Upload
lylien
View
267
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
PENULISAN ISLAMIK SEBAGAI MEDIUM PENDEKATAN DAKWAH:
SATU KAJIAN TERHADAP PENULISAN NOVEL
NOR SYUHADA BINTI MOHD BASIR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENULISAN ISLAMIK SEBAGAI MEDIUM PENDEKATAN DAKWAH:
SATU KAJIAN TERHADAP PENULISAN NOVEL
SESI PENGAJIAN : 2011/2012
Saya NOR SYUHADA BINTI MOHD BASIR
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI (1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
160A KAMPUNG HILIR, PROF. SELAMAT BIN HASHIM
06200 KEPALA BATAS,
ALOR SETAR, KEDAH .
Tarikh : Tarikh:
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan Penyelidikan, atau Laporan Sarjana Muda(PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian
Islam)”
Tandatangan :______________________________________
Nama Penyelia : PROF. SELAMAT BIN HASHIM
Tarikh :______________________________________
PENULISAN ISLAMIK SEBAGAI MEDIUM PENDEKATAN
DAKWAH: SATU KAJIAN TERHADAP PENULISAN NOVEL
NOR SYUHADA BINTI MOHD BASIR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan
( Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
ii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : _____________________________________________
Nama Penulis :_____NOR SYUHADA BINTI MOHD BASIR________
Tarikh : ____________________________________________
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Syukurku panjatkan di atas segala kurniaNya,
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW,
Kajian ini didedikasikan khas buat insan-insan tersayang yang banyak membantu,
Memberi semangat dan dorongan yang tidak terhingga.
Khas buat Mak dan Abah yang disayangi,
Hj. Mohd Basir bin Hj. Hamid dan Hjh. Wan Jeleha binti Wan Dali,
Terima kasih atas segala didikan, pengorbanan, dorongan, kepercayaan dan
sokongan yang tiada penghujungnya,
Sesungguhnya kasih sayang itu yang menguatkan hati ini untuk terus berjuang.
Untuk kakak-kakak dan abang yang dikasihi,
Sharifah, Maznah dan Mohamad Basri,
Terima kasih kerana sentiasa memahami dan mendoakan kejayaan adikmu ini.
Buat anak-anak saudara yang dirindui,
Nabil, Nabilah, Nasihah, Nafis, Helmi, Nurul, Ammar, Muhklis, Aisar, Afnan,
Adib dan Amin.
Sesungguhnya, kalian sumber inspirasiku dalam mengharungi kehidupan ini.
Buat Penyelia yang dihormati,
Prof. Selamat bin Hashim,
Terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajarmu yang tidak pernah jemu.
Buat pensyarah-pensyarah FTI dan FP,
Terima kasih diatas curahan ilmu dan didikan serta teguran yang diberikan.
Sesungguhnya, semua itu amat bermakna buat diri ini.
Buat sahabat-sahabat seperjuangan,
Terima kasih diatas segala-galanya,
Tidak terungkap kata-kata dari diri ini buat kalian,
Kerana pengorbanan, susah senang, manis pahit, dilalui bersama tidak ternilai
harganya dalam mengharungi cabaran dalam usaha menggengam segulung ijazah.
Moga ukhwah ini tiada penghujungnya..insyaAllah..amin.
-syuhada-
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya serta
selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW akhirnya laporan
Projek Sarjana Muda dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan jutaan terima kasih kepada Profesor Selamat bin
Hashim, selaku penyelia yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan
sepanjang proses penulisan laporan ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada saudara A.Ubaidillah Alias,
penulis novel ‘Cinta Kembali Bertasbih’, saudari Ummu Hani binti Abu Hassan,
penulis novel ‘Ladang Hati Mustika’, dan saudari Lily Haslina Nasir, penulis novel
‘Menunggu Cinta Tuhan’ dan ‘Tuhan Masih Mencintaiku’ kerana sudi meluangkan
masa dan memberikan kerjasama dalam kajian ini. Terima kasih atas segala
maklumat yang diberikan.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih yang teristimewa buat keluarga
tersayang, abah, emak dan kakak-kakak dan abang yang sentiasa memberikan
galakan dan dorongan semangat serta doa restu yang dikirimkan dari jauh. Semoga
Allah SWT merahmati kehidupan kalian.
Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana
telah membantu dalam memberikan idea, cadangan dan sokongan dalam menyiapkan
kajian ini. Semoga Allah SWT melipat gandakan pahala amalan kalian seterusnya
dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.
v
ABSTRAK
Metodologi dakwah yang digunakan merupakan nadi kepada
keberkesanan dakwah. Kajian kualitatif yang telah dibuat ini adalah satu
kajian tentang penulisan islamik sebagai medium pendekatan dakwah: satu
kajian terhadap penulisan novel. Objektif kajian ini adalah untuk
mengenalpasti konsep penulisan novel islamik sebagai medium dakwah dan
mengenalpasti teknik penulisan novel sebagai medium dakwah serta gaya
bahasa penulisan novel islamik sebagai medium dakwah. Kajian dijalankan
dengan menggunakan kaedah temubual. Tiga penulis novel islamik telah
dipilih dan ditemubual untuk mendapatkan dapatan kajian bagi teknik
penulisan dan gaya bahasa novel islamik. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa konsep penulisan yang digunakan ialah tentang penceritaan
masyarakat, keluarga, percintaan, kasih sayang dan teknik penulisan yang
digunakan oleh ketiga-tiga penulis novel ini ialah teknik dialog. Manakala
dari sudut gaya bahasa, penulis-penulis novel ini cenderung menggunakan
pelbagai gaya bahasa dalam menyampaikan elemen dakwah dalam penulisan
novel. Diharap dengan kajian ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada
individu yang berminat dalam menghasilkan penulisan novel islamik.
vi
ABSTRACT
The methodology used is the nerve of missionary preaching to the
effectiveness. Qualitative studies that have been made this a study of Islamic
literature as a medium of dakwah: a study of novel writing. The objective of
this study was to identify novel Islamic concept of writing as a medium of
preaching and writing techniques to identify novel as a medium of preaching
and writing style novel as a medium of Islamic dakwah. The study was
conducted using the interview method. Three Islamic novelists has been
selected and interviewed to obtain the findings of the study of writing
techniques and style Islamic novels. The findings showed that the writing
concept is about families, loving, culture and writing technique used by the
three authors of this novel is the dialogue techniques. While in terms of style,
these novel writers prefer to use various elements of style preaching to
convey in writing the novel. Hopefully with this study can help to some
extent to individuals who are interested in producing Islamic writing novels.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENYELIA
JUDUL i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI AYAT AL-QURAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
viii
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Takrifan Istilah 9
1.9 Kesimpulan 12
BAB II SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Konsep Dakwah 14
2.3 Metodologi Dakwah di Malaysia 16
2.3.1 Metod Dakwah Secara Lisan 17
2.3.2 Metod Dakwah Secara Tulisan 18
2.3.3 Metod Dakwah Secara Fardiyah 18
2.3.4 Metod Dakwah Secara Jemaah 19
2.3.5 Metod Dakwah Melalui Media Massa 19
2.3.6 Metod Dakwah Bil Hal 20
2.3.7 Metod Dakwah Melalui Bimbingan, Terapi,
Kaunseling dan Runding Cara 20
2.3.8 Metod Dakwah Melalui Kesenian 21
2.4 Konsep Penulisan 22
2.5 Teknik Penulisan 23
ix
2.5.1 Dialog 24
2.5.2 Monolog Dalaman 25
2.5.3 Simili 26
2.5.4 Metafora 26
2.5.5 Personafikasi 27
2.5.6 Jukstaposisi 27
2.5.7 Suspens 28
2.5.8 Surat 28
2.5.9 Imbas Kembali dan Imbas Muka 28
2.6 Jenis-jenis Penulisan Novel 29
2.6.1 Novel Kisah Cinta 29
2.6.2 Novel Kisah Keluarga 28
2.6.3 Novel Kisah Sejarah 30
