25
1 1.0 PENGENALAN Proses pembelajaran merupakan suatu proses yang mengandungi serangkaian pelaksanaan oleh guru dan pelajar atas dasar hubungan timbal balik yang berlangsung untuk mencapai tujuan tertentu. Interaksi antara guru dan pelajar ini merupakan syarat utama bagi proses pembelajaran. Untuk membuat proses pembelajaran menjadi efektif, guru dituntut agar mampu mengelolakan proses pembelajaran yang memberi rangsangan kepada pelajar sehingga mereka mahu dan mampu belajar. Untuk pembelajaran secara efektif, setiap orang perlu mengetahui maksud belajar yang betul. Belajar adalah sebuah tindakan aktif untuk memahami dan mengalami sesuatu. Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon. Jadi, proses belajar terjadi jika pelajar merespon stimulus (rangsangan) yang diberikan guru. Selain itu juga, untuk meraih pembelajaran yang efektif pelajar dapat dibimbing oleh guru berdasarkan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan dan pemikiran guru (kognitif) dengan menggunakan teori dan kaedah pembelajaran dengan tepat.

penulisan ilmiah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: penulisan ilmiah

1

1.0 PENGENALAN

Proses pembelajaran merupakan suatu proses yang mengandungi serangkaian

pelaksanaan oleh guru dan pelajar atas dasar hubungan timbal balik yang

berlangsung untuk mencapai tujuan tertentu. Interaksi antara guru dan pelajar

ini merupakan syarat utama bagi proses pembelajaran. Untuk membuat proses

pembelajaran menjadi efektif, guru dituntut agar mampu mengelolakan proses

pembelajaran yang memberi rangsangan kepada pelajar sehingga mereka

mahu dan mampu belajar. Untuk pembelajaran secara efektif, setiap orang

perlu mengetahui maksud belajar yang betul.

Belajar adalah sebuah tindakan aktif untuk memahami dan mengalami

sesuatu. Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan

respon. Jadi, proses belajar terjadi jika pelajar merespon stimulus

(rangsangan) yang diberikan guru. Selain itu juga, untuk meraih pembelajaran

yang efektif pelajar dapat dibimbing oleh guru berdasarkan pengetahuan yang

tersimpan dalam ingatan dan pemikiran guru (kognitif) dengan menggunakan

teori dan kaedah pembelajaran dengan tepat.

Page 2: penulisan ilmiah

2

2.0 DEFINISI PEMBELAJARAN

Menurut Winkel (1996: 53) di dalam jurnal Strategi Pembelajaran, belajar

adalah suatu aktiviti mental atau psikis yang berlangsung dalam interaksi

yang menghasilkan perubahan-perubahan dalam pengetahuan,

pemahaman, ketrampilan, dan nilai sikap. Menurut Degeng (1997: 3) di

dalam jurnal Strategi Pembelajaran, belajar merupakan pengetahuan baru

pada struktur kognitif yang sudah dimiliki oleh pelajar. Hal ini bermaksud

bahawa dalam proses pembelajaran, pelajar akan menghubungkan

pengetahuan atau ilmu yang tersimpan dalam memorinya dan kemudian

menghubungkan dengan pengetahuan yang baru.

Menurut teori behavioristik di dalam jurnal Pembelajaran Efektif Dan

Menyenangkan, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari

pengalaman (Gage, Berliner, 1984). Menurut teori ini dalam

pembelajaran, input ialah stimulus dan output ialah respon. Berdasarkan

definisi-definisi di atas dapat disimpulkan bahawa belajar adalah proses

kegiatan yang dilakukan oleh pelajar untuk perubahan dalam dirinya

berupa tingkah laku, bertambah pengetahuan dalam dirinya. Menurut

Soemosasmito (dalam Trianto, 2009) di dalam jurnal Strategi

Pembelajaran, suatu pembelajaran dikatakan efektif apabila memenuhi

prasyarat utama keefektifan pengajaran iaitu

i. Prestasi waktu belajar pelajar yang tinggi

ii. Tingkah laku pelajar semasa melaksanakan tugas.

iii. Ketetapan antara sukatan pelajaran dengan kemampuan pelajar

(orientasi keberhasilan belajar) diutamakan.

iv. Mengembangkan suasana pelajar yang akrab dan positif.

Page 3: penulisan ilmiah

3

3.0 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN EFEKTIF

i. Menggunakan kaedah jigsaw.

Di dalam jurnal Ciri-Ciri Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan

kaedah jigsaw di kaji. Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah

pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di

kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran

mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder dan

Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang

dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006). Kaedah jigsaw

menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui

perbincangan kumpulan kecil ( Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:

Pergantungan secara positif

Tanggungjawab

Interaksi secara terus ( bertentang mata)

Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut

kesesuaian.

