2
Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar. Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Andaikan bahawa anda terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang diberikan ialah “Faedah Menabung”. Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya. 2 Tulis sebuah karangan peribahasa yang bertajuk “Carik- carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga”. PENULISAN UPSR 2

Penulisan 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

E

Citation preview

Page 1: Penulisan 2

Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata.

1 Andaikan bahawa anda terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang diberikan ialah “Faedah Menabung”.

Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya.

2 Tulis sebuah karangan peribahasa yang bertajuk “Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga”.

3 Anda mengalami kemalangan sewaktu pulang dari sekolah. Kaki anda patah. Oleh sebab itu, anda ditahan di wad hospital.

Ceritakan pengalaman anda ketika dirawat di hospital.

PENULISAN UPSR 2

Page 2: Penulisan 2

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis lima pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

KUANTAN, Khamis – Lima maut dan tujuh cedera parah dalam suatu kemalangan jalan raya di Jalan Batu 14 di sini hari ini. Kemalangan tersebut membabitkan sebuah bas ekspres milik Syarikat Maju dan tiga buah kereta.

Menurut salah seorang penumpang bas ekspres itu, Encik Shaharudin Ayob, bas ekspres tersebut dipandu dengan laju. Bas tersebut tidak dapat dikawal ketika memotong sebuah kenderaan di hadapannya. Hal ini menyebabkan bas tersebut merempuh tiga buah kereta yang datang dari arah yang bertentangan.

Mangsa yang maut ialah Halijah Ghani, 43 tahun, anak dan menantunya Jamaludin Ramli, 29 tahun dan Aisyah Fuad, 25 tahun, serta cucunya Siti Khadijah Jamaludin, 2 tahun. Amiruddin Salleh, 15 tahun, penumpang sebuah kereta lagi turut maut. Selain itu, tujuh mangsa lain yang parah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. Sementara itu, pemandu dan penumpang bas ekspres berkenaan mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Akibat daripada kemalangan tersebut, kesesakan lalu lintas berlaku selama lima jam. Sementara itu, pemandu bas ekspres itu ditahan untuk membantu siasatan.