Pengembara Dan Beruang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cerita kanak-kanak

Citation preview

Dua orang pengembara berjalan bersama-sama melintasi sebuah hutan yang tebal. Saat itu tiba-tiba seekor beruang yang sangat besar keluar dari semak-samun berhambpiran mereka. Salah seorang pengembara, hanya memikirkan keselamatan dirinya. Dia langsung tidak menghiraukan rakannya. Dia berjaya memanjat ke atas sepohon pokok untuk menyelamatkan dirinya.

Rakanya pula ketakutan dan mula mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya. Sedang dia berfikir mencari jalan, dia teringat akan pesan orang tua bahawa beruang tidak suka haiwan atau manusia yang telah meninggal dunia. Akhirnya dia mendapat satu akal lalu merebahkan dirinya dan berpura-pura mati.

Rakannya yang berada di atas pokok langsung tidak menghiraukannya yang sedang terbaring kaku. Beruang yang tiba di situ terus menghidu dirinya yang terbaring. Setelah mendapati pengembara itu sudah tidak bernyawa, beruang itu terus berjalan meninggalkan tempat itu.

Pengembara yang berada di atas pokok kemudian turun dan terus mendapatkan rakannya."Sebentar tadi aku melihat beruang itu berbisik kepada kamu. Apa yang di katakan oleh beruang itu?" taya pengembara itu ingin tahu.

Dengan muka bersahaja dia menjawab"Beruang itu berkata, tidak bijaksana mempunyai seorang rakan yang mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan rakannya yang berada dalam bahaya."