24
REFLEKSI KENDIRI Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurniaannya dapat saya siapakan tugasan kerja kursus pendek (KKP) untuk subjek PIM3102 ini. Alhamdulillah, saya telah berjaya menyiapkan tugasan kali ini tepat pada masanya. Tugasan Subjek PIM3102 ini telah diberikan oleh pensyarah pembimbing kami iaitu ustazah sharifah binti zakaria. Terdapat banyak pengalaman yang telah saya peroleh sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tugasan kali ini adalah berdasarkan matapelajaran minor saya iaitu subjek pendidikan islam. Tugasan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama adalah tugasan (PBS) iaitu penglaman berasaskan sekolah. Dan tugasan kedua adalah tugasan projek. Bagi tugasan pertama iaitu (PBS), saya telah melaksanakan (PBS) kali ini di sungai petani, kedah iaitu di sekolah kebangsaan tasek apong. Sekolah tersebut teletak bersebelahan dengan sekolah menengah Bandar sungai petani. Sekolah kebangsaan sri adika raja merupakan salah satu sekolah yang cemerlang di kedah. Sekolah tersebut mempunyai pencapain akademik yang baik.pada tahun lepas, peratus lulus peperiksaan UPSR telah meningkat sebanyak 10%. Ini adalah salah satu kejayaan yang patut dibanggakan. Berhubung dengan tugasan PBS kali ini, saya memilih sekolah kebangsaan tasek apong kerana sekolah ini mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam bidang pendidikan islam. Jadi sangat sesuai pada saya untuk menjalankan tugasan yang diberikan. Tidak dinafikan,saya berasa takut dan gementar semasa mula-mula menjejakkan kaki di sekolah berkenaan. Saya telah melakukan tugasan PBS ini bersama-sama dua orang kawan sekelas saya iaitu, Nor Amalina binti shafie dan nur izzati binti fadzil .Terdapat beberapa perkara yang perlu saya laksanakan selama lima hari saya di sekolah tersebut. perkara pertama adalah, saya perlu membuat pemerhatian dan mengumpul maklumat pengajaran dan pembelajaran guru pendidikan islam yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dan bukan koperatif. Kemudian saya perlu membuat perbandingan antara

Laporan Pbs

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan

Citation preview

REFLEKSI KENDIRIAlhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurniaannya dapat saya siapakan tugasan kerja kursus pendek (KKP) untuk subjek PIM3102 ini. Alhamdulillah, saya telah berjaya menyiapkan tugasan kali ini tepat pada masanya. Tugasan Subjek PIM3102 ini telah diberikan oleh pensyarah pembimbing kami iaitu ustazah sharifah binti zakaria. Terdapat banyak pengalaman yang telah saya peroleh sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tugasan kali ini adalah berdasarkan matapelajaran minor saya iaitu subjek pendidikan islam. Tugasan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama adalah tugasan (PBS) iaitu penglaman berasaskan sekolah. Dan tugasan kedua adalah tugasan projek. Bagi tugasan pertama iaitu (PBS), saya telah melaksanakan (PBS) kali ini di sungai petani, kedah iaitu di sekolah kebangsaan tasek apong. Sekolah tersebut teletak bersebelahan dengan sekolah menengah Bandar sungai petani. Sekolah kebangsaan sri adika raja merupakan salah satu sekolah yang cemerlang di kedah. Sekolah tersebut mempunyai pencapain akademik yang baik.pada tahun lepas, peratus lulus peperiksaan UPSR telah meningkat sebanyak 10%. Ini adalah salah satu kejayaan yang patut dibanggakan. Berhubung dengan tugasan PBS kali ini, saya memilih sekolah kebangsaan tasek apong kerana sekolah ini mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam bidang pendidikan islam. Jadi sangat sesuai pada saya untuk menjalankan tugasan yang diberikan. Tidak dinafikan,saya berasa takut dan gementar semasa mula-mula menjejakkan kaki di sekolah berkenaan. Saya telah melakukan tugasan PBS ini bersama-sama dua orang kawan sekelas saya iaitu, Nor Amalina binti shafie dan nur izzati binti fadzil.Terdapat beberapa perkara yang perlu saya laksanakan selama lima hari saya di sekolah tersebut. perkara pertama adalah, saya perlu membuat pemerhatian dan mengumpul maklumat pengajaran dan pembelajaran guru pendidikan islam yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dan bukan koperatif. Kemudian saya perlu membuat perbandingan antara kedua-dua pengajaran tersebut beserta penggunaan sumber yang digunakan. Dan akhir sekali, saya perlu mengenalpasti masalah-masalah pembelajaran tilawah al-quran dan penguasaan jawi di sekolah tersebut. Sepanjang proses menyiapkan tugasan tersebut, saya telah mengahadapi pelbagai kesukaran. Antara kekangan yang tidak boleh dielakkan adalah kami terpaksa menggantikan kelas sepanjang seminggu kami berada di selkolah tersebut. ini menyukarkan lagi kami untuk mencari bahan-bahan dan maklumat yang berkaitan denagn tugasan yang telah diberikan. Walaubagaimanapun masalah tersebut kami tidak menjadikannya sebagai alasan tetapi kami perlu mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalh tersebut. Alhamdulillah, dengan masa senggang yang ada saya dan kawan-kawan saya tidak lagi membuang masa. Kami terus berjumpa dengan guru pendidikan islam di sekolah tersebut untuk megumpulkan maklumat berkenaan dengan tugasan kami. Kami telah masuk ke kelas beberapa orang guru pendidikan islam untuk melihat sendiri kaedah-kaedah yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Saya berasa gembira dan seronok kerana tugasan kami di sekolah tersebut berakhir denagn baik.Kemudian, untuk tugasan yang kedua iaitu tugasan projek kami dikehendaki untuk mengemukakan satu kaedah dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan pembelajaran tilawah al-quran dan pembelajaran jawi yang berkesan bagi memupuk dan mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu, kami juga perlu mengemukakan cadangan yang boleh dilaksanakan oleh guru pendidiakan islam bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran tilawah al-quran dan jawi. Dan akhir sekali, perlu menyediakan satu rancanagn pengajaran harian untuk pengajaran 60 minit dalam bidang pemulihan jawi.Tidak dinafikan pelbagai kesukaran telah saya hadapi semasa menyiapkan tugasan projek ini. Pada mulanya, Saya sering keliru mengenai kehendak soalan nombor satu dan nombor dua. Saya menghadapi masalah untuk membezakan kehendak soalan bagi kedua-duanya. Kedua-dua soalan tersebut kelihatan sama. Masalah ini telah saya atasi dengan meminta penerangan daripada ustazah sharifah. Alhamdulillah, selepas penerangan yang panjang lebar daripada ustazah, akhirnya saya dapat membezakan dan mengenalpasti kehendak soalan bagi kedua-dua soalan tersebut. Selepas sahaja saya faham mengenai kehendak soalan-solan tersebut, saya terus mencari sumber bahan rujukan di perpustakaan. Buku ilmiah menjadi sumber rujukan utama saya. saya telah merujuk dan meminjam beberapa jenis buku yang berkaitan dengan bidang pendidikan islam. Selain itu, saya juga merujuk internet sebagai sumber kedua dalam proses pencarian maklumat. Terdapat pelbagai laman web yang telah saya layari sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Saya berasa sangat gembira kerana saya dapat memperoleh maklumat dengan mudah dan senang.Setelah membaca dan meniliti kesemua sumber rujukan, saya menagmbil peluang yang ada untuk berbincang dan berdiskusi mengenai tugasan tersebut besama kawan saya. saya telah bertungkus lumus menyiapkan penulisan ilmiah ini. Semasa proses menyiapkan tugasan ini pelbagai cabaran dan dugaan telah saya tempuhi. antara kekangan yang saya hadapi adalah dari segi kesihatan dan masa. saya terpaksa mengorbankan masa tidur saya untuk menyiapkan tugasan ini kerana terdapat banyak lagi tugasan-tugasan lain yang perlu saya siapkan sepanjang minggu ini. Tetapi pengorbanan tersebut tidak sia-sia kerana akhirnya kami telah dapat menyiapkan perbentangan tersebut tapat pada masanya.Kesimpulannya, sepanjang proses menyiapkan tugasan PIM3102 ini pelbagai ilmu baru telah saya perolehi terutamanya tentang kaedah-kaedah dan teknik yang dapat digunakan dalam pengajaran tilawah al-quran dan jawi. selain itu, saya juga mendapat ilmu baru iaitu saya belajar cara untuk menyediakan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap. berdasarkan ilmu yang telah saya perolehi daripada tugasan ini, dapatlah saya gunakan dan amalkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, saya berharap ilmu yang saya peroleh ini dapat saya gunakan dan sampaikan kepada anak-anak murid saya semasa saya bergelar seorang pendidik suatu hari nanti.

