28
BAB 4 Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan Antara aktiviti yang dilakukan dalam kelas Process Control and Instrumentation Semester 2 2018/19

Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

  • Upload
    others

  • View
    29

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

BAB 4 Penilaian dan Testimonial

Pengajaran/Penyeliaan

Antara aktiviti yang dilakukan dalam kelas Process Control and Instrumentation Semester 2 2018/19

Page 2: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana
Page 3: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

65

Penilaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh pelajar dalam kelas-kelas saya merupakan satu strategi maklumbalas yang efektif yang mana dapat memberikan maklumat-maklumat penting tentang keberkesanan PdP saya serta tahap pemahaman pelajar. Melalui maklumat-maklumat ini, saya dapat membuat refleksi terhadap prestasi PdP saya dan seterusnya membuat penambahbaikan dalam PdP (penerangan lanjut berkenaan dengan penambahbaikan PdP yang telah saya lakukan boleh dirujuk dalam Bab 5).

4.1 Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam membincangkan tentang penilaian PdP, saya lebih menumpukan kepada penilaian standard atas talian yang dilakukan oleh UTM antara minggu ke 12 dan minggu ke 14 setiap semester. Paparan skrin untuk Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah Secara Elektronik (e-PPP) yang boleh diakses melalui laman web Aimsweb UTM (http://aimsweb.utm.my/eppp/) ditunjukkan dalam Rajah 4.1. Melalui sistem ini, pelajar akan membuat penilaian terhadap PdP saya berdasarkan kepada lima kategori:

1. Pengajaran (5 kriteria) 2. Penyampaian (7 kriteria) 3. Penilaian (5 kriteria) 4. Hubungan pensyarah dan pelajar (5 kriteria) 5. Penerapan kemahiran generik (7 kriteria)

BAB 4 Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

Page 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

66

Rajah 4.1: Paparan skrin laman web Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah

Kriteria-kriteria yang terkandung dalam setiap kategori tersebut adalah seperti berikut:

A. Pengajaran 1. Penerangan maklumat berkaitan mata pelajaran di awal semester (objektif, hasil

pembelajaran, rancangan pengajaran, rujukan) 2. Persediaan pensyarah untuk setiap kuliah 3. Penggunaan pelbagai teknik penyampaian 4. Rumusan dan penekanan ke atas kandungan penting pengajaran 5. Penguasaan pensyarah terhadap kandungan bahan yang diajar

B. Penyampaian 1. Kebolehan pensyarah menyampaikan bahan pengajaran dengan jelas dan mudah

difahami 2. Pensyarah memberikan contoh/latihan yang sesuai 3. Penggunaan pelbagai teknik penyampaian 4. Interaksi antara pensyarah dan pelajar 5. Susunan, hubungkait dan pengembangan isi pengajaran 6. Aktiviti pengajaran dalam membantu penerapan kemahiran generik 7. Komitmen dan kesungguhan dalam menyampaikan pengajaran

C. Penilaian 1. Penilaian dilaksanakan secara adil (skop, tempoh, wajaran dan notis) 2. Pensyarah menggunakan kaedah penilaian yang mencabar pelajar untuk

mengembangkan kapasiti individu

Page 5: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

67

3. Hasil penilaian dimaklumkan kepada pelajar dalam tempoh yang munasabah 4. Pensyarah membincangkan jawapan setiap penilaian yang telah dijalankan 5. Pensyarah mengambil kira hasil penilaian untuk memperbaiki pengajarannya

D. Hubungan Pensyarah dan Pelajar 1. Pensyarah mudah dihubungi 2. Pensyarah sedia membantu pelajar 3. Pensyarah mengambil berat terhadap kemajuan pelajar 4. Pensyarah sedia mendengar pandangan dan soalan pelajar 5. Pensyarah bersikap terbuka dan mesra dalam pergaulan dengan pelajar

E. Penerapan Kemahiran Generik Pensyarah menekankan penguasaan kemahiran generik berikut di kalangan pelajar semasa pengajaran:

1. Kemahiran Berkomunikasi (secara lisan dan penulisan) 2. Bekerja Dalam Kumpulan (memberi dan menerima pandangan, bertolak ansur,

bekerjasama, memimpin dan dipimpin dll) 3. Penyelesaian Masalah (berfikir secara kritikal, logik, kreatif dan analitis) 4. Pembelajaran Sepanjang Hayat (mencari maklumat tambahan, keterbukaan kepada

idea dan mengarahkan pembelajaran kendiri) 5. Kemahiran Kepimpinan (berfikiran positif, yakin diri, keseimbangan emosi dan rohani) 6. Kemahiran Keusahawanan (keupayaan untuk mengenal pasti peluang perniagaan) 7. Etika dan Integriti (jujur dan amanah, beretika, mempunyai integriti dan melaksanakan

tanggungjawab sosial)

