15
BPPDP BIL. (04) 2018, EDISI JULAI-OGOS Pengiktirafan UEC perlu perlu melalui pendekatan holistik YB Dr Maszlee Malik Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) melibatkan sekolah persendirian Cina mesti dilakukan secara pendekatan holistik supaya ia tidak menjejaskan perpaduan kaum dan menggadaikan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sehubungan itu beliau bercadang untuk bertemu dengan semua pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, para pejuang bahasa di negara ini bagi membincangkan soal tersebut yang makin mendapat tentangan meluas. Menurut beliau, UEC merupakan sebahagian daripada janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan apa yang perlu dilakukan ialah perlu mengambil kira pandangan beberapa pihak terlebih dahulu sebelum pengiktirafan dibuat. Sumber: Utusan Malaysia, 8 Julai 2018 Maklumat dan Pertanyaan Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras SB - 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 Dasar Pendidikan dikaji semula - Maszlee YB Dr Maszlee Malik Kementerian Pendidikan memaklumkan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara semasa sesi persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata jawatankuasa itu berperanan untuk mengkaji semula falsafah dan dasar pendidikan negara termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti. "Ia juga meliputi kesedaran sivik dan juga pembentukan nilai-nilai murni serta pengukuhan sains dan teknologi," katanya ketka menjawab soalan Ahmad Faizal Azumu (PH-Tambun) mengenai hala tuju pendidikan kebangsaan ketika sesi soal jawab. Katanya jawatankuasa itu akan dianggotai pakar akademik, politik, agama serta wakil badan bukan kerajaan. Sumber: Bernama, 18 Julai 2018 Pentingkan kepada konsep pembentukan karakter untuk melahirkan pelajar yang berinovasi dan kreatif Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 1

Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

  • Upload
    doannhu

  • View
    236

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

BPPDP BIL. (04) 2018, EDISI JULAI-OGOS

Disember 2016

Pengiktirafan UEC perlu perlu melalui pendekatan holistik

YB Dr Maszlee Malik

Pengiktirafan Sijil Peperiksaan

Bersepadu (UEC) melibatkan sekolah persendirian Cina mesti dilakukan secara pendekatan holistik supaya ia tidak menjejaskan perpaduan kaum dan menggadaikan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sehubungan itu beliau bercadang untuk bertemu dengan semua pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, para pejuang bahasa di negara ini bagi membincangkan soal tersebut yang makin mendapat tentangan meluas.

Menurut beliau, UEC merupakan sebahagian daripada janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan apa yang perlu dilakukan ialah perlu mengambil kira pandangan beberapa pihak terlebih dahulu sebelum pengiktirafan dibuat.

Sumber: Utusan Malaysia, 8 Julai 2018

Maklumat dan Pertanyaan

Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia Aras SB - 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya

Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284

Dasar Pendidikan dikaji semula - Maszlee YB Dr Maszlee Malik

Kementerian Pendidikan memaklumkan akan menubuhkan

sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara semasa sesi persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata jawatankuasa itu berperanan untuk mengkaji semula falsafah dan dasar pendidikan negara termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti.

"Ia juga meliputi kesedaran sivik dan juga pembentukan nilai-nilai murni serta pengukuhan sains dan teknologi," katanya ketka menjawab soalan Ahmad Faizal Azumu (PH-Tambun) mengenai hala tuju pendidikan kebangsaan ketika sesi soal jawab.

Katanya jawatankuasa itu akan dianggotai pakar akademik, politik, agama serta wakil badan bukan kerajaan.

Sumber: Bernama, 18 Julai 2018

Pentingkan kepada konsep pembentukan karakter untuk melahirkan pelajar yang

berinovasi dan kreatif

Berita Utama Terdahulu

Dewan Rakyat kecoh dua jam kerana 'samseng'Sumber: Utusan

Malaysia, 28 Jun 2018

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 1

Page 2: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 2

MANDAT MANTAN KSN

Salam Sejahtera,

Komitmen dan keprihatinan terhadap

peningkatan keberhasilan Kerajaan harus

didukung oleh semua penjawat awam. Kualiti

penganjuran Majlis-majlis rasmi Kerajaan perlu

dipertingkatkan lagi. Kepatuhan kepada masa dan

prosedur juga adalah penting.

Saya juga ingin menyeru kepada semua untuk

menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana

ia bukan sahaja penting dalam perkhidmatan

awam tetapi dalam kehidupan seharian. YAB

Perdana Menteri sendiri telah menekankan

kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris di

kalangan penjawat awam, terutama pegawai

tinggi Kerajaan."

TAN SRI DR ALI HAMSA Ketua Setiausaha Negara

Sumber: Portal KPM

Kerjasama Pakar

Libatkan pakar dan kajian dalam sebarang isu sejarah –Maszlee

Sebarang isu membabitkan sejarah perlu

melibatkan pakar selain perbincangan mendalam dalam bidang berkenaan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pada waktu ini, tiada sebarang cadangan diberi selain paling penting membuat perbincangan dengan bahagian terbabit.

