25
PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2015 PENGENALAN TAHUN BARU CINA Nama Lain :Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga Diraikan oleh: terutamanya tamadun Asia Timur Jenis: China, kebudayaan, agama Buddha Keutamaan :Hari pertama kalendar Cina (qamari) Tarikh 2009: 26 Januari Tarikh 2010: 14 Februari Tarikh 2011: 3 Februari Perayaan : sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga. Berkaitan dengan : Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan ini.

Pengenalan Tahun Baru Cina

Embed Size (px)

DESCRIPTION

CNY

Citation preview

Page 1: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

PENGENALAN TAHUN BARU CINA

Nama Lain :Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga

Diraikan oleh: terutamanya tamadun Asia Timur

Jenis: China, kebudayaan, agama Buddha

Keutamaan :Hari pertama kalendar Cina (qamari)

Tarikh 2009: 26 Januari

Tarikh 2010: 14 Februari

Tarikh 2011: 3 Februari

Perayaan : sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga.

Berkaitan dengan : Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan ini.

Page 2: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Tarian naga atau Tarian singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina akan ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, mereka turut memakai kalendar qamari Cina.

Page 3: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

TARIKH PERAYAAN

Tarikh  tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory)  disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

Tarikh perayaan seperti berikut:

Page 4: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

Tikus 19 Februari 1996 , 7 Februari 2008

Lembu 7 Februari 1997 , 26 Januari 2009

Harimau 28 Januari 1998 , 14 Februari 2010

Arnab 16 Februari 1999 , 3 Februari 2011

Naga 5 Februari 2000 , 23 Januari 2012

Ular 24 Januari 2001, 10 Februari 2013

Kuda 12 Februari 2002 , 31 Januari 2014

Kambing 1 Februari 2003 , 19 Februari 2015

Monyet 22 Januari 2004 , 8 Februari 2016

Ayam 9 Februari 2005 , 28 Januari 2017

Anjing 29 Januari 2006 , 16 Februari 2018

Khinzir 18 Februari 2007, 5 Februari 2019

Page 5: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

Sejarah :

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian).

Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos :

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián  ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia.

Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián , yang bermaksud"menyambut tahun baru" ,membawa erti harfiah "meredah raksasaNian".

Page 6: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

AKTIVITI SEBELUM TAHUN BARU

Sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik.

Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. 

 

 

Page 7: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

MAKSUD HARI-HARI PADA PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Hari Pertama:

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.

Page 8: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2 :Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun"  menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3 :

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara.Hari ini dikenali sebagai"mulut merah" , yang bermaksud mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Page 9: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

 Hari ke-5:Di bahagian utara China, ladu  dijadikan sarapan pada pagi "pecahlima" . Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

 

Hari ke-7:

Hari ketujuh dikenali sebagai ''hari jadi orang ramai'' iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. Ini merupakan adat resam utama yang diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.

Page 10: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

tersebut.  

 Hari ke-9:Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan  di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut.

Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. 

 

Page 11: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

Hari ke-15:Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai ''Yuánxiāo jié'' , atau ''Chap Goh Mei'', versi Cina bagi Hari Valentine. 

Tāngyuán , bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih.

Tangyuan boleh dibuat sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai ''Perayaan Tanglung''.

Page 12: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

AMALAN TAHUN BARU

   

Ang pau :

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian  .

Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit.

Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya") ,maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Page 13: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

Page 14: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

UCAPAN SEMASA MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

 

''xin nian kuai le''  Tulisan Cina  ialah ''Selamat Tahun Baru Cina''merupakan ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy New Year yang kerap didengar di negara Barat.

Namun di bahagian utara China, "guò nián h o"ǎ   yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru. Maksudnya ialah ''dapat hidup dalam keadaan yang baik''.

Selain itu, "Gong xi fa cai”  yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki ''

Page 15: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

Page 16: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

PANTANG-LARANG SEWAKTU PERAYAAN

TUAH BAIK

• Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput tuah masuk pada tahun baru.

• Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

• Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.

• Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

• Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.

• Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

Page 17: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

PANTANG-LARANG SEWAKTU PERAYAAN

NASIB MALANG (TUAH BURUK)

 •Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".

• Membeli seluar baharu juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan"pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)

• Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".

• Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan(namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

• Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.

• Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

Page 18: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

• Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Sejarah Perayaan Tahun Baru CinaSejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.

Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

 

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. 

Page 19: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12 binatang sahaja yang sampai. 

Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina adalah cuti umum. Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih bulan dan limau mandarin. Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan ditahun hadapannya.

Page 20: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

Yee Sang

Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat harmoni. Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayaai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, kemudian malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan Tahun Baru bermula.

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, disamping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. 

limau mandarin

Page 21: Pengenalan Tahun Baru Cina

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

2015

Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Ia bersamaan dengan memberi duit raya di kalangan umat Islam di masa hari Raya.

Terdapat juga tradisi larangan di masa Tahun Baru Cina ini. Adalah dipercayaai sepanjang 15 hari sambutan perayaan tidak dibenarkan sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia akan ditimpa kerugian. Tidak dibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan menghalau keluar tuah dari ahli rumah.Tarian singa juga dipersembahkan, sebagai tanda memuliakan haiwan ini yang membantu menumpaskan rasaksa jahat.

Di hari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran manusia, masyarakat Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang dinamakan ‘yee sang’. Ia kaya dengan herba dan menjadi simbol kehidupan, murah rezeki, dan panjang umur. 

Masyarakat Hokkien pula menyambut hari kelapan dengan bersembahyang kepada ‘Tian Gong’, iaitu Dewa Syurga. Manakala hari terakhir iaitu ke-15, mereka akan mengadakan perarakan Chinggay, terutama di Pulau Pinang.