Jadual 4.1 menunjukkan ringkasan penilaian PdP saya oleh pelajar bagi kursus-kursus yang pernah saya ajar di UTM. Markah-markah penilaian ini mengambarkan petunjuk-petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana komitmen dan sumbangan saya dalam menyampaikan ilmu dihargai oleh pelajar saya. Jadual 4.1: Ringkasan penilaian pelajar terhadap PdP kursus-kursus yang saya ajar

Semester Kursus dan Kod Seksyen Penilaian

(maks. 5.00) Min

Fakulti Min UTM

2018/19-2 SKKC3553 Process Control & Instrumentation 01 4.86 4.63 4.57 2018/19-2 SKKC3751 Process Control Laboratory 02 4.85 4.63 4.57 2018/19-1 SKTK1523 Introduction to Engineering 03 4.75 4.52 4.53 2018/19-1 SKTK1511 Industrial Seminar & Professional 04 4.46 4.52 4.53 2017/18-2 SKKC3553 Process Control & Instrumentation 01 4.73 4.56 4.53 2017/18-1 SKTK1523 Introduction to Engineering 04 4.37 4.47 4.50 2016/17-2 SKKK3144 Process Control & Instrumentation 05 4.76 4.52 4.53 2015/16-1 SKKK2133 Chemical Engineering Computation 04 4.57 4.53 4.49

Page 6: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

68

Semester Kursus dan Kod Seksyen Penilaian

(maks. 5.00) Min

Fakulti Min UTM

2014/15-2 SKKK3144 Process Control & Instrumentation 03 4.43 4.43 4.48 2014/15-1 SKKK1023 Introduction to Engineering 02 4.21 4.43 4.47 2013/14-2 SKKK3144 Process Control & Instrumentation 05 4.68 4.64 4.48 2013/14-1 SKKK2133 Chemical Engineering Computation 05 3.93 4.42 4.45 2012/13-2 SKF3143 Process Control & Dynamics 06 4.37 4.05 4.43 2012/23/1 SKKK2133 Chemical Engineering Computation 07 4.18 4.41 4.40 2011/12-2 SKF3143 Process Control & Dynamics 06 4.50 4.42 4.41 2011/12-1 SKKK1023 Statics 07 4.52 4.39 4.37

Maklumat-maklumat terperinci untuk setiap penilaian untuk setiap kriteria dalam setiap kategori boleh dirujuk di Lampiran 4.

4.2 Testimonial Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam seksyen 4.1 ditunjukkan ringkasan markah penilaian PdP bagi kursus-kursus yang telah saya ajar sepanjang di UTM. Selain itu, disertakan juga senarai penuh setiap kriteria yang dinilai oleh pelajar bagi lima kategori penilaian. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan penilaian adalah berdasarkan kepada markah, indeks ataupun nombor sahaja. Ianya tidak menggambarkan bagaimana perasaan, penghargaan serta pengiktirafan dan luahan rasa pelajar terhadap pensyarah mereka. Oleh itu, di dalam seksyen ini saya sertakan contoh-contoh penghargaan dan testimoni bertulis pelajar-pelajar saya (pra-siswazah dan pasca-siswazah), rakan sejawat (satu jabatan, satu fakulti, satu universiti serta dari universiti lain), Jabatan/Fakulti, Universiti, dan Komuniti/Industri. 4.2.1 Testimonial Pengajaran dan Pembelajaran oleh Pelajar

Hampir kesemua testimoni bertulis yang ditunjukkan dalam sub-seksyen ini adalah dari pelajar-pelajar saya yang mengikuti kursus SKKC3553 Process Control & Instrumentation di semester 2, 2018/19. Selain daripada itu, ada juga testimoni bertulis dari pelajar-pelajar yang di bawah seliaan dan juga bukan di bawah seliaan saya semasa Projek Rekabentuk Loji Semester 2, 2018/19, di samping beberapa testimoni bertulis dari pelajar-pelajar pasca-siswazah di bawah seliaan saya. Untuk tujuan Portfolio Pengajaran ini, testimoni-testimoni ini telah diubahsuai dari segi penampilan graphik sahaja, manakala isi kandungan tidak diubah. Laporan-laporan testimoni bertulis yang asal boleh dirujuk di Lampiran 4.

Page 7: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

69

Page 8: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

70

Page 9: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

71

Page 10: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

72

Page 11: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

73

Page 12: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

74

Page 13: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

75

Page 14: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

76

Page 15: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

77

Page 16: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

78

Page 17: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

79

4.2.2 Testimonial Pengajaran dan Pembelajaran oleh Rakan Sejawat

Di dalam sub-seksyen ini, saya sertakan beberapa testimoni bertulis dari rakan pensyarah saya yang mana terdiri daripada bekas pelajar saya yang telah menjadi rakan pensyarah satu jabatan, rakan pensyarah satu jabatan, rakan pensyarah dari sekolah yang lain (satu fakulti) serta rakan pensyarah dari universiti lain. Testimoni bertulis ini telah diubahsuai dari segi penampilan graphik sahaja bagi tujuan pelaporan dalam Portfolio Pengajaran ini, isi kandungan tidak diubah. Pelaporan testimoni bertulis yang asal boleh dirujuk di Lampiran 4.

Prof. Madya Dr. Mohd Kamaruddin Abd. Hamid mempunyai kelayakan yang cemerlang dan jasa yang mulia terhadap dunia akademik. Beliau merupakan seseorang pensyarah yang sangat berdedikasi dalam menyampaikan pengajarannya yang terbaik kepada pelajar. Beliau tidak jemu berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalamannya dalam “Process Control and Instrumentation” dan juga penggunaan simulator “ASPEN” dalam mereka bentuk proses. Selain itu, Dr. Kamaruddin merupakan seseorang tenaga pengajar yang mementingkan pembelajaran aktif yang membolehkan pelajar belajar dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari pada masa yang sama di mana bahan pengajaran juga diadaptasikan dengan contoh proses yang sebenar.

Hal ini sangat membantu golongan pelajar dalam membentuk pelajar yang berdaya tinggi dan tabah menghadapi suasana persekitaran kerja yang sebenar di samping berupaya menyelesaikan masalah secara efektif. Tambahan pula, beliau selalu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pelajar untuk memahami pelajar secara mendalam tentang keperluan dan harapan pelajar terhadap pengajaran beliau. Beliau selalu memberi nasihat yang membina bukan sahaja dalam kepentingan dalam mengejar ilmu, tetapi juga dalam mengharungi rintangan hidup dan alam pekerjaan pada masa yang depan. Tidak ketinggalan juga, beliau selalu memberi motivasi kepada pelajar di mana setiap pelajar diberi keyakinan untuk membangunkan potensi tersendiri.

Audrey Then Sin Yee Pelajar SKKC3553 Semester 2 2017/18

Page 18: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

80

Sebagai salah seorang bekas pelajar Dr. Mohd. Kamaruddin dan sekarang telah menjadi rakan sekerja, saya menyokong sepenuhnya permohonan beliau untuk Anugerah Pengajaran Kelompok Kejuruteraan. Ini adalah kerana kaedah pengajaran beliau yang menggunakan pendekatan active learning telah digunakan sejak 2006 sehingga sekarang. Kaedah pengajaran beliau bukan secara konvensional tetapi lebih kepada student centered learning yang memberi impak besar kepada pelajar. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, pelajar dapat lebih menjiwai dan memahami sesuatu topik kerana pelajar yang berusaha untuk membaca, memahami sesuatu topik terlebih dahulu secara sendiri atau berkumpulan sebelum hadir ke kelas. Di dalam kelas, Dr. Kamaruddin membantu pelajar untuk mengesahkan pemahaman pelajar tersebut betul atau memperbetulkan pemahaman pelajar jika ada salah faham mengenai topik tersebut. Oleh itu, pelajar lebih menghargai ilmu tersebut dan ia berkekalan sehingga ke hari ini.

Selain daripada itu, kaedah pengajaran beliau direkabentuk sebagai persediaan awal kepada pelajar untuk bekerja di industri kelak. Beliau merekabentuk permasalahan sebenar seperti di industri di mana pelajar perlu menyelesaikan permasalah tersebut secara berkumpulan. Beliau aktif dalam penggunaan e-learning sebagai media komunikasi dengan pelajar. Sepanjang penyelesaian permasalahan tersebut, beliau menguji kebolehan pelajar untuk berkomunikasi, merunding, membuat keputusan, dan pengurusan masa. Role play diwujudkan seolah-olah pelajar berkomunikasi dengan pengurus syarikat dan jurutera. Oleh itu ia dapat melatih pelajar bertindak mengikut arahan, memberi maklumbalas, membuat keputusan dengan cepat dan menyelesaikan permasalah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Selain daripada menggunakan ilmu yang dipelajari untuk menyelesaikan permasalahan, secara tidak langsung juga kelas Dr. Kamaruddin mengasah kemahiran insaniah pelajar. Kaedah pengajaran beliau yang menarik ini dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu bagi subjek yang diajar walaupun subjek tersebut sebenarnya antara subjek yang amat sukar difahami dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Malah ilmu yang dipelajari juga kekal dapat dipraktik semasa berkerja di industri kelak. Sekarang sebagai rakan sekerja pula, Dr. Kamaruddin juga merupakan mentor buat saya. Beliau melatih saya untuk melaksanakan active learning dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang beliau gunapakai. Untuk melaksana kaedah pengajaran seperti beliau memerlukan persediaan awal samada bahan pengajaran, latihan, case study dan sebagainya. Persediaan ini sangat penting supaya proses pembelajaran dapat berjalan lancar dan Dr. Kamaruddin adalah orang yang sangat berpengalaman dan berinformasi. Beliau banyak membantu saya untuk pengajaran dan pembelajaran. Kepakaran dalam bidang pengajaran beliau telah diiktiraf diperingkat UTM di mana beliau adalah penerima Anugerah Pengajaran Terbaik 2018. Oleh itu, saya berharap agar usaha dan kepakaran beliau dapat diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Dr. Nor Alafiza Yunus Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Kimia UTM