2.6.4 Novel Kisah Agama 30
2.6.5 Novel Detektif 31
2.6.8 Novel Thriller/Seram 31
2.8 Gaya Bahasa Dalam Penulisan 31
2.8.1 Diksi 33
2.8.2 Ayat 34
2.8.3 Personifikasi 34
2.8.4 Simili 34
2.8.5 Metafora 35
x
2.8.6 Hiperbola 35
2.8.7 Sinkope 35
2.8.8 Rima 35
2.8.9 Asonansi 36
2.8.10 Aliterasi 36
2.8.11 Pengulangan 37
2.8.12 Perlambangan 37
2.9 Dakwah dan Penulisan 38
2.10 Apa Itu Penulisan Novel Islamik 39
2.11 Perkembangan Bidang Penulisan Novel Di Malaysia 40
2.12 Cabaran Dalam Bidang Penulisan Novel Islamik 42
2.14 Kajian Lepas 44
2.15 Kesimpulan 45
BAB III METODOLOGI KAJIAN 46
3.1 Pengenalan 46
3.2 Metode Penentuan Subjek 47
3.3 Metode Pengumpulan Data 47
3.3.1 Metode Dokumentasi 47
3.3.2 Metode Deskriptif 48
3.3.3 Metode Penyelidikan Perpustakaan 48
xi
3.3.4 Metode Semi Structured 50
3.4 Metode Analisis Data 51
3.4.1 Metode Induktif 51
3.4.2 Metode Deduktif 52
3.5 Kesimpulan 52
BAB IV DAPATAN KAJIAN 53
4.1 Pengenalan 53
4.2 Penulis novel Cinta Kembali Bertasbih:
A.Ubaidillah Alias 54
4.2.1 Biodata Penulis 54
4.2.2 Konsep Penulisan Novel Cinta Kembali 55
Bertasbih: A.Ubaidillah Alias
4.2.3 Teknik Penulisan Novel Cinta Kembali 56
Bertasbih: A.Ubaidillah Alias
4.2.3.1 Teknik Dialog 56
4.2.3.2 Teknik Monolog 57
4.2.3.3 Teknik Personafikasi 58
4.2.3 Gaya Bahasa Penulisan Novel Cinta Kembali 59
Bertasbih: A.Ubaidillah Alias
4.2.3.1 Gaya Bahasa Metafora 59
4.2.3.2 Gaya Bahasa Simili 60
xii
4.2.3.2 Gaya Bahasa Cakap Ajuk 61
4.3 Penulis novel Ladang Hati Mustika: 61
Ummu Hani Abu Hasan.
4.3.1 Biodata Penulis 61
4.3.2 Konsep Penulisan novel Ladang Hati Mustika: 63
Ummu Hani Abu Hasan.
4.3.3 Teknik Penulisan novel Ladang Hati Mustika: 64
Ummu Hani Abu Hasan.
4.3.3.1 Teknik Dialog 65
4.3.4 Gaya Bahasa Penulisan novel Ladang Hati 68
Mustika: Ummu Hani Abu Hassan
4.3.4.1 Gaya Bahasa Diksi 68
4.4 Penulis Novel Tuhan Masih Mencintaiku: 69
Lily Haslina Nasir
4.4.1 Biodata Penulis 69
4.4.2 Konsep Penulisan Novel Tuhan Masih
Mencintaiku: Lily Haslina Nasir 70
4.4.3 Teknik Penulisan Novel Tuhan Masih
Mencintaiku: Lily Haslina Nasir 68
4.4.3.1 Teknik Dialog 72
4.4.3.2 Teknik Jukstaposisi 72
4.4.3.3 Teknik Monolog Dalaman 73
xiii
4.4.4 Gaya Bahasa Penulisan Novel Tuhan Masih
Mencintaiku; Lily Haslina Nasir 73
4.4.4.1 Gaya Bahasa Simili 74
4.4.4.2 Gaya Bahasa Personafikasi 74
4.4.4.3 Gaya Bahasa Metafora 75
4.5 Kesimpulan 76
4.6 Penutup 77
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 78
5.1 Pengenalan 78
5.2 Perbincangan 78
5.3 Kesimpulan 81
5.4 Cadangan 82
5.4.1 Institut Pengajian Tinggi (IPT) 82
5.4.2 Syarikat Penerbitan Buku 83
5.4.3 Jabatan Agama dan Kemajuan Islam (JAKIM) 83
5.4.4 Penerbit dan Pengarah Drama dan Filem 84
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84
5.6 Penutup 85
xiv
RUJUKAN 86
LAMPIRAN
xv
SENARAI AYAT AL-QURAN
AL-QURAN HALAMAN
Surah Ali ‘Imran: 110 3
Surah Al-Nahl: 125 15
xvi
SENARAI SINGKATAN
SAW - Sallallahualaihiwassallam
SWT - Subhanahu Wa Taala
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UiTM - Universiti Teknologi Mara
ASWARA - Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UM - Universiti Malaya
ICT - Information Communication Technology
(Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soalan Temubual
B Surat Kebenaran Mendapatkan
Maklumat
C Muka Depan Novel “Cinta Kembali
Bertasbih”
D Muka Depan Novel “Tuhan Masih
Mencintaiku”
E Muka Depan Novel “Ladang Hati
Mustika”
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penulisan Islamik pada masa kini mula mendapat perhatian pembaca
dan peminat novel umumnya. Penulisan Islamik mula mendapat tempat
dipasaran dan bersaing dengan hebat dengan genre-genre penulisan lain.
Pengaruh penulisan ini tidak boleh dipandang remeh kerana kuasa penulisan
ini mempunyai kuasa dan daya tarikan yang tersendiri yang mampu
mempengaruhi pemikiran pembaca sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Sehubungan itu, melalui penulisan ini juga mampu membina satu
budaya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, dengan penulisan Islamik ini
dapat memberi satu nafas baru dalam bidang penulisan dan menjadi satu
medium dalam menyampaikan dakwah.
2
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada masa kini, lambakan bahan bacaan di pasaran dapat dilihat
berkembang dengan begitu pesat sekali. Begitu juga bahan bacaan yang
berbentuk Islamik. Oleh itu, pembaca mempunyai banyak pilihan untuk
membeli bahan-bahan bacaan berbentuk Islamik. Banyak maklumat dan ilmu
yang dapat dimanfaatkan dan dipelajari daripada bahan bacaan berbentuk
Islamik.
Dakwah dapat disampaikan dengan pelbagai cara. Penulisan novel
Islamik merupakan salah satu inisiatif yang dipraktikkan pada masa kini.
Sehubungan itu, menggunakan penulisan novel Islamik sebagai satu medium
dakwah merupakan satu usaha yang lebih dekat dengan jiwa generasi muda
pada masa kini.
Sehubungan itu, novel-novel yang dihasilkan dan dipasarkan kepada
pembaca itu, memang tidak dinafikan ada di antaranya boleh menimbulkan
rasa kesedaran dan keinsafan, renungan, kemarahan dan juga pemikiran ke
arah memperbaiki kehidupan manusia. Baik di peringkat manusia individu,
mahupun sesuatu kelompok masyarakat terutama dalam aspek sosial, budaya,
ekonomi dan politik (Ramli Isin, 1997: 50).
Menurut Shahnon Ahmad, kesusasteraan Islam (novel) merupakan
karya umat Islam yang diniatkan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT
dan berkhidmat kepada manusia sejagat (Talib Samat, 2002 : 106).
3
Sehubungan itu, penulisan ialah senjata ampuh untuk membawa
manusia kepada Tuhan, sama ada jalan ceritanya bersifat menceritakan
masyarakat yang lepas, masyarakat kontemporari, masyarakat akan datang
ataupun masyarakat bayangan.
Penulisan mempunyai peranan penting dalam usaha mempengaruhi
daya peningkatan dan daya perkembangan kebolehan mental, intelektual
kreativiti seseorang individu. Penulisan dihasilkan dari suatu bentuk
pemikiran yang menguji keupayaan seseorang berfikir secara logik, kritikal
dan matang dalam membincangkan sesuatu perkara, idea yang berhubung
kait dengan manusia, alam sekitar, peristiwa dan kejadian dalam masyarakat.
(Nor Raudah Hj. Siren, 2006)
Penulis seharusnya berdakwah kerana sebagai umat Islam, kita
berperanan sebagai khaira ummah. Sebagaimana firman Allah dalam surah
Ali ‘Imran ayat 110 :
Maksudnya : Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-
baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik
dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan
4
keji), serta kamu pula beriman kepada allah (dengan sebenar-
benar iman). dan kalaulah ahli kitab (yahudi dan nasrani) itu
beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu
menjadi baik bagi mereka. (tetapi) di antara mereka ada yang
beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
( Surah Ali ‘Imran: 3: 110)
Penulisan Islamik juga boleh dikaitkan dengan penulisan ilmiah.
Walaupun penggunaan bahasa adalah lebih ringkas dan mudah difahami
tetapi isi yang terdapat dalam penulisan Islamik boleh dijadikan sebagai satu
bahan ilmiah. Menurut Pakar Psikologi kanan Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Puncak Alam, Sulaiman Selamat berkata, kecenderungan mahasiswa
dan generasi muda memilih bahan bacaan ringan kerana terdedah dengan
budaya generasi baru yang dilahirkan dalam persekitaran mudah, mewah,
pantas dan selesa.(Harian Metro: 31 Januari 2011)
Oleh itu, usaha menerbitkan bahan bacaaan berbentuk Islamik adalah
amat digalakkan. Selain dapat mengalakkan budaya membaca, bahan bacaan
berbentuk Islamik ini juga boleh dijadikan sebagai satu medium dakwah
kepada masyarakat. Berdasarkan kajian yang dilakukan Perpustakaan Negara
pada 2005, secara purata keseluruhan rakyat Malaysia membaca dua buku
setahun berbanding purata sebelum ini dua halaman buku setahun, terendah
dalam kalangan Negara Asia. (Harian Metro : 31 Januari 2011).
