21
PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PONTIAN JOHOR HASLIZAH BINTI ROHMAN Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Pendidikan April, 2009

PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

  • Upload
    dolien

  • View
    221

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM

PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH

MENENGAH DAERAH PONTIAN JOHOR

HASLIZAH BINTI ROHMAN

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Pendidikan

April, 2009

Page 2: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

ii

”Saya akui karya adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ......................................................................

Nama Penulis : HASLIZAH BINTI ROHMAN

Tarikh : .......................................................................

Page 3: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

iii

DEDIKASI

Buat bonda yang sangat disayangi

Pn Patimah Bt Jabar

Terima kasih atas curahan kasih sayang buat diriku yang tidak putus-putus.

Pengorbananmu tidak ternilai dengan apa jua sekalipun berlian untuk menjadikan

anakmu ini seorang yang berjaya. Doa dan restumu sentiasa mengiringi setiap detik

perjalanan hidupku. Ku doakan semoga Tuhan memberkati bonda

selalu.Amin......................

Buat abah tersayang

En.Rohman B.Salimin

Anakmu ini berbangga mempunyai abah sepertimu seorang yang penyayang dan sabar

melayan kerenah anakmu ini dan sanggup bekerja keras mencari rezeki demi melihat

anakmu memanjat menara gading. Terima kasih abah atas segalanya dan semoga

hidupmu dilindungi dan diberkati Tuhan.Amin............

Buat teman yang istimewa

Doronganmu selama ini menguatkan semangatku untuk menempuh segala kesukaran

yang kuhadapi.Kesabaranmu selama ini menjadikan aku lebih tabah.Semoga Tuhan

memberkatimu.Amin.....

Buat teman seperjuangan yang dikasihi

Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua yang telah banyak membantu

sahabatmu ini sepanjang menyiapkan projek ini. Semoga Tuhan memberkati kalian

semua. Amin......

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA BUAT SEMUA

Page 4: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian hanya kepunyaanMu, Tuhan Yang Maha Esa. Bersyukur di

atas rahmat dan kasihMu dengan menganugerahkan kesihatan, kesabaran, keyakinan

dan kekuatan ke atas diriku sepanjangmelaksanakan projek ini sehingga sempurna.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih

buat Pn.Hanim Bt Sulaiman dan Prof.Madya Dr.Mohd Hassan B. Mohd Osman di atas

segala ilmu, usaha, prihatin, bimbingan, bantuan, nasihat dan tunjuk ajar yang telah

dicurahkan sepanjang saya menyiapkan projek ini.

Terima kasih juga buat ayahanda dan bonda dan bonda tercinta, ahli keluarga

yang lain serta teman istimewa kerana sentiasa memberikan sokongan dan semangat

sepanjang saya menyiapkan projek ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada pelajar-pelajar serta guru Program Tunas

BISTARI kerana telah memberikan kerjasama yang baik dalam kajian ini. Terima

kasih juga ditujukan kepada rakan seperjuangan kerana banyak memberi teguran,

pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea yang bernas.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

menyempurnakan projek ini.

”Semoga Tuhan memberkati kalian semua”

Page 5: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI

dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah menengah. Tinjauan

dekskriptif digunakan bagi mencapai objektif kajian. Seramai 45 orang pelajar dan 6

orang guru dari 3 buah sekolah di Daerah Pontian telah dipilih secara rawak sebagai

sampel kajian. Kajian dijalankan dengan menggunakan satu set soal selidik yang

diedarkan kepada pelajar dan menjalankan temubual bagi guru-guru berkenaan.

Analisis data adalah dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social

Science for window version 11.5 (SPSS). Aspek-aspek yang dikaji adalah dari segi

pengurusan program latihan Tunas BISTARI, kemudahan-kemudahan latihan yang

disediakan, cara penyampaian penceramah dan juga pengaplikasian ilmu oleh pelajar.

Hasil kajian didapati pelajar dan guru yang mengikuti Program Tunas BISTARI

berpuas hati dengan cara pengurusan program latihan di mana pelajar mengatakan

bahawa Program Tunas BISTARI diuruskan dengan baik. Begitu juga dengan

kemudahan-kemudahan latihan, pelajar amat berpuas hati dengan kemudahan-

kemudahan latihan yang disediakan di dalam program. Dari segi penyampaian

penceramah, majoriti pelajar mengutarakan kepuasan mereka dengan kualiti

penyampaian penceramah dan pelajar menyatakan bahawa mereka telah mengaplikasi

ilmu pengetahuan, pengalaman hasil daripada mengikuti program tersebut. Akhir

sekali, cadangan yang bernas dikemukan bagi meningkatkan lagi Program Tunas

BISTARI yang dianjurkan oleh Pihak Johor Corporation (JCorp).