Page 19: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

81

Dr. Mohd. Kamaruddin (Kama) merupakan seorang pensyarah atau pendidik yang bersemangat dan berdedikasi yang bukan sahaja pakar di dalam bidang pengajaran berkaitan kurikulum abad ke-21 malah juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan para pelajarnya. Dr. Kama seringkali juga berkongsi aktiviti-aktiviti pengajarannya di dalam kelas di dalam media sosial dan beliau sentiasa ‘tag’ para pensyarah lain. Dengan ini, secara tidak langsung para pensyarah lain juga akan belajar tentang teknik pengajaran berpusatkan pelajar (student-centred) dan seterusnya memberi semangat kepada mereka untuk turut sama keluar dari kepompong teknik pengajaran konvensional (lecturer/teacher-centred learning). Tiga kombinasi ini: 1) Pakar teknik pengajaran berpusatkan pelajar; 2) Hubungan baik dengan pelajar; 3) Melatih pensyarah pelapis - menguatkan lagi sokongan saya kepada Dr. Kama untuk Anugerah Pengajaran.

Jika hendak dilihat daripada sudut pencapaian yang telah diperolehi, memang telah layak untuk beliau diiktiraf di peringkat kebangsaan pula kali ini. Di peringkat universiti, pada tahun 2018, beliau telah mendapat Anugerah Pengajaran Terbaik bagi kategori kejuruteraan. Umum mengetahui bahawa staf Fakulti Kejuruteraan di UTM adalah yang paling ramai di Malaysia dan beliau telah terpilih untuk menggondol anugerah tersebut. Beliau juga merupakan seorang finalis (mewakili UTM) bagi Kategori Pengajaran Transformatif untuk Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum & Penyampaian Inovatif 2018 (AKRI 2018), satu pencapaian yang sangat dibanggakan. Sempadan semangat (passion) Dr. Kama dalam bidang pengajaran bukan hanya setakat di dalam kampus sahaja malah juga turut sama melatih para guru di sekolah terutamanya di kampung beliau di Membakut Sabah. Di sana beliau bersama pasukan Pusat Pendidikan Kejuruteraan UTM telah dan akan mengadakan beberapa siri kursus dan bengkel berkaitan dengan pengajaran kurikulum abad ke-21. Ini adalah ciri yang perlu ada pada seorang pengajar yang baik iaitu ingin melihat masyarakat dididik dengan baik dan berkembang maju serta berdikari dan berdaya saing. Dr. Kama juga sedang dalam proses untuk mengarang sebuah buku yang merekodkan falsafah pendidikan dan pengajaran beliau beserta dengan pengalaman-pengalaman beliau yang mana boleh dijadikan panduan oleh orang ramai terutamanya kepada para pengajar dan pendidik di luar sana. Atas semangat, dedikasi, misi dan visi beliau, maka saya menyokong penuh Dr. Kama untuk Anugerah Pengajaran untuk Anugerah Akademik Negara ke-13.

Dr. Azizul Azri Mustaffa Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Kimia UTM

Page 20: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

82

Kaedah ini sangat penting untuk melahirkan generasi graduan yang berkualiti tinggi yang dengan mudah mengadaptasi kepada pelbagai keperluan industri dan masyarakat. Dr. Kamaruddin juga merupakan salah seorang dari pelatih dan fasilitator kaedah pembelajaran cooperative problem-based learning (CPBL) di universiti dan kepada guru-guru di sekitar kawasan Johor Bahru. Konsep CPBL ini amat berkesan dan pelajar dapat menggarap ilmu yang dipelajari sehingga mencapai kategori “deep learning” berbanding “surface learning” sekiranya menggunakan kaedah pengajaran konvensional. Contoh paling ketara adalah dalam pengajaran subjek Process Control & Instrumentation, Dr. Kamaruddin menggunakan teknik CPBL dan hasilnya dapat dilihat dengan jelas pada semester dan tahun berikutnya apabila para pelajar kejuruteraan kimia perlu merekabentuk Process Control untuk sesuatu loji kimia. Para pelajar yang mempelajari Process Control dengan menggunakan kaedah CPBL dapat merekabentuk process control untuk loji kimia dengan lebih tepat dan baik berbanding para pensyarah yang mengajar subjek yang sama menggunakan kaedah tradisional. Bagi saya, ini merupakan satu petunjuk yang jelas di mana Dr. Kamaruddin Berjaya menerapkan kefahaman “deep learning” yang sangat baik kepada para pelajarnya. Selain seorang pendidik yang hebat, beliau juga seorang penyelia yang mengkagumkan. Ini jelas dilihat daripada jumlah pelajar postgraduate PhD dan Master yang telah selesai hasil seliaan beliau. Pada masa ini juga masih terdapat sejumlah pelajar postgraduate dalam seliaan beliau. Secara profesional dan ikhlas, saya berpendapat bahawa Dr. Kamaruddin wajar dan layak menerima Anugerah Pengajaran untuk Anugerah Akademik Negara ke-13.

