Upload
amerhafiz
View
903
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
PENGHARGAAN
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaan-Nya dapat saya
siapkan kerja kursus pendek ni dengan jayanya. Segala penat lelah dalam usaha
menyiapkan kerja kursus pendek ini akhirnya berbaloi dengan selesai sudah tugasan yang
telah diberikan.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga
kepada semua yang tidak jemu memberi kata-kata semangat dan dorongan untuk terus
komited dan bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan ini khususnya ibu-bapa,
rakan-rakan dan guru.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik
Kamarulzaman Bin Mohd Kutty yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada
saya agar dapat menghasilkan kerja yang bermutu dan memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan. Jasa-jasa encik akan saya kenang sehingga akhir hayat, insya-Allah.
Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, pelbagai masalah dan karenah timbul dan
menyukarkan kami memberi komitmen yang sepenuhnya. Namun, hasil perbincangan
antara para pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan berjaya mengatasi masalah-masalah
yang timbul dan mampu meneruskan tugasan dengan bersemangat.
Diharap semua usaha yang telah saya rancang dan lakukan mendapat keberkatan
dan keredaan daripada Ilahi dan berharap semua ini akan dapat membantu saya untuk lebih
memahami dan mendalami emosi saya dan mempu mengawalnya dengan baik seterusnya
menaikkan nama baik guru di mata masyarakat.
1
PENGENALAN EMOSI
Apa Itu Emosi ? . Secara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia
adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling
halus. Perasaan atau emosi ini mempunyai tiga koponen :
1. Perasaan dalaman tertentu – Ini dialami dan dirasai secara subjektif seperti
takut, suka, duka, marah dan benci.
2. Corak ransangan fisiologi – Ini termasuk semua perubahan fisiologi dalam
badan yang berlaku dalam setiap keadaan emosi seperti merasa jantung berdebar
apabila berada dalam keadaan takut dan perut berasa tidak selesa apabila dalam
keadaan cemas.
3. Corak penonjolan perasaan secara terbuka (overt) – Komponen ini
merangkumi gerak geri badan dan perubahan pada air muka apabila timbulnya
pelbagai perasaan dalaman. Seseorang akan begerak dengan perlahan dan
menundukkan kepala apabila berada dalam keadaan sedih atau mata kelihatan
terbeliak dan kening berkerut apabila dalam keadaan takut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga muka surat 335, Emosi
didefinisikan sebagai perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain-
lain. Contohnya; Masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan emosi yang
kurang sihat. Manakala perkataan beremosi pula bermaksud mempunyai emosi.
Berdasarkan sumber yang lain pula, emosi dikatakan berasal daripada
perkataan Latin “Emover” yang bermaksud bergerak, kegembiraan dan kegusaran.
Pada hari ini perkataan emosi digunakan bagi menggambarkan pengalaman
subjektif seseorang seperti cinta, marah, suka, resah, tertekan, malu, benci, duka,
gembira, tenang dan pelbagai lagi. Perkataan emosi berdasarkan Kamus Dewan
(1994) mentakrifkan sebagai perasaan pada jiwa yang kuat seerti sedih,marah dan
lain-lain.
2
Selain itu, Oxford Advanced Learner,s Dictionary (1995) menyatakan
emosi sebagai satu perasaan yang kuat dan pelbagai jenis contohnya kasih sayang,
keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan ataupun berlakunya gangguan pada
perasaan.
The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi
sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau
naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Jesteru itu, bolehlah disimpulkan emosi
sebagai salah satu daripada ciri jiwa manusia yang boleh mempamerkan perasaan
yang kuat yang berpunca daripada psikilogi atau mental seseorang dan emosi boleh
berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi.
Kecerdasan Emosi didefinisikan juga sebagai kecerdasan sosial yang
banyak melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara
emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini
sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. Kecerdasan emosi banyak
dipelajari sepanjang hidup kita dan kompetensi kita didalamnya boleh berkembang
sepanjang hidup kita. Kecerdasan emosi juga kadang kala dipanggil EQ (Emotional
Quotient) seperti IQ (Intelligence Quotient).