Pada hari pertama berada di sekolah tersebut iaitu pada hari ahad bersamaan dengan 19 ogos 2013, saya telah sampai di sekolah kebangsaan tasek apong pada pukul 7.20 pagi. Kemudian, saya telah mengikuti perhimpunan pagi bersama guru-guru dan murid-murid sekolah tesebut.selepas itu, saya telah pergi ke pajabat sekolah. Di sana saya bertemu dengan puan pauzeh binti ahmad iaitu ketua panitia pendidikan islam di sekolah tersebut.Ketika berjumpa puan pauzeh , saya telah mengumpulkan beberapa maklumat penting . Antara maklumat yang telah kumpul adalah tentang purata bilangan guru pendidikan islam di sekolah tersebut dan kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka dalam subjek pendidikan islam.Saya telah mengumpul maklumat tentang purata bilangan guru-guru pendididkan slam di sekolah tersebut. Tedapat empat orang guru pendididkan di sekolah tersebut. Kesemua guru pendidikan islam tersebut mengajar tahun yang berbeza-beza. Salah seorang guru pendidikan islam di sana adalah puan pauzeh sendiri. Beliau mengajar subjek pendidikan islam untuk pelajar tahun 1. Kemudian, terdapat tiga orang ustazah iaitu, ustazah Noorhayani, ustazah yusmaiza dan akhir sekali adalah ustazah fadzilah. Ustazah noorhayani mengajar pelajar tahun 4. Ustazah yusmaiza pula mengajar pelajar tahun 5. Dan akhir sekali, ustazah fadzilah mengajar pelajar tahun 3.Kemudian , saya telah membuat pemerhatian dan mengumpul maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran guru pendidikan islam sekolah tersebut yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dan bukan pembelajaran koperatif. Saya telah membuat pemerhatian tentang pembelajaran koperatif melalui sesi pdp salah seorang guru pendidikan islam di sekolah tesebut iaitu ustazah noohayani. Subjek yang diajar oleh beliau adalah tilawah al-quran bagi murid tahun satu. Kemudian saya telah membuat pemerhatian tentang pembelajaran bukan koperatif melalui sesi pdp ustazah yusmiza yang mengajar ibadah bagi murid tahun tiga. Segala maklumat yang telah saya kumpul telah saya lampirkan bersama-sama tugasan ini.

Untuk tugasan kedua , Saya telah membuat perbandingan antara kedua-dua pengajaran tersebut beserta penggunaan sumber yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pertama sekali, untuk membuat perbandingan antara pengajaran koperatif dan bukan koperatif saya perlu memahami dengan lebih lanjut dahulu apa itu pembelajaran koperatif. Dari apa yang saya faham, Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan.Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.

Semasa di sekolah, saya telah membuat pemerhatian terhadap dua orang guru pendidikan islam untuk mengenalpasti kaedah pengajaran mereka samada mereka menggunakan kaedah pembelajaran koperatif ataupun kaedah pembelajaran bukan koperatif. Saya telah membuat pemerhatian terhadap kaedah pengajaran yang digunakan oleh ustazah noorhayani yang mengajar tilawah al-quran tahun 4 dan ustazah yusmaiza yang mengajar ibadah untuk murid tahun 5. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap kedua-dua pengajaran tersebut , saya telah mendapati ustazah noorhayani menggunakan kaedah pembelajaran koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran beliau. Dari segi penggunaan sumber semasa proses pengajaran dan pembelajarannya saya mendapati beliau menggunakan pelbagai jenis sumber. Antara sumber yang digunakan oleh adalah buku teks pendidikan islam tahun empat, buku panduan guru, sukatan pelajaran tahun empat dan huraian sukatan pelajaran. Manakala sebaliknya pula ustazah yusmaiza, beliau hanya tumpu kepada satu sumber sahaja iaitu buku teks tahun lima.Selain itu, Kaedah pembelajaran koperatif semasa kelas ustazah noorhayani ini dapat dilihat daripada susun atur bilik darjahnya. Kedudukan kerusi dan meja disusun secara berkumpulan iaitu kumpulan-kumpulan kecil. Ini jelas menunjukkan bahawa beliau menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Tetapi sebaliknya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kelas ustazah yusmaiza. Beliau menggunakan kaedah pembelajaran bukan koperatif. Melalui susun atur bilik darjahnya. Kedudukan kerusi dan meja disusun secara tradisional iaitu disusun baris demi baris.Kemudian, dari segi penggunaan sumber bahan, ustazah noorhayani memulakan kelas dengan meminta semua pelajar untuk membacakan doa. Kemudian, beliau meminta murid untuk menulis tarikh dan hari di papan hitam. Ustazah hasni memperkenalkan tajuk dengan memperdengarkan ayat-ayat suci al-quran sebagai set induksi. Beliau menggunakan kemudahan computer riba , LCD dan layar putih sebagai bahan bantu semasa memperkenalkan tajuk. Bagi kelas ustazah yusmaiza, beliau tidak menggunakan sebarang sumber semasa proses pengajaran dan pembelajarannya.Semasa membuat pemerhatian,saya mendapati ustazah noorhayani menggunakan kaedah perbincangan sepanjang proses pengajaran dan pembelajarannya. Beliau membahagikan murid-murid kepada enam kumpulan kecil. Setiap kumpulan. Setiap kumpulan terdapat lima orang murid. Ustazah noorhayani menggunakan pendekatan yang berpusatkan murid dimana murid lebih bersifat aktif dan berlaku komunikasi dua hala iaitu komunikasi antara guru dan murid dan antara murid dan murid. Dengan menggunakan kaedah Pembelajaran koperatif ini akan menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Tetapi bagi pengajaran ustazah yusmaiza, beliau menggunakan kaedah bercerita dan pendekatan yang digunakan lebih berpusatkan kepada guru di mana murid lebih bersifat pasif.Disamping itu, Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, ustazah noorhayani menggunakan bahan bantu mengajar untuk memudahkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Bahan bantu mengajar yang digunkan oleh beliau adalah kad pantulan. Bahan bantu mengajar ini adalah antara sumber yang sangat jelas kerana terdapat tulisan jawi beserta dengan barisnya. Ini akan memudahkan murid-murid untuk menyebut perkataan tersebut. berbeza pula dengan ustazah yusmaiza , beliau tidak menggunakan sebarang bahan bantu mengajar hanya menggunakan buku teks sepenuhnya sebagai sumber pengajaran. Sepanjang pemerhatian saya, semasa kelas ustazah noorhayani, semua pelajar dapat memberi perhatian dengan baik kerana ustazah noohayani tidak tertumpu pada satu sumber sahaja. Ini menjadikan murid lebih seronok dan bebas berfikir.tetapi ustazah yusmaiza yang lebih tumpu pada satu sumber sahaja iaitu buku teks menjadikan murid-muridnya kurang menumpukan perhatian. Ustazah noorhayani meminta murid berbincang di dalam kumpulan dan meminta seorang demi seorang di dalam setiap kumpulan untuk menyebut perkataan tersebut. walaupun terdapat pelajar yang masih tidak dapat menyebut perkataan tersebut. Tetapi dengan bimbingan rakan sekumpulan dan ditambah pula dengan bimbingan ustazah noorhayani akhirnya semua murid dapat menyebut dengan baik. Dan pada akhir kelas, ustazah noorhayani memberikan lembaran kerja kepada setiap murid sebagai pengukuhan. Lembaran kerja ini juga antara sumber yang digunakan oleh ustazah noorhayani semasa proses pengajaran dan pembelajarannya. Melalui lembaran kerja ini , semua murid diminta berbincang di dalam kumpulan masing-masing. Melaui kaedah ini, murid-murid akan lebih ingat tentang hasil pembelajaran yang telah diajarkan.. manakala, ustazah yusmaiza mengakhiri kelas tanpa memberi sebarang bahan sebagai pengukuhan. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap kedua-dua pengajaran tersebut, saya telah dapat membuat perbandingan antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran bukan koperatif. saya mendapati terdapat perbezaan dari segi penggunaan sumber yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dan pada pandanagn saya, ustazah noorhayani Berjaya menggunakan kaedah pembelajaran koperatif terhadap murid-muridnya.Pembelajaran bukan koperatifPembelajaran koperatifperkarabilangan