Ir. Dr. Zaki Yamani Zakaria Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan

Kimia UTM

Saya mengenali Prof. Madya Dr. Mohd. Kamaruddin bin Abd. Hamid sejak tahun 1997, sejak belajar bersama di Pusat Pendidikan Persediaan Institut Teknologi Mara (PPP ITM). Beliau jelas merupakan seorang yang easy going, approachable, ramah, mesra dan baik. Sebaik saya menjadi seorang pensyarah pada 2008, saya lebih kerap berinteraksi dan merujuk kepada beliau dalam pelbagai aspek terutamanya pelbagai teknik-teknik pendidikan baru dan berkesan. Beliau selalu berkongsi di dalam media sosial tentang kaedah-kaedah pengajaran baru yang digunakan dan ini secara langsung memberi manfaat kepada para pendidik lain, tak kira sama ada di universiti mahupun di sekolah. Teknik pengajaran beliau bukanlah teknik konvensional tetapi menerapkan konsep Student Centred Learning (SCL).

It is with great pleasure that I would like to recommend Prof. Madya Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid to receive “Anugerah Akademik Negara ke-13” for “Anugerah Pengajaran Kelompok Kejuruteraan”. I believe Dr. Kamaruddin is deserving of this prestigious award because his strong commitment and dedication to his students. He has been continuously innovating his teaching by creating interactive learning modules aiming for making student learning possible. Dr. Kamaruddin has also embraced technology to enhance student learning experiences, which makes his classes engaging and fun. Dr. Agus Saptoro

Assoc. Prof. Curtin University

Page 21: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

83

Saya mengenali Dr. Mohd. Kamaruddin lebih kurang 10 tahun yang lalu di mana beliau aktif dalam persatuan kawalan proses Malaysia – Malaysia Process Control Society (MyPCS) di mana kami sama-sama bekerjasama, samaada untuk penyelidikan mahupun untuk pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam matapelajaran yang berkaitan dengan kawalan proses di mana ianya salah satu matapelajaran yang kadangkala sukar untuk difahami oleh pelajar. Beliau banyak mempraktikkan elemen "Outcomes Based Education" seperti "active learning" di dalam kelas. Beliau juga sentiasa memberikan idea yang bernas dan bantuan semasa perbincangan. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, beliau amat teliti dan mempunyai perancangan dalam setiap aktiviti, nilai ini juga diamalkan dalam bidang penyelidikan beliau. Selain itu, beliau mudah mesra sama ada bersama pelajar mahupun bersama rakan sejawat beliau. Oleh itu saya menyokong pencalonan Dr. Mohd. Kamaruddin sebagai calon bagi AAN untuk anugerah pengajaran.

Prof. Ir. Dr. Zainal Ahmad Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, USM

Dr. Mohd. Kamaruddin merupakan seorang pensyarah yang sangat berdedikasi di dalam pengajaran dan penyeliaan pelajar. Berpengalaman mengajar dan menjadi penyelia kepada ratusan pelajar sarjana muda, sarjana dan PhD selama hampir 20 tahun. Beliau juga berpengalaman luas dengan industri luar terutamanya industri kejuruteraan kimia dengan sering dipanggil untuk memberi kursus-kursus berkaitan. Di samping itu, Dr. Kamaruddin juga merupakan pakar dalam bidang pengajaran kejuruteraan (engineering education) di UTM. Beliau telah dilantik oleh UTM sebagai salah seorang pakar rujuk bagi bidang pendidikan kejuruteraan. Secara khususnya terdapat tiga elemen utama beliau untuk layak menerima anugerah akademik negara. Elemen pertama adalah beliau merupakan seorang pensyarah yang mempunyai kefahaman yang mendalam dalam bidang kejuruteraan kimia terutamanya subjek-subjek yang diajar sering dipratikkan di dalam kelas-kelas beliau. Elemen kedua pula berkaitan dengan persediaan rancangan mengajar. Beliau memang mempunyai perancangan yang rapi bagi setiap semester. Elemen ketiga yang tidak kurang pentingnya adalah di dalam kelas beliau, pelajar diberi kebebasan untuk menggunakan smartphone bagi tujuan pencarian maklumat tambahan bagi subjek yang beliau ajar. Teknik-teknik seperti active learning, cooperative learning dan problem-based learning sering dipraktikkan di dalam kelas-kelas beliau.

Dr. Mahadhir Mohamed Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Kimia UTM

Page 22: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

84

Dr. Kamaruddin merupakan seorang pensyarah yang sangat berdedikasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bukan sahaja di peringkat Universiti, Dr. Kamaruddin juga banyak terlibat dengan aktiviti pengajaran untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah terutama sekali di sekitar Sabah. Teknik-teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh beliau berjaya menarik minat para pelajar dengan subjek yang diajar. Selain itu, kaedah pengajaran beliau juga berhasil mencungkil dan menggalakkan pemikiran kreatif dan di luar kotak di kalangan para pelajarnya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pensyarah untuk bukan sahaja menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, tetapi juga pelajar yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan berkesan, berkebolehan berfikit aras tinggi serta keyakinan yang tinggi dan itulah yang telah dibuktikan oleh Dr. Kamaruddin.

