Upload
tranliem
View
303
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018)
Pengurusan Nafkah Anak Yatim menurut
Perspektif Fiqh dan Undang-Undang Keluarga
Islam di Malaysia: Teori, Kefahaman dan Amalan Masyarakat
Siti Nur Hazimah Hamid1, Bahiyah binti Ahmad2, Shahidra Abd Khalil3, Zunaidah Mohd Marzuki4
(Pelajar Sarjana): Jabatan Fiqh dan Usul, 1
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, [email protected]
(Pensyarah Kanan): Jabatan Fiqh dan Usul 2
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur,
(Pensyarah Kanan): Jabatan Fiqh dan Usul 3
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur,
(Asst. Professor): IRKHS4
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Abstrak
Pengurusan nafkah anak yatim mengikut teori fiqh bermula
dengan perpindahan tanggungjawab pembiayaan nafkah anak
yatim kepada ahli waris anak yatim tersebut. Secara
umumnya, fiqh telah membahaskan dengan jelas mengenai
peralihan kewajipan ini, termasuk syarat-syarat ahli waris
yang layak menyara anak yatim dan susunan ahli waris yang
lebih perlu bertanggungjawab dalam pembiayaan nafkah
tersebut. Teori ini kemudiannya dikodifikasikan sebagai
undang-undang bertulis di dalam Undang-Undang Keluarga
Islam di Malaysia yang telah meletakkan aturan syarak
tersebut sebagai perkara yang mengikat setiap muslim di
negara ini dan mempunyai implikasi undang-undang
sekiranya dilanggar. Amalan masyarakat pula telah dinilai
melalui temu bual mendalam semi berstuktur dengan
responden hakim-hakim daripada mahkamah syariah terpilih
dan beberapa orang pengurus rumah anak yatim di sekitar
Lembah Klang. Kajian ini justeru, dijalankan bagi melihat
pengurusan nafkah anak yatim dan tanggungjawab ahli waris
yang berevolusi dari fiqh seterusnya kepada undang-undang
bertulis di Malaysia. Antara metodologi yang digunakan ialah
analisis kandungan dan temu bual mendalam bagi kajian
kualitatif. Manakala bagi kajian kuantitatif, kajian ini
menggunakan soalan kajian selidik bagi mengumpulkan data
dan borang soal selidik yang diedarkan di sekitar Lembah
Pantai, Kuala Lumpur. Metodologi analisis kandungan
digunakan bagi melihat teori fiqh dan undang-undang,
sementara kajian edaran soal selidik kepada 400 responden
telah dijalankan bagi menilai tahap kefahaman masyarakat.
Hasil temu bual mendapati bahawa tahap pengamalan
masyarakat dalam tuntutan nafkah anak yatim terhadap ahli
waris masih lagi di peringkat yang rendah. Dari segi amalan
sosial pula mendapati tahap kesedaran ahli waris untuk
memberikan sokongan sama ada dari segi material (nafkah)
atau moral selepas anak-anak yatim diserahkan ke rumah
jagaan anak-anak yatim juga adalah sangat tidak memuaskan.
Kesimpulannya, kefahaman masyarakat mengenai
tanggungjawab ahli waris dalam nafkah anak yatim adalah
pada tahap yang agak memuaskan, namun bukan bagi tahap
amalan dan pelaksanaan sepertimana yang telah dilaporkan di
dalam hasil temu bual.
Kata kunci: Pengurusan Nafkah, Anak Yatim, Ahli Waris,
Kefahaman, Amalan Masyarakat
I. Pengenalan
Malaysia merupakan negara yang sangat prihatin dengan
aktiviti berkebajikan. Hal ini dapat kita lihat melalui
wujudnya badan kerajaan yang khusus bagi menjaga
kebajikan masyarakatnya seperti Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) dan juga badan-badan bukan kerajaan
(NGO) yang begitu banyak menganjurkan pelbagai aktiviti
dan menyediakan perlindungan buat mereka yang kurang
bernasib baik. Selain daripada memberi perlindungan
kepada gelandangan serta program pemulihan akhlak, di
Malaysia juga terdapat banyak rumah anak yatim yang
didirikan bagi memberi perlindungan kepada anak-anak
yatim dan fakir miskin.
Namun, di sebalik gambaran imej masyarakat Malaysia
yang prihatin, sebenarnya juga mencerminkan sisi yang
kurang baik iaitu ramai ibu tunggal dan anak yatim yang
hidup dalam kesusahan selepas kematian ketua keluarga
yang menyara mereka. Ia juga menggambarkan ahli
keluarga atau waris terdekat tidak mengambil berat dan
mempunyai kesedaran untuk memikul tanggungjawab
sebagai ahli waris bagi menyara ibu dan anak-anak ini
Paper No 027
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018)
setelah kematian saudara mereka. Sedangkan syarak telah
menjelaskan di antara tanggungjawab ahli waris selain
menjadi wali nikah kepada cucu atau anak saudaranya ialah
memberi nafkah kepada ibu dan anak-anak ini setelah
kematian bapa mereka sepertimana yang termaktub dalam
firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah ayat 233 (Ibn
Kathir, 2001) yang bermaksud:
“Dan kewajiban ayah memberi
makan dan pakaian kepada para
ibu dengan cara ma’ruf.
Seseorang tidak dibebani
melainkan menurut kadar
kesanggupannya. Janganlah
seorang ibu menderita
kesengsaraan kerana anaknya
dan seorang ayah kerana
anaknya, dan waris pun
berkewajiban demikian.”
Anak yatim juga adalah anak yang memerlukan kasih
sayang dan belaian seorang ibu. Amat malang sekiranya ibu
dan anak ini terpaksa dipisahkan dan terpaksa berpisah
disebabkan ibu perlu keluar untuk berkerja dan mencari
rezeki bagi menampung kehidupan beliau dan anak-anak
beliau. Anak yatim yang sepatutnya dibantu oleh keluarga
terdekat atau ahli waris mengikut hukum syarak dari segi
kewangan dan mampu mendapat kasih sayang sepenuhnya
daripada seorang ibu, kini terpaksa berpisah dengan ibu
mereka kerana dihantar ke rumah penjagaan anak-anak
yatim. Banyak kajian menunjukkan bahawa anak yatim
terabai dari segi psikologi dan emosi kerana terpaksa
berpisah dengan ibu mereka lantaran kekangan sokongan
dan kewangan. Menurut Jamaludin Ramli, Azizi Yahaya,
Noordin Yahaya & Siti Zainab Md. Lazin@Md. Lazim
(2018), anak –anak yatim yang dihantar ke rumah anak-
anak yatim terutama tanpa lawatan dan sokongan daripada
ibu dan keluarga terdekat mengalami kemurungan walaupun
dalam tahap yang ringan. Berdasarkan keputusan kajian
oleh Roslee Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa (2004)
pula mendapati bahawa anak-anak yatim mempunyai
permasalahan emosi seperti memerlukan kasih sayang
daripada penjaga, mengalami tekanan hidup dan sering
berasa tidak berpuas hati. Menurut kajian ini lagi, di sebalik
kemudahan dan bantuan kewangan yang diterima di rumah
anak yatim ini, ada anak yatim yang masih bimbang tidak
mendapat kasih sayang daripada keluarga. Ini menunjukkan
bahawa kasih sayang daripada penjaga terutamanya
daripada ibu atau ahli keluarga terdekat sangat diperlukan
oleh anak-anak yatim ini, dan sekiranya ahli waris
memainkan peranan dan tanggungjawabnya, hal perpisahan
dan kekurangan kasih sayang antara ibu dan anak atau
keluarga terdekat mungkin mampu diminimakan. Justeru
kajian ini dijalankan bagi melihat pengurusan nafkah anak
yatim dan tanggungjawab ahli waris yang berevolusi dari
fiqh seterusnya kepada undang-undang bertulis di Malaysia
serta kefahaman dan amalannya di dalam masyarakat.
II. Skop Kajian
Kajian ini yang bertemakan kepada pengurusan nafkah anak
yatim memfokuskan peranan dan tanggungjawab ahli waris
sebagai orang yang mula-mula bertanggungjawab untuk
menafkahi anak yatim selepas bapa sebenar mereka. Kajian
ini meninjau kitab-kitab fiqh terutama daripada mazhab
Syafi’i bagi melihat teori mengenai tanggungjawab ahli
waris dalam nafkah anak yatim yang telah digariskan oleh
syarak. Seterusnya, kajian ini menelusuri enakmen, akta dan
arahan amalan yang telah mengkodifikasikan
tanggungjawab ahli waris di dalam undang-undang keluarga
Islam Malaysia. Bagi melihat kefahaman masyarakat dan
amalannya, soal selidik masyarakat dan temu bual terhadap
responden hakim dan para pengurus rumah anak yatim telah
dijalankan di sekitar Lembah Klang bagi tempoh Julai 2017
sehingga Febuari 2018.
III. Metodologi Kajian
A. Kaedah Temu bual
Bagi menilai tahap amalam masyarakat berkenaan
tanggugjawab ahli waris terhadap nafkah anak yatim, temu
bual terhadap empat orang hakim mahkamah syariah
melalui persampelan bertujuan telah dijalankan bagi
mendapatkan perspektif undang-undang terhadap
tanggungjawab ahli waris dan kes yang diperintahkan.
