pensejarahan

  • Upload
    wai-mun

  • View
    237

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 pensejarahan

    1/5

    Soalan-Soalan Tutorial 1 ( Kump. Wai Mun, Diong dan Hui Li)

    1. Apa yg dimaksudkan sbg pertalian relatif ant "record of event" dan "the

    event themselves".

    Pensejarahan (historiography) berpokok dari perkataan sejarah(history).

    Sejarah secara umum diertikan sebagai the record of events (catatan

    peristiwa-peristiwa) orthe events themselves(peristiwa-peristiwa itu sendiri),

    saling mempunyai pertalian yang relatif. Sesuatu peristiwa itu terjadi itu

    dicatatkan jadilah ia sejarah. Ini adalah pengertian yang ortodoks.

    Tetapi, dalam pengertiannya yang lebih kompleks pada masa ini,

    Encyclopaedia Britannica telah memberikan kenyataan berikut.it was only

    in comparatively modern times that the meaning of the word (i.e. history) was

    extended to include the phenomena that form their subject. Dalamphenomena ini, peristiwa dan catatan mengenai pristiwa tadi

    mengembang dan membentuk perkara-perkara seperti :

    1. Benar/sahih ataupun tidak peristiwa itu

    2. Bagaimana, sebab-musabab, perkembangan dan kesan daripada

    peristiwa berkenaan.

    3. Tokoh/watak yang menjadi pelaku dalam sesuatu peristiwa

    4. Bila peristiwa tersebut terjadi dan lain-lain.

    Sementara di dalam catatan peristiwa-peristiwa pula, di dalamnyaterkandung perkara-perkara :

    1. Siapakah yang mencatatkan peristiwa itu

    2. Bagaimana peristiwa tersebut dicatatkan tetap atau tidak, bias atau

    sebaliknya, objektif atau subjektif, emotional atau rational. Apa dan

    bagaimana sudut pandangan pencatat berdasarkan perisitwa dan

    latar belakangnya yang mengaitnya.

    3. Apakah cara dan kaedah (methodlogy), pendekatan dan teori, falsafah

    dan pemikiran yang digunakan dan diambil oleh pencatat berkenaan

    4. Sekiranya, dalam konteks pengertian pencatatan peristiwa pada masa

    ini, di mana nilai-nilai ilmiah dan saintifik terterap ke dalam pencatatan

    tersebut dengan menggunakan sumber-sumber penduaan (secondary),

    bagaimanakah sumber-sumber ini dikendali dan dipersepsikan.

    Kedua-dua cabang ini, the event dan the record of that event berkembang

    dari masa ke masa, dari satu masyarakat ke satu masyarakat, dan, dari satu

    generasi ke satu generasi. Masa, masyarakat dan generasi di mana manusia

    mula hidup bertamadun sampailah ke hari ini, lalu membentuk periodisasi-

    periodisasi perzamanan (periodizations) dalam perkembangan tersebut.

  • 7/29/2019 pensejarahan

    2/5

    Kesemua permasalahan dan phenomena serta tetek-bengek di atas,

    merangkumi pengertian pensejarahan ( historiography).

    Diambil dari buku : Pensejarahan Melayu Nusantara karya Muhammad YusoffHashim

    2. Apa perbezaan pendapat Khoo Khay Kim, Mohd Taib Osman dan Muhd

    Yusof Ibrahim tg pensejarahan.

    Muhd. Yusof Ibrahim dan Khoo Kay Kim menyatakan :

    Persamaan pendapat kedua-dua tokoh - Pensejarahan ialah hasil karya ataupenulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau sejarawan. (utk mengejar

    kebenaran tentang peristiwa yg telah berlaku)

    Khoo Kay Kim - Pensejarahan itu dihasilkan untuk mencari kebenaran yang

    paling hampir terhadap peristiwa-peristiwa yang dikaji. Dia mengatakan

    bahawa wujud perbezaan dari segi tanggapan terhadap kebenaran ataupun

    kenyataan sejarah dan juga kaedah untuk menentukannya.

    Muhd. Yusof Ibrahim Untuk menghasilkan pensejarahan, sejarawan akan

    mengkaji dan menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang telahberlaku dan akan menghasilkan penulisan pensejarahannya. Sejarawan akan

    melakukan kajian dalam bidang atau mengikut kepakaran masing-masing

    seperti bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial.

    Mohd. Taib Osman pula mentakrifkan pensejarahan sebagai kisah tentang

    peristiwa peristiwa bersejarah yang telah disusun dalam bentuk sastera

    yang agak baik juga dan fungsinya adalah untuk pengajaran dan

    kemegahan generasi semasa pengarang dan keturunan-keturunan mereka.

    Sumber : http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/latar-belakang-pensejarahan-di-malaysia_07.html

    http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/latar-belakang-pensejarahan-di-malaysia_07.htmlhttp://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/latar-belakang-pensejarahan-di-malaysia_07.htmlhttp://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/latar-belakang-pensejarahan-di-malaysia_07.htmlhttp://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/latar-belakang-pensejarahan-di-malaysia_07.html
  • 7/29/2019 pensejarahan

    3/5

    4) Apa itu hikayat?

    Hikayat adalah salah satu bentuk sastera prosa, terutama dalam Bahasa

    Melayu yang berisikan tentang kisah, cerita, dan dongeng. Umumnya

    mengisahkan tentang kehebatan mahupun kepahlawanan seseorang lengkap

    dengan keanehan, kesaktian serta mukjizat tokoh utama.

    5) Perbezaan antara mitos dan lagenda

    Mitos adalah cerita prosa rakyat yang menceritakan kisah berlatar masa

    lampau, mengandung pentafsiran tentang alam semesta dan keberadaan

    makhluk di dalamnya, serta dianggap benar-benar terjadi oleh yang empunya

    cerita atau penganutnya. Mitos dianggap sebagai kisahsuci dan diyakini

    kebenarannya oleh komuniti penganutnya. Dalam pengertian yang lebih luas,

    mitos dapat mengacu kepada cerita tradisional. Pada umumnya mitos

    menceritakan terjadinya alam semesta, dunia dan para makhluk

    penghuninya, bentuk topografi, kisah para makhluk supernatural, dan

    sebagainya. Mitos dapat timbul sebagai catatan peristiwa sejarah yang

    terlalu dilebih-lebihkan, sebagai alegori atau personifikasi bagi fenomena

    alam, atau sebagai suatu penjelasan tentang ritual. Mereka disebarkan untuk

    menyampaikan pengalaman religious atau ideal, untuk membentuk model

    sifat-sifat tertentu, dan sebagai bahan ajaran dalam suatu komuniti.

    Lagenda adalah cerita prosa rakyat yang mirip dengan mitos, iaitu dianggap

    benar-benar terjadi tetapi tidak dianggap suci dan oleh yang empunya cerita

    sebagai suatu yang benar-benar terjadi dan juga telah dibumbui dengan

    keajaiban, kesaktian, dan keistimewaan tokohnya. Berbeza dengan mitos,

    legenda ditokohi oleh manusia, ada kalanya mempunyai sifat-sifat luar

    biasa dan sering kali juga dihubungkan dengan makhluk ajaib. Peristiwanya

    bersifat sekular (keduniawian), dan sering dipandang sebagai sejarah kolektif.

    Oleh kerana itu, legenda seringkali dipandang sebagai sejarah kolektif (folk

    story). Walaupun demikian, kerana tidak tertulis maka kisah tersebut telah

    mengalami distorsi sehingga sering kali jauh berbeza dengan kisah aslinya.Oleh kerana itu, jika legenda hendak dipergunakan sebagai bahan untuk

    merekonstruksi sejarah maka legenda harus bersih dari unsur-unsur yang

    mengandungi sifat-sifat cerita rakyat

    http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Prosahttp://id.wikipedia.org/wiki/Rakyathttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Cerita_tradisional&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Alam_semestahttp://id.wikipedia.org/wiki/Topografihttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Euhemerisme&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Euhemerisme&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Alegorihttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemikiran_mitopea&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Mitos_dan_ritual&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Religius&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Pedagogihttp://id.wikipedia.org/wiki/Pedagogihttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Religius&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Mitos_dan_ritual&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Pemikiran_mitopea&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Alegorihttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Euhemerisme&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Euhemerisme&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Topografihttp://id.wikipedia.org/wiki/Alam_semestahttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Cerita_tradisional&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Rakyathttp://id.wikipedia.org/wiki/Prosahttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
  • 7/29/2019 pensejarahan

    4/5

    6) Mengapa kebanyakan karya2 bersifat politik shj?

    Untuk menerapkan nilai taat setia kepada golongan pemerintah.

    Untuk memperlihatkan keagungan dan cara pemerintahan golongan

    Raja.

    Untuk memperlihatkan keganasan penjajah dan kepahlawanan sertakebijaksanaan golongan atasan untuk mengatasinya.

    Kerana aktiviti ekonomi dan sosial penduduk dianggap tidak penting.

    7) Mengenai pensejarahan Melaka Tradisional sebelum 1900 telah ditemukan

    sekurang-kurangnya tiga buah karya pensejarahan;

    i. Sejarah Melayu (dalam pelbagai versi dan ada pendapat mengatakan

    terdapat 29 naskah mengenainya seperti yang dinyatakan oleh R.

    Roolvink, The Variant Version of the Malay Annals cetakan semula

    rencana ini dalam C.C. Brown, Sejarah Melayu: Malay Annals, KualaLumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm xv xxxi

    ii. Syair Lancang Melaka

    iii. Syair Perang Rokan. Lihat Mohd. Yusof Hashim, Naskah

    Kesusasteraan Melayu Tradisional Yang Bercorak Sejarah dan

    Pensejarahan Malaysia, dalam Siti Hawa Salleh (pnyt) Cendikia

    Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

    Pustaka, 1987, hlm, 40

    Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia :Syarahan Tun Seri Lanang, Kuala

    Lumpur, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1975, hlm. Katapengantar

    Muhammad Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka : Kajian beberapa

    aspek tentang abad ke-15 dan abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia , Kuala

    Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 334

  • 7/29/2019 pensejarahan

    5/5

    8) Sebab-sebab golongan pemerintah menulis hasil-hasil karya:

    Mencatat sejarah atau peristiwa-peristiwa yang berlaku.

    Memupuk taat setia kepada raja dan sultan.

    Arahan daripada golongan pemerintah.

    Sebagai bahan bacaan kepada penduduk.

    Ulama, cendekiawan dan jurutulis yang berpengetahuan dan celik

    huruf mencatat peristiwa.

    Mengharumi nama raja dan sultan.

    10) Anakronistik bermaksud kesilapan menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh,

    tempat dan lain-lain pada zaman yang sebenarnya atau hal ketidakcocokan

    dengan zaman tertentu. Penempatan tokoh, peristiwa percakapan, dan unsur

    latar yang tidak sesuai menurut waktu di dl karya sastera: dl kalimat HangTuah melihat arloji titusnya, lalu menghidupkan pesawat televisinya terdapat

    dua.

    11) Orientalis Barat bermaksud penulis Barat dan pakar dalam bahasa,

    kebudayaan, dan lain-lain bangsa.