Buku teksBuku teksBuku panduan guruSukatan pelajaranHuraian sukatan pelajaranSumber rujukan

Meja dan kerusi disusun secara tradisional (baris demi baris)Meja dan kerusi disusun secara berkumpulan (kumpulan kecil)Susun atur bilik darjah

tiadaKomputer ribaLCDLayar putihKad pantulanBahan bantu mengajar

berceritaperbincangankaedah

Berpusatkan guruBerpusatkan muridpendekatan

tiadaLembaran kerjaAktiviti pengukuhan

Untuk tugasan ketiga pula , Saya perlu mengenalpasti masalah-masalah pembelajaran tilawah al-quran dan penguasaan jawi dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dan membuat perbandingan antara kedua-duanya. Semasa di sekolah tersebut, saya telah masuk ke kelas dua orang guru pendidikan islam untuk melihat kaedah pengajaran mereka dan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang timbul dalam pembelajaran tilawah al-quran dan penguasaan jawi di kalangan murid di sana. Saya telah membuat pemerhatian terhadap kedua-duanya dan mendapati terdapat banyak masalah-masalah yang dapat diperoleh daripada pembelajaran tilawah al-quran dan penguasaan jawi.

Pertama sekali, dari segi pembelajaran tilawah al-quran , Belajar dan menghayatinya sudah menjadi kewajipan kepada setiap orang islam dan perlu diperkenalkan di peringkat awal kanak-kanak (Abdullah,1990), sebagaimana ia diturunkan di peringkat awal Islam di zaman Rasulullah saw. Ayat pertama diturunkan kepada Rasulullah yang mengiringi perlantikan baginda sebagai nabi dan rasul kepada umat Islam, adalah sebagai tanda perlunya al-Quran kepada diri orang Islam dan diperkenalkan kepada kanak-kanak baru yang lahir dalam keluarga Islam.Sejarah mencatatkan bahawa pendidikan Islam di Negara ini bermula dari rumah guru (imam), kemudian berkembang ke pondok-pondok, seterusnya ke madrasah-madrasah dan akhirnya ke sekolah-sekolah seperti hari ini. Pendidikan Islam diajar secara rasmi di sekolah pada peringkat awal ketika berumur 6 tahun melalui kelas-kelas al-Quran (Zawawi, 1984).Satu kajian yang telah dijalankan oleh KPM, mendapati ramai pelajar-pelajar Islam sekolah rendah tidak tahu membaca al-Quran apabila mereka berada di sekolah menengah (PPK,KPM 1996). Malah tidak ada usaha untuk mempelajari al-Quran apabila dewasa.Hampir 10 tahun dari 1982-1992 pengajaran membaca al-Quran KBSR telah dilaksanakan tetapi masih terdapat sebahagian besar pelajar yang tidak boleh membaca al-Quran (Mohd Mukri Abdullah,1994). Berdasarkan pemerhatian saya di sekolah ,saya membahagikan masalah pembelajaran tilawah al-quran kepada empat aspek iaitu masalah dari aspek bacaan , masalah dari aspek penulisan, masalah dari aspek penghayatan dan yang terakhir adalah masalah dari aspek hafazan.pertama sekali masalah masalah pembelajaran tilawah al-quran dari aspek bacaan. antara masalah yang dapat dikenalpasti adalah dari segi bacaan adalah murid-murid tidak dapat menyebut huruf-huruf al-Quran dengan betul dan jelas mengikut makhraj dan sifat-sifatnya. Didapati masih ramai murid yang tidak boleh membaca al-Quran dengan suara dan lagu yang baik dan belum boleh membaca al-Quran dengan lancar dan betul mengikut hukum tajwid. Faktor yang mempengaruhi keadaan ini pula berpunca dari kurangnya penekanan terhadap Ilmu Tajwid semasa belajar membaca Al-Quran. Apabila pembelajaran dan pengajaran yang tidak sistematik berlangsung maka banyak menjadi penyebab kepada kelemahan penguasaan bacaan Al-Quran. Keadaan ini menjadi bertambah parah apabila dalam pendidikan Islam di sekolah, Ilmu Tajwid hanya disampaikan melalui penggabungjalinan kemahiran Tilawah Al-Quran sahaja. Peruntukan masa khas untuk Ilmu Tajwid tidak disediakan. Ia lebih banyak bergantung kepada budi bicara guru PendidikanIslam sendiri.

Kedua, masalah dari aspek penulisan. Terdapat juga murid yang masih tidak Mengenal huruf-huruf al-Quran . akibat daripada tidak mengenal huruf-huruf al-quran, masalah ini menyebabkan mereka masih tidak boleh menulis huruf-huruf al-Quran dengan betul dan jelas. Tugas guru tidak terhad hanya mengajarkan bagaimana cara membaca ayat al-Quran kepada murid. Guru juga mengajarkan kepada murid cara menulis huruf dan ayat-ayat al-Quran sesuai kaedah penulisan ayat yang baik.Sebagai contoh guru perlu membimbing pelajar melalui ayat-ayat dalam sukatan dengan cara menulis huruf-huruf pada papan tulis dan membunyikan atau membacakan huruf-huruf daripada ayat-ayat yang diajarkan. Seterusnya pelajar diminta supaya menyebut huruf-huruf dengan tepat sambil menunjukkan ayat yang dibaca dengan kayu penunjuk. Proses ini mestilah dilakukan berulang-ulang sehingga pelajar telah benar-benar faham dan mengetahui fungsi baris dan sebutan setiap huruf tersebut.Selain itu, masalah-masalah lain yang dapat saya kenalpasti dalam pembelajaran tilawah al-quran ini adalah kebanyakan murid yang membaca al-quran masih tidak Mengetahui maknanya dan tidak Memahami maksudnya dengan baik. Murid-murid tersebut juga tidak Mengambil pengajaran dan iktibar daripada peristiwa dalam kisah-kisah al-Quran dengan tidak Mengamalkan suruhan dan menjauhi larangan al-Quran. Mereka juga kurang Menghayati ajaran dan akhlak al-Quran dalam setiap tindakan. Fenomena ini telah memberi kesan yang tidak sihat dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah.Sehubungan dengan masalah pembelajaran Al-Quran antara punca utamanya ialah sesi pengajaran lebih berpusat kepada guru bukan murid. Semasa pengajaran guru lebih banyak menggunakan pendekatan syarahan dan kurang memberi peluang kepada pelajar mengeluarkan pendapat dan bersoal jawab. Selain itu Para pelajar kurang diberi peluang untuk belajar berfikir. Secara tidak langsung hal ini menjadi punca pelajar tidak sedar apa yang dipelajari dan tidak mengetahui tujuan pembelajaran tersebut.