Page 6: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to evaluate the Tunas BISTARI program in

entrepreneurial culture development at secondary school. A descriptive survey was

carried out in order to achieve the objectives of the study. Forty five students and six

teachers from three schools in Daerah Pontian have been randomly chosen to

participate in this research. A set of questionnaire have been distributed to these

selected students and an interview was carried out to selected teachers. The data

obtained was analyzed by Statistical Package for the Social Science for window

version 11.5 (SPSS). The aspects that were focused on by the study include the

management of the Tunas BISTARI training program, training facilities that were

provided, the speakers’ presentation style and the students’ application of their

knowledge from the program. The study also indicates that the students were very

satisfied with training facilities. Majority of the students were satisfied with the

delivery style of the speakers. The result also showed that the students are able to

apply the knowledge that they obtained from the training program. Several

suggestions in improving the Tunas BISTARI the Tunas BISTARI program have also

been included.

Page 7: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI ISTILAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

Page 8: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

viii

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Individu 6

1.6.2 Guru 7

1.6.3 Jabatan Pelajaran Negeri 7

1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 8

1.6.5 Johor Corporation 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Skop Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.9.1 Keusahawanan 10

1.9.2 Program Tunas BISTARI 10

1.9.3 Pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 11

1.10 Rumusan 11

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Takrif Usahawan 13

2.3 Takrif Keusahawanan 16

2.4 Ciri-ciri Keusahawanan 18

2.5 Pembudayaan Keusahawanan 22

2.6 Program-program Usahawan 24

2.6.1 Program Keusahawanan Remaja 25

2.6.2 Program Pembangunan Usaha Siswa (PPUS) 25

2.6.3 Program Keusahawanan Siswazah Berwibawa 26

2.6.4 Penceramah Program 26

2.7 Kepentingan Kajian 27

2.7.1 Kepentingan Usahawan Kepada Diri Sendiri 28

Page 9: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

ix

2.7.2 Kepentingan Usahawan Kepada Masyarakat 29

2.7.2 Kepentingan Usahawan Kepada Negara 30

2.8 Kajian-kajian Lepas 30

2.9 Rumusan 31

3 METODOLOGI KAJIAN 32

3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Prosedur Kajian 33

3.4 Populasi dan Persampelan Kajian 36

3.5 Instrumen Kajian 37

3.5.1 Kandungan Soal Selidik 38

3.5.1.1 Bahagian A 38

3.5.1.2 Bahagian B 39

3.5.2 Kaedah Temubual 40

3.6 Tatacara Kajian 41

3.7 Kajian Rintis 41

3.8 Analisis Data 42

3.9 Rumusan 45

4 ANALISIS DATA 46

4.1 Pengenalan 46

4.2 Keputusan dan Analisis Latar Belakang Responden (Bahagian A) 47

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 47

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 48

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Umur 49

Page 10: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

x

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Tingkatan 49

4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan Jenis Sekolah 50

4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan Cita-cita 51

4.3 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 1 53

4.3.1 Pengurusan program latihan Tunas BISTARI 53

4.4 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 2 56

4.4.1 Kemudahan-kemudahan latihan Program Tunas BISTARI 56

4.5 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 3 59

4.5.1 Kualiti penyampaian penceramah dalam Program 60

Tunas BISTARI

4.6 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 4 63

4.6.1 Pengaplikasian pelajar dari Program Tunas BISTARI 64

4.7 Analisis Data Keseluruhan Persoalan Kajian 67

4.8 Maklumbalas Temubual Guru Pembimbing Program 70

Tunas BISTARI

4.9 Rumusan 70

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 72

5.1 Pengenalan 72

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 73

5.2.1 Latar Belakang Responden 73

5.2.2 Persoalan Kajian1: Adakah pengurusan program latihan 74

Tunas BISTARI sesuai, baik dan teratur?

5.2.3 Persoalan Kajian 2: Adakah kemudahan- kemudahan 76

latihan yang disediakan dalam Program Tunas BISTARI

sesuai dan lengkap?

Page 11: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

xi

5.2.4 Persoalan Kajian 3: Adakah pelajar berpuas hati dengan 77

cara penyampaian penceramah dalam Program Tunas

BISTARI?

5.2.5 Persoalan Kajian 4: Adakah Program Tunas BISTARI 79

dapat diaplikasi oleh pelajar?

5.3 Dapatan Kajian Berdasarkan Temubual Guru Pembimbing 80

Program Tunas BISTARI

5.4 Rumusan Dapatan Kajian 81

5.5 Cadangan 84

5.5.1 Guru Pembimbing Tunas BISTARI 84

5.5.2 Pihak Sekolah 85

5.5.3 Pihak Johor Corporatioan (JCorp) 85

5.5.4 Jabatan Pelajaran Negeri 86

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 86

5.7 Rumusan 87

RUJUKAN 88

LAMPIRAN 91

Page 12: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Taburan dan jumlah item set soalan selidik Bahagian B 39

3.2 Skala Likert 40

3.3 Skala pemeringkatan Likert lima mata yang telah dikecilkan kepada tiga 43

3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan min 44

4.1 Taburan responden berdasarkan jantina 47

4.2 Taburan responden berdasarkan bangsa 48

4.3 Taburan responden berdasarkan umur 49

4.4 Taburan responden berdasarkan tingkatan 50

4.5 Taburan responden berdasarkan jenis sekolah 51

4.6 Taburan responden berdasarkan cita-cita 52

4.7 Analisis kekerapan, peratusan dan min bagi pengurusan program latihan 54

Tunas BISTARI

4.8 Analisis kekerapan, peratusan dan min bagi kemudahan-kemudahan 57

latihan yang disediakan dalam Program Tunas BISTARI

4.9 Analisis kekerapan, peratusan dan min bagi kualiti penyampaian 61

penceramah dalam Program Tunas BISTARI

4.10 Analisis kekerapan, peratusan dan min bagi pengaplikasian pelajar dari 65

Program Tunas BISTARI

4.11 Analisis kekerapan, peratusan dan min setiap item bagi keseluruhan 68

persoalan kajian

Page 13: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Prosedur kajian 35

4.1 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi persoalan kajian 1 55

4.2 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi persoalan kajian 2 59

4.3 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi persoalan kajian 3 63

4.4 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi persoalan kajian 4 66

4.5 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi keempat-empat persoalan 69

kajian

Page 14: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

xiv

SENARAI ISTILAH

ABM - Alat bantu mengajar

DEB - Dasar Ekonomi Baru

JCorp - Johor Corporation

MeCD - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

MPPB - Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

Page 15: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Maklumat Latar Diri Responden dan Soal selidik 91

Penilaian Pelaksanaan Program Tunas BISTARI Dalam

Pembangunan Budaya Keusahawanan Di Sekolah-Sekolah

Menengah Daerah Pontian Johor

B Pengesahan Item-Item Soal Selidik 99

C Pengesahan, kelulusan dan kebenaran pelajar menjalankan 102

kajian Projek Sarjana Muda

Page 16: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia akan menjadi negara yang maju apabila Wawasan 2020 tercapai.

Bagi membantu mencapai wawasan tersebut, negara kita memerlukan lebih ramai

usahawan terutamanya usahawan Bumiputera. Ini ada tertulis dalam Rancangan

Malaysia Ke-9, dimana kementerian dipertanggungjawab dalam membangunkan

usahawan Bumiputera yang berdaya saing. Oleh itu, kerajaan berusaha mewujudkan

Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Pada 8 Mei 1995, tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan untuk

mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Objektif utama Kementerian ini adalah untuk mewujudkan dan membangunkan

usahawan yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam sektor ekonomi

yang berkembang dan berpotensi di samping memupuk budaya keusahawanan di

kalangan masyarakat Malaysia merupakan negara yang mampu melahirkan usahawan

yang berkualiti dan beretika. Misi Kementerian Pembangunan Usahawan ialah

Page 17: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

2

membantu mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera,

manakala visinya adalah untuk mewujudkan masyarakat Bumiputera yang akan

menjadi teras kepada pencapaian Wawasan 2020.

Program-program latihan keusahawanan adalah amat penting untuk melahirkan

usahawan di negara kita terutama bagi kaum Bumiputera. Fokus utama adalah

pembudayaan keusahawanan di kalangan generasi muda terutama pelajar sekolah

menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Program yang dilaksanakan melalui

Kelab Tunas Bistari bagi pelajar sekolah menengah yang ditaja oleh Perbadanan

Kemajuan Ekonomi masing-masing dan Pembangunan Usahawan Muda (PUM) yang

dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ditaja oleh Kementerian

Pembangunan Usahawan dan universiti-universiti tempatan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei telah mendedahkan

manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Apabila negara

mencapai kemerdekaan, kita dapati orang melayu tertinggal dari segi penguasaan

ekonomi. Pada tahun 1970, terbentuklah Dasar Ekonomi Baru (DEB), di mana

matlamat utama DEB adalah untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan serta

mempercepatkan proses menyusun semula masyarakat Malaysia supaya

ketidakseimbangan dalam ekonomi dapat diperbetulkan. Bagi mencapai matlamat

tersebut, kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang positif untuk meningkatkan

penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian.

