Penggunaan Lagu Dalam Peningkatan Kosa Kata Bahasa Inggeris Kanak-kanak Prasekolah

  • View
    105

  • Download
    10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

Transcript

UNITAR International University

Project Paper In Early Childhood Studies

(EPB4903)

Penggunaan Lagu Kanak-kanak Dalam Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris

NORLIANA BINTI MOHD ANUAR

UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

(AS 1110662 )

anailron_ma@yahoo.com

PENSYARAH PEMBIMBING

PN NOOR EZZAH AZLINDA BINTI MOHD PILUS

UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY

ezzah.as@unitar.my

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan keizinannya saya telah berjaya menyelesaikan kajian tugasan ini. Saya amat berterima kasih kepada orang perseorangan dan pihak-pihak tertentu yang banyak membantu dalam proses menyiapkan kajian ini.

Pertama, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khas buat pensyarah saya Pn. Noor Ezzah Azlinda bt Mohd Pilus yang banyak memberi bantuan dan bimbingan mengenai tugasan ini.

Saya juga amat terhutang budi kepada kawan kawan yang memberi idea dan khidmat nasihat dalam menyiapkan kajian ini.

Akhir sekali, saya juga amat berterima kasih kepada ahli keluarga saya khususnya kepada suami yang banyak memberi sokongan dan berkorban menjaga anak-anak sepanjang pengajian saya sehingga selesainya kajian ini.

Terima kasih semua.ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid prasekolah di Kelas Prabestari Sekolah Kebangsaan Mengkuang di negeri Pulau Pinang. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Hasil refleksi menunjukkan murid-murid ini kurang memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di bilik darjah kerana mempunyai kosa kata bahasa Inggeris yang terhad. Lagu kanak-kanak digunakan untuk membantu murid-murid mengatasi masalah yang dihadapi dengan meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Dua buah lagu kanak-kanak digunakan dalam intervensi yang dijalankan. Kosa kata yang ingin ditekankan menjadi fokus utama agar murid-murid dapat menguasai kosa kata tersebut. Aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak ini dijadikan sebagai rutin di prasekolah. Lagu kanak-kanak ini dinyanyikan dalam slot perbualan pagi dan juga diselitkan dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Implikasinya, penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid meningkat. Selepas intervensi dijalankan, didapati bahawa bilangan kosa kata murid-murid tersebut meningkat berbanding sebelum intervensi dijalankan. Penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah. Kata kunci : prasekolah , lagu, Bahasa InggerisABSTRACT

This action research is done to value how children songs can improve the vocabulary of pre-school students. The aims are to enhance English vocabulary. The respondents for this research are 6 pre-school students in PraBestari Sekolah Kebangsaan Mengkuang at penang area. The data were collected from the observation, enquiry and interviews. The data were analyzed by using descriptive analysis. Moreover, the results shows that kids rarely gave respond in class because of them were lack of English vocabulary. Children songs are used to help the kids to attain the problems faced by enhance their vocabulary. Two songs were used during the intervention. In this intervention, the teacher will focus on the target words in the songs so they can master them. This activity should become a routine in pre-school. These songs are suitable to sing in circle time especially in teaching and learning slot. With these activities, the kids can improve their language automatically and they can respond towards the lesson. It is proven that the kids' vocabulary improved drastically right after the intervention was done. Thus, children songs can help the kids to master and improve their vocabulary in English.Isi Kandungan