Tambahan lagi, antara masalah yang timbul dalam pembelajaran tilawah al-quran adalah kebanyakan murid tidak dapat menghafaz ayat-ayat al-Quran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu kepada ingatan mestilah diberikan perhatian bersama. Hal ini mungkin disebabkan oleh peruntukan masa yang singkat bagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Justeru sukar bagi guru mencapai objektif pengajaran yang telah ditentukan dalam rancangan pengajaran harian mereka.. Masa yangsingkat akan menyebabkan para pelajar tidak dapat menghafaz ayat-ayat al-quran tersebut. Pihak sekolah sepatutnya lebih prihatin dengan memberikan lebih masa terhadap subjek ini yang menjadi teras kepada Pendidikan Islam. Malah ia juga perlu melibatkan kesungguhan para ibu bapa di rumah kerana terdapat kajian yang menyebut para pelajar memperolehi kemahiran membaca Al-Quran daripada ibu bapa mereka di rumah dan bukan daripada guru di sekolah sahaja. Jika tidak mampu hafaz keseluruhan al-Quran, mestilah ada usaha untuk menghafaz sebahagiannya atau sekadar perlu untuk dibaca dalam solat dan wirid-wirid tertentu.

Manakala, dari segi penguasaan jawi, Mohd Yusof (2002) menegaskan perlunya pengajaran jawi di masukkan ke dalam pendidikan Islam kerana ia berkait rapat dengan pengajaran al-Quran khasnya dalam kemahiran mambaca dan menulis. Rasional pertamanya, pengajaran jawi boleh menggunakan pendekatan sepadu dengan al-Quran kerana huruf jawi hampir sama dengan huruf al-Quran. Kajian olehMokhtar (1990)mendapati pencapaian murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran membaca dan menulis jawi KBSR adalah di tahap paling rendah. Berdasarkan pemerhatian saya di sekolah ,saya membahagikan masalah penguasaan jawi kepada tiga aspek iaitu masalah dari aspek bacaan , masalah dari aspek penulisan dan yang terakhir adalah masalah dari aspek kaedah jawi.Pertama, masalah yang dihadapi oleh pelajar dari aspek bacaan adalah kebanyakan mereka masih tidak lagi mengenal huruf-huruf jawi tunggal dan sering keliru dalam menyebut huruf yang hampir sama sebutannya seperti Huruf Qaf dan Kaf.Menerusi masalah ini ramai pelajar tidak boleh untuk menterjemahkan perkataan yang mempunyai huruf k kepada sama ada huruf kaf ( ) atau huruf Qaf (). Ini menyebabkan mereka mengalami masalah dari segi bacaan jawi.selain itu, para pelajar juga keliru dari segi penggunaan huruf ha () dan ha ( ).Ramai pelajar merasakan sukar bagi menyebut huruf yang hamper sama bunyinya ini. Hal ini menyebabkan kebanyakan pelajar mengalami masalah dari segi bacaan jawinya.

Selain itu, Masalah penulisan jawi yang telah dapat saya kenalpasti Kesukaran untuk mengenal pasti dan menulis perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Ramai pelajar menghadapi kesukaran mereka untuk mengenal pasti perkataan-perkataan serapan bahasa Arab. Kerana mengikut kaedah Jawiperkataan serapan bahasa Arab dalam istilah-istilah yang berkaitan dengan agama hendaklah ditulis mengikut kaedah asalnya dalam bahasa Arab bagi mengelak berlakunya perubahan makna asalnya. Disamping itu, para pelajar juga menghadapi masalah dari segi Penggunaan vokal Alif dalam Jawi bagi mengantikan vokal a dalam Rumi, sama ada dalam suku kata terbuka atau tertutup.ramai diantara mereka telah menyatakan kesukaran untuk menentukan bila mereka perlu terjemahkan vokal a kepada alif dalam Jawi atau sebalik. Ini sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bahagian pengecualian terdapat banyak pengecualian dalam hal ini. Contohnya dua perkataan yang mempunyai suku kata yang sama yang berpolakan (a+a) seperti perkataan saya dan dada ditulis dan yang mana vokal a kedua pada perkataan saya tidak diterjemahkan dengan Alif dan sebaliknya berlaku pada perkataan dada. Penulis sendiri dapati semasa pengajaran Jawi, inilah antara kaedah yang banyak mengelirukan para pelajar.Kaedah Penulisan Hamzah juga antara masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penulisan jawi.Mereka menghadapi masalah untuk menulis perkataan-perkataan yang mempunyai Hamzah padanya. Ini disebabkan Hamzah hendaklah ditulis dalam empat bentuk dan keadaan, seperti berikut: ( ). Contohnya perkataan ke arah ditulis Hamzah di atas Alif ( ), sedangkan perkataan malaikat, Hamzahnya ditulis di atas huruf ya ( ). Kesukaran ini bertambah apabila perkataan tersebut adalah dari serapan bahasa Arab kerana keseluruhan perkataan serapan bahasa Arab tunduk kepada sistem penulisan bahasa Arab..

