dengan pelbagai pihak di UP SI.

Penghargaan ini turut ditujukan kepada usahawan-usahawan yang bertindak sebagai responden dalam kajian "Pengaruh Tahap Pendidikan dan Program Latihan Ke Atas Survival Perniagaan Bumiputera". Ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pelajar yang bertindak sebagai enumerator yang bersusah-payah mendapatkan data dan membantu dari segi memasukkan dan menganalisis data serta proses menyiapkan laporan akhir kajian ini.

Akhir sekali, penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Sekian, terima kasih.

Pasukan Penyelidik "Pengaruh Tahap Pendidikan dan Program Latihan Ke Atas Survival Perniagaan Bumiputera" Universiti Pendidikan Sultan Idris 2008

Page 4: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

iv

ABSTRAK

Melalui penganjuran pelbagai program pendidikan dan latihan yang berteraskan kepada pembudayaan keusahawanan, latihan asas perniagaan dan kursus-kursus teknikal, terdapat peningkatan dalam penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan. Namun, sejauh manakah usaha-usaha membudayakan keusahawanan melalui pendidikan dan latihan ini mampu menyumbang kepada kejayaan dan survival sesebuah perniagaan? Sehubungan itu, kajian ini cuba untuk menilai sejauh mana tahap pendidikan usahawan Bumiputera dan penglibatan mereka dalam program-program latihan berupaya mempengaruhi kejayaan usahawan Bumiputera dalam menerajui perniagaan dan seterusnya menjamin survival perniagaan tersebut. Data yang diperoleh melalui edaran soal selidik kepada 1000 orang usahawan Bumiputera di seluruh Malaysia dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dengan melibatkan analisis deskriptif dan ujian Pearson Chi-square. Dapatan kajian seterusnya mendedahkan bahawa untuk menjamin survival perniagaan Bumiputera, usahawan perlu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, iaitu pencapaian Diploma dan ke atas, menghadiri latihan dengan kekerapan minimum lima kali setahun dan menumpukan kepada jenis latihan yang berteraskan kewangan dan teknikal.

Page 5: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

V

THE IMPACT OF EDUCATION LEVEL AND TRAINING PROGRAMS ON THE BUMIPUTERA'S BUSINESS SURVIVAL

ABSTRACT

Through all sort of educational and training programs that aim to instill the entrepreneurship spirit, the involvement of Bumiputera entrepreneurs has increased dramatically. However, to what extend does these efforts really contribute to the success and survival of Bumiputera's businesses? Therefore, this study tries to determine that does the Bumiputera entrepreneurs' level of education as well as their involvement in training programs affect the success and ensure the survival of their businesses. Data collected from 1000 Bumiputera entrepreneurs all over Malaysia were analyzed by Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software using descriptive analysis and Pearson Chi-Square Test. The finding revealed that for the survival of Bumiputera's businesses, entrepreneurs need to possess a high level of formal education background, which is Diploma or higher, attend at least five training programs per year and focusing their knowledge and skills development on financial and technical aspects.

Page 6: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

vi

KANDUNGAN

Muka Surat

Pengakuan ii

Penghargaan iii

Abstrak iv

Abstract v

Senarai Rajah viii

Senarai Jadual ix

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian 1 1.2 Pernyataan Masalah 3 1.3 Persoalan Kajian 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 6 1.6 Batasan Kajian 7

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

2.1 Definisi Usahawan 8 2.2 Usahawan Beijaya 12 2.3 Pengaruh Latihan dan Pendidikan Dalam Survival Perniagaan 14

BAB 3: METODOLOGI

3.1 Reka Bentuk Kajian 19 3.2 Sampel 19 3.3 Instrumen 20 3.4 Prosedur 20 3.5 Analisis data 21

Page 7: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

BAB 4: DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 22 4.2 Profil Responden 23 4.3 Profil Perniagaan 25 4.4 Profil Usahawan Bumiputera Beijaya 28 4.5 Perbandingan Profil Usahawan Bumiputera Beijaya dan 31

Belum Beijaya 4.6 Perbandingan Tahap Pendidikan dengan Bilangan Latihan 38

Yang Dihadiri oleh Usahawan Bumiputera Yang Beijaya 4.7 Jenis Latihan Yang Dihadiri Usahawan Bumiputera Beijaya 41 4.8 Perbandingan Jenis Latihan Yang Dihadiri Usahawan 42

