12
328 PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DIFTONG MURID PEMULIHAN KHAS Chang Nyuk Ching 1 , Jamaludin Badusah 2 1, 2 Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected], [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan LaTuTong dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong murid pemulihan khas sekolah rendah. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pencapaian murid pemulihan khas dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong sebelum dan selepas menggunakan LaTuTong. Kerangka teori kajian ini diadaptasi daripada Teori Behaviorisme Pelaziman Operan Skinner (1957) bagi menyokong serta menjadi panduan kepada pengkaji. Kajian ini berbentuk kajian tindakan yang menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan Taggart (1988). Kajian tindakan ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. Kajian ini berfokus kepada intervensi untuk membantu murid pemulihan khas dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong dengan menggunakan LaTuTong. Kajian ini dilaksanakan di salah sebuah sekolah kebangsaan luar bandar di daerah Lundu, Sarawak. Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih sebagai peserta kajian. Peserta kajian dipilih berdasarkan keputusan Ujian IPP2M. Instrumen kajian ini ialah borang senarai semak, Praujian dan Pascaujian, pemerhatian melalui catatan nota lapangan, rakaman audio serta analisis dokumen seperti rekod ganjaran. Dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah gabungan iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Perbandingan skor antara tiga latih tubi serta antara Praujian dan Pascaujian dijadikan sebagai data dapatan kajian. Analisis data menunjukkan bahawa terdapat peningkatan skor dalam tiga latih tubi serta Praujian dan Pascaujian. Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan LaTuTong iaitu latih tubi diftong berjaya membantu murid pemulihan khas dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong. Kata Kunci : Latih tubi, pembelajaran, kemahiran membaca, diftong, murid pemulihan khas ABSTRACT The purpose of this study is to examine the use of LaTuTong in the learning of reading skills among primary school special remedial pupil. Specifically, this study aims to see the level of achievement of special remedial pupil in the learning of reading skills before and after using LaTuTong. The framework of this study theory was adapted from Skinner's Operating Behaviorism Theory (1957) to support and guide the researcher. This study using the model of action research Kemmis and Taggart (1988). This study is conducted in two cycles only. This study focuses on interventions to help special remedial pupil in reading skills through LaTuTong. This study was conducted in one of the rural national schools in Lundu district, Sarawak. Only a male student of the Year 5 special remedial class was selected as a study participant. The participant was selected based on IPP2M Test results. The instruments of this study are checklist, Pre-test and Post-test, checklist forms, observations via field notes, audio recording and document analysis such as rewards records. The findings were analyzed using a combination method of quantitative and qualitative methods. Comparison of scores between three drills and between Pre-test and Post-test, was used as the findings of the study. Data analysis showed that there was an increase in scores in three drills and Pre-test and Post-test. The findings have shown that LaTuTong's use of diftong drills succeeded in helping special remedial pupil in the learning of diftong reading skills. Keywords: Training drill, learning, reading skills, diftong, special remedial pupil

PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN … · ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. i berfokus ... Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih

  • Upload
    volien

  • View
    241

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN … · ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. i berfokus ... Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih

328

PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

DIFTONG MURID PEMULIHAN KHAS

Chang Nyuk Ching1, Jamaludin Badusah2 1, 2 Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia

[email protected], [email protected]

ABSTRAK Kajian in i bertujuan untuk mengkaji penggunaan LaTuTong dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong murid pemulihan khas sekolah rendah. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pencapaian murid pemulihan khas dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong sebelum dan selepas menggunakan LaTuTong. Kerangka teori kajian in i diadaptasi daripada Teori Behaviorisme Pelaziman Operan Skinner (1957) bagi menyokong serta menjadi panduan kepada pengkaji. Kajian ini berbentuk kajian tindakan yang menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan Taggart (1988). Kajian tindakan ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. Kajian ini berfokus kepada intervensi untuk membantu murid pemulihan khas dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong dengan menggunakan LaTuTong. Kajian in i dilaksanakan di salah sebuah sekolah kebangsaan luar bandar di daerah Lundu, Sarawak. Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih sebagai peserta kajian. Peserta kajian d ipilih berdasarkan keputusan Ujian IPP2M. Instrumen kajian ini ialah borang senarai semak, Praujian dan Pascaujian, pemerhatian melalui catatan nota lapangan, rakaman audio serta analisis dokumen seperti rekod ganjaran. Dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah gabungan iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Perbandingan skor antara t iga latih tubi serta antara Praujian dan Pascaujian dijadikan sebagai data dapatan kajian. Analisis data menunjukkan bahawa terdapat peningkatan skor dalam tiga latih tubi serta Praujian dan Pascaujian. Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan LaTuTong iaitu latih tubi diftong berjaya membantu murid pemulihan khas dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong.

Kata Kunci : Latih tubi, pembelajaran, kemahiran membaca, diftong, murid pemulihan khas

ABSTRACT The purpose of this study is to examine the use of LaTuTong in the learning of reading skills among primary school special remedial pupil. Specifically, this study aims to see the level of achievement of special remedial pupil in the learning of reading skills before and after using LaTuTong. The framework of this study theory was adapted from Skinner's Operating Behavioris m Theory (1957) to support and guide the researcher. This study using the model of action research Kemmis and Taggart (1988). This study is conducted in two cycles only. This study focuses on interventions to help special remedial pupil in reading skills through LaTuTong. This study was conducted in one of the rural national schools in Lundu district, Sarawak. Only a male student of the Year 5 special remedial class was selected as a study participant. The participant was selected based on IPP2M Test results. The instruments of this study are checklist, Pre-test and Post-test, checklist forms, observations via field notes, audio recording and document analysis such as rewards records. The findings were analyzed using a combination method of quantitative and qualitative methods. Comparison of scores between three drills and between Pre-test and Post-test, was used as the findings of the study. Data analysis showed that there was an increase in scores in three drills and Pre-test and Post-test. The findings have shown that LaTuTong's use of diftong drills succeeded in helping special remedial pupil in the learning of diftong reading skills.

Keywords: Training drill, learning, reading skills, diftong, special remedial pupil

Page 2: PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN … · ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. i berfokus ... Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih

329

PENGENALAN

Setiap murid termasuk murid pemulihan khas perlu menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kuntom (2012) berpendapat bahawa semua murid perlu pantas dalam segala perkara kerana jika tert inggal dalam sesuatu perkara terutamanya perancangan oleh p ihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sudah pasti mereka akan keciciran . Keupayaan membaca bagi murid pemulihan khas dipengaruhi oleh kebolehan murid itu sendiri. Noor A in i (2010) dalam kajiannya mengatakan bahawa murid yang menghadapi masalah pembelajaran merupakan murid yang berfungsi mengikut keupayaan mereka dari seg i kecerdasan, pencapaian dan kemahiran sosial. Kelemahan murid pemulihan khas dalam membaca sememangnya menjadi masalah besar kepada guru dan murid itu sendiri. Jika masalah ini tidak diatasi, maka hasrat KPM untuk memastikan semua murid menguasai kemahiran membaca akan terbantut.

Berdasarkan Ujian IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis) Bahasa Melayu, pengkaji mendapati seorang murid belum menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘oi’. Murid tersebut pasif dalam pelajaran tetapi suka mengganggu proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Murid tersebut juga kurang memberi tumpuan terhadap pembelajaran dan sering berkhayal dalam proses PdPc. In i selari dengan pendapat Abdul Rasid (2011), iaitu murid yang tidak menguasai kemahiran membaca t idak berminat atau t idak memberi tumpuan terhadap pembelajaran. Justeru, pengkaji ingin menggunakan in tervens i LaTuTong iaitu latih tubi diftong untuk membantu murid pemulihan khas dalam pembelajaran kemahiran membaca d iftong. Latih tubi digunakan dalam kajian ini kerana menurut kajian Suzamreh (2012) dan Dayang (2012) yang menggunakan tekn ik latih tubi berjaya membantu murid pemulihan khas meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dengan baik sekali. Tambahan pula, latih tubi merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menekankan pengulangan sebutan. Menurut Naffi (2006) dalam Suzamreh (2012), latih tubi dapat meneguhkan daya ingatan murid untuk menguasai kemahiran lisan.

Pengkaji membuat rumusan bahawa membaca merupakan kemahiran asas yang penting dan mesti dikuasai oleh setiap murid termasuklah murid pemulihan khas. Ketidakupayaan dalam penguasaan kemahiran membaca akan menyebabkan murid pemulihan khas ketinggalan dalam pembelajaran. Penggunaan kaedah yang bersesuaian dengan keupayaan murid pemulihan khas akan memberi mot ivasi dan meningkatkan kemahiran membaca d iftong dalam kalangan murid pemulihan khas. Oleh itu, penggunaan LaTuTong yang disertakan dengan Modul Kemahiran Membaca (Diftong) Murid, Kad Imbasan Mini, Teks Ayat Bacaan Bergred dan Petikan Bacaan Bergred diharap dapat membantu murid dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong. LaTuTong merupakan akronim bagi perkataan Latih Tubi Diftong iaitu ‘La’ daripada perkataan ‘Latih’, ‘Tu’ daripada perkataan ‘Tubi’ dan ‘Tong’ daripada perkataan ‘Diftong’.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian Pengkaji menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Menurut Noraini (2013), Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) adalah antara model kajian tindakan yang paling ringkas iaitu melibatkan empat proses utama yang dilaksanakan oleh penyelidik iaitu mereflek, merancang, bertindak, dan memerhati. Keempat-empat proses ini akan berlaku secara berterusan dalam bentuk kitaran yang boleh berulang sehingga masalah yang berlaku telah dapat diselesaikan. Untuk tujuan kajian ini, pengkaji mengubah suai model tersebut berdasarkan tindakan yang akan dijalankan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.