Dr. Noor Azlinda Ahmad Pensyarah Kanan, Sekolah Kejuruteraan Elektrik UTM

Kredibiliti Dr. Kamaruddin sebagai penyelia pula dapat dinilai melalui tahap pencapaian pelajar serta kejayaannya melahirkan ramai pelajar pasca-siswazah. Beliau sentiasa membimbing, membantu dan memotivasikan pelajar-pelajar beliau dalam penyelidikan mereka. Dr. Kamaruddin mempunyai kemahiran dan komitmen yang tinggi sebagai penyelia kerana sentiasa memantau proses penyelidikan dan memberi maklumbalas konstruktif kepada pelajar-pelajar agar memperolehi hasil penyelidikan yang bermutu. Akhir kata, saya amat menyokong penuh agar Dr. Kamaruddin diberi pengiktirafan untuk anugerah pengajaran.

Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid merupakan seorang pengajar dan penyelia yang memiliki pengetahuan yang luas dalam bidang kejuruteraan kimia serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi dalam bidang pengajaran dan penyeliaan. Dari segi pengajaran, beliau menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang melibatkan abad ke 21 untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran pelajar dalam kelas. Amalan pedagogi yang diamalkan oleh Dr. Kamaruddin adalah berpusatkan kepada pelajar amat bersesuaian dengan era globalisasi yang menuntut perubahan selari dengan perubahan semasa. Perancangan dan kaedah pembelajaran yang diterapkan oleh beliau bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar zaman sekarang bagi memastikan objektif dan matlamat pengajaran dapat dicapai dengan cemerlang.

Dr. Aziatul Niza Sadikin Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Kimia UTM

Page 23: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

85

4.2.3 Testimonial Pengajaran dan Pembelajaran oleh Jabatan/Fakulti

Di dalam sub-seksyen ini, saya sertakan testimoni bertulis dari pentadbir tertinggi di Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (SKT) dan dari Fakulti Kejuruteraan (FK), UTM. Testimoni bertulis dari Pengerusi SKT dan Dekan FK ini telah diubahsuai dari segi penampilan graphik sahaja bagi tujuan pelaporan dalam Portfolio Pengajaran ini, isi kandungan tidak diubah. Pelaporan testimoni bertulis yang asal dalam bentuk surat rasmi boleh dirujuk di Lampiran 4.

Perkara ini merupakan satu perkara yang sangat baik, kerana setiap pelajar berfikir, bertindak dan saling membantu. Saya melihat Dr. Kamaruddin juga sentiasa peka dengan perkembangan pelajar beliau dan memastikan semua pelajar dapat mengaplikasikan setiap subjek pembelajaran. Beliau memastikan rancangan pembelajaran disusun dengan baik dari awal semester. Saya difahamkan, beliau juga mempunyai kumpulan bagi memastikan hasil pengajaran subjek dapat dicapai selain dapat bertukar pandangan bagi memperbaiki kaedah pengajaran. Beliau sememangnya proaktif dalam mendapatkan pandangan dan nasihat dari pensyarah pakar di dalam menjalankan Active Learning dan Problem-Based Learning. Saya menyokong sepenuhnya PM Dr. Mohd. Kamaruddin untuk menerima Anugerah Pengajaran berdasarkan komitmen dan usaha beliau dalam memastikan pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan efektif dan berkesan.

Dr. Nina Diana Nawi Pensyarah Kanan, Sekolah Pendidikan

UTM

PM Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid merupakan seorang pensyarah yang sangat proaktif. Beliau memastikan sesi pembelajaran tidak terhenti di dalam kelas, namun pembelajaran merupakan proses sepanjang masa. E-learning digunakan dengan sebaiknya. Pembelajaran secara individu dan berkumpulan berlangsung di dalam dan luar kelas. Menariknya, saya melihat pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik sesama rakan kumpulan dan juga pensyarah. Saya hadir dan melakukan pemerhatian di dalam kelas Dr. Kamaruddin di mana beliau memastikan semua pelajar terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran. Pelajar proaktif dalam kelas. Sebilangan pelajar yang kurang aktif akan berbincang dengan rakan sebelah mereka sekiranya mereka menghadapi masalah.

