Upload
others
View
43
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PENGENALAN DAN UKUR
SERTA DRAF POLA
PAKAIAN KASUAL
PENGENALAN
PAKAIAN KASUAL
Pakaian kasual adalah Western Dress Code yang terdiri dari
kod pakaian yang lebih formal, pakaian separa formal atau
pakaian tidak rasmi
Pakaian kasual dikaitkan dengan penekanan keselesaan
dan keperibadian mengikut formaliti dan kesesuaian
yang diantaranya adalah blaus, slek dan skirt.
Perkataan "kasual" boleh ditakrifkan sebagai sesuatu
yang santai dan spontan "sesuai untuk penggunaan
harian" atau "tidak rasmi" dalam erti kata "tidak formal".
JENIS-JENIS
PAKAIAN KASUAL
BLAUS
Blaus merupakan pakaian yang amat digemari pada masa sekarang dan mempunyai bentuk yang kemas dan menarik bagi si pemakai.
Setiap rekaannya adalah berbeza dan sentiasa berubah mengikut pereka yang mempunyai idea tersendiri.
Blaus boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860.
Blaus direka dalam pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung kepada pilihan fabrik dan hiasan
SLEK
Slek mula dipakai pada abad ke-18 bagi kaum lelaki dan abad ke-19
bagi kaum wanita. Pakaian ini sesuai untuk
melakukan aktiviti harian
seperti bersiar-siar, membeli-
belah, berkelah, bersukan atau
untuk ke pejabat.
Terdapat pelbagai garis
stail seperti sama sendat, palazo, baggy, clown, pensel, oxford
dan kembanng. Slek boleh dijadikan
pakaian kasual atau formal
bergantung pada pilihan jenis fabrik
dan corak.
SKIRT
Skirt boleh didapati dengan potongan
labuh, atas lutut atau bawah lutut. Skirt
sesuai dipergayakan dalam pelbagai
acara sama ada acara formal atau tidak
formal dan dipakai untuk aktiviti harian.
Jenis-jenis skirt diantaranya adalah straight
skirt, A-line skirt, box pleated skirt, fly skirt,
sheath skirt, fix box pleat skirt, 8 panel skirt, 4
panel skirt, 6 panel skirt dan fall skirt.
VARIASI STAIL
PAKAIAN KASUAL
Variasi stail rekaan fesyen memerlukan idea
kreatif mengikut trend semasa berdasarkan
maklumat kajian yang diperolehi dan variasi
stail boleh digabungkan dengan beberapa
aspek seperti warna, peredaran masa, cuaca
dan musim. Stail rekaan yang lama turut di beri
nafas baru dengan rekaan yang lebih menarik
seperti:
POKET
Poket mempunyai tujuan hiasan atau berfungsidan boleh digunakan untuk kedua-dua tujuan. Pembukaan poket perlu cukup luas dan mendalamuntuk menampung tangan dan untuk mengelakkanobjek jatuh.
Poket dilekatkan, tersembunyi atau ditebuk pada blaus, skirt seluar dan sebagainya. Semua jenispakaian boleh direka dengan poket.
Poket terutamanya berfungsi sebagai tujuan utilitidan bukannya hiasan dalam pakaian lelaki. Dalampakaian wanita, poket meningkatkan nilai yang menarik perhatian terhadap reka bentuk pakaian.
Hiasan seperti bias mengikat, renda, ruffles, tucks, pleats, applique, menyulam, dan lain-lain bolehdilampirkan kepada pakaian kanak-kanak untukmenjadikannya menarik.
KOLAR
Kegunaan kolar ialah untukmengemaskan garis leher pakaian, menunjukkan rekabentuk pakaian dan dibuat untuk menutup kecatatan leher sipemakai.
Kolar adalah yang bahagian yang dilekat atau dijahit sekali pada pakaiandan ada yang boleh ditanggalkandaripada pakaian jika tidak diperlukan.
Kolar boleh didapati dalam berbagai-bagai jenis dan bentuk. Ciri-ciri kolaryang biasa digunakan ialah:
Permukaan rata dan sama lebar
Mata jahitan lurus dan kukuh
Bahagian hujung/ penyudah kolardibentuk dengan elok
LENGAN
Lengan ialah tambahan
pakaian dari lubang
lengan. Ia boleh dibuat dari
sepotong fabrik yang
dicantumkan ke lubang
lengan atau pun
tambahan daripada
badan.
Lengan biasa yang
dicantum dengan baik
mempunyai ira lurus yang
terletak di garis leher.
