Pengertian Hadis Dan Pembahagiannya

Embed Size (px)

Citation preview

Slide 1

HADIS MUTAWATIR

Bahasa: Kata Mutawatir adalah isim fail dari akar kata tawara. Ertinya berturut-turut. Istilah: Hadis yang diriwayatkan oleh ramai perawi, mustahil pada adat mereka bersepakat untuk berdusta. Jenis-jenis : 1) Mutawatir lafzi ~ iaitu mutawatir dari segi lafaz dan maknanya sekali. 2) Mutawatir manawi ~ iaitu mutawatir dari segi maknanya sahaja sedangkan lafaznya berbeza-beza.2) HADIS AL-AHAD

Bahasa: Berasal dari kata jama dari ahad yang bererti satu, iaitu khabar yang diriwayatkan oleh seorang perawi. Istilah: Hadis yang tidak mencukupi syarat hadis Mutawatir. HADIS AL-MASYHUR

Bahasa: Isim fail dari kata syaraha seperti dalam kalimat syahartul amra ertinya saya mengumumkan atau menampakkan suatu perkara, disebut demikian kerana nampak secara jelas.

Istilah: Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih perawi pada setiap tabaqat, tetapi tidak sampai had mutawatir.

2) HADIS AL-AZIZ

Bahasa: Sifat musyabahah dari kata azza ya izzu , dengan berkasrah, ertinya sedikit atau jarang.

Istilah: Hadis yang perawinya tidak kurang daripada dua orang pada setiap tabaqat sanad.3) HADIS GHARIBBahasa: Sifat musyabahah, dengan erti bersendirian, atau jauh dari sahabat lain. Istilah: Sesuatu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi di semua atau satu tabaqat sanad.

1) GHARIB MUTLAK ~ Hadis yang gharibnya terdapat pada asal sanad, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi pada permulaan sanad.

2) GHARIB NISBI ~Hadis yang gharibnya terdapat pada pertengahan sanadnya, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh ramai perawi pada permulaan sanad kemudian diriwayatkan oleh seorang perawi daripada semua perawi tersebut. 6HADIS QUDSI

Bahasa: Suatu yang dinisbahkan kepada al-Quds iaitu suci. Sebagaimana dalam kamus bermaksud suatu hadis yang dibangsakan kepada zat yang Maha Suci iaitu Allah s.w.t.

Istilah: Hadis yang disandarkan kepada kita oleh Nabi s.a.w bersama sandarannya kepada Allah s.w.t. Suatu hadis yang man Allah sebagai asal-usul punca matannya. Ulama mentakrifkannya dengan maksud sesuatu hadis yang matannya dilafazkan oleh Rasulullah s.a.w manakala maksudnya disandarkan oleh Baginda kepada Allah secara khusus.

2) HADIS MARFU

Bahasa: Isim maful dari fiil berlawanan dari kata wadaa , dinamakan demikian kerana dinisbahkan kepada orang yang mempunyai kedudukan tinggi, iaitu Nabi s.a.w.

Istilah: Apa yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. daripada perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat. 3) HADIS MAUQUF

Bahasa: Isim maful dari kata al-Waqfu. Seolah-olah perawi itu menghentikan hadis pada sisi sahabat, dan tidak saling berturutan pada silsilah sanadnya.Istilah: apa yang disandarkan kepada sahabat daripada perkataan, perbuatan ataupun taqrir.

4) HADIS MAQTU

Bahasa: Isim maful dari qothoa (memutus) lawan dari kata washala (sambung).Istilah: Apa yang disandarkan kepada Tabiin atau selainnya daripada perkataan atau perbuatan. MAQBUL

~ Sesuatu yang disahkan benar oleh perawinya.

2) MARDUD

~ Sesuatu yang tidak disahkan benar oleh perawinyaSAHIH LIZATIH

Bahasa:Sahih lawan dari sakit. Hakiki bagi fisik, majaz bagi hadis dan untuk semua pengertian.

Istilah: Hadis yang bersambung sanadnya dengan pemindahan oleh perawi yang adil dan dhabit daripada perawi yang sama dengannya sehingga ke penghujung sanad tanpa syaz dan illah. SAHIH LIGHAIRIH

Definisi: Ia adalah hadis Hasan Li Zatih apabila diriwayatkan daripada tariq yang lain yang sama sepertinya ataupun lebih kuat daripadanya.

