Upload
dinhhuong
View
238
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR.
KAJIAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA
PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA.
RAFIQA BIN ABDULLAH HUSIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
CATATAN
10 MAC 2004 10 MAC 2004
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
Judul : PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR.
KAJIAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN
(PENGAJIAN ISLAM) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
Sesi Pengajian : 2003/2004
Saya_______________________________________________________________________
(HURUF BESAR) Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : 1604 SUNGAI KECHIL, 14300 NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG. Tarikh :_____________________ Tarikh : ____________________
Nama Penyelia : MAHUSSAIN BIN MD. ZAIN
RAFIQA BIN ABDULLAH HUSIN
SULIT
√
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”
Tandatangan : …...............................................
Nama Penyelia : MAHUSSAIN BIN MD. ZAIN
Tarikh : 10 MAC 2004
i
PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR.
KAJIAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA
PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA.
RAFIQA BIN ABDULLAH HUSIN
Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………….
Nama Penulis : RAFIQA BIN ABDULLAH HUSIN
Tarikh : 10 MAC 2004
iii
DEDIKASI
Khusus buat,
kedua-dua ibubapaku,
isteriku tercinta,
guru-guruku,
saudara-saudaraku,
juga buat tatapan mereka yang dahagakan ilmu pengetahuan.
Redha- MU Ya ALLAH, Kemuncak Impian kami…
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T. Pemilik
Agung masa kehidupan kerana dengan rahmat dan limpah kurnia serta inayah-Nya
maka dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan salam buat
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat dan
mereka yang sentiasa mengikut jejak langkah baginda sehingga ke akhir zaman.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada penyelia saya iaitu Ustaz Mahussain
bin Md. Zain kerana telah banyak memberikan bantuan, nasihat, bimbingan dan juga
teguran yang membina dalam usaha menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
Tidak lupa buat keluarga tercinta khususnya bonda dan ayahanda yang tidak
pernah jemu mendoakan dan memberikan dorongan kepada anakanda selama ini,
isteri tersayang yang banyak membantu dan melayan kerenah kekanda. Terima kasih
juga kepada semua guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu selama ini, semoga
kalian semua meredhai segala ilmu yang telah diberikan.
Akhir sekali ucapan terima kasih buat semua sahabat-sahabat seperjuangan di
bumi UTM yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung khususnya
mahasiswa Pengajian Islam selaku responden dalam kajian ini. Hanya Allah sahaja
yang dapat membalas segala jasa yang kalian berikan.
Semoga Allah sentiasa meredhai dan memberkati segala usaha yang kita
lakukan di dunia ini dan diterima sebagai amal kebajikan dan amalan yang soleh.
Amin…
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan
mahasiswa Pengajian Islam (SPI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap
pengurusan masa menurut Islam. Aspek lain yang turut dikaji ialah berkaitan dengan
bentuk pengurusan masa yang diamalkan serta persepsi mereka tentang bentuk
pengamalan pengurusan masa yang berkesan. Kajian ini melibatkan seramai 110
orang pelajar SPI, UTM, dari tahun satu sehingga tahun empat sebagai responden.
Kajian ini menggunakan kaedah borang soal selidik yang dibahagikan kepada
beberapa bahagian iaitu A, B, C dan D. Secara umumnya bahagian A mengandungi
maklumat latar belakang responden dan bahagian B, C dan D mengandungi item-
item yang berkaitan dengan persoalan kajian. Skala Likert telah digunakan bagi
membuat penilaian terhadap kesemua 35 item yang terkandung dalam bahagian B, C
dan D. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package For Social
Science (SPSS) versi 11.0 dengan kaedah kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian
menunjukkan bahawa ramai di kalangan responden mempunyai pengetahuan tentang
pengurusan masa. Malah dapatan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa mereka
sedar bahawa pengurusan masa yang baik sangat dituntut oleh Islam. Namun begitu,
segala ilmu dan kefahaman yang ada itu tidak diaplikasikan atau dihayati dalam
kehidupan seharian sepenuhnya sebagai mahasiswa. Oleh itu, penyelidik berasakan
bahawa beberapa langkah perlu diambil agar imej mahasiswa Pengajian Islam
sebagai golongan intelektual tidak tercemar hanya disebabkan oleh kelemahan
mereka dalam aspek pengurusan masa ini.
vi
ABSTRACT
The objective of this study is to find out the level of knowledge
understanding among undergraduates of Islamic Studies (SPI), University
Technology of Malaysia (UTM) on the concept of time management in Islam. The
other aspects were on time management pattern being applied and their perception on
effective time management. The study involved 110 respondents of SPI, UTM.
Questionnaires that were used in gathering data were divided into four parts namely
A, B, C, and D. Generally, part A consists of respondents background while, part B,
C, and D consist of items related to the studies. Likert scale was used to evaluate all
the items in part B, C, and D. The data collected was analyzed using Statistical
Package for Social Science (SPSS) version 11.0 by analyzing the findings in terms of
frequency, percentage, and average. From the study, it shows that most of them have
knowledge on time management. Meanwhile the finding shows that they realize
time management was requested in Islam. However, it was not being fully applied in
the daily life of students. Therefore, the researcher thinks that some actions must be
taken to ensure that undergraduates of SPI give an image of intellectual who have not
been condemned because of their lack in time management.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Matlamat Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Objektif Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Skop dan Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 9
1.10 Kesimpulan 10
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Kursus SPI- Satu Pengenalan 13
2.3 Konsep Pengurusan Masa 14
2.4 Kepentingan Pengurusan Masa 16
2.5 Perancangan Dan Penyusunan Masa Yang
Berkesan 19
2.6 Faktor-faktor Yang Menghalang Pengurusan
Masa Yang Berkesan 26
2.7 Kesimpulan 28
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Lokasi Kajian 31
3.4 Populasi Kajian 32
3.5 Sampel Kajian 32
3.6 Instrumen Kajian 33
3.7 Prosedur Kajian 35
3.8 Analisis Data 36
3.9 Jangkamasa Kajian 38
3.10 Kesimpulan 38
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 39
4.2 Analisis Data 42
ix
4.2.1 Bahagian A 42
4.2.2 Bahagian B 44
4.2.3 Bahagian C 52
4.2.4 Bahagian D 62
4.3 Kesimpulan 70
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 70
5.2 Perbincangan 72
5.2.1 Latar Belakang Responden 73
5.2.2 Tahap Pengetahuan Mahasiswa
Terhadap Konsep Pengurusan
Masa Menurut Perspektif Islam. 74
5.2.3 Bentuk Pengurusan
Masa Yang Diamalkan Oleh
Mahasiswa UTM 78
5.2.4 Persepsi Mahasiswa Terhadap
Bentuk Pengamalan Pengurusan
Masa Yang Berkesan 82
5.3 Rumusan 85
5.4 Cadangan 86
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88
5.6 Kesimpulan Dan Penutup 89
BIBLIOGRAFI 91
LAMPIRAN 95
x
SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Spesifikasi Sampel Mengikut Tahun 33
3.2 Skala Likert Bagi Jawapan Bahagian B, C dan D 34
3.3 Skala Penilaian Maklum Balas Bagi Soal
Selidik Bahagian B 37
3.4 Skala Penilaian Maklum Balas Bagi Soal
Selidik Bahagian C 37
3.5 Skala Penilaian Maklum Balas Bagi Soal
Selidik Bahagian D 37
4.1 Tahun Pengajian 42
4.2 Jantina 42
4.3 Umur 43
4.4 Status Perkahwinan 44
4.5 Islam mewajibkan umatnya agar menguruskan
masa dengan sebaik-baiknya 44
4.6 Individu muslim adalah seorang yang pandai
mengurus masa dengan baik 45
4.7 Surah al-Asr adalah surah yang menceritakan
tentang kepentingan masa 44
4.8 Individu muslim seharusnya dapat mengurus
masa 24 jam sehari dengan menyeimbangkan
di antara keperluan dunia dan akhirat 46
4.9 Solat fardhu lima waktu adalah sebagai satu
panduan kepada manusia untuk mengurus
masa dengan baik 46
4.10 Orang yang suka melengah-lengahkan waktu
xi
solat adalah orang yang tidak menghargai masa 47
4.11 Masa adalah lebih bernilai daripada emas
dan harta 47
4.12 Saya berasakan diri saya sentiasa terikat dengan masa 48
4.13 Orang yang suka membazirkan waktu adalah
orang yang rugi 48
4.14 Saya tahu dan faham kenapa Islam sangat
menitikberatkan pengurusan masa 49
4.15 Taburan kekerapan dan peratusan tahap pengetahuan
mahasiswa terhadap pengurusan masa menurut
perspektif Islam. 49
4.16 Peratusan skor bagi Tahap Pengetahuan Mahasiswa
Pengajian Islam Terhadap Pengurusan Masa Menurut