Jelasnya, apa sahaja pandangan hanya akan diberi selepas membuat pertemuan dengan pakar yang berkenaan.

"Isu yang lebih utama adalah tentang bagaimana ahli-ahli sejarah kita melihat kepada sejarah dulu kerana kita di peringkat Kementerian Pendidikan akan pergi kepada masyarakat secara terus tetapi yang memproses pengolahan terhadap sejarah itu sendiri merupakan pakar-pakar sejarah.

"Saya rasa mungkin tidak elok kalau saya melakukan sesuatu keputusan tanpa mendapat pandangan mereka terlebih dahulu," katanya semasa sidang media selepas melancarkan Laporan Tahunan 2017 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di sini, hari ini.

Maszlee menjawab isu forum bertajuk 'Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah?' yang dianjurkan Imagined Malaysia pada Ahad bagi membincangkan peranan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan sama ada pihak kerajaan perlu mengubahnya.

Dalam forum tersebut, beberapa panelis menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan puak berhaluan kiri dalam naskhah rujukan utama pelajar sekolah itu.

Kata Maszlee, pihaknya akan mendengar kata

pakar sejarah dalam isu perjuangan

kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak

haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata)

pakar-pakar sejarah kerana mereka ini yang

akan menjadi tonggak sebagai pelakaran

kepada pelajaran sejarah negara.

Sumber : Awani, 30 Julai 2018

Page 3: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 3

Maszlee janji jadikan TVET pilihan utama pelajar

YB Dr Maszlee Malek,

Menteri Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan akan berusaha ke arah

menjadikan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dr Maszlee Malik berjanji untuk mencapai matlamat tersebut dalam tempoh lima tahun, dan berharap ini berjaya melalui kerjasama dengan pemain industri dan pakar TVET.

Beliau berkata TVET adalah antara elemen yang perlu dan penting dalam membentuk asas melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi serta mengukuhkan potensi negara bagi pertumbuhan masa depan.

"TVET memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat terhadap pembangunan yang seimbang, mengurangkan kemiskinan serta ke arah kemakmuran ekonomi.

Sumber: Bernama, 24 Julai 2018

GURU KITA

Guru bantu pelajar luar bandar kuasai bahasa Inggeris

Namanya mungkin kurang dikenali, namun

Mohd Sirhajwan Sidek, seorang guru Kolej Vokasional Keningau, berjaya mengharumkan nama negara selepas memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa.

Pencapaian dan sumbangan guru bahasa Inggeris yang berasal dari Kota Belud itu khususnya dalam bidang pendidikan sangat besar dan hebat, malah berjaya meletakkan Malaysia berdiri megah di mata dunia.

Kebanyakan anugerah yang dimenangi Sirhajwan, 31, tertumpu kepada inistaif kreatifnya dalam pengajaran bahasa Inggeris dan menggalakkan pelajar luar bandar untuk menguasai bahasa itu dalam kehidupan seharian mereka.

Beliau berkata, kebanyakan pelajarnya adalah dari kawasan pedalaman yang berdepan isu pendedahan terhadap bahan pengajaran dan pengalaman yang sangat terhad.

Katanya, pelajar dari kawasan berkenaan menyedari kepentingan mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris.

“Inisiatif pertama saya dikenali sebagai HIVE (Highly Intellectual and Valiant Enthusiasts) bermula sebagai satu usaha melatih pelajar untuk pertandingan bahasa Inggeris, khususnya dalam bahas dan pengucapan awam.

“Tujuannya adalah untuk memanfaatkan alat pemikiran sebagai satu strategi untuk membolehkan pelajar membangunkan idea dan menyampaikannya melalui percakapan dengan cara yang meyakinkan.

“Saya memutuskan untuk menggunakan strategi itu, jadi ia menjadi sebahagian daripada amalan pengajaran bilik darjah saya,” katanya.

Inisiatif HIVE beliau memenangi pertandingan My Heart, 2016 Maxmillan Teacher di United Kingdom, sekali gus menggalakkannya untuk meneroka lebih lanjut dan menceburi bidang inovasi serta keusahawanan.

Sumber: Berita Harian, 25 Ogosi 2018

Page 4: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

MENANGGANI ISU SEMASA PENDIDIKAN

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 4

Kata Kunci Kejayaan

“Esensi menjadi manusia adalah ketika seseorang tidak mencari kesempurnaan”

(George Orwell)

Menanggani isu UEC melalui muafakat

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia

Sebagaimana pernah saya nyatakan sebelum ini,

saya perlu bertemu dengan semua pihak, bukan sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga dengan golongan pejuang bahasa kebangsaan dan juga mereka yang terlibat dengan urusan menjaga perpaduan.