Page 24: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

86

Beliau telah dilantik dalam Jawatankuasa akademik di SKT UTM yang terkini seperti:

1. Ahli Jawatankuasa Akademik SKT 2. Ahli Task Force Self-Assessment Report (SAR) EAC SKT 3. Ketua Panel Process Control and Safety 4. Penyelaras kursus Process Control and Instrumentation 5. Penasihat Akademik pelajar Program Kejuruteraan Kimia 6. Penceramah Jemputan Kursus Profesional

Dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid merupakan staf akademik Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (SKT) yang sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti pembangunan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 serta banyak terlibat dalam pembangunan kemahiran abad ke-21 terutamanya kepada pelajar-pelajar SKT UTM. Prof. Dr. Mohd. Ghazali Mohd. Nawawi

Pengerusi, Sekolah Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga (SKT), UTM

4. Penyelaras, Inovasi dan Penyelidikan Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga, FK 5. Pengurus, Alumni Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga, FK

Dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid merupakan staf akademik Fakulti Kejuruteraan (FK) UTM yang sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti pembangunan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 serta banyak terlibat dalam pembangunan kemahiran abad ke-21 terutamanya kepada pelajar-pelajar FK UTM. Beliau telah dilantik dalam jawatankuasa akademi di FK UTM yang terkini seperti: 1. Ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi

FK 2. Ahli Jawatankuasa Forum, Karnival

Penyelidikan FK 2019 3. Ahli Jawatankuasa Sustainable and

Integrated Engineering International Conference (SIE 2019)

Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohammed Rafiq Dato’ Abdul Kadir

Dekan Fakulti Kejuruteraan, UTM

Page 25: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

87

4.2.2 Testimonial Pengajaran dan Pembelajaran oleh Universiti

Di dalam sub-seksyen ini, saya sertakan testimoni bertulis dari pentadbir tertinggi di UTM yang bertanggungjawab dalam urusan pengajaran dan pembelajaran. Testimoni bertulis dari Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) ini telah diubahsuai dari segi penampilan graphik sahaja bagi tujuan pelaporan dalam Portfolio Pengajaran ini, isi kandungan tidak diubah. Pelaporan testimoni bertulis yang asal dalam bentuk surat rasmi boleh dirujuk di Lampiran 4.

4.2.2 Testimonial Pengajaran dan Pembelajaran oleh Komuniti/Industri

Di dalam sub-seksyen ini, saya sertakan beberapa testimoni bertulis dari rakan komuniti dan industri. Testimoni bertulis ini telah diubahsuai dari segi penampilan graphik sahaja bagi tujuan pelaporan dalam Portfolio Pengajaran ini, isi kandungan tidak diubah. Pelaporan testimoni bertulis yang asal boleh dirujuk di Lampiran 4.

Prof. Ir. Dr. Zainuddin Abd.

Manan Timbalan Naib Canselor

(Akademik & Antarabangsa) UTM

Dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid merupakan staf akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti pembangunan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 serta banyak terlibat dalam pembangunan kemahiran abad ke-21 terutamanya kepada pelajar-pelajar UTM. Beliau telah dilantik dalam jawatankuasa akademi di UTM yang terkini seperti:

1. Ahli Kumpulan Sokongan Pembelajaran dan Pengajaran Abad Ke-21 (KSPP21) UTM

2. Paakar Rujuk Active Learning (AL), Cooperative Learning (CL) dan Problem-Based Learning (PBL) di bawah program UTM Future Ready Educators (FREE)

3. Mentor M4E (Mentoring for Excellence) Teaching and Learning UTM

4. Mentor Kumpulan Active Learning (AL) Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) UTM

Page 26: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

88

Prof. Madya Dr. Mohd. Kamaruddin bin Abd. Hamid specialized in Process Control & Instrumentations, Energy Efficient Distillation Columns Sequences, Process Modelling and Simulation as well as an excellent technical advisor for Plant Design Project. His knowledge and experience provides me strong platform to be able practically integrate knowledge gained while working in the Petrochemical & Refining Industries. As one of his students, it is being pleasure to have a versatile lecturer such as him with non-conventional teaching techniques. He always creative and innovative delivered his lecture through Collaborative Teaching Technique or Active Learning. He acts as mentor or guidance to ensure the learning process met the goals. In Petrochemical & Refining Industries environment, collaborative or active meeting is important to ensure the issues raised in production plant facility could be well explained and has different perspectives in the order to come out with effective solution.

Besides that, the idea of using sticky notes to clarify unclear issues is practical in industries. I have learned this method and applied while working to ensure any root causes analysis meeting and project progress tracking were well managed. A part from that, I am grateful met a lecture like him, which trained me while working in a project of Energy Efficient Distillation Columns Sequence, where he groomed and equipped me with several add-values as a chemical engineer.

Mohamad Firdaus Azizan Former Student and Chemical Engineer

Prof. Madya Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid merupakan seorang pensyarah contoh disebabkan oleh: 1. Selalu memberi respond/maklumbalas dengan

cepat kepada pelajar/responden – teramat penting dalam membantu pelajar menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang diberikan.

2. Menyampaikan maklumat/info yang terkini selari dengan perkembangan industri – penting supaya maklumat ini dapat diaplikasikan di tempat kerja.

3. Flexible dalam menyampaikan syarahan – bergantung kepada latarbelakang pelajar (dewasa yang bekerja/young teenagers)

4. Mengoptimumkan teknologi maklumat dalam penghantaran tugasan dan modul syarahan – sangat membantu terutama sekali pelajar postgraduate yang bekerja.

5. Building up a very good rapport with students – sangat penting supaya pelajar dapat mengutarakan pendapat dengan jujur dan berhemah.

6. Sangat membantu pelajar dan sentiasa bersikap terbuka dalam mendengar cadangan/masalah pelajar.

Mohamad Rafizal bin Alias Pemeriksa Kilang dan Jentera, JKKP/DOSH Pulau Pinang

Page 27: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

89

Seorang pendidik yang berdedikasi serta komited dalam pengajaran khususnya bidang kejuruteraan kimia (kawalan proses) dan sebagainya.

Pengalaman yang luas bersama industri menerusi ‘consultation’ membuat pelajar merasai pengalaman bekerja di industri melalui projek-projek yang berkaitan (penyeliaan).

Pengajaran secara problem-based learning (PBL) dan work-based learning membantu para pelajar meningkatkan kemahiran insaniah, soft skills di samping menarik minat para pelajar dengan subjek-subjek teras dalam kejuruteraan kimia.

Muhammad Zakwan Zaine Senior Process Technologist, Lotte

Chemical Titan (M) Sdn. Bhd.

Saya berbesar hati menyokong Prof. Madya Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid sebagai calon Anugerah Pengajaran dan kelayakan beliau yang cemerlang dan jasa beliau yang banyak dalam membantu menyampaikan pengajarannya yang terbaik. Beliau juga memberi maklumbalas dengan cepat kepada pelajar sikap ini amat penting dalam membantu pelajar menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan. Selain itu, beliau sangat flexible dalam menyampaikan syarahan di dalam kelas. Beliau mengajar bergantung kepada latar belakang pelajar seperti pelajar dewasa yang bekerja. Tambahan pula, beliau rajin dalam membantu pelajar dan sentiasa bersikap terbuka dalam mendengar sebarang cadangan atau masalah yang diutarakan oleh pelajar. Dengan demikian, PM Dr. Mohd. Kamaruddin harus diberi Anugerah Pengajaran atas sumbangan beliau yang tidak berbelah bagi.

Rabi’atul ‘Adawiyah Zainuddin Jurutera Penyelidikan UNITEN

Page 28: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan fileMarkah - markah penilaian ini mengambarkan petunjuk - petunjuk yang penting bagi menggambarkan prestasi PdP saya serta bagaimana

Bab 4: Penilaian dan Testimonial Pengajaran/Penyeliaan

90

4.3 Ringkasan

Penilaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh pelajar dalam kelas-kelas saya merupakan satu strategi maklumbalas yang efektif yang mana dapat memberikan maklumat-maklumat penting tentang keberkesanan PdP saya serta tahap pemahaman pelajar. Melalui maklumat-maklumat ini, saya dapat membuat refleksi terhadap prestasi PdP saya dan seterusnya membuat penambahbaikan dalam PdP. Dalam bab seterusnya, saya akan membincangkan dengan terperinci bagaimana saya melakukan penambahbaikan dalam PdP saya berdasarkan kepada penilaian pelajar dan juga refleksi kendiri.

Beliau kini dipertanggungjawabkan sebagai pembimbing utama untuk bengkel yang sama pada tahun ini. Saya menyokong penuh pencalonan beliau memandangkan pada pemerhatian saya, beliau adalah seorang pendidik berdedikasi, bersemangat dan sanggup untuk membantu pelajar-pelajar dan guru-guru luar bandar di Sabah. Ini terbukti dengan penglibatan beliau memberikan ceramah motivasi STEM di sekolah-sekolah daerah Membakut bermula dari tahun 2016 lagi. Prof. Madya Dr. Mohd. Kamaruddin juga seorang yang peramah, senang bergaul dengan berbagai lapisan masyarakat dan tidak pernah gagal melaksanakan tugasan persatuan yang diamanahkan. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau, mudah-mudahan pencalonan ini menjadi sumber inspirasi untuk beliau lebih maju ke hadapan dan mempertingkatkan lagi kerja-kerja kemasyarakatan demi masa depan anak bangsa yang lebih gemilang.

Prof. Madya Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid merupakan salah seorang AJK Penaja Persatuan Aspirasi Bahasa Inggeris Sabah (Sabah English Aspiration Society, SEAS) yang didaftarkan pada tahun 2017. Beliau telah memperlihatkan kemampuan daya kepimpinan yang cemerlang sebagai Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Selain banyak membantu menjayakan “SEAS English Camp” di Membakut, Sabah, sebagai fasilitator selama 2 tahun, beliau juga merupakan pengurus dan pembimbing bengkel Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) untuk guru-guru Sabah yang julung kali diadakan di Sabah. Bengkel anjuran bersama SEAS dan UTM pada tahun 2018 yang mendapat maklumbalas sangat positif para peserta, telah menyerlahkan lagi ketokohan beliau sebagai seorang pendidik di era digital.

Dr. Zainab Kassim Presiden SEAS / Neonatologist of Kinds

College Hospital London