Upload
others
View
8
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. MOHINI BT MOHAMED
Tarikh :
PERSEPSI GURU YANG MENGIKUTI PROGRAM KHAS
PENSISWAZAHAN GURU TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA
INGGERIS
FAUZIAH BINTI AHMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan ( Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : FAUZIAH BINTI AHMAD
Tarikh :
iii
Untuk suami tercinta
Pengorbanan dan doamu
Tunggak kejayaanku
Untuk semua keluarga, sanak saudara dan sahabat handai
Segala jasa, doa dan sokongan kalian
Kuabadikan dalam ingatan
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan izinNya dapat saya
menyempurnakan Laporan Projek Sarjana Muda ini dalam waktu yang ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Professor Madya Dr.
Mohini bt Mohamed selaku penyelia Projek Sarjana Muda atas bimbingan , nasihat
dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh kajian dijalankan.
Ucapan terima kasih kepada guru-guru PKPG yang mengikuti kursus
pendidikan Sains dan Matematik di UTM, UPM, UiTM dan UPSI di atas kerjasama
yang telah diberikan.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat keluarga dan sahabat handai yang
sentiasa memberi sokongan dan nasihat dari pelbagai aspek sepanjang menempuhi
perjuangan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini.
Akhir kata, semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat kepada mereka yang
telah memberi kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
v
Abstrak
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi guru-guru yang
mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru terhadap pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Aspek yang dikaji
dalam kajian ini adalah kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris, minat dan keyakinan
terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Seramai 236 orang sampel dari empat buah institusi pendidikan awam (UTM, UPM,
UiTM dan UPSI) telah dipilih untuk dijadikan responden. Data-data yang diperolehi
melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social
Science 11.5 (SPSS). Analisis deskriptif digunakan untuk menguji kekerapan, min
dan peratusan. Manakala analisis inferensi digunakan untuk pengujian hipotesis.
Hipotesis diuji dengan menggunakan perbandingan min Ujian-T dan analisis varian
(ANOVA) pada aras signifikan 0.05 sebagai panduan bagi penerimaan atau
penolakan sesuatu hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai
tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris, minat dan keyakinan terhadap
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang
sederhana. Dapatan kajian juga mendapati ada hubungan yang signifikan antara
gred pencapaian Bahasa Inggeris SPM dengan tahap kesediaan penguasaan Bahasa
Inggeris tetapi tiada perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan
minat dan tahap keyakinan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
vi
Abstract
The purpose of this research was to determine the perception of teachers who
are involved in a special degree program (PKPG) in the teaching of Mathematic and
Science in English (ETeMS). The focus of the research included teacher’s
perception on the readiness to master English, enthusiasm and confidence in
teaching and learning Mathematic and Science in English. A total of 236 samples
from four higher learning institution (UTM, UPM, UiTM and UPSI) were randomly
selected to participate in this study. A set of questionnaire was used to obtain the
data. The data obtained was analyzed using descriptive statistic such as frequency,
mean, and percentage by using the Statistical Package for Social Science 11.5
(SPSS). In addition inference analysis was used to test the hypothesis. The
hypothesis was tested using T-Test and ANOVA at significant level 0.05 in oder to
accept or reject the hypothesis. The outcome of the research indicated that the
respondents had moderate level in readiness to master English, enthusiasm and
confidence in teaching and learning Mathematic and Science in English. The
outcome also indicated that there is a significant correlation between English subject
grade in SPM with the readiness to master English but no significant correlation
between enthusiasm and confidence level in teaching and learning Mathematic and
Science in English.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 1
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Skop Kajian 7
1.9 Batasan Kajian 8
1.10 Definisi Istilah 8
1.10.1 Persepsi 9
1.10.2 Guru 9
viii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
1.10.3 Program Khas Pensiswazahan Guru 9
1.10.4 Kesediaan 10
1.10.5 Keyakinan 10
1.10.6 Minat 10
1.11 Rumusan 11
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Tinjauan Penulisan 12
2.2.1 Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris 15
2.2.2 Kajian terhadap guru 16
2.2.3 Kajian terhadap pelajar 20
2.2.4 Penambahbaikan Program PPSMI 21
2.3 Teori Berkaitan 23
2.4 Rumusan 25
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka bentuk Kajian 27
3.3 Tempat Kajian 28
3.4 Subjek Kajian 28
3.4.1 Populasi 28
3.4.2 Sampel Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 30
ix
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
3.6 Prosedur Kajian 32
3.7 Kajian Rintis 32
3.7.1 Kebolehpercayaan dan Kesahan Kajian 33
3.8 Analisis Data 33
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 37
4.2 Bahagian A – Analisis Latar Belakang Responden 38
4.2.1 Pusat Pengajian 38
4.2.2 Kursus 39
4.2.3 Gred Pencapaian Bahasa Inggeris dalam
Sijil Pelajaran Malaysia 39
4.2.4 Gred Pencapaian Malaysian University English
Test (MUET) 40
4.2.5 Pengalaman Mengajar Sains dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) 40
4.3 Bahagian B – Analisis Kesediaan Penguasaan Bahasa
Inggeris Responden 41
4.4 Bahagian C – Analisis Minat Responden Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris 45
4.5 Bahagian D – Analisis Keyakinan Responden Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris 49
x
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
4.6 Bahagian E – Analisis Pendapat Responden 52
4.7 Rumusan 56
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 57
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 57
5.2.1 Perbincangan Latar belakang Respoden 58
5.2.2 Tahap Kesediaan Guru PKPG Terhadap
Penguasaan Bahasa Inggeris 58
5.2.3 Tahap Minat Guru PKPG Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris 59
5.2.4 Tahap Keyakinan Guru PKPG Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris 60
5.2.5 Perbincangan Hasil Kajian Hubungan Antara Tahap
Kesediaaan Penguasaan Bahasa Inggeris, Minat dan
Keyakinan Terhadap PPSMI Dengan Gred
Pencapaian Bahasa Inggeris SPM dan Pengalaman
Mengajar Dalam PPMSI. 61
5.3 Rumusan 63
5.4 Cadangan 63
5.5 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 64
5.6 Penutup 65
xi
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
RUJUKAN 66
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1 Jadual penentuan saiz sampel, Krejcie, R.V. & Morgan,
D.W. (1970). 29
3.2 Bilangan guru PKPG yang mengikuti kursus Sains dan
Matematik mengikut taburan institusi pengajian 30
3.3 Taburan item soal selidik kajian mengikut bahagian 31
3.4 Skala lima mata – 32
3.5 Perubahan Markat dan Skala 33
3.6 Skala tahap 34
3.7 Ringkasan pengujian statistik objektif kajian 34
3.8 Pengujian hipotesis kajian 36
4.1 Taburan bilangan dan peratusan responden
mengikut pusat pengajian 38
4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut kursus. 39
4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut gred
pencapaian Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia. 39
4.4 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut gred
pencapaian Malaysian University English Test (MUET). 40
4.5 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
pengalaman mengajar Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPMSI). 41
4.6 Taburan responden mengikut peratusan dan min berdasarkan
aspek kesediaan 41
4.7 Tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris responden. 44
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
4.8 Analisis perbezaan antara gred pencapaian Bahasa Inggeris
SPM dengan tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris. 45
4.9 Taburan responden mengikut peratusan dan min berdasarkan
aspek minat 45
4.10 Tahap minat responden terhadap pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. 48
4.11 Analisis perbezaan antara pengalaman mengajar dalam PPSMI
dengan minat mengajar Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris. 48
4.12 Taburan responden mengikut peratusan dan min berdasarkan
aspek keyakinan 49
4.13 Tahap keyakinan responden terhadap pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. 51
4.14 Analisis perbezaan antara pengalaman mengajar dalam PPSMI
dengan keyakinan mengajar Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris . 52
4.15 Analisis pendapat responden terhadap kelebihan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris. 53
4.16 Analisis pendapat responden terhadap kelemahan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris. 53
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
4.17 Analisis pendapat responden terhadap cadangan penambahbaikan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris. 54
xv
SENARAI SINGKATAN
BBM - Bahan bantu mengajar
BPG - Bahagian Pendidikan Guru
ETeMS - English for Teaching of Mathamatics and Science
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KPPK - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
MUET - Malaysian University English Test
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
PPSMI - Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris
SBT - Sistem Bimbingan Taulan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for the Social Science
UiTM - Universiti Teknologi Mara
UPM - Universiti Putra Malaysia
UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris
UTM - Univesiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran 70
B Borang Soal Selidik 71
C Nilai Realibiliti 78
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengiystiharkan satu polisi baru
mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
pada 19 Julai 2002. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ini bermula pada tahun 2003 bagi
pelajar-pelajar Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah. Ini diikuti dengan
perlaksanaannya di Kolej Matrikulasi pada tahun 2004 dan di Politeknik pada tahun
2008.
1.2 Latarbelakang Masalah Globalisasi yang diperkenalkan kepada kita bukan saja melibatkan faktor
ilmu pengetahuan dan rangkaian sistem maklumat yang pesat bekembang, malah
melibatkan sama faktor penggunaan bahasa. Perkembangan teknologi langit
terbuka, dunia tanpa sempadan, penerobosan aliran maklumat, dan ilmu
pengetahuan menjadi amat agresif hingga menyebabkan senario baru wujud.
Penggunaan Bahasa Inggeris dilihat semakin penting dan semacam tidak boleh
dielakkan apabila dihubungkan dengan faktor kemajuan dan perubahan dunia yang
menuntut persaingan. Kini Bahasa Inggeris telah diguna semula sebagai bahasa
kedua bagi memungkinkan generasi muda Malaysia tidak terpinggir dengan arus
2
perkembangan dunia dan mampu tampil sebagai peserta global yang tangkas dan
cekap.
Pendekatan yang digunakan oleh kerajaan dengan menjadikan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa penyampai bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sejak
tahun 2003 merupakan salah satu cara penstrukturan semula cara berfikir, sikap, dan
strategi dalam mendepani globalisasi.
Perubahan dasar ini adalah berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik
adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan
sebahagian besar maklumat yang berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa
Inggeris. Matlamat akhir dasar ini adalah membolehkan murid mengakses
maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya mereka mampu menguasai
ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa di
samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan Bahasa Inggeris (Info
PPSMI, 2006).
Terdapat pandangan pro dan kontra terhadap pendekatan kerajaan ini. Bagi
yang bersikap pragmatik terhadap keperluan menguasai Bahasa Inggeris dan
kepentingan ilmu pengetahuan berpendapat bahawa penggunaan Bahasa Inggeris
dalam mata pelajaran Sains dan Matematik adalah suatu yang wajar. Masyarakat
Malaysia disarankan bersikap terbuka supaya tidak ketinggalan secara jangka
panjang dalam menguasai ilmu pengetahuan baru yang ditulis dan diperolehi dalam
Bahasa Inggeris. Pihak yang kontra berpendapat bahawa pendekatan baru
menggunakan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik merupakan
suatu langkah yang mundur ke belakang dan ia akan menjejaskan jati diri bangsa
Melayu dan masyarakat Malaysia.
Dalam kalangan warga pendidikan, mereka tidak menolak kepentingan
menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Malah penggunaan Bahasa
Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dilihat sebagai permulaan yang
3
berkesan ke arah menjadikan Bahasa Inggeris semakin dominan dalam sistem
pendidikan negara secara jangka panjang.
Desakan mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris turut melibatkan
institusi pengajian awam. Rata-rata Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara
meletakkan sasaran tersendiri untuk mengangkat bahasa tersebut terutama ke arah
menjadikannya sebagai bahasa pengantar. Langkah mempertingkatkan penggunaan
Bahasa Inggeris merupakan pendekatan universiti bagi memastikan mahasiswa
dapat menguasai bahasa utama dunia itu dalam bidang akademik dan professional.
Tidak sekadar itu sahaja, Kementerian Pendidikan turut melatih graduan
menganggur dalam kursus Bahasa Inggeris supaya berkemahiran mengajar mata
pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
1.3 Pernyataan Masalah
Umumnya masyarakat negara ini bersetuju dan menerima pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak
tahun 2003. Namun masih ada pihak yang berasa sangsi dengan pelaksanaan
tersebut. Malah ada juga pihak yang membuat kesimpulan awal bahawa
pelaksanaan polisi ini akan menjejaskan pencapaian para pelajar dalam mata
pelajaran tersebut akibat daripada pertukaran bahasa.
Guru merupakan golongan pendidik dan profesion keguruan adalah
profesion yang mulia. Namun kini profesion ini mula tercalar dan berada dalam
keadaan yang tidak menentu serta berkrisis. Berhubung dengan isu pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, guru dianggap sebagai
salah satu faktor kemerosotan pencapaian pelajar dalam Sains dan Matematik.
Kekuatan dan kesediaan guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris turut dipersoal. Malah presiden Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (KPPK) tidak menafikan bahawa kurangnya kemahiran guru
menguasai Bahasa Inggeris turut menyumbang kepada penurunan prestasi dalam
4
mata pelajaran itu (Norfatimah, 2004). Jika kemampuan dan kekuatan guru-guru ini
tidak diteliti dengan sebaik-baiknya ada pihak yang khuatir prestasi pelajar akan
terjejas.
Masyarakat khususnya ibu bapa, mempunyai alasan yang kukuh untuk
meragui kemampuan guru mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
kerana sebahagian besar guru mata pelajaran tersebut tidak mempunyai tahap
kecekapan berBahasa Inggeris yang memuaskan dan boleh dibanggakan. Menurut
Mohd Rasdi Saamah (2004) beliau mendapati sebahagian besar daripada guru
berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lemah dalam aspek
kecekapan lisan dan tulisan bahasa tersebut. Guru yang tidak fasih berBahasa
Inggeris akan menjejaskan pengajaran dan pemahaman pelajar apabila
menyampaikan isi pelajaran. Untuk mengelakkan hal ini terjadi secara berterusan,
guru-guru haruslah berupaya memberikan maklumat yang tepat dan benar
(Kamarudin, 1997). Guru-guru harus mengemaskini pengetahuan mereka. Guru
perlulah mengingatkan diri sendiri supaya berhati-hati dan bercermat dalam
menggunakan ungkapan, perumpamaan, kiasan atau perbandingan. Lebih- lebih lagi
jika penyampaian pengajaran ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Mereka perlu
memastikan apa yang diperkatakan kepada murid-muridnya jelas dan difahami.
Murid-murid sekolah rendah mempunyai pengalaman yang terhad, dibimbangi
mereka akan membuat tanggapan yang salah.
Menjadi harapan semua pihak agar guru-guru yang terbabit mempunyai
komitmen yang tinggi bagi memastikan mereka benar-benar mampu menyampaikan
pengajaran seperti dilakukan dalam Bahasa Melayu selama ini. Justeru itu
sebilangan guru yang menyahut cabaran ini sanggup melanjutkan pelajaran di
Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta melalui program-program yang dianjurkan
di bawah Kementerian Pendidkan Malaysia. Antara program sepenuh masa yang
diikuti oleh sebilangan guru adalah Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG).
5
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif berikut:
1.4.1 Mengetahui tahap kesediaan guru PKPG terhadap penguasaan Bahasa
Inggeris.
1.4.2 Mengetahui tahap minat guru PKPG terhadap pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
1.4.3 Mengetahui tahap keyakinan guru PKPG terhadap pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
1.4.4 Mengkaji perbezaan gred pencapaian Bahasa Inggeris dalam SPM
dengan tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris.
1.4.5 Mengkaji perbezaan pengalaman mengajar dalam PPSMI dengan
minat mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
1.4.6 Mengkaji perbezaan pengalaman mengajar dalam PPSMI dengan
keyakinan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan latar belakang masalah yang dibincangkan kajian yang
dijalankan ini sebenarnya bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan berikut:
1.5.1 Apakah tahap kesediaan guru PKPG terhadap penguasaan Bahasa
Inggeris?
1.5.2 Apakah tahap minat guru PKPG terhadap pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?
1.5.3 Apakah tahap keyakinan guru PKPG terhadap pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?
1.5.4 Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara gred pencapaian
Bahasa Inggeris SPM dengan tahap kesediaan penguasaan Bahasa
Inggeris?
6
1.5.5 Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman
mengajar dalam PPSMI dengan minat mengajar Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris?
1.5.6 Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman
mengajar dalam PPSMI dengan keyakinan mengajar Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris?