44
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 64 Kumpulan LPI Capital Bhd (“LPI”) mengakui pentingnya untuk mempertingkatkan nilai para pemegang saham menerusi keberuntungan yang berterusan dan mengamalkan standard tertinggi dalam tadbir urus korporat. Lembaga Pengarah sesungguhnya percaya bahawa tadbir urus korporat yang baik sangat penting dalam meningkatkan prestasi jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan bagi Kumpulan LPI. Oleh itu, struktur tadbir urus yang kukuh merupakan asas untuk memelihara kepentingan para pemegang saham Kumpulan LPI. Struktur tadbir urus korporat Kumpulan LPI telah dibangunkan dan dipertingkatkan berdasarkan prinsip- prinsip dan amalan terbaik yang ditetapkan di dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (“MCCG”) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Panduan Tadbir Urus Korporat (“Panduan CG”) yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Berhad. Komitmen Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan kakitangan Kumpulan LPI dalam mempertingkatkan nilai pemegang saham terbukti dengan pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh Kumpulan LPI pada setiap tahun sejak tahun 2005, yang mana anugerah dan pengiktirafan yang diterima pada tahun 2009 termasuk yang berikut: 1) Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA 2009 • Anugerah Merit LPI telah memenangi Anugerah Merit Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA bagi tahun kelima berturut-turut. Pada tahun 2008, LPI juga merupakan pemenang Pulangan Terbaik kepada Pemegang Saham bagi anugerah yang sama. 2) Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2008 • Pemenang Sektor – Perkhidmatan Kewangan • Pemenang – Perkhidmatan Kewangan LPI dianugerahkan sebagai pemenang Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2008 bagi tahun kelima berturut-turut. LPI juga merupakan Pemenang Sektor di bawah Kategori Perkhidmatan Kewangan pada tahun 2005, 2006 dan 2008. 3) Anugerah “Syarikat Insurans Terbaik Malaysia” Euromoney 2009 Subsidiari milik penuh LPI, Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”) merangkul kesemua lima (5) kategori anugerah Euromoney 2009 untuk muncul sebagai Syarikat Insurans Terbaik Malaysia Euromoney 2009. Lima kategori yang telah dimenangi adalah seperti berikut: 4) Index Tadbir Urus Korporat Malaysia (“MCG”) 2009 • Anugerah Mesyuarat Agung Tahunan Paling Awal Diadakan • Anugerah Kecemerlangan LPI dikurniakan Anugerah Mesyuarat Agung Tahunan Paling Awal Diadakan dan Anugerah Kecemerlangan bagi Index MCG 2009 oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (“MSWG”). Pada tahun 2009, LPI merupakan syarikat tersenarai awam pertama yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya dalam tempoh 43 hari selepas berakhir tahun kewangan. 5) Penarafan Kekuatan Kewangan Cemerlang oleh A.M. Best A.M. Best memberi penarafan kekuatan kewangan A- (Cemerlang) dan penarafan kredit pengeluar (ICR) “a-” kepada Lonpac. LEMBAGA PENGARAH Lembaga Pengarah komited sepenuhnya dalam memastikan bahawa standard tertinggi dalam tadbir urus korporat diamalkan secara menyeluruh dalam Kumpulan supaya segala urusan Kumpulan dijalankan dengan telus, objektif, kebertanggungjawaban dan integriti penuh untuk memelihara pelaburan para pemegang saham dan mutakhirnya mempertingkatkan nilai mereka. I PARA PENGARAH • Lembaga Pengarah Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas keseluruhan tadbir urus Kumpulan dengan memastikan pelan bimbingan strategik dan pewarisan Kumpulan, keberkesanan pemantauan matlamat pengurusan, PENYATA TADBIR URUS KORPORAT Syarikat Insurans Terbaik bagi Inovasi, Malaysia Syarikat Insurans Terbaik bagi Harga, Malaysia Kepelbagaian Produk Terbaik, Malaysia Syarikat Insurans Terbaik bagi Resolusi Tuntutan, Malaysia Perunding Terbaik bagi Pindahan Risiko Insurans, Malaysia EUROMONEY 2009 SYARIKAT INSURANS TERBAIK MALAYSIA

PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

  • Upload
    lykhanh

  • View
    242

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200964

Kumpulan LPI Capital Bhd (“LPI”) mengakui pentingnya untuk mempertingkatkan nilai para pemegang saham menerusi keberuntungan yang berterusan dan mengamalkan standard tertinggi dalam tadbir urus korporat. Lembaga Pengarah sesungguhnya percaya bahawa tadbir urus korporat yang baik sangat penting dalam meningkatkan prestasi jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan bagi Kumpulan LPI. Oleh itu, struktur tadbir urus yang kukuh merupakan asas untuk memelihara kepentingan para pemegang saham Kumpulan LPI.

Struktur tadbir urus korporat Kumpulan LPI telah dibangunkan dan dipertingkatkan berdasarkan prinsip-prinsip dan amalan terbaik yang ditetapkan di dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (“MCCG”) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Panduan Tadbir Urus Korporat (“Panduan CG”) yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Berhad. Komitmen Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan kakitangan Kumpulan LPI dalam mempertingkatkan nilai pemegang saham terbukti dengan pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh Kumpulan LPI pada setiap tahun sejak tahun 2005, yang mana anugerah dan pengiktirafan yang diterima pada tahun 2009 termasuk yang berikut:

1) anugerah Tadbir urus Perusahaan malaysian Business – Cima 2009

•AnugerahMerit

LPI telah memenangi Anugerah Merit Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA bagi tahun kelima berturut-turut. Pada tahun 2008, LPI juga merupakan pemenang Pulangan Terbaik kepada Pemegang Saham bagi anugerah yang sama.

2) anugerah nilai Pemegang saham KPmg 2008 •PemenangSektor–PerkhidmatanKewangan •Pemenang–PerkhidmatanKewangan

LPI dianugerahkan sebagai pemenang Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2008 bagi tahun kelima berturut-turut. LPI juga merupakan Pemenang Sektor di bawah Kategori Perkhidmatan Kewangan pada tahun 2005, 2006 dan 2008.

3) anugerah “syarikat insurans Terbaik malaysia” euromoney 2009

Subsidiari milik penuh LPI, Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”) merangkul kesemua lima (5) kategori anugerah Euromoney 2009 untuk muncul sebagai Syarikat Insurans Terbaik Malaysia Euromoney 2009. Lima kategori yang telah dimenangi adalah seperti berikut:

4) index Tadbir urus Korporat malaysia (“mCg”) 2009 •AnugerahMesyuaratAgungTahunanPalingAwal

Diadakan •AnugerahKecemerlangan

LPI dikurniakan Anugerah Mesyuarat Agung Tahunan Paling Awal Diadakan dan Anugerah Kecemerlangan bagi Index MCG 2009 oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (“MSWG”). Pada tahun 2009, LPI merupakan syarikat tersenarai awam pertama yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya dalam tempoh 43 hari selepas berakhir tahun kewangan.

5) Penarafan Kekuatan Kewangan Cemerlang oleh a.m. Best

A.M. Best memberi penarafan kekuatan kewangan A- (Cemerlang) dan penarafan kredit pengeluar (ICR) “a-” kepada Lonpac.

LEMBAGA PENGARAH Lembaga Pengarah komited sepenuhnya dalam memastikan bahawa standard tertinggi dalam tadbir urus korporat diamalkan secara menyeluruh dalam Kumpulan supaya segala urusan Kumpulan dijalankan dengan telus, objektif, kebertanggungjawaban dan integriti penuh untuk memelihara pelaburan para pemegang saham dan mutakhirnya mempertingkatkan nilai mereka.

I PARA PENGARAH

• Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas keseluruhan tadbir urus Kumpulan dengan memastikan pelan bimbingan strategik dan pewarisan Kumpulan, keberkesanan pemantauan matlamat pengurusan,

PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT

Syarikat Insurans Terbaik bagi Inovasi, Malaysia

Syarikat Insurans Terbaik bagi harga, Malaysia

Kepelbagaian Produk Terbaik, Malaysia

Syarikat Insurans Terbaik bagi Resolusi Tuntutan, Malaysia

Perunding Terbaik bagi Pindahan Risiko Insurans, Malaysia

eUROMONey 2009

SyARIKAT INSURANS TeRbAIK

MALAySIA

Page 2: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 65

dan kebertanggungjawaban kepada Kumpulan dan para pemegang saham serta memastikan kawalan dalaman, pengurusan risiko dan prosedur pelaporan Kumpulan tersedia dengan baik. Ahli Lembaga Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi memastikan standard etika yang tinggi diguna pakai, menerusi pematuhan terhadap peraturan dan regulasi, arahan dan garis panduan berkaitan selain daripada mengguna pakai amalan terbaik di dalam MCCG yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Securities dan Panduan CG yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Berhad, dan demi kepentingan terbaik Kumpulan dan para pemegang saham.

Ahli Lembaga Pengarah memberi perhatian untuk mengguna pakai standard etika yang tinggi dengan mengambil kira kepentingan semua pihak-pihak yang berkepentingan dalam membuat keputusan.

• Keseimbangan Lembaga Pengarah yang Optimum

Lembaga Pengarah terdiri daripada tujuh (7) orang ahli. Seorang daripada ahli Lembaga Pengarah merupakan Pengarah Eksekutif dan juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif manakala enam (6) orang adalah Pengarah Bukan Eksekutif. Empat (4) orang daripada Para Pengarah Bukan Eksekutif memenuhi kriteria bebas sebagaimana yang ditakrifkan dalam Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Sekurities. Saiz Lembaga Pengarah adalah wajar bagi kerumitan dan skala operasi Kumpulan LPI. Bilangan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif yang tinggi memberi sekatan dan imbangan yang berkesan dalam perjalanan Lembaga Pengarah.

Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif tidak melibatkan diri dalam pengurusan harian Kumpulan dan tidak mengambil bahagian dalam sebarang urusan perniagaan dan tidak terlibat dalam sebarang hubungan lain dengan Kumpulan. Ini adalah untuk memudahkan Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan dan mengelakkan situasi percanggahan kepentingan.

Terdapat pembahagian peranan dan tanggungjawab yang jelas di antara Pengerusi/ Pengerusi Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Eksekutif. Bidang rujukan Pengerusi Bukan Eksekutif dan Pengerusi Bersama Bebas Bukan Eksekutif adalah berbeza dan berasingan daripada tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Eksekutif bagi memastikan keseimbangan kuasa dan autoriti dalam Lembaga Pengarah yang berkesan.

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow, Pengasas dan Pengerusi LPI dan Public Bank, telah dinobatkan sebagai Jaguh Perbankan. Beliau juga adalah pemimpin dan ahli perniagaan yang luar biasa cemerlang dan ulung. Sejak memulakan pengembaraan kewangan beliau 60 tahun lalu, beliau telah berusaha membina kerjaya yang cemerlang dalam industri kewangan. Kejayaan beliau telah memimpin syarikat subsidiari milik penuh Kumpulan LPI, Lonpac untuk diiktiraf sebagai Syarikat Insurans Terbaik Malaysia bagi tahun 2009 oleh Euromoney. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah berprestij bagi mengiktiraf sumbangan penting beliau kepada industri perbankan dan kewangan, dan inisiatif-inisiatif pembangunan sosio ekonomi beliau.

Pengerusi Bersama Bebas Bukan Eksekutif, Tan Sri Dato’ Thong Yaw Hong, adalah sangat dihormati dan dikenali dalam sektor-sektor awam dan swasta. Beliau telah memegang pelbagai jawatan penting dan kanan semasa beliau berkhidmat dengan Kerajaan selama 32 tahun. Selepas bersara daripada perkhidmatan awam, beliau menyertai sektor swasta dan dilantik sebagai Pengerusi/ Pengarah beberapa buah syarikat tersenarai awam yang besar. Beliau ialah seorang Ahli Majlis Ekonomi Kebangsaan, yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menangani kesan-kesan buruk kelembapan kewangan global ke atas ekonomi. Beliau juga ialah seorang Ahli Kanan Kumpulan Kerja Jawatankuasa Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan yang terlibat dalam usaha merangka, melaksana dan memantau Pelan Penstabilan Ekonomi (ESP) Kerajaan.