Penilaian kendiri secara berterusan

Untuk melaksanakan kaedah jigsaw ini, guru akan

membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan

ini dipanggil kumpulan pakar (specialist group) akan diberi satu

tajuk berkaitan subjek yang diambil. Pelajar-pelajar dalam

kumpulan ini akan mencari maklumat sehingga menjadi pakar

dalam tajuk itu. Pencarian maklumat bebas mengikut kreativiti

kumpulan terbabit, sama ada melalui buku teks tambahan, internet

atau bertanya guru sendiri.

Page 4: penulisan ilmiah

4

Apabila kumpulan-kumpulan ini telah menjadi pakar dalam skop atau tajuk yang

telah diberikan kepada mereka, pembahagian kumpulan yang baru akan diadakan.

Kumpulan yang baru ini dipanggil kumpulan jigsaw akan dibentuk supaya setiap

kumpulan mempunyai satu pakar dalam tajuk-tajuk yang telah ditentukan oleh

guru. Pakar-pakar ini akan memegang peranan sebagai pengajar dalam

menyampaikan apa yang telah dipelajari semasa berada di dalam kumpulam

pakar. Dengan kaedah ini, sebahagian daripada penyampaian di dalam kursus di

lakukan oleh pelajar sendiri, dan bukan diajar sepenuhnya oleh guru.

Kaedah jigsaw ini merupakan salah satu cabang dari kaedah pembelajaran secara

kerjasama (cooperative learning method- KOOP) ( Johnson, 2000). Dalam

kumpulan pakar, pelajar harus bekerjasama dalam mendapat maklumat yang

diperlukan supaya mereka dapat memahami tajuk yang telah diberikan. Pelajar

harus memastikan rakan-rakan dapat memahami apa yang harus disampaikan, dan

pada masa yang sama perlu memastikan mereka mendapat maklumat berkenaan

tajuk-tajuk yang telah ditugaskan kepada ahli-ahli kumpulan jigsaw. Ini amat

berbeza dengan kaedah biasa di mana guru menjadi satu-satunya tenaga pengajar

dalam subjek yang diambil. Selain itu, isu kompetensi generik para pelajar yang

juga salah satu kriteria yang perlu dipenuhi boleh ditangani melalui perlaksanaan

kaedah ini (Aini Hussain et al, 2007).

ii. Kritikan terbuka

Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam

pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada

penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap

selama lima minit kepada rakan-rakan sekelas. Pelajar akan

diberikan topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang

telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.

Page 5: penulisan ilmiah

5

Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi

markah atas ucapan yang diberi. Pelajar diberi markah berdasarkan

lima perkara iaitu, intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di

khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dam maklum

balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan

disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.

Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat

peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya

juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam

di kalangan para pelajar.

iii. Penilaian rakan kumpulan

Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang

digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang

bekerja untuk kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai

aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar

(Kaufman et al. 2000) di dalam jurnal Ciri-Ciri Pengajaran dan Pembelajaran

Berkesan. Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap

kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan

kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus

secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan

adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa

bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut. Oleh itu, rakan-rakan

sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan

mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang

berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

Page 6: penulisan ilmiah

6

Pada kebiasaannya, PRK akan dilakukan oleh pelajar setelah mereka tamat

menjalankan kerja kursus berkumpulan tertentu yang diberikan oleh guru. Para

pelajar akan diberikan borang penilaian untuk diisi oleh mereka bagi menilai

setiap ahli kumpulan. Penilaian markah ke atas aspek-aspek yang di ingini seperti

sumbangan, kerjasama, kefahaman dan komitmen terhadap tugasan dilakukan

menggunakan skala Likert. Kemudiannya, borang tersebut diserahkan semula

kepada guru untuk dianalisa dengan lebih lanjut.

Kaedah PRK mempunyai beberapa kelebihan dalam pembangunan kendiri

seorang pelajar (Kaufman et al. 2000). Antaranya ialah ia memberi peluang

kepada para pelajar untuk membuat penilaian kritikal terhadap prestasi kerja

pelajar-pelajar lain yang berada dalam kumpulan yang sama. Ia dapat membantu

para pelajar untuk bersikap lebih berintegriti, jujur dan telus dalam membuat

penilaian terhadap sesuatu perkara. Pada masa yang sama, para pelajar juga akan

lebih bersungguh-sungguh dan sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik

dalam menjayakan kerja kursus yang diberikan apabila penilaian kritikal dibuat

oleh rakan mereka sendiri. Selain daripada itu, kaedah PRK juga mewujudkan

suasana toleransi di antara para pelajar yang mempunyai latar belakang berbeza

dari segi agama dan bangsa. Dengan penumpuan diberikan secara terarah kepada

setiap pelajar, nilai-nilai asing di antara mereka akan dapat difahami dengan lebih

baik. Ini secara langsung akan meningkatkan lagi keupayaan para pelajar untuk

bersikap rasional dalam menerima perbezaan yang wujud di antara mereka.

