Pengenalan Peribahasa

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/19/2019 Pengenalan Peribahasa

    1/5

    Pengenalan Peribahasa

    Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan pemikiran

     bangsa Melayu.Peribahasa juga penting dalam konteks penelitian warisan danketerampilan pengguna bahasa. Ini kerana dalam peribahasa tersirat makna yang cukup

    mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih

    lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah

     bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan

    kehidupan sehariannya.

      Dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama telah digunakan oleh

    masyarakat penuturnya , iaitu :

      Melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa.

      Melalui penaakulan para bijak pandai

      Melalui sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci !bdullah "ussain,

    #$$% &

    "asilnya, peribahasa yang bermain di mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi

    yang tepat dan kias ibarat yang tajam, malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan

    amat teratur, ringkas dan padat. 'ebagai salah satu puisi yang tertua yang memaparkan

    akal budi bangsa Melayu, penciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadatMelayu lama.Menerusi peribahasa dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, sikap,

    akti(iti kehidupan serta )alsa)ah hidup yang mereka anuti .Peribahasa Melayu dicipta

     berdasarkan pengalaman hidup turut memancarkan nilai dan hati budi orang Melayu.

    Perwatakan serta si)at-si)at orang Melayu juga dapat diketahui daripada peribahasa

    Melayu, *ilkinson, +$ &.Peribahasa juga berperanan sebagai hukum adat dan nasihat

    moral dalam mengawal tindak tanduk anggota masyarakatnya. Penciptaannya

     berdasarkan )enomena sebenar kehidupan masyarakat turut menyerlahkan pemikiran

     bangsa Melayu tentang alam kehidupan yang merka tempuhi . Peribahasa dalam

    )ungsinya menyampaikan pengajaran, teldan dan sindiran mempunyai ciri pelembut agar 

     pendengar atau pembacanya tidak mu)ah terasa hati. Pada masa yang sama, unsur didaktik yang dibawa melalui peribahasa juga akan dapat memberi impak yang besar ke

    atas pemikiran serta perasaan mereka.

  • 8/19/2019 Pengenalan Peribahasa

    2/5

    ungsi dan kepentingan Peribahasa

    ungsi peribahasa dalam masyarakat kita boleh dilihat dalam beberapa aspek seperti yang

    dijelaskan di bawah.

    +. Mewujudkan keseronokan dalam pergaulan

    Keseronokan dalam pergaulan menunjukkan indi(idu yang terlibat dalam pergaulan

    tersebut merasa gembira dan selesa semasa bergaul. Kadang-kandang terdengar tawa dan

    wajah yang ceria sentiasa ditunjukkan. Keseronokan dalam komunikasi berlaku apabila

    kese)ahaman wujud dan terselit unsur humor di dalamnya. /nsur humor ini boleh

    ditunjukkan dengan adanya penggunaan perumpamaan yang sedikit jenaka tetapi tidak

    keterlaluan. 0erikut beberapa contoh peribahasa atau perumpamaan yang boleh

    digunakan dalam pergaulan untuk tujuan menimbulkan keseronokan. Dalam pergaulan,

    keseronokan boleh timbul apabila ada pujian yang ikhlas dan jujur di antara indi(idu

    yang terlibat. 1ontohnya anda melihat sahabat anda termenung Maka anda boleh

    mengatakan 2Mengapa termenung 3 Pungguk rindukan bulankah 34. Perumpamaan ini

     bermaksud mengusik sahabat yang termenung dengan bahasa yang lebih lembut dan

     berkias untuk menimbulkan mood dan untuk keseronokan.

    Mungkin anda juga mahu bergurau dengan sahabat anda sewaktu membeli belah. !pabiladitegur hanya membeli barangan berjenama sahaja , anda akan menjawab 2 alah

    membeli menang memakai 2. 5urauan ini bermaksud walaupun anda membeli barang

    yang mahal , ketahanan barangan itu mungkin lebih lagi daripada barangan lain.

    Mendengar ungkapan ini mungkin rakan-rakan anda pasti ter)ikir nahawa kenyataan

    yang anda berikan ada kebenarannya, bukan bertujuan untuk memuji diri sendiri atau

    menyindir tetapi seronok kamu berbahasa dengan menggunakan kiasan di samping

    melahirkan kebenaran .

    #. Memberi nasihat

    Peribahasa wujud apabila masyarakat menyedari betapa susahnya untuk memberikan

    nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung

     perasaannnya. Maka, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu

    yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat dita)sirkan oleh semua orang

    .Perumpamaan juga boleh digunakan dalam memberikan nasihat. Penggunaan

  • 8/19/2019 Pengenalan Peribahasa

    3/5

     perumpamaan dalam memberi nasihat bertujuan untuk menyedarkan seseorang dengan

    membandingkan perbuatannya dengan sesuatu benda yang maujud. Keadaan ini

    sebenarnya lebih berkesan kerana orang yang menerima nasihat akan sedar tentang

    kelemahan atau perbuatan yang tidak baik dia lakukan umpama benda yang digambarkan

    dalam peribahasa. 1ontohnya, mungkin anda mahu menasihatkan kawan anda supaya

     berhati-hati apabila memilih kawan . !nda akan berkata dengan perumpamaan 2bagaigunting dalam lipatan4atau 2 bagai musuh dalam selimut 2 'etelah menilai nasihat anda,

    memang benar dalam ramai-ramai kawan mungkin ada yang suka bermuka-muka. Di

    hadapan kita dia baik tetapi di belakang kita, mungkin dia cuba merosakkan kita .'etelah

    dia membandingkan benda konkrit dalam peribahasa tersebut iaitu 6musuh7 atau

    2gunting4 maka kawan anda akan lebih sedar dan akan lebih berhati-hati semasa memilih

    kawan.