Tahap amalan masyarakat juga turut dinilai daripada temu
bual yang dijalankan ke atas beberapa orang pengurus
rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang.
B. Kaedah Soal Selidik
Kajian ini melibatkan 400 orang responden dan dijalankan
di sekitar kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Responden-responden ini dipilih secara rawak berdasarkan
kepada lima zon yang mewakili pendapatan tinggi,
sederhana dan rendah.
Satu set soal selidik telah dibentuk bersesuaian dengan
objektif dan persoalan kajian yang dibuat. Pengkaji
mengedarkan satu set borang soal selidik (questionnaire)
bagi mendapatkan maklumat tentang kesedaran dan
kefahaman masyarakat Islam berwarganegara Malaysia di
kawasan kajian mengenai tanggungjawab sebagai ahli waris
dalam nafkah anak yatim. Borang soal selidik ini terbahagi
kepada 2 bahagian iaitu: Bahagian A: Maklumat diri yang
merangkumi jantina, umur, pendapatan bulanan, status
pekerjaan, tahap pendidikan dan tahap tertinggi pendidikan
agama. Bahagian B: 21 soalan berkaitan kefahaman tentang
konsep anak yatim dan nafkah anak yatim, konsep ahli
waris dan tanggungjawab ahli waris dan pengetahuan
terhadap peruntukan undang-undang Syariah di Malaysia.
Responden diberi tiga pilihan jawapan iaitu ya, tidak pasti
dan tidak. Jawapan-jawapan responden kemudiannya
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018)
dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS
Statistics.
IV. Kajian Literatur
Apabila membicarakan mengenai pengurusan dan anak
yatim, banyak penulisan telah membincangkan mengenai
bagaimana harta anak yatim yang perlu diuruskan. Siti
Shamsiah Md Supi (2016) pernah mencadangkan agar satu
yayasan ditubuhkan bagi mengembangkan harta anak yatim
seperti di negara Jordan yang telah memberikan bantuan
yang besar terhadap masa depan anak yatim. SS Datuk Dr.
Zulkifli Mohamad al-Bakri (2016) pula menekankan
bahawa para pengurus atau wakil yang menguruskan harta
anak yatim mestilah terdiri daripada mereka yang amanah
dan dipercayai, cerdik dan mampu mengurus harta dengan
baik. Jika harta itu diuruskan oleh perbadanan dan
organisasi pula, hendaklah akaun rasmi dan peribadi mereka
diaudit oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan pecah
amanah dan ketirisan wang harta anak yatim. Hanida Binti
Abdull Samat (2003) pula menyentuh tentang hak anak
yatim dalam harta peninggalan dan infak harta kepada anak
yatim apabila membincangkan mengenai pengurusan
kebajikan anak yatim.
Namun begitu, tidak banyak penulisan yang membicarakan
mengenai pengurusan nafkah anak yatim setelah kematian
sumber pemberi nafkah utama kepadanya iaitu bapa anak
yatim tersebut secara terperinci terutamanya menyentuh
mengenai peranan dan tanggungjwab ahli waris. Antara
kajian terdekat adalah tesis kedoktoran Zaini Nasohah yang
ada menyentuh mengenai kelemahan dari sisi mahkamah
dalam menekankan tanggungjawab ahli waris terhadap
nafkah anak yatim. Menurut Zaini Nasohah (2007), apabila
tuntutan nafkah anak hanya dibuat terhadap bapa, yang
mana apabila bapa gagal dikesan atau bapa tidak mampu
menyara nafkah, maka tuntutan akan terhenti setakat itu
sahaja. Sebaliknya seksyen 73 (2) dan seksyen 74 (2)
Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 boleh
digunakan untuk menuntut nafkah terhadap ahli waris.
Penulis juga ada menyatakan bahawa kewajipan dalam
memberikan nafkah akan berpindah kepada pihak lain atau
ahli waris mengikut susunan yang telah ditetapkan syarak
seperti kepada datuk, ibu dan sebagainya sehinggalah
akhirnya kepada Baitul Mal sekiranya tidak ada langsung
kerabat yang berkemampuan. Walau bagaimanapun, tiada
kupasan mengenai arahan amalan yang berkaitan dengan
seksyen 74(2) tersebut yang menghuraikan siapakan orang
yang boleh diperintahkan oleh mahkamah dalam nafkah
anak yatim. Syarat ahli waris dan syarat anak yatim yang
wajib dan boleh menerima nafkah juga tidak dikupas secara
terperinci. Kajian ini juga tidak melihat kepada kefahaman
dan amalan masyarakat mengenai tanggungjawab ahli waris
dalam nafkah anak yatim.
Suwaid Tapah (1998) juga turut menyentuh perihal
perpindahan kewajipan memberi nafkah oleh waris atau
kaum kerabat terdekat apabila seorang anak kematian
bapanya kurang diambil serius oleh masyarakat Islam di
negara kita. Namun, kajian beliau tidak menyentuh
mengenai tanggungjawab ahli waris terhadap nafkah anak
yatim secara terperinci dan juga tidak melihat kepada
kefahaman dan amalan masyarakat mengenai
tanggungjawab ahli waris dalam nafkah anak yatim. Walau
bagaimanapun beliau ada menekankan bahawa sepatutnya
undang-undang boleh memerintahkan baitulmal negeri-
negeri supaya mengambil alih penyaraan atau nafkah kanak-
kanak yang tidak mempunyai waris atau ada waris.
Zainal Azam Abd Rahman (2006) menekankan bahawa
anak-anak yang kematian bapanya, perlulah diuruskan oleh
datuknya (daripada sebelah bapa) sekiranya ada dan
seterusnya mengikut susunan. Malahan, di bawah tajuk kecil
pengurusan harta anak yatim, penulis tidak menerangkan
secara terperinci mengenai tanggungjawab ahli waris
terhadap nafkah anak yatim, dan tiada kajian yang
menyentuh mengenai kefahaman dan amalan masyarakat
menegai tanggungjawab ahli waris dalam nafkah anak yatim
di negara ini.
Wan Asma’ Wan Abu Bakar dan Sarirah Che Ros (2013)
juga ada menyatakan mengenai soal nafkah anak yatim yang
perlu ditanggung oleh ahli keluarganya yang berada, tanpa
memperincikan bagaimana kedudukan ahli waris dalam hal
tersebut. Kajian ini juga ada menyatakan berkenaan
peruntukan nafkah anak yang termaktub dalam seksyen 72
(2) Akta 303, Akta Undang-Undang Keluarga Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 tanpa mengaitkannya
dengan ahli waris.
Nurul Huda Yaakob dan Abdul Bari Awang (2011) pula
membicarakan mengenai kaedah menafkahkan anak yatim
yang dijalankan ke atas pertubuhan atau institusi yang
memelihara kebajikan anak yatim. Walaupun begitu, kajian
ditekankan kepada peranan institusi tersebut dalam
membiayai nafkah anak-anak yatim dan bukan
memfokuskan tentang peranan dan tanggungjawab ahli
waris dalam nafkah anak yatim.
V. Pengurusan Nafkah Anak
Yatim Menurut Perspektif
Fiqh
Islam telah menetapkan aturan-aturan yang dapat memberi
kemaslahatan dan jaminan sosial kepada manusia termasuk
aspek hak anak yatim. Menelusuri teks-teks Fiqh dan
hukum-hakam Islam, asas pengurusan dalam hal ehwal anak
yatim yang sudah kematian bapanya telah dibincangkan
dengan terperinci. Ini merangkumi hak penyusuan, hak
aqiqah, hak nafkah, hak memelihara anak yatim, hak
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018)
menjaga harta anak yatim dan hak pensabitan nasab anak
yatim. Bagi memfokuskan perbincangan dalam kajian ini,
penekanan akan diberikan kepada perbincangan hak nafkah
anak yatim dan tanggungjawab ahli waris dalam
memberikan nafkah.
A. Hak Nafkah Anak Yatim
Suruhan dan perintah daripada Allah untuk memberi
nafkah kepada anak yatim, menjaga kebajikan serta berbuat
baik kepada mereka telah dirakamkan dalam beberapa surah
sebagaimana dalam ayat Surah al-Nisa’: ayat 36 dan Surah
Al-Baqarah: ayat 215. Terdapat perbahasan para ulama dan
fuqaha mengenai perihal anak yatim, bermula apabila
seseorang perempuan sedang mengandung kematian suami
hinggalah anak yang dilahirkan mencapai usia baligh
(Hanan Karkuti, 2003).
Menurut hukum fiqh, sumber nafkah anak yatim adalah
daripada hartanya sendiri jika dia mempunya harta, dan jika
dia tidak mempunyai harta, sumber nafkah untuknya adalah
daripada waris, dan jika dia tidak mempunyai waris, maka
hak nafkah untuknya perlu diberikan oleh baitulmal
(Wizarah al-Awqaf wa al-Syuun al-Islamiyah al-Kuwait,
1983).
Mengenai kadar nafkah yang perlu diberikan oleh waris
kepada anak yatim adalah tidak ditentukan, tetapi masih
tidak terkeluar daripada konsep ma’ruf iaitu mencukupi
(Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Sharbaji,
2009). Kadar cukup pula diukur mengikut kepada uruf atau
adat setempat, kebiasaan dan kemampuan orang yang
memberi nafkah.