Saya juga dapat mengenalpasti bahawa Masalah penulisan suku kata tertutup KVK (Konsonan+vokal+konsonan) juga antara masalah telah dihadapi oleh pelajar kini. Mereka merasakan kaedah penulisan suku kata tertutup KVK ini banyak memberi kekeliruan kepada mereka. Sebagaimana telah diterangkan sebelum ini kekeliruan berlaku pada penulisan suku kata KVK yang vokalnya adalah a. Kadang-kadang vokal a tersebut diterjemahkan ke Alif, dan dalam banyak hal ia tidak diterjemahkan.Dan yang terakhir sekali, Kaedah penulisan imbuhan juga adalah antara masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar dalam penulisan mereka. Mereka merasakan kemasukan imbuhan ke dalam perkataan asal mengelirukan. Hakikatnya apabila pelajar sudah memahami dan mampu menulis perkataan asal dengan baik, maka penulisan imbuhan-imbuhan yang dimasukkan kepada perkataan asal itu sepatutnya tidak banyak masalah, kerana semua imbuhan telah diselaraskan tulisannya dalam Jawi. Untuk aspek yang ketiga adalah dari segi penggunaan kaedah yang tidak tetap. Masalah yang pelajar hadapi dari aspek kaedah jawi ini adalah mereka Susah mengingati kaedah-kaedah yang saling berkait.Kebanyakan mereka meluahkan rasa sukar mengingati kaedah-kaedah yang saling berkait antara satu sama lain. saya melihat masalah ini mungkin ada kaitan dengan apa yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu berkenaan dengan tulisan Jawi baru yang sememangnya mempunyai banyak kaedah penulisan, dan di samping terdapat pula pengecualian-pengecualian daripada kaedah tersebut.

Penguasaan jawiPembelajaran tilawah al-quranaspekbilangan

Masalah yang dihadapi adalah murid sukar membaca tulisan jawi kerana tidak mengenal huruf tunggal jawi kerana Kekeliruan dalam menyebut huruf yang hampir sama.

Murid menghadapi masalah tidak boleh menyebut huruf-huruf al-Quran dengan betul dan jelas mengikut makhraj dan sifat-sifatnya. bacaan

Tidak ada hukum tajwidMurid mengalami masalah tidak dapat membaca dengan lancar kerana kurangnya penekanan dari segi hukum tajwid.

Hukum tajwid

Kebanyakan murid menghadapi masalah untuk mengenal pasti dan menulis perkataan yang berasal dari bahasa Arab, Masalah penulisan suku kata tertutup,kaedah penulisan hamzah dan penulisan imbuhan.

Terdapat murid yang masih tidak Mengenal huruf-huruf al-Quran . masalah ini menyebabkan mereka masih tidak boleh menulis huruf-huruf al-Quran dengan betul dan jelas.

penulisan

Tidak perlukan penghayatan.Murid tidak Mengambil pengajaran dan iktibar daripada peristiwa dalam kisah-kisah al-Quran. Mereka juga kurang Menghayati ajaran dan akhlak al-Quran dalam setiap tindakan.penghayatan

Penguasaan jawi tidak memerlukan kepada hafalanPembelajaran tilawah al-quran memerlukan kepada hafalanhafalan

Murid menghadapi masalah dari segi penguasaan kaedah-kaedah yang mengelirukan dalam jawi.Tidak terdapat kaedah yang mengelirukan dalam pembelajaran tilawah al-quran.kaedah

Tugasan projekMengemukakan satu kaedah dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan pembelajaran tilawah al-quran dan pembelajaran jawi yang berkesan bagi memupuk dan mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi.Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.Merujuk kepada amalan pengajaran Tilawah al-Quran yang berkesan, maka guru Pendidikan Islam juga perlu jelas dari segi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar Tilawah al-Quran. Menurut Abdul Raof (1993) gabungan pelbagai aktiviti pengajaran yang melibatkan strategi,pendekatan, kaedah dan teknik akan membawa kepada pengajaran yang berkesan dan mampu mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Berkaitan kaedah pengajaran, menurut Mohd Yusuf (2000), Ahmad (1997),dan Hasan (1981) berpendapat kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pelajaran dengan langkah dan penyampaian yang tersusun. Antara kaedah yang digunakan semasa pengajaran Tilawah al-Quran ialah talaqi dan musyafahah (Mohd Yusuf Ahmad 2000). Tegasnya, apa saja cara yang guru Pendidikan Islam lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran Tilawah al-Quran, makaia adalah kaedah.

Manakala teknik menurut Ahmad (1997) ialah kemahiran dan perlakuan guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah. Contohnya teknik dalam pengajaran guru ialah teknik tunjuk cara, teknik menghafal dan latih tubi, teknik bersoal jawab dan teknik bersyarah. Dengan pelbagai teknik pengajaran ini, guru dapat menggunakannya dalam pengajaran Tilawah al-Quran. Oleh itu, guru Pendidikan Islam hendaklah mengambil kira teknik pengajaran yang sesuai agar wujudnya pengajaran berkesan dan dapat memupuk dan mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi..

Pada pendapat saya, bagi menghasilkan pembelajaran tilawah al-quran yang berkesan dan dapat memupuk dan mengembangkan kemahiran berfkir, salah satu kaedah yang guru dapat gunakan adalah kaedah talaqi musyafahah dan teknik hafalan dan latih tubi. Bagi saya, gabungan Kaedah talaqi musyafahah dalam pengajaran Tilawah al-Quran ini akan lebih berkesan apabila dikaitkan dan disulam dengan teknik hafalan dan latih tubi. Kerana kaedah ini dilihat amat sesuai dalam mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Saya mengemukakan kaedah talaqi musyafahah sebagai kaedah yang terbaik dalam mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi kerana kaedah ini adalah Kaedah yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai Talaqqi Musyafahah. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.Sebagaimana firman Allah s.w.t:

{17} {18(

Maksudnya:

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.(Surah al-Qiyamah: 17 18).