    %. Menyindir dengan sopan

    Dalam hubungan manusia dengan manusia, pemikiran Melayu juga mengaitkan

    isu-isu tentang tingkah laku dan moral manusia. Moral ialah satu system yang menilai

    tindakan 8ahir manusia. Persoalan moral mecakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati

    manusia dengan manusia dan nilai-nilai moral ini adalah bersi)at relati(e, subjekti) dan

    sementara. 'ejajar dengan itu, perbe8aan antara tindakan bermoral dengan tindakan yang

    tidak bermoral turut diungkapkan dalam peribahasa Melayu .Malah segala tindakan ahli

    masyarakat yang wajar dilakukan dan tidak wajar dilakukan juga diungkapkan dalam

     peribahasa Melayu sebagai pengajaran dan teladan supaya ahli masyarakat dapat

    mempraktisnya demi mencapai kesejahteraan hidup .

    Peribahasa juga dapat mengelakkan kita daripada mengungkapkan kata-kata kasar 

    dan menyinggung hati dan perasaan kawan.Kata-kata kasar dapat dielakkan

     penggunaannya dan diganti dengan kata-kata yang lebih halus dan indah bagi

    meanunjukkan rasa marah dan tidak puas hati.Peribahasa juga boleh digunakan untuk

    menyindir dengan sopan. Menyindir dengan sopan bertujuan untuk menegur seseorang

    dengan bahasa yang bertapis supaya tidak keterlaluan tetapi memberikan mesej yang

    tajam. Menyindir dengan sopan menandakan seseorang itu bijak menggunakan bahasa

    supaya mesej yang disampaikan berkesan dan orang yang mendengarnya dapat

    memperbetulkan kesilapannya.

    Perumpamaan yang sederhana dan bersi)at praktikal boleh digunakan supaya

    maksudnya betul-betul sampai kepada penerima. 1ontoh perumpamaan yang digunakan

    untuk menyindir anak-anak murid kita yang membuat bising di dalam kelas, 2 Murid-

    murid janganlah jadi seperti 6tin kosong7 cubalah jadi seperti 6padi , makin tunduk makin

     berisi7. 'indiran seperti ini boleh menyedarkan seseorang supaya bertindak dengan lebih

     bijak untuk mengisi waktu terluangnya . Mengingatkan murid-murid tentang kepentingan

    masa. 1ontohnya , 2 Masa itu 9mas 4.

  • 8/19/2019 Pengenalan Peribahasa

    4/5

    Kepentingan peribahasa

    'esungguhnya tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan

     pengajarankepada masyarakat pada 8aman dahulu kala . Itulah sebabnya peribahasa

    dikatakan cerminan watak bangsa yang memilikinya .Ini kerana peribahasa tersirat makna

    yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan

    menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan

    kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan

    dirinya dengan kehidupan sehariannya . "al ini bermaksud masyarakat dahulu kala sering

    menegur anggotanya dengan cara berkias . Dengan cara demikian, orang yang ditegur

    tidak mudah tersinggung .0egitulah juga dengan pihak penegur yang la8imnya terdiri

    daripada orang tua-tua , tidak akan berasa segan untuk berbuat demikian apabila

    diperlukan . 0egitu juga dengan situasi di sekolah , seorang guru yang menasihati

    muridnya yang malu bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasamalu bertanya

    sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut 4.

    'elain itu, peribahasa juga ber)ungsi sebagi pengawal sosial. Ianya juga sebagai

    satu bentuk ibadah. Peribahasa jelas berhubungan erat dengan pemikiran dan budaya

     bangsa Melayu yang memandang tinggi terhadap usaha mempelajari sesuatu ilmu dengan

    sempurna dan bijaksana sebagai penyuluh hidup . Dengan demikian, bahasa dalam

     peribahasa Melayu turut memadukan sistem pengetahuan dan kepercayaan bangsa

    Melayu sebagai asas tingkah laku budayaberasaskan pemikiran yang bertunjangkan

    ajaran agama Islam dan budaya setempat. 1ontoh peribahasa yang sering digunakandalam konteks ini ialah , Manusia punya asa, ;uhan punya kuasa 4 yang bermaksud

    manusia hanya boleh berharap, !llah yang menentukan.Daripada agama yang dianuti,

     bangsa Melayu ber)ikir dan ber)alsa)ah dalam bahasanya, seterusnya men8ahirkan

    kandungan )ikiran mereka dalam peribahasa yang mereka cipta dengan tujuan untuk

    menyampaikan mesej dan pengajaran kepada ahli masyarakatnya . Disamping itu

     peribahasa juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan berbahasa di kalangan murid.

    "asil penulisan tentunya akanmenjadi lebih indah dan bermutu sekiranya dimuatkan

    dengan peribahasa yang tepat dan sesuai .

    Kesimpulan

     Peribahasa Melayu ini merupakan satu susunan bahasa yang menarik , indah , berlapik

    dan memiliki ciri kehalusan budi pekerti pencipta dan penuturnya.

  • 8/19/2019 Pengenalan Peribahasa

    5/5

    Melayu yang diwarisi sejak turun temurun sebagai satu warisan budaya yang sentiasa

    dipelihara.