"Bagi menjaga keharmonian, kita inginkan sekiranya UEC diiktiraf nanti, ia tidak akan menjejaskan perpaduan dan pada masa yang sama tidak menggadaikan bahasa kebangsaan," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang.

Pelbagai pihak termasuk Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) menggesa kerajaan negeri Melaka menarik kembali pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) yang diumumkan minggu lalu.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, mengumumkan pengiktirafan UEC sebagai syarat kelayakan membolehkan pemegangnya memasuki perkhidmatan awam negeri itu.

Sumber: Utusan Malaysia, 8 Julai 2018

Sejumlah 26 SJKC yang

dicadangkan sedang dikaji

YB Teo Nie Ching,

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan akan mengkaji

cadangan untuk membina 10 lagi sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), menjadikan jumlah kesemuanya 26 buah sekolah seumpama itu dalam kajian.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata selain cadangan membina 10 lagi SJKC dan memperuntukkan enam lagi di kawasan yang ramai penduduk, beliau mendapati ada 10 SJKC yang dicadangkan yang belum terlakskana.

"Bila saya mengambil alih jawatan, saya dapati ada 10 lagi SJKC yang dijanjikan oleh kerajaan lalu antara 2012 dan 2017 tetapi belum ada tindakan.

"Jadi kami akan memutuskan yang mana lebih mendesak akan dilaksanakan dulu," katanya pada ceramah Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil Balakong di Sg. Chua.

Beliau menyatakan kesemua SJKC yang dicadangkan itu sama ada membabitkan sekolah baharu atau pemindahan sekolah sedia ada di beberapa negeri.

Sumber : Bernama, 28 Ogos 2018

Page 5: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar Sehingga 31 Ogos 2018

3. STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI

BAGI BULAN JULAI - OGOS 2018

PERKARA JULAI OGOS

Bilangan Pengguna 126 93

Pendaftaran Baharu 90 13

Rujukan Tesis 137 114

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018

20172017 5

1. KOLEKSI ARTIKEL AKHBAR

BERITA HARIAN,

UTUSAN MALAYSIA, NEW STRAITS TIMES,

THE STAR

JUMLAH (Julai –

Ogos)

JUMLAH

KUMULATIF

SEHINGGA

31 Ogos

2018

JUMLAH 625 82,806

2. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN

BIL JUMLAH KOLEKSI

YANG DITERIMA

(Julai – Ogos)

BILANGAN

DIKATALOG

(Julai – Ogos)

124 132

Mulai 23 April 2018, Sektor Pusat Dokumentasi telah

menggunakan Sistem Pengurusan Perpustakaan

Bersepadu berasaskan web based dan mempunyai

Modul Digital Content untuk repositori bahan digital.

Pengguna perlu mengakses masuk ke dalam Sistem

EKCMS menggunakan url:

http://librarykpm.moe.gov.my

Username: No. KP

Default Password : 123456

ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR

BAGI BULAN JULAI – OGOS 2018

1. Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/

Sukatan Mata Pelajaran

- 2 isu

2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

- 5 isu

3. Pengurusan Pendidikan

- 2 isu

4. Keselamatan/ Disiplin Murid

- 1 isu

Untuk maklumat bahan rujukan

dan peminjaman koleksi, sila

layari laman sesawang berikut:

http://librarykpm.moe.gov.my

JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARY

KPM SEHINGGA 31 OGOS 2018:

45,002 orang

Senyum Selalu

SEDIA BANTU 03-8884 6425

Page 6: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 6

Sekolah tahfiz alu-alukan pengajaran

pendidikan seks

Pendidikan seks di sekolah tahfiz akan dapat mengurangkan

bilangan kes salah laku seks di sekolah tersebut, kata pegawai

atasan dari Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga

Negara (LPPKN).

Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia,

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Dr

Hamizah Mohd Hassan berkata bahawa beliau pernah

menyarankan kepada Kementerian Pendidikan pada awal tahun

ini untuk mengajar subjek tersebut di sekolah tahfiz tetapi

dimaklumkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan yang

mencukupi.

"Kita perlukan RM500,000 bagi tujuan mengajar pendidikan seks

di sekolah-sekolah tahfiz. Saya pasti sekiranya ada subjek

tersebut, kes salah laku seks di sekolah tahfiz akan berkurangan,"

kata Hamizah.

Beliau berkata demikian hari ini selepas mengambil bahagian

sebagai panelis di Forum Pendidikan Malaysia Baru anjuran NGO

Projek Dialog.

Hamizah merupakan salah seorang yang berperanan

mengungkap modul pengajaran-pembelajaran pendidikan seks

yang kini digunakan di sekolah-sekolah kerajaan.

Beliau berkata oleh kerana sekolah-sekolah tahfiz adalah swasta,

LPPKN terpaksa mendapatkan peruntukan berasingan bagi

sekolah-sekolah tersebut.

Tambahnya lagi, meskipun pihak sekolah-sekolah tahfiz

kebanyakannya mengalu-alukan pendidikan seks di sekolah

mereka, namun dia juga diberitahu terdapat kekurangan tenaga

guru bagi mengajar mata pelajaran tersebut.

Hamizah berkata dengan pertukaran kerajaan, beliau akan sekali

lagi menganjurkan pendidikan seks diajar di sekolah-sekolah tahfiz

di bawah Projek Dasar Baru Pendidikan yang akan dicadangkan

pada suku ketiga tahun ini.

Sumber : Bernama, 26 Julai 2018

Perkhidmatan Kaunter

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 pagi – 4.30 petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

2.45 petang – 4.30 petang

Ditutup pada Sabtu, Ahad dan

cuti umum

KEAHLIAN

Keahlian adalah percuma

Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)

Agensi Kerajaan

Penyelidik

Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:

Membawa kad matrik dan surat pengesahan

Melengkapkan borang pendaftaran

Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik

Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Rujukan

Perkhidmatan Sirkulasi

Bilik Mesyuarat

Peti Pemulangan Buku (24 Jam)

Khidmat Nasihat dan Kepakaran

Bilik Tayangan

Informatif, Tepat

& Mesra Pengguna

Page 7: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 7

Informasi

29 sekolah rebut juara tarian rakyat

Sebanyak 29 sekolah termasuk lima dari luar

negara akan berentap dalam pertandingan Tugu Budaya Etnik Sabah Kesembilan - Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa 2018 di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Pertandingan selama tiga hari itu menampilkan tarian rakyat masing-masing untuk dipersembahkan bagi merebut gelaran juara dalam festival ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Assafal P. Alian, berkata pertandingan itu membabitkan 24 sekolah rendah dan menengah dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung serta lima lagi dari luar negara. Lima negara yang turut berentap ialah Russia, Sri Lanka, Uzbekistan, Filipina dan Indonesia.

Terdahulu, Assafal berkata, persembahan mini turut diadakan oleh kumpulan peserta di beberapa lokasi termasuk di pusat beli belah Centre Point, Suria Sabah dan Imago bagi mempromosikan Tugu Budaya Etnik Sabah Kesembilan - Festival Tarian Rakyat Remaja Antarabangsa 2018.

Sumber : Berita Harian, 11 Julai 2018

ISU SEMASA PENDIDIKAN

Tujuh kes baharu jangkitan HFMD kepada pelajar di Pahang

‘Lab In A Box’ tarik pelajar minat sains

Lima daripada 14 pelajar dicekup Ops Ponteng positif dadah

Politeknik Malaysia menyerlah di pentas antarabangsa

Kerajaan belum putuskan batal atau kekal Baucer Buku 1Malaysia

Bukan promosi komunis tapi rakyat perlu tahu - Tun M Dalam forum tersebut, beberapa panelis Menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan puak berhaluan kiri dalam naskhah rujukan utama pelajar sekolah itu.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN ARAH BATAL LANGGANAN UTUSAN DI SEMUA AGENSI SEKOLAH, UNIVERSITI

Adam Shahz saran menteri pendidikan wajibkan kokurikulum untuk pelajar sekolah menengah

Pelajar cenderung bekerja selepas

dibuang sekolah Hampir 40 peratus daripada 1,300 murid

sekolah rendah dan menengah yang dibuang sekolah di Terengganu tidak membuat rayuan untuk kembali bersekolah dan lebih cenderung bekerja walaupun pada usia muda.

Kon gSumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian, 2018

Page 8: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

KERJASAMA PIHAK SWASTA

CGPV bantu lahir modal insan cemerlang

Pengarah Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat (tengah) beramah

mesra bersama di bengkel Bahasa Inggeris Fun English And Motivational

Camp, di SMK Tanjung Adang, Gelang Patah.

Menyedari pentingannya penguasaan Bahasa Inggeris dalam

kalangan murid dan pelajar sekolah, pengurusan Country

Garden Pacificview (CGPV) menjalankan pelbagai inisiatif bagi

memastikan mereka mendapat pendedahan awal berkaitan

bahasa itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat berkata, pada 29 hingga 30 Jun lalu, CGPV yang juga pemaju projek pembangunan Forest City mengadakan bengkel NST-NIE UPSR di enam sekolah angkatnya di sekitar Gelang Patah.

Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Morni Pok, SK Tanjong Adang, SK Tiram Duku, SK Tanjung Kupang, SK Ladang Pendas dan SK Pendas Laut.

Menurutnya, inisiatif itu bukan setakat memperkasakan program pendidikan, malah melahirkan modal insan cemerlang pada masa depan.

