6
PENGURUSAN KONFLIK INTERPRETASI TATA CARAGAYA PENGURUSAN KONFLIK Terdapat lima caragaya pengurusan konflik, iaitu: 1. Persaingan (Competition) Menggunakan konfrantasi Berasaskan kepentingan diri sendiri; tidk pentingkan kehendak dan pendapat orang lain. Strategi yang efektif apabila keputusan yang segera diperlukan atau perkara yang dibincangkan tidak begitu penting atau tidak popular Aspek Positif o Berkesan jika terdapat jurang yang besar berkaitan dengan kecekapan ahli . o Kebolehan mengutarakan sesuatu isu, memberi pendapat profesional dan bertindak dengan segera amat dihargai o Untuk melindungi diri jika bertolak ansur, kemungkinan orang lain akan memberi kesempatan ke atasnya. Aspek Negatif o Tindakan yang kurang tepat/salah o Penyalahgunaan kuasa o The bully man Ciri-Ciri Individu Yang Menggunakan Kaedah Ini: o Amat fokus terhadap kerja/matlamatnya dan sangat teratur. o Tekad dengan pendirian atau keputusannya

Pengurusan Konflik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengurusan Konflik

PENGURUSAN KONFLIK

INTERPRETASI TATA CARAGAYA PENGURUSAN KONFLIK

Terdapat lima caragaya pengurusan konflik, iaitu:

1. Persaingan (Competition)

Menggunakan konfrantasi

Berasaskan kepentingan diri sendiri; tidk pentingkan kehendak dan pendapat orang lain.

Strategi yang efektif apabila keputusan yang segera diperlukan atau perkara yang dibincangkan tidak begitu penting atau tidak popular

Aspek Positif

oBerkesan jika terdapat jurang yang besar berkaitan dengan kecekapan ahli .

o Kebolehan mengutarakan sesuatu isu, memberi pendapat profesional dan bertindak dengan segera amat dihargai

o Untuk melindungi diri jika bertolak ansur, kemungkinan orang lain akan memberi kesempatan ke atasnya.

Aspek Negatif

oTindakan yang kurang tepat/salah

o Penyalahgunaan kuasa

oThe bully man

Ciri-Ciri Individu Yang Menggunakan Kaedah Ini:

oAmat fokus terhadap kerja/matlamatnya dan sangat teratur.

o Tekad dengan pendirian atau keputusannya

o Berpendapat orang lain juga berhak mengemukakan pendirian masing-masing.

o Perhubungan antara individu bukan faktor utama (kurang penting)

oTakut kehilangan kuasa apabila didahului atau dibidas oleh orang lain.

Page 2: Pengurusan Konflik

2. Bekerjasama (Collobartion)

Menitikberatkan situasi menang-menang

Perbincangandianggap sebagai sumber pertukaran maklumat/maklum balas.

Menilai perbezaan individu

Menggunakan kaeah problem solving

Sangat efektif apabila berhadapan dengan isu yang kompleks

Aspek Positif

oMencari pelbagai alternatif dan mencetus kreativiti

oMendorong sesi percambahan ifikiran dan penyelesaian masalah

oMengendali dengan lebih mendalam pihak-pihak yang terlibat

oMemfokuskan penyatuan pandangan

Aspek Negatif

oTidak berkesan jika tiada komitmen daripada ahli dan apabila kesuntukan masa.

o Mengambil masa yang panjang untuk mencari penyelsaian yagn dipersetujui oleh semua.

Ciri-Ciri Individu Yang Menggunakan Kaedah Ini:

oBersikap tidak mengelak

o Menyelami sesuatu isu bagi mengenal pasti keperluan pihak-pihak yang terlibat dan mencari alternatif yagn dapat memenuhi keperluan mereka.

oBersikap ingin tahun terhadap motif utama dan kehendak pihak lain.

oBersikap terbuka untuk bertukar pendapat

o Bekerjasama dan bersikap kreatif ke arah mencapai resolusi terbaik kepada penyelesaian konflik.

Page 3: Pengurusan Konflik

3. Tolak Ansur (Compromising)

Menggunakan kaedah perkongsian bersama (give and take)

Sangat efektif apabila berhadapan dengan isu yang keompleks atau terdapat keseimbangan kuasa serta apbila penyelesaiansementara diperlukan.

Aspek Positif

o Memuaskan hati semua pihak yang terlibat.

Aspek Negatif

o Penyelesaian pada peringkat luaran sahaja. Tidak menyelami dan menyelesaikan punca sebenar konflik.

Ciri-Ciri Individu Yang Menggunakan Kaedah Ini:

o Inginkan resolusi yang cepat dan dapat memuaskan hari kesemua pihak

o Percaya bahawa penyelesaian itu adalah adil jika kedua-dua pihak bertolak ansur.

4. Mengelak (Avoidance)

Menggunakan kaedah “Don’t rock the boat”

Mengelakkan diri daripada berhadapan enggan konflik dengan cara buat-buat tidak tahu, tidak mahu bercerita atau teragak-agak.

Aspek Positif

o Berkesan mengelakkan pertengkaran jika berhadapan dengan isu yang tidak penting

o Untuk meredakan dan mengenangkan emosi ketika berhadap dengan konflik

o Apabila memerlukan masa untuk mencarai fakta atau berfikir mengenai sesuatu isu.

Aspek Negatif

o Mengelakkan diri daripada bersemuka dengan masalan dan menyebabkan orang lain menanggung bebanya.

o Lambat dalam mencai penyelesaian.

Page 4: Pengurusan Konflik

Ciri-Ciri Individu Yang Menggunakan Kaedah Ini:

o Suka mengelak atau berdalik dari situasi konflik

o Tidak mengambil berat tentang kepentingan diri mahupun orang lain

o Melambat-lambatkan penyelesaian konflik

o Percaya konflik akan hilang jika dibuarkan.

o Gelisah apabila berhadap dengan konflik.

5. Penyesuaian (Accomodating/Obliging)

Mengutamakan kepentingan atau kehendak individu lain. Ini berkemungkinan disebabkan oleh perasaan rendah diri

Menggunakan kaedahinterpersonal di mana akan membuatkan individu lain berasa selesa dan puas hati.

Strategi yagn berguna jika kedudukan dalam organisasi tidak terancam atau selamat

Aspek Positif

o Menjaga perhubungan antara individu.

Aspek Negatif

o Membakar diri.

Ciri-Ciri Individu Yang Menggunakan Kaedah Ini:

o Cepat mengalah dan bersedia untuk bertolak ansur daripada berhadapan dengan masalah

o Rasa tidak puas hati dipancarkan melalui sikap degil, pelupa (kemarahan pasif)

o Sukakan ketengangan dan tidak sukakan persaingan

o Bertimbang rasa dan harmoni

o Selesa dengan konsep ‘disukai’ dan ‘dapat menyesuaikan diri’

o Cenderung untuk melakukan sesuatu tugas lebih daripada sepatutnya.

o Malu untuk menonjolkan kebolehan diri

Page 5: Pengurusan Konflik

o Tidak suka mementingkan dri kerana takut tidak disukai oleh individu lain.

Bagaimana anda mengurusakan konflik diri?

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Konflik ialah satu proses yang berpunca daripada kekecewaan seseorang terhadap yang lain dan melibatkan ciri-ciri individu seperti faktor emosi, ketahanan diri, personaliti, kekuatan kognitif dan wujudnya tingkalhaku atau aktiviti yang tidak serasi.