Melihat pada tempoh yang berhak bagi anak yatim
untuk menerima nafkah, para imam mazhab berbeza
pandangan dalam soal ini. Mazhab Hanafi dan mazhab
Maliki membezakan tempoh atau usia bagi anak lelaki dan
perempuan. Menurut Ibn al-Humam (1995), di dalam mazhab Hanafi, anak lelaki berhak menerima nafkah
sehingga mencapai umur yang membolehkannya bekerja
walaupun belum mencapai usia baligh, manakala anak lelaki
di dalam mazhab Maliki sehingga mencapai usia akil baligh
iaitu 18 tahun (Al- Shazali,1938). Tempoh bagi anak
perempuan berhak menerima nafkah bagi kedua-dua
mazhab tersebut berakhir setelah berkahwin kerana secara
semulajadi seorang perempuan tidak mampu untuk menyara
hidup mereka (Nizam al- Din wa Jama’ah min Ulama’ al-
Hind al-A’lam , 2002). Selain itu, mazhab Syafi’i dan
mazhab Hanbali tidak membezakan tempoh bagi anak lelaki
dan perempuan. Al-Mawardi (1999) telah menyatakan
bahwa di dalam mazhab Syafi’I, anak lelaki dan perempuan
diberikan tempoh sehingga mencapai usia baligh 15 tahun
(Al-Syatiri, 2003) untuk layak mendapatkan nafkah.
Berbeza dengan mazhab Hanbali yang tidak menetapkan
sebarang tempoh yang khusus bagi anak lelaki dan
perempuan. Namun demikian, selagi anak-anak tersebut
hidup dalam keadaan miskin dan tidak mempunyai
pendapatan, mereka berhak dan layak untuk menerima
nafkah (Al- Buhuti , 2003).
Justeru, berdasarkan pandangan majoriti ulama,
anak yatim sama ada yang masih di bawah umur atau telah
dewasa, dan sama ada lelaki atau perempuan, selagi mereka
tidak mempunyai harta dan tidak mampu menyara
kehidupan, mereka berhak dan layak untuk menerima
nafkah (Badruddin Hj. Ibrahim dan Azizah Mohd, 2013).
Menurut penulis lagi, ketidakmampuan tersebut sama ada
dari segi terkena penyakit kronik, mempunyai masalah
mental atau gila, mengalami kecacatan fizikal atau juga
kerana sedang mengikuti pengajian, atau sukar untuk
mendapatkan perkerjaan.
B. Tanggungjawab Ahli Waris Dalam
Memberikan Nafkah.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sumber nafkah
anak yatim diperolehi daripada ahli waris sekiranya anak
yatim tidak mempunyai harta sendiri. Ini bererti ahli waris
berperanan mengurus harta anak yatim selagi anak yatim
belum layak mengurus hartanya sendiri dan juga perlu
bertanggungjawab memberikan nafkah kepada anak yatim.
Menurut Mohd Zamro Muda (2006), antara golongan yang
termasuk dalam kategori ahli waris (al-warith) ini adalah
ashab al-furud, ‘asabah dan dhawi al-arham.
Ulama berbeza pendapat dalam menentukan
kategori waris mana yang berkewajipan dalam menafkahi
anak yatim. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang
dikemukakan oleh para fuqaha, pendapat yang terkuat
(rajih) adalah pendapat mazhab Hanafi dan mazhab
Hanbali. Pendapat tersebut mewajibkan nafkah anak yatim
ke atas waris-waris yang mempunyai hubungan dari segi
perwarisan (ashab al-furud dan ‘asabah) dan seterusnya
hubungan kerabat pewaris (dhawi al-arham) sekiranya tidak
mempunyai ahli waris pewarisan (Abd al-Ahad, 1412-
1413H). Hal demikian telah difirmankan oleh Allah SWT
dalam ayat 233 surah al-Baqarah bahawa nafkah wajib ke
atas semua waris.
Dalam mazhab Syafi’i, nafkah anak wajib
ditanggung oleh usul-usulnya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek
hingga ke atas) dengan didahulukan usul lelaki sebelum usul
perempuan. Selama masih ada usul lelaki (bapa, datuk
hingga seterusnya), nafkah tidak ditanggung oleh usul
perempuan (ibu, nenek hingga seterusnya). Bagi anak yang
kematian bapa atau bapanya tidak mampu, nafkahnya wajib
ditanggung oleh datuknya, diikuti oleh bapa kepada
datuknya hinggalah seterusnya ke atas. Waris yang lebih
dekat didahulukan daripada waris yang jauh. Jika anak
mempunyai datuk dan juga bapa kepada datuknya,
nafkahnya wajib ditanggung oleh datuk kerana ia lebih
dekat. Jika sama-sama dekat seperti si anak mempunyai
datuk sebelah bapa (iaitu bapa kepada bapanya) dan juga
datuk sebelah ibu (iaitu bapa kepada ibunya), kewajipan
nafkah dikongsi bersama. Menurut al-Mawardi (1999),
apabila tidak ada datuk atau datuk yang ada tidak mampu,
barulah kewajipan nafkah berpindah kepada usul-usul
perempuan (iaitu ibu atau nenek atau yang lebih atas).
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018)
Justeru, apabila berlaku ketiadaan waris, di mana
jika ibu atau bapanya seorang gelandangan, maka hak
nafkah anak yatim tersebut menjadi tanggungjawab pihak-
pihak yang dinyatakan di atas. Setelah ketiadaan pihak-
pihak tersebut, menjadi tanggungjawab baitulmal
menguruskannya. Namun demikian, seandainya pihak
baitulmal tidak juga berkemampuan untuk memberi bantuan
kepada anak yatim, hak nafkah tersebut menjadi
tanggungjawab kepada masyarakat Islam yang
berkemampuan untuk menafkahi mereka (Abd al-Ahad,
1412-1413H). Hal ini kerana meninggalkan nafkah ke atas
anak yatim akan membawa keburukan kepada mereka,
sebaliknya menjaga keperluan mereka adalah satu
kewajipan. Tanggungjawab ini menjadi fardu kifayah ke
atas masyarakat, yang mana sekiranya telah dilakukan oleh
sebahagian masyarakat, maka gugurlah kewajipan tersebut
ke atas sebahagian yang lain dan sekiranya semua
meninggalkannya, maka boleh menjadi suatu dosa ke atas
mereka semua (Abd Al-Ahad, 1412-1413H).
Ahli waris juga mempunyai peranan yang besar
dalam menguruskan harta anak yatim sekiranya anak yatim
tersebut mempunyai harta. Sebagaimana dalam hukum
syarak, harta yang dimiliki anak tersebut perlu diserahkan
kepada mereka apabila mereka telah melepasi usia baligh.
Namun, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa
kelayakan anak yatim perlu dilihat berdasarkan
kecerdikannya atau dalam istilah Arab iaitu “rusyd” (Hanan
Karkuti, 2003).
Mengenai anak yatim perempuan, menjadi
tanggungjawab ahli waris untuk menafkahi mereka sehingga
mereka berkahwin. Jadi, dalam urusan pernikahan, menjadi
tanggungjawab ahli waris untuk menguruskannya
terutamanya dalam urusan wali mengikut sebagaimana yang
dianjurkan oleh hukum syarak.
Secara umum, syarat wajib nafkah anak yatim ke
atas ahli waris adalah seperti berikut (Abd al-Ahad, 1412-
1413H):
1- Anak yatim tidak memiliki harta yang mencukupi bagi
membiayai keperluannya.
2- Anak yatim lemah untuk mencari pendapatan atau
bekerja. Lemah di sini memberi beberapa maksud lemah
disebabkan masih kecil atau belum sampai tahap umur
bekerja, lemah disebabkan anak yatim seorang perempuan
dan lemah disebabkan kesibukan dalam menuntut ilmu.
Hal ini kerana apabila anak yatim menyibukkan diri dengan
bekerja, maka perkara ini boleh menyebabkan mereka tiada
waktu untuk meneruskan pengajian. Menurut Zaydan
(1994), menuntut ilmu dikira sebagai keuzuran yang
menghalangnya daripada bekerja atau mencari pendapatan.
Ini juga bermakna, anak yatim akan hilang kelayakan
nafkah bila berkahwin dan mempunyai pendapatan yang
mencukupi keperluannya dengan syarat juga pekerjaannya
tidak mendedahkan dirinya kepada percampuran (iktilat)
dgn lelaki dan fitnah.
3- Ahli waris merupakan seorang yang senang atau
berkemampuan. Kesenangan menurut jumhur ialah
mempunyai lebihan daripada keperluan wajib dan utama
4- Persamaan agama antara anak yatim dan ahli waris:
Menurut pendapat terkuat dalam mazhab Hanbali dan satu
pandangan dalam mazhab Syafi’i, disyaratkan persamaan
agama antara anak yatim dan ahli waris. Walau
bagaimanapun, menurut majoriti ulama dari kalangan
mazhab Hanafi dan Syafi’i dan satu pandangan daripada
mazhab Hanbali, tidak disyaratkan persamaan agama antara
anak yatim dan ahli waris sekiranya kedua-dua pihak
daripada asal nasab
(Umudi al nasab) iaitu usul dan furu’ (Abd al-Ahad, 1412-
1413H).
Daripada perbincangan di atas, jelas bahawa
pengurusan nafkah anak yatim menurut perspektif fiqh
bermula dengan organisasi keluarga daripada ahli waris
(ashab al-furud dan ‘asabah) dan kerabat pewaris (dhawi
al-arham) terlebih dahulu. Jika ahli waris atau kerabat
pewaris tidak berkemampuan atau tiada, barulah jaminan
sosial ini menjadi tanggungjawab pemerintah seterusnya
masyarakat. Dalam hal ini, pemerintah melalui baitulmal
perlu memberikan nafkah kepada anak yatim dan menjaga
kebajikan mereka. Jika baitulmal tidak mempunyai harta
mencukupi, maka masyarakat harus memainkan peranan
dalam pengurusan nafkah anak yatim (Abd al-Ahad, 1412-
1413H). Ketetapan hak nafkah anak yatim di dalam Islam
justeru, tetap dijamin walau apa keadaan sekali pun.
VI. Pengurusan Nafkah Anak
Yatim Menurut Undang-
undang Keluarga Islam di
Malaysia
Ketetapan mengenai pengurusan nafkah anak
termasuklah bagi anak yatim telah dinyatakan dalam syariat
Islam dan diperincikan dalam perbincangan para fuqaha’
khususnya dalam bab al-munakahat. Seiring dengan
perkembangan pengajian syariah, ketetapan-ketetapan
dalam fiqh telah diperundangkan dan dikodifikasi secara
sistematik pada fasa tajdid atau kebangkitan (Abdul Latif
Muda, 2003). Aktiviti mengkanunkan fiqh bermula di Turki
melalui penyusunan undang-undang sivil Islam oleh
Kerajaan Uthmaniyyah Turki pada 1876 masihi yang
dikenali dengan nama Majallat al-Ahkam al- ‘Adliyyah. Ia
diguna pakai di semua mahkamah di wilayah Turki serta
wilayah lain yang berada di bawah kekuasaan empayar
Turki (Abdul Latif Muda, 2003). Usaha pengkanunan
undang-undang ini kemudiannya diperluaskan kepada
hukum fiqh yang lain dan turut diikuti oleh negara-negara
Islam lain. Undang-undang keluarga Islam contohnya, telah
digubal di Mesir dengan nama Qanun li al-zawaj wa al-
Talaq pada tahun 1917 masihi dan Qanun Huquq al- ‘A’ilah
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018)
digubal di Turki pada tahun 1917 masihi (Abdul Latif
Muda, 2003). Kedua-dua undang-undang ini memberi
penumpuan terhadap hukum perkahwinan dan perceraian.
Undang-undang keluarga Islam berasaskan fiqh ini
kemudiannya mengalami beberapa pindaan dan kemaskini
agar dapat dilaksanakan dalam konteks semasa. Antara
ketetapan yang diperundangkan dalam undang-undang
keluarga Islam tersebut termasuklah mengenai nafkah
(Abdul Latif Muda, 2003).
Perkembangan dalam pengajian syariah ini
membawa satu evolusi dalam aspek pelaksanaan ketetapan-
ketetapan syariat Islam secara umum dan pengurusan nafkah
anak yatim secara khusus. Ini kerana melalui perundangan,
ketetapan syariat ini mempunyai kuat kuasa berbanding
ketetapan fiqh yang bersifat tuntutan keagamaan sahaja.
Implikasinya, pelanggaran kepada ketetapan yang
diperuntukkan melalui undang-undang boleh menyebabkan
hukuman dikenakan ke atas pelaku. Dalam hal ini,
kemaslahatan pihak-pihak yang telah ditetapkan haknya
oleh syariat Islam lebih terpelihara termasuklah anak yatim.
Pelanggaran kepada kewajipan menjelaskan nafkah anak
yatim justeru, bukan sahaja mengakibatkan dosa kepada
pelaku dengan janji azab di akhirat, tetapi boleh dikenakan
tindakan perundangan di dunia. Ringkasnya, pengkanunan
fiqh oleh pemerintah dapat memastikan tanggungjawab
yang ditetapkan oleh syariat ke atas pihak tertentu bagi
kemaslahatan pihak tertentu dipatuhi dengan sewajarnya
(Suwaid Tapah, 1998).
Dalam konteks Malaysia, persoalan nafkah anak
dan undang-undang keluarga Islam adalah di bawah bidang
kuasa negeri. Justeru, peruntukan mengenainya
diperundangkan di peringkat negeri masing-masing. Dalam
tulisan ini, peruntukan undang-undang yang dirujuk bagi
tujuan perbincangan adalah Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUUKI 2003).
Secara umum, terdapat sembilan peruntukan berkenaan
nafkah anak di dalam enakmen ini merangkumi anak
kandung, anak yatim, anak yang diterima sebagai ahli
keluarga dan anak tak sahtaraf. Peruntukan mengenai
nafkah anak yang bermula daripada seksyen 61 sehingga
seksyen 81, meliputi beberapa aspek seperti kuasa
mahkamah untuk memerintahkan nafkah bagi seseorang
tertentu, kelayakan pemberi dan penerima nafkah dalam
pentaksiran nafkah, kewajipan menanggung nafkah, tempoh
perintah nafkah, tuntutan tunggakan nafkah dan kuasa
mahkamah dalam memerintahkan nafkah.
Dalam keadaan biasa, kewajipan menanggung
nafkah anak adalah menjadi tanggungjawab seorang bapa.
Ini jelas diperuntukkan dalam seksyen 73 (1). Namun,
dalam keadaan seorang anak yang kehilangan bapa, nafkah
anak tetap dijamin melalui seksyen 73 (2) seperti berikut:
“Kecuali seperti tersebut di atas, adalah
menjadi kewajipan seseorang yang
bertanggungan di bawah Hukum Syara',
supaya menanggung nafkah atau memberi
sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika
bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat
di mana bapanya berada tidak diketahui atau
jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya
menanggung nafkah mereka.”
Melalui peruntukan di atas, nafkah bagi seorang anak
yang telah kematian bapa diwajibkan ke atas seseorang yang
bertanggungan di bawah Hukum Syara’ atau ahli waris.
Ketetapan ini juga terpakai bagi anak yang masih
mempunyai bapa, namun terputus hubungan atau bapanya
tidak mampu menanggung nafkahnya. Mengenai pihak yang
bertanggungan, ianya dijelaskan melalui Arahan Amalan
No. 14 Tahun 2007 berkenaan susunan waris yang
bertanggungan membayar nafkah. Berdasarkan arahan
amalan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia (2007), pihak yang bertanggungan
membayar nafkah bagi anak yatim adalah waris-waris lelaki
mengikut tertib ‘asabah dalam faraid
Bagi syarat kelayakan bagi seorang anak untuk
mendapatkan nafkah dan kelayakan ahli waris untuk
menanggung nafkah pula ditafsirkan melalui seksyen 62
seperti berikut:
“Pada menentukan jumlah sesuatu nafkah
yang hendak dibayar, Mahkamah hendaklah
mengasaskan pentaksirannya terutama sekali
atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak
itu, dengan mengira kadar nafkah itu
berbanding dengan pendapatan orang yang
terhadapnya perintah itu dibuat.”
Kemampuan yang dimaksudkan adalah syarat kepada
layaknya ahli waris untuk diperintahkan nafkah. Ini
bermaksud hanya ahli waris yang mempunyai kemampuan
sahaja yang boleh diperintahkan dalam nafkah anak yatim.
Keperluan pula merujuk kepada syarat yang melayakkan
anak yatim tersebut menerima nafkah. Ini bermakna, anak
yatim yang mempunyai keperluan sahaja yang dibenarkan
untuk menerima nafkah daripada ahli waris, manakala
sekiranya tiada keperluan atau kerana harta anak yatim
tersebut telah mencukupi, maka anak yatim tersebut dikira
sebagai orang yang tidak layak untuk menerima nafkah
(Abdul Walid Abu Hassan, 2017).
Nafkah yang perlu ditanggung oleh ahli waris di
Malaysia meliputi keperluan asas seorang anak sepertimana
yang jelas diperuntukkan di dalam seksyen 73 (1) EUUKI
2003. Ini selari dengan ketetapan nafkah yang dibincangkan
oleh para fuqaha, meliputi tempat tinggal, pakaian,
makanan, perubatan dan pelajaran. Seksyen 74 (3) pula
menyatakan keperluan nafkah asas ini boleh disediakan oleh
ahli waris secara langsung atau dengan membayar kos yang
munasabah kepada penjaga yang menguruskan keperluan
anak yatim tersebut. Asasnya ialah pelaksanaan kewajipan
ini bergantung kepada kemampuan ahli waris tersebut.
Selain daripada keperluan asas yang diperuntukkan melalui
undang-undang di atas, terdapat keperluan khas lain yang
diterima sebagai sebahagian daripada nafkah yang boleh
diwajibkan ke atas penanggung nafkah. Melalui kes-kes
yang diputuskan di mahkamah, nafkah tambahan
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018)
bersempena hari raya ditanggungkan juga ke atas
penanggung nafkah. Keputusan ini dilihat meraikan
keperluan anak sesuai dengan uruf tempatan di Malaysia.
Dalam kes Rasnah lwn Safri contohnya, mahkamah telah
membenarkan tuntutan plaintif bagi nafkah dua orang anak
lelakinya termasuk dengan tambahan sebanyak RM250
setahun untuk sambutan hari raya bagi anak pertama dan
RM200 untuk anak yang kedua (Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia, 2002).