HASAN LI ZATIH

Bahasa: Sifat mushabahah dari al-Husn bermaksud al-jamal (bagus).Istilah: Hadis yang bersambung sanad dengan pemindahan oleh perawi yang adil yang kurang sedikit dhabitnya daripada perawi yang sama sepertinya sehingga ke penghujung sanad tanpa syaz dan illah.

HASAN LIGHAIRIH

Definisi: Ia adalah hadis Daif yang daifnya ringan apabila diriwayatkan daripada tariq lain yang sama sepertinya ataupun lebih kuat daripadanya. MARDUD

~ Bahasa: Lawan kepada kuat, kelemahan itu terbahagi kepada konkrit dan abstrak. Yang dimaksudkan di sini ialah kelemahan abstrak.

~ Istilah: Hadis yang tidak mencukupi sifat hasan kerana ketiadaan salah satu syaratnya.ZAHIR AL-MUALLAQ

Bahasa: Isim maful dari kata alaqa bermaksud menggantung dan mengikatkan dengan sesuatu atau menjadikan sesuatu tergantung. Dan sanad ini dinamakan tergantung kerana bersambung pada bahagian atasnya sahaja, dan terputus di bawahnya. Maka jadilah sesuatu yang tergantung pada atas atau seumpamanya. Istilah: Hadis yang dibuang daripada permulaan sanadnya seorang perawi atau lebih secara berturutan.

ZAHIR AL-MURSAL

Bahasa: Menceraikan atau melepaskan, maka seolah-olah mursal itu lepas atau cerai sanadnya dan tidak terikat pada perawi yang terkenal. Istilah: Hadis yang gugur perawi di akhir sanadnya selepas tabiin. ZAHIR AL-MUADHALBahasa: Tempat memberatkan atau tempat melemahkan.Istilah: Hadis yang gugur daripada sanadnya dua orang perawi atau lebih secara berturutan.

ZAHIR AL-MUNQATIBahasa: Lawannya bersambungIstilah: Hadis yang tidak bersambung sanadnya, dalam apa bentuk sekalipun sanad tersebut terputus.

AL-MUDALLASBahasa: Tadlis bermaksud menyembunyikan cacat barang dagangan dari pembeli dan asal kata tadlis adalah pecahan dari kata al-dalas bermaksud kegelapan atau bercampurnya kegelpan-kegelapan. Istilah: Seorang perawi meriwayatkan daripada seseorang yang beliau mendengar hadis dariapdanya hadis yang beliau tidak mendengar daripadanya tanpa menyebut bahawa beliau mendengar daripadanya. Jenis-jenis:

1) Tadlis al-Isnad ~ Bahasa: Tadlis bermaksud menyembunyikan cacat barang dagangan dari pembeli dan asal kata tadlis adalah pecahan dari kata al-dalas bermaksud kegelapan atau bercampurnya kegelpan-kegelapan.

Istilah: Seorang perawi meriwayatkan daripada seseorang yang beliau mendengar hadis dariapdanya hadis yang beliau tidak mendengar daripadanya tanpa menyebut bahawa beliau mendengar daripadanya.

2) Tadlis Al-Tasywiyah ~Definisi: Menggugrkan seorang perawi daif yang berada di antara dua orang perawi yang thiqah dalam rangkaian sesuatu sanad.

3) Tadlis Al-Shuyukh ~Definisi: Menukar identiti guru agar tidak dikenali sama ada tukar nama, kinuyah,nasab atau gelarannya. AL-MURSAL AL-KHAFI

Bahasa: Melepaskan, jadi seolah-olah Mursil telah lepaskan sanad dan tidak menyambungnya. Sedangkan maksud khafi adalah lawan dari kata jaliy yang bermaksud nampak atau jelas. Kerana seperti ini termasuk mursal yang tidak jelas, maka tidak boleh tidak diperoleh melalui perbahasan.

Istilah: Seorang perawi meriwayatkan dari seorang syeikh- yang beliau pernah bertemu atau sezaman dengannya-hadis yang beliau tidak mendengar daripada syeikh tersebut menggunakan lafaz yang mengandungi maksud mendengar dan selainnya.RIWAYAT AL-KAZABBahasa: MenurunkanIstilah: Ia adalah penipuan yang dicipta, dibuat dan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.

RIWAYAT AL-MUTTAHAM BI AL-KAZIBBahasa: Tidak berguna lagi.Istilah: Ia adalah hadis yang terdapat dalam sanadnya perawi yang ditohmah sebagai dusta.