Bumiputera Beijaya Mengikut Tahap Pendidikan 4.9 Hubungan Di Antara Tahap Pendidikan Dengan Bilangan 46

Latihan 4.10 Hubungan Di Antara Tahap Pendidikan Dengan Jenis Latihan 46 4.11 Hubungan Di Antara Bilangan Dan Jenis Latihan 47 4.12 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Survival Perniagaan 48

Bumiputera

BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan 50 5.2 Cadangan 51

Bibliografi 54

Lampiran 58

Page 8: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

viii

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9

4.10 4.11 4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17 4.18 4.19 5.1

Profil Responden Mengikut Jantina dan Umur Profil Responden Mengikut Status Perkahwinan Profil Responden Mengikut Tahap Pendidikan Profil Perniagaan Mengikut Jenis Perniagaan Profil Perniagaan Mengikut Kategori Industri Profil Perniagaan Mengikut Bilangan Pekerja dan Tahun Beroperasi Peratus Perbandingan Usahawan Beijaya dan Belum Berjaya Profil Responden Beijaya Profil Perniagaan Responden Beijaya Perbandingan Jantina Bagi Usahawan Beijaya dan Belum Berjaya Perbandingan Umur Bagi Usahawan Beijaya dan Belum Beijaya Perbandingan Status Perkahwinan Bagi Usahawan Beijaya dan Belum Berjaya Perbandingan Jenis Perniagaan Bagi Usahawan Beijaya dan Belum Beraya Perbandingan Kategori Industri Bagi Usahawan Beijaya dan Belum Berjaya Perbandingan Tahap Pendidikan Tertinggi Bagi Usahawan Bumiputera Berjaya dan Belum Berjaya Perbandingan Bilangan Latihan Yang Dihadiri Bagi Usahawan Bumiputera Berjaya dan Belum Beijaya Perbandingan Jenis Latihan Yang Dihadiri Usahawan Bumiputera Berjaya dan Belum Beijaya Jenis Latihan Yang Dihadiri Usahawan Bumiputera Berjaya Perbandingan Jenis Latihan Yang Dihadiri Usahawan Bumiputera Beraya Mengikut Tahap Pendidikan Model Survival Usahawan Bumiputera Beijaya

23 24 24 25 26

27 28 29 30 31 31 32

33

34

35

36

37 41 47 53

Page 9: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

ix

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

Laporan Prestasi Bulanan Aktiviti Perniagaan Yang 4 Didaftarkan Di Pejabat Pendaftaran Perniagaan Bagi Tahun 2001. Tahap Pendidikan & Bilangan Latihan Yang Dihadiri 40 Usahawan Bumiputera Berjaya Ringkasan Output Ujian Chi Square 45

Page 10: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasax Pembangunan Negara (DPN)

yang telah berlangsung melebihi dua dekad yang lalu beijaya membuka dimensi baru

dalam keusahawanan Bumiputera. Malahan, dekad ini memperlihatkan kelahiran

golongan usahawan Melayu yang berbeza daripada usahawan 1960an dan 1970ara

terutamanya dari segi kelayakan pendidikan tinggi yang dimiliki dan kemampuan

mereka untuk mengendalikan operasi perniagaan yang lebih besar (Mohd Fauzi, 1988).

Dalam Rancangan Malaysia ke-9 ini juga, Pembangunan Masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian (MPPB) turut diteruskan sebagai pendekatan utama

dalam menyusun semula masyarakat dan memastikan penyertaan Bumiputera yang

lebih luas dalam ekonomi. Sejajar dengan itu, Kementerian Pembangunan Usahawan

Page 11: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

2

telah mengadakan heberapa program latihan dan bimbingan untuk usahawan yang

merangkumi tiga peringkat, iaitu peringkat pertama melibatkan program pembudayaan

keusahawanan di kalangan pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi;

peringkat kedua melibatkan program latihan asas perniagaan yang ditawarkan kepada

mereka yang berminat menjadi usahawan dan; peringkat ketiga pula melibatkan

penawaran kursus-kursus teknikal untuk meningkatkan prestasi dan memajukan

perniagaan sedia ada.