Page 3: PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN … · ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. i berfokus ... Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih

330

Rajah 1. Adaptasi Model Kajian Tindakan Kemmis dan Taggart (1988)

Mereflek Kitaran Pertama Pengkaji mengenal pasti masalah berdasarkan Borang Rekod Ujian bagi Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis (IPP2M) yang diperoleh daripada Guru Pemulihan Khas. Berdasarkan Analisis Rekod Ujian IPP2M tersebut, pengkaji mendapati bahawa antara masalah yang dihadapi o leh peserta kajian ialah masalah yang berkaitan dengan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi diftong.

Merancang Kitaran Pertama Pengkaji merancang intervensi ‘LaTuTong’ iaitu Latih Tubi Diftong. Dalam kitaran pertama, pengkaji menjalankan intervensi LaTuTong berpandukan Modul Kemahiran Membaca (Diftong) Murid. Modul in i diadaptasi dan diubahsuai daripada modul yang disediakan o leh KPM untuk Program Pemulihan Khas, iaitu Modul Kemahiran Membaca dan Membaca : PROTIM (KPM, 2007). Modul ini disediakan untuk peserta kajian sebagai panduan pembelajaran kemahiran membaca diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘oi’. Dalam modul ini, terdapat empat objektif pembelajaran yang perlu dicapai o leh peserta kajian sepanjang intervensi, iaitu a) membaca dan membunyikan diftong ’au, ai, oi’ dengan sebutan yang betul; b) mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi diftong dengan sebutan yang betul; c) membaca perkataan yang mengandungi diftong dengan sebutan yang betul serta d) membaca ayat yang mengandungi diftong dengan sebutan yang betul.

Terdapat tujuh aktiv iti pembelajaran yang terkandung dalam modul in i, iaitu 1) membaca dan membunyikan diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘o i’; 2) mengeja dan menyebut perkataan yang mengandungi diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘o i’ berpandukan gambar; 3) mengeja dan membunyikan perkataan yang mengandungi diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘oi’; 4) membaca perkataan yang mengandungi diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘oi’ mengikut kategori; 5) mencerakinkan perkataan yang mengandungi diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘o i’; 6) membina perkataan daripada suku kata diftong ‘au’ dan ‘ai’ serta 7) membaca ayat berpandukan gambar dan perkataan yang diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘o i’. Bahan Bantu Mengajar seperti Kad Imbasan Min i juga disediakan untuk membantu peserta kajian memahami sesuatu perkataan yang terdapat dalam Modul Kemahiran Membaca (Diftong) Murid semasa latih tubi dijalankan.

Pengkaji juga menyediakan satu set ujian untuk digunakan sebagai Praujian dan Pascaujian. Item-item soalan bagi u jian tersebut digubal berpandukan Modul Kemahiran Membaca dan Membaca : PROTIM (KPM, 2007). Set ujian tersebut mengandungi 80 item soalan yang terbahagi kepada 12 bahagian, iaitu 1) membaca dan membunyikan diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘o i’; 2) mengeja dan membunyikan perkataan yang mengandungi diftong; 3) membaca perkataan yang mengandungi diftong berpandukan gambar; 4) memadankan perkataan dengan gambar dan membaca perkataan; 5) mencari dan mewarnakan perkataan teka silang kata dan membaca perkataan; 6) memadankan suku kata menjad i perkataan

Page 4: PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN … · ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. i berfokus ... Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih

331

bermakna dan membaca perkataan; 7) mencantumkan perkataan dan membaca perkataan; 8) memadankan dan menulis perkataan supaya menjadi satu rangkai kata dan membaca rangkai kata; 9) menggariskan perkataan yang mengandungi diftong dalam ayat dan membaca ayat; 10) membaca ayat; 11) membaca petikan; serta 12) membaca petikan dan menjawab soalan. Jumlah skor bagi setiap bahagian adalah berbeza mengikut jenis item yang ditetapkan oleh pengkaji. Setiap item soalan diberi skor 1. Ini bermakna jumlah keseluruhan skor ialah 80.

Bertindak Kitaran Pertama Pengkaji menjalankan Praujian untuk mengetahui tahap pencapaian peserta kajian dalam kemahiran membaca diftong sebelum menjalankan intervensi menggunakan LaTuTong. Praujian juga bertujuan untuk membuat analisis tentang kelemahan peserta kajian dalam kemahiran membaca terutamanya kemahiran membaca d iftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘oi’. Masa untuk menjawab semua item soalan Praujian bergantung kepada peserta kajian. Ini kerana t iada had masa yang ditetapkan untuk menjawab semua item soalan Praujian. Selepas Praujian, peserta kajian memulakan intervensi menggunakan LatTuTong. Peserta kajian mengikuti akt ivit i pembelajaran kemahiran membaca diftong berdasarkan satu set modul iaitu Modul Kemahiran Membaca (Diftong) Murid yang disediakan o leh pengkaji. Peserta kajian menjalankan semua akt ivit i pembelajaran yang terdapat dalam modul tersebut dengan menggunakan LaTuTong. Kad Imbasan Mini (Rajah 2) diberikan untuk membantu peserta kajian memahami perkataan diftong yang sukar.

Rajah 2. Contoh Kad Imbasan Mini

Sepanjang pembelajaran menggunakan LaTuTong, peserta kajian mengikuti akt iviti latih tubi membaca diftong secara berperingkat iaitu dari peringkat mudah ke peringkat susah berpandukan aktivit i pembelajaran yang terdapat dalam Modul Kemahiran Membaca (Diftong) Murid. Jika peserta kajian mendapat skor penuh iaitu semua bacaan adalah betul, maka peserta kajian diberikan pelekat ganjaran (Rajah 3) yang berbentuk gambar senyuman sebagai ganjaran iaitu peneguhan positif atas kejayaan dalam akt iviti latih tubi membaca diftong. Selain itu, pengkaji juga membuat rakaman audio bagi semua bacaan peserta kajian untuk membuat analisis bacaan yang dilakukan oleh peserta kajian.

Rajah 3. Contoh Pelekat Ganjaran

Memerhati Kitaran Pertama Pengkaji memerhatikan tingkah laku peserta kajian melakukan akt iviti latih tubi membaca perkataan yang mengandungi diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘oi’ menggunakan LaTuTong. Jika peserta kajian masih seronok

Page 5: PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN … · ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. i berfokus ... Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih

332

dengan aktiviti lat ih tubi tersebut, maka pengkaji memberi ruang untuk terus melakukan akt ivit i sehingga masa pembelajaran tamat. Jika sebaliknya, pengkaji memberi ruang kepadanya untuk berhenti sebentar, sama ada untuk berehat atau minum air. Pengkaji juga memerhati cara peserta kajian mengikuti akt ivit i latih tubi membaca d iftong dan keupayaan peserta kajian membaca diftong berpandukan Modul Kemahiran Membaca (Diftong) Murid. Semasa aktivit i latih tubi membaca d iftong dijalankan, pengkaji bersoal jawab dengan peserta kajian untuk memastikannya mengikuti pembelajaran kemahiran membaca diftong dengan betul. Pengkaji membuat pemerhatian melalu i catatan nota lapangan untuk memperoleh data tentang tingkah laku peserta kajian semasa aktivit i pembelajaran kemahiran membaca diftong. Pengkaji juga membuat senarai semak bagi tiga latih tubi berpandukan aktivit i pembelajaran dalam Modul Kemahiran Membaca (Diftong) Murid.

Mereflek Kitaran Kedua Pengkaji menjalankan Pascaujian 1 selepas selesai semua aktivit i pembelajaran berpandukan Modul Kemahiran Membaca (Diftong) Murid menggunakan LaTuTong kira-kira dalam t iga bulan. Pascaujian 1 adalah untuk mengetahui kesan tindakan (intervensi) yang telah dilaksanakan dalam kitaran pertama. Set soalan untuk Pascaujian 1 sama dengan Praujian. Hasil ujian tersebut dianalisis untuk melihat tahap pencapaian peserta kajian dalam kemahiran membaca diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘oi’. Pengkaji membuat refleksi untuk penambahbaikan intervensi yang perlu untuk kitaran kedua.

Merancang Kitaran Kedua Pengkaji merancang untuk menjalankan intervensi menggunakan LaTuTong berfokus kepada bacaan bergred. Untuk tujuan in i, pengkaji menyediakan tiga set Teks Ayat Bacaan Bergred (Rajah 4) yang masing-masing mengandungi perkataan diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘oi’. Setiap set Teks Ayat Bacaan Bergred mengandungi empat teks bacaan. Sekain itu, pengkaji juga menyediakan satu set Petikan Bacaan Bergred (Rajah 5).

Rajah 4. Contoh Teks Ayat Bacaan Bergred

Page 6: PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN … · ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. i berfokus ... Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih

333

Rajah 5. Contoh Petikan Bacaan Bergred

Bertindak Kitaran Kedua Peserta kajian menjalan i intervensi menggunakan LaTuTong berfokus kepada bacaan bergred. Pengkaji memberikan tiga set Teks Ayat Bacaan Bergred dan satu set Petikan Bacaan Bergred untuk dibaca oleh peserta kajian. Jika peserta kajian mendapat skor penuh iaitu semua bacaan adalah betul, maka peserta kajian juga diberikan pelekat ganjaran sebagai ganjaran iaitu peneguhan positif atas kejayaan dalam aktivit i lat ih tubi membaca diftong. Pengkaji juga membuat rakaman audio bagi semua bacaan peserta kajian untuk membuat analisis bacaan.

