18
AJUK : PENGENALAN KEPADA KIKIR TUJUAN : Kertas penerangan bertujuan Memberikan pengetahuan dan melatih pelajar menggunakan peralatan tangan dengan betul. Menjadikan pelajar mahir dalam kerja mengegas dan memberikan pelajar gambaran sebenar kerja mengegas. 1.0 Pengenalan kepada kikir Kikir adalah sejenis alat tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi. Permukaan kikir dibuat dengan cara menghentakan pahat yang dikenakan pada blank yang telah disepuh lindap terlebih dahulu. Selepas gigi kikir habis dipotong, batang kikir dikeraskan pada suhu 800ºC dan kemudian dilakukan penormalan dengan larutan khas. Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan sesuatu komponen atau benda kerja. Proses memotong, menipiskan dan melicinkan ini dinamakan mengikir. 1.0.1 Pengelasan kikir Kikir berbeza dari segi panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi. Panjang Panjang sesuatu kikir diukur dari hujung hingga ke bahunya (Rajah 1). Panjang kikir ialah antara 100 mm hingga 400 mm dengan kadar tambahan 50 mm Rajah 1 kikir Bentuk Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga tirus, bulat dan separuh bulat

Pengenalan kikir

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengenalan kikir

AJUK : PENGENALAN KEPADA KIKIR

TUJUAN : Kertas penerangan bertujuan Memberikan pengetahuan dan melatih pelajar menggunakan peralatan

tangan dengan betul. Menjadikan pelajar mahir dalam kerja mengegas dan memberikan pelajar gambaran sebenar

kerja mengegas.

1.0 Pengenalan kepada kikir

Kikir adalah sejenis alat tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi. Permukaan kikir dibuat dengan cara menghentakan pahat yang dikenakan pada blank yang telah disepuh lindap terlebih dahulu. Selepas gigi kikir habis dipotong, batang kikir dikeraskan pada suhu 800ºC dan kemudian dilakukan penormalan dengan larutan khas. Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan sesuatu komponen atau benda kerja. Proses

memotong, menipiskan dan melicinkan ini dinamakan mengikir.

1.0.1 Pengelasan kikir

Kikir berbeza dari segi panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi.

Panjang

Panjang sesuatu kikir diukur dari hujung hingga ke bahunya (Rajah 1). Panjang kikir ialah

antara 100 mm hingga 400 mm dengan kadar tambahan 50 mm

Rajah 1 kikir

Bentuk

Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga tirus, bulat

dan separuh bulat

Page 2: Pengenalan kikir

Jenis Potongan Gigi

Terdapat empat jenis potongan gigi kikir iaitu:

(a) Gigi selari

(b) Gigi bersilang

(c) Gigi lengkung

(d) Gigi parut

Page 3: Pengenalan kikir

(Rajah 2)

(a) Gigi selari

Gigi selari dipotong condong pada sudut 65º hingga 85º pada permukaan kikir (rajah 2(a)). Kikir

jenis ini digunakan untuk kerja-kerja penyudahan.

(b) Gigi bersilang

Gigi junam dipotong pada sudut 45º manakala gigi dongak dipotong pada sudut 70º hingga 80º (rajah 2(b)). Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-kerja am. Dengan menggunakan kikir ini logam dapat dibuang dengan cepat.

(c) Gigi lengkung

Kikir jenis gigi lengkung digunakan untuk mengikir logam yang lembut seperti aluminium dan kuprum (tembaga), kerana kerak-kerak ahan tersebut tidak mudah melekat pada gigi kikir (rajah

2(c)).

(d) Gigi parut

Kikir jenis gigi parut digunakan untuk membuang bahan-bahan yang lembut dengan cepat. Bahan-bahan yang sangat lembut seperti timah dan kayu boleh dikikir dengan kikir parut.

Bentuk gigi ini membolehkan bahan yang dipotong keluar dengan mudah (rajah 2(d)).

Page 4: Pengenalan kikir

1.0.2 Jenis Kikir

Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dan dengan permukaan yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan cermat. Kikir-kikir yang berikut biasanya

digunakan dalam bengkel kejuteraan:

1. Kikir pipih tirus

2. Kikir pipih kasar

3. Kikir belah rotan

4. Kikir bulat

5. Kikir segiempat sama

6. Kikir segitiga

7. Kikir pipih nipis

8. Kikir bentuk pisau

1. Kikir Pipih Tirus

Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibakan berbagai-bagai jenis kerja yang berlainan.Gigi kikir ini dikelaskan kepada gred kasar, sederhana, halus dan sangat halus. Pada satu permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi. Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya

ke hujung bentuk tirus (Rajah 3).