Seterusnya, pelajar-pelajar dapat memikirkan kaedah terbaik untuk

menggabungkan perbezaan-perbezaan tersebut ke arah perpaduan yang jitu untuk

diaplikasikan dalam kerja kursus mereka.

Di samping itu juga, kaedah PRK ini memberi manfaat kepada para pengajar.

Keberkesanan pengajar untuk menilai kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam

Page 7: penulisan ilmiah

7

aspek-aspek yang dinyatakan di atas dapat ditingkatkan lagi. Sebagai contoh,

kemahiran kerja secara berpasukan yang kebiasaannya dinilai berdasarkan laporan

aktiviti kerja kursus adalah tidak mencukupi. Ini kerana kemungkinan wujud

ketirisan dalam penilaian tersebut memandangkan faktor situasi pengajar yang

bukan merupakan individu yang terlibat secara aktif dalam kitaran kerja

berpasukan pelajar-pelajar. Oleh yang demikian, kaedah PRK ini merupakan

salah satu alternatif dalam menutup kebocoran yang wujud dalam penilaian

pengajar. Penggabungan kaedah PRK dan kaedah konvensional ini dilihat dapat

menambahkan lagi keupayaan pengajar dalam menilai para pelajar secara lebih

telus.

Kelebihan-kelebihan kaedah PRK ini secara umumnya memberi impak positif.

Secara keseluruhannya, kaedah PRK dapat disimpulkan sebagai salah satu kaedah

yang efektif dalam mengukur keberkesanan pembelajaran di dalam kelas.

iv. Pendekatan bermain dalam pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih

berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah

sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Menurut Moyles (2005) di dalam jurnal

Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan

Prasekolah, bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang

terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui

aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan

memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan.

Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak lebih fokus dengan segala perkara

berkaitan aktiviti permainan yang dilakukan. Justeru, kanak-kanak mendapat

pengalaman pembelajaran yang bermakna dan proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih baik.

Page 8: penulisan ilmiah

8

Menurut Ornstein dan Hunkins (2004) di dalam jurnal Pendekatan Bermain

Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah,

pembelajaran tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan seharian kanak-kanak,

malah pembelajaran mestilah berdasarkan keperluan dan minat kanak-kanak.

Aktiviti bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak

belajar kemahiran tentang dunia di sekeliling mereka dengan efektif melalui

bermain. Tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Friedrich Froebel dan

Maria Montesori yakin bahawa bermain adalah penting untuk kanak-kanak.

Froebel yang pernah mengasaskan Kindergarten berpandangan, bermain adalah

penting dalam pembelajaran secara tidak langsung (Downey & Garzoli 2007) di

dalam jurnal Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi bagi

Pendidikan Prasekolah. Wardle (2008) di dalam jurnal Pendekatan Bermain

Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah menyatakan

bermain dapat merangsang fungsi-fungsi otak dan domain pembelajaran

berintegrasi antara satu sama lain secara semula jadi. Kajian Sharifah Nor et al.

(2009) di dalam jurnal Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan

Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah, yang melihat pendekatan aktiviti permainan

dari segi perkembangan kognitif mendapati kanak-kanak teruja dengan aktiviti

permainan, terlibat secara aktif, berasa seronok dan kreatif.

v. Menguasai kemahiran belajar

Kemahiran belajar telah di kaji di dalam jurnal Kemahiran Belajar

Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains di Sekolah-Sekolah

Menengah di Malaysia. Kemahiran belajar adalah kemahiran yang

membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih,

menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan

Page 9: penulisan ilmiah

9

(Selmen, 1987). Kemahiran belajar merupakan keupayaan atau

kecekapan yang dikuasai oleh seseorang murid untuk mengumpul,

memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah

pembelajaran seumur hidup (Selmen, 1987).

Secara umum, kemahiran belajar dapat diklasifikasikan kepada

beberapa subskala iaitu kemahiran membaca, kemahiran

mendengar, kemahiran mencatat nota, kemahiran mengurus masa,

kemahiran membuat rujukan dan kemahiran menghadapi

peperiksaan (Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq

& Haliza Jaafar, 2007).

a) Kemahiran membaca

Kemahiran membaca secara umumnya terbahagi kepada

kemahiran membaca secara pantas dan membaca secara

kritis (Saniah Sayuti et al., 2000). Membaca secara pantas

melibatkan teknik bacaan sepintas lalu (scanning) dan

bacaan sekilas (skimming) manakala membaca secara kritis

pula melibatkan teknik SQ3R (Survey-Question-Read-

Recite-Review) dan KWLH (Know – What – Learned –

How).

b) Kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar melibatkan pemerhatian teliti

sesuatu demonstrasi, tulisan, lakonan, gerak badan, serta

mendengar secara lisan maklumat yang disampaikan oleh

guru (Mohd. Najib Abdul Aziz & Nor Shafrin Ahmad).