Mengikut Daniel Goleman (1995), EQ adalah prasyarat untuk
keberkesanan IQ. Ini bermaksud, IQ kita tidak akan berfungsi dengan baik jika
bahagian otak rosak akibat daripada kecacatan emosi. Daniel Goleman (1998), telah
menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada
kecerdasan intelektual (IQ) sahaja sahaja tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan
emosi (EQ). EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek
dalam kehidupan seseorang individu, termasuk aspek kesihatan dan sosial. EQ
menyumbangkan 80% daripada kejayaan kita manakala IQ hanya menyumbangkan
20% dalam membentuk kejayaan kita.
Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1987 telah menggariskan
beberapa faktor penting yang perlu dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Dalam
sesebuah negara pendidikan adalah teras bagi menjamin penghasilan sumber
3
manusia yang dapat memenuhi keperluan di dalam pelbagai bidang. Melalui
pendidikan juga akan dapat melahirkan rakyat yang berdisiplin, jujur dan berakhlak
mulia. Lantaran itu falsafah pendidikan negara telah menggariskan kenyataan
berikut:
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara”
Hasil daripada penelitian terhadap falsafah pendidikan di atas, adalah
jelas bahawa perkara yang amat diberikan perhatian di dalam sistem pendidikan
negara ini adalah mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Tiga unsur yang akan diberikan keutamaan di dalam
kajian ini meliputi aspek intelek, emosi dan rohani. Aspek intelek dilihat melalui
konteks pencapaian akademik yang merangkumi kemahiran asas iaitu membaca,
menulis dan mengira, sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan,
mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis supaya mampu menghasilkan
idea-idea yang bernas. Emosi pula adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan
emosi,iaitu dari aspek mempunyai perasaan yang tenang dan berfikiran waras.
Aspek rohani dan jasmani dari segi tingkah laku yang menekankan tingkah laku yang
terkawal serta memiliki dan memupuk kasih sayang (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1992).
4
SEJARAH PERKEMBANGAN KECERDASAN EMOSI (KE)
Minat terhadap emosi dan perkembangan seseorang individu telah bermula pada
awal kurun 19. Perkembangannya mengikut aliran seperti berikut :
5
JENIS-JENIS EMOSI
Emosi dapat dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti berikut :
1. Emosi positif atau negatif – Emosi positif adalah emosi suka, sayang, gembira
dan sebagainya, manakala emosi negatif adalah emosi takut, marah, dan duka.
2. Emosi primer atau bercampur – Emosi primer adalah perasaan gembira,
benci, jelek, terperanjat, sedih, marah, takut dan malu yang hanya berlaku secara
bersendirian. Emosi bercampur pula adalah satu keadaan kompleks seperti merasa
kecewa. Ini adalah gabungan perasaan sedih dan terperanjat atau cemburu yang
merupakan gabungan perasaan sayang dan marah.
6
Berikut adalah contoh-contoh yang boleh digambarkan oleh kita mengenai jenis-
jenis emosi yang berlaku kepada kita seharian mengikut situasi yang kita alami
Cara Mengurus Emosi
Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti kawalan
kendiri, amanah, ketekunan, kebolehubahsuaian dan inovasi. Tiap-tiap aspek ini
mempengaruhi dan membentuk watak individu dari segi emosi.
A. Kawalan kendiri: Ini bererti sesuatu individu itu dapat menguruskan emosi yang
destruktif. Individu yang memiliki kompentensi ini biasanya:
a. Mengurus perasaan dan emosi negative dengan baik.
b. Tenang dan positif semasa tertekan.
c. Berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan.
B. Amanah: Ini bererti sesuatu individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran
dan intergriti. Individu yang memiliki kompentensi ini biasanya:
a. Bertindak secara beretika mengikut peraturan.
b. Membina keyakinan melalui kebolehpercayaan dan autensiti.
c. Mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika
orang lain.
d. Mengekalkan pandangan yang ada prinsip walaupun tidak popular.
C. Ketekunan: Ini bererti sesuatu individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri.
Individu yang memiliki kompentensi ini biasanya:
7
a. Mempunyai komitmen dan menunaikan janji.
b. Bersifat akauntable untuk memenuhi objektif.
c. Teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas.
D. Kebolehsuaian: Inibererti sesuatu individu itu luwes (fleksible) dalam menangani
berubahan. Individu yang memliki kompentensi ini biasanya:
a. Menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan dan pertukaran
yang kerap.
b. Menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering
berubah.
c. Luwes dalam perpepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku.
E. Inovasi: Ini bererti sesuatu individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea
serta maklumat baru. Individu yang memiliki kompentensi ini biasanya:
a. Mencari idea baru daripada pelbagai sumber.
b. Memikrkan penyelesaian kreastif terhadap masalah-masalah
c. Menjana idea baru.
d. Mempunyai perspektif terkini dan risiko dalam pemikiran.
8
Strategi Mengurus Emosi
Pada amnya ada beberapa strategi untuk mengurus emosi kita. Di antaranya ialah
seperti berikut:
a. Menangguh kehendak (late gratification)
b. Redha
c. Rasionalisasi pemikiran
d. Sublimasi (sublimation)
e. Meluahkan emosi kendiri dalam bentuk penulisan
f. Pemikiran positif
g. Mengunakan alat berfikir jenis CoRT 1 (Cognitive Research Thurst 1).
h. Menggunakan terapi seperti zikir, muzik, seni, yoga dan lain-lain.
9
Sinopsis Cerpen Di Bawah Langit Jingga Karya Rahainah Salleh
Cerpen ini mengisahkan penyesalan seorang bapa yang telah tidak berdaya dan
uzur kerana telah mengabaikan anak kandungnya, Nir Jamilah. Dia enggan
mengakui Nur Jamilah sebagai anak sejak dilahirkan hanya kerana rupa paras
Jamilah yang hodoh dan di fikirkan tidak sesuai dengan statusnya sebagai jutawan
yang tersohor.
Bapa sentiasa merintih kerana terharu disebbkan jagaan dan bakti Jamilah
kepadanya walaupun dia telah melayannya dengan buruk dan pernah menganggap
Jamilah sebagai anjing kurap yang meminta simpati. Ratni iaitu isteri kepada bapa
juga ibu kepada Jamilah telah meninggal dan selamat disemadikan di Tanah Suci
Makkah al-Karomah.
Bagi Jamilah walaupun dihina dan tidak pernah diakui dan diberi kasih sayang
sebagai seorang anak, beliau tetap mencurahkan bakti terhadap bapanya. Dia masih
menjaga dan mendoakan supaya bapanya sembuh kembali. Dia juga tidak melatih
anak-anaknya supaya membenci datuk mereka selepas layanan yang diberikan
kepadanya.
10
Gambaran Watak Dalam Cerpen Di Bawah Langit Jingga Karya Raihanah Salleh
Jenis-jenis Emosi yang Ditonjolkan Oleh Watak Bapa
Situasi Dia menatap penuh benci. Namun, dia tidak sampai hati untuk menghamburkan kata-kata yang sejak tadi bergelodak dalam dadanya.
Jenis emosi Benci
Keterangan Dia menahan rasa benci dengan tidak berkata apa-apa. Rasa tidak sampai hati terhadap isterinya membendung dia menghamburkn rasa bencinya itu.
11
Situasi “Tidak!” Dia tiba-tiba menjerit kuat. Gelodak rasa yang sejak tadi tertahan, tidak mampu dibendung lagi. Wajah suram Ratni sekelumit pun tidak menyejukkan hatinya.
Jenis emosi Marah
Keterangan Bapa tidak dapat mengawal rasa marah dan bencinya. Dia menjerit dengan kuat dan melahirkan rasa marah dan ketidak puasan hatinya.
Situasi Antara berjuta, dialah yang paling bertuah. Bukankah dia memiliki segala-galanya? Siapa yang tidak kenal dia? Jutawan muda yang tersohor, memiliki rangkaian syarikat yang gah di merata-rata tempat.
Jenis emosi Bangga
Keterangan Dia merasa dirinya cukup gah tanpa ada kekurangan. Memiliki segala-galanya, harta dan kekayaan serta tersohor.
Situasi Ratni, aku igin membuka kelopak mataku. Aku ingin menatap wajanya sebelum aku menutup mata selama-lamanya. Aku ingin mengucup dahinya seperti yang sepatutnya aku lakukan hamper empat dekad lalu.
Jenis emosi Penyesalan
Keterangan Bapa menyesal kerana mengabaikan anaknya selama lebih kurang empat dekad kerana perasaan benci disebabkan oleh rupa paras yang hodoh.
12
Jenis-jenis Emosi yang Ditonjolkan Oleh Watak Ratni
Situasi “Abang!” Ratni membantah dalam tangis pilu. “Abang tak boleh kata begitu. Betapa pun dia, dia ciptaan Tuhan. Kalau abang hina dia, bermakna abang juga enghina Tuhan. Abang lupa itu?”
Jenis emosi sedih
Keterangan Ratni berasa sedih dengan sikap suaminya yang enggan menerima keadaan anak mereka yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna.
13
Jenis-jenis Emosi yang Ditonjolkan Oleh Watak Jamilah
Situasi Ia berdiri tegak dan memandang ke arahku dengan renungan tunak yang tidak dapat kutafsirkan.
Jenis emosi sedih
Keterangan Jamilah mungkin berasa sedih kerana diperlaku hina oleh bapa kandungnya. Tetapi dia Berjaya mengawal emosinya dan melepaskan kesedihannya itu dengan satu pandangan mat tunak ataupun kesal kepada bapanya.
14
REFLEKSI TAHAP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI WATAK-WATAK TERSEBUT
Berdasarkan watak utama yang terdapat dalam novel tersebut, pengarang
banyak menonjolkan emosi watak utamanya melalui watak bapa. Bapa banyak
menonjolkan emosi seperti benci, marah, dan penyesalan. Pada masa lampaunya
bapa tidak pandai mengawal emosinya. Dia cepat melenting dan marah. Bapa juga
menunjukkan rasa bencinya terhadap anaknya. Bapa juga tidak bertindak bijak
apabila meninggalkan Ratni bersendirian bersama anak yang baru lahir itu.
Kompetensi Kecergasan Emosi terdiri daripada 2 komponen iaitu Kompetensi
Personal dan juga sosial. Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah, kita
perlulah mempertimbang semua subkomponen yang terlibat. Kesedaran sosial
dalam diri watak perlu ada bagi mengesan emosi dan memahami pandangan orang
lain , melayani kepelbagaian dan kesedaran politik. Melalui kemahiran sosial pula,
watak dapat menyemai dan mengekalkan perhubungan apabila berlakunya sesuatu
masalah. Dalam erti kata lain, dapat memupuk perhubungan yang penting dan
berhasil dalam interaksi sosial hariannya. Tambahan pula, dengan mengenali emosi
diri, dia dapat mengenali perasaan yang dirasakannya. Sama ada kecewa, sedih
mahupun terkilan yang di alami oleh watak di dalam cerpen. Kemampuan untuk
memantau perasaan dari waktu ke waktu merupakan perkara penting bagi
pemahaman diri. Tidak di nafikan perkara sebegini sukar di terima, tetapi dia dapat
menguruskan emosinya dengan terancang. Hana turut menimbang perasaan orang
lain dan sanggup menerima tawaran kerja di tempat lain bagi mengelakkan konflik
yang lebih buruk. Seseorang yang memiliki keyakinan tentang perasaannya adalah
seseorang yang mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap emosinya.
Memahami emosi orang lain dapat menyumbangkan banyak kesan yang
positif. Kita sering mendengar yang apabila seseorang itu dapat memahami emosi
orang lain, pastinya emosinya dapat di kawal dengan baik. Tahap emosi watak perlu
di tingkatkan lagi supaya tidak melukakan hati orang lain. Apabila sesebuah
hubungan mengalami masalah, langkah membina hubungan semula di ambil untuk
15
melihat sejauh mana watak dapat mengendalikannya. Setelah kita melakukan
pengenalpastian sesuatu masalah, hal lain yang perlu dilakukan untuk
mengembangkan kecerdasan emosional ialah dengan memelihara dan memulihkan
hubungan. Keterampilan membina hubungan merupakan keterampilan sosial yang
dapat mengembangkan pergaulan. Hal ini dapat dilakukan apabila kita
berkomunikasi.
Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengalami gangguan emosi dan
mental biasanya adalah orang yang tidak mempunyai kemahiran menyelesaikan
masalah berkenaan yang membelenggu mereka sehingga masalah itu menjadi lebih
parah. Tahap Kompetensi Kecergasan Emosi diri bapa kurang stabil dan dia berasa
sangat bersalah mengambil keputusan tersebut
Walaupun tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi watak utama iaitu bapa
berada di tahap yang tidak memuaskan, namun ia dapat di pertingkatkan dengan
pelbagai cara dan kaedah. Ianya bergantung pada diri individu itu sendiri dalam
memilih cara yang paling berkesan. Matlamat dan pemikiran hendaklah realistik dan
rasional. Matlamat yang terlalu ideal boleh menyebabkan seseorang mengalami
tekanan jiwa. Jadi tetapkan matlamat yang selaras dengan kebolehan anda.
16
REFLEKSI INTROSPEKTIF
Menguruskan emosi tidak bererti kita berhenti merasa, atau berhenti
mengekspresikan diri. Ini bererti, kita seharusnya boleh mengenali dan memahami
mana ialah "emosi positif" dan mana yang "emosi negatif". "Emosi negatif" itu
mempunyai ciri khas, iaitu membuat perasaan frustasi, putus asa, dendam, iri hati,
dengki, dan hal negatif lain. Sedangkan ciri "Emosi positif" adalah selalu membuat
perasaan kita gembira, damai, sejahtera dan hal positif lain.
Refleksi memerlukan saya untuk berada di tempat watak tersebut. Tidak
dapat saya elakkan untuk mempunyai emosi an berfikiran negatif. Tetapi jika saya
berada di tempat bapa di dlam cerpen ini, saya tidak akan melahirkan emosi benci.
Rasionalnya, apa salahnya anak kecil yang baru lahir dengan seorang bapa. Hanya
kerana dia dilahirkan begitu, kita sebagai bapa membencinya. Sebagai bapa kita
arus berfikir mengenai ketentuan Illahi. Bukan kehendak anak iu untuk dilahirkan
sebegitu.
Selain itu sebelum saya mengambil tindakan membenci, saya akan
memikirkan akibat dari tindakan yang bakal saya lakukan. Apa akan terjadi dengan
hubungan kekeluargaan yang cuba saya bina selama in?. Apa pula perasaan isteri?
Bagaimana pula dengan anak ini apabila dia dewasa? Perasaannya. Jika keadaan
sukar di kawal, saya akan menggunakan alat berfikir yang sesuai bagi
mengurangkan tekanan. Contohnya menggunakan alat berfikir Plus Minus Intesting
(PMI). Hal ini meminta saya untuk berfikir apakah kelebihan, kekurangan serta
perkara yang menarik. Dalam keadaan sebegini, kelebihannya mungkin dapat
mematangkan diri kita dalam menyelesaikan masalah serta mampu menguruskan
emosi dengan lebih bijak. Kekurangannya ialah mungkin perkara ini menjadi sejarah
hitam dalam hidup yang sukar di lupakan. Sebab itu kawalan emosi sangat penting
untuk mengelakkan kita silap membuat perhitungan. Keputusan yang dibuat dengan
emosi yang tidak stabil akan mengakibatkan kita menyesal di masa akan datang.
