Upload
omarsahlan
View
288
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 1/14
Mansor bin Mohamad
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Khidmat Teknikal & Projek Khas
Jabatan Landskap Negara
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 2/14
1. Pengenalan kepada Penyakit Tanaman
2. Penyakit Anak Benih dan Akar
3. Penyakit Batang
4. Penyakit Daun
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 3/14
Penyakit tanaman ditakrifkan sebagai suatu proses gangguan fisiologi
yang berterusan oleh agen utama dan ditunjukkan dengan
penghasilan simptom dan gejala.
Penyakit utama pokok teduhan boleh dikategorikan kepada:
Penyakit berjangkit atau penyakit biotik disebabkan oleh organisma
hidup seperti kulat, bakteria, nematod, virus, alga, protozoa, dan
mikoplasma.
Penyakit tidak berjangkit atau penyakit abiotik kebanyakannya
disebabkan oleh faktor persekitaran seperti ketoksikan mineral,
kekurangan atau ketidakseimbangan nutrien, kekurangan atauberlebihan air dan cahaya, suhu dan pH yang melampau,
pencemaran udara, dan kecederaan kimia dan mekanikal.
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 4/14
Jenis: Penyakit akar Phytopthora
Simptom & Kerosakan:
Anak benih mati rosot dan hawar daun yang teruk.
Pada pokok teduhan, daun bertukar jadi hijau kekuningan danpertumbuhan terbantut.
Akar-akar halus akan mati diikutipembentukan bintik perangkehitaman pada akar lebih besar.
Kawalan:
Pastikan pokok sentiasa subur.
Amalan kultura yang baik. Bersih kawasan dari sisa tanaman
sebelum penanaman.
Pembajaan yang seimbang.
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 5/14
Jenis: Reput akar Ganoderma
Simptom & Kerosakan:
Petunjuk awal penyakit ini adalah
kemerosotan dan kematian yang cepat pada
pokok yang dijangkiti. Jasad berspora berwarna merah dan
berbentuk kepingan seperti para terbentuk di
pangkal pokok.
Pokok yang teruk dijangkiti akan kehilangan
banyak akar cengkam dan senang tumbang
apabila ditiup angin. Kebanyakan pokok yang berpenyakit akan
mati sejurus selepas simptom awal muncul.
Kawalan:
Elak luka pada akar dan batang.
Pembajaan yang seimbang.
Pastikan pengudaraan dan saliran kawasanadalah baik.
Jika pokok telah dijangkiti, bina parit sedalam
1m sekeliling pokok.
Serangan yang serius, pokok dihapus dari
tapak.
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 6/14
Jenis: Penyakit akar putih
Simptom & Kerosakan:
Pokok yang dijangkiti menunjukkan simptom di
bahagian atas di mana daun-daun menjadi layu,
bertukar warna daripada hijau kepada kekuningan
dan seterusnya bertukar menjadi perang danakhirnya menjadi kecut.
Pokok akan mati dalam jangka masa yang singkat
selepas munculnya simptom berkenaan.
Di dalam tanah, akar yang berpenyakit diliputi oleh
pertumbuhan rhizomorf kulat yang berwarna putih.
Kawalan: Bersihkan kawasan penanaman daripada sebarang
sisa tanaman berpenyakit seperti batang dan akar.
Pokok yang dikenalpasti berpenyakit hendaklah
ditebang, dicabut bersama akarnya dan dibakar.
Sebelum menanam rawat lubang bekas pokok
dengan larutan racun kulat seperti tridemorf (Calixin®), triadimenol (Bayfidan®) atau
propikonazol (Tilt®) ataupun sebatian triazol yang
lain.
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 7/14
Jenis: Infestasi Nematod
Simptom & Kerosakan:
Nematod merencatkan pertumbuhan
akar dengan memakan akar ulung danmenyebabkan hujung akar
membengkak dan membentuk cabang-
cabang pendek.
Akar akan reput, mudah hancur dan
kering.
Simptom bahagian atas sukar untuk
dibezakan dengan simptom kekurangan
air dan kekurangan nutrien kerana
simptom yang ditunjukkan hampir
serupa.
Kawalan: Pengairan dan pembajaan yang
sempurna boleh menolong menurunkan
populasi nematod di dalam tanah di
samping menguatkan sistem akar
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 8/14
Jenis: Cendawan angin
Simptom & Kerosakan:
Penyakit ini pada awalnya kelihatan sepertibebenang miselium berwarna putih di atas kulitdahan-dahan yang kecil atau ranting.
Dalam keadaan yang lembap dan sesuai,bebenang ini akan bertukar menjadi warna merahmuda.
Kawalan:
Kawasan penanaman yang mempunyaipengudaraan yang sempurna dapatmengurangkan kejadian penyakit. Keadaan inidapat dicapai dengan melakukan pemangkasanpembersihan (prune to clean) dan melakukanpenjarangan bagi tanaman yang terlalu padat.
Semburan racun kulat yang disyorkan ialah
triadimefon (Bayleton®), tridemorf (Calixin®),oksikarboksin (Plantvax®), flusilasol (Punch®) dansebatian triazol lain yang sistemik. Racun kulatyang mengandungi kuprum boleh juga digunakan.
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 9/14
Jenis: Epifit vascular
Simptom & Kerosakan:
Epifit tidak merosak pokok secara langsung kerana ia
tumbuh cetek di atas permukaan kulit kayu.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan yang terlalubanyak boleh menjejaskan petumbuhan pokok.
Tumbuhan epifit yang menutupi dahan menyukarkan
kerja-kerja pemeriksaan dan penilaian risiko pokok
kerana tidak diketahui samada dahan yang diperiksa
berpenyakit, reput atau mati yang memerlukan
tindakan pembetulan seperti pemangkasan.
Kawalan: Epifit ini boleh dihapuskan secara fizikal iaitu dengan
mencabutnya secara manual.
Jika infestasi tinggi, keseluruhan cabang pokok
hendaklah dicantas.
Paku-pakis ini peka terhadap 1% bancuhan paraquat
dan aplikasinya hendaklah dilakukan secara
memberus.
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 10/14
Jenis: Puru batang
Simptom & Kerosakan:
Simptom penyakit bermula dengan kemunculan
benjolan atau bengkakan kecil atau ketulan pada
permukaan batang dan dahan. Puru muncul pada bahagian atas batang dan
pada sesetengah kejadian, ia didapati pada
keseluruhan batang pokok.
Serangan pada pokok berkayu yang kecil akan
menyebabkan pertumbuhan terbantut.
Kawalan:
Pastikan kawasan penanaman bersih dengan
melakukan sanitasi yang baik dan menggunakan
benih pokok yang bebas penyakit.
Semasa proses penanaman perlu dielakkan
daripada berlaku luka pada batang atau akar.
Alatan memangkas dan penanaman mestilah
sentiasa di basmi kuman.
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 11/14
Jenis: Bintik berpusar
Simptom & Kerosakan:
Menyerang bahagian daun, pucuk, tunas danranting.
Jangkitan pada daun yang tua, ia akanmenyebabkan kematian yang cepat di sepanjangurat daun dan bentuknya adalah bintik yangberpusar.
Jika jangkitan berlaku semasa pemanjangan
pucuk, ia akan menyebabkan kelayuan dankematian pucuk yang cepat dan juga kematiandaun muda yang belum matang.
Kawalan:
Musnahkan semua daun-daun yang telah dijangkiti,pangkas dan buang semua ranting-ranting matipada pokok dan kawasan persekitarannya.
Pastikan pembajaan pokok mencukupi danseimbang bagi memastikan pokok berada dalamkeadaan subur.
Sembur dengan racun kulat jenis kuprum sepertimancozeb (Dithane® Mancozeb®), chlorothalonil(Daconil®, Bravo®), thiophanate-methyl (Cleary’s3336®, Domain®,) dan propiconazole (Banner®).
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 12/14
Jenis: Kulapuk berdebu
Simptom & Kerosakan: Permukaan daun dan ranting kelihatan berwarna
putih atau kelabu.
Daun yang dijangkiti mempunyai bintik samar yangtidak jelas pada permukaan atas daun dan terdapat
debu-debu putih atau keputihan pada bahagian
bawah permukaan daun.
Kulat-kulat akan kelihatan disepanjang urat dan
tulang daun.
Kawalan:
Penyakit kulapuk berdebu ini bolehdikurangkan jika pokok mendapat cahaya
matahari dan pengudaraan yang secukupnya.
Dahan-dahan yang padat dan tunas air
hendaklah dipangkas.
Rawatan dengan menggunakan racun kulat
adalah yang paling biasa dilakukan. Penyakitini akan memusnahkan nilai-nilai estatik pokok
teduhan. Racun kulat disembur selang satu
atau dua minggu selepas simptom pertama
dilihat pada pokok teduhan dan ia bergantung
kepada keterukannya.
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 13/14
Jenis: Hawar daun Rhizoctonia
Simptom & Kerosakan:
Penyakit daun merbahaya yang serang anak semaian
dan pokok matang.
Serangan di tapak semaian akan akibatkan kerugian
sehingga 50%. Peringkat awal simptom, penyakit ini memperlihatkan
bintik-bintik kecil berair yang bercantum menjadi tompok
besar yang tidak sekata di atas permukaan daun.
Daun-daun yang dijangkiti luruh, meninggalkan ranting-
ranting tanpa daun di bahagian kanopi.
Kawalan:
Sistem saliran yang baik dan jarak tanaman yang
sesuai.
Buang dan hapuskan ranting-ranting dan daun-daun
yang berpenyakit.
Penyakit ini dapat dikawal secara berkesan dengan
menggunakan beberapa jenis racun kulat sepertipensikoron (Monceren), benomil (Benlate), karbendazim
(Derosal, Bavistin, Delsene X), tiofanat metal (Topsin
M), flutolanil (Moncut) dan tridimefon (bayleton) secara
semburan atau siraman tanah.
8/14/2019 Penyakit Utama Tanaman Landskap
http://slidepdf.com/reader/full/penyakit-utama-tanaman-landskap 14/14
Jenis: Bintik daun cercospora
Simptom & Kerosakan: Simptom bermula dengan pembentukan bintik
kecil berair. Bintik ini lama kelamaan akan
membesar dan bertukar menjadi perangkehitaman yang dikelilingi halo kuning. Daun
yang dijangkiti mempunyai bintik bulat yang tidak
sekata.
Kawalan:
Pastikan kawasan penanaman mempunyaisaliran dan pengairan yang baik dan
mencukupi.
Pengudaraan kanopi pokok yang baik amat
penting bagi mengelakkan kejadian
penyakit ini.
Buang dan bakar semua pokok yang
berpenyakit.
Semburkan racun kulat campuran
Bordeaux yang mengandungi campuran
kuprum amat baik untuk membasmi
penyakit ini.