"Kami murid seronok dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan ia memupuk minat untuk menguasainya pada masa depan,"

Sumber : Berita Harian, 14 Julai 2018

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 8

INFO PERISTIWA

KONVENSION DATA

KEBANGSAAN 2018

14-16 OGOS 2018

KOLOKIUM STEM PERINGKAT

ZON TIMUR

14-16 OGOS 2018

Webinar APEC DIGITAL

WORKFORCE 16 OGOS 2018

Page 9: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

NOTA

Cuepacs rangka cadangan

sistem baharu 1.6 juta

penjawat awam

Cuepacs sedang merangka kertas cadangan

tentang sistem saraan baharu penjawat awam

untuk dikemukakan kepada kerajaan, kata

presidennya Datuk Azih Muda.

Beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan

melakukan semakan semula lima tahun

terhadap gaji penjawat awam yang tidak

disemak sejak 2002.

Katanya semakan semula gaji itu perlu

dilakukan berikutan kenaikan harga rumah dan

barangan sejak kebelakangan ini.

"Kami dengan ini ingin menegaskan kesetiaan

kami kepada kerajaan yang memerintah. Kami

faham tentang keadaan semasa kewangan

negara, tetapi kita perlu ingat bahawa harga

rumah kini terlalu tinggi bagi mereka dari gred

rendah.

"Mereka yang berpendapatan RM2,000

sebulan sudah tentu tidak mampu membeli

rumah berharga RM150,000 sebuah, lebih-

lebih lagi mereka yang mempunyai banyak

anak, kesudahannya mereka perlu menyewa

rumah," katanya pada sidang akhbar selepas

majlis taklimat pra persaraan untuk penjawat

awam Labuan di sini hari ini.

Azih berkata Cuepacs berpendapat kerajaan

perlu memastikan penjawat awam tidak

menanggung beban yang terlalu berat untuk

memberi makan minum kepada keluarga

mereka dan menyediakan pendidikan untuk

anak masing-masing.

"Penjawat awam perlu dipastikan

berkemampuan untuk membeli rumah.

Sekiranya mereka tidak berkemampuan

membeli rumah semasa dalam perkhidmatan,

apakah yang dapat mereka lakukan setelah

bersara nanti.

Sumber : Utusan Malaysia, 26 Julai 2018

"Justeru, kami (Cuepacs) akan kemukakan

syor kepada kerajaan tentang kenaikan gaji

1.6 juta penjawat awam," katanya.

KEBAJIKAN PENJAWAT

AWAM

Cuepacs berharap cadangan bagi penubuhan taska jadi kenyataan tahun depan

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam

Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap cadangan penubuhan taman asuhan kanak-kanak (Taska) di premis agensi kerajaan akan menjadi kenyataan tahun depan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata Cuepacs berpendapat penubuhan Taska penting memandangkan 60 peratus penjawat awam adalah wanita.

Beliau berkata dasar kerajaan yang mahukan semua agensi kerajaan menubuhkan Taska bermula 1 Januari 2019 akan memberi manfaat kepada penjawat awam wanita di seluruh negara.

"Kami berharap pihak berkuasa tempatan berkenaan, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat akan membantu usaha menubuhkan taman itu dengan memberi kelonggaran berkaitan undang-undang dan dasar tertentu, tanpa mengorbankan aspek keselamatan," katanya.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarkan semua agensi kerajaan yang mempunyai petugas bekerja secara syif menubuhkan Taska di tempat masing-masing pada Januari 2019.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata kementerian itu akan berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan dalam menyediakan kemudahan untuk guru yang berkhidmat di tempat berkenaan.

Sumber : Bernama, 26 Julai 2018

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 9

Page 10: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

Lab In A Box tarik pelajar minat sains

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 10

Transformasi Pendidikan

Bagi menarik kembali minat golongan muda

terhadap sains, sekumpulan pensyarah Fakulti

Sains dan Teknologi (FST) Universiti Sains

Islam Malaysia (USIM) berjaya menghasilkan

inovasi makmal mini Lab In A Box untuk

kegunaan pelajar.

Ketua kumpulan penyelidikan, Dr Muhammad

Zamir Othman, berkata makmal mini itu

menyediakan kit eksperimen yang mudah

dibawa, difahami serta selamat bagi kegunaan

murid seawal usia lapan tahun dengan

pemantauan ibu bapa dan guru.

Lab In A Box memberi peluang

kepada murid dan pelajar

melakukan eksperimen dan

eksplorasi sains. Buat masa ini, ia

mengandungi dua modul iaitu

'Slime making kit' dan 'DIY

Perfume'.

Beliau berkata, kit itu juga disertakan panduan

dan penerangan lanjut mengenai bahan kimia

yang digunakan dalam eksperimen sains.