Talaqqi pada istilah ialah pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka atau berhadapan. Semasa menyampaikan pengajaran asuhan tilawah al-Quran bahagaian bacaan dan hafazan, guru berhadapan dengan pelajar sama ada seorang dengan seorang atau guru berhadapan dengan pelajar mengikut kumpulan atau secara kelas.Kaedah ini amat berkesan kerana guru dapat mengesan pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi dalam bacaan atau hafazan juga dapat mengesan pelajar-pelajar yang lemah dan tidak dapat menguasai bacaan al-Quran. Melalui kaedah talaqqi ini, guru dapat memperbaiki setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar seterusnya dapat membantu pelajar yang tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dengan mengadakan kelas pemulihan.

Musyafahah pada bahasa : gerakan bibir atau sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir. Musyafahah dari segi istilah bermakskud guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat al-Quran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir, pergerakan bibir guru yang diperhatikan oleh pelajar semasa mengajar bacaan al Quran. Aktiviti ini bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul di hadapan pelajar supaya pelajar dapat mencontohi sebutan guru berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru. Guru boleh mengulang-ulang sebutan kalimah atau ayat al-Quran dengan meminta pelajar memerhatikan dengan guru membetulkan sebutan tersebut.Pelajar menerima pengajaran dengan mendengar sebutan guru dan melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya. Kaedah ini bermaksud pelajar mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau ayat al Quran. Seterusnya, pelajar membaca seperti guru membaca di samping guru membetulkan sebutan dan bacaan pelajar.

Cara melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah adalah dilaksanakan dengan cara guru berhadapan dengan pelajar atau bersemuka. Guru akan memperdengarkan bacaan ayat al Quran sebagai bacaan contoh dan meminta pelajar mendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan teliti. Setelah bacaan itu diulang oleh guru beberapa kali, guru meminta pelajar membacanya dan guru mendengar dengan teliti dan membetulkan kesalahan bacaan pelajar sama ada dari segi makhraj dan hukum tajwid. Kaedah ini berjalan berterusan sehingga tamat surah al Quran mengikut rancangan mengajar guru pada hari itu. Cara bersemuka sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Teknik yang amat sesuai digunakan oleh guru semasa menjalankan kedah ini adalah teknik menghafal dan latih tubi. Teknik menghafal biasanya memerlukan empat langkah, memikirkan bahan yang dipelajari, mengulang bahan yang dipelajari, mengucapkan bahan di hadapan guru dan mengingat bahan yang telah dipelajari. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah mencari taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya.

Pengajaran Jawi mempunyai kaedah pengajaran yang khusus dan tersendiri. Namun ramai yang beranggapan kaedah mengajar jawi sama seperti kaedah pengajaran mata pelajaran lain dalam Pendidikan Islam. Tanggapan sebegitu kurang tepat. Kaedah pengajaran jawi yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan telah diberi pendedahan secara khusus kepada bakal-bakal guru Pendidikan Islam dan j-QAF (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006). Kaedah-kaedah tersebut ialah kaedah projek, kaedah pandang sebut, kaedah huruf (abjad), kaedah bunyi (fonetik), kaedah mengeja/ membatang, kaedah imlak, kaedah latih tubi, kaedah permainan dan kaedah nyanyian.

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu formula yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri.

Bagi pendapat saya, untuk menghasilkan pembelajaran jawi yang bekesan bagi memupuk dan mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Jawi. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar . Tidak dinafikan, pengajaran pemulihan jawi akan menjadi lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dengan inovasi pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan. Inovasi ini memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar mempelajari jawi dengan lebih intensif dan menarik.

Permainan adalah suatu aktiviti yang boleh merangsang minat murid untuk belajar dan saya lihat kaedah bermain ini mampu mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi.. Permainan berbentuk pertandingan atau perlawanan bersama dengan peraturan tertentu akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang seronok. Antara contoh permaianan jawi yang dapat saya kemukakan di sini adalah Permainan Roda Impian Jawi dan pandai joran.

Permainan ini roda impian jawi adalah sama seperti rancangan realiti Roda Impian . Murid dimintamemilih satu suku kata atau huruf Jawi dan memusing roda. Penanda yang terdapat pada roda akan berhenti di salah satu suku kata atau huruf. Pelajar yang memusing roda diminta menyambung dan mengeja suku kata tersebut menjadi perkataan yang mudah difahami.manakala, permaianan Pandai Joran pula adalah Kad-kad huruf tunggal jawi akan ditampal di atas polisterin secara berselerak. Pelajarakan memilih dan menyebut suku kata atau huruf berulang kali. Pelajar yang tidak dapatmenguasa kemahiran akan diajar menyebut huruf atau mengeja suku kata terbuka.

Manakala teknik yang sesuai digunakan oleh guru semasa menggunakan kaedah permainan ini adalah teknik tujuk cara. Teknik tunjuk cara disebut juga sebagai demonstrasi. Teknik ini melibatkan satu cara pengajaran yang memusatkan perhatian murid kepada langkah atau peraturan bagi menghasilkan sesuatu. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan melalui teknik ini. Dalam aktiviti permaianan, misalnya guru boleh menggunakan teknik ini untuk memudahkan lagi perjalanan aktiviti tersebut. murid juga akan lebih mudah untuk faham. Bagi pendapat saya, teknik ini sangat berkesan kepada murid bagi mengembangkan kemahiran berfikir aras tingginya.

