Penghargaan pengenalan bagi PBS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

boleh digunkan dalam fail PBS. terdapat penghrgaan dan pengenalan dalam ini,

Citation preview

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan berkat dan keizinan dariNya saya dapat menyiapkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) ini dengan jayanya pada semester satu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP).Saya telah menjalani PBS ini di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ayer Tawar, Perak. Saya dikehendaki menjalani PBS selama seminggu bermula pada 4 Ogos 2014 hingga 8 Ogos 2014. Saya menjalani PBS ini SJK(T) Ayer Tawar ini bersama dengan enam orang rakan yang lain. Rakan-rakan saya yang bersama-sama menjalani PBS di SJK(T) Ayer Tawar ini adalah Phiriya Doraisamy dan Sharmilah Krishnan yang belajar di kampus IPG yang sama dengan saya serta Kyirrtana Rakavan, Kaliswari Kaliappan, Yogam Muthusamy dan Nesarajan Subrayan yang dari kampus IPG yang lain.Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing PBS saya iaitu Dr. Helen Khoo Choi Sim dan juga penyelaras kami kerana telah banyak membantu saya dengan menerangkan serba sedikit berkenaan PBS kepada saya sebelum pergi ke sekolah. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua rakan-rakan yang telah bersama-sama saya dalam mencari maklumat dan dapatan yang diperlukan semasa menjalani PBS bersama-sama.Selain itu, penghargaan dan ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada warga SJK(T) Ayer Tawar yang banyak membantu saya untuk meyiapkan tugasan PBS ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan Guru Besar iaitu Encik Munuyandi Shonmugam, Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik T. George, guru-guru kanan penolong kanan yang lain dan semua guru yang berkhidmat di sekolah tersebut kerana kesudian mereka meluangkan masa untuk ditemu bual dan meluangkan masa untuk memberikan bahan yang membantu saya dalam menyiapkan PBS ini dengan sempurna.Tidak lupa juga, sekalung penghargaan kepada pihak institut yang tidak jemu memberikan tunjuk ajar kepada saya apabila saya memerlukan. Semoga sokongan, dorongan dan kerjasama yang diberikan akan mendapat balasan baik dari Tuhan dan usaha gigih saya ini akan menambahkan hasil dengan menjadikan saya sebagai seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua insan yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan tugasan PBS ini dengan baik dan sempurna. Sokongan dan dorongan yang diberikan sangat saya hargai.Sekian, terima kasih.

PENGENALAN

Program Berasaskan Sekolah (PBS) ini merupakan salah satu program yang diikuti oleh semua guru pelatih di setiap institut perguruan di Malaysia. PBS selama seminggu ini wajib dihadiri oleh kesemua guru pelatih apabila masuk ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahagian Pendidikan Guru. PBS ini perlu dijalani oleh guru pelatih dan dirangka bagi menyesuaikan suasana alam perguruan selama 4 semester berturut-turut sebelum menjalani program praktikum pada semester 5 hingga semester 7. Untuk menjayakan program PBS ini, guru pelatih akan dibekalkan dengan beberapa tugasan tertentu yang perlu disempurnakan setiap kali menjalankan program PBS. Memandangkan ini merupakan tugasan PBS pertama saya, saya telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ayer Tawar di negeri Perak sebagai sekolah pertama untuk menjalani PBS kerana beberapa faktor. Pada semester pertama ini, bermula 4 Ogos 2011 hingga 8 Ogos 2011 saya menjalani PBS bersama dengan enam orang rakan saya.Fokus utama PBS bagi setiap semester adalah untuk memperkenalkan kepada guru pelatih berkenaan dengan persekitaran sesebuah sekolah bagi membiasakan dan memberi pengalaman kepada guru pelatih. Pengalaman yang ada ini dapat mempersiapkan guru pelatih untuk menempuh realiti sebenar seorang pendidik. Selain iru, PBS ini juga memberi peluang dan ruang untuk guru pelatih bermesra dan berkolaborasi dengan warga sekolah.Berdasarkan PBS ini, banyak perkara yang saya belajar terutamanya tentang hal-hal ehwal sekolah dari sekecil-kecil aspek hinggalah sebesar-besar aspek. Program ini membuka peluang yang besar untuk saya berinteraksi dengan warga sekolah dari perspektif guru pelatih. Melalui interaksi serta pemerhatian terhadap sekolah ini, saya lebih memahami tugas dan peranan sebenar seorang guru di sekolah terhadap murid-muridnya dan hal-hal sekolah. Tambahan pula transformasi KBSR kepada KSSR dilihat sebagai sesuatu perkara baru memandangkan saya hanya sempat menggunakan kurikulum KBSR. Kesempatan ini saya gunakan untuk melihat sendiri pelaksanaan KSSR di sekolah ini.Semasa PBS ini, saya berpeluang untuk masuk ke kelas untuk melihat sesi pengajaran dan pembelajaran guru. Melalui aktiviti tersebut saya memperoleh pelbagai ilmu baru dari segi pengurusan bilik darjah dan cara mengajar guru tersebut terhadap kanak-kanak yang bermasalah pendengaran.