Perkara

m/sPENGHARGAAN

i

ABSTRAK BM

ii

ABSTRAK BI

iii

KANDUNGAN

iv-vBAB 1 :PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

11.1 Pernyataan Masalah

21.2 Tujuan Kajian

2

1.3 Persoalan Kajian

2

1.4 Kepentingan Kajian

3

1.5 Batasan Kajian

3

1.6 Kesimpulan

3BAB 2 :KAJIAN LITERATUR

2.0 Pendahuluan

42.1 Definisi Lagu

4

2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai

4

2.3 Kecerdasan Muzik

5

2.4 Pancaindera

5

2.5 Rangsangan Muzik

5

2.6 Soroton Literatur

6-7

2.7 Rumusan

7BAB 3 :METODOLOGI

3.0 Pendahuluan

83.1 Sampel Kajian

8

3.2 Instrumen Kajian

8-9

3.3 Prosedur Kajian

9-10

3.4 Teknik Mengumpul Data

10-11

3.5 Kesimpulan

11BAB 4 : PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN

4.0 Pendahuluan

12-134.1 Persoalan Kajian Pertama

12-14

4.2 Persoalan Kajian Kedua

16-18

4.3 Kesimpulan

19

BAB 5 :RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

20

5.1 Rumusan

20

5.2 Cadangan Untuk Masa Akan Datang

20-21

5.3 Kesimpulan

21

SUMBER RUJUKAN

22

LAMPIRAN

23-25

BAB 1PENGENALAN1.0 PendahuluanPenggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian pada masa ini amat penting sejajar dengan perkembangan pendidikan di Malaysia sehingga ke peringkat globalisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan semua pelajar di sekolah sekolah di Malaysia ini untuk menguasai bahasa Inggeris dalam pelajaran mereka. Oleh itu, bagi merealisasikan impian Kementerian maka para pelajar perlu diajar sejak mereka dari bangku prasekolah lagi. Jika dari awal persekolahan lagi murid sudah dapat menguasai bahasa Inggeris maka mereka akan dapat menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris ini apabila mereka sudah berada di bangku sekolah perdana. Maka, menjadi tanggungjawab besar kepada guru prasekolah untuk mendidik serta melatih muridnya agar mereka sudah dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik sebelum melangkahkan kaki mereka ke alam persekolahan perdana nanti.Kajian ini dijalankan untuk membantu murid prasekolah dalam meningkatkan penguasaan kosa kata dalam bahasa Inggeris dan seterusnya untuk melihat keberkesanan kaedah nyanyian ini dapat menarik dan mengekalkan minat murid untuk belajar. Lagu kanak-kanak sememangnya boleh membantu kanak-kanak dalam meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Melalui penggunaan lagu kanak-kanak, kanak- kanak akan lebih cepat mengingati dan menghafaz sesuatu perkara berbanding dengan membaca sahaja. Pernyataan ini disokong oleh Bredekamp & Copple (1997) yang telah membuktikan bahawa nyanyian dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua selain bahasa ibunda. Nyanyian merupakan alat yang menyeronokkan kanak-kanak untuk membina kemahiran mendengar. Aktiviti yang melibatkan nyanyian dapat memberi peluang untuk meningkatkan bahasa dan literasi serta menimbulkan keseronokkan dengan perkataan. Nyanyian yang dilakukan secara berulang-ulang dapat meningkatkan ingatan kanak-kanak. Pengulangan adalah strategi untuk belajar dengan menyeronokkan. Nyanyian menjadi mudah dan kekal diingatan secara tidak langsung menjadi sebahagian linguistik kanak-kanak dan sumber intelektual untuk kehidupannya.

1.1 Pernyataan Masalah

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan Uji Rintis Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan terhadap 618 respon di Prasekolah KPM semua negeri pada tahun 2010. Hasil dapatan uji rintis itu mendapati bahawa tahap pencapaian dan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris sangat lemah. Konstruk yang diuji adalah seperti Listening skills, Speaking skills, Reading skills dan Writing skills. Bagi Listening skills sebanyak 14.9% responden masih belum menguasai kemahiran ini. 18.5% masih belum menguasai speaking skills, 17.7% masih belum menguasai reading skills dan 12.0% bagi writing skills. Peratusan ini benar-benar membimbangkan kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang penting untuk dipelajari di negara kita.

Penggunaan Bahasa Inggeris amat lemah terutamanya di kalangan kanak-kanak berbangsa Melayu dari segi perbendaharaan kata dan juga perbualan mudah. Kanak kanak tidak memahami apa yang diajar oleh guru dan pasif setiap kali slot dalam Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian slot pengajaran dan pembelajaran menjadi hambar dan murid hanya bergantung kepada kawapan daripada guru. Beberapa faktor seperti latar belakang keluarga , masalah keluarga, kurang perhatian daripada ibu bapa menyebabkan kanak-kanak prasekolah tidak menguasai perkataan-perkataan yang mudah dalam Bahasa Inggeris. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani dengan lebih awal agar masalah ini tidak bertambah dan berlarutan sehingga mereka menjejakkan kaki ke kelas arus perdana.

1.2 Tujuan Kajian

Tujuan bagi kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan penggunaan kaedah nyanyian bagi meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid prasekolah dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan murid-murid prasekolah untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.1.3 Persoalan Kajian

Adakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dalam Bahasa Inggeris?

Adakan penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris?1.4 Kepentingan Kajian Membantu murid-murid prasekolah me