Perspektif Islam Mengikut Item 50
4.17 Jadual harian adalah suatu yang penting dalam
hidup saya 52
4.18 Saya akan berasa gelisah jika kerja-kerja saya
belum selesai 52
4.19 Saya sering mengambil tahu tentang keadaan
yang berlaku di sekeliling saya 53
4.20 Saya gemar mengisi masa dengan berbincang
tentang isu-isu semasa dan berkaitan umat Islam 53
4.21 Saya sentiasa menepati masa dan janji 54
4.22 Saya pergi ke kuliah tepat pada waktunya pada
setiap hari 54
4.23 Saya selalu menghantar tugasan lebih awal daripada
tarikh akhir yang sepatutnya 55
4.24 Saya selalu menunaikan solat fardu pada awal waktu 55
4.25 Saya selalu menunaikan solat fardu secara berjemaah
di surau atau masjid 56
4.26 Saya suka menonton tv atau vcd hanya pada rancangan
yang tertentu sahaja 56
4.27 Saya suka menghadiri program-program kerohanian
seperti ceramah dan kuliah agama untuk mengisi
xii
masa lapang saya 57
4.28 Saya tidak suka tangguhkan sesuatu kerja 57
4.29 Saya menganggap bahawa melibatkan diri
dengan kegiatan persatuan dan program-program
di kolej dan universiti sebagai membazirkan waktu 58
4.30 Saya lebih suka mengulangkaji pelajaran daripada
melibatkan diri dengan kegiatan persatuan 58
4.31 Saya akan berasa bersalah jika saya terlewat
memenuhi janji dengan orang lain 59
4.32 Taburan kekerapan dan peratusan bentuk pengurusan
masa yang diamalkan oleh mahasiswa Pengajian
Islam UTM. 59
4.33 Peratusan skor bagi Bentuk Pengurusan Masa Yang
Diamalkan Di Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam
UTM Mengikut Item 60
4.34 Saya sentiasa berpandukan waktu dalam
merancang setiap aktiviti yang hendak dilakukan 62
4.35 Saya tidak tertumpu kepada satu matapelajaran sahaja
ketika belajar 63
4.36 Saya sering memenuhi masa lapang saya dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah 63
4.37 Saya sentiasa mengawal diri supaya tidak terlibat
dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64
4.38 Saya akan segera membuat tugasan yang diberikan
sebaik sahaja memperolehi bahan-bahan yang berkaitan 65
4.39 Saya sentiasa membuat catatan tentang masa yang
digunakan setiap hari 65
4.40 Saya selalu sampai ke tempat kuliah lebih awal
sebelum kuliah bermula 66
4.41 Saya sentiasa melakukan kerja mengikut masa yang
ditetapkan 67
4.42 Saya sentiasa mengulangkaji pelajaran dari masa
ke masa di sepanjang semester 67
4.43 Selalunya saya melakukan sesuatu tugas dengan penuh
xiii
dedikasi tanpa memilih apakah tugas tersebut 68
4.44 Taburan kekerapan dan peratusan persepsi mahasiswa
terhadap bentuk pengamalan pengurusan masa
yang berkesan. 68
4.45 Peratusan skor bagi Kajian Persepsi Mahasiswa
Pengajian IslamTerhadap Bentuk Pengamalan
Pengurusan Masa Yang Berkesan Mengikut Item 69
xiv
SENARAI SINGKATAN
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPI Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
SPSS Statistical Package For Social Science
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Setiap manusia dikurniakan masa yang sama. Allah yang Maha
Adil mengurniakan 24 jam sehari semalam untuk manusia menjalani kehidupan
seharian. Hanya mereka yang bijak menguruskan masa akan menjalani kehidupan yang
teratur sementara mereka yang lain hanya mampu mengeluh mengalami kesuntukan
masa, mempunyai masa yang terhad dan lain- lain. Islam amat menitik beratkan
pengurusan masa yang berkesan di dalam kehidupan umatnya. Ini terbukti daripada
rangkaian ayat al- Quran dan hadis Rasulullah yang banyak membicarakan soal masa
sebagai peringatan dan panduan umat yang dimuliakan Allah ini. Antaranya firman
Allah yang bermaksud:
“Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati
kebenaran dan nasihat-menasihati dengan penuh kesabaran.”
(al-Asr : 1-3)
Demikianlah maksud firman Allah S.W.T dalam al-Quran al-Karim yang
merupakan mukjizat agung Rasulullah s.a.w di dalam surah al-Asr ayat satu hingga tiga.