Page 18: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

3

Walaubagaimanapun penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perdagangan dan

perindustrian masih tidak membanggakan.

Pada tahun 1990, Dasar Ekonomi Baru dibubarkan dan digantikan dengan

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang dilancarkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr.

Mahathir Mohamad. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) banyak memberi

keutamaan terhadap langkah-langkah menyemai dan membentuk budaya

keusahawanan di kalangan kaum Bumiputera terutama dari aspek pendidikan dan

perlaksanaan program usahawan muda di sekolah-sekolah menengah di seluruh

Malaysia. Pada tahun 1995, Kementerian Pembangunan Usahawan telah di tubuhkan.

Tujuan penubuhannya adalah untuk menguruskan hal-ehwal pembangunan usahawan

dalam negara. Objektif utama Kementerian ini ialah menyediakan persekitaran yang

dapat membantu dan menggalakkan pembentukan usahawan tulen yang berkualiti,

berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor dan industri

perniagaan.

Sehubungan dengan itulah, maka Johor Corporation (JCorp) mengambil

langkah memperkenalkan program keusahawan peringkat sekolah yang dinamakan

Tunas BISTARI. Program Tunas BISTARI telah dilancarkan oleh Johor Corporation

pada tahun 1992 dan terbuka kepada semua sekolah menengah di negeri Johor.

Program ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ).

Melalui program tersebut, JCorp berusaha memupuk, menyemai dan melahirkan

budaya keusahawanan dan melatih pelajar di dalam bidang perniagaan. Pendedahan

awal ini diberikan dengan harapan jika pelajar ini memilih kerjaya sebagai usahawan,

mereka akan lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran dan persaingan di bidang

berkenaan kelak. Dengan itu, matlamat untuk melahirkan usahawan yang berkualiti

dan berdaya maju menjelang tahun 2020 akan dapat direalisasikan.

Page 19: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

4

Pada awal pelancaran program ini, pada Mac 1992 hanya tiga buah sekolah

menengah sahaja terlibat dan sehingga tahun 2008 terdapat 64 buah sekolah di negeri

Johor telah menyertai program berkenaan. Program Tunas BISTARI ini terbuka

kepada pelajar-pelajar dari tingkatan 2 dan tingkatan 4 sahaja. Johor Corporation

(JCorp) telah meletakkan syarat, seramai 15 orang pelajar sahaja yang boleh

mengikuti program ini dalam sesebuah sekolah dan hanya untuk pelajar Bumiputera.

Dalam program ini, pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bidang pengurusan

perniagaan telah dianjurkan oleh Program Tunas BISTARI dengan tujuan untuk

memupuk, menyemai dan melahirkan keusahawanan di kalangan pelajar yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, daripada aktiviti dan pendedahan berkaitan dengan bidang

keusahawanan dan perniagaan yang dijalankan ini diharap dapat memberi kesedaran

dan menimbulkan minat pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan apabila tamat

persekolahan nanti.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, maka kajian ini

bertujuan untuk membuat penilaian pelaksanaan Program Tunas BISTARI dari

persepsi pelajar dan guru dari segi pengurusan program, kemudahan-kemudahan yang

disediakan dalam program, cara penyampaian penceramah serta aplikasi pelajar yang

telah mengikuti program tersebut.

Page 20: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

5

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah :

i- Mengenal pasti tahap pengurusan program latihan Tunas BISTARI sesuai,

baik dan teratur.

ii- Menentukan tahap kemudahan-kemudahan latihan yang disediakan dalam

Program Tunas BISTARI sesuai dan lengkap

iii- Menentukan tahap kepuasan pelajar dengan cara penyampaian

penceramah dalam Program Tunas BISTARI

iv- Menentukan tahap aplikasi pelajar yang mengikuti Program Tunas

BISTARI

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini ialah tentang penilaian pelaksanaan Program Tunas

BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah. Persoalan kajian

tersebut ialah berkaitan dengan:

i- Adakah pengurusan program latihan Tunas BISTARI sesuai, baik dan

teratur?

ii- Adakah kemudahan-kemudahan latihan yang disediakan dalam Program

Tunas BISTARI sesuai dan lengkap?

Page 21: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI … · v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah

6

iii- Adakah pelajar berpuas hati dengan cara penyampaian penceramah dalam

Program Tunas BISTARI ?

iv- Adakah Program Tunas BISTARI dapat diaplikasi oleh pelajar?