Rajah 3 kikir pipih tirus

2. Kikir Pipih Kasar

Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata. Salah satu daripada tepi kikir tersebut tidak ada gigi dan tepi ini disebut tepi selamat. (Tepi selamat digunakan semasa

Page 5: Pengenalan kikir

mengikir tepi penjuru dalam). Gred kikir pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat

halus (Rajah 4).

Rajah 4 kikir pipih kasar.

3. Kikir Belah Rotan

Kikir belah rotan digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap. Gigi pada permukaan yang rata berbentuk wajik dan gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk

silang (Rajah 5). Gigi kikir ini digredkan kepada kasar, halus dan sangat halus

Rajah 5 kikir belah rotan

4. Kikir Bulat

Kikir bulat kadangkala disebut kikir bentuk ekor tikus. Gunanya ialah untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang yang melengkung. Gred kikir ini terdiri daripada kasar

hingga sangat halus. Giginya berbentuk lurus dan bersilang (Rajah 6)

Rajah 6 kikir bulat

5. Kikir Segiempat Sama

Kikir segiempat sama digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk segiempat sama secara kasar. Kikir jenis ini juga boleh digunakan untuk mengikir lurah atau alur berbentuk segiempat sama dan juga berbagai-bagai bentuk sudut pada sesendal. Kikir ini digredkan

kepada kasar hingga sangat halus (Rajah 7)

Page 6: Pengenalan kikir

Rajah 7 kikir segiempat sama

6. Kikir Segitiga

Kikir segitiga digunakan untuk mengikir sudut-sudut dalam yang tajam. Ia juga digunakan untuk membersihkan penjuru yang bersudut. Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingga

sangat halus (Rajah 8)

Rajah 8 kikir segitiga

7. Kikir Pipih Nipis

Kikir pipih nipis digunakan untuk mengikir celah-celah yang nipis seperti untuk memotong celah pada kunci. Kikir ini tirus pada hujung tetapi tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya. Kikir jenis ini Cuma terdapat dengan panjang yang terhad iaitu 100mm, 150 mm dan 200 mm.

Giginya bersilang dan grednya daripada kasar hingga sangat halus (Rajah 9)

Page 7: Pengenalan kikir

Rajah 9 kikir pipih nipis.

8. Kikir Bentuk Pisau

Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat pada gergaji dan alat-alat pemotong. Bentuknya sama seperti pisau dengan bersudut 15º. Grednya daripada kasar

hingga sangat halus (Rajah 10).

Rajah 10 kikir bentuk pisau

2.0 Gaya Mengikir

Mengikir memerlukan kemahiran yang tinggi. Seorang jurugegas bukan sahaja boleh mengikir dengan tepat tetapi juga boleh memasang benda kerja dengan menggunakan alat tangan. Semasa mengikir, pekara-pekara yang berikut perlu diberi perhatian:

1. Gaya mengikir yang betul adalah penting apabila mengikir. Semasa berdiri,kaki mestilah renggang. Kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan terletak lebih kurang 45 cm hingga 50 cm ke

belakang (gambar foto 11)

2. Tinggi benda kerja mestilah sesuai supaya kerja mengikir dapat dilakukan dengan berkesan. Ketinggian yang sesuai ialah lebih kurang 100 sentimeter (1 meter)

Page 8: Pengenalan kikir

Rajah 11 Gaya mengikir yang betul

3. Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dan gerakkan tangan dan badan seperti dalam gambar foto 11. Tekanan dikenakan ke atas kikir semasa kikir itu disorongkan ke hadapan. Lepaskan tekanan jika tekanan dikenakan semasa kikir itu ditarik ke belakang. Gigi kikir dibentuk hanya untuk memotong ke hadapan sahaja dan akan menjadi tumpul jika dikenakan

tekanan semasa menarik ke belakang.

4. Gaya mengikir juga boleh disesuaikan mengikut kedudukan benda kerja serta jenis benda kerja.

Cara Dan Gaya Memegang Kikir

Cara dan gaya memegang kikir bergantung pada cara mengikir yang dilakukan sama ada mengikir biasa, mengikir berat, mengikir rata dan mengikir jitu. Rajah 12 menunjukkan empat cara dan gaya memegang kikir.

(a) Mengikir biasa-untuk kerja-kerja am (biasa).

(b) Mengikir berat-untuk membuang logam yang banyak daripada benda kerja.

(c) Mengikir rata-untuk mengikir rata

a) Mengikir biasa

Page 10: Pengenalan kikir

Mengikir Melinntang

Mengikir melintang dilakukan sekali-sekala untuk menentukan sama ada permukaan yang

dikikir itu rata atau tidak. Rajah 13 menunjukkan dua cara mengikir melintang

Rajah 13 cara mengikir melintang

Mengikir Rata

Semasa mengikir rata, permukaan yang dikikir hendaklah sentiasa dilitupi oleh kikir. Dengan

cara ini benda kerja akan dapat dikikir dengan rata (Rajah14)

Page 11: Pengenalan kikir

Rajah 14 cara mengikir rata

Mengikir Tarik

Semasa mengikir tarik, tekanan pada kedua-dua tangan hendaklah sama dan pastikan kedudukan kedua-dua tangan stabil (Rajah 15). Cara ini digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya kelihatan licin dan cantik. Cara ini juga digunakan untuk mengikir logam yang

nipis.

Page 12: Pengenalan kikir

(Rajah 15)

Mengikir Penjuru Bulat

Penjuru bulat boleh dikikir berpandukan dua langkah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.6. Mula-mula kikir kasar melintang (Rajah 16(a)) dan kemudian kikir bahagian penjuru yang bulat

pula (Rajah 16(b)).

Page 13: Pengenalan kikir

Rajah 16 Mengikir penjuru bulat

Mengikir Permukaan Melengkung

Permukaan yang melengkung boleh dikikir dengan kikir segiempat dan seterusnya disudahkan

dengan kikir belah rotan (Rajah 17).

Page 14: Pengenalan kikir

Rajah 17 mengikir permukaan melengkung

Menguji Kerataan Permukaan

Permukaan yang dikikir rata mestilah sentiasa diuji supaya bahagian-bahagian yang tinggal dan rendah boleh dibetulkan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pembaris keluli ataupun

sesiku L (Rajah 18).

Rajah18 menguji keratin permukaan. Cara ini juga digunakan untuk menguji permukaan

bersudut tepat

Menguji Permukaan Bersudut Tepat

Untuk menguji sama ada permukaan itu bersudut tepat atau tidak, boleh juga menggunakan sesiku L seperti yang ditunjukkan dalam rajah 18. Mengikir dan menguji sudut tepat bukanlah satu pekara yang mudah. Pelatih harus berhati-hati supaya tidak mengikir terlalu rendah sesuatu penjuru itu kerana ini akan menyebabkan keseluruhan permukaan terpaksa

direndahkan ke paras yang sama

3.0 Penjagaan kikir

kikir hendaklah dijaga dengan baik untuk menjamin hasil kerja yang memuaskan disamping membolehkan kikir tersebut tahan lebih lama. Berikut ini digariskan beberapa panduan untuk

menjaga kikir.

Page 15: Pengenalan kikir

1. Sebelum menggunakan kikir,pastikan kikir itu dipasang dengan hulu yang baik dan sesuai. Terdapat dua jenis hulu. Iaitu hulu biasa (Rajah 19(a)) dan hulu khas (Rajah 19 (b)). Hulu khas

digunakan apabila hendak mengikir permukaan yang lebar.

Rajah19 hulu kikir

2. Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi yang dibiarkan melekat pada kikir akan merosakan kikir dan juga permukaan yang sedang dikikir. Kikir boleh dibersihkan dengan menggunakan. Kerak-kerak besi yang dibiarkan melekat pada kikir akan merosakan kikir dan juga permukaan yang sedang dikikir. Kikir boleh dibersihkan dengan menggunaka

berus kikir (Rajah 20) ataupun kertas kikir

Page 16: Pengenalan kikir

Rajah 20 Berus kikir

3. Selepas digunakan, kikir hendaklah disimpan dengan cermat supaya tidak mudah rosak. Letakan kikir pad rak dan tiap-tiap satu hendaklah disusun berasingan. Perhatikan gigi kikir

yang masih tajam (rajah 21(a)) dan gigi kikir yang telah rosak (Rajah 21(b)).

4. Jangan gunakan kikir selain untuk tujuan mengikir.

5. Gunakan kikir yang sesuai dengan sesuatu bahan yang tertentu.kikir yang lebih halus

digunakan untuk bahan yang lebih keras.

6. Elakan kikir daripada terkena air atau minyak. Jika terkena air ia akan mudah berkarat dan jika

terkena minyak ia mudah tergelincir semasa mengikir.

Page 17: Pengenalan kikir

(Rajah 21)

SOALAN :

1. Berikan lima (5) jenis kikir yang biasa terdapat di bengkel kejuruteraa

2. Terangkan secara ringkas fungsi kikir bulat.

3. Berikan empat(4) jenis potongan gigi kikir.

4. Terangkan secara ringkas fungsi kikir belah rotan atau kikir pipih nipis?

Rujukan:

1. Buku rujukan teknologi bengkel mesin

2. http://www.slideshare.net/hamdangulam/peralatan-tangan-13053881?from_search=3

Page 18: Pengenalan kikir