Pengukuhan Pendidikan STEM

Muhammad Zamir berkata, Lab In A Box yang pada

awalnya dihasilkan untuk kegunaan murid juga

menerima reaksi positif daripada guru sekolah

menengah, melalui siri jelajah sains ke sekolah yang

dianjurkan oleh FST.

"Melalui proses dan hasil akhir eksperimen sains

menggunakan kit ini, ia merangsang sekurang-

kurangnya tiga pancaindera murid iaitu penglihatan,

bau dan rasa menerusi sentuhan.

"Modulnya turut terdapat dalam silibus

pembelajaran di sekolah menengah.

Sebagai contoh, Slime Making Kit

mengambil kira tindak balas kimia yang

dipelajari dalam topik Polimer Sintetik

di peringkat menengah rendah,

manakala DIY Perfume pula proses

terakhir untuk membuat wangian."

katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kit turut mendapat

permintaan yang tinggi hasil kerjasama FTS bersama

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Inovasi

Malaysia menerusi siri jelajah ke beberapa negeri

sebagai inisiatif pengukuhan Sains, Teknologi,

Kejuruteraan & Matematik (STEM) dalam kalangan

murid.

Penghasilan inovasi itu juga mendapat pengiktirafan

dalam pertandingan inovasi, apabila memperoleh

Pingat Emas dan Anugerah Al-Khawarizmi di Ekspo

Inovasi dan diiktiraf dunia.

Sumber : Berita Harian, 29 Julai 2018

Page 11: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

Berita KPM dan Aktiviti Utama BPPDP

Precouncil Mesyuarat

Jawatankuasa Perancangan

Pendidikan (MJPP) Ke-216

Bil 2/2018 Tahun 2018

Precouncil Mesyuarat Jawatankuasa

Perancangan Pendidikan ke-216 Bil. 02/2017

telah diada kan pada 24 Julai 2018 bertempat

di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Parcel E,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),

Putrajaya. Mesyuarat tersebut telah

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM,

YBhg. Dato’ Dr. Mohd Gazali bin Abas.

Precouncil mesyuarat ini bertujuan

membincangkan perkara berkaitan Terma

Rujukan dan Agenda MJPP ke-216 berikutan

berlaku penggabungan Kementerian

Pendidikan Malaysia dan Kementerian

Pendidikan Tinggi. Precouncil mesyuarat telah

berjalan dengan lancar dan jayanya

berdasarkan agenda yang telah ditetapkan.

Sumber : Sektor Dasar BPPDP 2018

KEBERHASILAN MURID

Kementerian Pendidikan ucap tahniah kepada Naim Hamid

Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan

dan ucapan tahniah kepada Naim Hamid Hamidin, murid Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeM Johor) yang menerima pengiktirafan kecemerlangan semasa The 19th International High School Art Festival, pada 8 Ogos lepas di Tokyo, Jepun. Dalam kenyataan hari ini, Kementerian berkata Naim Hamid, murid Tingkatan Empat dalam bidang seni halus itu berjaya mencuri hati juri dengan hasil lukisan beliau sekali gus mengetepikan lebih 500 hasil karya seni lain daripada pelajar terpilih yang mewakili negara masing-masing seperti Brunei, United Kingdom serta tuan rumah Jepun. Selain hasil karya beliau, empat hasil karya murid SSeM Johor lain turut terpilih untuk dipamerkan pada festival tersebut. Sebelum ini, Naim Hamid turut diberi kepercayaan menghasilkan potret lukisan minyak Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud yang diserahkan pada Pesta Buku Antarabangsa Riyadh (RIBF) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Riyadh (RICEC), Riyadh, Arab Saudi pada 2017.

Sumber : Berita Harian, 9 Ogos 2018

2018

Program

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 11

Page 12: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 12

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantapan Pendidikan Tiningkatan Enam Bil.1/2018

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantapan

Pendidikan Tingkatan Enam Bil.1/2018 telah diadakan pada 10 Julai 2018 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Mawar, Aras 5, Kompleks E8, KPM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sulaiman bin Wak, TKPPM (DPP) dan dihadiri oleh Bahagian KPM yang terlibat dengan Inisiatif #46: Pemantapan Pendidikan Tingkatan Enam dan wakil JPN. Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut:

a) Pembentangan status pencapaian semasa inisiatif oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP);

b) Laporan Pencapaian STPM mengikut Mod/ Negeri oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM);

c) Isu Tingkatan Enam (peringkat negeri) oleh setiap JPN; dan

d) Laporan Pelan Pemusatan Tingkatan Enam 2018/2019. Mesyuarat memutuskan pemusatan T6 perlu diteruskan dan dilaksanakan mengikut Garis Panduan SOP Pemusatan yang telah disediakan. Selain itu, Bahagian KPM yang bertanggungjawab perlu menyelesaikan dengan segera isu-isu yang telah dibangkitkan oleh JPN. Mesyuarat juga telah bersetuju untuk inisiatif ini diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) daripada BPPDP mulai Januari 2019 memandangkan perkara-perkara dasar berkaitan Penjenamaan Semula T6 telah selesai dilaksanakan.