Berdasarkan laporan Global Entrepreneur Monitor (GEM) (2003), pengetahuan

yang terhad tentang bidang keusahawanan berupaya menghadkan aktiviti

keusahawanan dan menyebabkan aktiviti perniagaan kurang beijaya. Justeru, usaha

pemupukan budaya keusahawanan melalui pendidikan dan latihan telah menjadi

agenda utama di semua peringkat bermula daripada peringkat sekolah Rendah sehingga

peringkat institusi pengajian tinggi. Di peringkat sekolah Rendah dan Menengah, ilmu

keusahawanan diterapkan di dalam matapelajaran-matapelajaran seperti kemahiran

hidup, perdagangan, ekonomi asas, prinsip perakaunan, rekacipta dan yang terbaru

matapelajaran prinsip keusahawanan. Usaha diteruskan lagi menerusi aktiviti ko-

kurikulum seperti kelab usahawan muda, koperasi sekolah, kelab pengguna, kelab

perdagangan dan keusahawanan, kelab rekacipta dan pelbagai lagi.

Di peringkat institusi pengajian tinggi pula, usaha menyemai budaya

keusahawanan lebih tertumpu kepada program latihan kemahiran seperti Program

Pembangunan Usaha Siswa (PPUS) dan Latihan Keusahawanan Siswa (LKS).

Malahan, kursus dan bengkel latihan berteraskan keusahawanan turut disediakan bagi

siswazah yang baru menamatkan pengajian dalam usaha menggalakkan aktiviti

keusahawanan seperti Latihan Asas Keusahawanan Siswazah.

Page 12: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

3

Namun, timbul persoalan di sini sejauh manakah tahap pendidikan dan program

latihan yang ditawarkan berupaya memastikan kejayaan usahawan terutamanya di

kalangan kaum Bumiputera dan seterusnya menjamin survival perniagaan yang

diceburi?

1.2 Pernyataan Masalah

Pelaksanaan DEB dan DPN telah beijaya meningkatkan bilangan perniagaan yang

dimiliki dan diuruskan oleh golongan Bumiputera (Malaysia, 1991). Laporan aktiviti

perniagaan kaum Bumiputera yang berdaftar di Pejabat Pendaftaran Perniagaan bag!

tahun 2001 juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang agak ketara terhadap

penglibatan golongan Bumiputera dalam bidang perniagaan. Ini dirumuskan dalam

Jadual 1.1.

Mengikut laporan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan

Usahawan, dari tahun 1995 hingga 2000 peningkatan dalam bilangan usahawan

Bumiputera berlaku pada kadar yang tinggi iaitu 75.79 peratus. Peningkatan-

peningkatan adalah didorong oleh pelbagai faktor utama terutamanya kewujudan

pelbagai bentuk sokongan dan bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan melalui

Kementerian Pembangunan Usahawan serta agensi-agensi di bawahnya seperti Bank

Pembangunan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Namun kebanyakan kajian lepas yang dijalankan mendapati faktor utama yang

menyumbang kepada kejayaan usahawan Bumiputera menceburi bidang perniagaan

adalah tertumpu pada aspek modal semata-mata. Sedangkan hakikatnya pengetahuan

dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang keusahawanan merupakan prasyarat penting

untuk menjayakan sebarang aktiviti perniagaan. Ini ditegaskan oleh GEM (2003)

bahawa pengetahuan yang terhad dalam bidang keusahawanan berupaya rnenghadkan

aktiviti keusahawanan dan menyebabkan aktiviti

Page 13: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

4

Jadual 1.1

Laporan prestasi bulanan aktiviti perniagaan yang didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Perniagaan bagi tahun 2001

Bil Jenis

Usahaniaga Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos

1. Makanan dan Minuman

2239 2934 2910 3267 3389 3123 3267 3405

2. Peruncitan 1155 1833 1842 1951 2029 3123 1968 1961

3. Pembinaan 1783 2318 2311 2488 2487 2257 2760 2369

4. Pertanian dan Teraakan

486 593 540 681 736 540 508 634

5. Perkakasan dan Perisian Komputer

618 648 596 713 559 625 637 620

6. Pengangkutan 626 697 642 753 820 738 918 781

7. Tekstil dan Pakaian

1783 637 635 658 662 699 762 736

8. Pemborong dan Bahan Makanan Mentah

396 522 520 434 367 535 538

9. Perkhidmatan Insurans

302 585 580 426 375 475 424 390

10. Perkhidmatan Pengurusan

389 498 497 382 324 351 363 399

11. Lain-lain 715 818 974 820 883 936 993 845

JUMLAH 9218 12083 12047 12573 12631 11952 13148 12614

Sumber: Laporan Statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Page 14: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