RIWAYAT AL-FISQBahasa: Berlawanan dari sepakat.Istilah: Hadis yang terdapat dalam sanadnya perawi yang banyak percampuran, banyak juga atau jelas kefasikannya.

RIWAYAT AL-MUBTADIBahasa: Mengadakan sesuatu.Istilah: Perbuatan dalam agama selepas disempurnakan agama ataupun yang direka selepas Nabi s.a.w. berdasarkan hawa nafsu dan amalan.

RIWAYAT AL-MAJHULBahasa: Tidak mengenali perawiIstilah: Tidak dikenali perawi atau keadaannyaDARI SUDUT KEDABITAN

RIWAYAT MUKHALAFAT AL-THIQAAT

Definisi: Hadis yang diriwayatkan oleh perawi daif yang bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah. Jenis-jenis :

1) AL-MUDRAJ ~Bahasa: Isim maful dari kata adrajtu seperti dalam kalimah al-syaiu fi al-syai bermaksud saya memasukkan sesuatu pada sesuatu yang lain. ~Istilah: Hadis yang tertukat suyaq sanadnya, atau dimasukkan ke dalam matannya sesuatu yang bukan daripada hadis tersebut tanpa pemisah.

2) AL-MAQLUB ~ Bahasa: Isim maful dari al-qalbu iaitu perubahan atau memalingkan sesuatu dari arahnya. ~Istilah: Menukarkan lafaz dengan lafaz yang lain dala sanad hadis atau matanny, dengan mendahulukan atau kemudiankan lafaz tersebut atau sebagainya. 3) AL-MAZID FI MUTTASIL AL-ISNAD

~Bahasa: Isim maful dari kata al-ziyadah, sedang kata muttasil adalah berlawanan dari kata al-munqathi , sedang kata Asanid adalah jama dari kata Isnad.

~Istilah: Penambahan perawi dalam sanad yang zahirnya bersambung.

4) AL-MUDTARIB

~Bahasa: Tidak teratur sesuatu perkara dan rosak susunanny, dan asalnya adalah goncangannya ombak, ketika semakin banyak gerakannya dan sebahagiannya memukul sebahagian yang lain.

~Istilah: Hadis yang diriwayatkan dengan wajah-wajah yang berbeza yang sama daripada segi kekuatan.

5) AL-MUSAHHAF DAN AL-MUHARRAF ~Bahasa: Isim maful dar kata al-Tashkhif bermaksud kesalahan dalam halaman, sedang kata al-Syakhafi adalah orang yang salah dalam membaca halaman kitab, lalu berubah sebahagian lafaznya disebabkan kesalahan ketika membaca.

~Istilah: Berlaku penukaran kalimah dalam hadis kepada kalimah yang tidak diriwayatkan oleh perawi yang thiqah secara lafaz atau makna. RIWAYAT KATHRAT AL-GHALAT

Definisi: Sesuatu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang Fahish al-Ghalat, iaitu seorang yang dikenal pasti bahawa kesilapannya lebih banyak daripada ketepatannya dalam meriwayatkan hadis. Dikenali juga dengan hadis munkar.

RIWAYAT KATHRAT AL-GHAFLAH

Definisi: Sesuatu hadis yang diriwayatkan oleh seseoaang perawi yang Kathrat al-Ghaflah iaitu perawi yang banyak kelekaan serta kurang daya kepekaan sehingga beliau tidak dapat membezakan manakah riwayatnya yang sebenar.

RIWAYAT WAHM AL-THIQAH

Definisi: Suatu hadis yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang banyak tersilap dalam meriwayatkan hadis muttasil atau meriwayatkan hadis mauquf secara marfu atau sebagainya. RIWAYAT WAHM AL-THIQAH

Definisi: Suatu hadis yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang banyak tersilap dalam meriwayatkan hadis muttasil atau meriwayatkan hadis mauquf secara marfu atau sebagainya.

RIWAYAT SUUU AL-HIFZ

Bahasa: Orang yang dari segi kebenarannya tidak dapat dikuatkan atas segi kesalahannya.

Istilah: Berlaku buruk hafazan kepadanya kerana sebab-sebab tertentu. Mungkin disebabkan usianya yang lanjut (tua), hilang penglihatannya atau terbakar kitab-kitabnya. Perawi ini dinamakan al-Mukhtalat. Terbahagi kepada dua:

1) Yang berlaku daripada asal dan berkekalan. 2) Yang berlaku atas sebab-sebab tertentu seperti umur yang lanjut, buku terbakar atau hilang dan sebagainya.