Tiga (3) orang lagi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif merupakan ahli-ahli profesional dalam bidang masing-masing dengan pelbagai pengalaman, kemahiran dan kepakaran yang luas dalam pelbagai bidang.

Para Pengarah Kumpulan LPI adalah individu-individu yang berkaliber dan berintegriti tinggi, dan mereka memiliki kelayakan, pengalaman dan kualiti yang diperlukan untuk membolehkan mereka melaksanakan kewajipan mereka dengan berkesan.

Profil Ahli-ahli Lembaga Pengarah dinyatakan pada

muka surat 50 hingga 55.

• Kod Etika Para Pengarah

Para Pengarah terus mematuhi Kod Etika untuk Pengarah Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kod Etika ini berdasarkan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan kejujuran, integriti, tanggungjawab dan tanggungjawab sosial korporat serta dirumuskan untuk meningkatkan standard tadbir urus korporat dan tingkah laku korporat.

Page 3: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200966

• Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Pengarah

Tanggungjawab utama Lembaga Pengarah termasuk mengkaji semula dan meluluskan strategi-strategi dan pelan perniagaan, dasar-dasar penting, dan memantau prestasi Pengurusan dalam melaksanakannya.

Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka, Lembaga Pengarah bertindak dengan penuh berhati-hati untuk memastikan standard etika yang tinggi didukung, dan kepentingan pihak-pihak yang berkepentingan tidak diabaikan. Ahli-ahli Lembaga Pengarah sentiasa menyedari bahawa kepentingan pihak-pihak yang berkepentingan dengan Kumpulan perlu sentiasa dilindungi.

Empat (4) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, melalui tugas dan tanggungjawab mereka, sebenarnya mewakili kepentingan pemegang saham minoriti dalam Kumpulan LPI. Pengarah Bebas Bukan Eksekutif tersebut melibatkan diri secara proaktif dengan Pengurusan dan juruaudit dalaman dan luaran. Ini adalah benar bagi Tan Sri Dato’ Thong Yaw Hong yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Dato’ Haji Abdul Aziz yang merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Audit.

Pengerusi Bersama Bebas Bukan Eksekutif, Tan Sri Dato’ Thong Yaw Hong, dilantik sebagai Pengarah Bebas Kanan Bukan Eksekutif dan pemegang-pemegang saham serta pihak yang berkepentingan lain boleh menyalurkan isu-isu berkaitan dengan Kumpulan kepada beliau.

Tanggungjawab utama Lembaga Pengarah termasuk yang berikut:

• Meluluskan pelan-pelan perniagaan tahunan, dan pelan-pelan strategik jangka sederhana dan jangka panjang Kumpulan;

• Mengawasi operasi perniagaan dan prestasi kewangan Kumpulan terhadap pelan-pelan perniagaan yang diluluskan;

• Memastikan bahawa infrastruktur operasi, sistem kawalan, sistem-sistem bagi pengurusan risiko, kawalan kewangan dan operasi, diwujudkan dan dilaksanakan dengan baik; dan

• Melaksanakan pelbagai fungsi dan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa regulatori dari semasa ke semasa.

Para Pengarah bebas mendapatkan nasihat profesional bebas apabila dianggap perlu bagi melaksanakan tugas mereka dengan sewajarnya di atas tanggungan Syarikat.

• Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Bekalan Maklumat kepada lembaga Pengarah

Mesyuarat Lembaga Pengarah bagi setiap tahun kewangan dijadualkan lebih awal sebelum akhir setiap tahun kewangan bagi membolehkan Para Pengarah merancang sewajarnya dan memasukkan mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah tahun berkenaan dalam jadual mereka masing-masing.

Mesyuarat Lembaga Pengarah selalunya diadakan secara suku tahunan. Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan serta-merta selepas keputusan suku tahunan dan tahunan Kumpulan LPI dimuktamadkan untuk mengkaji semula dan meluluskan keputusan-keputusan tersebut sebelum dikemukakan kepada Bursa Securities. Mesyuarat tambahan Lembaga Pengarah juga diadakan apabila keadaan memerlukan seperti membincangkan cadangan-cadangan atau perkara-perkara korporat penting yang memerlukan arahan segera dari Lembaga Pengarah.

Mesyuarat Lembaga Pengarah dijalankan menurut agenda yang berstruktur. Ahli-ahli Lembaga Pengarah dibekalkan dengan agenda berstruktur berserta dokumen-dokumen yang berkaitan dan maklumat di dalam bentuk dan kualiti yang bersesuaian sebelum setiap mesyuarat Lembaga Pengarah. Ini dapat mempermudahkan Para Pengarah meneliti kertas-kertas Lembaga Pengarah dan mendapatkan penjelasan yang mungkin mereka perlukan daripada Pengurusan atau Setiausaha Syarikat lebih awal dari tarikh mesyuarat. Kertas-kertas yang memerlukan tindakan segera boleh dikemukakan untuk dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah di bawah agenda tambahan.

Mesyuarat Lembaga Pengarah dipengerusikan oleh sama ada Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow (Pengerusi) atau Tan Sri Dato’ Thong Yaw Hong (Pengerusi Bersama).

Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, Lembaga Pengarah mengkaji semula laporan-laporan pengurusan mengenai prestasi perniagaan Syarikat dan subsidiarinya, dan mengkaji semula, antara lain, keputusan-keputusan berbanding dengan bulan sebelumnya dan dari awal tahun hingga masa kini, dan juga perbandingan dengan industri. Sebagai sebahagian daripada inisiatif pengurusan risiko bersepadu, Lembaga Pengarah meneliti keputusan-keputusan dan isu-isu penting yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengurusan melalui minit-minit jawatankuasa-jawatankuasa ini. Ahli-ahli Lembaga Pengarah juga membincangkan, dan dalam proses ini, menilai kebolehlaksanaan usul-usul perniagaan dan cadangan-cadangan korporat serta sebarang

PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT (samb’)

Page 4: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 67

risiko utama yang mempunyai kesan penting ke atas perniagaan Kumpulan dan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko tersebut.

Pengerusi/ Pengerusi Bersama Jawatankuasa Audit memaklumkan kepada Para Pengarah di Mesyuarat Lembaga Pengarah, berkenaan sebarang isu-isu penting yang diperhatikan oleh Jawatankuasa Audit dan yang memerlukan perhatian dan kelulusan Lembaga Pengarah untuk pelaksanaan.

Kertas-kertas mesyuarat Lembaga Pengarah disediakan dalam format yang ringkas lagi padat dan komprehensif. Kertas-kertas mesyuarat Lembaga Pengarah termasuk laporan-laporan kemajuan mengenai operasi perniagaan, maklumat terperinci mengenai cadangan perniagaan dan cadangan korporat termasuk dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

Pengarah-pengarah mempunyai kewajipan untuk mengisytiharkan dengan serta-merta kepada Lembaga Pengarah sekiranya mereka mempunyai sebarang kepentingan dalam urusniaga yang akan dimeterai secara langsung atau tidak langsung dengan Kumpulan LPI. Para Pengarah yang mempunyai kepentingan tersebut akan memberi notis kepada Lembaga Pengarah dan akan berkecuali daripada perbincangan dan keputusan Lembaga Pengarah mengenai urusniaga tersebut. Sekiranya sesuatu cadangan korporat perlu diluluskan oleh pemegang saham, para Pengarah yang mempunyai kepentingan akan berkecuali daripada mengundi berkenaan dengan pemegangan saham mereka dalam LPI mengenai resolusi berkaitan dengan cadangan korporat tersebut, dan akan seterusnya mengaku janji untuk memastikan bahawa sesiapa yang mempunyai hubungan dengan mereka akan turut berkecuali daripada mengundi mengenai resolusi-resolusi berkenaan.

Minit-minit mesyuarat Lembaga Pengarah diedarkan kepada semua Pengarah untuk penelitian mereka sebelum minit-minit tersebut disahkan pada mesyuarat Lembaga Pengarah yang berikutnya. Para Pengarah boleh meminta penjelasan lanjut atau memberi komen mengenai minit-minit tersebut sebelum minit-minit tersebut disahkan sebagai rekod yang betul mengenai prosiding Lembaga Pengarah.

Lembaga Pengarah mempunyai akses terus kepada Pengurusan Kanan dan mempunyai akses sepenuhnya dan tidak terhad terhadap sebarang maklumat yang berkaitan dengan operasi Kumpulan dalam melaksanakan tugas mereka serta boleh mengarahkan untuk dibekalkan dengan butir-butir atau penjelasan lanjut dalam perkara-perkara agenda mesyuarat Lembaga Pengarah.

Para Pengarah mempunyai akses yang cepat dan tidak terhad kepada nasihat dan perkhidmatan Setiausaha Syarikat. Para Pengarah sentiasa dikemas kini oleh Setiausaha Syarikat mengenai keperluan-keperluan undang-undang serta regulatori baru berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab Para Pengarah atau pelaksanaan tugas mereka sebagai Para Pengarah Syarikat. Setiausaha Syarikat menghadiri kesemua mesyuarat Lembaga Pengarah dan memastikan rekod yang tepat dan mencukupi mengenai prosiding mesyuarat Lembaga Pengarah dan keputusan-keputusan yang dibuat disimpan dengan baik.

Komitmen dan dedikasi Lembaga Pengarah dalam memastikan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan dicerminkan oleh bilangan tinggi mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun berakhir pada 31 Disember 2009.

Lembaga Pengarah telah mengadakan mesyuarat sebanyak sebelas (11) kali di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009. Tarikh-tarikh mesyuarat Lembaga Pengarah adalah seperti berikut:

• 8 Januari 2009 • 23 Julai 2009 • 22 Januari 2009 • 8 Oktober 2009 • 24 Februari 2009 • 22 Oktober 2009 • 8 April 2009 • 26 November 2009 • 20 April 2009 • 15 Disember 2009 • 6 Julai 2009

Kehadiran setiap Ahli Lembaga Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009 adalah seperti berikut:

Pengarah Bilangan mesyuarat lembaga Pengarah Dihadiri/

Diadakan

Peratus Kehadiran

i. Tan sri Dato’ sriDr. Teh hong Piow

9/11* 82%

ii. Tan sri Dato’ Thong Yaw hong

11/11 100%

iii. Tee Choon Yeow 11/11 100%

iv. Tan Kok guan 11/11 100%

v. Dato’ haji abdul azizbin omar

11/11 100%

vi. Dato’ Yeoh Chin Kee 11/11 100%

vii. Quah Poh Keat 11/11 100%

* Tidak menghadiri 2 daripada 11 Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009 oleh kerana beliau bercuti kerana tidak sihat.

Page 5: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200968

• Pelantikan ke Lembaga Pengarah

Cadangan pelantikan seorang Ahli baru ke Lembaga Pengarah akan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah penuh berdasarkan satu laporan rasmi, yang disediakan oleh Jawatankuasa Pencalonan mengenai keperluan, kelayakan dan pengalaman pengarah yang dicadangkan. Jawatankuasa Pencalonan juga membuat penilaian tahunan ke atas sumbangan setiap Pengarah kepada Syarikat dan mencadangkan pelantikan semula dan pemilihan semula Para Pengarah yang bersedia dilantik semula dan dipilih semula di Mesyuarat Agung Tahunan. Pelantikan Pengarah Lonpac kepada Lembaga Pengarah adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (“BNM”) terlebih dahulu menurut Seksyen 70(1) Akta Insurans, 1996. Jawatankuasa Pencalonan akan mengkaji semula dan menilai cadangan pelantikan semula Para Pengarah, dan seterusnya mencadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan supaya permohonan dikemukakan kepada BNM.