Sumber : Sektor Dasar BPPDP 2018

BANTUAN PENDIDIKAN

Kerajaan belum putuskan batal atau kekal Baucer Buku 1Malaysia

Kerajaan belum memutuskan sama ada akan meneruskan atau tidak, pemberian Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar universiti dan pra universiti yang layak pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kementerian masih belum berbincang mengenai status baucer itu yang telah diperkenalkan kerajaan terdahulu.

Kita (kementerian) belum buat apa-apa perbincangan mengenai perkara ini, ia semua akan bergantung kepada bajet dan sebarang pengumuman berhubung baucer tersebut akan dibuat oleh Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik) sendiri," katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di UiTM, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Ir Dr Abdul Rahman Omar. Teo berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai status baucer tersebut susulan hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mengurangkan perbelanjaan negara termasuk mengurangkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti diumumkan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Sumber : Bernama, 28 Ogos 2018

Page 13: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 13

1

Kongsi Info Politeknik

Mantapkan kemahiran melalui ilmu terkini

PAMERAN sempena Majlis Dialog Berfokus Kenderaan Autonomous: Kesedaran dan Cabaran, di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), di Behrang

Pelajar perlu mendapatkan ilmu dan maklumat

menerusi pelbagai cara dan bukan hanya tertumpu

di dalam bilik kuliah saja.

Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan

Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej

Komuniti (JPPKK), Zainah Rujihan berkata, dalam

zaman Revolusi Industri (RI 4.0) kini, pelajar perlu

bersiap siaga kerana teknologi yang diperkenalkan

hari ini akan sentiasa berubah pada bila-bila masa.

Beliau berkata, adalah sangat penting untuk setiap

pelajar dan warga pendidik mendapatkan maklumat

serta ilmu menerusi pelbagai cara antaranya

penganjuran seminar, dialog atau persidangan oleh

institusi mahupun pihak industri.

“Setiap individu perlu memperkemaskan ilmu dan

kemahiran sedia ada bagi memastikan mereka

sentiasa bersedia dalam mendepani RI 4.0.

“Pembelajaran bukan saja berlaku di bilik kuliah,

tetapi ilmu boleh diperoleh sepanjang masa dan

di mana saja. Tiada istilah susah untuk mencari

maklumat pada zaman ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas

menghadiri Majlis Dialog Berfokus Kenderaan

Autonomous: Kesedaran dan Cabaran, di Politeknik

Sultan Azlan Shah (PSAS).

Sumber : Berita Harian, 16 Ogos 2018

Pendapat Guru Kita

43 inisiatif berkaitan pendidikan

dilaksana sepanjang 100 hari

Kerajaan PH – Maszlee

Sebanyak 43 inisiatif berkaitan pendidikan telah

dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)

sepanjang 100 hari mentadbir negara, kata

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata sebahagian daripada inisiatif

tersebut merupakan antara perkara yang

dijanjikan di dalam manifesto PH seperti

mengeluarkan nama peminjam Perbadanan

Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.

Dalam satu kenyataan di sini pada Ahad,

Maszlee berkata janji manifesto yang ditunaikan

pada 8 Jun, iaitu dalam tempoh 30 hari

pentadbiran kerajaan baharu itu menyaksikan

seramai 429,945 peminjam dibantu.

Selain itu, kementerian juga telah memulakan

langkah untuk memastikan golongan

berpendapatan rendah boleh menangguhkan

bayaran balik melalui sistem bayaran balik

pinjaman fleksibel atau Income-Contigent Loan

Repayment (ICLR), katanya.

Beliau berkata kementerian itu juga mengambil

pendekatan lebih holistik dalam membina

martabat sistem pendidikan termasuk memberi

kuasa autonomi kepada institusi pengajian tinggi

dan memberi kebebasan bersuara lebih luas

kepada mahasiswa dengan menghidupkan

semula sudut pidato.

Sumber : Bernama, 19 Ogos 2018

Page 14: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

Inovasi Guru Kita

Mohd Riduan Ali (depan, kanan) bersama-sama Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali dan guru-

guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor selepas tamat Kursus Pembangunan Profesionalisme Guru Modul 10

Minit Perhimpunan di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

M10MP Platform terap daya saing taraf

dunia

Menerusi pelaksanaan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) secara berterusan, Sekolah

Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi berjaya melahirkan murid yang memenangi

pertandingan sains di peringkat antarabangsa.

Guru SK Bandar Baru Bangi, Mohd. Riduan Ali berkata, modul itu yang dilaksanakan dalam

skala penonton yang ramai ketika perhimpunan mingguan dapat meningkatkan keyakinan

murid untuk membuat pembentangan dan berkomunikasi dengan berkesan.