Memerhati Kitaran Kedua Pengkaji memerhatikan tingkah laku peserta kajian melakukan aktiv iti latih tubi membaca ayat yang mengandungi perkataan diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘o i’ menggunakan LaTuTong berpandukan Teks Ayat Bacaan Bergred dan Petikan Bacaan Bergred. Jika peserta kajian masih seronok dengan aktivit i latih tubi tersebut, maka pengkaji memberi ruang kepadanya untuk terus melakukan akt iviti sehingga masa tamat. Jika sebaliknya, pengkaji memberi ruang kepada peserta kajian untuk berhenti sebentar, sama ada untuk berehat atau minum air.

Pengkaji juga memerhati cara peserta kajian mengikuti aktiv iti lat ih tubi membaca d iftong dan keupayaan peserta kajian membaca diftong berpandukan Teks Ayat Bacaan Bergred dan Petikan Bacaan Bergred menggunakan LaTuTong. Semasa aktiv iti latih tubi membaca diftong dijalankan, pengkaji turut bersoal jawab dengan peserta kajian untuk memastikan peserta kajian mengikuti akt iviti membaca ayat yang mengandungi perkataan diftong dengan betul berpandukan Teks Ayat Bacaan Bergred dan Petikan Bacaan Bergred. Pengkaji membuat pemerhatian melalui catatan nota lapangan untuk memperoleh data tentang tingkah laku peserta kajian semasa aktiv iti membaca ayat yang mengandungi perkataan diftong diftong dijalankan. Pengkaji membuat senarai semak bagi tiga latih tubi berpandukan Teks Ayat Bacaan Bergred dan Petikan Bacaan Bergred.

Pengkaji menjalankan Pascaujian 2 selepas selesai aktiviti latih tubi membaca berpandukan Teks Ayat Bacaan Bergred dan Petikan Bacaan Bergred menggunakan LaTuTong kira-kira dalam dua minggu. Pascaujian 2 adalah untuk mengetahui kesan tindakan (intervensi) yang telah dilaksanakan dalam kitaran kedua yang berfokus kepada ayat yang mengandungi perkataan diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘o i’. Set soalan untuk Pascaujian 2 sama dengan Pascaujian 1. Hasil ujian tersebut dianalisis untuk melihat tahap pencapaian peserta kajian dalam kemahiran membaca diftong ‘au’, ‘ai’ dan ‘oi’.

Page 7: PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN … · ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. i berfokus ... Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih

334

Peserta Kajian

Peserta kajian untuk kajian in i merupakan murid pemulihan khas Bahasa Melayu Tahun Lima. Pemilihan peserta kajian untuk kajian ini menggunakan persampelan bertujuan. Pengkaji menggunakan persampelan bertujuan untuk memilih peserta kajian kerana Babbie (2002) dalam Ghazali dan Sufean (2016), menjelaskan bahawa persampelan bertujuan adalah pemilihan peserta kajian berdasarkan pertimbangan penyelidik untuk memilih sampel yang paling berguna dan sesuai serta memenuhi keperluan tujuan kajian. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji hanya memilih seorang murid lelaki yang bernama Arick (nama samaran) untuk dijad ikan peserta kajian. Peserta kajian perlu mengikut Program Pemulihan Khas kerana mendapat skor 36 daripada skor keseluruhan iaitu 65 dalam Ujian IPP2M Bahasa Melayu yang dijalankan pada 8 Mac 2018.

Teknik Pengumpulan Data Dua bentuk data dikumpul dalam kajian ini iaitu data kuantitatif dan data kualitatif. Data kuantitatif diperoleh daripada borang senarai semak, Praujian dan Pascaujian. Pengkaji telah memberi tiga latih tubi kepada peserta kajian sepanjang pembelajaran yang direkodkan dalam borang senarai semak mengikut Modul Kemahiran Membaca (Diftong) Murid, Teks Ayat Bacaan Bergred dan Petikan Bacaan Bergred. Pengkaji juga menjalankan Praujian bagi memastikan bahawa peserta kajian memang menghadapi masalah membaca perkataan diftong . Pascau jian 1 dan Pascau jian 2 pula diberi setelah pengkaji memberi b imbingan kepada peserta kajian dalam pembelajaran kemahiran diftong menggunakan LaTuTong dalam intervensi kitaran pertama dan intervensi kitaran kedua. Prau jian serta Pascaujian 1 dan Pascaujian 2 mengandungi 80 item soalan yang berkait dengan perkataan yang mengandungi diftong.