Jawatankuasa Pencalonan keseluruhannya terdiri daripada Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; kesemua empat (4) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah Ahli Jawatankuasa Pencalonan.

Bidang rujukan Jawatankuasa Pencalonan dinyatakan pada muka surat 72.

Selepas kajian semula tahunan Jawatankuasa Pencalonan baru-baru ini, Jawatankuasa Pencalonan berpuas hati bahawa saiz Lembaga Pengarah Kumpulan adalah optimum dan terdapat gabungan pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan kecekapan utama yang wajar dalam komposisi Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Pencalonan berpuas hati bahawa semua Ahli Lembaga Pengarah mempunyai kelayakan yang sesuai untuk memegang jawatan masing-masing sebagai Pengarah Kumpulan LPI memandangkan kelayakan akademik dan professional, pengalaman dan kualiti mereka. Semua Pengarah mematuhi kriteria “sesuai dan wajar” sebagaimana yang ditetapkan oleh BNM dalam Rangka Kerja Berhemah Tadbir Urus Korporat bagi Penanggung Insurans.

Selepas kajian semula tahunan Jawatankuasa Pencalonan baru-baru ini, Jawatankuasa Pencalonan juga memutuskan bahawa semua Pengarah telah menerima latihan sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009 yang relevan dan akan dapat meningkatkan keberkesanan mereka dalam Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit. Butir-butir mengenai Latihan dan Pendidikan Para Pengarah dinyatakan pada muka surat 69 hingga 70.

• Pelantikan Semula dan Pemilihan Semula Para Pengarah

Menurut Seksyen 129(2) Akta Syarikat, 1965, Para Pengarah yang berumur lebih daripada tujuh puluh (70) tahun akan bersara pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan dan boleh menawarkan diri mereka untuk pelantikan semula dan berkhidmat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

Menurut Memorandum dan Tataurusan Pertubuhan Syarikat, satu pertiga (1/3) daripada Para Pengarah atau, jika bilangan mereka bukan dalam gandaan tiga (3), bilangan yang paling hampir dengan satu pertiga (1/3) dengan minimum seorang (1), hendaklah bersara di setiap Mesyuarat Agung Tahunan dan boleh menawarkan diri untuk pemilihan semula. Para Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah di sepanjang tempoh kewangan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan tertakluk kepada pemilihan semula oleh para pemegang saham pada peluang pertama selepas pelantikan mereka.

II IMBUHAN PARA PENGARAH Jawatankuasa Imbuhan mengkaji semula setiap

tahun prestasi Para Pengarah dan mengemukakan cadangan-cadangan kepada Lembaga Pengarah mengenai pelarasan khusus pembayaran imbuhan dan/ atau ganjaran yang mencerminkan sumbangan mereka masing-masing pada tahun tersebut, dan yang kompetitif dan sejajar dengan matlamat, budaya dan strategi korporat Kumpulan. Jawatankuasa Imbuhan mempunyai prosedur yang formal dan telus bagi Lembaga Pengarah penuh meluluskan imbuhan untuk Pengarah Eksekutif, berdasarkan prestasi korporat dan individu. Imbuhan Para Pengarah Bukan Eksekutif, termasuk Pengerusi/ Pengerusi Bersama Bukan Eksekutif, antara lain berdasarkan pengalaman, kemahiran dan tahap tanggungjawab Para Pengarah berkenaan.

Setiap Pengarah menahan diri dari keputusan Lembaga Pengarah mengenai pakej imbuhan mereka sendiri. Yuran Para Pengarah diluluskan di Mesyuarat Agung Tahunan oleh para pemegang saham.

Para Pengarah dibayar yuran tahunan, dan dibayar balik perbelanjaan mesyuarat sebanyak RM300 bagi setiap mesyuarat Lembaga Pengarah yang mereka hadiri.

PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT (samb’)

Page 6: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 69

Jawatankuasa Imbuhan keseluruhannya terdiri daripada Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; kesemua empat (4) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah Ahli Jawatankuasa Imbuhan.

Bidang rujukan Jawatankuasa Imbuhan dinyatakan pada muka surat 72.

Butir-butir imbuhan Para Pengarah (termasuk faedah bukan tunai) bagi setiap Pengarah di sepanjang tahun kewangan 2009 adalah seperti berikut:

Rm’000

gaji Yuran Bonus lain-lain imbuhan

Faedah Bukan Tunai

Jumlah

Pengarah eksekutif

Tee choon yeow 600 101 450 126 39 1,316

Pengarah Bukan eksekutif

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh hong Piow - 325 - - 23 348

Tan Sri Dato’ Thong yaw hong - 205 - 24 - 229

Dato’ haji Abdul Aziz bin Omar - 140 - 24 - 164

Dato’ yeoh chin Kee - 140 - 24 - 164

Tan Kok Guan N1 426 101 266 83 34 910

Quah Poh Keat - 140 - 24 - 164

426 1,051 266 179 57 1,979

Jumlah 1,026 1,152 716 305 96 3,295

N1 – Termasuk imbuhan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat subsidiari.

III LATIHAN DAN PENDIDIKAN PARA PENGARAH Para Pengarah telah menyertai persidangan, seminar

dan program-program latihan untuk mengikuti pembangunan dalam persekitaran perniagaan, isu-isu dan cabaran-cabaran sektor kewangan serta keperluan-keperluan regulatori dan undang-undang yang baru.

Beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah sedang mengikuti program Pendidikan Para Pengarah Institusi-institusi Kewangan yang dibangunkan oleh BNM dengan kerjasama Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dan Pusat Antarabangsa bagi Kepimpinan dalam Kewangan. Program ini bertujuan untuk menggalakkan lembaga pengarah yang berimpak tinggi dalam institusi-institusi kewangan.

Program-program latihan dan seminar yang dihadiri oleh Para Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009 adalah, inter-alia, mengenai bidang yang berkaitan dengan tadbir urus korporat, pengurusan risiko, peranan lembaga pengarah yang berkesan, perbankan, perakaunan, ekonomi dan insurans.

Page 7: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200970

Tadbir urus Korporat • Program Pendidikan Para Pengarah Institusi Kewangan (“FIDE”) : Taklimat oleh Jamie Allen mengenai “Krisis

Kewangan Global – Kesan-kesan terhadap Tadbir Urus Korporat di Asia” • Program FIDE : Taklimat oleh Professor Mervyn King mengenai “Aliran dan Isu-isu Tadbir Urus” • Program FIDE : Modul Pengurusan Risiko Baru dalam Kewangan Islam • Persidangan Industri Kewangan – Amalan-amalan Pengurusan Risiko dalam Institusi Kewangan – “Apakah Kesilapan yang Terjadi dan ke

Mana Perlu Kita Tuju dari Sini” – Memperkukuhkan Kemantapan Institusi dan Pasaran – Agenda Kawalan Selia – Mendekati Risiko dalam Organisasi yang Besar dan Kompleks • Program FIDE : Taklimat Makan Tengahari oleh Encik David Webb mengenai “Membentuk Semula Tadbir Urus

dan Menambah Nilai: Usaha Pelabur” • Bengkel Hubungan Pelabur “Amalan-amalan Terbaik Antarabangsa bagi Komunikasi Hubungan Pelabur”

Peranan lembaga Pengarah yang Berkesan • Program FIDE : Modul 1 – Peranan Lembaga Pengarah dalam Persekitaran Kewangan, Perundangan,

Regulatori dan Perniagaan yang Berubah-ubah • Program FIDE : Modul 2 – Amalan dan Proses yang Menggalak/ Menghalang Pertimbangan yang Berkesan di

Mesyuarat Lembaga Pengarah • Program FIDE : Modul 3 – Peranan Lembaga Pengarah dalam Pengurusan Risiko Seluruh Perusahaan • Program FIDE : Modul 4 – Tanggungjawab Lembaga Pengarah terhadap Kawalan Dalaman, Pelaporan

Kewangan dan Pengurusan Modal • Program FIDE : Modul 5 – Membina Pasukan Lembaga Pengarah, Isu-isu Pampasan dan Peranan Lembaga

Pengarah dalam Strategi dan Hubungan dengan Pihak yang Berkepentingan • Program FIDE : Sesi bersama Encik Jim Rogers mengenai “Bagaimana Saya Melihat Dunia Pada Hari Ini” • Persidangan Peringkat Tinggi 2009 • Program FIDE : Taklimat oleh Professor James Sebenius mengenai “Perundingan 3D : Alat yang Strategik untuk

Lembaga Pengarah dan Eksekutif Kanan” • Persidangan Pengarah Prestasi Tinggi • FIDE “Sesi Dewan Bandaran bersama BNM” • Program FIDE : Kumpulan Fokus bagi Program Jawatankuasa Pencalonan/ Jawatankuasa Imbuhan

Perbankan • Program Latihan Dalaman : Pembangunan Semasa Perbankan dan Kewangan Islam • Persidangan Kemuncak Perbankan Malaysia ke-13: “Menempuh Krisis Kewangan Global – Pembaharuan dan

Kebangkitan Semula Perbankan” • Dialog bersama Dato’ Razif, Timbalan Gabenor, BNM mengenai “Perbankan Islam – Jalan Ke Hadapan” • Seminar mengenai Kelas Induk untuk Lembaga Pengarah Bank Islam • Seminar Aliran dan Bentuk Pencegahan Pengubahan Wang Haram & Pembanterasan Pembiayaan Keganasan

(AML/ CFT)

Perakaunan & ekonomi • Taklimat mengenai Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2008/ Laporan Kestabilan Kewangan & Sistem

Pembayaran 2008 • Bengkel Kesedaran Peningkatan Kewangan • Tun Ismail Ali Mempengerusi : Syarahan Awam mengenai Perbandingan Krisis Kewangan : Jepun dan Asia

pada tahun 1997 – 1998 berbanding Amerika Syarikat pada tahun 2008 – 2009 • Syarahan Awam Bank Negara Malaysia mengenai Penerusan Legasi dalam Ekonomi Monetari dan Kewangan • Forum mengenai Instrumen Kewangan FRS 139 : Pengiktirafan & Pengukuran yang bertajuk “Cabaran-cabaran

dalam Melaksanakan FRS 139” • Seminar FRS oleh KPMG – FRS 4 mengenai Kontrak Insurans; FRS 7 mengenai Pendedahan Instrumen

Kewangan; FRS 139 mengenai Pengiktirafan dan pengukuran & Perbincangan mengenai model baru penyata kewangan – Model Insurance Berhad

insurans • Perkhidmatan kepada Industri Insurans Antarabangsa • Dialog Para Pengurus Tuntutan Insurans Tahunan MRC & Program Pengawasan Tuntutan 2008 • Mesyuarat Bersama PIAM/ GIAS/ GIAB

Persidangan, seminar dan program latihan yang dihadiri oleh Para Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009 adalah seperti berikut:

PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT (samb’)

Page 8: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 71

JAWATANKUASA LEMBAGA PENGARAH Lembaga Pengarah telah menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah yang komposisi dan bidang rujukannya adalah menurut amalan terbaik yang ditetapkan oleh MCCG dan Rangka Kerja Berhemah Tadbir Urus Korporat bagi Penanggung Insurans BNM.

