Upload
others
View
4
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
MODUL BAHASA MELAYU
BMM3083
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 (Semakan September 2014)
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN
KEPUJIAN
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Edisi September 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii
Edisi September 2014 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan i
Falsafah Pendidikan Guru i
Kandungan ii
Kata Alu-aluan iii
Panduan Pelajar iv
Pengenalan v
Agihan Tajuk vi
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1. Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu
1.1 Sinopsis
1.2 Hasil Pembelajaran
1.3 Definisi
1.4 Perbezaan Fonetik dan Fonologi
1.5 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu
1.6 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu
1.7 Intonasi dalam Bahasa Melayu
Tajuk 2 & 3. Artikulasi dan Artikulator
2.1 Sinopsis
2.2 Hasil Pembelajaran
2.3 Definisi Artikulasi dan Artikulator
2.4 Alat-Alat Artikulasi
2.5 Alat-Alat Artikulasi Vokal
2.6 Diftong dan Konsonan
2.7 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan dalam Bahasa Melayu
2.8 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Tajuk 4. Huruf-Huruf Dalam Bahasa Melayu
4.1 Sinopsis
4.2 Hasil Pembelajaran
4.3 Definisi
4.4 Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong
4.5 Konsonan Asal, Pinjaman dan Gandingan
Tajuk 5. Simbol Fonetik dalam Bahasa Melayu
5.1 Sinopsis
5.2 Hasil Pembelajaran
5.3 Simbol Vokal Bahasa Melayu
5.4 Simbol Konsonan Bahasa Melayu
5.5 Simbol Diftong Bahasa Melayu
Tajuk 6, 7, 8. Fonem Segmental Dalam Bahasa Melayu
6.1 Sinopsis
6.2 Hasil Pembelajaran
6.3 Vokal
6.4 Diftong
6.5 Konsonan
Tajuk 9. Fonem Dalam Bahasa Melayu
9.1 Sinopsis
9.2 Hasil Pembelajaran
9.3 Fonem Vokal
9.4 Fonem Konsonan
Tajuk 10. Fonem Suprasegmental Bahasa Melayu
10.1 Sinopsis
10.2 Hasil Pembelajaran
10.3 Tekanan
10.4 Nada
10.5 Jeda
10.6 Panjang Pendek
Tajuk 11. Latihan Sebutan dan Penyukuan Sebutan
11.1 Sinopsis
11.2 Hasil Pembelajaran
11.3 Vokal
11.4 Bunyi Konsonan
11.5 Diftong
Tajuk 12. Latihan Transkripsi Sebutan dan Penyukuan
Sebutan
12.1 Sinopsis
12.2 Hasil Pembelajaran
12.3 Sebutan Bahasa Melayu Baku
12.4 Pola Keselarasan Vokal
12.5 Sebutan Huruf Vokal
12.6 Huruf Diftong
12.7 Penggunaan Huruf Konsonan
12.8 Transkripsi Fonetik
12.9 Transkripsi Fonemik
Tajuk 13. Sebutan Baku Kata Terbitan
13.1 Sinopsis
13.2 Hasil Pembelajaran
13.3 Sebutan Baku Bahasa Melayu
13.4 Kata Terbitan
13.5 Sebutan Baku Kata Terbitan Awalan
13.6 Sebutan Baku Kata Terbitan Akhiran
13.7 Sebutan Baku Kata Terbitan Apitan
Rujukan
Panel Penulis Modul
Panel Pemurni Modul
Ikon Modul
v
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
PANDUAN PELAJAR
vi
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
vii
Pengenalan
Kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (BMM 3083) merupakan
sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah
Rendah.
Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang
meliputi:-
Perbezaan Fonetik dan Fonologi
Artikulasi dan Artikulator
Huruf-Huruf Dalam Bahasa Melayu
Simbol Fonetik dalam Bahasa Melayu
Fonem Segmental Dalam Bahasa Melayu
Fonem Dalam Bahasa Melayu
Transkrip Sebutan dan Penyukuan Sebutan
Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan
aktiviti bagi setiap tajuk dan diakhirnya pula para pelajar akan melaksanakan
2 latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian dalam proses
pelengkap modul akses kendiri ini.
Nama Kursus : Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu Kod : BMM3083 Kandungan modul ini dibahagi kepada 15 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan
tajuk-tajuk untuk interaksi pembelajaran melalui modul.
INTERAKSI TAJUK / TOPIK KANDUNGAN
JUMLAH JAM MENGIKUT
PRO FORMA KURSUS
1
Tajuk 1: Fonetik dan Fonologi
Jenis-jenis fonetik Perbezaan Fonetik dan Fonologi. Pelaksanaan Sebutan Baku
Bahasa Melayu Intonasi dalam Bahasa Melayu Ejaan dan Sebutran
2
Tajuk 2 Artikulasi dan Artikulator
Definisi Artikulasi dan Artikulator Alat-Alat Artikulasi Alat-Alat Artikulasi Vokal Diftong dan Konsonan
Tajuk 3: : Artikulasi dan Artikulator
Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
Tajuk 4 Huruf-huruf dalam Bahasa Melayu
Definisi Huruf Vokal, Konsonan
dan Diftong Bahasa Melayu
Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu
2
Tajuk 5: Simbol Fonetik Dalam Bahasa Melayu
Simbol Vokal Bahasa Melayu Simbol Konsonan Bahasa
Melayu Simbol Diftong Bahasa Melayu
2
Tajuk 6: Fonetik Segmental Dalam Bahasa Melayu
Vokal Vokal Hadapan Vokal Belakang
AGIHAN TAJUK
Tajuk 7: Fonem Segmental Dalam Bahasa Melayu
Vokal Tengah Vokal dinasalkan Diftong
3
Tajuk 8: Fonem Segmental Dalam Bahasa Melayu
Konsonan Konsonan letupan Konsonan Geseran Konsonan Getaran Konsonan Getaran Konsonan Sengauan Separuh Vokal Konsonan Pinjaman
2
Tajuk 9: Fonem Dalam Bahasa Melayu
Fonem Fonem Vokal Fonem Konsonan
Tajuk 10. Fonem Suprasegmental dalam Bahasa Melayu
Tekanan Nada Jeda Panjang-pendek
4
Tajuk 11: . Latihan Transkripsi Sebutan dan Penyukuan Sebutan
Vokal Vokal Hadapan Vokal Belakang Vokal Tengah Bunyi Konsonan Konsonan Geseran Diftong
Tajuk 12: Latihan Transkripsi Sebutan Dan Penyukuan Sebura
Sebutan Bahasa Melayu Baku Pola Keselarasan Vokal Sebutan Huruf Vokal Huruf Diftong Panduan Sebutan Huruf Diftong Penggunaan Huruf Konsonan
Tajuk 13: Mentranskripsikan teks
Transkripsi Fonetik Transkripsi Fonemik
5
Tajuk 14: Sebutan Baku Kata Terbitan dan Pinjaman
Sebutan Baku Bahasa Melayu Kata Terbitan Sebutan Baku Kata Terbitan
Awalan Sebutan Baku Kata Terbitan
Apitan
Tajuk 15: Pengaplikasian sebutan baku
Amali Sebutan Baku Kata Terbitan Awalan
Amali Sebutan Baku Kata Terbitan Apitan
JUMLAH 10
1.1 Sipnosis
Tajuk ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti tiga perkara utama, iaitu konsep
fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan baku. Fonologi
ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia.
Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik
mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat
fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi
sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem
tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan
kita.
1.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. menjelaskan konsep fonetik dan fonologi;
ii. membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi;
iii. menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu;
iv. menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu.
1.3 Definisi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut
manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Apakah yang
dikatakan bunyi-bunyi yang bermakna itu? Kita sedia maklum pertuturan ialah bunyi-
bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami
perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa.
Cuba anda fikirkan pelbagai bunyi yang boleh dihasilkan melalui mulut selain daripada
pertuturan. Misalnya bunyi siulan, batuk, dengkuran dan berdehem. Adakah bunyi ini
bermakna? Boleh ya, boleh tidak.
TAJUK 1 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Oleh itu, bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna adalah yang dihasilkan oleh alat
artikulasi. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya adalah merumuskan,
menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan
teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Fonetik pula ialah
kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang mewujudkan bentuk ucapan.
Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan alat-alat yang menghasilkan bunyi
atau fonetik artikulasi, pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik
auditori dan sifat bunyi atau fonetik akustik. Seterusnya, fonemik pula ialah bidang yang
mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur
bunyi bahasa itu.
1.3.1 Fonetik Artikulasi
Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian
(artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan
pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur
(artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan
sebagainya.
1.3.2 Fonetik Akustik
Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah
gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat
diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang
diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.
1.3.3 Fonetik Auditori
Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui
pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang
Aktiviti 1 Catatkan perbezaan definisi fonologi dan fonetik yang telah anda pelajari.
paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat
mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi
tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu
fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya
peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.
1.4 Perbezaan Fonetik dan Fonologi
Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan
oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa
yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula bermaksud bidang yang
mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia
memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Anda boleh membaca perbezaan antara
kedua-dua bidang kajian ini dengan merujuk buku Siti Hajar Abd. Aziz (2008).
Aktiviti 1
1. Secara berkumpulan, anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat
msklumat tentang fonetik artikulasi, fonetik akustik, dan fonetik auditori.
2. Banding beza bahan tersebut, kemudian bentangkan di dalam kelas anda.
1.5 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu
Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna
dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai
keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan
semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan
(2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah
sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut
dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah
berjalan serentak dengan KBSM (1988).
1.6 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu
Sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau
sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike
dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan
diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap”.
Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut
:
Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah
dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.
Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan
juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata
terbitan.
Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu
bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa
Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.
Huruf dan fonem vokal ‘a’
Sebutan Baku
Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka,
tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja
dan dieja seperti mana dilafazkan.
Contoh:
Huruf Vokal Fonem/ bunyi Ejaan Sebutan
a [a] saya
berapa
apa
[sa ya]
[be ra pa]
[a pa]
Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’.
Berdasarkan sebutan baku, fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada
terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘i’
perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku
kata tertutup dibunyikan dengan [e].
Contoh:
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor Riau
Alih
Mukim
Hasil
[a lih]
[mu kim]
[ha sil]
[ a leh]
[mu kem]
[ha sil]
Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’.
Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada terletak
pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu
dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata
tertutup dibunyikan dengan [o].
Contohnya:
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau
Betul
Lanun
tutup
[be tul]
[la nun]
[tu tup]
[ be tol]
[la non]
[tu top)
Penyebutan Kata Terbitan
Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa
Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK.
Kata terbitan dengan imbuhan awalan
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau
Pengajar
Pengedar
Terasa
Berlari
terangkat
[pe nga jar]
[pe nge dar]
[te ra sa]
[ber la ri]
[ter ang kat]
[pe nga ja]
[pe nge da]
[te ra sé]
[ber la ri]
[ter ang kat]
Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris
Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa
Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.
Ejaan Standard Sebutan baku Sebutan Johor-Riau
i) Bahasa Indonesia
Sama bunyi
Anda
Merdeka
Berbeza bunyi
Bangsa
ii) Bahasa Arab
Sama bunyi
Fatwa
Takwa
Beza bunyi
Makna
iii) Bahasa Inggeris
Frasa
drama
[an da]
[mer de ka]
[bang sa]
[fat wa]
[tak wa]
[mak na]
[fra sa]
[dra ma]
[an da]
[mer de ka]
[bang sé]
[fat wa]
[tak wa]
[mak né]
[fra sa]
[dra ma]
1.7 Intonasi dalam Bahasa Melayu
Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan
hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama
ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang atau ayat
pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan
empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai
nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2
memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu
mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan
bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan
frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.
Sebutan bagi Nama Khas
Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang
empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan Sebutan
Muhammad Hatta [mu.ham.mad hat.ta]
James Bond [jéms bÕnd]
Nelson Mandela [nẼl.sen man.dé.la]
Lim Keng Yaik [lim kéng yék]
Boutros Boutros-Ghali [but.ros but.ros gha.li]
Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan
setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan Sebutan
Selangor Darul Ehsan [se.la.ngor da.rul éh.san]
Bosnia-Herzegovina [bos.nia her.ze.go.vi.na]
Pyongyang [pyong.yang]
New Zealand [niu zi.lẼnd]
Sunway Lagoon [sun.wéi le.gun]
Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau
nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya:
Ejaan Sebutan
Bank Bumiputera [baângk bu.mi.pu.te.ra]
Radio Televisyen Malaysia [ra.dio té.lé.vi.syen me.lé.sia]
Universiti Teknologi
Malaysia
[u.ni.ver.si.ti ték.no.lo.gi me.lé.sia]
Agensi Pengiklanan
Multimedia
[a.gén.si pe.ngi.la.nan mul.ti.mé.dia] atau
[a.gén.si peng. Öik.la.nan mul.ti.mé.dia]
Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan
bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara
pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.
Contohnya:
Ejaan Sebutan
Felda [fél.da] atau (Federal Land Development Authority)
(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
UNESCO [yu.nés.ko] atau (United Nations Educational, Scientific
and Cultural Organization)
UMNO [am.no] atau (United Malays National Organization)
(Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)
tadika [ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak)
ADUN [a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri)
Plus [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)
Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi
dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi,
atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:
Ejaan Sebutan
DBP [di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka)
TLDM [ti.él.di.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia)
JKKK [jé.ké.ké.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung)
RTM [ar.ti.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia)
PLO [pi.él.o] atau (Palestinian Liberation Organization)
(Pertubuhan Pembebasan Palestin)
2.1 Sipnosis
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk
menghasilkan ujaran. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang
digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal. Perbincangan turut merangkumi artikulasi
diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan.
Selain itu, perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta
konsonan dalam Bahasa Melayu.
2.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Mengenal pasti definisi artikulasi, artikulator, diftong dan konsonan
ii. Mengenal pasti alat-alat artikulasi, artikulasi vokal, diftong dan konsonan
iii. Menghuraikan jenis-jenis alat artikulasi, artikulasi vokal, artikulasi diftong dan
konsonan Bahasa Melayu
2.3 Definisi Artikulasi dan Artikulator
Untuk pengetahuan anda, artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang
terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya
mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus
nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa.
Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi.
Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah,
bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi
termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan
ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat
didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.
TAJUK 2 DAN 3
ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR
2.4 Alat-Alat Artikulasi
Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah,
bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut, manakala daerah
artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah
bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan
hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.
Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan
bawah), gigi, lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin,
1998:16-17).
2.5 Alat-Alat Artikulasi Vokal
Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan
enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u.
Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir.
Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut
tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan
berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang
berkenaan dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat
peringkat, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah. Selaras dengan
kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu
sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula
terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang
ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut:
ui
Depan
hampar
Tengah
neutral
e
o
ε
a
Belakang
bundar
Tinggi (sempit)
Separuh tinggi
(separuh sempit)
Rendah (luas)
Separuh rendah
(separuh luas)
Rajah 2.1: Bahagian Lidah
Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan
bundar. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat
dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [ε]
dan []. Bunyi-bunyi [ε] dan [] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan
yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti beg dan bos. Layari internet untuk
melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu.
2.6 Diftong dan Konsonan
Menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah,1997:63),
diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku
kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au]
dalam [pulau] pulau?. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan
Aktiviti 2
Labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi
bahasa.
i._____________________________ vii.________________________
ii._____________________________ viii.________________________
iii._____________________________ ix.________________________
iv._____________________________ x.__________________________
v._____________________________ xi._________________________
vi._____________________________ xii.________________________ ___________________________
dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru.
Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian
atau hentian sekejap-sekejap (Abdullah Hassan,2006:44).
2.7 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh
membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #].
Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya, mengenai
(Abdullah Hassan, 2006:42).
Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada
letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah
sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan
lain-lain.
2.8 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
Bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah. Diftong
Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut
dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai]
pandai, dan [a] dalam [pula] pulau, (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan
yang luas pada kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pantai], (iii) diftong menurun,
iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai]
dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan
yang sempit pada kedudukan lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi.
Konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran,
malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif).
Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama
ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara
akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan contohnya p] [pulau]
(awal) dan [atap] (akhir).
Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan
dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru.
Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang
menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t]
digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi [d] pula
digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].
Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi
sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk
menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru
akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [], dan [].
Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan
malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan
terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh
hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga
mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].
Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang
melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa
Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan [h].
Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan
bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga
sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik
menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan
[y].
Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini
menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan
menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu
bunyi getaran, iaitu [r].
Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi
bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n],
[r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak
bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h].
Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibir-gigi tak
bersuara, (ii) Geseran bibir-gusi bersuara, (iii) Geseran gigi tak bersuara,
(iv) Geseran gigi bersuara, (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi)
Geseran lelangit lembut bersuara.
Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara, bibir bawah dirapatkan kepada gigi
atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat
kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut
dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa
menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’, [hafal] ‘hafal’, dan [maaf] ‘maaf’.
Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan
geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan. Contoh sebutan: [vkal]
‘vokal’, [vərsi] ‘versi’, dan [univərsiti] ‘universiti’.
Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi
atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak.
Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di
daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [alaa] ‘Selasa’
(thalatha), [inen] ‘Isnin’ (Ithnin), dan [hade] ‘hadis’ (hadith). Cara mengeluarkan
geseran gigi bersuara pula, sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara.
Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Contoh
sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim), dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir).
Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke
lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat
kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan
bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh
sebutan: [xabar] ‘khabar’, [axbar] ‘akhbar’, dan [axer] ‘akhir’.
Akhirnya, penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan
dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Perbezaannya ialah,
ketika mengeluarkan bunyi [] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [aeb] ‘ghaib’,
[loat] ‘loghat’, dan [bale] ‘baligh’. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini
sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-
perkataan Melayu seperti orang [a] dan [baa] sebagai kelainan kepada getaran
gusi [r].
Aktiviti 3
1. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris
berikut:
(i) ghairah (vi) balai
(ii) cabar (vii) laut
(iii) masyhur (viii) sepoi
(iv) dekad (ix) tekukur
(v) pulau (x) sarat
2. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman
yang telah anda pelajari.
4.1 Sipnosis
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa
Melayu. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal, konsonan dan diftong. Huruf
konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.
4.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu
ii. Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal, konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu
iii. Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu, iaitu konsonan
asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.
4.3 Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
Huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan
dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah, 1977:42).
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan
rongga mulut dan bentuk bibir. Konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan
melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu
dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian
sekejap-sekejap. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Dengan
perkataan lain, diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal, iaitu
satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah
Hassan,2006:44).
TAJUK 4
HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU
4.4 Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
Terdapat enam huruf vokal dalam Bahasa Melayu, iaitu huruf a, i, u, e pepet, e taling
dan o. Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga, terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan.
Selain itu, terdapat juga tiga bunyi diftong, iaitu ai, au dan oi yang ditunjukkan dalam
Rajah 4.1 di bawah.
Huruf Diftong
Fonem / Bunyi Ejaan Sebutan
ai au oi
[ai] [au] [oi]
pantai pulau sepoi
[pan.tai] [pu.lau] [se.poi]
Rajah 4.1: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu
4.5 Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu
Terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu. Konsonan tersebut
ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap. Konsonan gandingan dan
rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim
et.al. 2006). Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan
tersebut.
Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon)
tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Daripada segi cara
sebutan, konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu letupan, letusan,
geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.
Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada
Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris.
Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab, digunakan untuk
mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain
seperti dalam perkataan ma’na, digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada tempat
lain, huruf ‘i (‘ilmu), ‘a (‘alam), ‘u (‘umur) digugurkan. Ejaan nama seperti ‘Abdullah,
Sa’odah, Nor ‘Aini sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih
terdapat dalam perkataan seperti Dato’, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan
oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.
Seterusnya, dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu, terdapat sembilan konsonan
gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh dan th.
Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu kh, gh, ny dan ng.
Akan tetapi, konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. Selain itu,
empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal, iaitu ch
menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s. (Abdullah Hassan, 2006:95-96).
Sebenarnya jika anda peka, tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi
Baharu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan
kepada lima, iaitu empat kekal, manakala satu berubah satu huruf. Empat lagi konsonan
gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. Namun,
walaupun huruf berubah, bunyi sebutannya tetap sama.
Aktiviti 4
Teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.
Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang
ditunjukkan.
1. Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.
Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan
Aktiviti 5 Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.
Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah
tersebut.
Cara Sebutan
Daerah Sebutan
Bib
ir
Gu
si
Gu
si-L
Ke
ras
Lela
ng
it
Ke
ras
Lela
ng
it
Lem
but
Pita
Su
ara
1 2 3 4 5 6
Letupan t
d G
Letusan č b j
Sengauan b
Geseran h
Getaran
Sisian l
Separuh Vokal b w
5.1 Sipnosis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonetik dalam bahasa Melayu.
Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal, simbol konsonan, simbol konsonan
rangkap dan simbol diftong.
5.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Mengenal pasti definisi simbol fonetik Bahasa Melayu, iaitu vokal, konsonan
dan diftong.
ii. Membanding beza jenis-jenis simbol fonetik Bahasa Melayu.
iii. Menggunakan simbol-simbol fonetik untuk mentranskripsikan petikan yang
diperdengarkan oleh rakan dan pensyarah dengan tepat.
.
5.3 Simbol Vokal Bahasa Melayu
Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu
bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa
bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan
hanya kepada ejaan Rumi sahaja.
Huruf Simbol Fonetik
a [a]
e (pepet) [e]
e taling [ə]
i [i]
o [i]
u [u]
Jadual 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu
TAJUK 5
SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU
5.4 Simbol Konsonan Bahasa Melayu
Simbol konsonan Bahasa Melayu mewakili kesemua 25 huruf dan simbol fonetik
konsonan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.2 yang berikut:
Bil. Huruf Simbol Fonetik
1. b /b/
2. c /c/
3. d /d/
4. f /f/
5. g /g/
6. gh /x/
7. h /h/
8. j /j/
9. k /k/
10. kh /x/
12. l /l/
13. m /m/
14. n /n/
15. ng /n/
16. ny /n/
17. p /p/
18. q /q/
19. r /r/
20. s /s/
21. s /s/
22. t /t/
23. v /v/
24. w /w/
25. z /z/
Jadual 5.2: Simbol dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu
Selain konsonan, dalam Bahasa Melayu juga terdapat konsonan gandingan dan
rangkap seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.3 yang berikut:
Konsonan Rangkap Simbol Fonetik
gh [ ]
ny [ ɲ ]
ng [ ŋ ]
sy [ ∫ ]
th [ ]
dz [ ð ]
akh [ x ]
Rajah 5.3: Konsonan Gandingan dan Rangkap
5.5 Simbol Diftong Bahasa Melayu
Diftong ialah huruf gabungan vokal yang hadir dalam perkataan secara bergandingan.
Sehubungan dengan itu, dalam Bahasa Melayu terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au
dan oi . Sehubungan dengan itu, simbol diftongnya ialah [ai], [au] dan [oi].
Aktiviti 6
Anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30
perkataan hingga 50 patah perkataan, kemudian transkripsikan petikan
tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonetik yang telah anda pelajari.
6.1 Sinopsis
Topik ini ada hubung kaitnya dengan bunyi bahasa, yang dikenali sebagai segmen atau
fonem. Setiap bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan.
Istilah segmen atau fonem merupakan satu konsep yang abstrak, namun bermakna
apabila berdiri dalam rentetan fonem lain. Di samping itu, topik ini turut membincangkan
definisi, jenis-jenis dan peranan yang dimainkan oleh vokal, diftong dan konsonan
Bahasa Melayu.
6.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. membezakan definisi vokal, diftong, konsonan dan fonem
ii. menghurai jenis-jenis bunyi vokal, diftong dan konsonan
iii. mengenal pasti kedudukan bunyi vokal, diftong dan konsonan dalam Bahasa
Melayu.
6.3 Vokal
Apakah bunyi vokal? Kenyataan tentang bunyi vokal boleh menunjukkan sifatnya. Vokal
ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal juga tergolong sebagai bunyi
bersuara. Oleh itu, untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan
tanpa sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal
dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan
vokal belakang.
6.3.1 Vokal Hadapan
Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut.
Antara depan lidah dan lelangit keras itu terdapat saluran sempit untuk udara keluar.
TAJUK 6, 7 DAN 8 FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU
Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [ ] ialah lambang
fonetik. Sehubungan dengan itu, bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih
luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan
vokal [i].
Selepas anda menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a]. Anda
akan merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas kerana
depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas (rujuk Rajah
2.7 di bawah).
6.3.2 Vokal Belakang
Sekarang, kita akan mengenali vokal belakang pula. Sebut bunyi akhir dalam kata batu.
Vokal ini ialah vokal [u]. Untuk menghasilkan bunyi ini pula, bibir dibundarkan dan
belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Cuba anda letakkan tangan di
bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Ada perbezaan? Ya, ada kerana
vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah dari
menghasilkan bunyi [u].
6.3.3 Vokal Tengah []
Berdasarkan Rajah 2.6, ada berapa vokal tengah dalam bahasa Melayu? Sebenarnya
ada satu vokal tengah, iaitu []. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah
dekat dengan lelangit. Bibir dihamparkan. Sungguhpun begitu ada dua vokal kata
pinjaman dan dalam bahasa baku sebagai kelainan bagi [e] iaitu [dan
6.3.4 Vokal dinasalkan
Apakah jenis vokal yang telah kita bicarakan di atas? Vokal yang kita pelajari ialah
vokal hadapan dan vokal belakang. Betul, kerana bunyi vokal ini keluar melalui rongga
oral. Pada masa vokal-vokal itu dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup
rongga nasal.
Selain itu, terdapat juga vokal-vokal yang dinasalkan, iaitu vokal yang dikeluarkan
melalui rongga oral dan nasal. Pada masa ini lelangit lembut diturunkan. Vokal ini
dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (nasalisasi) yang ditandakan dengan [~] atas
lambang vokal. Contohnya [nani], semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus
peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang
melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan. Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang
seterusnya, iaitu [na].
6.4 Diftong
Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata. Terdapat tiga
jenis diftong dalam bahasa Melayu. Diftong yang pertama ialah [ai] dan untuk
menghasilkannya, bahagian depan lidah mula-mulanya berada pada kedudukan untuk
vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi tak setinggi
sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai]. Diftong yang kedua pula ialah diftong
[au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian
bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula dihamparkan,
kemudian dibundarkan pula contohnya, [pulau]. Diftong yang ketiga ialah diftong [oi].
Ketika dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i],
bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contoh, [amboi].
Aktiviti 6 Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat keadaan alat artikulasi untuk
menghasilkan bunyi vokal.
Bil.
Vokal Lidah Lelangit lembut
Lelangit keras
Anak tekak
1. depan sempit
2.
depan luas
3.
belakang sempit
4.
Belakang separuh sempit
6.5 Konsonan
Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan
geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan
ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara seperti yang digambarkan dalam Rajah
6.3 yang berikut.
Rajah 6.1: Carta Konsonan Bahasa Melayu
6.5.1 Konsonan letupan
Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan
cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan. Konsonan [p] dan
[b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada
dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi [p].
Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara
tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].
Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir,
tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan
udara tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak
bersuara. Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].
Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan
lelangit lembut bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan
ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak
tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk
menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara
dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.
Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke
lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap
arus udara ke rongga hidung. Pada masa ini, pita suara direnggangkan, arus udara
yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di
hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Sehubungan dengan itu,
untuk menghasilkan konsonan [j], proses yang sama dilakukan tetapi pita suara
bergetar.
Penghasilan hentian [?] pula berlaku dengan cara lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung.
Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian
rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan
dihasilkan.
6.5.2 Konsonan Geseran
[s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus
udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga
tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus
udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s],
bunyi geseran gusi tak bersuara.
[h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut
berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi
geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan.
6.5.3 Konsonan Getaran
[r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah
dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil
dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].
6.5.4 Konsonan Getaran
[l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan dan
pita suara bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan
dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l].
6.5.5 Konsonan Sengauan (nasal)
Terdapat empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu, iaitu sengauan dua bibir bersuara
[m], sengauan gusi bersuara [n], sengauan lelangit keras bersuara [n] dan
sengauan lelangit lembut bersuara [n]. Perbezaannya bunyi-bunyi ini berlaku apabila
daerah udara disekat dalam rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut
dinaikkan.
[m] - dua bibir dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan dua bibir
bersuara [m].
[n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan gusi
bersuara [n].
[n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi
sengauan lelangit keras bersuara [n].
[n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan dinamakan
bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [n].
6.5.6 Separuh Vokal
Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi bergerak
dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh vokal yang
dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.
[w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal
yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.
[j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak
kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras
bersuara.
6.5.7 Konsonan Pinjaman
Selain konsonan-konsonan yang kita nyatakan di atas, ada konsonan yang dimasukkan
ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam. Banyak konsonan
dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-bunyi dari
bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz]
menjadi [z]. Walau bagaimanapun, ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam
banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran. [f]
dan [v] - bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga
apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak
bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara.
Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi geseran
bibir gusi bersuara.
[z] – bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila
pita suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi
bersuara.
[s] – pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah
dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan
dinamakan geseran gusi lelangit keras.
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
1
9.1 Sinopsis
Topik ini menghuraikan tentang fonem, iaitu bunyi-bunyi yang boleh membezakan
makna. Sehubungan dengan itu, fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan
perbezaan erti misalnya, fonem /t/ dan /d/ dalam perkataan tayang dan bayang.
Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang berbeza hanya disebabkan oleh
perbezaa satu fonem, iaitu /t/ dan /d/. Topik ini juga memberi tumpuan kepada dua
jenis fonem dalam Bahasa Melayu, iaitu fonem vokal dan fonem konsonan
9.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. mengenal pasti definisi fonem secara umumnya.
ii. membanding beza jenis-jenis fonem Bahasa Melayu berdasarkan cara
penghasilannya.
iii. Menghuraikan penyebaran fonem Bahasa Melayu sama ada di awal, tengah atau
akhir perkataan.
9.3 Fonem
Fonem ialah unit terkecil bunyi yang membezakan makna. Fonem dianggap lebih besar
daripada fon. Misalnya, fon [o], [ე] dan bunyi sengau kedua-dua fon ini membentuk satu
fonem sahaja, iaitu /o/. Sehubungan dengan itu, perkataan buku terdiri daripada empat
fonem iaitu /b/, /u/, /k/, dan /u/. Analisis seperti ini dinamakan fonem penggalan atau
fonem segmental.
Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-
dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakan
pasangan minimum atau pasangan terkecil. Sekiranya pasangan perkataan yang
mempunyai perbezaan yang paling minimum tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi
TAJUK 9 FONEM DALAM BAHASA MELAYU
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
2
yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon daripada
satu fonem. Keadaan ini disebut sebagai variasi atau kelainan bunyi yang bebas
contohnya /filəm/ - /piləm/ dan /balik/ - /bali?/.
9.3 Fonem Vokal
Fonem vokal Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah
dan vokal belakang. Kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu dapat dijelaskan dalam
Rajah 9.1, iaitu linguagram atau keratan rentas lidah seperti di bawah.
Rajah 9.1:Kedudukan Fonem Vokal Bahasa Melayu
Fonem vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga
mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan
berdasarkan kedudukan lidah yang terlibat dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat
dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas dan
luas; manakala bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu
depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram.
Keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan bundar. Dalam
bahasa Melayu standard terdapat tujuh fonem vokal yang dapat dihasilkan, iaitu /i, e, a,
o, u, ə/ dan tiga vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu /Ɛ/, /ɔ/ dan /ɒ/.
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
3
9.4 Fonem Konsonan
Fonem konsonan dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang
dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian
sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Fonem konsonan dapat
dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan,
geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir,
gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain. Fonem konsonan
terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan
dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y].
Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti
bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h]. Kesemua fonem konsonan ini ditunjukkan dalam Jadual
9.1 di bawah.
Cara Penghasilan
Daerah Sebutan
Bib
ir
Gu
si
Gu
si-
L
Ke
ras
Lela
ng
it
Ke
ras
Lela
ng
it
Lem
bu
t
Pit
a S
uara
Letupan tb p t k
b b d g
Letusan tb č
b j
Sengauan b m n
Geseran tb f s š x h
b v z
Getaran b r
Sisian b l
Separuh Vokal b w y
tb = tak bersuara b = bersuara
Jadual 9.1: Fonem Konsonan Bahasa Melayu
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
4
Letupan - Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang
dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di
bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan
dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.
Letusan - Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini
dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-
paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang
menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t]
digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi [d] pula
digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].
Sengauan - Sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan
(nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup
rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan
melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [], dan [].
Sisian- Hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan
malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan
terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh
hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga
mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].
Geseran- Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara
yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa
Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan [h].
Malaran- Bunyi malaran dihasilkan dengan unyi malaran, kedudukan artikulator adalah
seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu
lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
5
sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam
bahasa Melayu ialah [w] dan [y].
Getaran- Berlaku apabila berlaku sekatan udara berupa hentian sekejap-sekejap.
Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat
dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya
terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].
Jadual 9.2: Carta Konsonan Bahasa Melayu
Aktiviti 8: Lengkapkan jadual di bawah dengan fonem konsonan dalam perkataan dengan tepat berdasarkan cara penghasilannya.
.
Bil. Cara Penghasilan Fonem
Konsonan
Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)
Awal Tengah Akhir
1. Letupan
2. Letusan
3. Sengauan
4. Geseran
5. Getaran
6. Sisian
7. Separuh Vokal
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
6
10.1 Sinopsis
Setelah menguasai unsur-unsur segmental dalam Bahasa Melayu, anda perlu mahir
pula dengan cara menuturkannya kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen
atau penggalan daripada arus tuturan. Oleh sebab itu, topik ini menghuraikan cara
menuturkan pelbagai segmen misalnya, konsonan, vokal dan diftong dengan pelbagai-
tingkat tekanan dan nada. Hal ini disebabkan oleh, segmen atau fonem yang terdapat
dalam perkataan atau ayat telah melalui beberapa proses, khususnya intonasi, nada,
jeda, tekanan, panjang pendek dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, unsur bahasa
berupa tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek ini dikenali sebagai suprasegmental.
10.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
iv. mengenal pasti definisi unsur bahasa suprasegmental.
v. menghurai ciri-ciri unsur bahasa suprasegmental.
vi. mengenal pasti cara menghasilkan unsur bahasa suprasegmental, iaitu tekanan,
nada, jeda dan panjang-pendek dalam Bahasa Melayu.
10.3 Tekanan
Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau
lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan
untuktekanan ialah /’/. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima
tekanan itu misalnya /buda?/. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan
makna.
10.4 Nada
Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau
perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4 tinggi
TAJUK 10 FONEM SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
7
sekali. Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik
bila ada tekanan dan turun hingga 1 contohnya, saya hendak balik.
Sehubungan dengan itu, dalam bahasa Melayu juga terdapat nada tidak fonemik. Hal ini
bermaksud bahawa, nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu
fonem.
10.5 Jeda
Jeda juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan antara
unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang
digunakan untuk jeda ialah # . Unsur ini boleh membezakan makna contohnya, [#saya
makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi #
ema?].
10.6 Panjang-pendek
Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan.
Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang
sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.]
adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna.
Aktiviti 8 Tuturkan ayat-ayat yang berikut mengikut unsur-unsur suprasegmental Bahasa
Melayu sesuai yang dapat membezakan makna.
Serina makan nasi emak. Serina makan nasi, emak. Serina, makan nasi emak!
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
1
11.1 Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami peranan
organ artikulasi dalam menghasilkan aliran udara dan seterusnya melahirkan bunyi
bahasa yang membawa makna. Dalam penghasilan bunyi ini, semua organ memainkan
peranan masing-masing. Para pelajar juga akan mempelajari penggolongan dan
penghasilan bunyi bahasa serta mengetahui cara-cara menghasilkan bunyi bahasa.
11.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. menyatakan sifat-sifat bunyi vokal;
ii. mengenal pasti vokal, diftong dan konsonan; dan
iii. menerangkan bagaimana vokal dan konsonan diujarkan.
11.3 Vokal
Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa halangan, sekatan, ataupun sisian pada
arus udara yang dikeluarkan dari paru-paru. Sifat-sifat bunyi vokal adalah;
i. vokal adalah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan;
ii. vokal adalah bunyi bersuara;
iii. untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan; dan
iv. sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir.
Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli bahasa Melayu dan dua vokal
pinjaman. Vokal-vokal asli ialah [a, e, i, o, u]. Vokal-vokal pinjaman pula ialah [ɛ, ᴐ].
Kelapan-lapan vokal ini ditunjukkan dalam Rajah 11.1 di bawah. Bahagian depan,
tengah dan belakang pada rajah menunjukkan bahagian lidah yang berperanan ketika
menghasilkan bunyi-bunyi vokal.
TAJUK 11 LATIHAN SEBUTAN DAN PENYUKUAN SEBUTAN
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
2
Rajah 11.1: Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu
Semasa bunyi vokal dihasilkan;
i. berlaku getaran pada pita suara;
ii. anak tekak dinaikkan;
iii. udara yang keluar dari paru-paru tanpa sebarang halangan atau sekatan, malahan
keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut;
iv. bentuk bibir boleh berkeadaan bundar atau leper.
11.3.1 Vokal Hadapan
Semasa kita menyebut bunyi akhir dalam kata beli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam
mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras terdapat saluran sempit untuk udara
keluar. Huruf akhir pada perkataan beli, dilambangkan [ i ]. Lambang ini [ i ] ialah
lambang fonetik. Manakala bunyi [ e ] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih
luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan
vokal [ i ].
Selepas anda membunyikan vokal [ i ], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [ a ].
Anda akan dapat merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas
kerana depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [ a ] adalah bunyi vokal hadapan luas.
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
3
a. Vokal Hadapan Sempit [ i ]
Untuk menghasilkan vokal ini, hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh
lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.
Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa
sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Pita
suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. Bibir
berada dalam keadaan terhampar.
Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;
Awal kata Tengah Kata Akhir Kata
[ikan] [lipat] [gali]
[ikat] [lihat] [sari]
[ipar] [bila] [cari]
Rajah 11.2: Pengujaran vokal depan sempit [ i ]
b. Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]
Vokal ini terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Kalau kita menyebut vokal [ e ],
bahagian depan lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan vokal [ i ]. Untuk
menyebutnya, hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [ i ].
Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
4
dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara akan
bergetar. Lihat Rajah 11.2 di atas. Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
[ eloʔ ] [ laher ] [ kole ]
[ esa ] [ merah ] [ sate ]
[ elaʔ ] [ sepaʔ ]
c. Vokal Hadapan Separuh Luas [ ɛ ]
Bahagian depan lidah diturunkan sepertiga daripada kedudukan vokal semasa
melafazkan bunyi [ e ]. Lelangit lembut pula terangkat rapat ke belakang tekak dan
menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut dan pita suara bergetar.
Semasa bunyi dilafazkan kedudukan bibir dalam keadaan terhampar.
Rajah 11.3: Vokal Depan Separuh Luas
d. Vokal Hadapan Luas [ a ]
Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-rendahnya. Lelangit
lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Pita
suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam Bahasa Melayu. (rujuk Rajah
11.4)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
5
Rajah 11.4: Vokal Hadapan Luas [ a ]
Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
[ alaƞ ] [ măkan ] [ lala ]
[ ali ] [ saraƞ ] [ papa ]
11.3.2 Vokal Belakang
Vokal belakang dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah ke lelangit lembut.
Kemudian belakang lidah diturunkan satu pertiga ke bawah di bahagian belakang lidah
seperti dalam menghasilkan bunyi vokal depan. Udara keluar dari paru-paru melalui
rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar. Bibir dibundarkan semasa
menghasilkan bunyi ini.
a. Vokal Belakang Sempit [ u ]
Bahagian belakang lidah diangkat tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak
menyentuhnya. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar. Bibir
berada dalam keadaan bundar. (rujuk Rajah 11.5)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
6
Rajah 11.5: Vokal Belakang Sempit [ u ]
Contoh;
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
[ upah ] [ sulam] [ buku ]
[ ubah ] [ luka ] [ dulu ]
b. Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]
Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling
tinggi semasa melafazkan bunyi [u]. Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah
lelangit lembut, sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup
rongga hidung sementara pita suara digetarkan. (lihat Rajah 11.6)
Rajah 11.6: Vokal Belakang Separuh Sempit [o]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
7
Contoh:
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
[ oleh ] [ sogoʔ ] [ solo ]
c. Vokal Belakang Separuh Luas [ ᴐ ]
Untuk menghasilkan bunyi vokal ini, belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah
lelangit lembut. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup
rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.
Semasa bunyi ini dilafazkan, bibir berada dalam keadaan bundar.
Contoh:
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
[ ᴐraƞ] [ tᴐlak] [ bᴐlᴐt ]
d. Vokal Tengah [ ə ]
Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di bahagian bawah
rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut
berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak
untuk menutup rongga hidung. Udara keluar daripada paru-paru tanpa sekatan. Pita
suara bergetar.
Rajah 11.7: Vokal Tengah
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
8
Contoh:
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
[ əmaʔ ] [ səmaʔ ]
11.4 Bunyi Konsonan
Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan, bunyi-bunyi ini menerima
sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.
Bunyi konsonan terhasil apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam saluran
suara. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Rujuk
Rajah 11.8 untuk melihat cara-cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan bahasa
Melayu.
Rajah 11.8: Konsonan Bahasa Melayu
Dalam Bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada konsonan asli dan pinjaman.
Konsonan asli terdiri daripada bunyi-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, sisian,
getaran dan bunyi separuh vokal.
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
9
11.4.1 Konsonan Letupan (Plosif)
Konsonan letupan dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana
daerah sebutan.. Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut akan tersekat.
Apabila udara yang tersekat ini dilepaskan dengan serta merta maka terhasillah bunyi
letupan. Bunyi letupan akan berubah-ubah apabila daerah dan alat sebutannya diubah.
a. Letupan bibir [ p ], [ b ]
Letupan bibir dihasilkan dengan merapatkan bibir nbawah ke bibir atas dan lelangit
lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru akan tersekat dan
dilepaskan serta-merta. Apabila letupan itu dilakukan dengan pita suara tak bergetar
maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan bibir tak bersuara [ p ]. Contoh, [ parah ], [
rupa ]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan bibir
bersuara [ b ]. Contoh, [ baru ], [ biru ], [ habuk ]
Rajah 11.9: Konsonan letupan bibir [p] dan [b]
b. Letupan gusi [ t ], [ d ]
Bunyi konsonan letupan gusi dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan ke gusi atas.
Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan dalam
rongga mulut dilepaskan serta-merta pada bahagian hujung lidah dan gusi.Jika pita
suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [ d ]. Contoh, [
dada ], [ nada ], [ tidur ]. Jika pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang dihasilkan ialah
letupan gusi tak bersuara [ t ]. Contoh, [ tanah ], [ mata ]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
10
Rajah 11.10: Konsonan letupan gusi [t] dan [d]
c. Letupan lelangit lembut [ k ], [ g ]
Letupan lelangit lembut dihasilkan apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.
Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan
dilepaskan dengan serta-merta pada bahagian belakang lidah dan lelangit lembut. Bunyi
suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ k ] tak bersuara di mana pita suara
tidak bergetar. Contoh, [ kaki ], [ laku ], [ saku ]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi
suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ g ] bersuara. Contoh, [ gaya ], [
pagar ], [ segar ]
Rajah 11.11: Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]
d. Letupan pita suara/hentian glotis [ ʔ ]
Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding
rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Udara kemudian
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
11
terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan serta-merta pada bahagian pita suara. Pita suara
tidak bergetar. Maka terhasillah [ ʔ ]. Contoh, [ pokoʔ ], [ keadaʔan ]
11.4.2 Konsonan Letusan (Afrikat)
Bunyi letusan dihasilkan dengan merapatkan alat artikulasi sehingga udara tersekat.
Lelangit lembut dinaikkan untuk menutupi rongga hidung. Udara kemudiannya
terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan perlahan-lahan pada bahagian lelangit keras.
Maka terhasillah fonem [ č ] di mana pita suara tidak bergetar. Contoh, [ čawan ],
[ bača ]. Apabila pita suara bergetar, bunyi suara yang dihasilkan ialah konsonan letusan
lelangit keras bersuara [ ǰ ]. Contoh, [ ǰalan ], [ baǰa ]
Rajah 11.12: Konsonan letusan [ č ] dan [ ǰ ]
11.4.3 Konsonan Sengauan (Nasal)
Dalam Bahasa Melayu terdapat empat bunyi nasal. Bunyi nasal berlaku apabila alat
artikulasi dirapatkan kepada daerah artikulasi. Lelangit lembut diturunkan untuk
membuka rongga hidung. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga hidung dan
rongga mulut. Pita suara akan bergetar.
a. Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]
Udara dari paru-paru dipam ke pita suara. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka
rongga hidung. Udara terhalang pada bahagian dua bibir, kemudian keluar melalui
rongga hidung dan rongga mulut, maka terhasillah fonem [ m ]. Contoh perkataan [
mălu ], [ amăn ]. (rujuk Rajah 11.13)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
12
Rajah 11.13: Konsonan Sengauan [m]
b. Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]
Bunyi terhasil apabila udara terhalang pada bahagian hujung lidah dan gusi kemudian
keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Apabila udara tiba di rongga tekak,
lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah
konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]. Contoh perkataan ialah, [ năsiʔ], [ nănăs ].
(rujuk Rajah 11.14)
Rajah 11.14: Konsonan Sengauan [n]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
13
c. Konsonan sengauan lelangit keras [ ɲ ]
Bunyi konsonan ini dihasilkan apabila udara yang terhalang pada bahagian depan lidah
dan lelangit keras, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Bunyi
suara yang dihasilkan ialah fonem [ ɲ ]. Contoh perkataan ialah, [ ɲala ], [ baɲak ]. (rujuk
Rajah 11.15)
Rajah 11.15: Konsonan sengauan [ ɲ ]
d. Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ŋ ]
Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Udara terhalang pada bahagian belakang
lidah dan lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Pita
suara akan bergetar. Bunyi suara yang dihasilkan ialah [ ŋ ]. Contoh perkataan ialah, [
ŋaŋa ], [ mɛŋail ]. (rujuk Rajah 11.16)
Rajah 11.16: Konsonan sengauan [ ŋ ]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
14
11.4.4 Konsonan Geseran (Frikatif)
Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu melalui
rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan udara hanya
keluar melalui rongga mulut.
a. Geseran gigi-gusi tak bersuara [ s ]
Bunyi dihasilkan apabila udara yang keluar dari paru-paru bergeser pada sempitan lidah
dan gusi. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga
tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus
udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara maka terhasillah bunyi gusi
tak bersuara [ s ]. Contoh perkataan ialah, [ salah ], [ măsa ], [ bas ]. (rujuk Rajah 11.17)
Rajah 11.17: Konsonan Geseran [ s ]
b. Geseran glotis tak bersuara [ h ]
Bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang tanpa halangan.
Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang tekak. Bunyi
suara yang dihasilkan ialah [ h ], geseran glotis tak bersuara. Contoh perkataan ialah, [
hawa ], [ măha ] (rujuk Rajah 11.18)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
15
Rajah 11.18: Konsonan Geseran [ h ]
11.2.5 Konsonan Getaran (Tril)
Bunyi dihasilkan apabila udara dari paru-paru ditekan keluar melalui rongga mulut
hingga menggetarkan lidah pada bahagian gigi-gusi. Lelangit lembut dinaikkan untuk
menutup rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [ r ].
(rujuk Rajah 11.19)
Rajah 11.19: Konsonan Getaran [ r ]
11.2.6 Konsonan Sisian (Lateral)
Udara dikeluarkan melalui rongga mulut terhalang dan keluar melalui kedua-dua belah
kiri dan kanan lidah. Hujung lidah dinaikkan ke bahagian gusi. Pita suara bergetar. Bunyi
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
16
yang dihasilkan ialah [ l ]. Contoh perkataan ialah, [ lari ], [ sila ], [ selamat ]. (rujuk Rajah
11.20)
Rajah 11.20: Konsonan Sisian [ l ]
11.2.7 Konsonan Separuh Vokal
Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah dan ruang udara di dalam
mulut sama kedudukannya seperti ketika menyebut bunyi vokal. Ujaran dilakukan
separuh jalan sahaja.
a. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]
Bibir dan belakang lidah seperti untuk membunyikan [ u ], kemudian berlaku geluncuran.
Bunyi yang dihasilkan ialah separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]. Contoh perkataan
ialah, [ wayaŋ], [ waŋ ]. (rujuk Rajah 11.21)
Rajah 11.21: Konsonan Separuh Vokal [ w ]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
17
b. Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [ y ]
Kedudukan lidah pada peringkat awal adalah seperti untuk membunyikan [i], kemudian
bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini ialah separuh vokal lelangit keras
bersuara [ y ]
11.5 Diftong
Diftong ialah bunyi yang terdapat geluncuran semasa menyebutnya. Diftong
dilambangkan oleh dua huruf vokal yang membentuk satu suku kata. Semasa bunyi
diftong dihasilkan, berlaku getaran pada pita suara. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga
bentuk diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Bunyi diftong dihasilkan apabil sebuah vokal
menggeluncur dan bergabung dengan sebuah vokal lain. Ini dapat dilihat dalam diftong
[ai].
Bunyi vokal dimulai dengan cara penghasilan vokal depan luas [a], kemudian berlaku
geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit [i]. Contoh perkataan ialah, [ rumpai ], [
sampai ], [salai]. Diftong [au] pula dihasilkan apabila vokal depan luas [a] menggeluncur
ke arah bunyi vokal belakang sempit [u] iaitu bibir berada dalam keadaan bundar dan
lidah berada di belakang. Contoh perkataan ialah, [ panau ], [ surau ], [ pulau ].
Pengujaran diftong [oi] dimulai dengan cara penghasilan vokal belakang separuh sempit
[o], kemudian berlaku geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit [i]. Bibir berkeadaan
leper dan lidah berada di hadapan dan bukaan mulut separuh sempit. Contoh perkataan
ialah, [ dodoi ], [ boikot ].
Aktiviti 1 i. Bagaimana bunyi diklasifikasikan sebagai vokal dan konsonan? ii. Dalam kumpulan, bincang dan buat deskripsi konsonan letupan dan letusan.
Nyatakan perbezaan kedua-dua konsonan ini. iii. Apakah fungsi getaran pita suara dalam menghasilkan bunyi konsonan.
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
18
Aktiviti 2 Setelah anda membaca dan memahami keterangan yang berkaitan dengan penghasilan bunyi
konsonan. Cuba lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan contoh perkataan yang
menunjukkan penyebarannya dengan menggunakan transkripsi fonetik.
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
19
12.1 Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami sebutan
perkataan bahasa Melayu yang betul (baku) berdasarkan lafaz ejaan setiap perkataan.
Sebutan baku ini merangkumi sebutan; Huruf vokal, Huruf diftong, Huruf konsonan,
Huruf gugus konsonan, Perkataan asing (Inggeris, Arab), Perkataan terbitan dan
perkataan yang sudah baku sebutan.
12.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. menyatakan konsep sebutan baku Bahasa Melayu;
ii. mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi vokal;
iii. mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi konsonan; dan
iv. mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi diftong.
12.3 Sebutan Bahasa Melayu Baku
Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap dalam semua aspek
yang merangkumi koda, status, penggunaan bahasa, ejaan, tatabahasa, istilah,
penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. Bahasa baku dikaitkan dengan golongan
berpendidikan tinggi dalam masyarakat. Bahasa tersebut digunakan dalam urusan rasmi
sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa persuratan. Bahasa baku mempunyai ciri-ciri
dan sistem tersendiri;
a. digunakan untuk tujuan rasmi;
b. tidak mempunyai penutur asli;
c. mematuhi peraturan tatabahasa sepenuhnya;
d. digunakan dalam konteks formal;
e. mempunyai pelbagai laras;
TAJUK 12 LATIHAN TRANSKRIPSI SEBUTAN DAN PENYUKUAN SEBUTAN
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
20
f. mengamalkan sistem panggilan formal;
g. bersifat fonemik iaitu sebutan mengikut ejaan;
h. mengalami perancangan yang sistematik;
i. tiada unsur-unsur kependekan atau kata-kata singkatan;
j. menggunakan bahasa yang tersusun; dan
j. menekankan ketepatan dan kejelasan makna.
Menurut Garvin dan Mathiot (1998), bahasa baku membawa maksud pembakuan dalam
semua aspek bahasa; berusaha dan melakukan proses pengekodan, dan kutipan
informasi pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat serta yang
telah menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat itu. Pengekodan adalah satu
persetujuan tidak rasmi yang diambil tentang satu variasi daripada beberapa variasi yang
wujud dan variasi itu menjadi kelainan yang mewakili bahasa. Contohnya, variasi yang
dipilih sebagai variasi bahasa baku ini mempunyai kaitannya dengan faktor-faktor
sosiosejarah. Umpamanya variasi yang dituturkan oleh golongan terpelajar, maka variasi
itu dari segi penggunaannya diterima pakai oleh penutu-penutur yang lain.
Dalam penggunaan rasmi atau dalam situasi formal, bahasa Melayu perlu memperlihatkan
bentuk dan gaya yang betul, tepat, ringkas, mudah, dan santun. Seterusnya dikemukakan
panduan umum mengeja dan menyebut perkataan dan istilah bahasa Melayu dalam huruf
rumi. Beberapa panduan perlu dipatuhi bagi mengeja perkataan, istilah dan kata majmuk
dengan betul meliputi keselarasan huruf vokal, kekecualian huruf vokal, penggunaan
diftong, penggunaan huruf konsonan, perkataan pinjaman (istilah), imbuhan dan kata
sendi ‘di’ dan ‘ke’, partikel, ganti nama singkat dan penulisan kata majmuk.
12.4 Pola Keselarasan Vokal
Keselarasan vokal meliputi perkataan yang berbentuk dua suku kata. Bagi perkataan yang
mengandungi lebih dua suku kata, peraturan keselarasan huruf vokal ini hanya wajar bagi
dua suku kata yang terkahir. Terdapat lapan belas pola keselarasan huruf vokal dalam
bahasa Melayu yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan
ejaan. (rujuk Rajah 12.1)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
21
Rajah 12.1: Pola Keselarasan Vokal Bahasa Melayu
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
22
12.5 Sebutan Huruf Vokal
Terdapat enam huruf vokal dalam Bahasa Melayu. Vokal perlu disebut dengan betul
menurut nilai bunyi individu. Kedudukan vokal dalam perkataan boleh berada sama ada di
awal, di tengah atau di akhir.
a. Huruf a dilafazkan dengan bunyi [ a ] pada mana-mana kedudukannya.
Contoh:
pada [a + da]
berada [be + ra + da]
cabaran [ca + ba + ran]
warganegara [war + ga + ne + ga + ra]
b. Huruf e dilafazkan dengan bunyi [ e ]
Contoh:
elok [e + lok ]
leka [le + ka]
nenek [ne + nek]
c. Huruf e pepet dilafazkan dengan bunyi [ ə ]
Contoh:
emak [ə + măk]
segar [sə + gar]
kelam [kə + lam]
d. Huruf i dilafazkan dengan bunyi [ i ]
Contoh:
ini [i + ni]
putih [pu + tih]
intip [in + tip]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
23
e. Huruf o dilafazkan dengan bunyi [ o ]
Contoh:
oleh [o + leh]
bola [bo + la]
sorak [so + rak]
f. Huruf u perlu dilafazkan dengan bunyi [ u ]
Contoh:
ubi [u + bi]
ular [u + lar]
tunjuk [tun + juk]
putus [pu + tus]
12.6 Huruf Diftong
Diftong terbentuk apabila dua huruf vokal digunakan dalam pengejaan perkataan.
Contohnya, gabungan vokal ‘a’ dengan huruf ‘u’ dan gabungan vokal ‘o’ dengan huruf ‘i’
menjadi ‘au’ dan ‘oi’. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga huruf diftong iaitu ai, oi dan au.
Huruf-huruf diftong ini biasanya diletakkan di awal, di tengah dan di akhir perkataan.
Kesemua bunyi perlu mengikut ejaan asal iaitu ai, oi, au. Contoh perkataan ialah;
amboi kaloi sepoi
bangau kalau lampau
aurat sungai salai
pulai balai halau
Aktiviti 1
iv. Bincangkan bagaimana pola keselarasan vokal menyumbang kepada kepentingan sebutan baku bahasa Melayu.
v. Dalam kumpulan, pilih satu petikan (satu/dua perenggan) daripada jurnal, majalah atau akhbar dan buat transkripsi vokal.
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
24
12.6.1 Panduan Sebutan Huruf Diftong
Diftong perlu dilafazkan dengan bunyi [ai], [oi], [au] pada kedudukan di awal, di tengah
atau di akhir perkataan.
1. Diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ai]
Contoh perkataan;
hairan [ hai + ran ]
pandai [ pan + dai ]
salai [ sa + lai ]
tupai [ tu + pai ]
ampai [ am + pai ]
laici [ lai + ci ]
aising [ ai + siŋ ]
2. Diftong oi dilafazkan dengan bunyi [oi]
Contoh perkataan;
sekoi [ se + koi ]
kaloi [ ka + loi ]
oidium [ oi + di + um ]
boikot [ boi + kot ]
3. Diftong au dilafazkan dengan bunyi [au]
Contoh perkataan;
automatik [ au + to + mă + tik ]
aurat [ au + rat ]
kacau [ ka + cau ]
kalau [ ka + lau ]
maujud [ mau + jud ]
taufan [ tau + fan ]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
25
12.7 Penggunaan Huruf Konsonan
Terdapat 26 huruf konsonan dalam bahasa Melayu iaitu b, [bi], c [si], d [di], f [ef], gh [gh],
h [hej/ejh], i [ee], j [je], k [ki], l [el], m [em], n [en], ng [ng], ny [ny], p [pi], q [kiu], r [ar], s
[es], sy [sy], t [ti], v [vi], w [dabliu], x [eks], y [wai], z [zek]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
26
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
27
12.8. Transkripsi Fonetik
Transkripsi fonetik merupakan satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan
menggunakan lambang-lambang fonetik. Lambang fonetik ditulis dalam kurungan [ ].
12.9 Transkripsi Fonemik
Transkripsi fonemik merupakan cara transkripsi yang menumpukan transkripsi dalam
bentuk tulisan. Matlamat akhir fonemik ialah untuk membentuk sistem ejaan berdasarkan
fonem-fonem yang ada dalam sesuatu bahasa, contohnya fonem /ŋ/ dieja sebagai ‘ng’,
fonem /x/ dieja sebagai ‘kh’ dan fonem /ŋ/ di eja sebagai ‘ng’.
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
28
Contoh perkataan yang menunjukkan penyebarannya menggunakan transkripsi fonetik.
Bil. Huruf Fonem Penyebaran (transkripsi fonetik)
Awal Tengah Akhir
1. b /b/ [bu ku] [ba ba] [a dab]
c /č/ [ča wan] [ba ča] [mač]
d /d/ [da ri] [da da] [kad]
f /f/ [fa seh] [a laf]
g /g/ [ga ri] [la ga] [bəg]
h /h/ [ha ri] [mă ha] [a rah]
j /j/ [jam] [ja ja] [caj]
k /k/ [ka ta] [ba ta] [ka tak]
kh /kh/ [xa mis] [ta rix]
l /l/ [la lu] [la laŋ] [a wal]
m /m/ [mă ri] [mă mă] [ka lam]
n /n/ [nă siʔ] [mă nă] [ta
măn]
ng /ŋ/ [ŋa ŋa] [ba ŋău] [si aŋ]
ny /ɲ/ [ɲă ɲi] [ba ɲăk]
p /p/ [pa su] [sə pit] [te tap]
q /q/ [qa ri] [wu quf] [bu raq]
r /r/ [ra sa] [ba ra] [se bar]
s /s/ [ si la] [sa sa] [mă las]
t /t/ [ta lam] [tə tap] [kə rat]
v /v/ [van] [re vo lu si]
w /w/ [wau] [a wal]
z /z/ [zoo] [ba zar]
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
1
13.1 Sinopsis
Topik ini menghuraikan tentang aspek sebutan baku kata terbitan dengan lebih
mendalam. Perbincangan akan difokuskan kepada kata terbitan awalan, kata terbitan
akhiran dan kata terbitan apitan.
13.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. Menghuraikan dengan jelas definisi bahasa baku;
ii. mengenal pasti sebutan baku kata terbitan dengan lebih mendalam;
iii. menghuraikan aspek sebutan baku kata terbitan awalan, akhiran dan apitan.
13.3 Sebutan Baku Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap daripada semua
aspek; daripada segi kodanya, statusnya, penggunaan bahasanya, betul ejaannya, betul
tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya dan
betul sebutannya. Bahasa baku ialah bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan
negara, dalam urusan rasmi kerajaan dan juga dalam semua konteks rasmi. Dalam
menyampaikan ucapan, ceramah, pidato, khutbah dan pelbagai urusan rasmi.
Pembakuan bahasa Melayu dilakukan untuk memperlengkap dan memantapkan semua
aspek bahasa supaya bahasa Melayu menjadi bahasa yang lengkap dan mantap dalam
sistem sebutan, sistem ejaan, sistem tatabahasa, perbendaharaan kata umum, istilah,
laras dan gaya bahasa serta aturan penggunaan bahasa yang sopan. Bahasa sebagai
satu sistem perlu dibina dan dikembangkan agar menjadi bahasa yang sempurna.
Bahasa akan kehilangan sistemnya jika dibiarkan berkembang dengan sendirinya.
Tanpa sistem, bahasa menjadi sukar untuk dipelajari dan dikenali, apatah lagi jika
TAJUK 13 SEBUTAN BAKU KATA TERBITAN
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
2
bahasa tersebut mempunyai peranan yang besar dalam sebuah negara. Pembinaan
dan pengembangan bahasa Melayu ditumpukan kepada pembakuan agar tercapai
penggunaan bahasa yang jelas, tepat dan berkesan dalam berkomunikasi.
13.4 Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau
menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan. (rujuk Rajah 13.1)
Nik Safiah Karim (1996) memberikan definisi kata terbitan sebagai bentuk perkataan
yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini menghasilkan bentuk perkataan yang
disebut kata terbitan.
Rajah 13.1: Bentuk-bentuk Imbuhan
13.5 Sebutan Baku Kata Terbitan Awalan
Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif
terbitan seperti yang disenaraikan berikut:
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
3
i. awalan kata nama
ii. awalan kata kerja
iii. awalan kata adjektif
Contohnya:
i. Awalan kata nama
pe- (pelari, penyapu, pemakan)
pem- (pembawa, pembuka, pembantu)
pen- (pendatang, pendua, pendamai)
peng- (penggali, pengubal, pengguna)
penge- (pengebom, pengetin, pengelap)
pel- (pelajar)
per- (perasap, pertapa)
pe- (petani, pesakit, pelawat)
ke- (ketua,kelepek)
ii. Awalan kata kerja
me- (melawan, merasa, melawat)
mem- (membawa, membilang)
men- (mendaki, mendakwa)
meng- (menggali, menggiling)
menge- (mengecat, mengekod)
memper- (memperisteri, mempersuami, memperdalam)
ber- (berlari, berjalan)
be- (berasa, berupa)
bel- (belajar, belunjur)
ter- (terjebak, terjatuh)
di- (diatur, ditimbang)
diper- (dipersuami, diperoleh)
iii. Awalan kata adjektif
ter- (tercantik, terbesar)
te- (terendah, teringan)
se- (secantik, serendah)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
4
13.6 Sebutan Baku Kata Terbitan Akhiran
Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja
terbitan sahaja seperti berikut;
i. akhiran kata nama
ii. akhiran kata kerja
i. Akhiran kata nama
Terdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu –an yang boleh bergabung dengan
kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.
Contohnya;
-an (pakaian, jahitan, saluran)
ii. Akhiran kata kerja
-kan (buatkan, besarkan)
-i (turuti, berkati, dekati)
13.7 Sebutan Baku Kata Terbitan Apitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan
seperti yang disenaraikan berikut;
i. Apitan kata nama
pe-...-an (pelaksanaan, perasaan)
pem-...-an (pembuatan, pembinaan)
pen-...-an (pendapatan, pendawaian)
peng-...-an (penggunaan, pengguguran)
penge-...-an (pengehadan, pengesahan)
pe-...-an (perasaan, pekarangan)
per-...-an (pertanian, pertandingan)
pel-...-an (pelajaran)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
5
ke-...-an) (kelainan, kematian)
ii. Apitan kata kerja
me-...-kan (memainkan, melagukan)
men-...-kan (mendermakan, mentakrifkan)
mem-...-kan (membaharukan, membaikkan)
meng-...-kan (menggunakan, mengadakan)
menge-...-kan (mengecamkan)
ber-...-kan (berbantalkan, beralaskan)
ber-...-an (berlanjutan, bermaafan)
di-...-kan (digunakan, dipanjangkan)
me-...-i (melalui, meragui)
men-...-i (mencurigai, mendendami)
mem-...-i (membaharui, mempercayai)
meng-...-i (menganggotai, menggauli)
di-...-i (didekati, dimuliai)
diper-...-kan (diperingatkan, diperdengarkan)
diper-...-i (diperingati)
memper-...-kan (memperdengarkan, memperdagangkan)
memper-...-i (memperingati)
ke-...-an (kehujanan, kepanasan)
iii. Apitan kata adjektif
ke-...-an (kecinaan, kemelayuan)
Aktiviti
1. Berikan definisi Sebutan Baku dan Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu.
2. Perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau dari segi fonologi;
i. vokal suku kata akhir terbuka
ii. vokal suku kata tertutup
iii. konsonan Melayu
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
6
BIBLIORGRAFI
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS
Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Mohd. Isa Abd. Razak, 2009. “Bahasa Pinjaman Memperkaya Bahasa Melayu” dlm.
Dewan Bahasa. 53(7):20–23.
Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin, (2000). Asas Fonetik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka
Radiah Yussoff dan Nor „Aini Ismail. 2005. Linguistik Pengenalan. Selangor: Prentice Hall
Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya: Agensi
Penerbitan Nusantara.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Teoh Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Yunus Maris, 1980. The Malay Sound System. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
PANEL PENULISAN MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU)
NAMA KELAYAKAN
Dr MARIDAH BT. ALIAS Pensyarah Cemerlang Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar Seremban
Kelayakan PhD. (Bahasa dan Sastera), UPM Master Sastera, UPM Bacelor Pendidikan (PBMP), UPM Sijil Perguruan Khas (Pengajian Melayu) Sijil Perguruan (Pengajian Melayu) Pengalaman Guru Bahasa Melayu : 15 tahun Pensyarah Bahasa Melayu: 8 tahun
Dr. FARIDAH BT NAZIR Ketua Unit Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar Seremban
Kelayakan PhD (Bahasa Melayu), UKM Master Sastera (Bahasa Melayu) Ijazah Sarjana Muda Sastera Diploma Pendidikan (Bahasa Melayu) Pengalaman Guru Bahasa Melayu: 7 tahun Pensyarah Bahasa Melayu: 8 tahun
52
PANEL PENILAI MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG)
(BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
ENCIK SARDI BIN AHMAD Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Ensteks, Nilai Negeri Sembilan e-mel : [email protected]
Kelulusan:
Master Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
Bachelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa
Malaysia sebagai Bahasa Pertama)
Sijil Perguruan (Pengajian Melayu dan Ilmu
Alam)
Pengalaman:
Guru Bahasa Melayu (24 tahun) Pensyarah di IPG (sejak 2004 hingga kini)
PUAN TUAN ZAINAB BINTI WI Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai Kuala Lumpur e-mel: [email protected]
Kelulusan: Ijazah Sarjana Pengajian Melayu (Kesusasteraan Melayu) Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa Melayu) Sijil Perguruan Khas (Kesusasteraan dalam Pendidikan Bahasa Melayu) Sijil Perguruan Asas (Bahasa Melayu dan Sejarah) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (SM) (21 tahun) Pensyarah di IPG (6 tahun)
PN. MASTURA BINTI MOHAMED
BERAWI
Pensyarah, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan e-mel : [email protected]
Kelulusan:
Master Bahasa Melayu
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
(Linguistik dan Komunikasi)
Sijil Perguruan Asas (Bahasa Melayu) Pengalaman:
Guru Bahasa Melayu (15 tahun) Pensyarah di IPG (sejak 2007 hingga kini)
IKON
Rehat
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir
Tamat