5

perniagaan kurang beijaya. Justeru tidak hairanlah jika salah satu bantuan yang paling

asas yang disediakan oleh kerajaan adalah program pendidikan dan latihan untuk

membantu usahawan Bumiputera menceburi, mengoperasi dan mengekalkan

perniagaan.

Meskipun begitu kajian yang meninjau pengaruh program pendidikan dan

latihan ke atas kejayaan dan survival perniagaan Bumiputera mesih terhad. Lantaran itu,

adalah perlu satu kajian yang menyeluruh bagi mengenal pasti sejauh mana tahap

pendidikan dan program latihan yang dihadiri oleh usahawan Bumiputera mampu

menjadi pemangkin kepada kejayaan dan seterusnya survival perniagaan mereka.

Sehubungan itu, kajian ini cuba untuk menjawab persoalan yang dinyatakan di atas.

13 Persoalan Kajian

Persoalan-persoalan kajian perlu dititikberatkan dalam kajian ini kerana pengaruh tahap

pendidikan dan latihan ini berupaya menjadi titik tolak kepada survival perniagaan

usahawan Bumiputera. Seterusnya jawapan kepada persoalan ini berupaya menjadi

input untuk membolehkan bakal-bakal usahawan Bumiputera bersedia dan beijaya serta

seterusnya menjamin survival perniagaan yang akan diceburi oleh mereka. Antara

persoalan-persoalan kajian yang perlu ditekankan dalam kajian ini adalah:

a) Apakah ciri-ciri usahawan Bumiputera yang survival dalam perniagaan mereka?.

b) Apakah jenis-jenis perniagaan usahawan Bumiputera yang beijaya dan seterusnya

menjamin survival perniagaan mereka?.

c) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi survival perniagaan usahawan

Bumiputera terutamanya daripada aspek tahap pendidikan

d) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi survival perniagaan usahawan

Bumiputera terutamanya daripada aspek bilangan serta jenis latihan yang dihadiri

oleh mereka?

Page 15: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

6

1.4 Objektif Kajian

Pada keseluruhannya, kajian ini berhasrat untuk memahami konteks keusahawanan di

kalangan usahawan Bumiputera. Secara khusus, kajian ini berminat untuk

a) membentuk profil usahawan dan perniagaan Bumiputera,

b) membentuk profil usahawan dan perniagaan Bumiputera yang berjaya dan

seterusnya menjamin survival perniagaan,

c) membuat perbandingan tahap pendidikan usahawan Bumiputera yang beijaya dan

belum beijaya,

d) mengenalpasti perbezaan bilangan latihan dan jenis latihan yang dihadiri oleh

usahawan Bumiputera yang beijaya dan belum berjaya,

e) membentuk model bagi menilai sejauh mana tahap pendidikan, bilangan dan jenis

program latihan yang dihadiri mempengaruhi kejayaan usahawan Bumiputera

dalam perniagaannya dan seterusnya menjamin survival perniagaan.

1.5 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharap akan dapat mendedahkan aspek penting dalam usaha

memahami dengan lebih mendalam konteks keusahawanan Bumiputera di Malaysia. Di

samping itu, kajian ini akan menyediakan informasi berguna kepada pihak Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pelajaran dan lain-lain

kementerian yang berkenaan bagi merangka program-program yang berkesan

berteraskan kepada usaha pemupukan budaya keusahawanan melalui pendidikan dan

latihan.

Selain itu, dapatan kajian ini juga diharap mampu meransang institusi-institusi

pendidikan negara dan para tenaga keijanya untuk memainkan peranan secara aktif

dalam mengelola aktiviti-aktiviti keusahawanan di institusi pendidikan masing-masing.

Page 16: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

7

Dalam pada itu, dapatan ini diharap mampu menyedarkan para ibubapa terhadap

kepentingan pendidikan dan latihan untuk rneransang minat keusahawanan di kalangan

anak-anak dan seterusnya mendorong para ibubapa menggalakkan penglibatan aktif

anak-anak dalam bidang keusahawanan.

Secara tidak langsung, kajian ini cuba untuk mencetus dan menggerakkan

pengkaji-pengkaji lain untuk turut memberikan tumpuan terhadap penglibatan

usahawan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dalam kajian mereka dan

seterusnya membantu dalam melahir, membina dan membudayakan keusahawanan di

kalangan masyarakat.

Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini hanya tertumpu kepada aspek pendidikan dan latihan bagi

organisasi atau usahawan Bumiputera sahaja. Memandangkan ststistik yang

dikeluaxkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang menunjukkan bahawa kaum

Bumiputera hanya memegang 18.00 peratus sahaja daripada ekuiti negara, maka

populasi kajian ini agak kecil jika dibandingkan dengan populasi kesemua usahawan

Malaysia (Utusan Malaysia, 2006). Walau bagaimanapun, pemilihan sampel akan

dilaksanakan secara berhati-hati agar kajian ini mampu mewakili semua populasi

usahawan Bumiputera di Malaysia. Maklumat yang diperolehi juga terhad atau tidak

tepat kerana usahawan tidak bersedia untuk memaklumkan sepenuhnya rahsia

perniagaan atau sebab-sebab peribadi.

Page 17: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

8

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

Definisi Usahawan

Perkataan usahawan mula diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1970, iaitu semasa

pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama

dengan istilah Inggeris, iaitu centrepreneur\ Perkataan 'entrepreneur' berasal daripada

istilah Perancis, 'entreprendre9 yang bermaksud between taker atau go-between. Oleh

itu, usahawan ialah individu yang kedudukannya adalah di antara pembekal dan

pengguna. Namun begitu, pada pertengahan abad, istilah usahawan didefinisikan

sebagai individu yang mengendalikan projek pengeluaran berskala besar. Definisi

usahawan seterusnya berubah menjadi seseorang yang sanggup menanggung risiko

untung dan rugi akibat kontrak dengan kerajaan pada harga tetap. Pada 1725, Richard

Page 18: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

9

Cantillon mendefinisikan usahawan sebagai seseorang yang menanggung risiko adalah

berbeza dengan seseorang yang membekalkan modal.

Perubahan zaman dan perkembangan dunia sedikit sebanyak telah memberikan

impak kepada tafsiran istilah usahawan. Ini kerana istilah ini semakin lama semakin

membawa maksud yang lebih luas dan mencakupi lebih banyak aspek. Menurut Dewan

Bahasa dan Pustaka (2005) dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, usahawan ialah orang

yang mengusahakan sesuatu perusahaan, dan perusahaan tersebut merujuk kepada

usaha membuat barang-barang industri dan berniaga secara besar-besaran. The

Encyclopedia Americana International Edition (1996) pula mentakrifkan usahawan

sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran

termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran, iaitu melalui keuntungan

daripada nilai pasaran barangannya. Definisi ini adalah selaras dengan definisi yang

diberikan oleh Webster's Third New International Dictionary (2003) yang mengaitkan

usahawan dengan orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya

mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan dan

pendefinisian oleh Garland et. al (1984) yang mentakrifkan usahawan sebagai individu

yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan

untuk terns berkembang.

Pemahaman terhadap istilah usahawan terus berkembang selaras dengan

peredaran masa. Schumpeter (1934) misalnya mula merujuk usahawan sebagai seorang

inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan. Barker (1994) di

dalam bukunya Paradigm mendefinisikan usahawan sebagai orang yang mewujudkan

nilai tambah ke dalam pasaran. Manakala Drucker (1996) yang digelar "Bapa

Pengurusan" Bar at di dalam bukunya Enterpreneurship mendefinisikan usahawan

sebagai seorang yang berupaya memindahkan sumber ekonomi dari

sektor yang kurang upaya produktivitinya ke sektor yang lebih tinggi daya

produktivitinya.