JENIS-JENIS
BENTUK BADAN
APPLE
Bahu yang kecik dengan
payudara yang lebih kecil.
Pinggang yang jelas
Badan bawah yang lebih luas
daripada badan atas
Pinggul dan peha yang
lengkap
Nisbah payudara:
pinggang:pinggul ialah 3:2:4
HOURGLASS
Bahu yang kecik dengan
payudara yang besar
Pinggang yang agak kecil
dan jelas
Bahu dan pinggang seimbang
Bentuk pinggul yang bulat
Badan yang ramping
Nisbah
dada:pinggang:pinggul 4:2:4
RECTANGLE
Bahu hingga dada purata
yang sama size
Pinggang yang tidak
ditentukan
Pinggang lurus dan bahagian
bawah tidak banyak lekuk
Bahu dan pinggang yang
sejajar
Nisbah
dada:pinggang:pinggul 3:3:3
PEAR
Bahu yang kecik dengan payudara
yang lebih kecil.
Pinggang yang jelas
Badan bawah yang lebih luas daripada
badan atas
Pinggul dan peha yang lengkap
Nisbah payudara: pinggang:pinggul
ialah 3:2:4
INVERTED
TRIANGLE
Pinggang lebih kecil daripada
bahu
Purata payudara agak besar
Bentuk kaki yang cantik
Nisbah
dada:pinggang:pinggul 4:3:3
JENIS-JENIS
FABRIK PAKAIAN KASUAL
CREPE
LYCRA
CHIFFON
CASHMERE
MENGUKUR
UKURAN BADAN
BAHAN DAN PERALATAN MENGUKUR BADAN
Pita Ukur Alat tulis Buku Catatan
JENIS-JENIS UKURAN BADAN
KELILING LEHER
Ukur keliling bahagian leher dan
masukkan jari untuk kelonggaran
BAHU
Ukur dari pangkal bahu kiri ke bahu
kanan melalui tulang tengkuk
LABUH LENGAN
• Ukur dari tulang bahu ke paras siku
• Kemudian, terus ke buka lengan dengan
mebengkokkan sedikit lengan sehingga
labuh yang dikehendaki
PERGELANGAN TANGAN
Ukuran diambil dengan melilit pita ukur ke
pergelangan tangan mengikut kehendak
pelanggan
JENIS-JENIS UKURAN BADAN
KELILING DADA
Ukur keliling dada yang paling tinggi
(paling menonjol) dan masukkan dua
jari untuk kelonggaran
MERCU KE MERCU
Ukuran diambil dari bahagian dada yang
paling tinggi di sebelah kanan
kebahagian dada yang paling tinggi di
sebelah kiri
JENIS-JENIS UKURAN BADAN
BIDANG HADAPAN
Ukur dari pangkal ketiak kanan
hingga ke pangkal ketiak kiri. Pita
ukur terletak kira-kira 10 cm dari
pangkal leher
BAHU KE MERCU
Ukuran diambil dari pangkal bahu
kebahagian dada yang paling tinggi
LABUH TENGAH BELAKANG
Ukur dari tulang tengkuk ke paras
pinggang yang paling ramping (paras
pinggang yang diikat)
JENIS-JENIS UKURAN BADAN
UKUR BIDANG BELAKANG
Ukur dari pangkal ketiak kanan
hingga ke pangkal ketiak kiri. Pita
ukur terletak kira-kira 12 cm dari
tengkuk
KELILING PINGGUL
Ukur keliling pinggul yang paling
tinggi (menonjol) dan masukkan dua
jari untuk kelonggaran
LABUH BAJU
Ukur labuh baju dari tulang tengkuk
melalui garis tengah belakang
hingga paras labuh yang
dikehendaki
MENDRAF
POLA PAKAIAN
Draf pola adalah satu aktiviti melukis pola dengan menggunakan teknik
dan peralatan yang betul serta ukuran yang tepat untuk memastikan
bentuk pakaian kelihatan cantik dan tiada masalah ketika menjahit. Pola
boleh diubahsuai dan dibuat pembetulan mengikut stail atau rekaan yang
dikehendaki. Ukuran dan kiraan yang tepat memainkan peranan yang
penting bagi mendapatkan keseluruhan hasil pakaian melalui bahagian-
bahagian pola yang dilakar dengan teliti. Pola perlu ditanda dengan tepat
bagi memastikan keseragaman pola ketika pengubahsuaian atau
pemindahan pola ke atas kertas lakaran yang lain. Penggunaan alatan
yang tepat dititikberatkan supaya pola yang dilakar betul dan mengikut
ukuran yang sebenar.
PERALATAN DAN BAHAN MENDRAF POLA
PITA UKUR
Digunakan untuk mengambil
ukuran dan mengukur garis
lurus atau garis melengkung.
ALAT TULIS
Digunakan untuk mencatat ukuran.
BUKU CATATAN
Ukuran yang dicatat pada buku
nota digunakan untuk mendraf
pola
BROWN PAPER
Pilih yang sederhana tebal dan
tidak renyuk
PERALATAN DAN BAHAN MENDRAF POLA
PEMBARIS MELENGKUNGPEMBARIS LURUS
PEMBARIS SESIKU L
TEKNIK MENDRAF
POLA PAKAIAN
Gunakan ukuran yang telah dicatat
Lakukan kerja mendraf dimeja mendraf
Pilih dan guna peralatan yang sesuai
dengan teknik yang betul
Mendraf dengan prosedur yang betul
MENDRAF POLA DIMULAKAN DENGAN GARISAN ASAS
MENANDA GARIS PANDUAN PADA
POLA
Tanda-tanda garis panduan
pada kertas pola perlu dibuat
sebelum dipindahkan kesebelah
dalam fabrik bagi memudahkan
kerja memadan dan menjahit
pakaian.
TANDA SIMBOL POLA
IRA LURUS Tanda ini di letak mengikut ira
lurus selari dengan tepi fabrik.
TANDA LIPATANTanda ini hendaklah di letak
pada lipatan fabrik..
TANDA IMBANGTanda ini memberi panduan
apabila mencantum kepingan
fabrik sebelum kepingan tersebut
dijahit.
GARIS PEMADANKepingan fabrik hendaklah
dijahit pada garis ini apabila
kerja mencantum dilakukkan.
TANDA SIMBOL POLA
BASI KELIMRuang di antara garis
menggunting dan garis
pemadan yang berjarak
15mm hingga 20mm.
GARIS MENGUNTINGFabrik hendaklah digunting pada
garisan ini.
LISU PEMADANLisu pemadan hendaklah
dijahit tepat mengikut garisan
ini.
ARAH MENJAHITAnak panah menunjukkan
arah lipatan lisu.
TANDA SIMBOL POLA
G T
H
G T
B
G L GTH - Garis Tengah Hadapan
GTB - Garis Tengah Belakang
GL - Garis Lipatan
PROSES MEMOTONG FABRIK
DAN MENJAHIT PAKAIAN
Proses menggunting pola yang telah didraf dilakukan bagi
memudahkan kerja dalam menggunting fabrik. Setiap
bahagian pola perlu mencukupi dan lengkap dengan
tanda dan simbol pola supaya pakaian dapat dihasilkan
adalah sama dengan permintaan pelanggan.
PERALATAN DAN BAHAN MEMOTONG
PITA UKUR
Digunakan untuk mengukur
bahagian badan atau fabrik
dan mengukur kelebaran
basi di atas fabrik.
GUNTING FABRIK
Digunakan untuk
memotong fabrik
PENITI
Disematkan pada pola di atas
fabrik supaya pola tidak
bergerak ketika menanda basi
dan ketika memotong
KAPUR
Untuk menanda dan
memindahkan tanda pada
fabrik
PERALATAN DAN BAHAN MEMOTONG
PEMBARIS MELENGKUNGPEMBARIS LURUS
PEMBARIS SESIKU L
PENGENALAN
TEKSTUR FABRIK
IRA FABRIK
Dalam proses memotong,selain ira, keadaan dan corak fabrik , tanda pola juga memainkan peranan penting dalam proses memotong supaya tidak berlaku kesilapan semasa proses menggunting dan memudahkan proses menjahit di jalankan.
Terdapat tiga ira fabrik antaranya ialah :
Ira menegak.
Ira melintang.
Ira serong tepat.
IRA MELINTANG IRA MENEGAK IRA SERONG TEPAT
PENGENALAN
TEKSTUR FABRIK
JALUR MEMANJANG
Pastikan keadaan jalur mengikut ira yang betul.
CORAK BERTABUR
Corak bunga bertabur walaupun mudah dikendalikan tetapi ia
perlu mengikut ira kain.
PENGENALAN
TEKSTUR FABRIK
PERATURAN MENYUSUN ATUR POLA
Ratakan pola yang berkedut
Kenal pasti dan patuh pada arahan,maklumat dan label pola
Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata.