“Buktinya, murid kami yang dibimbing secara intensif menerusi pelaksanaan modul berkenaan berjaya dalam pertandingan sains di Bangkok, Thailand, baru-baru ini walaupun ada antara mereka yang tidak meminati sains.

“Minat itu timbul selepas mereka melaksanakan modul berkenaan dan yang lebih membang-gakan mereka membuat pembentangan dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Kursus Pembangunan Profesionalisme Guru M10MP, Guru-guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam kursus itu, pelbagai aktiviti Modul 10 Minit Perhimpunan dilaksanakan secara amali agar guru-guru dapat memahami dan mengaplikasikannya di sekolah masing-masing.

Menurut Riduan, guru hanya membimbing manakala kumpulan murid yang bertanggungjawab melaksanakannya sebagai aktiviti berpusatkan murid dan pembelajaran berasaskan projek.

Sumber : Utusan Malaysia, 30 Julai 2018

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/m10mp-platform-

terap-daya-saing-taraf-dunia-1.718868#ixzz5TbNtJwd5

© Utusan Melayu (M) Bhd

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2018 14

Page 15: Pengiktirafan UEC - moe.gov.my · kemerdekaan yang didakwa melibatkan puak haluan kiri. Saya kena mendengar (apa kata) ... sahaja daripada golongan pendidikan kaum Cina tetapi juga

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP

2018

Apa Kata NUTP dan Tokoh

NUTP sedia bantu tangani gejala guru stres

Harry Tan Huat Hock

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik perlu

memberikan ruang kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dalam usaha menangani secara bersama berhubung gejala dan masalah stres yang berlaku dalam kalangan guru di negara ini. Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, ini kerana NUTP juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang wujud berikutan majoriti guru di negara ini merupakan ahli persatuan tersebut. “NUTP merayu Maszlee dapat memberi ruang untuk bersama bagi mengatasi masalah ini. Ini kerana untuk menjamin kecemerlangan dan memastikan kepuasan kerja. “Ahli-ahli NUTP pada hari ini adalah sebanyak 220,000 orang daripada keseluruhan 435,000 jumlah guru yang ada di seluruh negara. Dengan anggaran kira-kira 300,000 guru adalah dari Semenanjung dan selebihnya dari Sabah dan Sarawak, kami bertanggungjawab untuk ‘menjaga’ ahli-ahli daripada menjadi mangsa stres,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai golongan guru paling ramai dikesan mengalami gejala stres di negara ini yang punca utamanya akibat beban kerja yang terlampau banyak. Huat Hock berkata, pihaknya menyedari hakikat yang berlaku dan berharap langkah holistik dapat diambil pihak terbabit.

Sementara itu, Rektor Kolej Universiti Islam

Selangor (KUIS), Datuk Dr. Abdul Halim Tamuri

berkata, masyarakat perlu memahami dan

menghargai tugas guru-guru di sekolah yang

terpaksa mengambil alih peranan ibu bapa.

“Sudahlah masa banyak dihabiskan di sekolah,

guru-guru pula tidak setakat mengajar

akademik tetapi mendidik dan mengasuh para

pelajar.

“Jadi hargailah mereka dengan bertindak

matang, rasional dan membina hubungan baik

dengan guru. Bukan bertindak melaporkan

kepada pihak polis dan media jika berlaku

sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya.

Beliau juga menyarankan pihak pentadbiran

terutama pengetua sekolah supaya mempunyai

kaedah dan kemahiran untuk menangani

masalah guru.

“Paling penting, pengetua dan pihak sekolah

juga harus menghargai para guru dengan

menyatakan penghargaan dan ucapan terima

kasih tanpa mengira masa dan keadaan.

“Jangan tunggu Hari Guru atau lain-lain majlis

tetapi lakukan setiap hari, cara ini paling mudah

mengurangkan stres guru,” katanya.

Apa kata bekas guru

Seorang bekas guru, Mohd. Ghazali Hamzah

pula berkata, selama hampir 40 tahun

berkhidmat sebagai guru, dia sentiasa

bersungguh-sungguh untuk membangun dan

memajukan diri dalam bidang yang diceburi.

“Cabaran dalam bidang pendidikan dan

perguruan ini tidak perlu dirungutkan

berbanding cabaran dilalui para nabi, rasul,

pemimpin terdahulu dan guru-guru kita dahulu

yang tidak mempunyai sebarang kemudahan

kecuali semangat dan cintakan dunia

pendidikan yang tinggi.

“Ada antara guru hari ini yang hendak kerja

senang bertambah senang dan menganggap

tugas-tugas mendidik membebankan,”

katanya.

Sumber : Utusan Malaysia, 28 Julai 2018

Sumber : Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP, 25 April 2017

15