Data kualitatif pula dipero leh daripada pemerhatian dan analisis dokumen. Pengkaji men jalankan pemerhat ian melalu i catatan nota lapangan bagi melihat perubahan terhadap bacaan peserta kajian mengikut akt iviti lat ih tubi kemahiran membaca diftong. Analisis dokumen pula meru juk kepada rekod ganjaran yang diperoleh peserta kajian sepanjang intervensi menggunakan LaTuTong dalam dua kitaran.

DAPATAN KAJIAN Kajian in i bertujuan untuk mengkaji penggunaan LaTuTong dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong murid pemulihan khas. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pencapaian murid pemulihan khas dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong sebelum dan selepas menggunakan LaTuTong. Dapatan kajian tentang intervensi menggunakan LaTuTong dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong bagi murid pemulihan khas dib incangkan dalam dua subtopik. Dalam bahagian dapatan kajian ini, pengkaji menggunakan nama samaran untuk peserta kajian iaitu Arick.

Dapatan 1 :

Penggunaan LaTuTong Membantu Murid Pemulihan Khas dalam Pembelajaran Kemahiran Membaca Diftong

Pengkaji memerhatikan perubahan bacaan Arick semasa menjalankan aktiv iti pembelajaran kemahiran membaca diftong menggunakan LaTuTong. Pada permulaan intervensi dalam kitaran pertama iaitu latih tubi 1, Arick masih tersekat-sekat dan lambat semasa membaca tetapi perubahan mula dapat dilihat dalam lat ih tubi 2 dan latih tubi 3 kerana Arick mula kelihatan berminat dan lebih lancar membaca. Rajah 7, Rajah 8 dan Rajah 9 menunjukkan s kor yang d ipero leh Arick bag i ket iga-t iga lat ih tub i menggunakan LaTuTong . Skor-s kor bag i intervensi dalam kitaran pertama dan intervensi kitaran kedua diperoleh daripada borang senarai semak.

Page 8: PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN … · ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. i berfokus ... Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih

335

Rajah 7. Skor Latih Tubi Modul Kemahiran Membaca Diftong (Kitaran Pertama)

Rajah 8. Skor Latih Tubi Teks Bacaan Bergred Diftong (Kitaran Kedua)

Rajah 9. Skor Latih Tubi Petikan Bacaan Bergred Diftong (Kitaran Kedua)

Berdasarkan graf dalam Rajah 7, Rajah 8 dan Rajah 9, dapat dilihat dengan jelas peningkatan jumlah skor yang dipero leh Arick dalam Latih Tubi 2 dan Latih Tubi 3 berbanding Latih Tubi 1. Dapatan data ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan Arick dalam kemahiran membaca diftong semakin baik setelah menggunakan LaTuTong dalam intervensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan LaTuTong yang berfokus kepada latih tubi dapat membantu murid pemulihan khas dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong.

Pelekat ganjaran diberikan kepada Arick sebagai peneguhan positif jika Arick mendapat skor penuh iaitu semua bacaan adalah betul. Kesemua pelekat ganjaran yang diperoleh Arick semasa menjalankan aktiviti pembelajaran kemahiran membaca diftong menggunakan LaTuTong ditampalkan dalam Rekod Ganjaran Arick seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.

144

154159

Latih Tubi 1 Latih Tubi 2 Latih Tubi 3

Skor Latih Tubi Modul Kemahiran Membaca Diftong (Kitaran Pertama)

44

48 48

Latih Tubi 1 Latih Tubi 2 Latih Tubi 3

Skor Latih Tubi Teks Ayat Bacaan Bergred Diftong (Kitaran Kedua)

11

13 13

Latih Tubi 1 Latih Tubi 2 Latih Tubi 3

Skor Latih Tubi Petikan Bacaan Bergred Diftong (Kitaran Kedua)

Page 9: PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN … · ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. i berfokus ... Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih

336

Rajah 10. Contoh Rekod Ganjaran Arick

Dapatan daripada analisis dokumen iaitu Rekod Ganjaran Arick menunjukkan b ilangan pelekat ganjaran yang d ipero leh Arick sepan jang intervensi dalam kitaran pertama dan intervensi dalam kitaran kedua bag i ket iga-t iga lat ih tub i sepert i yang d itun jukkan dalam Rajah 11, Rajah 12 dan Rajah 13.

Rajah 11. Bilangan Pelekat Ganjaran berdasarkan Modul Kemahiran Membaca Diftong

(Kitaran Pertama)

3

8 8

Latih Tubi 1 Latih Tubi 2 Latih Tubi 3

Bilangan Pelekat Ganjaran berdasarkan Modul Kemahiran Membaca Diftong (Kitaran Pertama)

Page 10: PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN … · ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. i berfokus ... Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih

337

Rajah 12. Bilangan Pelekat Ganjaran berdasarkan Teks Ayat Bacaan Bergred Diftong

(Kitaran Kedua)

Rajah 13. Bilangan Pelekat Ganjaran berdasarkan Petikan Bacaan Bergred Diftong (Kitaran

Kedua)

Berdasarkan graf dalam Rajah 11, Rajah 12 dan Rajah 13; dapat dilihat dengan jelas peningkatan bilangan pelekat ganjaran yang diperoleh Arick dalam Lat ih Tubi 2 dan Latih Tubi 3 berbanding Latih Tubi 1. Dapatan ini mengukuhkan lagi bukti bahawa tahap penguasaan Arick dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong semakin baik setelah menggunakan LaTuTong dalam intervensi.

Dapatan 2:

Tahap Pencapaian Murid Pemulihan Khas dalam Pembelajaran Kemahiran Membaca Diftong Sebelum dan Selepas Menggunakan LaTuTong

Dapatan kajian daripada analisis Prau jian dan Pascaujian d itunjukkan seperti dalam Jadual 1 dan Rajah 10.

Jadual 1. Analisis Tahap Pencapaian Mengikut Skor Praujian dan Pascaujian Sebelum dan Selepas Intervensi

Tahap Pencapaian Skor

Sebelum Intervensi Sebelum Intervensi

Praujian Pascaujian 1 Pascaujian 2 Cemerlang ( 71 – 80 ) 75 77

Baik ( 41 – 70 ) 56 Lemah ( Kurang 40 )

0

34

Latih Tubi 1 Latih Tubi 2 Latih Tubi 3

Bilangan Pelekat Ganjaran berdasarkan Teks Ayat Bacaan Bergred Diftong (Kitaran Kedua)

0

1 1

Latih Tubi 1 Latih Tubi 2 Latih Tubi 3

Bilangan Pelekat Ganjaran berdasarkan Petikan Bacaan Bergred Diftong (Kitaran Kedua)

Page 11: PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN … · ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. i berfokus ... Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih

338

Jadual 1 menunjukkan bahawa dalam Praujian, skor yang diperoleh Arick ialah 56 iaitu pada Tahap Pencapaian Baik. Dalam Pascaujian 1 pula, skor yang diperoleh Arick telah meningkat kepada 75 manakala skor yang diperoleh Arick dalam Pascaujian 2 pula 77 iaitu pada Tahap Pencapaian Cemerlang. Walaupun skor antara Pascaujian 1 dengan Pascaujian 2 tidak menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu hanya beza 2 skor. Namun, peningkatan yang ketara berlaku antara Prau jian dengan Pascaujian 1 iaitu meningkat sebanyak 19 skor. Dapatan data ini jelas menunjukkan peningkatan skor yang agak memberangsangkan selepas intervensi menggunakan LaTuTong diberikan kepada Arick.

Rajah 14. Tahap Pencapaian Murid Sebelum dan Selepas Intervensi

Berdasarkan graf dalam Rajah 14, kita dapat melihat bahawa penggunaan LaTuTong telah membantu Arick dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong. Skor tertinggi yang diperoleh Arick ialah 77 iaitu dalam Pascaujian 2 berbanding hanya mendapat skor sebanyak 56 semasa Praujian. Keputusan Praujian serta Pascaujian 1 dan Pascaujian 2 dalam kajian menunjukkan bahawa intervensi menggunakan LaTuTong dapat membantu Arick dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong dengan baik.

PERBINCANGAN Dalam Latih Tubi 1, peserta kajian berasa malu-malu kerana tidak biasa dengan modul yang digunakan dalam intervensi kitaran pertama. Namun, dalam Latih Tubi 2, murid boleh mengikuti latih tubi yang diberikan secara ansur maju iaitu daripada aras mudah iaitu suku kata diftong kepada aras yang agak susah iaitu perkataan yang dan ayat yang mengandungi perkataan diftong. Menerusi intervensi menggunakan LaTuTong yang dijalankan kira-kira dalam t iga bulan dua minggu, peserta kajian telah menjalan i tiga latih tubi membaca d iftong. Dalam intervensi menggunakan LaTuTong, guru bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing peserta kajian dengan bantuan Modul Membaca (Diftong) Murid dalam intervensi kitaran pertama serta Teks Ayat Bacaan Bergred dan Petikan Bacaan Bergred dalam intervensi kitaran kedua bagi membantu peserta kajian dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong.

Pemberian pelekat ganjaran dalam intervensi ini juga dapat membantu peserta kajian menunjukkan minat dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong. Penggunaan LaTuTong dan pemberian ganjaran merupakan salah satu kaedah untuk menarik minat murid membaca dengan betul. Ini selari dengan Teori Behavioris me Pelaziman Operan Skinner (1957) yang menyatakan bahawa peneguhan positif dapat meningkatkan tingkah laku yang diingini. Dapatan kajian ini juga selari dengan pendapat Nor Hayat i (2012) dalam kajiannya yang menyatakan bahawa kaedah pemberian ganjaran bertindak sebagai peneguhan positif merupakan salah satu cara untuk menarik minat responden melakukan tugasan mereka dengan betul dan kemas.