Temukan sebelah dalam fabrik dan pastikan bahagian lipatan terletak selari dengan tepi meja
Pola yang mempunyai tanda lipatan perlu diletak pada lipatan fabrik
Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik
Susun atur kepingan pola besar dahulu,diikuti dengan kepingan pola kecil
Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas
Susun pola diatas fabrik dengan sempurna bagi mengelakkan pembaziran.
Sematkan pola yang telah disusun dengan peniti
TEKNIK
MEMOTONG
Pastikan fabrik dibentang diatas permukaan yang rata.
Guna gunting fabrik yang tajam.
Elakkan fabrik daripada bergerak dengan meletakkansebelah tangan diatas pola.
Jangan angkat fabrik semasa menggunting supayamendapat potongan yang tepat.
Pastikan jumlah kepingan fabrik yang diguntingmencukupi.
Amalkan langkah keselamatan semasamenggunakan peralatan.
Tandakan pola perlu dipindahkan ke sebelah dalamfabrik sebelum fabrik ditanggalkan bagi memudahkankerja memadan dan menjahit pakaian.
PENGENALAN
LANGKAH MENJAHIT
DAN KEMASAN
Jahit adalah satu proses mencantumkan dua fabrik untuk menjadi pakaian. Ia terbahagi
kepada dua jenis iaitu jahitan tangan dan jahitan mesin. Mesin diperlukan untuk menjahit
fabrik menjadi pakaian yang diinginkan. Manakala jahitan tangan adalah jahitan yang
dijahit menggunakan tangan seperti menjahit kemasan tepi baju. Contohnya jahitan insang
pari, sembat susup, silang pangkah dan lilit ubi.
PERALATAN MENJAHIT
PERSEDIAAN MENJAHIT
Mesin jahit berada dalam keadaan baik
Pelarasan mata jahitan yang bersesuaian dengan jenis fabrik
Pemilihan warna benang yang sesuai dengan fabrik
JENIS-JENIS KELIM
KELIM
KELIM
BETAWI
KELIM
PAPAN
KELIM LIPAT
TINDIH
KELIM
BELAH
KANGKUNG
KELIM BELAH
KANGKUNG
KELIM LIPAT
TINDIH
KELIM PAPAN KELIM BETAWI
JENIS-JENIS LISU
▪ Merupakan lipatan fabrik yang dijahit sebahagian
atau sepanjang lipatan
▪ Bilangan lipatan mengikut stail pakaian yang
diperlukan.
LISU TERBALIK
LISU SEIRING
LISU HIAS
LISU SETENTANG
JENIS DAN PROSEDUR KEMASAN PAKAIAN
• Kemasan merupakan proses untuk menyudahkan
dan mengemaskan hujung pakaian
• Pilihan penyudah tepi bergantung kepada:
- Jenis fabrik yang digunakan
- Jenis pakaian
• Jenis-jenis penyudah tepi yang biasa digunakan
untuk pakaian :
- Kelepet
- Lapik
- Kun
- Renda
❑ Kerja-kerja kemasan hendaklah dilakukan semasa
proses menjahit pakaian, bagi memudahkan kerja-
kerja menjahit dan dapat menghasilkan pakaian
yang kemas dan bermutu
❑ Lakukan kerja-kerja kemasan dengan betul dan
mengikut langkah supaya tidak mencacatkan
pakaian
❑ Perkara penting yang perlu dilakukan dalam
proses kemasan:
-Tanggalkan semua peniti dan benang jelujur
untuk mengelakkan kesan-kesan peniti dan
benang pada fabrik
-Lakukan kemasan dibahagian dalam supaya
kesan-kesan tidak kelihatan pada pakaian.
-Kenal pasti fabrik yang hendak dibuat kemasan
samada dari jenis mengecut atau tidak supaya
dapat mengelakkan kerosakkan pada fabrik.
PROSES ACU BADAN DAN
KEMASAN AKHIR
Acu pakaian merupakan aktiviti yang penting dalam proses membuat
pakaian.Ia dibuat dengan cara mengacu atau memakai pakaian
kepada badan pemakai dan memastikan pakaian itu padan dengan
pemakai. Pakaian yang hampir siap hendaklah diacu pada badan
pemakai supaya pakaian akan kelihatan menarik serta tergantung
elok apabila dipakai,ia tidak terlalu ketat dan terlalu longgar apabila
dipakai. Tujuan proses mengacu pakaian ialah :
• Mengetahui kepadanan sebenar pakaian dengan pemakai
• Sebarang kelonggaran,kesendatan dan kedutan pada bahagian
pakaian dapat dibaiki agar pakaian teracu dengan baik.
• Supaya pakaian yang siap dijahit selesa dipakai oleh pelanggan
atau pemakai
PERALATAN UNTUK MENGACU PAKAIAN
CIRI-CIRI ACU YANG PADAN DENGAN PEMAKAI
Pakaian yang dipakai tergantung
dengan baik dari garis bahu ke garis
lipatan
Pakaian tidak terlalu panjang atau
pendek daripada garis leher ke garis
pinggang dan dari garis pinggang ke garis
kelepet
Bahagian kiri dan kanan pakaian
hendaklah seimbang dan hujung pakaian
selari dengan garis lantai
CIRI-CIRI ACU YANG TIDAK PADAN DENGAN PEMAKAI
Pakaian tidak terletak denganbaik kerana bentuk pakaian tidaksesuai dengan bentuk badan pemakai.
Sebab – sebab pakaian tidakteracu dengan baik :
Ukuran badan tidak diukurdengan betul
Jahitan tidak tepat digarispemadan
Kesilapan semasa membuat pola
Lisu pada pola tidak dibuang
Tidak membuat penambahanuntuk keselesaan
PROSES MENEKAN
Proses menekan adalah langkah terakhir dalam
aktiviti menjahit untuk memastikan kekemasan baju
dan selesa untuk dipakai. Pakaian yang telah siap
dijahit haruslah menjalani proses akhir seperti menjahit
cangkuk dan palang, butang, lubang butang,
memotong lebihan benang, membuang jahitan
sementara dan diakhiri dengan proses menekan.
PERATURAN KEMASAN AKHIR
Pakaian yang telah siap dijahit hendaklah
ditanggalkan peniti dan jahitan sementera untuk
menjalani proses menekan.
Lebihan benang atau benang jahit tepi pada baju
perlu dipotong dan dibuang bagi memastikan
kekemasan baju terjaga.
1
2
Cangkuk dan palang, hook and eye atau butang
dijahit pada baju supaya pakaian kelihatan lebih
cantik dan menarik.
Langkah yang terakhir adalah dengan manjalani
proses menekan untuk kemasan akhir pakaian.4
3
PERATURAN KEMASAN AKHIR
PROSES UNTUK MENEKAN
Kerja-kerja menekan hendaklah dilakukan semasa proses menjahit pakaian, bagi memudahkan kerja-kerjamenjahit dan dapat menghasilkan pakaian yang kemas dan bermutu.
Lakukan kerja-kerja menekan dengan betul dan mengikut peraturan supaya tidak mencacatkan pakaian.
Perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan dalam proses menekan :
-Tanggalkan semua peniti dan benang jelujur untuk mengelakkan kesan-kesan peniti dan benang pada fabrik.
-Uji suhu seterika sebelum menekan untuk mengelakkan kecacatan pada fabrik
-Seberapa boleh lakukan kerja menekan di sebelah dalam supaya kesan-kesan seterika tidak kelihatan pada pakaian.
-Kenalpasti jenis fabrik yang hendak ditekan sama ada dari jenis mengecut atau tidak supaya dapatmengelakkan kerosakan pada fabrik berkenaan.
PERALATAN MENEKAN
Seterika wap
Seterika merupakan peralatan yang penting dalam sektor
pembuatan pakaian. Ia digunakan sebagai alat menekan
atau alat menggosok pakaian dalam keadaan sempurna
agar dapat memperolehi hasil yang baik. Seterika ini
digunakan dalam industri. Ia mempunyai liang pada tapak
seterika yang mengeluarkan wap apabila digunakan.
Terdapat tiub kecil yang bersambung dengan bekas air.
PERALATAN MENEKAN
Meja seterika
Meja seterika ialah permukaan yang baik untuk menggosok
kerana kain besar tidak tergelongsor. Diperbuat daripada
besi dan terdapat span pada bahagian atas dan dibalut
dengan fabrik.
PERALATAN MENEKAN
Bod Lengan
Kegunaanya ialah untuk menekan bahagian - bahagian
yang berlekuk seperti lengan baju. Diperbuat daripada kayu
dan mempunyai span yang pada bahagaian atas bod.
Kerja-kerja menggosok lebih mudah apabila menggunakan
bod seterika lengan ini dan bahagian-bahagian yang sukar
digosok.
SEKIAN
TERIMA KASIH…