5
1.3 Pernyataan Masalah
Pada masa kini dapat dilihat pelbagai masalah gejala sosial dan
keruntuhan akhlak berlaku di kalangan masyarakat terutamanya remaja.
Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dan juga swasta dalam
menangani hal ini. Namun bagi mereka yang bergiat aktif dalam bidang
penulisan turut rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi menangani
masalah seperti ini.
Dalam era dunia globalisasi ini, manusia perlu lebih kreatif dalam
menyampaikan sesuatu kepada masyarakat. Oleh itu, bidang penulisan ini
hendaklah dijadikan sebagai salah satu medium dakwah pada masa kini.
Penggunaan teknik penceritaan dan gaya bahasa yang menarik dapat
mempengaruhi pemikiran dan membina satu kepercayaan dalam diri pembaca
itu sendiri. Penggunaan ayat-ayat yang baik dan mampu memberi kesan pada
hati dan pemikiran pembaca.
Di Malaysia kini, bahan bacaan berbentuk Islamik semakin meningkat
naik dalam pasaran. Dapat dilihat dikedai-kedai buku dimana, buku-buku
berbentuk Islamik, terutamanya novel Islamik mula mendapat tempat di hati
pembaca. Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa penulis novel kini
dapat menghasilkan novel yang berbentuk Islamik yang mampu menarik
minat pembaca. Namun penyampaian dalam sesebuah novel Islamik dan
novel biasa mempunyai perbezaan dari segi teknik penceritaan dan
penggunaan gaya bahasa.
Penulisan kreatif juga salah satu daripada cabang seni dan mempunyai
peminatnya yang tersendiri. Antaranya ialah cerpen, novel, dan sebagainya.
Hasil penyelidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati 77.6%
remaja mengakui mendapat maklumat baru dengan membaca novel.
6
Responden yang bersetuju mendapat kesedaran penghayatan Islam melalui
novel pula ialah 75.7%. Ini jelas menunjukkan penulisan kreatif adalah wajar
dan sangat sesuai untuk diaplikasikan sebagai saluran dakwah.
(http://matiitupasti.blogspot.com).
Dengan memahami situasi permasalahan ini telah mendorong
pengkaji untuk membuat kajian mengenai “Penulisan Islamik Sebagai
Medium Pendekatan Dakwah : Satu Kajian Terhadap Penulisan Novel”.
Melalui kajian ini dapat dinilai teknik penulisan dan gaya bahasa penulisan
novel Islamik merupakan salah satu medium yang terbaik dalam
menyebarkan Islam dan berdakwah.
1.4 Objektif Kajian
Dalam membuat kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa
objektif yang ingin dicapai dalam kajian. Antaranya ialah :
1.4.1 Untuk mengenal pasti konsep penulisan novel Islamik sebagai salah
satu medium pendekatan dakwah.
1.4.2 Untuk mengenal pasti teknik penulisan novel Islamik sebagai salah
satu medium pendekatan dakwah.
1.4.3 Untuk mengenal pasti gaya bahasa yang digunakan dalam penulisan
novel Islamik sebagai salah satu medium pendekatan dakwah.
7
1.5 Persoalan Kajian
Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui
konsep penulisan Islamik, kaedah penulisan Islamik sebagai medium dakwah
dan gaya bahasa yang digunakan dalam penulisan novel Islamik. Berdasarkan
objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan berikut :
1.5.1 Apakah konsep penulisan novel Islamik?
1.5.2 Apakah teknik penulisan novel Islamik sebagai salah satu medium
pendekatan dakwah?
1.5.3 Apakah gaya bahasa yang digunakan dalam penulisan novel Islamik?
1.6 Kepentingan Kajian
Pengkaji berharap dengan melalui kajian yang dijalankan ini dapat
dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat. Antara kepentingan kajian yang
dijalankan ialah :
1.6.1 Membuka ruang kepada pendakwah atau penulis untuk menjadikan
bakat dan kebolehan mereka dalam menulis dan menyampaikan
dakwah dalam bentuk penulisan.
8
1.6.2 Melalui kajian ini dapat memberikan pendedahan bahawa banyak
cara atau pilihan untuk mengenali Islam dan salah satunya ialah
melalui penulisan novel Islamik.
1.6.3 Melalui kajian ini juga diharap dapat menangani masalah sosial dan
memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.
1.7 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini melibatkan beberapa orang penulis novel
Islamik tanah air iaitu Ummu Hani binti Abu Hassan, A.Ubaidillah Alias, dan
Lily Haslina Nasir. Kajian ini melibatkan penulis-penulis daripada pelbagai
latar belakang dan bergiat aktif dalam menghasilkan penulisan dalam bentuk
novel Islamik.
Batasan kajian tertumpu pada konsep penulisan Islamik sebagai
medium dakwah. Dalam skop kajian, pengkaji menumpukan kepada teknik
penulisan dan gaya bahasa yang digunakan oleh Ummu Hani bin Abu
Hassan, A.Ubaidillah Alias dan Lily Haslina Nasir dalam penulisan novel
Islamik.
Pengkaji hanya memilih tiga orang penulis novel ini sahaja sebagai
responden. Ketiga-tiga penulis ini telah memadai bagi pengkaji mendapatkan
maklumat mengenai teknik penulisan dan gaya bahasa penulisan novel
Islamik sebagai medium dakwah. Maklumat yang diperolehi oleh pengkaji
berdasarkan kepada pengalaman, sumbangan dan penglibatan mereka dalam
9
bidang penulisan novel Islamik. Selain itu, catatan penjualan novel-novel
yang dihasilkan oleh penulis-penulis ini agak memberangsangkan di pasaran.
1.8 Definisi Istilah
Definisi tajuk kajian, Penulisan Islamik Sebagai Medium Pendekatan
Dakwah : Satu Kajian Terhadap Penulisan Novel.
1.8.1 Penulisan
Menurut Kamus Dewan definisi istilah penulisan ialah perihal atau
kegiatan menulis (mengarang dan lain-lain), hasil daripada menulis
(mengarang) (Kamus Dewan, 2007: 1729)
Menurut Kamus ZA’BA definisi istilah penulisan ialah berkaitan
dengan kegiatan menulis ( Kamus ZA’BA, 2008: 1197)
10
1.8.2 Islamik
Menurut Kamus Dewan definisi istilah Islamik ialah bahasa
percakapan berdasarkan atau mengikut hukum Islam (Kamus Dewan, 2007:
590)
1.8.3 Medium
Menurut Kamus Dewan definisi istilah medium ialah bahan atau
sesuatu yang menjadi perantaraan bagi manghasilkan sesuatu kesan (Kamus
Dewan, 2007: 1011).
1.8.4 Pendekatan
Menurut Kamus Dewan definisi istilah pendekatan ialah kaedah (cara,
langkah-langkah dan sebagainya) yang diambil bagi memulakan dan
melaksanakan tugas (mengatasi masalah dan lain-lain). (Kamus Dewan,
2007: 328)
11
1.8.5 Dakwah
Menurut Kamus Dewan definisi istilah dakwah ialah kegiatan
menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.
(Kamus Dewan, 2007: 305)
Menurut Kamus ZA’BA definisi istilah dakwah ialah kegiatan
menyeru dan membimbing (mendidik) serta meyakinkan secara baik dalam
usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari (menghayati) ajaran
agama yang sebenarnya (Kamus ZA’BA, 2008: 254)
Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara definisi istilah dakwah
ialah penyebaran atau penyiaran agama dan perkembangannya dalam
kalangan masyarakat; seruan untuk memeluk, meyakini, mempelajari dan
mengamalkan ajaran agama (Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003: 534)
1.8.6 Novel
Menurut Kamus Dewan definisi istilah novel ialah cerita dalam
bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks, yang berkaitan dengan
pengalaman manusia dan kelakuan sosial. (Kamus Dewan, 2007: 1086)
Menurut Kamus ZA’BA definisi istilah novel ialah cerita berbentuk
prosa yang mempunyai tahap kepanjangan yang tertentu. (Kamus ZA’BA,
2008: 806)
12
1.9 Kesimpulan
Dalam bab satu ini, pengkaji telah membicarakan mengenai tajuk-
tajuk yang berkaitan dengan pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan
masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, persoalan kajian, skop kajian,
definisi istilah serta kesimpulan. Seterusnya bab ini akan menjadi panduan
kepada pengkaji bagi menjalankan penyelidikan.