Surah inilah menjadi panduan agung bagi umat Islam seluruhnya dalam mengurus masa
seharian mereka. Namun, berapa ramaikah di kalangan umat Islam yang memahami
2
atau benar-benar menghayati masa seterusnya menjadikan maksud firman Allah tersebut
panduan dalam menjalani kehidupan di muka bumi yang fana ini.
Untuk menjelaskan betapa pentingnya masa, Allah Taala juga telah bersumpah
mengenainya dalam beberapa permulaan surah di dalam al-Quran. Di antaranya ialah
‘Demi Waktu Fajar’ dalam surah al-Fajr, ‘Demi malam apabila menutupi cahaya siang’
dalam surah al-Lail, ‘Demi waktu dhuha’ dalam surah ad-Dhuha dan banyak lagi. Para
ulama tafsir menyatakan bahawa Allah S.W.T telah bersumpah dengan nama-nama
makhluk ciptaan-Nya termasuk nama-nama hari dan masa adalah bertujuan untuk
menerangkan kepada manusia betapa pentingnya perkara tersebut kepada mereka.
Kemudian sunnah pula didatangkan bagi menunjukkan lagi bahawa masa itu
amat penting. Perihal masa ini banyak dijelaskan di dalam kitab-kitab hadis muktabar
yang secara langsung dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada kita betapa
pentingnya penggunaan masa secara berkesan dalam kehidupan. Antaranya ialah hadis-
hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan tentang kepentingan pengurusan masa dengan
positif di mana semua manusia akan dipertanggungjawabkan mengenai amanah masa
yang telah diberikan di hadapan Allah S.W.T pada hari Kiamat kelak. Keterangan ini
terdapat dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a:
عن عمره فيما افناه ، وعن شبابه : لن تزول قدما عبد يوم القيامة حتى يسئل عن أربع خصال فيما أباله ، وعن ماله من اين اكتسب وفيما انفقه ، وعن علمه ماذا عمل به
“Setiap hamba di hari qiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-
mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara iaitu: tentang
umur, di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu, tentang masa remajanya,
bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu, tentang harta, dari mana ia
perolehi dan bagaimana ia membelanjakannya, dan tentang ilmu, apakah dia
telah beramal dengan ilmunya itu”.
3
Demikian manusia disoal tentang umurnya secara umum dan diikuti pula tentang
zaman mudanya secara khusus, yang mana zaman muda itu adalah satu juzuk daripada
umur.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi dan Ibn Majah
yang bermaksud:
“Dua kenikmatan yang banyak dilalaikan oleh manusia adalah nikmat kesihatan
dan masa lapang.”
Hadis ini mengakui hakikat bahawa manusia sering melalaikan atau sering
mensia-siakan nikmat masa lapang yang telah diberikan oleh Allah S.W.T.
Oleh sebab pengurusan masa ini penting dalam kehidupan umat Islam, maka
para pemikir dan intelek Islam sama ada dari golongan tradisional dan kontemporari
telah banyak membincangkannya di dalam penulisan mereka. Antaranya ialah oleh
Hasan al-Banna. Al-Banna dalam salah satu dari wasiatnya ada menyebut tentang waktu
dalam kehidupan seorang petugas Islam. Katanya:
اتـــكثر من األوقأالواجب
“Kewajipan lebih banyak daripada waktu yang ada”
Yusuf al-Qaradhawi dalam tulisannya yang bermaksud:
“Masa berjalan dengan pantas. Masa yang telah berlalu tidak akan datang lagi
dan tidak mungkin dapat dicari ganti. Oleh itu, masa merupakan harta milik
manusia yang paling berharga kerana masa adalah jadual waktu bagi setiap
pekerjaan dan produktiviti. Di sudut realitinya, masa merupakan hakikat suatu
saham permodalan buat individu mahupun masyarakat”.
4
Di samping itu, ada juga beberapa pepatah arab tentang masa. Antaranya ialah:
الوقت كا لسيف ان مل تقطعه قطعك
“Masa adalah umpama pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka dia
akan memotong kamu”.