Mengemukakan cadangan yang boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan islam bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tilawah al-quran dan pengajaran jawi di sekolah.

Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran iaitu membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat al-Quran.. Bagi memastikan hasil pembelajaran mengikut aras tercapai, guru perlu bijak dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar. Penggunaan kaedah yang pelbagai juga dapat menimbulkan minat pelajar untuk membaca, menghafaz dan memahami al-Quran.Bagi pendapat saya cadangan yang boleh dilaksanakan oleh guru pendididkan islam bagi emningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tilawah al-quran adalah dengan menggunakan kaedah ulangan (tikrar).

Kaedah ulangan adalah satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau kecekapan yang dipelajari. Tujuan kaedah ini digunakan adalah supaya pelajar mencapai taraf penguasaan bacaan dan hafazan di samping menjamin kekekalannya dalam ingatan pelajar. Pelajar dapat menyebut dengan fasih dan seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yang demikian kaedah latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malah kaedah ini sememangnya telah diperaktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Saidatina Aisyah telah meriwayatkan hadis yang bermaksud :

Rasulullah s.a.w. suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.

Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai kemahiran bacaan dan mengingat serta menghafaz ayat al Quran yang telah dipelajari. Pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan sekiranya kaedah ini dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Kesesuaian kaedah latih tubi ini dilaksanakan dengan ulangan sebanyak tiga kali. Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan sebuah hadis lagi yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu-satu ayat dan kadangkala satu masalah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk memahaminya.

Kaedah ulangan sangat sesuai digunakan oleh guru kerana melalui kaedah ini guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap pelajar. Kaedah ini juga sangat berkesan untuk pengajaran tilawah al Quran bahagian hafazan dan boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan bagi pelajar yang tidak menguasai ayat bacaan dan hafazan. Kaedah latih tubi juga dapat membina keyakinan pelajar untuk menguasai bacaan al-Quran dan menghafaz ayat-ayat yang diajar guru.

Cara pelaksanaan kaedah ulangan ini adalah contonya dalam ayat hafazan, Guru meminta pelajar membaca ayat yang dipaparkan di LCD, pelajar membaca secara kumpulan mengikut tahap pelajar.Pelajar dalam kumpulan berlatih tubi menghafaz ayat secara berpasangan berperingkat-peringkat bermula dengan satu ayat, sehingga dapat menghafaz dengan betul dan fasih. Guru meminta pelajar dari kumpulan pandai membaca ayat dengan bertajwid dan meminta pelajar menyebut nama hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca. Guru meminta pelajar menghafaz ayat seorang demi seorang membaca di hadapan guru. Guru perlu memastikan pelajar menghafaz ayat dengan makhraj yang betul dan bertajwid.

Kebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Pelajar diwajibkan untuk cekap dan menguasai kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari dan membaca al-Quran dengan lancar. Kaedah pengajaran haruslah dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang mempunyai latar belakang keupayaan yang berbeza dalam penguasaan Jawi. Halini bertujuan untuk memudahkan pelajar-pelajar memahami pengajaran guru dan memudahkan mereka untuk belajar dengan baik. Setiap pelajar seharusnya telah memperoleh kemahiran pengajaran Jawi asas semasa berada di sekolah rendah lagi agar penguasaan terhadap pembelajaran jawi menjadi semakin mantap. Berhubung dengan perkara di atas ,saya mencadangkan agar guru-guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah projek bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jawi di sekolah.

Kaedah projek adalah untuk meningkatkan penglibatan para pelajar dengan ide-ide konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Objektif utama pengajaran melalui kaedah ini ialah pemerolehan pengetahuan yang baru oleh pelajar bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jawi di sekolah. (rashidi azizan dan abdul razak habib,1995). Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberikan peluang kepada para pelajar memilih tajuk-tajuk yang digemari mereka, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan.

Tugas pelajar adalah mematuhi dan mengikuti garis panduan yang telah disediakan serta meminta bantuan guru apabila diperlukan. Para pelajar memerlukan bantuan terutama dalam mencari dan menentukan pelbagai sumber yang relevan kepada projek. Dalam hal ini, guru boleh memberikan bantuan secara langsung, misalnya dengan menyediakan bahan-bahan, poster dan risalah yang diperlukan. Tahap kesukaran projek dan masa yang diperlukan bagi menyelesaikan projek perlulah diambil kira oleh guru. Projek-projek yang mudah dan ringkas bolehlah diselesaikan oleh peajar secara individu. Projek-projek yang lebih sukar dan memakan masa boleh dilaksanakan secara berpasukan atau oleh seluruh kelas.

Saya mencadangkan, guru melakukan projek yang berdasarkan kepada penguasaan jawi pelajar. Contoh tugasan projek yang dapat guru berikan adalah meminta para pelajar mencari dan mengenalpasti kesalahan-kesalah ejaan jawi yang terdapat di sekeliling mereka. Mereka dikehendaki untuk mengambil gambar sebagai bahan bukti. Kemudian para pelajar dikehendaki untuk menganalisis kesalahan-kesalahan yang terdapat pada setiap perkataan berikut. Berdasarkan kesalahan-kesalahan berikut mereka perlu memperbetulkan kembali ejaan berikut menjadi ejaan yang betul. Pada pendapat saya, Dengan pelaksanaan projek ini guru pendidikan islam dapat meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jawi disamping pengajaran yang hanya berorentasikan guru. Pelaksanaan kaedah projek ini memberikan peluang kepada pelajar untuk bergerak dengan lebih bebas dan meningkatkan lagi kemahiran berfikir mereka untuk memastikan pengajaran jawi menjadi lebih berkesan.