Page 19: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

10

Pendefinisian yang lebih terperinci seterusnya diberikan oleh Zimmerer dan

Scarborough (1998) yang mentakrifkan usahawan sebagai seseorang yang mencipta

perniagaan barn secara tidak nyata untuk tujuan mencapai keuntungan dan

pertumbuhan perniagaan melalui cara mengenal pasti peluang dan pengumpulan

keperluan sumber kepada modal. Ini diikuti oleh Kuratko dan Hodgetss (2004) yang

merujuk usahawan sebagai seseorang yang menerima tugas untuk mengurus, mentadbir

dan mempercayai risiko dalam perniagaan. Usahawan juga dianggap sebagai

pemangkin kepada perubahan ekonomi yang digunakan oleh sesiapa saja bagi tujuan

penelitian, perancangan yang baik dan pertimbangan bila melaksanakan urusan

keusahawanan. Pada mereka, usahawan bekeija dengan kreatif, optimis dan komited

untuk memperkenalkan sumber baru atau menggantikan yang lama dengan keupayaan

yang baru dan semua ini adalah bagi tujuan penciptaan kekayaan.

Meskipun masih belum ada satu defmisi yang universal untuk mentakrifkan

istilah usahawan (Cunningham & Lischeron, 1991), pada dasarnya terdapat persamaan

fahaman seperti pembaharuan, kekayaan, pengurusan, penciptaan, dan pengambilan

risiko. Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang

yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau

perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau

telah membeli perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai

usahawan. Dia bertanggungjawab dalam mengusahakan sesuatu perusahaan sama ada

dalam bidang pertanian, penternakan, pengeluaran atau perkhidmatan. Usahawan juga

adalah seorang pengurus yang menerajui pemiagaannya dan dapat menuntut hak milik

ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan

mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat.

Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan

sendiri dan seterusnya ingin beijaya atas usaha sendiri.

Pendek kata usahawan ialah orang yang berusaha membuat sesuatu yang baru

(kreatif), merancang dan mencipta sesuatu yang lebih baik (inovatif), mengatur serta

Page 20: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

11

mewujudkan pasaran dan sanggup menghadapi risiko. Usahawan adalah peneroka

kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka memiliki kepekaan terhadap peluang,

memiliki panduan untuk pembaharuan dan memiliki keupayaan penyelesaian yang

mana kini menjadi rujukan dan alat ukur oleh perusahaan bebas.

Hari ini ramai yang memegang fahaman usahawan sebagai orang yang

membawa pembaharuan atau pembangun kepada sesiapa yang mengakuinya dan

merebut peluang yang ada, mengubah peluang tersebut melalui idea kerja kuat atau

idea pemasaran, ditambah nilai melalui masa, tenaga, wang atau kemahiran;

mempercayai risiko persaingan pasaran untuk mengimplementasikan idea; dan

merealisasikan pulangan dari tenaga yang telah dicurahkan.

Dalam Business Horizons, Burch (1986) menyatakan bahawa seseorang

usahawan harus mempunyai sembilan sifat keperibadian seperti berikut:

• Keinginan untuk mencapai: daya usaha untuk mengatasi masalah dan

melahirkan usaha niaga yang beijaya.

• Kerja keras: sikap mabuk kerja.

• Sikap pembelaan: kesanggupan mengetuai dan mengawasi usaha mereka

sehingga ia boleh berdikari.

• Pengakuan bertanggungjawab: kesanggupan memikul tanggungjawab

kepada usaha-usaha dari segi moral undang-undang dan mental.

• Orientasi ganjaran: keinginan mendapat ganjaran untuk ikhtiar; ganjaran

boleh mengambil bentuk selain daripada wang, seperti pengiktirafan dan

rasa hormat.

• Sikap yang optimistik: pengamalan falsafah bahawa masa kini adalah

masa yang terbaik dan apa-apa sahaja dapat dilakukan.

• Orientasi kepada kecemerlangan: pencapaian sesuatu yang dapat memberi

kebanggaan.

• Pengurusan: kemahiran dalam penggabungan bahan-bahan usaha serta

dalam pengelolaan manusia.

Page 21: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

12

• Orientasi mendapat untung: keinginan mendapat ganjaran, akan tetapi

untung cuma merapakan kayu ukur kejayaan.

Daripada sifat-sifat ini, dua di antaranya lebih merapakan sifat yang semula

jadi, yakni "keinginan untuk mencapai" serta "keupayaan untuk bekerja keras".

Keupayaan untuk bekeija secara keras dan lama dalam penerusan projek yang tertentu

memerlukan penggabungan tenaga fizikal, emosi dan intelektual yang tidak dapat

dirangsang secara dibuat-buat.

Oleh demikian, seseorang usahawan perlu mempunyai dua kumpcilan sifat,

yakni satu kumpulan yang semula jadi, dan lagi satu sifat yang dapat diperoleh. Dengan

kata lain, sebahagian daripada sifat-sifat usahawan perlu dimiliki sewaktu dilahirkan

dan sebahagian lagi harus diperoleh. Sesiapa yang tidak mempunyai kedm-dua ciri

tersebut sewaktu dilahirkan tidak dapat menjadi usahawan ataupun tidak mungkin

beijaya sebagai usahawan, dan sesiapa yang mempunyai kedua-dua ciri ini tetapi malas

memperoleh ketujuh-tujuh sifat yang lain juga tidak akan beijaya sebagai usahawan.

Gilder (1984) turut menggambarkan usahawan sebagai individu yang

mempunyai keupayaan untuk belajar, meneruskan usaha mencapai matlamat meskipun

menghadapi kegagalan atau kekecewaan, dan akhirnya mencapai kejayaan dengan

menghapuskan gelagat-gelagat yang lapuk dan menggantikannya dengan peraturan

hidup tersendiri.

Usahawan Berjaya

Berdasarkan ukuran tipikal, perniagaan yang beijaya berkongsi tiga ciri yang utama,

iaitu berupaya mencipta keuntungan dalam tempoh tiga tahun, rnenjaaa peluang

pekeijaan kepada seramai 15 orang setahun dan beroperasi sekurang-kurangnya lima

Page 22: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

13

tahun (Bosma et. al, 2000). Meskipun begitu, Kantis, Ishida & Komori (2002)

berpendapat usia perniagaan yang kurang daripada 10 tahun masih dianggap terlalu

baru. Manakala Sekretariat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (2005) mengiktiraf

sesebuah perniagaan yang mempunyai bilangan pekeija sepenuh masa seramai 20

orang sebagai telah beijaya. Ini kerana jumlah tersebut menjadi titik tolak kepada

perkembangan industri kecil kepada sederhana. Justeru, dalam mendifinisikan

perniagaan beijaya pertunjuk yang boleh digunakan ialah perniagaan yang telah

beroperasi sekurang-kurangnya 10 tahun dengan bilangan pekeija seoebuh masa

seramai sekurang-kurangnya 20 orang.

Dalam menilai faktor penentu kejayaan usahawan, Paige (2002) telah

mengiktiraf kebijaksanaan sebagai satu aset penting kepada pengurus. Kajiannya

mendapati pengurus yang mengamalkan pembelajaran berterusan merupakan pengurus

yang beijaya ekoran keupayaannya mengubah tabii perniagaan sedia ada, mengambil

dan mengekalkan pekeija yang produktif, dan semangat untuk belajar. Marlow (1992)

pula berpendapat latihan formal lebih membantu usahawan untuk beijaya terutamanya

apabila skop pembelajaran tertumpu kepada kemahiran pemasaran, peruncitan dan

membina jaringan perniagaan.

Menurut Badrul Hisham Hj. Alang Osman (1995), pendidikan formal dan tidak

formal menyumbang satu pertiga terhadap prestasi sebenar usahawan. Ini membuktikan

betapa pentingnya pendidikan formal dan tidak formal di dalam melahirkan usahawan

yang beijaya. Malahan, pendidikan formal yang diterapkan melalui program

pendidikan di sekolah seperti Program Usahawan Muda terbukti berkesan dalam

meningkatkan motivasi dan minat keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar yang

mengikuti program tersebut di sekolah (Mohd. Amir Sharifuddin Hashim, Baijoyai

Bardai, Rogayah Md. Zain dan Zulkifli Senteri, 1995).

Menyedari pentingnya pendidikan formal dalam menerapkan ilmu-ilmu

keusahawanan, salah satu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa

Page 23: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

14

Dan Industri iaitu, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)

telah menganjurkan pelbagai program kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

seperti Program Rantaian Industri (ILP), Program Pembekal Global (GSP), Panel

Penasihat Pakar EKS (SEAP) dan Program Peningkatan Kemahiran. Selain itu, Majlis

Amanah Rakyat (MARA) turut menyediakan kursus-kursus keusahawanan bagi

menggalakkan pertumbuhan keusahawanan di kalangan usahawan Bumiputera sama

ada untuk jangka masa panjang, sederhana mahupun pendek.

Pengaruh Latihan dan Pendidikan Dalam Survival Perniagaan

Program latihan dan tahap pendidikan memainkan peranan dalam memastikan

kelangsungan (survival)perniagaan seseorang usahawan. Hal ini dapat dibuktikan

melalui beberapa dapatan kajian lepas berkenaan pengaruh program latihan dan tahap

pendidikan dalam memastikan kelangsungan (survival)perniagaan seseorang usahawan.

Marais dan Israelstam (1997) menyatakan bahawa keperluan pada masa kini

memerlukan program latihan dalam semua peringkat untuk sesebuah organisasi, tidak

kiralah organisasi berkenaan daripada organisasi kerajaan mahupun swasta. Di samping

itu, perniagaan sederhana kecil juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan latihan-

latihan yang bersesuaian dan berterusan bagi terus kekal dan mencapai kejayaan dalam

perniagaan yang diceburi.

Latihan dapat membantu usahawan/pengurus menggunakan beberapa

pendekatan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dalam

dunia perniagaan. Secara tidak langsung ini dapat menjimatkan usahawan berkenaan

daripada aspek masa dan kewangan. Selain itu, melalui latihan juga ianya turut dapat

membantu seseorang usahawan sentiasa menyedari dan mengetahui pelbagai peraturan

Page 24: PENGARUH TAHAP PENDIDIKAN DAN PROGRAM LATIHAN KE

15

dan prosedur yang terkini dalam mengoperasi perniagaan mereka (Kroon dan

Moolman, 1992).

Menurut Ladzani dan Van (2002), kategori latihan yang terbaik adalah terdiri

daripada aspek kemahiran motivasi, perniagaan dan keusahawanan. Aspek kemahiran

motivasi merujuk kepada tahap keperluan usahawan untuk memperoleh kejayaan dalam

sesebuah perniagaan. Manakala aspek kemahiran perniagaan pula merupakan

keupayaan untuk menghasilkan perancangan perniagaan, kewangan, pengurusan

operasi, sumber manusia, undang-undang, komunikasi dan kemahiran pengurusan.

Kemahiran keusahawanan pula melibatkan kreativiti, inovasi, berani mengambil risiko

dan keupayaan untuk mengenal pasti peluang-peluang perniagaan.

Banyak kajian lepas membuktikan bahawa usahawan perlu diberi latihan bagi

memastikan kejayaan mereka di dalam perniagaan yang diceburi. Bechard dan

Toulouse (1998) menyatakan sesebuah organisasi perlu membangunkan dan

memajukan keusahawanan melalui pendidikan kerana kekurangan latihan yang dihadiri

oleh usahawan merupakan punca utama kegagalan usahawan dalam mengemudi

perniagaan dalam sederhana kecil. Ini dibuktikan melalui kajian oleh Gupta (1989) di

Gujarat, India mendedahkan bahawa usahawan perniagaan dalam sederhana kecil yang

menghadiri latihan hanya kurang daripada 10 peratus berbanding dengan usahawan

daripada perniagaan kecil dengan peratusan kehadiran latihan sebanyak 20 hingga 25

peratus. Di samping itu, analisis keuntungan dalam kajian ini turut menunjukkan

bahawa 80 peratus daripada usahawan yang menghadiri latihan akan memberi

keuntungan kepada sesebuah perniagaan berbanding hanya 60 hingga 70 peratus dalam

perniagaan kecil.

Masalah atau punca utama kepada kadar kegagalan perniagaan di Northern

Province, South Africa kerana kebanyakan usahawan perniagaan kecil memulakan

perniagaan mereka tanpa menghadiri sebarang latihan asas dalam aspek keusahawanan

(Ladzani dan Watson 2002). Menurut Hisrich dan Peters (1995), latihan memainkan