Demikianlah antara bukti-bukti yang menunjukkan betapa pentingnya masa dan
ia wajar digunakan sebaiknya dan diuruskan dengan bijak. Namun, manusia itu sendiri
sering lupa dan lalai dalam menguruskan masa dalam kehidupan seharian. Merekalah
golongan yang rugi dan tenggelam dalam tipu daya dunia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Mahasiswa adalah merupakan pemimpin masa hadapan. Peluang menjalani
kehidupan sebagai seorang mahasiswa merupakan satu medan latihan yang baik sebelum
menempuh kehidupan yang lebih mencabar. Corak kehidupan sebagai seorang
mahasiswa memerlukan mereka menjadi seorang yang bijak dalam segala aspek
termasuklah aspek pengurusan masa. Namun, apa yang menyedihkan ialah para
mahasiswa yang dipandang tinggi oleh masyarakat terlalu lemah dalam aspek
pengurusan masa.
Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan, masih ramai lagi mahasiswa yang
tidak mengetahui konsep atau cara pengurusan masa yang berkesan dan positif.
Sekiranya ditanya kepada mana-mana individu yang bergelar mahasiswa, boleh
dikatakan bahawa masih ramai yang tidak pandai menguruskan masa dalam mengatur
perancangan dan aktiviti harian. Antara contoh yang boleh diambil ialah penghantaran
5
tugasan dan juga perancangan belajar untuk menghadapi ujian atau peperiksaan. Masih
ramai di kalangan mahasiswa yang mengamalkan tabiat menyiapkan sesuatu tugasan
dan belajar di saat-saat akhir.
Berdasarkan pemerhatian penyelidik, mahasiswa Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan Pengajian Islam (SPI) juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini.
Masih ramai di kalangan mereka yang tidak menggunakan masa yang terluang dengan
perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat untuk dirinya sendiri ataupun untuk
orang lain contohnya dengan bermain permainan komputer, menonton filem,
berpeleseran dan sebagainya.
Namun begitu, bukanlah maksud penyelidik berpendapat dan mengatakan situasi
ini berlaku kepada mahasiswa SPI sahaja kerana sebenarnya masih ramai lagi di
kalangan mahasiswa yang lain yang mengamalkan tabiat yang sama. Mereka tidak suka
mengamalkan tabiat membuat perancangan belajar dan aktiviti harian dengan teratur
seperti membuat perancangan dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan juga
sentiasa memperuntukkan waktu untuk aktiviti atau kegiatan-kegiatan lain sebagai
seorang mahasiswa antaranya dengan berpersatuan, bersukan dan mengambil bahagian
dalam program-program yang boleh menjana atau meningkatkan imej kendiri seorang
mahasiswa.
Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan untuk mengkaji aspek pengurusan masa di
kalangan mahasiswa. Seorang mahasiswa sewajarnya memahami konsep pengurusan
masa dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Kehidupan sebagai
seorang warga universiti memerlukan kepakaran dalam mengatur jadual kehidupan
seharian agar semua aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan lancar dan
teratur sebagaimana yang telah dirancangkan. Dengan demikian barulah jati diri
mahasiswa sebenarnya dapat dibentuk kembali.
6
1.3 Pernyataan Masalah Masalah pengurusan masa mahasiswa Pengajian Islam semakin meruncing sejak
akhir-akhir ini. Golongan mahasiswa Pengajian Islam ini yang sepatutnya menunjukkan
imej yang baik dan mampu menjadi panduan kepada mahasiswa yang lain kerana
mereka mempelajari ilmu pengkhususan dalam bidang agama. Secara logiknya, lebih
banyak ilmu yang diperolehi, maka bertambah baiklah orang yang mempelajarinya.
Walau bagaimanapun, hal yang sebaliknya pula berlaku apabila golongan ini gagal
memberikan contoh yang baik khususnya dalam aspek pengurusan masa. Oleh itu,
kajian ini dijalankan untuk mengkaji aspek pengurusan masa di kalangan mahasiswa
Pengajian Islam untuk mengetahui sejauh manakah tahap pengetahuan, bentuk
pengamalan dan persepsi mahasiswa terhadap aspek pengurusan masa yang berkesan
dan menurut perspektif Islam.
1.5 Persoalan Kajian
Penyelidik berharap agar kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan seperti
yang dinyatakan di bawah :-
1.5.1 Apakah tahap pengetahuan mahasiswa Pengajian Islam UTM tentang
pengurusan masa menurut perspektif Islam?
1.5.2 Apakah bentuk pengurusan masa yang diamalkan di kalangan mahasiswa
Pengajian Islam UTM?
1.5.3 Apakah persepsi mahasiswa Pengajian Islam UTM terhadap pengamalan
pengurusan masa yang berkesan?