Keseluruhan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian bagi murid pemulihan khas dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong dengan menggunakan LaTuTong. In i membuktikan bahawa penggunaan LaTuTong yang berfokus kepada latih tubi telah berjaya membantu murid pemulihan khas dalam pembelajaran kemahiran membaca d iftong. Dapatan

56

75 77

Praujian Pascaujian 1 Pascaujian 2

Tahap Pencapaian Murid Sebelum dan Selepas Intervensi

Sebelum Selepas

Page 12: PENGGUNAAN LaTuTong DALAM PEMBELAJARAN … · ini dijalankan dalam dua kitaran sahaja. i berfokus ... Hanya seorang murid lelaki dari kelas pemulihan khas Tahun 5 yang dipilih

339

kajian ini selari dengan dapatan kajian yang pernah dijalankan oleh Suzamreh (2012) dan Dayang (2012) yang juga menggunakan teknik latih tubi dalam membantu murid pemulihan khas menguasai kemahiran membaca. Kedua-dua kajian in i telah membukt ikan bahawa teknik latih tubi berjaya membantu murid meningkatkan kemahiran membaca.

CADANGAN Penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya ingin menjalankan kajian seterusnya. Misalnya, masalah pembelajaran murid pemulihan khas perlu diperoleh lebih awal supaya masa yang lebih lama dapat memberikan kesan yang lebih baik apabila sesuatu intervensi dijalankan. Keberkesanan sesuatu intervensi juga akan dapat dipantau dengan lebih telus. Di samping itu, kemudahan pembelajaran untuk murid pemulihan khas perlu ditambah dan dipelbagaikan. Peruntukan masa yang lebih panjang perlu diberikan kepada murid pemulihan khas supaya mereka mendapat kesan yang lebih baik daripada intervensi. Kerjasama semua pihak terutamanya peranan Guru pemulihan khas juga perlu dipert ingkatkan bagi membantu murid pemulihan khas.

Berdasarkan hasil kajian ini, pengkaji cadangkan agar intervensi in i dapat diteruskan demi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan khas. Kaedah LaTuTong perlu dilaksanakan untuk murid pemulihan khas seawal murid tersebut memasuki kelas pemulihan khas setelah mengenal huruf agar daya ingatan mereka terhadap sesuatu kemahiran akan kekal lama serta memudahkan mereka mengingat kembali sesuatu suku kata, perkataan serta ayat. Selain itu, penggunaan ICT dalam kaedah LaTuTong juga boleh dilakukan agar pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan untuk dapat menarik minat murid pemulihan khas. Kemahiran membaca yang diajar kepada murid pemulihan khas membantu mereka meningkatkan pencapaian dan penguasaan dalam akademik.

KESIMPULAN Keupayaan membaca murid pemulihan khas boleh ditingkatkan dengan menggunakan kaedah intervensi yang betul berserta bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan LaTuTong dalam kajian ini dapat membantu murid pemulihan khas dengan berkesan dalam pembelajaran kemahiran membaca diftong. Oleh itu, d iharapkan agar penggunaan LaTuTong yang berfokus kepada latih tubi diftong ini dapat diperluaskan untuk membantu murid pemulihan khas dalam membaca dan seterusnya membolehkan mereka bersaing dalam arus pendidikan abad ke-21.

RUJUKAN Abdul Ras id Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid-

murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-12. Dayang Norhafizah Bt Abang Shamat. (2012). Latih tubi bacaan dalam membantu murid pemulihan

menguasai kemahiran huruf vokal awalan. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 153-167. Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan : Amalan dan

analisis kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Kuntom Wahab. (2012). Membantu murid menguasai membaca suku kata tertutup kvk bagi murid

Tahun Dua Gemilang menggunakan kaedah SISKAD . Kertas pro jek sarjana muda yang tidak diterbitkan, IPG Kampus Dato ’ Razali Ismail, Kuala Terengganu.

Noor Aini Ahmad. (2010). Pengajaran kemahiran bahasa bagi murid-murid bermasalah pembelajaran . Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Nor Hayat i Ahmad Mokhtar. (2012). Meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV dan KVK untuk murid Khas Bestari menggunakan kad suku kata dan gambar. Kertas projek sarjana yang tidak diterbitkan, IPG Kampus Ipoh, Ipoh.

Skinner, B. F. (1957). Verbal behavior. New York, NY: Appleton-Century-Crofts.Slack, M. B., & Boyer, M. A. 1964. The slow learners in the academic high school. Educational Leadership, 380-387.

Suzamreh bin Salleh. (2012). Meningkatkan kemahiran membaca ayat-ayat Yang mengandungi perkataan gabungan suku kata V+Kv dan Kv+Kv melalui teknik tatih Tubi membaca kad bacaan. Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak.