14
Teknologi Video Dalam Multimedia Oleh Md Azani Sham

Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia Video

Embed Size (px)

Citation preview

  • Teknologi Video Dalam Multimedia

    Oleh Md Azani Sham

  • PengenalanVideo adalah salah satu media yang digunakan dalam komunikasi dan sebaran maklumat. Video menawarkan kaedah persembahan maklumat yang dinamik dan dapat menarik perhatian pelbagai kumpulan sasaran. Dapat mempersembahkan mesej dengan lebih realistik dan hidup. Video boleh dikategorikan kepada video analog dan video digital.

  • Video AnalogSering digunakan dalam kehidupan harian sejak dahulu lagi. Didapati daripada pelbagai sumber pemain cakera video, pita video ataupun terus menerusi siaran televisyen. Pada awalnya disimpan dalam format komposit menyimpan komponen dalam aspek kualiti paparan, warna, kecerahan imej dan sebagainya. Format baru video analog format komponen - setiap bingkai atau frame video diwakili oleh signal atau gelombang elektrik berterusan yang tidak mempunyai struktur serta spesifikasi yang tetap. Kualiti video analog akan menurun seiring dengan peredaran masa. Video analog disimpan dalam format khas, NTSC, PAL SECAM

  • Format Video AnalogTiga Format atau signal utama yang digunakan bagi menyimpan video jenis analog

    i. National Television Standards Committee(NTSC) : di negara-negara Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun. ii. Phase Alternating Line (PAL) : di negara-negara Eropah dan Komanwel. iii. Sequential Colour and Memory (SECAM) : negara-negara Eropah Timur seperti Perancis.

  • Video DigitalVideo digital diwakili oleh signal atau kod binari yang mempunyai spesifikasi yang lebih tepat dan juga tetap. Diwakili oleh kod binari dengan nilai yang tetap iaitu nilai minimun 0 dan nilai maksimumnya 1. Video digital yang disimpan dalam kod binari membolehkan ia difahami oleh komputer, mudah dipinda, dikongsi dan disebarkan. Kualiti sesebuah video digital kekal sepanjang masa dan kualiti rakaman pendua biasanya setara atau menyamai kualiti video asal.

  • Kelebihan Video digital

    Video digital membolehkan mana-mana isi kandungan video dicapai dengan pantas kerana ia membenarkan capaian secara rawak (tidak linear) dilakukan. Video digital dapat disebarkan dengan mudah dan pantas menerusi pelbagai teknologi moden seperti internet dan sebagainya. Sesebuah klip video digital lebih mudah diubahsuai atau dipinda berbanding dengan video analog.

    Persembahan atau kejelasan video yang diperolehi daripada signal digital adalah jauh lebih baik daripada signal video analog. Kualiti video digital tidak berkurangan walaupun selepas ia disalin atau dipinda beberapa kali.

    Video digital membenarkan arahan-arahan asas seperti arahan penyalinan, pemotongan dan penampalan. Proses pemindaan video dan penambahan kesan khas dilakukan dengan lebih pantas dan mudah.

  • Kelemahan Video digitalRuang storan yang besar digunakan untuk menyimpan fail bagi video digital. Contohnya satu saat video digital saiz failnya melebihi 27MB, satu minit video digital memerlukan 1.6GB. Memerlukan komputer yang mempunyai spesifikasi yang tinggi proses meminda dan menghasilkan video memerlukan kadar pemindahan data yang pantas.

  • Faktor Penentuan Kualiti Video digitalSecara teorinya video digital menjanjikan kualiti paparan yang lebih baik berbanding video analog tetapi tidak semuanya benar dalam kesemua keadaan.

    Kualiti video digital dipengaruhi oleh kadar bingkai atau frame rate, resolusi atau saiz imej dan juga kedalaman warna.

    Kadar bingkai bilangan imej-imej statik yang dipaparkan dalam satu tempoh masa. 15 hingga 30 imej yang dipaparkan dalam masa satu saat dikatakan memadai bagi menghasilkan satu persembahan atau paparan video yang menarik.

    Semakin tinggi nilai kadar bingkai atau fps (semakin banyak imej yang digunakan bagi setiap saat) menghasilkan kualiti persembahan video yang lebih baik.

  • Faktor Penentuan Kualiti Video digitalSaiz atau resolusi imej saiz bingkai bagi video yang diukur secara horizontal dan juga vertikal dalam unit pikselDikenali sebagai resolusi ruang / spatial resolutionSaiz ditentukan mengikut keperluan 320 x 240, 240 x 180 160 x 120, 640 x 480, 800 x 600Dalam aplikasi multimedia saiz video 320 x 240, 240 x 180 sudah memadaiSaiz horizontalSaiz vertikal

  • Faktor Penentukan Kualiti Video digitalKedalaman warna jumlah atau kedalaman warna yang digunakan bagi mewakili setiap imej. Kedalaman warna 8 bit terdapat 256 warna yang digunakan bagi mewakili setiap paparan imej.16 bit 65, 535 warna24 bit 16.7 juta warnaSemakin tinggi kedalaman warna yang digunakan semakin cantik, jelas dan menarik persembahan video yang diperolehi.

  • Faktor Penentuan Saiz Fail Video digital Saiz fail video = Kadar Bingkai x saiz imej x kedalaman warna/ 8 x masaContoh : Klip video yang tempoh masa persembahan 1 saat dengan kadar bingkai 15 fps, saiz imej = 320 x 240 dan kedalaman warna =24 bit Saiz fail = 15 x(320x240) x (24/8) = 3.46 MB

    Sekiranya masa persembahan 10 saatsaiz fail = 3.46 x 10 = 34.6 MB

  • Pemadatan Video DigitalSaiz fail video yang besar dalam aplikasi multimedia boleh ditangani dengan mengunakan kaedah pemadatan Kaedah atau teknologi pemadatan dikenali sebagai CODEC( compression/ decompression)- komputer menukar data asal kepada bentuk algorithma matematik.

    Dua jenis atau kaedah pemadatan : - Lossless compression - Lossy compression

  • Pemadatan Video DigitalLossless compression proses pemadatan yang mana setiap informasi yang berulang diwakili dalam bentuk kod. Kod ini kemudiannya dirujuk setiap kali ia diperlukan tanpa memerlukan data digandakan bagi tujuan yang sama.Kualiti imej atau paparan video tidak terjejas apabila memadatkan menggunakan menggunakan kaedah ini. Teknik ini mampu memadatkan data dalam nisbah 2:1

    Lossy compression kaedah pemadatan yang memadamkan sebahagian daripada data yang ada pada sesebuah imej video. Ratio pemadatannya jauh lebih baik berbanding lossless compressionSaiz fail lebih kecil bagi menyimpan dan menyalur data dengan lebih pantas. Terdapat sedikit kejatuhan kualitinya walaubagaimanapun sukar dikesan atau disedari pada imej yang sedang bergerak

  • Format Fail Video digitalFormat fail yang utamaMotion Picture Expert Group (.MPG atau MPEG), Apples Quicktime (.Mov), Window Media Video (WMV) dan Video for Windows(.AVI)

    Bagi video digital yang ingin disebarkan menerusi teknologi internet, format khas Microsoft Advanced Streaming format(.asf) dan Progressive Network RealVideo (.RM atau .RAM)