Dari sudut tempoh, kewajipan ahli waris
menanggung nafkah anak yatim bermula dengan kematian
bapa. Secara umumnya, kewajipan menanggung nafkah
anak yatim dalam EUUKI 2003 berterusan sehingga anak
tersebut mencapai usia lapan belas tahun. Namun, terdapat
pengecualian yang membolehkan tempoh tersebut
dipendekkan atau dipanjangkan lagi seperti yang dinyatakan
dalam seksyen 80 seperti berikut:
“80. Kecuali—
(a) jika sesuatu perintah mengenai nafkah
seseorang anak dinyata sebagai selama tempoh
yang lebih singkat;
(b) jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan;
atau
(c) jika sesuatu perintah itu dibuat untuk—
(i) seseorang anak perempuan yang belum
berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu
hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak
berkebolehan menanggung nafkah dirinya; atau
(ii) seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu
hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak
berkebolehan menanggung nafkah dirinya,
perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak
itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi
Mahkamah boleh atas permohonan oleh anak
itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan
perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa
tempoh tambahan yang difikirkannya
munasabah, bagi membolehkan anak itu
mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau
lebih tinggi.”
Daripada peruntukan di atas, jelas bahawa tempoh
penanggungan nafkah anak yatim adalah berdasarkan
keperluan anak tersebut. Jika anak yatim tersebut boleh
menanggung nafkah dirinya sendiri, maka ahli waris tidak
lagi berkewajipan memberikan nafkah. Namun, jika anak
tersebut telah hilang upaya atau tidak berkemampuan
menanggung nafkah untuk dirinya, kewajipan memberikan
nafkah kekal ke atas ahli waris walaupun umur anak tersebut
melebihi lapan belas tahun. Begitu juga dengan anak
perempuan yang tetap berada di bawah tanggungjawab
penjaganya sehingga berkahwin. Seterusnya, keperluan anak
untuk mendapatkan nafkah yang diambil kira selepas
melebihi lapan belas tahun ini termasuklah keperluan
melanjutkan pengajian di peringkat tinggi atau mengikuti
latihan lanjut yang munasabah. Jika tanggungjawab
memberikan nafkah dalam tempoh ini diabaikan, tuntutan
terhadap tunggakan nafkah boleh dibuat sepertimana yang
diperuntukkan melalui seksyen 78 iaitu ‘menuntut
tunggakan nafkah seseorang anak’.
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, boleh
disimpulkan bahawa kebajikan anak yatim dalam aspek hak
nafkah diuruskan dengan baik melalui saluran perundangan
di Malaysia. Ini lebih jelas dapat dilihat melalui peruntukan
di dalam Seksyen 74 yang memberikan kuasa kepada
mahkamah untuk memerintahkan kewajipan nafkah dan
Seksyen 75 yang memerintahkan cagaran bagi nafkah ke
atas ahli waris yang cuai dalam melaksanakan kewajipan.
Begitu juga dengan kuasa yang diperuntukkan oleh undang-
undang kepada mahkamah di dalam Seksyen 76 untuk
mengubah perintah atau perjanjian di dalam Seksyen 77
mengenai penjagaan dan nafkah anak bagi menjamin
kebajikan anak tersebut. Pelanggaran kepada perintah
mahkamah ini bahkan boleh menyebabkan pihak berkenaan
diambil tindakan perundangan sebagaimana di dalam
Seksyen 75 (2).
Peruntukan-peruntukan ini adalah penting
terutamanya bagi masalah yang berbangkit daripada sikap
tidak cakna masyarakat terhadap kewajipan yang
disyariatkan ini seperti yang dilaporkan dalam kajian
terdahulu (Suwaid Tapah, 1998). Walau bagaimanapun,
kuasa mahkamah membuat perintah ini tertakluk kepada
tuntutan yang dibuat kepada mahkamah dan bergantung pula
kepada kecaknaan ibu atau penjaga anak yatim itu sendiri
bagi menuntut hak tersebut.
VII. Kefahaman dan amalan
masyarakat terhadap
tanggungjawab nafkah anak
yatim
A. Kefahaman Masyarakat Terhadap
Tanggungjawab Nafkah Anak Yatim
Kefahaman masyarakat diperolehi daripada analisis
deskriptif daripada borang soal selidik masyarakat terhadap
tiga aspek iaitu konsep anak yatim dan nafkah anak yatim,
konsep ahli waris dan tanggungjawab ahli waris dan
peruntukan undang-undang mengenai kedudukan nafkah
anak yatim di Malaysia.
1) Konsep anak yatim dan nafkah anak
yatim:
Berdasarkan hasil dapatan soal selidik di dalam JADUAL 1,
majoriti responden (94.2%) mengetahui bahawa anak yatim
ialah anak yang kematian ibu atau bapa, dan anak yatim
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018)
piatu ialah anak yang kematian ibu dan bapa menurut
pengamalan masyarakat di Malaysia. Sementara itu, lebih
separuh responden tidak mengetahui dan tidak pasti
sebenarnya status anak yatim di dalam Islam hanya
diberikan kepada seseorang yang belum baligh iaitu
sebanyak 36.9% (tidak mengetahui) dan 14.6% (tidak pasti).
Dalam hukum Islam, selain daripada bapa
meninggal dunia, ahli waris juga perlu menanggung nafkah
anak bagi keadaan bapanya dipenjarakan, bapa sakit yang
tidak mampu bekerja dan bapa ghaib atau hilang. Malah,
perkara ini telah dinyatakan di dalam peruntukan Undang-
undang Keluarga Islam di Malaysia. Majoriti responden
menyatakan mereka sangat memahami bahawa nafkah anak
yatim perlu ditanggung oleh ahli waris apabila bapa
meninggal dunia dengan peratusan tertinggi iaitu 93.2%,
diikuti oleh keadaan bapa ghaib atau hilang dengan 67.6%
dan bapa sakit yang tidak mampu bekerja dengan catatan
sebanyak 60.2%. Bagi keadaan bapa dipenjarakan, hanya
48.3% responden mengetahui hal tersebut.
Dari sudut syarat penerimaan nafkah oleh anak yatim, iaitu
ahli waris hanya berkewajipan menanggung nafkah anak
yatim sekiranya anak yatim tidak mempunyai harta untuk
membiayai keperluan hidupnya, hanya separuh responden
mengetahui iaitu 56.9% manakala 24.6% responden
mengetahui dan 18.5 % lagi tidak pasti.
PERKARA PERATUSAN (%)
Anak yatim ialah anak yang
kematian ibu atau bapa,
manakala anak yatim piatu
ialah anak yang kematian
ibu dan bapa menurut
pengamalan masyarakat di
Malaysia.
TAHU
(94.2%)
TIDAK
TAHU
(3.8%)
TIDAK
PASTI
(2.0%)
Status anak yatim di dalam
Islam diberikan hanya
kepada seseorang yang
belum baligh.
TAHU
(48.5%)
TIDAK
TAHU
(36.9%)
TIDAK
PASTI
(14.6%)
Ahli waris perlu
menanggung nafkah anak
yatim sekiranya bapa anak
yatim tersebut:
i. Bapa meninggal
dunia
TAHU
(93.2%)
TIDAK
TAHU
(1.0%)
TIDAK
PASTI
(5.8%)
ii. Bapa dipenjarakan
TAHU
(48.3%)
TIDAK
TAHU
(21.0%)
TIDAK
PASTI
(30.7%)
iii. Bapa sakit yang
tidak mampu
bekerja
TAHU
(60.2%)
TIDAK
TAHU
(14.9%)
TIDAK
PASTI
(24.9%)
iv. Bapa ghaib/hilang
TAHU
(67.6%)
TIDAK
TAHU
(8.0%)
TIDAK
PASTI
(24.4%)
Ahli waris hanya
berkewajipan menanggung
nafkah anak yatim
sekiranya anak yatim
tersebut tidak berharta.
TAHU
(56.9%)
TIDAK
TAHU
(24.6%)
TIDAK
PASTI
(18.5%)
JADUAL 1: Konsep Anak Yatim & Nafkah Anak Yatim
2) Konsep ahli waris dan tanggungjawab
ahli waris:
Merujuk kepada hasil keputusan bagi aspek ini
seperti mana yang dipaparkan di dalam JADUAL 2, 91.5%
responden mengetahui bahawa ahli waris adalah antara
orang yang bertanggungjawab dalam menanggung nafkah
anak yatim, manakala 3% tidak bersetuju dengan kenyataan
ini. Namun, 5.5% lagi meletakkan pandangan tidak pasti. Ini
menunjukkan bahawa pengetahuan mengenai kewajipan ahli
waris dalam menanggung nafkah anak yatim adalah tinggi
dan bukanlah perkara asing dalam pengetahuan masyarakat
dalam kajian ini.
Bagi golongan ahli waris yang perlu bertanggungjawab
dalam nafkah anak yatim, sebanyak 89.6% responden
bersetuju bahawa ahli waris terdiri daripada datuk, bapa
saudara sebelah bapa, sepupu lelaki sebelah bapa dan adik
beradik lelaki kepada anak yatim. 2.5% tidak mengetahui
dan 7.8% pula tidak pasti. Bagi susunan ahli waris yang
paling utama iaitu datuk sebelah bapa, 76.4% responden
mengetahuinya. Manakala 62.8% responden juga
mengetahui bahawa sekiranya bapa meninggal dunia,
tanggungjawab nafkah anak yatim berpindah kepada ahli
waris, bukannya ibu anak yatim tersebut. Ini bermaksud ahli
waris dan mereka yang paling bertanggungjawab mengikut
susunan ahli waris juga diketahui pada tahap yang tinggi
dalam kajian ini.
