Penghayatan Hari Pembalasan Menjana Insan Kamil

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Penghayatan Hari Pembalasan Menjana Insan Kamil

    1/4

    PENGHAYATAN HARI PEMBALASAN MENJANA INSAN KAMIL

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Bismilahirrahmannirahim

    Amin,amin ya rabbal alamin.

    Kalungan apreasasi buat tuan/puan pengacara majlis, barisan panel hakim

    yang bertunjangkan keadilan dan hadirin hadirat yang dirahmati Allah

    sekalian. Andai patah sayap rajawali,bertongkat jua saya

    kemari,bukan,bukan untuk mencari calon isteri tetapi Berdirinya saya di

    sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk

    Penghayatan Hari Pembalasan Menjana Insan Kamil.

    Hadirin dan hadirat sekalian,

    Terlebih dahulu,izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan saya.Menurut

    Kamus Dewan hari pembalasan bermaksud hari yang akan diadili semua

    amalan yang telah dilakukan oleh manusia semasa hidup di dunia.

    Manakala insan kamil pula bermaksud manusia yang sempurna dari semua

    sudut kehidupan dan agama.

    Bila kita sebut tentang insan kamil?Pasti yang terlintas hanyalah

    Rasululullah SAW .Kerana padanya segala kesempurnaan sebagai seorang

    manusia yang dikasihi Allah.Seperti firman allah dalam surah al ahzab ayat

    21

    Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh

    ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)

  • 8/2/2019 Penghayatan Hari Pembalasan Menjana Insan Kamil

    2/4

    Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan

    mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

    Tetapi konteks disiniapapbila seseorang itu benar2 menghayati konsep hari

    pembalasan, pasti akan menjadikan individu itu khusyuk dan sempurnadalam setiap apa yang dilakukan.Hal ini dapat diklasifikasikan kepada 4

    fikrah utama.

    Fikrah yang pertama : Beriman Kepada Perkara Ghaib meningkatkan

    Ketaqwaan

    Ketaqwaan kepada Allah adalah paksi utama dalam membentuk

    keperibadian seseorang.

    Firman Allah swt Surah al-Baqarah ayat 3

    Maksudnya : Dan orang yang beriman kepada perkara2 ghaib, dan

    mendirikan solat serta membelanjakan sebahadian rezeki yang kami

    berikan kepada mereka.

    Sebagaimana pada zaman kegemilangan kerajaan Abbasiyyah di bawah

    pemerintahan Khalifah harun Ar-Rasyid yang terkenal dengan sifat taqwa

    dan warak, di mana ketika itu rakyau hidup aman damai dan Baghdad

    menjadi tumpuan para cendiakawan dari seluruh dunia.

    Hari ini ulama tersohor Dr Yusof`Qardawi telah dinobatkan sebagai tokoh

    Maal hijrah adalah merupakan insan yang bertanggungjawab dalam karier

    sebagai pendakwah dan tokoh intelek kontemporari.

    Fikrah yang kedua : Istiqomah dalam solat membentuk jatidiri

    cemerlang.

    Seseorang yang tetap dalam solat mampu membentuk keperibadian yang

    sempurna.Ini kerana solat itu akan menjadi banteng agar tidak terjebak ke

    lembah kemungkaran

    Firman Allah SWT .

  • 8/2/2019 Penghayatan Hari Pembalasan Menjana Insan Kamil

    3/4

    Innas solata tanha anil fakhsya i wal mungkar

    Yang bermaksud : Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan

    keji dan mungkar.

    Sirah Rasulullah saw menceritakan bahawa bagingda sentiasa beristiqamah

    dalam melakukan ibadah qiamullail walaupun baginda telah dijanjikan

    syurga.

    Pada hari ini juga, duni amenyaksikan kekejaman Israel terhadap rakyat

    Palestin, namun mereka tetap istiqamah sujud bersolat di celah0celah

    bedilan peluru yang mengganas.

    Maka dengan ini terbukti benarlah insan kamil dapat dibentuk melalui solat

    yang berterusan.

    Warga dewan yang dikasihi sekalian..

    Fikrah yang ketiga : Amar makruf nahi mungkar tunjang insan

    berkualiti.

    Kewajipan dakwah bukan terletak di bahu daie dan ulama sahaja bahkanmenjadi kewajipan setiap individu.

    Surah Ali Imran ayat 110

    Maksudnya : Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang

    dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat

    segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-

  • 8/2/2019 Penghayatan Hari Pembalasan Menjana Insan Kamil

    4/4

    benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman

    (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi

    mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan

    mereka: orang-orang yang fasik.

    Rakaman sejarah membuktikan bahawa seruan dakwah yang dilakukan

    oleh para sahabat dan tabien sehingga tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

    Kini rancangan dakwah banyak ditayangkan di kaca tv seperti

    Halaqah,Tanyalah Ustaz, 30 minit bersama Ustaz Don menyeru masyarakat

    kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran .Tidak kurang hebatnyz

    Ustaz Azhar Idrus yang lebih popular dakwahnya atau hitsnya daripada

    Najwa Latif di you tube.

    Ternyata pelaksanaan amar makruf nahi mungkar mampu melahirkan

    insan kamil yang berkualiti.

    Fikrah yang keempat : bersyukur membentuk insan berkualiti.

    Kesyukuran yang dipanjatkan kepada Allah swt mampu mengikis sifat-sifat

    mazmumah seperti cinta kepada dunia dan takutkan mati.

    Sebagai contoh Saidina Uthman bin Affan seorang hartawan yangdermawan yang sanggup menginfakkan harta ke jalan Allah.

    Sebagaimana inisiatif yang telah dibuat oleh salah seorang jutawan Negara

    kita yang telah menubuhkan Yayasan Bukhari dengan menawarkan tuisyen

    secara percuma kepada pelajar miskin.

    Sidang hadirin sekalian,

    Akhirul kalam dapat saya simpulkan daripada 4 isi utama itu tadi jelas

    menunjukkan antara bentuk penghayatan hari pembalasan yang menjana

    insan kamil.Marilah sama-sama kita beriltizam untuk meneruskan amalan

    ini agar terbentuknya insan yang sejati.

    Wabillahi taufik wal hidayah

    Wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh...