36
Pentaksiran dan penilaian Disediakan oleh Fatma zuhra binti abdul hai Feryn fanera jeffery Jumaiah binti abdul

Pentaksiran Dan Penilaian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Guru dan cabaran

Citation preview

Page 1: Pentaksiran Dan Penilaian

Pentaksiran dan penilaian

Disediakan oleh Fatma zuhra binti abdul hai

Feryn fanera jefferyJumaiah binti abdul

Page 2: Pentaksiran Dan Penilaian

DEFINISI PENTAKSIRAN

• Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.

• Dodge et. Al (1994)menyatakan bahawa pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak.

Page 3: Pentaksiran Dan Penilaian

• Noraini Idris (2008) menyatakan pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar.

• Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis.

Page 4: Pentaksiran Dan Penilaian

• Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat pertimbangan tentang hasil daripada sesuatu proses pendidikan.

• Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu kesinambungan dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

Page 5: Pentaksiran Dan Penilaian

• Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.

• Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Page 6: Pentaksiran Dan Penilaian

PENILAIAN

• Penilaian merupakan proses pengumpulan maklumat berkenaan perkembangan dan kemajuan murid menggunakan pelbagai kaedah.

• Pentaksiran dan penilaian tidak dapat dipisahkan, sama seperti pentaksiran, penilaian juga merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.

Page 7: Pentaksiran Dan Penilaian

• Secara ringkasnya Penilaian merupakan satu proses membuatpertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikanmaklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dankurikulum.

•  

Page 8: Pentaksiran Dan Penilaian

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

• Mengenal pasti pelbagai kecergasan dan potensi murid bagi memperkukuhkan dan membantu mempertingkatkan perkembangan mereka.

• Sebab kenapa penilaian ini dikatakan proses pengajaran dan pembelajaran berterusan adalah kerana, penilaian bertujuan untuk mengumpul maklumat yang berkaitan tentang pengetahuan, kemahiran dan pencapaian kanak-kanak seterusnya menjadi panduan bagi menentukan objektif yang perlu dicapai dan hala tuju pengajaran dan pembelajaran. 

Page 9: Pentaksiran Dan Penilaian

• Membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak.

• Membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh

• Mendapatkan gambaran tahap perkembangan murid yang hampir. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran secara lebih jelas dan mempunyai bukti yang kukuh berlaku apabila pentaksiran dan penilaian dilaksanakan.

Page 10: Pentaksiran Dan Penilaian

• Membantu guru dalam melaksanakan tugas mendidik mereka. Daripada hasil pentaksiran dan penilaian guru dapat menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran sama ada membantu murid dalam menggalakkan perkembangan mereka ke tahap yang optimum.

Page 11: Pentaksiran Dan Penilaian

• Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid.

• Aktiviti tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. 

Page 12: Pentaksiran Dan Penilaian

TEKNIK MEREKOD

1. Rekod senarai semak• Senarai semak adalah senarai item yang

disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.

• Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku.

Page 13: Pentaksiran Dan Penilaian

• Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah:

a) Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. b) Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan

dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.

c) Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.

d) Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan.

e) Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal.

Page 14: Pentaksiran Dan Penilaian

KELEBIHAN SENARAI SEMAK

• Penggunaannya mudah dan praktikal.

• Orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat “flashback”.

• Guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa.

KELEMAHAN SENARAI SEMAK

• Mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak.

• Hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan kesemuanya.

• Data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.

Page 15: Pentaksiran Dan Penilaian
Page 16: Pentaksiran Dan Penilaian

2. Rekod skala kadar• Rekod Skala kadar boleh digunakan

untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid.

• Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala.

• Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan Skala Kadar.

• Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang.

Page 17: Pentaksiran Dan Penilaian
Page 18: Pentaksiran Dan Penilaian

3. Rekod Anekdot• Rekod Anekdot satu catatan ringkas

mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod.

• Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku,bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku.

Page 19: Pentaksiran Dan Penilaian
Page 20: Pentaksiran Dan Penilaian

• Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah: a) Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang

berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif.

b) Dalam Rekod Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid

Page 21: Pentaksiran Dan Penilaian

4. Rekod Berterusan• Rekod Berterusan pula merupakan

catatan dalam bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa.

• Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian.

• Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3-8 minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar 25-30 minit.

Page 22: Pentaksiran Dan Penilaian

• Prosedur-prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah:a) guru perlu fokus kepada murid yang ingin

diperhatikanb) item yang akan difokuskan semasa

pemerhatian perlu dipastikan. c) merekodkan apa yang dilakukan oleh murid

secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat.

d) Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Page 23: Pentaksiran Dan Penilaian

KELEBIHAN REKOD

BERTERUSAN • Dapat memberi

gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalamt empoh yang ditetapkan .

• Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod.

• Dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan

• Membolehkan guru membuat tindakan serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan.

KELEMAHAN REKOD

BERTERUSAN• dapat menyebabkan

kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan.

• penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. 

• Agak sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25 orang murid.

• guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan perkembangan murid agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan

Page 24: Pentaksiran Dan Penilaian
Page 25: Pentaksiran Dan Penilaian

PRINSIP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

• Kanak-kanak merupakan individu yang sentiasa berubah-ubah. Mereka mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Gangguan emosi dan tahap keselesaan mereka terutamanya disebabkan oleh orang terdekat seperti rakan, ibu bapa, guru malah binatang peliharaan boleh menjejaskan keputusan penilaian. Oleh itu, penilaian perlu dibuat secara berterusan supaya perkembangan dapat direkod dengan tepat.

Berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan.

Page 26: Pentaksiran Dan Penilaian

• Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Istilah yng sering digunakan untuk penaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara formatif ( Formative assessment ). Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

Membantu murid mencapai perkembangan secara optimum.

Page 27: Pentaksiran Dan Penilaian

• Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada usaha kearah penambahbaikan (improvement) serta perkembangaan (development) dan bukan pencapaian (achievement) semata-mata. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangaan kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran. Oleh itu perlu adanya perkongsian maklumat antara guru dan ibu bapa berkenaan perkembangan kanak-kanak daripada penilaian.

Usaha untuk menambahbaikan serta perkembangan murid.

Page 28: Pentaksiran Dan Penilaian

• Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu sebelum memulakan persekolahan formal di Tahun Satu, Pentaksiran Merujuk Standard digunakan, selaras dengan reka bentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK ) yang mula digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010. Standard Pentaksiran yang dinyatakan dalam KSPK perlu diukur oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum kebangsaan ini.

Menyediakan murid ke arah mengikuti pendidikan formal.

Page 29: Pentaksiran Dan Penilaian

• Perancangan, strategi dan instrumen penilaian berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan matlamat pembelajaran. Kriteria menilai perkembangan kanak-kanak perlu sesuai dengan objektif kandungan pembelajaran.

• Penilaian yang dijalankan perlu sesuai dengan aktiviti kanak-kanak serta bermakna dalam pengalaman harian mereka.

Mengalami perubahan yang pesat.

Page 30: Pentaksiran Dan Penilaian

• Pada usia empat hingga enam tahun kanak-kanak hanya berminat dengan aktiviti yang memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Mereka belum dapat memahami kepentingan penilaian. Oleh itu, penilaian perlu dilaksanakan secara tidak formal semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran melalui pemerhatian dan dokumentasi.

Kanak-kanak tidak berminat dengan penilaian

Page 31: Pentaksiran Dan Penilaian

• Maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil.

Maklumat perlu sah dan sahih selaras dengan program kurikulum semasa (KSPK)

Page 32: Pentaksiran Dan Penilaian

• Pentaksiran pembelajaran biasanya diadakan selepas suatu jangka masa tertentu, misalnya selepas lapan minggu sesuatu kursus dijalankan. Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu program.

• Maklumat berkenaan pertumbuhan, perkembangan dan pembelajaran perlu direkodkan secara sistematik dan kerap.

Mempunyai tempoh masa yang konsisten

Page 33: Pentaksiran Dan Penilaian

• Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah instrumen iaitu bahan yang inventori untuk membuat pentaksiran, kumpulan yang ditaksir iaitu murid, respon murid atau dapatan daripada pentaksiran yang dibuat, kumpulan yang menaksir sama guru yang berpengalaman atau orang biasa yang kurang pendedahan terhadap sesuatu bidang tersebut dan yang terakhir ialah skor. Skor di sini merujuk kepada jumlah markah bahan inventori yang telah dilaksanakan oleh murid. Penilaian mengambil kira perbezaan kanak-kanak yang merangkumi latar belakang, gaya pembelajaran, kadar pembelajaran dan ciri kanak-kanak. Penilaian menyokong perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta tidak mengancam perasaan dan keselamatan psikologi mereka.

Mengenalpasti kesesuaian bahan dengan responden

Page 34: Pentaksiran Dan Penilaian

• Dalam pentaksiran, guru boleh mengunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah.

Perlu ada tindakan susulan

Page 35: Pentaksiran Dan Penilaian

• Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibu bapa dan pihak tertentu sahaja

• Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat “ A ” atau “ B ” dan seterusnya.

• Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi boleh berubah.

Dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dicontohi.

Page 36: Pentaksiran Dan Penilaian

RUMUSAN