Status ‘anak yatim’ tidak mengurangkan haknya
untuk mendapatkan hak seperti anak-anak yang lain.
Bahkan hak seorang anak bermula semenjak anak tersebut
berada di dalam kandungan ibunya lagi dan begitu jugalah
hak seorang anak yatim sekiranya kematian bapa ketika di
dalam kandungan ibunya. Antara tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan oleh ahli waris terhadap anak yatim ialah
menjalankan aqiqah, mengeluarkan zakat fitrah bagi anak
yatim dan menjadi wali bagi perempuan yatim. Separuh
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018)
responden dalam kajian ini iaitu 56.5% mengetahui bahawa
ahli waris perlu menjalankan aqiqah ke atas anak yatim,
75.3% mengetahui bahawa ahli waris perlu menunaikan
urusan zakat fitrah anak yatim manakala 90.2% amat
maklum bahawa ahli waris perlu bertanggungjawab dalam
urusan perkahwinan bagi anak yatim perempuan. Ini
menunjukkan bahawa ahli waris lebih diketahui peranannya
dalam menjadi wali bagi anak yatim perempuan berbanding
kewajipan memberi nafkah anak yatim yang mencatatkan
sebanyak 89.6% sepertimana yang diterangkan di atas.
Dari sudut syarat tanggungjawab nafkah kepada anak yatim,
lebih separuh responden iaitu 62.7% mengetahui bahawa
ahli waris wajib menanggung nafkah anak yatim yang tidak
berharta sekiranya mereka mempunyai lebihan harta selepas
tanggungan wajib mereka dan 67.3% responden mengetahui
peralihan tanggungjawab adalah kepada baitulmal sekiranya
ahli waris tidak mempunyai lebihan harta.
3) Pengetahuan terhadap peruntukan
undang-undang Syariah di Malaysia:
Aspek undang-undang yang disoal adalah melibatkan
kedudukan nafkah anak yatim dan kedudukan ahli waris di
dalam peruntukan yang sedia ada di dalam peruntukan
Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia.
JADUAL 3 menunjukkan lebih daripada separuh responden
(59.2%) mengetahui bahawa umur bagi anak yatim ialah
tidak melebihi daripada 18 tahun menurut Undang-undang
Keluarga Islam di Malaysia. Sebanyak 78.6% pula
mengetahui bahawa ahli waris perlu menanggung nafkah
anak yatim sehingga berumur 18 tahun berdasarkan
Undang-undang Keluarga Islam yang berkenaan.
Mengenai pengetahuan mengenai adanya peruntukan
undang-undang yang memerintahkan ahli waris supaya
memberi nafkah kepada anak yatim sekiranya bapa
Antara tanggungjawab lain
ahli waris ialah:
i. Menjadi wali
kepada perempuan
yatim
TAHU
(90.2%)
TIDAK
TAHU
(2.5%)
TIDAK
PASTI
(7.3%)
ii. Menjalankan
aqiqah bagi anak
yatim
TAHU
(56.5%)
TIDAK
TAHU
(14.9%)
TIDAK
PASTI
(28.6%)
iii. Mengeluarkan
zakat fitrah bagi
anak yatim
TAHU
(75.3%)
TIDAK
TAHU
(4.5%)
TIDAK
PASTI
(20.2%)
Sekiranya ahli waris
mempunyai lebihan harta
selepas tanggungannya,
beliau wajib menanggung
nafkah anak yatim jika
anak yatim tidak berharta.
TAHU
(62.7%)
TIDAK
TAHU
(6.8%)
TIDAK
PASTI
(30.6%)
Sekiranya ahli waris tidak
mempunyai lebihan harta,
maka tanggungjawab
tersebut boleh berpindah
kepada Baitulmal/pusat
zakat untuk menyara
keperluan anak yatim
tersebut.
TAHU
(67.3%)
TIDAK
TAHU
(6.3%)
TIDAK
PASTI
(26.4%)
JADUAL 2: Konsep Ahli Waris & Tanggungjawab Ahli
Waris
PERKARA PERATUSAN (%)
Ahli waris adalah antara
orang yang
bertanggungjawab untuk
menanggung nafkah anak
yatim.
TAHU
(91.5%)
TIDAK
TAHU
(3.0%)
TIDAK
PASTI
(5.5%)
Senarai ahli waris kepada
anak yatim terdiri
daripada datuk, bapa
saudara sebelah ayah,
sepupu lelaki sebelah
ayah dan adik beradik
lelaki kepada anak yatim
tersebut.
TAHU
(89.6%)
TIDAK
TAHU
(2.5%)
TIDAK
PASTI
(7.8%)
Di dalam Islam, datuk
sebelah bapa adalah
orang yang paling
bertanggungjawab dalam
nafkah anak yatim
selepas ayahnya.
TAHU
(76.4%)
TIDAK
TAHU
(7.5%)
TIDAK
PASTI
(16.1%)
Sekiranya bapa telah
meninggal dunia,
tanggungjawab nafkah
kepada anak yatim
berpindah kepada ahli
waris dahulu, bukannya
ibu anak yatim tersebut.
TAHU
250
(62.8%)
TIDAK
TAHU
51
(12.8%)
TIDAK
PASTI
97
(24.4%)
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018)
meninggal dunia, hilang atau bapa tidak berkemampuan
hanya separuh iaitu 50% responden mengetahuinya.
Namun lebih separuh responden iaitu 56.4% mengetahui
bahawa pihak mahkamah boleh mengambil tindakan ke atas
ahli waris yang ingkar terhadap perintah nafkah terhadap
anak yatim.
Mengenai prosedur tuntutan nafkah anak yatim di
mahkamah, lebih separuh 65.2% responden mengetahui
bahawa ibu atau penjaga kepada anak yatim perlu memohon
untuk mendapatkan perintah nafkah anak yatim di
mahkamah dengan memfailkan tuntutan terlebih dahulu
berbanding 4.3% responden tidak mengetahui dan 30.6%
lagi tidak pasti.
PERKARA PERATUSAN (%)
Umur bagi anak yatim ialah
tidak melebihi daripada 18
tahun menurut Undang-
undang Keluarga Islam di
Malaysia.
TAHU
(59.2%)
TIDAK
TAHU
(16.1%)
TIDAK
PASTI
(24.7%)
Ahli waris yang layak perlu
menanggung nafkah anak
yatim sehingga berumur 18
tahun berdasarkan Undang-
Undang Keluarga Islam di
Malaysia.
TAHU
(78.6%)
TIDAK
TAHU
(4.3%)
TIDAK
PASTI
(17.1%)
Terdapat peruntukan
undang-undang yang
memerintahkan ahli waris
supaya memberi nafkah
kepada anak yatim
sekiranya bapa meninggal
dunia atau bapa tidak
berkemampuan atau bapa
hilang.
TAHU
(50%)
TIDAK
TAHU
(6.5%)
TIDAK
PASTI
(43.5%)
Tindakan undang-undang
boleh diambil ke atas ahli
waris yang ingkar
tanggungjawab terhadap
nafkah anak yatim.
TAHU
(56.4%)
TIDAK
TAHU
(8.3%)
TIDAK
PASTI
(35.3%)
Seseorang itu boleh
memohon untuk
mendapatkan perintah
nafkah anak yatim di
mahkamah.
TAHU
(65.2%)
TIDAK
TAHU
(4.3%)
TIDAK
PASTI
(30.6%)
JADUAL 3: Pengetahuan Terhadap Peruntukan
Undang-Undang Syariah Di Malaysia
VIII. Amalan Masyarakat
Terhadap Tanggungjawab
Nafkah Anak Yatim
Amalan masyarakat diperolehi daripada temu bual bersama
responden kajian ini yang terdiri daripada empat orang
hakim Mahkamah Syariah bagi membincangkan tuntutan
nafkah anak yatim ke atas ahli waris di Mahkamah Syariah
yang berlaku pada masa kini. Mereka adalah Tuan Abdul
Hadi bin Umar, hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak
Barat, Tuan Mohd Fathir bin Md Din dan Puan Maryam
Jameela binti Ali Sabri, hakim-hakim daripada Mahkamah
Rendah Syariah Ampang dan YAA Dato’ Abdul Walid bin
Abu Hassan, hakim Mahkamah Rayuan dan Pakar Rujuk
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Temu bual terhadap tiga orang pengurus rumah anak yatim
turut dijalankan bagi membincangkan mengenai faktor
anak-anak yatim dihantar ke rumah penjagaan anak anak
yatim oleh ahli keluarga mereka dan sokongan yang
diterima oleh anak yatim setelah dihantar oleh ahli keluarga
atau ahli waris ke rumah penjagaan anak-anak yatim.
Mereka adalah Encik Ishak bin Osman, Pengurus Rumah
Bakti Hulu Kelang @ Dato’ Harun, Puan Roslailawati binti
Mohamad, Pengurus Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan
Nur Hidayah, dan Puan Nurul Asyikin binti Mohd Ali,
pengurus Rumah Anak Yatim Shifa.
A. Faktor Anak Yatim Dihantar ke Rumah Anak Yatim
Menurut ketiga-tiga responden pengurus rumah anak yatim,
antara faktor terbesar anak yatim di hantar ke rumah
penjagaan anak-anak yatim adalah kerana ibu atau keluarga
anak yatim tersbut tidak mampu dari sudut kewangan.
Menurut Puan Nurul Asyikin, ibu terutamanya terpaksa
menghantar anak-anak beliau ke situ kerana mempunyai
kekangan masa untuk menjaga anak-anaknya sendiri dan
perlu keluar bekerja. Walau bagaimanapun menurut Encik
Ishak, terdapat ahli waris kepada anak yatim tersebut yang
turut menghantar anak yatim ke rumah penjagaan anak-anak
yatim walaupun kaya dan berada, Hal ini disebabkan faktor
ketidaksefahaman antara anak-anak mereka dengan anak
saudara (anak yatim tersebut) dan bukan atas dasar mereka
tidak mampu dari segi kewangan. Faktor ketiga adalah
kebanyakan rumah penjagaan anak-anak yatim menanggung
pendidikan anak-anak yatim itu sendiri yang bermaksud ibu
atau ahli keluarga sudah boleh berlepas tangan dari segi
pendidikan anak-anak yatim. Ada juga yang merasakan
rumah anak yatim bakal menyediakan pendidikan yang
lebih sempurna kepada anak-anak mereka merangkumi
pendidikan al-Quran, tarbiyyah, dan juga pendidikan
akademik. Antara faktor lain yang terbesar juga adalah ibu
atau ahli keluarga anak yatim itu sendiri yang tidak mampu
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018)
mengawal sebahagian anak-anak yatim yang mempunyai
masalah sosial dan disiplin.
B. Sokongan yang Diterima oleh Anak Yatim Setelah
Dihantar oleh Ahli Keluarga atau Ahli Waris.
Ketiga-tiga orang pengurus rumah penjagaan anak-anak
yatim mengakui bahawa ahli keluarga anak yatim bukanlah
orang yang utama menyumbang bagi nafkah anak-anak
yatim di tempat tersebut, tetapi organisasi atau orang
perseorangan lebih banyak menderma untuk nafkah anak-
anak yatim. Dari segi sokongan moral pula, tidak ramai
anak-anak yatim yang diziarahi atau diambil pulang oleh
ahli keluarga semasa cuti sekolah atau perayaan.
Kebanyakan yang tidak diambil oleh ahli keluarga akan
menghabiskan masa bercuti dan menyambut perayaan di
rumah penjagaan anak-anak yatim sahaja. Secara
keseluruhannya, ketiga-tiga responden mengakui bahawa
tahap kesedaran ahli waris atau ahli keluarga yang
menghantar anak-anak yatim ke rumah penjagaan anak-anak
yatim adalah masih lagi rendah dan tidak memuaskan.
Menurut Encik Ishak, ada pihak (terutama pihak ahli
keluarga anak yatim yang berurusan dengan beliau)
beranggapan bahawa rumah anak yatim adalah tempat
pembuangan anak dan tempat menyelesaikan masalah
disiplin anak. Sementara Puan Nurul pula menegaskan
bahawa masyarakat terutamanya ahli waris terdekat anak-
anak yatim masih tidak sedar, tidak peduli dan tidak ambil
kisah mengenai tangggungjawab mereka dalam menjaga
dan memberi nafkah kepada anak-anak yatim. Menurut
beliau lagi, ahli waris anak yatim lebih suka mempersoalkan
hak harta pusaka, berbanding tangungjawab mereka kepada
anak yatim.
C. Tuntutan Nafkah Anak ke atas Ahli Waris
Secara umumnya menurut keempat-empat orang hakim
yang ditemu bual, kebiasaannya tiada sebarang kes yang
difailkan di mahkamah dalam tuntutan nafkah anak yatim ke
atas ahli waris dalam masa setahun, walaupun peruntukan
tersebut terdapat dalam Undang-Undang Keluarga Islam di
Malaysia. Menurut Tuan Abdul Hadi, sepanjang 4 tahun
beliau berkhidmat sebagai hakim di Mahkamah Rendah
Syariah Gombak Barat, tiada satu pun perintah nafkah ke
atas ahli waris yang pernah dibuat. Menurut YAA Dato’
Abdul Walid, beliau pernah menerima tuntutan nafkah ke
atas ahli waris dalam kes bapa hilang atau ghaib dan belum
pernah menerima tuntutan nafkah ke atas ahli waris dalam
kes bapa meninggal. Sepanjang beliau berkhidmat
mengendalikan kes-kes di mahkamah, tidak banyak tuntutan
yang dibuat, dan jika ada, adalah setelah diajar kepada
pihak-pihak yang berhak membuat tuntutan untuk menuntut
hak anak mereka kepada ahli waris.
Antara sebab kes jarang dituntut menurut keempat-empat
hakim ini adalah kerana si ibu tiada pengetahuan mengenai
hak daan peruntukan berkenaan. Ini menunjukkan
sebahagian masyarakat masih kurang pengetahuan dan
maklumat mengenai hak nafkah anak yatim yang boleh
dituntut ke atas ahli waris yang berkelayakan. Menurut
YAA Dato’ Abdul Walid yang berpengalaman luas dalam
bidang kehakiman dan juga pernah berkhidmat di Jabatan
Peguam Negara, peguam adalah orang yang terutamanya
perlu tahu mengenai hak dan tuntutan ini kerana merekalah
orang yang paling sesuai untuk menasihati masyarakat
untuk menuntut hak mereka di mahkamah.
Terdapat juga hakim yang mengakui bahawa terdapat pihak
yang memilih untuk berbincang di luar iaitu antara pihak
anak yatim dan ahli waris tanpa membawa hal tersebut ke
mahkamah bagi mengelakkan perselisihan faham antara
kaum kerabat.
Menurut keempat-empat orang hakim, seksyen 73 dan
seksyen 61 bagi negeri Selangor boleh digunakan membuat
tuntutan kepada ahli waris bagi membayar nafkah anak
yatim. Bagi melihat hak – hak nafkah anak yatim yang
boleh dituntut adalah sepertimana hak-hak nafkah anak yang
meliputi makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan
pelajaran. Manakala tempoh pembiayaan nafkah adalah
sehingga 18 tahun, atau lebih sekiranya mempunyai
keperluan khas seperti masih belum dapat berdikari dan
menyambung pelajaran sepertimana yang boleh dirujuk
dalam seksyen 80. Antara faktor-faktor mahkamah boleh
perintahkan tuntutan nafkah kepada ahli waris adalah
apabila bapa meninggal dunia, hilang upaya atau ghaib, ahli
waris mempunyai kemampuan dan anak yatim tersebut
mempunyai keperluan. Walau bagaimanapun menurut
keempat-empat hakim, ibu atau pihak anak yatim tersebut
mestilah membuat permohonan tuntutan terlebih dahulu
kepada mahkamah untuk membolehkan mahkamah
mengeluarkan perintah kepada ahli waris yang dikenal pasti.
Dalam hal ini, menurut YAA Dato’ Abdul Walid, seksyen
62 (pentaksiran nafkah) akan digunakan bagi meneliti tahap
kemampuan dan keperluan pihak-pihak yang dituntut dan
menuntut.
Bagi ahli waris yang tidak mahu bertanggungjawab, pihak
mahkamah boleh mengenakan saman dan penjara. Menurut
Tuan Abdul Hadi, tempoh penjara yang boleh dikenakan
adalah selama 30 hari iaitu tempoh maksimum dan pada
masa yang sama nafkah tetap perlu dibayar. Menurut Tuan
Mohd Fathir dan Puan Maryam Jameela, ahli waris tersebut
ataupun pihak yang kena tuntut masih berpeluang membuat
rayuan apabila perintah nafkah dikenakan ke atas beliau dan
mahkamah akan mempertimbangkan sekiranya perlu
membuat kepada sebarang pindaan terhadap perintah yang
telah dibuat.
IX. Kesimpulan
Pengurusan nafkah anak yatim menurut perspektif
fiqh bermula dengan organisasi keluarga daripada ahli waris
(ashab al-furud dan ‘asabah) dan kerabat pewaris (dhawi
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018)
al-arham) terlebih dahulu. Jika ahli waris atau kerabat
pewaris tidak berkemampuan atau tiada, barulah jaminan
sosial ini menjadi tanggungjawab pemerintah seterusnya
masyarakat. Dalam hal ini, pemerintah melalui baitulmal
perlu memberikan nafkah kepada anak yatim dan menjaga
kebajikan mereka. Seterusnya tanggungjawab ini akan
beralih kepada masyarakat secara keseluruhannya sekiranya
baitulmal tidak mempunyai harta yang mencukupi bagi
menjamin hak nafkah anak yatim.
Kebajikan anak yatim dalam aspek hak nafkah
diuruskan dengan baik melalui saluran perundangan
terutamanya dalam Undang-Undang Keluarga Islam di
Malaysia. Ini lebih jelas dapat dilihat melalui peruntukan
yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk
memerintahkan kewajipan nafkah misalnya melalui seksyen
61 sehingga 81 dalam EUUKI Selangor. Peruntukan-
peruntukan ini adalah penting terutamanya bagi masalah
yang berbangkit daripada sikap tidak cakna masyarakat
terhadap kewajipan yang disyariatkan ini. Walau
bagaimanapun, kuasa mahkamah membuat perintah ini
tertakluk kepada tuntutan yang dibuat kepada mahkamah
dan bergantung pula kepada kecaknaan ibu atau penjaga
anak yatim itu sendiri bagi menuntut hak tersebut.
Menilai tahap pengetahuan masyarakat terhadap
pengurusan nafkah anak yatim dan tanggungjawab ahli
waris dalam menunaikan nafkah tersebut, lebih separuh
masyarakat mengetahuinya dan sebahagian lagi masih tidak
mengetahui. Tanggungjawab ahli waris lebih dimaklumi
dalam menjadi wali kepada anak yatim perempuan
berbanding tanggungjawab ahli waris dalam memberi
nafkah kepada anak yatim yang memerlukan. Amalan
masyarakat yang berlaku pada masa kini juga turut ditinjau
melalui temu bual dengan pengurus-pengurus rumah
penjagaan anak-anak yatim dan temu bual bersama hakim-
hakim. Hasil temu bual mendapati bahawa tahap
pengamalan masyarakat masih lagi rendah berbanding tahap
pengetahuan mereka berkenaan tanggungjawab ahli waris
dalam menafkahi anak yatim. ini sepertimana yang
diutarakan oleh para pengurus rumah penjagaan anak-anak
yatim iaitu secara keseluruhannya, tahap tanggungjawab ahli
waris atau keluarga terdekat anak-anak yatim yang
menghantar anak-anak yatim ke rumah penjagaan anak-anak
yatim masih lagi kurang memuaskan dalam memberikan
sokongan material (nafkah) ataupun sokongan moral.
Hakim-hakim pula lebih mengutarakan bahawa masyarakat
sebenarnya masih kurang kesedaran mengenai
tanggungjawab ini dan hak anak yatim tersebut, justeru
menyebabkan tiada tuntutan dibuat. Pengurusan nafkah anak
yatim perlulah ditabdir dan diuruskan dengan baik sama ada
daripada pihak masyarakat sendiri ataupun pihak pemerintah
melalui sistem perundangan di negara ini. Hal ini kerana
ianya telah jelas dijamin di dalam agama Islam.
X. Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Universiti
Malaya di atas skim Bantuan Kecil Penyelidikan (BK028-
2017), para responden temu bual yang terdiri daripada
hakim-hakim mahkamah syariah dan pengurus-pengurus
rumah penjagaan anak-anak yatim seterusnya responden
masyarakat di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Penghargaan
dan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan kajian penyelidikan ini.
XI. Rujukan
Abd al-Ahad Mulla Rajab, (1412-1413H), Ahkam al-Yatim fi al-Fiqh al- Islami, Riyadh: Dar Atlas.
Abd al-Karim Zaydan (1994), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi al-Shari’ah al-Islamiyah, Beirut: Muassasah al-Risalah.
Abdul Latif Muda (1999), Perbahasan Sejarah Perundangan Islam dan Mazhab Fiqh, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abdul Walid Abu Hassan (Hakim Mahkamah Rayuan & Pakar Rujuk Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia), temu bual pada 14 Disember 2017.
Al- Buhuti, Mansur Ibn Yunus Ibn Idris, (2003), Kashshaf al- Qina’ ‘an Matn al-Iqna’, ed. oleh Ibrahim Ahmad Abd al-Hamid, Riyadh: Dar ‘Alam al-Kutub.
Al- Mawardi, al- Imam Abi Hasan Ali, Ibn Muhammad Ibn Habib (1999), al-Hawi al-Kabir, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Al- Sayyid Ahmad bin Umar al-Syatiri (2003), Nail al-Raja’ bi Syarh Safinah al-Naja, Beirut: Dar al- Minhaj.
Al- Shaykh Nizam al- Din wa Jama’ah min Ulama’ al- Hind al-A’lam (2002), al- Fatawa al- Hindiyah fi Mazhab al-Imam al- A’zam Abi Hanifah al-Nu’man, ed. oleh Samir Mustafa Rabab, Beirut: Dar Ihya’ al- Turath al-Arabi.
Al- Shazali, Ali Abi al-Hasan Ibn Nasir al-Din Ibn Muhammad (1938), Kifayat al-Talib al-Rabbani li Risalah Ibn Zayd al- Qayrawani, Qahirah: Syarikat Maktabah dan Matbaah Mustafa al-Babi al-Halabi wa awladihi.
Badruddin Hj. Ibrahim dan Azizah Mohd (2013), ‘Hak Anak Terhadap Nafkah Dalam Perundangan Islam: Sejauh Manakah Bapa Bertanggungjawab Menanggung Nafkah Anaknya’, Makalah Kanun, 25(2), 255-272.
Hanan Karkuti (2002), Ri’ayat al-yatim fil Islam, Beirut: Dar al-Kutub al- Ilmiyyah.
Hanita Binti Abdull Samat (2003), ‘Pengurusan Kebajikan Anak Yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM): Kajian Menurut Perspektif Al-Qur’an’, Tesis Master, Jabatan Al-Qur’an dan Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Ibn al-Humam, Kamal al-Din Muhammad Ibn Abd al-Wahid al-Siwasi (1995), Sharh Fath al-Qadir, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Ibn Kathir al-Qurshi al-Dimashqi, Abi al-Fida’ Isma’il (2001), Tafsir Ibnu Kathir, Jakarta: Pustaka Imam Al-Syafi’I.
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (2007), Arahan Amalan No. 14 Tahun 2007, Susunan Waris Yang Bertanggungan Membayar Nafkah, dimuat turun daripada http://www.jksm.gov.my/aa/uploads/142007.pdf, diakses 1 Jun 2018.
THE 2nd ISLAMIC MANAGEMENT DEVELOPMENT CONFERENCE (IMDeC 2018) Jamaludin Ramli, Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Siti Zainab Md.
Lazin@Md. Lazim (2010), ‘Kemurungan dalam kalangan Penghuni Rumah Anak Yatim di daerah Kota Bharu, Kelantan’, https://www.researchgate.net/publication/46136569_Kemurungan_Dalam_Kalangan_Penghuni_Rumah_Anak_Yatim_Di_Daerah_Kota_Bharu_Kelantan?_esc=publicationCoverPdf&el=1_x_2&enrichId=rgreq-01d30d351f7ca95fb1f6d5cd08a02980-XXX&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzQ2MTM2NTY5O0FTOjEzMjk5OTYzNTAxNzcyOUAxNDA4NzIwOTkyODk1, diakses 1 Jun 2018.
Mohd Zamro Muda & Mohd. Ridzuan Awang (2006), Undang-Undang Pusaka Islam: Pelaksanaan di Malaysia, Selangor: Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & ‘Ali al-Sharbaji (2009), al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Madhhab al-Imam al-Shafi’i, terj. Ridzuan bin Hashim et al., Batu Caves: Pustaka Salam.
Nurul Huda Yaakob & Abdul Bari Awang (2011), ‘Kaedah Menafkahkan Anak Yatim Berdasarkan Perundangan Islam: Satu Tinjauan Literatur’, Prosiding National Conference on Dispute Resolution 2011: Transformation of Mechanism and Law of Dispute Resolution, Selangor: Arus Perdana Research Project UKM-AP-CMNB-20-2009/2 & Faculty of Law Universiti Kebangsaan Malaysia, 20 Oktober.
Roslee Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa (2004), ‘Pendekatan Kaunseling Kelompok untuk Menangani Masalah Emosi di kalangan Anak-Anak Yatim. Kajian di Asrama Pertubuhan Anak-Anak Yatim Negeri Johor’, Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Ke-3 Psikologi Dan Masyarakat, 4-5 Oktober 2004.
Siti Shamsiah Md Supi (2016), ‘Bagaimana Melindungi Harta Anak Yatim’, Utusan Online, http://www.utusan.com.my/rencana/bagaimana-melindungi-harta-anak-anak-yatim-1.410099, diakses 28 Mei 2018.
Suwaid bin Tapah (1998), ‘Peruntukan Nafkah Anak di Dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia’, Jurnal Fikrah, 1(6) 70-80.
Wan Asma’ Wan Abu Bakar & Sarirah Che Ros (2013), Hak dan Tanggungjawab Penjagaan Kanak-Kanak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wizarah al-Awqaf wa al-Syuun al-Islamiyah al-Kuwait (1983), al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (Awqaf al-Kuwait), Kuwait: Wizarah al-Awqaf wa al-Syuun al-Islamiyah.
Zainal Azam Abd Rahman (2006), Manual Undang-Undang Keluarga Islam, ed. Abdul Monir Yaacob dan Siti Shamsiah Md Supi, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Zaini Nasohah (2007), ‘Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah Nafkah: Kajian di Mahkamah Syariah Selangor (1999-2004)’, Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Zulkifli Mohamad al-Bakri (2016, 24 Oktober), ‘Anak yatim: Ihsanilah dan bertaqwalah’, dimuat turun daripada http://muftiwp.gov.my/ms/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=1135:bayan-linnas-siri-72-anak-yatim-ihsanilah-dan-bertaqwalah&catid=82&Itemid=408&lang=ms?templateStyle=17, diakses 28 Mei 2018.