Di samping itu, tunjang sebelum saya melakukan tindakan yang drastik ialah
memikirkan tentang hubungan kekeluargaan. Bagi saya pekara seperti itu tidak patut
menjadi punca keretakkan hubungan kami satu keluarga. Bak kata pepatah ”Air di
cincang tak akan putus ”. Begitu juga dengan hubungan terbina yang tidak rapuh
untuk dipatahkan. Saya akan berfikir, mereka merupakan orang yang paling saya
17
sayang dalam hidup. Tidak dinafikan saya sangat kecewa, namun semua itu akan
pulih dimakan waktu. Hanya diri kita dapat mengubah suasana atau keadan. Jangan
hanya kerana terlalu marah, kita sanggup membuka keaiban ahli keluarga kita
sendiri.
Dengan keadaan emosi yang tidak sihat ini, saya perlu mengingati semula
akan hakikat yang semua hamba Allah akan di uji walaupun setiap orang berlainan
tapi cara diri sendiri untuk menguruskannya sangat penting. Saya sedar pasti ada
hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian yang menimpa saya. Saya tidak
menyalahkan takdir kerana mungkin saya sedang di uji. Saya juga akan cuba untuk
muhasabah diri dengan kata-kata hikmat seperti Allah akan uji makhluknya yang dia
sayang. Mungkin saya berada dalam golongan itu.
Mengamalkan pemikiran yang positif adalah cara yang terbaik untuk
mengurus emosi yang baik seperti kekecewaan atau kegagalan atau kehilangan.
Orang yang mempunyai sikap positif sentiasa mendapat kejayaan dan dapat
mengubah keadaan yang tiada harapan kepada keadaan yang cerah. Pada amnya
sikap seperti ini menjadi panduan hidup manusia. Orang yang mempunyai sikap
tersebut tetap akan cuba walaupun banyak menghadapi kegagalan sehingga
berjaya.
18
Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah syukur saya panjatkan kepada illahi kerana
dengan izin dan berkat-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek
bagi subjek Kompetensi Kecerdasan Emosi bagi tajuk pengurusan emosi.
Walaupun pada mulanya saya menghadapi pelbagai masalah dalam
menyelesaikan tugasan ini, tetapi dengan bantuan dan sokongan pelbagai pihak
akhirnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tajuk yang
diberikan Nampak mudah iaitu pengurusan emosi. Tetapi pada hakikatnya bagi
mengurus emosi dengan baik kita perlu mempunyai keyakinan serta ilmu. Jika
emosi kita tidak dapat ditangani dengan bijak maka segala keputusan yang kita
lakukan atau bakal lakukan adalah berdasarkan emosi yang tidak stabil dan bukan
menggunakan pertimbangan akal.
Merujuk kepada diri saya sendiri, sering kali emosi kita selaku manusia biasa
tidak stabil disebabkan oleh pelbagai tekanan. Saya juga pernah membuat kesilapan
membuat keputusan berdasarkan pertimbangan emosi. Jika jkkita sebagai seorang
bakal pendidik gagal menguruskan emosi dengan baik, tidak mustahil apabila di
sekolah nanti kita akan terbawa-bawa mencampurkan hal emosi dengan perkara
dalam bilik darjah. Perkara seperti inilah yang mengakibatkan guru tersalah hukum
atau member hukuman yang terlebih berat tidak memadai dengan kesalahan.
Perkara tersebut berlaku berikutan masalah pengurusan emosi. Dapatlah kita
lihat di sini bahawa pengurusan emosi yang baik amat berguna bukan saja pada
insane yang bergelar guru tetapi juga pada semua lapangan masyarakat.
19
1. Pemenang Cerpen Remaja Hadiah Sastera Kumpulan UTusan 2001, Antalogi
Cempiang Jalan, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2002
2. Cerpen Di Bawah Langit Jingga, Raihanah Salleh, URTV, 15-28 Februari
2002.
20