Mendengar adalah salah satu proses yang aktif yang

memerlukan pemikiran, penilaian dan percantuman (Mohd.

Yunus Noor, 1990).

Page 10: penulisan ilmiah

10

c) Kemahiran mencatat nota

Kemahiran mencatat nota merupakan elemen penting yang

dapat membantu pelajar belajar dengan lebih baik dan

memperoleh maklumat yang berguna ketika pembelajaran

(Mohd. Najib Abdul Aziz & Nor Shafrin Ahmad, 2008).

Pelajar yang mencatat nota dan belajar selepas waktu

kuliah dapat mengingat 90 – 100% daripada yang didengar,

sebaliknya pelajar yang tidak mencatat nota atau belajar

nota daripada rakan sekelas akan melupai 80% daripada

apa yang didengar dalam kuliah selepas masa dua minggu

(Pauk, 1987). Mencatat nota penting dalam memastikan

pelajar dapat mengenal pasti dan memahami idea-idea

penting pelajaran selain membantu membantu ingatan yang

lebih lama (Carmen & Adams, 1984).

d) Kemahiran mengurus masa

Kemahiran mengurus masa merupakan antara faktor

kritikal yang boleh mempengaruhi kejayaan seseorang

pelajar (Toh, 2000). Pengurusan masa yang cekap dapat

berlaku sekiranya pelajar mempunyai jadual perancangan

yang jelas. Walaupun begitu, kajian mendapati bahawa

hanya segelintir pelajar sahaja yang merancang dan

mematuhi jadual aktiviti mereka (Padilah Ali, 1986).

e) Kemahiran membuat rujukan

Kemahiran membuat rujukan penting untuk melengkapkan

pelajar dengan kemahiran mengesan maklumat dengan

cekap tanpa perlu membaca kesemuanya. Kemahiran ini

Page 11: penulisan ilmiah

11

penting untuk melengkap dan menambah pengetahuan yang

diperolehi.

f) Kemahiran menghadapi peperiksaan

Kemahiran menghadapi peperiksaan penting dalam

memastikan pelajar mempunyai keyakinan tinggi semasa

menghadapi sesuatu peperiksaan. Walau bagaimanapun,

kajian menunjukkan bahawa pelajar masih kurang mahir

dengan strategi atau teknik menghadapi peperiksaan

(Wong, 2010).

vi. Menggunakan Kaedah Simulasi

Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan pelajar-pelajar menggunakan

kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah

dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Selain itu, teknik ini juga

adalah merupakan satu kaedah di mana satu situasi diwujudkan untuk menyerupai

keadaan sebenar dan ia melibatkan para pelajar melakukan sesuatu perkara

(secara berpura-pura) dalam suasana yang terancang.

Berdasarkan pengalaman guru yang telah menggunakan teknik simulasi ini, para

pelajarnya menunjukkan minat yang sangat memberangsangkan semasa

mengikuti sesi pembelajaran. Pelajar-pelajar lebih bersikap aktif serta cerdas

khususnya mengajukan soalan-soalan serta saranan di antara satu sama lain.

Melalui teknik ini, guru telah menggunakan pelbagai jenis simulasi untuk topik

dan tema yang berbeza. Antaranya ialah, lakonan atau drama, perbahasan dan

juga permainan.

Page 12: penulisan ilmiah

12

5.0 PEMBELAJARAN AKTIF, KREATIF, EFEKTIF DAN

MENYENANGKAN (PAKEM)

Pembelajaran efektif merupakan proses belajar mengajar yang bukan hanya

menekankan pada hasil yang dicapai pelajar, namun bagaimana proses

pembelajaran yang efektif mampu memberikan pemahaman yang baik,

kecerdasan, ketekunan, kesempatan dan mutu serta dapat memberikan perubahan

tingkah laku dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Untuk

mewujudkan pembelajaran yang efektif, maka guru harus melaksanakan proses

pembelajaran secara maksimum. Selain itu untuk menciptakan suasana dan

persekitaran yang efektif dalam pembelajaran harus adanya faktor-faktor seperti

lingkungan belajar, keahlian guru dalam mengajar, kemudahan serta kerjasama

yang baik antara guru dan pelajar. Perkara tersebut merupakan usaha dalam

persekitaran dan suasana belajar yang kondusif, optimal dan menyenangkan agar

proses pembelajaran dapat berjalan secara efektif sehingga tujuan pembelajaran

dapat dicapai dengan maksimal, salah satunya adalah dengan menerapkan

pembelajaran PAKEM.

PAKEM adalah singkatan dari Pembelajaran Aktif, Kreatif, Efektif, dan

Menyenangkan. Aktif dimaksudkan bahwa dalam proses pembelajaran, guru

harus menciptakan suasana sedemikian rupa sehingga pelajar aktif bertanya, dan

mengemukakan idea. Belajar memang merupakan suatu proses aktif dari si

pembelajar dalam membangun pengetahuannya, bukan proses pasif yang hanya

mendengar ceramah guru tentang pengetahuan. Jika pembelajaran tidak

memberikan kesempatan kepada para pelajar untuk berperanan aktif, maka

pembelajaran tersebut bertentangan dengan hakikat belajar. Kreatif dimaksudkan

ialah guru menciptakan kegiatan belajar yang pelbagai sehingga memenuhi

kemampuan pelajar. Menyenangkan adalah suasana belajar-mengajar yang

menyenangkan sehingga pelajar memusatkan perhatiannya secara penuh pada

belajar sehingga waktu curah perhatiannya (“time on task”) tinggi. Menurut hasil

penelitian, tingginya waktu curah perhatian terbukti meningkatkan hasil belajar.

Page 13: penulisan ilmiah

13

Keadaan aktif dan menyenangkan tidaklah cukup jika proses pembelajaran

tidak efektif, iaitu tidak menghasilkan apa yang harus dikuasai pelajar setelah

proses pembelajaran berlangsung, sebab pembelajaran memiliki sejumlah tujuan

pembelajaran yang harus dicapai. Jika pembelajaran hanya aktif dan

menyenangkan tetapi tidak efektif, maka pembelajaran tersebut tak ubahnya

seperti bermain biasa.

Secara garis besar, PAKEM dapat digambarkan sebagai berikut:

Pelajar terlibat dalam pelbagai kegiatan yang mengembangkan pemahaman dan

kemampuan mereka dengan penekanan pada belajar melalui perbuatan.

Guru menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar dan pelbagai cara untuk

membangkitkan semangat, termasuk menggunakan rujukan sebagai sumber

mengajar untuk menjadikan pembelajaran menarik, menyenangkan, dan sesuai

bagi para pelajar.

Guru menerapkan cara mengajar yang lebih koperatif dan interaktif, termasuk

cara belajar berkumpulan.

Guru mendorong pelajar untuk membina caranya sendiri dalam pembelajaran,

menyatakan idea semasa pembelajaran, dan melibatkan pelajar dalam pengajaran.

5.0 HUBUNGAN GURU DALAM PEMBELAJARAN YANG EFEKTIF.

GURU YANG EFEKTIF DALAM PEMBELAJARAN.

Pengajaran yang efektif membawa maksud yang amat bermakna dalam

hidup seseorang guru dan juga dunia pendidikan. Kajian-kajian lepas

menunjukan bahawa guru yang efektif dalam pengajaran mempunyai

pengaruh pada kejayaan dan pencapaian pelajar (Marzano, Pickering dan

Pollock, 2001) di dalam jurnal Pengajaran Efektif Dan Kerangka Untuk

Pengajaran. Dalam pengajaran, guru bukan setakat mengetahui sesuatu

ilmu sahaja, namun mereka perlu mengaplikasikan atau mempraktiskan

Page 14: penulisan ilmiah

14

ilmu tersebut dalam kelas yang diajar. Ini dikatakan sebagai knowing in

action (Fetherston, 2007) di dalam jurnal Pengajaran Efektif Dan

Kerangka Untuk Pengajaran. Antara ciri-ciri guru yang efektif dalam

pembelajaran yang efektif adalah :

Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran

Ciri utama guru berkesan atau guru efektif ialah menentukan objektif pengajaran

dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid.

Objektif perlu dimaklumkan dan diketahui oleh murid- murid sebelum

pembelajaran bermula. Penetapan sedemikian membolehkan mereka menyedia

dan mengubahsuai mind-set yang tepat terhadap pengetahuan, kemahiran dan

perlakuan yang perlu dicapai apabila pembelajaran tamat. Guru boleh mengukur

dan menilai tahap pencapaian murid berdasarkan hasil pembelajaran atau learning

outcome.

Walau bagaimanapun, jika terdapat perbezaan yang terlalu besar dalam min

pencapaian, guru perlu menyemak semula tentang kelemahan atau kesilapan

dalam pengajarannya, untuk usaha penambah-baikan. Pendekatan ini akan

memudahkan guru membuat susulan agar objektif pengajaran dan pembelajaran

dicapai pada tahap maksimum. Penentuan objektif amat mustahak dalam

pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru tidak akan mencapai tahap efektif

sekiranya tidak menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Pengetahuan, kemahiran dan kecekapan bidang.

Seseorang guru efektif semestinya mempunyai kecekapan yang

mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu

mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang

komprehensif terhadap bidangnya.

Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemas kini, menarik,

Page 15: penulisan ilmiah

15

bertenaga dan inspirasional. Lebih menarik dan efektif sekiranya

guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam

kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang

dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan

datang.

Kepelbagaian kaedah mengajar

Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan

sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian

dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.

Guru perlu employ a wide variety of methods untuk menyampaikan

kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu

sentiasa mengubah suai strategi mengikut jangkaan keberkesanan

penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk

menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian

atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk

sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Kajian saintifik perlu

dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang

digunakan. Guru perlu berkemahiran dalam membuat kajian

tindakan atau pemerhatian saintifik.

Kajian menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan amat

berperanan penting sebagai sumber kefahaman, minat dan

komitmen murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid lebih

tertarik kepada kaedah yang kemas kini dan menggunakan

peralatan elektronik seperti komputer, internet, power point, dan

video. Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya

tingkahlaku dan intonasi suara, bercerita, memek muka humor,

akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti

pengajaran dan pembelajaran secara efektif.

Page 16: penulisan ilmiah

16

Keceriaan, interaksi dan penglibatan murid.

Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan

murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan

interaksi dalam pendidikan pelbagai hala guru-pelajar, pelajar-

pelajar, dan pelajar-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran. Pelajar akan merasa pendapat dan kehadirannya

diperlukan serta dihargai. Pelajar-pelajar perlu mengenali di antara

satu sama lain, saling berinterkasi dan menggunakan panggilan

baik-baik serta digemari yang membuktikan saling communicate

with interest and enthusiasm.

Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai

pemikiran positif dan bersangka baik terhadap pelajar agar ilmu

yang disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus,

berminda ceria dan humur. Situasi sedemikian akan dapat

menimbulkan interaksi positif dan konstruktif yang menghasilkan

keberkatan ilmu yang disampaikan demi manfaat jangka pendek

dan jangka panjang pelajar dan guru.

Motivasi, minat dan mencungkil sikap ingin tahu.

Pelajar-pelajar boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan,

pendapat dan menunjuk cara perlakuan. Penglibatan pelajar-pelajar

secara aktif akan menimbulkan minat yang tinggi dan berazam

untuk terus berada dalam pembelajaran. Guru perlu mencari

faktor-faktor yang boleh menimbulkan minat dalam pengajaran.

Ada kalanya faktor ini berbeza-beza di antara satu kumpulan atau

kelas pelajar. Apabila guru berjaya mencetuskan minat pelajar-

pelajar, mereka bukan saja akan terlibat secara aktif, bahkan

sentiasa ternanti-nanti kedatangan guru berkenaan. Ramai

penyelidik psikologi mendapati bahawa minat atau kecenderungan

Page 17: penulisan ilmiah

17

merupakan faktor utama penglibatan serius pelajar dalam sesuatu

pembelajaran.

Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran.

Penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh pelajar

akan menjadikan mereka lebih berminat dan mengikuti

pembelajaran sehingga tamat. Kepelbagaian dalam gaya

penyampaian dan bahasa yang mudah difahami serta formula yang

tahu aplikasi akan menjadikan pembelajaran murid bertambah

komited dan efektif.

Imam Al-Ghazali mengingatkan agar guru menggunakan bahasa

yang mudah, penerangan yang jelas, dan perbincangan isi pelajaran

yang di dalam pengetahuan dan kemahiran pelajar yang diajar.

Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa dan

penerangan yang berliku-liku, berbelit-belit, perkataan sukar, dan

bombastik. Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas

akan memudahkan pelajar menerima dan memahami isi pelajaran

yang disampaikan oleh guru seterusnya dapat meningkatkan

prestasi pembelajaran.

Guru seharusnya berkebolehan dalam menerangkan secara jelas

mengenai sesuatu konsep abstrak dan konkrit. Perkara abstrak

boleh dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar atau

sesuatu yang mempunyai persamaan dengan membuat andaian.

Guru boleh juga melakarkan dalam bentuk tulisan, gambar rajah

atau carta. Penerangan konsep konkrit perlu diikuti oleh perbuatan

atau tindakan murid demi mengukuhkan konsep yang konkrit

dengan objek sebenar.

Page 18: penulisan ilmiah

18

Ujian dan penilaian.

Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis

soalan dengan tujuan tertentu berasaskan konsep penyoalan. Di

antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji

kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian,

membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman.Soalan-

soalan berbentuk provokatif atau boleh mendatangkan rangsangan

dan motivasi untuk pelajar berfikir secara konstruktif dan inovatif.

Soalan dibina dalam bentuk ayat mudah, berstruktur atau terbuka.

Persoalan boleh diajukan berdasarkan pendekatan konsep

Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,

analisis, sentisis, penilaian, dan apresiasi. Hussein (1992:130)

menukilkan bahawa Rutter, et al., (1979) di dalam jurnal Guru

Efektif Dan Peranan Guru Dalam Mencapai Objektif Persekolahan

Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar, telah mengenalpasti di

antara ciri-ciri sekolah rendah berkesan di United Kingdom ialah

penglibatan guru, adanya penyelarasan dan ketekalan guru, sesi

berstruktur, pengajaran yang mencabar keintelektualan,

perhubungan maksimum antara guru dengan pelajar, persekitaran

untuk mengajar dan belajar, dan, iklim positif.

Tindakan susulan melalui pengayaan dan pemulihan.

Tindakan susulan merupakan langkah terpenting dalam menilai

keberkesanan sebenar pembelajaran pelajar. Ini dilakukan pada

penghujung pengajaran atau selepas membuat penilaian atau ujian

formatif atau summatif. Soalan yang dikemukakan perlu

dibincangkan semula jawapan sebenar dan rasional setiap jawapan.

Langkah ini diikuti pula oleh pemantauan prestasi, di antaranya

dengan cara pelajar yang mendapat pencapaian tinggi

dikelompokkan dalam satu kumpulan untuk proses pengkayaan

Page 19: penulisan ilmiah

19

pembelajaran manakala pelajar-pelajar lemah dikelompokkan

dalam satu kumpulan untuk pemulihan dengan guru memberi

perhatian dan tumpuan yang lebih banyak.

6.0 HUBUNGAN KOGNITIF, AFEKTIF DAN PSIKOMOTOR DALAM

PEMBELAJARAN YANG EFEKTIF.

Domain kognitif melibatkan perubahan dalam penimbaan ilmu

pengetahuan. Manakala domain afektif terlibat dengan perubahan sikap

dan tingkah laku yang menjurus kepada pelajar dalam pelbagai budaya

hidup. Domain psikomotor pula berfokus kepada kemahiran fizikal dan

kinestetik, termasuklah penggunaan alatan sehingga pelajar mahir dalam

konteks pembelajaran.

Benjamin Bloom menyarankan beberapa kategori pembelajaran kognitif

seperti:

Pengetahuan : Keupayaan dalam mengingat bahan yang telah

dipelajari

Pemahaman : Keupayaan dalam penguasaan makna, menerang dan

menyatakan sesuatu idea.

Aplikasi : Keupayaan atau kebolehan untuk menggunakan bahan

yang telah dipelajari dalam situasi yang baharu sebagai aplikasi.

Analisis : Kebolehan untuk memisahkan bahan kepada bahagian-

bahagian dan cuba menunjukan hubungan antara bahagian-

bahagiannya.

Sintesis : Kebolehan untuk mencantumkan idea-idea yang terpisah

untuk membentuk bahagian yang baharu.

Penilaian : Kebolehan untuk menilai keberkesanan terhadap

sesuatu tindakan.

Page 20: penulisan ilmiah

20

Dalam konteks domain kognitif, kategori analisis, sintesis dan

penilaian dianggap proses penyelesaian masalah. Domain kognitif

ialah penyampaian ilmu pengetahuan dalam konteks bilik darjah.

Suatu perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh guru ialah

domain afektif yang melibatkan perubahan sikap dan tingkah laku.

Guru perlu sedar dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam

konteks afektif kerana pelajar terdiri daripada pelbagai budaya dan

bahasa. Antara tahap-tahap domain afektif ialah :

Menerima : Sedar atau melibatkan diri dalam persekitaran.

Contohnya pembelajaran.

Respons : Menunjukan beberapa tingkah laku sebagai hasil

daripada pengalaman.

Menilai : Membayangkan dengan jelas penglibatan atau

komitmen terhadap sesuatu tugas yang diberi.

Organisasi : Mengintegrasikan nilai baharu dalam nilai-

nilai yang sedia ada.

Mencirikan nilai : Berusaha secara konsisten dengan nilai

baharu untuk memberikan pengiktirafan.

Objektif psikomotor berfokus kepada kemahiran fizikal dan

kinestetik yang membantu pelajar dan guru dalam

pengajaran dan pembelajaran. Domain psikomotor

dicirikan oleh tahap tingkah laku yang progresif daripada

pemerhatian kepada kemahiran fizikal. Domain psikomotor

menyarankan empat kategori iaitu :

Memerhati : Memerhati dengan aktif peristiwa yang

berlaku secara fizikal.

Page 21: penulisan ilmiah

21

Imitasi : Mencuba untuk meghadapi tingkah laku

fizikal. Pelajar sebagai pembelajar sedar tentang

usaha untuk mengimitasi model.

Mempraktis : Mencuba suatu aktiviti fizikal

berkali-kali. Kesemua aksi dibuat secara turutan.

Pelajar menguasai kemahiran tetapi bukan seorang

pakar.

Adaptasi : Mengubah suai aktiviti fizikal untuk

menjadikannya lengkap. Melatih pelajar menjadi

mahir.

Oleh itu, keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran bergantung kepada cara guru

mengajar dengan menghubungkan domain kognitif,

afektif dan psikomotor.

7.0 CADANGAN-CADANGAN PENYELESAIAN DAN

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH

MEMPERTINGKATKAN MUTU PEMBELAJARAN

PELAJAR-PELAJAR.

a) Pelajar harus mengubah gaya pembelajarannya daripada sikap yang terlalu

bergantung kepada guru kepada sikap berdikari, iaitu dapat membebaskan

diri daripada belenggu meminta bantuan dan melaksanakan arahan kendiri

untuk mempelajari isi kandungan bagi semua subjek yang diikuti. Pelajar

digalakkan berfikir, mencari, mengesan, menilai, memilih dan

menggunakan segala maklumat yang sesuai untuk menyelesaikan sesuatu

masalah secara berkesan dan membuat keputusan yang betul.

Page 22: penulisan ilmiah

22

b) Pelajar perlu mengetahui apakah jenis gaya pembelajaran yang sesuai

untuk diri mereka dan seterusnya menyesuaikan diri untuk menggunakan

pendekatan gaya pembelajaran tersebut.

c) Guru boleh mencampurkan pelajar yang berkeputusan rendah dengan

pelajar yang bersifat kolaboratif dalam melakukan sesuatu tugas. Ini dapat

meningkatkan kecenderungan pelajar lemah untuk meminati mata

pelajaran apabila terdapat desakan lembut secara beransur-ansur daripada

rakan sekumpulan.

d) Ibu bapa harus memberi kebebasan dan tidak mengongkong anak-anak

untuk menggunakan gaya pembelajaran yang tidak sesuai dengan gaya

pembelajaran pelajar masa kini.

e) Fakulti boleh mereka bentuk program yang dapat meningkatkan

penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Ini bertujuan untuk

meningkatkan kemampuan diri mereka dalam menjadi seorang pelajar

yang berkualiti.

Page 23: penulisan ilmiah

23

8.0 KESIMPULAN

Antara pembelajaran efektif yang dapat meningkatkan mutu pembelajaran

pelajar adalah kaedah jigsaw, kritikan terbuka, penilaian rakan kumpulan,

pendekatan bermain dalam pembelajaran, kaedah simulasi dan juga

menguasai kemahiran-kemahiran belajar.

Selain itu juga, pengajaran guru yang efektif merupakan kunci untuk pelajar

mendapat pembelajaran yang efektif. Kepentingan seseorang guru memang

tidak dapat dinafikan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar.

Malahan, faktor guru yang efektif merupakan indikator utama dalam

menentukan kejayaan pelajar.

Pembelajaran melalui kognitif, afektif dan psikomotor amat penting dalam

proses untuk menjadikan pembelajaran dan pengajaran lebih afektif. Pelajar

sebagai seorang pembelajar perlu diberi peluang mengoptimumkan

penyampaian dan penguasaan ilmu pengetahuan dalam semua subjek yang

diajar.

Hakikatnya, pembelajaran yang efektif adalah proses pembelajaran dan

mengajar yang bukan saja terfokus kepada hasil yang dicapai pelajar, malah

mampu memberikan pemahaman yang baik, kecerdasan, ketekunan,

kesempatan dan mutu serta dapat memberikan perubahan tingkah laku dan

mengaplikasikannya dalam kehidupan pelajar dan juga guru.

Page 24: penulisan ilmiah

24

9.0 RUJUKAN

Cia Lai Lai dan Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajaran efektif dan

kerangka untuk pengajaran. Diperoleh pada April 23, 2013 daripada

http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/22.pdf

Martono (2005). Strategi Pembelajaran: Jurnal Visi Ilmu Pendidikan, 9(6),

365-373, 2005.

Mohamad Johdi Hj.Saleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam

Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah : Perspektif Guru Besar,

Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang , 59-72, 2007.

Muhd Fauzi, Aminuddin Shazi Shaarani, Aini Hussain, Mohd Faisal

Ibrahim, Salina Abdul Samad dan Mohd Marzuki Mustafa ( 2008). Ciri-ciri

pengajaran dan pengajaran berkesan. Diperoleh pada April 23, 2013 daripada

http://www.ukm.my/p3k/images/sppb08/a/13.pdf.

Salmiza Saleh dan Afik Aziz (2012). Kemahiran belajar dalam kalangan

pelajar aliran sains di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Asia Pacific

Journal of Education & Educator. Jil 27, 29-36, 2012.

Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2011). Pendekatan bermain dalam

pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan

Bahasa Melayu, 2(11), 1-15, 2011.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddun, Abd Aziz Abd

Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah (2013)

Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Oxford

Fajar Sdn.Bhd.