Fungsi dan bidang rujukan Jawatankuasa Lembaga Pengarah serta kuasa yang diberi oleh Lembaga Pengarah kepada Jawatankuasa-jawatankuasa ini, ditakrifkan dengan jelas oleh Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Lembaga Pengarah adalah seperti berikut:

• Jawatankuasa Audit

• Jawatankuasa Pencalonan

• Jawatankuasa Imbuhan

• Jawatankuasa Pelaburan

• Jawatankuasa Pengurusan Risiko

• Jawatankuasa Beli Balik Saham

• Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Kakitangan

Komposisi Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan kehadiran Ahli-ahli pada mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengarah ditunjukkan seperti berikut:

Jawatankuasa audit

Kehadiran di Mesyuarat

Tan Sri Dato’ Thong yaw hong – Pengerusi (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

9/9

Dato’ haji Abdul Aziz bin Omar – Pengerusi Bersama (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

9/9

Dato’ yeoh chin Kee (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

9/9

Quah Poh Keat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

9/9

Jawatankuasa Pencalonan

Kehadiran di Mesyuarat

Tan Sri Dato’ Thong yaw hong – Pengerusi (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

4/4

Dato’ haji Abdul Aziz bin Omar (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

4/4

Dato’ yeoh chin Kee (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

4/4

Quah Poh Keat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) 4/4

Jawatankuasa imbuhan

Kehadiran di Mesyuarat

Tan Sri Dato’ Thong yaw hong – Pengerusi (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

1/1

Dato’ haji Abdul Aziz bin Omar (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

1/1

Dato’ yeoh chin Kee (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

1/1

Quah Poh Keat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

1/1

Jawatankuasa Pelaburan

Kehadiran di Mesyuarat

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh hong Piow – Pengerusi (Pengarah Bukan Eksekutif)

2/2

Tee choon yeow (Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif)

2/2

Kong Thian Mee(Setiausaha Syarikat)

2/2

Page 9: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200972

Bidang rujukan dan kekerapan mesyuarat bagi Jawatankuasa Lembaga Pengarah adalah seperti berikut:

i) Jawatankuasa audit

• Bidang rujukan Jawatankuasa Audit dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit.

Jawatankuasa Audit bermesyuarat tidak kurang daripada empat (4) kali setahun.

ii) Jawatankuasa Pencalonan

• Untuk mencadangkan calon-calon untuk pelantikan ke Lembaga Pengarah.

• Untuk melaksanakan penilaian tahunan ke atas sumbangan setiap Pengarah kepada Syarikat.

• Untuk mencadangkan penyingkiran Pengarah yang tidak efektif.

Jawatankuasa Pencalonan bermesyuarat jika perlu.

iii) Jawatankuasa imbuhan

• Untuk menilai semula dan mempertimbang kuantum yuran tahunan Para Pengarah.

Jawatankuasa Imbuhan bermesyuarat jika perlu.

iv) Jawatankuasa Pelaburan

• Untuk merumuskan polisi, strategi dan lain-lain perkara berkaitan dengan pelaburan dalam saham dan sekuriti hutang swasta.

• Untuk menilai semula pelaburan Syarikat di dalam saham dan sekuriti hutang swasta dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mempertingkatkan nilai, keberuntungan dan risikonya.

Jawatankuasa Pelaburan bermesyuarat jika perlu.

v) Jawatankuasa Pengurusan Risiko

• Untuk mengkaji semula dan mencadangkan strategi pengurusan risiko, polisi dan ketahanan risiko bagi kelulusan Lembaga Pengarah.

• Untuk mengkaji semula dan menilai kecukupan polisi dan rangka kerja pengurusan risiko bagi mengenal pasti, mengukur, memantau dan mengawal risiko serta setakat mana risiko tersebut beroperasi secara efektif.

• Untuk memastikan infrastruktur, sumber dan sistem yang mencukupi wujud bagi pengurusan risiko yang efektif iaitu memastikan kakitangan yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pengurusan risiko menjalankan tugas mereka bebas dari semua aktiviti pengambilan risiko Kumpulan.

Jawatankuasa Pengurusan Risiko

Kehadiran di Mesyuarat

Tan Sri Dato’ Thong yaw hong – Pengerusi (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

3/3

Tee choon yeow (Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif)

3/3

Dato’ haji Abdul Aziz bin Omar (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

3/3

Dato’ yeoh chin Kee (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

3/3

Quah Poh Keat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

3/3

Jawatankuasa Beli Balik saham

Kehadiran di Mesyuarat

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh hong Piow – Pengerusi (Pengarah Bukan Eksekutif)

2/2

Tee choon yeow (Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif)

2/2

Kong Thian Mee (Setiausaha Syarikat)

2/2

Jawatankuasa skim opsyen saham Kakitangan

Kehadiran di Mesyuarat

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh hong Piow – Pengerusi (Pengarah Bukan Eksekutif)

N1

Tee choon yeow (Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif)

N1

Dato’ yeoh chin Kee(Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

N1

N1 – Tiada mesyuarat diadakan kerana tiada Skim Opsyen Saham Kakitangan pada tahun 2009.

PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT (samb’)

Page 10: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 73

• Untuk mengkaji semula laporan berkala pengurusan mengenai pendedahan risiko, komposisi portfolio risiko dan aktiviti pengurusan risiko.

• Untuk melaksanakan lain-lain fungsi berkaitan pengurusan risiko seperti yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Pengurusan Risiko bermesyuarat setiap setengah tahun.

vi) Jawatankuasa Beli Balik saham

• Untuk memastikan bahawa Beli Balik Saham mematuhi mandat yang diberikan kepada Jawatankuasa Beli Balik Saham oleh Lembaga Pengarah bagi menetapkan tarikh pembelian, amaun dan harga saham biasa LPI yang akan dibeli balik.

• Untuk memastikan bahawa saham biasa LPI yang dibeli balik ditahan sebagai Saham Perbendaharaan kecuali ditetapkan sebaliknya oleh Lembaga Pengarah.

• Untuk memastikan bahawa LPI tetap mampu bayar selepas setiap Beli Balik Saham menurut Seksyen 67A Akta Syarikat 1965, Bahagian IIIA Peraturan Syarikat 1966, dan Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities (“Pengisytiharan Mampu Bayar”).

• Untuk merangka pelan dan strategi bagi memastikan pembelian oleh LPI terhadap sahamnya dijalankan dengan cara yang paling efisien.

Jawatankuasa Beli Balik Saham bermesyuarat jika perlu.

vii) Jawatankuasa skim opsyen saham Kakitangan (“esos”)

• Untuk mentadbir ESOS menurut undang-undang kecil ESOS.

Jawatankuasa ESOS bermesyuarat jika perlu.

JAWATANKUASA PENGURUSAN

Lembaga Pengarah juga telah menubuhkan Pelbagai Jawatankuasa Pengurusan di mana fungsi dan kuasa dinyatakan dengan jelas dan ditubuhkan untuk membantu Lembaga Pengarah melaksanakan tugas mereka dalam Kumpulan.

Jawatankuasa Pengurusan adalah seperti berikut:• Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko• Jawatankuasa Kawalan Kredit• Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat

• Jawatankuasa Sistem dan Kaedah• Jawatankuasa Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan

(“BRCP”)• Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial Korporat (“TSK”)• Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Bidang rujukan dan kekerapan mesyuarat bagi Jawatankuasa Pengurusan adalah seperti berikut:

i) Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko

• Untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Risiko (“RMC”) dalam pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum untuk mencapai objektif perniagaan.

• Untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan RMC mengenai risiko yang kritikal (sedia ada dan berpotensi) yang berkaitan dengan kemungkinan pendedahan dan kesan kepada pelan tindakan perniagaan dan pengurusan untuk mengurus risiko ini secara berterusan.

• Untuk memantau pembangunan formal polisi pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum yang merangkumi kesemua perniagaan dan aktiviti dan memastikan pembangunan prosedur dan manual.

• Untuk menilai dan menaksir kecukupan kawalan untuk mengurus keseluruhan risiko operasi, kewangan dan umum yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan termasuk keselamatan fizikal/ premis.

• Untuk mengkaji semula laporan ke atas kes-kes penipuan ketara dan kekurangan di dalam proses pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum.

• Untuk memastikan terdapat pelaporan risiko yang mencukupi dan segera berhubung dengan pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum.

• Memantau, menilai dan memberi nasihat ke atas komposisi portfolio risiko kredit.

• Mengkaji semula laporan proses penilaian semula kredit, kualiti aset dan memastikan tindakan pembetulan diambil.

• Memastikan pematuhan terhadap keperluan-keperluan regulatori.

• Untuk seiring dengan pembangunan terkini, domestik dan antarabangsa di dalam industri insurans dan pasaran kewangan.

Page 11: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200974

• Untuk menilai kecukupan modal yang tersedia di dalam ekuiti insurans dan pemegang saham bagi menyokong Jumlah Modal Diperlukan seperti yang ditetapkan di dalam Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Syarikat Insurans yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

• Untuk membangunkan program dan polisi pengurusan risiko khidmat luar bagi kelulusan RMC.

• Untuk menilai kepentingan khidmat luar sedia ada dan yang dijangka, berdasarkan rangka kerja yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

• Melaksanakan polisi dan prosedur khidmat luar yang telah diluluskan.

• Penilaian semula berkala bagi polisi dan prosedur khidmat luar yang telah dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan berterusannya dalam mengurus risiko khidmat luar.

• Untuk menyampaikan maklumat berkaitan risiko khidmat luar penting kepada RMC tepat pada masanya.

• Untuk menyelia Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura.

• Untuk melaksanakan lain-lain tugas yang berkaitan dengan pengurusan risiko seperti yang telah dipersetujui oleh RMC dan Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko bermesyuarat setiap suku tahun.

ii) Jawatankuasa Kawalan Kredit

• Untuk memaksimumkan penukaran akaun belum diterima kepada aliran tunai dan meminimumkan hapus kira hutang lapuk seboleh mungkin.

• Untuk memastikan pungutan segera hutang tertunggak, mengenal pasti masalah (contohnya: kekurangan bayaran, pembatalan, perkara tidak dikenal pasti) diselesaikan tepat pada masanya.

Jawatankuasa Kawalan Kredit bermesyuarat sebulan sekali.

iii) Jawatankuasa Pemandu Teknologi maklumat (“iT”)

• Memastikan penubuhan pelan pengkomputeran yang efektif bagi Kumpulan selaras dengan Pelan Strategi Korporat menyeluruh dan objektif perniagaan.

• Kawalan menyeluruh ke atas pelaksanaan pelan dengan memantau dan menilai semula prestasi dan perkembangannya.

• Menetapkan belanjawan dalam mana objektif pengkomputeran perlu dicapai dan meluluskan sebarang perbelanjaan yang melebihi had yang telah ditetapkan.

• Untuk mewujudkan objektif, polisi dan strategi bagi pengkomputeran Kumpulan.

• Untuk membangunkan pelan strategik jangka panjang bagi pengkomputeran Kumpulan.

• Untuk mewujudkan Pelan IT tahunan yang terperinci.

• Untuk menetapkan standard bagi: - Pembelian Perkakasan/ Perisian; - Kitaran Hidup Pembangunan Sistem dan Operasi

Penukaran Program; dan - Keselamatan Komputer.

• Untuk mempertimbangkan pembelian perisian, perkakasan dan semua barangan berkaitan dengan pengkomputeran.

• Untuk memantau dan mengkaji semula kemajuan projek yang sedang dijalankan dan pemantauan prestasi akan disesuaikan dengan pelan strategik, pelan tindakan dan belanjawan.

• Untuk mengkaji semula dan meluluskan cadangan-cadangan Projek IT baru.

Jawatankuasa Pemandu IT mengadakan sekurang-kurangnya enam (6) mesyuarat setahun.

iv) Jawatankuasa sistem dan Kaedah

• Menyediakan perkhidmatan insurans dalam talian dan saluran komunikasi altenatif kepada para ejen, pemegang polisi dan bakal pelanggan di dalam persekitaran yang terjamin dan mesra pengguna.

• Menyemak semula dan menyediakan cadangan untuk menggariskan aliran kerja dan meningkatkan kecekapan serta menambahkan proses dan prosedur E-Kebolehan yang merangkumi peningkatan E-Sistem yang mengakibatkan pengurangan kos dan meningkatkan kecekapan.

Jawatankuasa Sistem dan Kaedah bermesyuarat setiap dua bulan sekali.

v) Jawatankuasa Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan (“BRCP”)

• Untuk menyediakan satu Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan bagi memastikan Kumpulan mengalami gangguan yang minimum ke atas sistem, proses atau operasinya jika berlaku sebarang bencana.

Jawatankuasa BRCP bermesyuarat jika perlu.

PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT (samb’)

Page 12: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 75

vi) Jawatankuasa Tanggungjawab sosial Korporat (“TsK”)

• Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti TSK sejajar dengan Visi TSK.

Jawatankuasa TSK bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

vii) Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (“osh”)

• Untuk mengkaji semula kaedah-kaedah yang diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan individu di tempat kerja.

• Untuk menyiasat sebarang perkara di tempat kerja: - Di mana ahli Jawatankuasa OSH atau individu yang

diambil bekerja menganggap sebagai tidak selamat atau merupakan risiko terhadap kesihatan; dan

- Di mana ia telah dibawa ke perhatian pihak majikan.

• Cuba menyelesaikan sebarang perkara yang dirujuk untuk siasatan di atas, dan jika gagal berbuat demikian, memohon pihak pengurusan untuk menjalankan satu pemeriksaan di tempat kerja bagi tujuan tersebut.

Jawatankuasa OSH bermesyuarat setiap suku tahun.

KEBERTANGGUNGJAWABAN DAN AUDIT

Pelaporan Kewangan

Para Pengarah mengakui tanggungjawab untuk memastikan bahawa rekod-rekod perakaunan disimpan secara berpatutan dan penyata kewangan disediakan menurut keperluan piawaian perakaunan yang diterima pakai dan diluluskan di Malaysia dan peruntukan Akta Syarikat, 1965, Akta dan Peraturan-peraturan Insurans 1996 dan arahan-arahan dari Bank Negara Malaysia.

Pengumuman awal laporan tahunan dan pengumuman awal mengenai keputusan suku tahunan ke Bursa Securities mencerminkan komitmen Lembaga Pengarah untuk memberi penilaian-penilaian yang tepat pada masa, telus dan terkini mengenai prestasi dan prospek Kumpulan.

Lembaga Pengarah dibantu oleh Jawatankuasa Audit bagi memantau proses pelaporan kewangan dan kualiti pelaporan kewangan Kumpulan LPI. Jawatankuasa Audit mengkaji semula dan memantau integriti penyata kewangan tahunan dan suku tahunan Kumpulan. Jawatankuasa Audit juga membantu Lembaga Pengarah dalam mengkaji semula kesesuaian polisi perakaunan yang diguna pakai oleh Kumpulan dan perubahan ke atas polisi-polisi ini.

Penyata Tanggungjawab Para Pengarah berhubung dengan penyediaan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit bagi LPI dan Kumpulan LPI dinyatakan di muka surat 165.

urusniaga Pihak Berkaitan

Jabatan Audit Dalaman mengkaji semula sifat urusniaga pihak berkaitan di dalam Kumpulan untuk mengenal pasti sebarang situasi percanggahan kepentingan yang boleh menimbulkan persoalan tentang integriti pengurusan. Keputusan penyemakan semula tahunan dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Audit dan selepas itu melaporkan kepada Lembaga Pengarah. Butir-butir mengenai urusniaga pihak berkaitan dinyatakan di dalam Nota Kepada Penyata Kewangan pada muka surat 221 hingga 223 dalam Laporan Tahunan ini. Kawalan Dalaman

Lembaga Pengarah memikul tanggungjawab keseluruhan untuk mengekalkan sistem kawalan dalaman yang menyediakan jaminan yang munasabah untuk operasi yang berkesan dan cekap, pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan serta pematuhan terhadap prosedur-prosedur dan garis panduan dalaman.

Kumpulan telah mewujudkan kawalan dalaman, yang merangkumi semua peringkat personel, dan proses perniagaan yang memastikan operasi Kumpulan berkesan dan cekap serta mengawasi aset dan kepentingan para pemegang saham Kumpulan.

Saiz dan kerumitan operasi perniagaan melibatkan penerimaan dan pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum. Keadaan risiko-risiko ini mungkin menimbulkan kerugian yang tidak dijangka atau tidak dapat dielakkan. Sistem kawalan dalaman Kumpulan LPI dibentuk bagi menyediakan jaminan yang munasabah dan bukan jaminan mutlak bagi risiko kesilapan, penipuan dan kerugian besar yang berlaku.

Di sepanjang tahun, Jawatankuasa Pengurusan Risiko memastikan bahawa kebertanggungjawaban bagi menguruskan risiko-risiko ketara yang dikenal pasti telah diberikan dengan jelas dan risiko-risiko yang dikenal pasti ini diawasi secara berterusan.

Keberkesanan sistem kawalan dalaman Kumpulan dinilai semula secara berkala oleh Jawatankuasa Audit. Kajian semula tersebut merangkumi operasi kewangan dan kawalan pematuhan serta fungsi pengurusan risiko.

Page 13: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200976

Jabatan Audit Dalaman memantau pematuhan terhadap polisi dan standard serta keberkesanan sistem kawalan dalaman seluruh Kumpulan LPI.

Penyata Kawalan Dalaman yang dinyatakan pada muka surat 97 hingga 100 di dalam Laporan Tahunan ini memberi gambaran menyeluruh mengenai kedudukan kawalan dalaman di dalam Kumpulan.

Jawatankuasa audit

Pelaporan kewangan dan sistem kawalan dalaman Kumpulan dipantau oleh Jawatankuasa Audit, yang terdiri daripada kesemua empat (4) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Komposisi, bidang rujukan dan ringkasan aktiviti Jawatankuasa Audit di sepanjang tahun kewangan dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit pada muka surat 101 hingga 104 di dalam Laporan Tahunan ini. Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Audit ditadbir oleh satu piagam yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Audit bermesyuarat setiap suku tahun. Mesyuarat-mesyuarat tambahan diadakan jika difikirkan perlu. Di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009, sejumlah sembilan (9) mesyuarat Jawatankuasa Audit telah diadakan.

Mesyuarat Jawatankuasa Audit sentiasa diadakan sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah. Ini adalah untuk memastikan semua isu-isu kritikal yang ditekankan dapat dibawa ke perhatian Lembaga Pengarah tepat pada masanya. Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Audit dibentangkan kepada Lembaga Pengarah bagi makluman dan tindakan oleh Lembaga Pengarah jika perlu.

Ketua-ketua Jabatan di Ibu Pejabat dijemput untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Audit bila dianggap perlu oleh Jawatankuasa Audit bagi tujuan memberi taklimat kepada Jawatankuasa Audit berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan bidang tanggungjawab mereka.

Dasar Dedah Penyelewengan

Lembaga Pengarah komited untuk mengekalkan standard etika dan kelakuan undang-undang yang tinggi di dalam Kumpulan. Selaras dengan komitment ini dan dalam usaha untuk meningkatkan tadbir urus yang baik dan ketelusan Dasar Dedah Penyelewengan telah diguna pakai dengan matlamat untuk menyediakan saluran bagi melaporkan hal yang berkaitan dengan kejanggalan berkemungkinan tentang hal-hal pelaporan kewangan, pematuhan dan penyelewengan lain seawal mungkin, dengan cara yang sesuai dan tanpa rasa takut akan ditindas.

Dasar ini menekankan bidang berikut:• Penyata dasar• Penyata liputan• Skop dasar • Perlindungan• Prosedur pendedahan

Dasar ini memberikan ketelusan dan pendekatan sulit untuk kakitangan membangkitkan isu termasuklah:

• Penyelewengan kewangan atau kejanggalan atau penipuan;

• Kegagalan mematuhi kehendak undang-undang dan regulatori;

• Keadaan yang membahayakan kesihatan individu dan keselamatan persekitaran;

• Kesalahan jenayah;• Ketidakadilan;• Kelakuan yang tidak senonoh dan perangai yang tidak

beretika; dan• Penyembunyian tentang hal-hal atau kombinasi hal-hal

di atas. Kesulitan dan kerahsiaan ditawarkan kepada kakitangan yang mendedahkan niat mereka dengan tujuan yang baik, telah mengikuti prosedur pendedahan yang bersesuaian. Memandangkan berkemungkinan terdapat tuduhan yang melampau, dasar ini menyediakan panduan yang jelas untuk diikuti oleh kakitangan dalam menyuarakan masalah mereka. Ini bagi memastikan isu-isu tersebut dapat ditujukan kepada orang yang berkenaan dan tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Dasar ini juga menyediakan butiran hubungan Pengerusi Jawatankuasa Audit yang merupakan Pengarah Bebas Kanan dan Setiausaha Syarikat Kumpulan, jika kakitangan di dalam keraguan terhadap kebebasan Pengurusan dan keobjektifan mengenai perkara yang dibangkitkan.

Setiap pertuduhan akan ditangani dengan adil dan saksama. Tindakan akan diambil berdasarkan tuduhan dan mungkin akan diselesaikan mengikut tindakan yang dipersetujui. Pengerusi Jawatankuasa Audit atau Setiausaha Syarikat Kumpulan boleh menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat merangkumi Pengurus Kanan yang bebas dari tuduhan, jika dianggap perlu.

Kewujudan Dasar Dedah Penyelewengan ini di dalam Kumpulan merupakan petanda jelas kepada masyarakat umum, pihak-pihak yang berkepentingan dan regulatori mengenai sifat “nada ke atas” Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan terhadap penipuan dan tindakan yang menyalahi undang-undang.

PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT (samb’)

Page 14: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 77

hubungan dengan Juruaudit luar

Jawatankuasa Audit bermesyuarat dengan juruaudit luar Kumpulan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk menilai semula skop dan kecukupan proses-proses audit, penyata kewangan tahunan dan penemuan audit mereka. Jawatankuasa Audit juga bermesyuarat dengan juruaudit luar apabila difikirkan perlu.

Perkhidmatan yang disediakan oleh juruaudit luar termasuk perkhidmatan audit berkanun dan bukan audit. Syarat-syarat pelantikan bagi perkhidmatan yang disediakan oleh juruaudit luar dikaji semula oleh Jawatankuasa Audit dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Audit juga mengkaji semula yuran yang dicadangkan untuk perkhidmatan bukan audit dan kemudiannya mencadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk diluluskan. Di dalam kajian semula mereka, Jawatankuasa Audit mengambil kira kebebasan dan keobjektifan juruaudit luar bagi memastikan bahawa semua ini tidak akan terkompromi.

Butiran mengenai yuran audit perlu dibayar dan yuran bukan audit telah dibayar kepada juruaudit luar dinyatakan di bawah:

* Yuran perkhidmatan bukan audit yang telah dibayar/ perlu dibayar kepada juruaudit luar adalah untuk nasihat mengenai hal percukaian dan untuk penyediaan, kajian semula dan pengemukaan penyata cukai. Peruntukan perkhidmatan ini oleh juruaudit luar kepada Kumpulan LPI adalah berkesan dan cekap dari segi kos kerana pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap operasi Kumpulan, dan tidak menjejaskan kebebasan dan keobjektifan mereka.

audit Dalaman

Kumpulan telah menubuhkan Jabatan Audit Dalaman, yang membantu Jawatankuasa Audit dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Peranannya adalah untuk memberi laporan yang bebas dan objektif mengenai pengurusan, rekod, polisi perakaunan dan kawalan organisasi kepada Lembaga Pengarah. Audit-audit dalaman merangkumi penilaian ke atas proses-proses di mana risiko-risiko penting dikenal pasti, dinilai dan diuruskan. Audit-audit tersebut juga memastikan kawalan yang dilaksanakan adalah bersesuaian, diguna pakai dengan berkesan dan mencapai pendedahan risiko berpatutan yang konsisten dengan polisi pengurusan risiko Kumpulan.

Fungsi audit dalaman dilaksanakan dengan cara yang konsisten dan mengikuti Amalan Profesional Pengauditan Dalaman yang Standard dan Kod Etika oleh Institut Juruaudit Dalaman Malaysia.

Ketua Audit Dalaman melapor terus kepada Jawatankuasa Audit dan penemuan serta cadangannya disampaikan kepada Lembaga Pengarah.

Penyata Fungsi Audit Dalaman dinyatakan pada muka surat 107 dalam Laporan Tahunan ini.

KOMUNIKASI BERKESAN DENGAN PARA PEMEGANG SAHAMKetelusan dan kebertanggungjawaban terhadap para pemegang saham merupakan elemen utama kepada tadbir urus korporat yang baik. Objektif asas ketelusan dan kebertanggungjawaban adalah komunikasi yang jelas, maklumat yang komprehensif dan berkaitan, tepat pada masanya serta dapat diakses oleh para pemegang sahamnya. Dalam memenuhi obligasi tadbir urus, Kumpulan LPI mengekalkan pendedahan pada tahap yang tinggi dan komunikasi meluas dengan para pemegang saham dengan memberikan maklumat yang jelas, komprehensif dan tepat pada masanya melalui pelbagai saluran yang boleh diakses. Penyediaan maklumat yang tepat pada masanya adalah penting untuk para pemegang saham dan pelabur untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat pelaburan terutamanya pada masa pergolakan kewangan dan keadaan tidak menentu di pasaran.

Rm’000 Jumlah Kumpulan

Yuran telah dibayar/ perlu dibayar kepada KPmg dan syarikat sekutunya

• Audit 487

• Perkhidmatan Berkaitan Audit - Mengkaji semula Penyata Kawalan Dalaman - Lain-lain

620

• Perkhidmatan Bukan Audit* 51

Jumlah 564

Page 15: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200978

Laporan Tahunan LPI kekal sebagai saluran komunikasi utama dengan para pemegang saham Kumpulan. Isi kandungan laporan tahunan memenuhi Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities dan keperluan regulatori laporan tahunan yang lain. Isi kandungan maklumat yang mendalam dan syarat-syarat pendedahan yang mengawal syarikat tersenarai awam dalam mengumumkan keputusan suku tahunan kepada Bursa Securities telah meningkatkan ketelusan Kumpulan LPI secara amnya.

Kumpulan juga menyediakan satu ringkasan eksekutif mengenai laporan tahunannya, yang menekankan maklumat kewangan dan korporat utama serta analisis lembaran imbangan dan penyata pendapatan, bertujuan untuk menyediakan akses mudah kepada para pemegang saham dalam mendapatkan maklumat utama.

Satu saluran penting untuk komunikasi dan dialog dengan para pemegang saham adalah Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) Syarikat. Semua pemegang saham digalakkan menghadiri AGM Syarikat dan mengambil bahagian di dalam prosiding. Para pemegang saham diberikan peluang dan masa untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan berkaitan dengan perkara-perkara agenda mengenai prestasi Syarikat dan Kumpulan. Pengerusi/ Pengerusi Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan oleh para pemegang saham di mesyuarat agung dan mereka bersedia untuk menjelaskan setiap perkara atau pertanyaan dari para pemegang saham. Saranan-saranan para pemegang saham yang diterima di AGM akan dikaji semula dan dipertimbangkan untuk pelaksanaan, jika difikirkan wajar.

Di AGM, Pengerusi LPI memberikan kajian semula yang komprehensif terhadap prestasi kewangan Kumpulan LPI dan nilai yang ditambah untuk para pemegang saham. Kajian semula ini disokong oleh persembahan visual dan gambar rajah isi penting dan angka kewangan. Salinan cetakan kajian semula prestasi kewangan Kumpulan ini disediakan kepada para pemegang saham atas permintaan dan kepada pihak media. Kehadiran para pemegang saham ke AGM LPI selalunya menggalakkan, satu petunjuk jelas tentang penglibatan para pemegang saham yang meluas. Sejumlah 328 dan 376 pemegang saham (dan pemegang proksi) menghadiri AGM yang diadakan masing-masing pada tahun 2008 dan 2009.

LPI mengeluarkan pernyataan media mengenai pengumuman keputusan tahunan dan suku tahunan. Pernyataan media bukan hanya bertujuan untuk

mengagihkan keputusan kewangan Kumpulan LPI kepada para pemegang saham dan pelabur secara meluas tetapi juga untuk membolehkan para pemegang saham dan pelabur awam mendapat maklumat yang terkini mengenai kemajuan dan perkembangan Kumpulan. Di samping itu, Kumpulan juga menyediakan sidang akhbar kepada media mengenai semua perkembangan korporat dan inisiatif perniagaan yang penting.

Sebagai langkah mengekalkan ketelusan pada tahap yang tinggi dan untuk menggalakkan pengagihan pendedahan korporat dan kewangan yang lebih luas, semua maklumat yang didedahkan kepada masyarakat umum, seperti Laporan Tahunan LPI, pengumuman keputusan kewangan suku tahunan Kumpulan LPI dan maklumat korporat yang lain boleh didapati di laman web Kumpulan, www.lonpac.com.

Pengagihan maklumat yang cepat dan tepat pada masanya adalah penting bagi para pemegang saham dan pelabur untuk membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat. Maklumat yang sudah ketinggalan zaman walaupun tepat dan komprehensif, kurang berguna untuk tujuan pelaburan. Mengambil kira pandangan ini, Kumpulan LPI meletakkan keutamaan yang tinggi dalam mengagihkan dan memberikan maklumat seawal yang mungkin. Pengeluaran maklumat kewangan berkala seperti Laporan Tahunan dan keputusan kewangan suku tahunan LPI secara amnya merupakan yang terawal di antara syarikat yang tersenarai dan sentiasa lebih awal dari tarikh yang ditetapkan oleh Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities, seperti dinyatakan berikut:

PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT (samb’)

Page 16: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 79

Pengeluaran laporan Tahunan

Tarikh Keluaran Bilangan hari selepas Tahun Berakhir

Tarikh akhir Yang Ditetapkan oleh Bursa securities

Laporan Tahunan 2005 18 Januari 2006 18 30 Jun 2006

Laporan Tahunan 2006 10 Januari 2007 10 30 Jun 2007

Laporan Tahunan 2007 23 Januari 2008 23 30 Jun 2008

Laporan Tahunan 2008 21 Januari 2009 21 30 Jun 2009

Laporan Tahunan 2009 20 Januari 2010 20 30 Jun 2010

Pengeluaran Keputusan suku Tahunan bagi Tahun 2009

Tarikh Keluaran Bilangan hari selepas suku Berakhir

Tarikh akhir Yang Ditetapkan oleh Bursa securities

Suku Pertama 8 April 2009 8 31 Mei 2009

Suku Kedua 6 Julai 2009 6 31 Ogos 2009

Suku Ketiga 8 Oktober 2009 8 30 November 2009

Suku Keempat 7 Januari 2010 7 28 Februari 2010

Kumpulan secara konsisten telah berjaya mengeluarkan laporan tahunan dan keputusan kewangan suku tahunannya lebih awal walaupun terdapat keperluan regulatori, yang perlu dipatuhi, termasuk tahap pendedahan maklumat kewangan ketara yang lebih tinggi. Ketersediaan maklumat yang segera dan tepat pada masanya dengan jelas meningkatkan nilai maklumat tersebut kepada para pemegang saham dan pelabur serta mencerminkan ketelusan berstandard tinggi di dalam Kumpulan.

HUBUNGAN PELABURAktiviti hubungan pelabur Kumpulan LPI bertindak sebagai satu saluran komunikasi penting dengan para pemegang saham, pelabur dan komuniti pelaburan di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Fungsi hubungan pelabur Kumpulan dilaksanakan oleh kakitangan Pihak Pengurusan yang terdiri daripada mereka yang paling kanan bagi menunjukkan komitment Kumpulan untuk mengekalkan hubungan pelabur yang kuat dan juga menyediakan pandangan dan maklumat yang bersesuaian dan substantif mengenai Kumpulan kepada pelabur dan penganalisis penyelidikan ekuiti.

aktiviti-aktiviti hubungan Pelabur pada Tahun 2009

Jumlah

Mesyuarat dengan penganalisis / pengurus dana 16

Perjumpaan dengan media/ persidangan media 11

Taklimat oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti 1

Page 17: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200980

Aktiviti Hubungan Pelabur seperti mesyuarat-mesyuarat dengan pengurus dana dan penganalisis serta wawancara dengan pihak akhbar dihadiri oleh Para Pengarah berikut bagi menjelaskan strategi, prestasi dan pembangunan utama Kumpulan:-

Usaha dan sumber-sumber yang disalurkan kepada fungsi hubungan pelabur menunjukkan komitmen Kumpulan LPI untuk mencapai komunikasi berstandard tinggi, dan tahap ketelusan tinggi kepada para pemegang saham dan komuniti pelaburan. Maklumat mengenai hubungan pelabur Kumpulan dan hubungan utama juga boleh diperolehi oleh Para Pemegang Saham dan pihak-pihak yang berkepentingan dari laman web kami di www.lonpac.com.

Penyata Tanggungjawab Para Pengarah ini dibuat selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh pada 7 Januari 2010.

Tan sri Dato’ sri Dr. Teh hong PiowPengerusi

hubungan utama bagi Perkara hubungan Pelabur

Tee Choon YeowPengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif

Butir HubunganNombor telefon: (03) 2262 8688Emel: [email protected]

Encik Tee telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 29 Oktober 1991. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif LPI.

Encik Tee memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari University of Canterbury, New Zealand. Beliau merupakan seorang Akauntan Berkanun di Institute of Chartered Accountant, New Zealand dan Institut Akauntan Malaysia serta Fellow di Certified Practising Accountants of Australia.

Beliau juga merupakan Penasihat bagi Lonpac Insurance Bhd, sebuah syarikat subsidiari milik penuh LPI.

Tan Kok guanPengarah Bukan Eksekutif

Butir HubunganNombor telefon: (03) 2262 8633Emel: [email protected]

Encik Tan telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 29 Oktober 1996. Beliau merupakan Pengarah Bukan Eksekutif LPI.

Encik Tan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari University of London, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Hawaii. Beliau juga adalah seorang Penanggung Insurans Berkanun dan Ahli Bersekutu bagi Chartered Insurance Institute di London dan Ahli Bersekutu bagi Institut Insurans Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac Insurance Bhd, sebuah syarikat subsidiari milik penuh LPI.

PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT (samb’)

Page 18: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 81

PeNGURUSAN RISIKO

TINJAUAN KESELURUHAN

Kepentingan pengurusan risiko telah meningkat dengan kukuh dari tahun ke tahun. Dalam industri perkhidmatan kewangan, pengurusan risiko telah menjadi salah satu faktor kritikal dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi terutamanya ketika industri berkait rapat dengan keadaan yang tidak menentu. Pengurusan risiko merupakan satu tatatertib yang direka bentuk untuk mengenal pasti peristiwa yang berpotensi yang boleh memberi kesan kepada sesebuah organisasi bagi melindungi dan meminimumkan risiko. Pengurusan risiko yang efektif memastikan kesinambungan operasi sesebuah organisasi.

Pengurusan risiko secara asasnya bukan sekadar bersedia untuk sesuatu yang buruk tetapi ia adalah berkenaan memperolehi potensi penuh. Dengan kefahaman yang jelas tentang risiko yang kami hadapi, kami boleh memaksimumkan prestasi kami dan mara ke hadapan dengan kelebihan bersaing kami. Pengurusan risiko juga perlu disesuaikan bagi mencapai objektif organisasi melalui keputusan strategik yang bergerak melalui tahap matlamat yang tinggi, keberkesanan penggunaan sumber, kebolehpercayaan laporan, dan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang diterima pakai.

Sebagai industri perkhidmatan kewangan, Kumpulan LPI Capital Bhd (“LPI”) secara terutamanya berada di dalam perniagaan berisiko dan beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang kerap berubah dengan risiko yang pelbagai. Lembaga Pengarah mengakui akan kepentingan pengurusan risiko yang berkesan bagi mencapai perkembangan keberuntungan yang boleh dikekalkan, kualiti aset yang kukuh dan terus memanfaatkan nilai pemegang saham.

Lembaga Pengarah, dengan bantuan pihak pengurusan, telah melaksanakan proses-proses pengurusan risiko di dalam Kumpulan yang menetapkan strategi perniagaan keseluruhan dan falsafah pengurusan risiko am. Bahagian utama risiko yang terdedah kepada aktiviti Kumpulan adalah risiko operasi, risiko kewangan dan risiko am. Semua risiko yang dikenal pasti dikendalikan dengan menyeluruh dan diuruskan dengan langkah-langkah kawalan dan pemantauan yang diwujudkan serta disokong oleh budaya pengurusan risiko yang berhemah.

Pengurusan risiko yang berkesan memastikan bahawa kefahaman risiko yang baik disokong oleh keinginan, kapasiti dan kawalan yang betul. Kawalan dipantau secara konstan dan dikaji semula sejajar dengan hala tuju dan strategi risiko Kumpulan, dengan mengambil kira perubahan dalam keadaan pasaran perniagaan, produk dan amalan terbaik pengurusan risiko. Usaha yang berterusan dilaksanakan bagi menerapkan budaya risiko yang tiada tolok bandingnya di semua peringkat kakitangan menerusi komunikasi berkesan, latihan, dasar yang jelas, prosedur dan struktur organisasi, serta peranan dan tanggungjawab yang ditentukan dengan jelas. Komitmen dalam menguruskan risiko dalam rangka kerja pengurusan risiko yang ketat telah membentuk asas yang kukuh bagi menyediakan pengurusan risiko yang berkesan di dalam Kumpulan.

Page 19: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200982

RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO KESELURUHAN

Infrastruktur pengurusan risiko Kumpulan LPI menyediakan kebertanggungjawaban dan tanggungjawab yang jelas bagi proses pengurusan risiko yang menggariskan tanggungjawab pengurusan dan kawalan risiko yang utama:

Penyediaan Manual Pengurusan Risiko

yang menggariskan hala tuju & dasar risiko

lembaga Pengarah

Jawatankuasa Pengurusan Risiko

unit-unit Risiko Perniagaan • Jabatan Pembangunan Perniagaan • Jabatan Penajaan Jamin • Jabatan Tuntutan • Jabatan Teknologi Maklumat• Jabatan Akaun & Kewangan • Jabatan Sumber Manusia • Jabatan Pematuhan

Pelaksanaan dan pematuhan

kepada dasar risiko

Jawatankuasa-jawatankuasa Khas • Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko • Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko

– Cawangan Singapura

unit Pengurusan dan Kawalan Risiko Bebas • Jabatan Audit Dalaman

Tinjauan keseluruhan pelaksanaan dasar

risiko dan pematuhan

Jawatankuasa audit

PeNGURUSANRISIKO (samb’)

Page 20: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 83

Rangka kerja pengurusan risiko bagi Kumpulan LPI telah dibentuk dengan penekanan kepada operasi insurans sebagai perniagaan teras Kumpulan oleh syarikat subsidiarinya, iaitu Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”).

Lembaga Pengarah sedia maklum akan tanggungjawab utama mereka terhadap pengurusan risiko di dalam Kumpulan. Sebuah Jawatankuasa Pengurusan Risiko (“RMC”) telah ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah dengan tanggungjawab untuk memantau keseluruhan risiko yang termasuk inter-alia menilai semula dan meluluskan manual pengurusan risiko, menilai semula pendedahan dan komposisi portfolio risiko, dan memastikan bahawa infrastruktur, sumber dan sistem disediakan untuk aktiviti-aktiviti pengurusan risiko. RMC disokong oleh Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko (“WRMC”) Lonpac.

WRMC, yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan RMC mengenai risiko-risiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) mengenai pendedahan yang berkemungkinan dan kesannya ke atas perniagaan Kumpulan dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk mengurus risiko-risiko ini secara berterusan. Sebuah Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura (“WRMCS”) juga telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan WRMC mengenai risiko-risiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) mengenai pendedahan yang berkemungkinan dan kesannya ke atas perniagaan Cawangan Singapura Lonpac dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk mengurus risiko-risiko ini secara berterusan. WRMCS melapor kepada WRMC di Ibu Pejabat.

Pengurusan risiko dan fungsi kawalan bebas di bawah Jabatan Audit Dalaman memberi sokongan yang amat penting kepada jawatankuasa khas, WRMC dan WRMCS serta bertanggungjawab memastikan dasar-dasar risiko dilaksanakan dan dipatuhi.

Unit-unit Risiko Perniagaan bertanggungjawab untuk mengenal pasti, mengurangkan dan menguruskan risiko dalam bidang perniagaan mereka dan memastikan bahawa aktiviti perniagaan harian dijalankan berdasarkan dasar-dasar, prosedur dan had risiko yang telah ditetapkan.

Peranan Jawatankuasa Audit yang disokong oleh Jabatan Audit Dalaman, adalah untuk memberi penilaian bebas mengenai kecukupan dan kebolehpercayaan proses-proses pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman serta pematuhan ke atas polisi-polisi risiko, undang-undang dan garis panduan dalaman dan regulatori.

Dasar-dasar pengurusan risiko tertakluk kepada semakan semula secara kerap bagi memastikan dasar-dasar tersebut terus diterima pakai dan berkesan untuk menangani risiko-risiko berkaitan yang disebabkan oleh perubahan dalam pasaran dan persekitaran regulatori.

Page 21: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200984

PROSES PENGURUSAN RISIKO

Kumpulan telah membentuk satu pendekatan berstruktur di dalam rangka kerja pengurusan risikonya yang mengandungi lapan (8) fasa yang dikategorikan kepada empat (4) peringkat yang jelas seperti dinyatakan di bawah:

Proses-proses pengurusan risiko utama bagi setiap fasa adalah seperti berikut:

PERINGKAT A

Fasa 1 – Perancangan dan Kawalan

• Menubuhkan WRMC dan WRMCS yang terdiri daripada wakil dari pelbagai jabatan, iaitu Penajaan Jamin, Tuntutan, Pembangunan Perniagaan, Akaun & Kewangan, Teknologi Maklumat, Sumber Manusia, Pematuhan dan Audit Dalaman.

• Mentakrifkan Bidang Rujukan bagi WRMC dan WRMCS.

• Mentakrifkan tugas dan tanggungjawab bagi setiap ahli WRMC dan WRMCS.

• Risiko-risiko Kumpulan dikumpulkan kepada perspektif Operasi, Kewangan dan Am serta memberi fokus kepada usaha perancangan ke atas risiko berkaitan proses perniagaan teras yang kritikal.

Fasa 2 – mengenal Pasti Proses Perniagaan Teras dan sistem misi-Kritikal sokongan

• Mengenal pasti operasi penajaan jamin sebagai perniagaan teras Kumpulan manakala sistem misi-kritikal sokongan adalah operasi Tuntutan, Pembangunan Perniagaan, Akaun & Kewangan, Teknologi Maklumat dan Sumber Manusia.

PERINGKAT B

Fasa 3 – mengenal Pasti Risiko

• Menganalisis ancaman berkemungkinan (dalaman dan luaran) ke atas perniagaan Kumpulan akibat berlakunya risiko operasi, kewangan dan am.

Satu Pendekatan Rasmi

Perancangan dan Kawalan

FASA 1 Mengenal Pasti Proses Perniagaan Teras dan Sistem Misi - Kritikal Sokongan

FASA 2PeRingKaT a

Mengenal Pasti Risiko

FASA 3 Membuat Penilaian Risiko dan Kesan

FASA 4PeRingKaT B

Membentuk Langkah-langkah Kawalan dan Pengawasan

FASA 5 Mendokumen Manual Pengurusan Risiko

FASA 6PeRingKaT C

Membentuk dan Memulakan Program Latihan

FASA 7 Penyelenggaraan Manual Pengurusan Risiko

FASA 8PeRingKaT D

PeNGURUSANRISIKO (samb’)

Page 22: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 85

• Objektif mengkategorikan tahap kesan serta kemungkinan berlaku risiko adalah untuk mengutamakan perlindungan bagi komponen-komponen perniagaan teras Kumpulan yang berkemungkinan terjejas teruk oleh risiko yang dikenal pasti.

PERINGKAT C

Fasa 5 – membentuk langkah-langkah Kawalan dan Pengawasan

• Membentuk langkah-langkah kawalan dan pengawasan bagi setiap bidang risiko yang dikenal pasti bagi melawan kesan daripada risiko tersebut.

Fasa 6 – mendokumen manual Pengurusan Risiko

• Langkah-langkah kawalan dan pengawasan hasil daripada analisis dalam Fasa-fasa 3, 4 dan 5 diterjemahkan kepada kawalan dan prosedur-prosedur operasi standard ke dalam Manual Pengurusan Risiko.

PERINGKAT D

Fasa 7 – membentuk dan memulakan Program latihan

• Membentuk dan memulakan program latihan bagi merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Struktur Pengurusan Risiko dan Bidang Rujukan

ii. Tanggungjawab Tertentu bagi Pelbagai Kumpulan

iii. Penilaian Risiko dan Kesan

iv. Langkah-langkah Kawalan dan Pengawasan

Fasa 8 – Penyelenggaraan manual Pengurusan Risiko

• Mengkaji semula dan mengemas kini Manual Pengurusan Risiko bagi perubahan berterusan dalam profil risiko.

• Penilaian semula tahunan atas Manual Pengurusan Risiko akan diadakan bagi memastikan penyempurnaan profil risiko dan pengurusan risiko.

Fasa 4 – membuat Penilaian Risiko dan Kesan

• Menilai setiap risiko yang dikenal pasti di Fasa 3 untuk menentukan tahap kesan dan kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut di dalam kategori berikut:

• Pemetaan Risiko digunakan untuk menentukan cara terbaik untuk memfokuskan sumber-sumber bagi memaksimumkan pulangan dan meminimumkan risiko menerusi pengurusan risiko seperti yang digambarkan di bawah:

Tahap KesanTahap Kemungkinan

berlaku Risiko

Sangat bahaya Tinggi

bahaya Sederhana

Kurang bahaya Rendah

Keutamaan Tinggi = Fokus UtamaKeutamaan Sederhana = Fokus Sederhana Keutamaan Rendah = Fokus Minima

Keutamaan Sederhana

Keutamaan Tinggi

Keutamaan Tinggi

Keutamaan Rendah

Keutamaan Sederhana

Keutamaan Tinggi

Keutamaan Rendah

Keutamaan Rendah

Keutamaan Sederhana

Rendah Sederhana Tinggi

Kura

ng

Ba

ha

yaBa

ha

ya

Tah

ap

Ke

san

Kemungkinan Berlaku Risiko

San

ga

t Ba

ha

ya

Page 23: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200986

PeNGURUSANRISIKO (samb’)

Divisyen Sokongan • Penajaan Jamin• Insurans Semula • Tuntutan• Akaun & Kewangan• Sumber Manusia • Teknologi Maklumat • Perkhidmatan Pelanggan• Pematuhan

Risiko gangguan operasi yang disebabkan oleh kegagalan sistem dan kemudahan

• Risiko Pembangunan Perniagaan • Risiko Penajaan Jamin • Risiko Tuntutan• Risiko Teknologi Maklumat (“IT”) • Risiko Internet

Risiko Operasi

Risiko gangguan kewangan yang disebabkan oleh risiko kredit, risiko kecairan, risiko pelaburan dan juga ketidakstabilan dalam kadar faedah dan pertukaran mata wang asing serta ketidakcukupan modal

• Risiko Kredit • Risiko Kecairan• Risiko Pelaburan • Risiko Kadar Faedah• Risiko Pertukaran Matawang Asing • Risiko Nisbah Kecukupan Modal

Risiko Kewangan

Risiko berkaitan dengan risiko sumber manusia, operasi fizikal dan reputasi

• Risiko Personel• Risiko Operasi Fizikal• Risiko Reputasi

Risiko Am

Divisyen Pembangunan Perniagaan

• Agensi• Institusi Kewangan• Broker• NIPPONKOA• Cawangan-cawangan

bAhAGIAN RISIKOBahagian-bahagian utama risiko di mana aktiviti-aktiviti Kumpulan terdedah adalah seperti berikut:

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200986

Page 24: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 87

RISIKO OPERASI Risiko Pembangunan Perniagaan

Risiko Pembangunan Perniagaan adalah berkaitan dengan Risiko Sosial yang memberi kesan kepada imej dan reputasi Kumpulan akibat kurang perhatian, kurang pengetahuan tentang produk dan standard perkhidmatan personel yang kurang bermutu yang mengakibatkan masyarakat umum kurang kepercayaan dan keyakinan terhadap organisasi, dan Risiko Ekonomi yang dipengaruhi oleh kehilangan bahagian pasaran

disebabkan oleh persaingan, nyah-tarif insurans Kebakaran dan Motor akibat dari liberalisasi pasaran, perubahan dalam pasaran insurans semula yang disebabkan oleh penggabungan dan pengambilalihan, dan sokongan serta kemudahan insurans semula; dan Risiko Pematuhan yang mana urusniaga dan pengiklanan perniagaan dalam talian tidak memenuhi keperluan-keperluan pihak berkuasa regulatori.

PenguRusan RisiKo PemBangunan PeRniagaan

A. PENGENALPASTIAN RISIKO

Risiko-risiko dikenal pasti oleh kakitangan Pembangunan Perniagaan berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.

Sangat bahaya Kurang bahayabahaya

Tinggi RendahSederhana

B. PENILAIAN RISIKO & KESAN

Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

C. KAWALAN RISIKO

• Menyediakan latihan berulang mengenai produk dan latihan pemasaran/ perkhidmatan pelanggan kepada kakitangan dan ejen untuk meningkatkan pengetahuan tentang produk dan standard perkhidmatan kepada pelanggan

• Semakan semula portfolio perniagaan dan merancang dengan strategik kesediaan menghadapi liberalisasi industri insurans dengan membangunkan peluang produk dan perkhidmatan yang baru

• Berkomunikasi dengan ejen mengenai urusniaga atau pengiklanan dalam talian dengan terperinci mengenai keperluan kelulusan daripada pihak berkuasa regulatori

D. PENGAWASAN RISIKO

• Mesyuarat berulang untuk mengawasi dan menyemak semula aduan terhadap kakitangan, ejen dan broker

• Mesyuarat berulang untuk mengawasi perkembangan terbaru di dalam arena antarabangsa berkenaan liberalisasi dagangan dan perkhidmatan serta penggabungan dan pengambilalihan syarikat insurans semula utama

• Pembangunan Perniagaan melaksanakan pemeriksaan terhadap urusniaga dan pengiklanan dalam talian

Page 25: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200988

Risiko Penajaan Jamin

Risiko Penajaan Jamin adalah berkaitan dengan yang berikut:

• menerima atau memberi perlindungan ke atas risiko yang ditolak atau tidak diterima oleh triti atau tempoh insurans yang diundur tarikh dan melebihi penahanan organisasi

• berurusniaga dengan penginsurans semula yang mempunyai kedudukan kewangan yang lemah dan mempunyai reputasi yang tidak baik dalam penyelesaian tuntutan

• pembahagian dan kawalan buku nota perlindungan yang salah

• kontrak triti yang tidak dirangka dengan baik

• pemilihan dan pelantikan broker penginsurans semula yang salah

• penempatan penginsurans semula fakultatif yang salah

Risiko Penajaan Jamin juga merangkumi risiko pemprosesan, kehilangan fizikal atau risiko kerosakan, risiko moral, risiko sumber manusia, risiko pelanggaran garis panduan regulatori, risiko pembangunan produk baru dan risiko pengubahan wang haram serta pembiayaan pengganas.

Risiko pemprosesan timbul hasil daripada gangguan atau kegagalan sistem operasi IT yang disebabkan oleh kerosakan sistem, kekurangan atau ketiadaan sokongan sistem dan gangguan bekalan tenaga; kerosakan pada perisian dan perkakasan dengan niat jahat; kesilapan memfail yang mengakibatkan salah letak atau kehilangan dokumen; dan kesilapan memasukkan data yang menyebabkan dokumentasi tidak tepat, penduaan dokumen dan kemasukan berganda.

Risiko kehilangan fizikal atau risiko kerosakan adalah berkaitan dengan kerosakan pada dokumen, peralatan pejabat dan premis pejabat (termasuk pejabat-pejabat cawangan) akibat bencana seperti kebakaran, banjir, letupan, bangunan runtuh, halangan pada kemasukan, kerosakan dengan niat jahat, kecurian dan kerosakan impak.

Risiko moral timbul daripada penipuan yang mengakibatkan data palsu, tandatangan yang tidak sah dalam polisi dan nota perlindungan dan pelanggaran kerahsiaan yang mengakibatkan maklumat disampaikan kepada pesaing.

Risiko sumber manusia merujuk kepada pemberhentian, perletakan jawatan dan sakit berpanjangan di kalangan kakitangan penting, integriti kakitangan di dalam pendedahan maklumat sulit kepada pesaing dan tahap kecekapan kakitangan.

Risiko pelanggaran garis panduan regulatori adalah berkaitan dengan pelanggaran garis panduan yang dikeluarkan oleh badan-badan regulatori seperti Bank Negara Malaysia (“BNM”), Persatuan Insurans Am Malaysia (“PIAM”), Monetary Authority of Singapore (“MAS”) dan Persatuan Insurans Am Singapura (“GIAS”) yang mungkin mengakibatkan denda dikenakan ke atas organisasi.

Risiko pembangunan produk baru timbul daripada pengabaian atau ketidakcekapan kakitangan dan ketidakcukupan kajian pasaran ketika melancarkan produk-produk baru yang mungkin akan mengakibatkan peningkatan dalam nisbah tuntutan, yang memberi kesan ke atas reputasi Kumpulan dan mendedahkan kepada risiko ketidakpatuhan terhadap undang-undang berkaitan.

Risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas merujuk kepada keadaan di mana Kumpulan dijadikan sebagai platform oleh penjenayah dan pengganas bagi kegiatan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas mereka.

PeNGURUSANRISIKO (samb’)

Page 26: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 89

PenguRusan RisiKo PenaJaan Jamin

A. PENGENALPASTIAN RISIKO

Risiko-risiko dikenal pasti oleh Penaja Jamin berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.

Sangat bahaya Kurang bahayabahaya

Tinggi RendahSederhana

B. PENILAIAN RISIKO & KESAN

Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

C. KAWALAN RISIKO

• Polisi-polisi dikeluarkan mengikut Had Kuasa yang ditetapkan dan mematuhi Manual Penajaan Jamin

• Simpan-bantu harian dan mingguan untuk meminimumkan kehilangan data. Sistem-tetap dilaksanakan untuk mencegah langkauan manual

• Bangunan dilindungi oleh kamera CCTV dan pancuran air

• Kakitangan diberi hak kemasukan terhad bergantung kepada jenis kerja dan tahap perakuan kuasa mereka

• Kakitangan menjalani beberapa siri latihan manakala para ejen dipilih dengan teliti untuk mengekalkan tahap kecekapan

• Pekeliling/ Garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak regulatori dibawa ke perhatian kakitangan yang berkaitan dengan segera

• Menjalankan kajian pasaran yang komprehensif bagi produk baru yang dicadangkan

• Prosedur-prosedur untuk pengesahan, penyelenggaraan/ penyimpanan rekod dan melaporkan urusniaga yang mencurigakan telah ditetapkan di dalam Manual Pencegahan Pengubahan Wang Haram/ Pembanterasan Pembiayaan Keganasan (“AML/ CFT”)

D. PENGAWASAN RISIKO

• Audit Dalaman berulang dilaksanakan dan semakan secara rambang oleh Ketua Jabatan ke atas polisi-polisi yang dikeluarkan

• Prosedur-prosedur dilaksanakan mengikut Manual IT • Penyemakan semula tahunan ke atas Manual Pelan

Berterusan Perlanjutan Perniagaan (“BRCP”) oleh Jawatankuasa BRCP

• Kemasukan ke pejabat diawasi oleh CCTV dan Kad Akses

• Mesyuarat penajaan jamin berulang diadakan dengan maklum balas daripada Ketua Jabatan berkenaan tenaga manusia dan kualiti kakitangan

• Penyemakan semula berulang dilaksanakan oleh Pegawai Pematuhan untuk memantau isu-isu pematuhan

• Pelaporan suku tahunan mengenai inisiatif AML/ CFT kepada Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko

Page 27: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200990

Risiko Tuntutan Risiko Tuntutan merangkumi kelewatan menyelesaikan tuntutan; tuntutan palsu; kurang ketepatan dan ketidakcukupan peruntukan rizab tuntutan; kurang sokongan insurans semula; premium tidak sepadan dengan risiko; polisi tidak diperbaharui apabila

tuntutan timbul, peningkatan dalam tuntutan kecurian kenderaan, ketidakpatuhan terhadap Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko dan kesilapan pendedahan maklumat penting tuntutan.

PenguRusan RisiKo TunTuTan

A. PENGENALPASTIAN RISIKO

Risiko-risiko dikenal pasti oleh kakitangan Tuntutan berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.

Sangat bahaya Kurang bahayabahaya

Tinggi RendahSederhana

B. PENILAIAN RISIKO & KESAN

Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

C. KAWALAN RISIKO

• Prosedur yang ringkas disediakan dan latihan semasa bekerja diberikan

• Penyiasatan mendalam ke atas tuntutan yang mencurigakan

• Sistem IT memberi perlindungan terhadap ketidakcukupan peruntukan semasa pembayaran

• Berhubung dengan kakitangan berkaitan apabila terhadap ketidakcukupan

• Menggalakkan pemegang polisi motor memasang peranti anti-kecurian

• Mengutamakan ketepatan dan kecekapan dalam pengurusan tuntutan

• Mengadakan sekatan kemasukan ke atas kategori-kategori data yang tertentu

D. PENGAWASAN RISIKO

• Prosedur tuntutan dan prestasi kakitangan disemak semula dengan kerap

• Statistik mengenai pengalaman tuntutan disediakan • Rizab fail tertunggal disemak semula secara suku

tahunan • Perkembangan tuntutan di pasaran insurans di

tempatan dan antarabangsa disemak semula secara konstan

• Mengguna pakai polisi penajaan jamin yang ketat ke atas model kenderaan dengan kekerapan kecurian yang tinggi

• Semakan semula dan pengawasan yang kerap terhadap pengurusan tuntutan

• Melaksanakan kawalan kata laluan dan kemasukan

PeNGURUSANRISIKO (samb’)

Page 28: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 91

Risiko iT

Risiko IT merangkumi gangguan ke atas operasi Kumpulan, yang timbul daripada kerosakan sistem, atau ketiadaan sokongan dan keselamatan sistem, masalah undang-undang atau regulatori akibat dari ketidakpatuhan atau

pelanggaran undang-undang, dan keputusan perniagaan yang kurang baik atau pelaksanaan keputusan yang tidak sesuai yang menjejaskan perbelanjaan modal dan ketidakmampuan mencapai kehendak organisasi.

Sangat bahaya Kurang bahayabahaya

Tinggi RendahSederhana

PenguRusan RisiKo TeKnologi maKlumaT

A. PENGENALPASTIAN RISIKO

Risiko-risiko dikenal pasti oleh kakitangan IT berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.

B. PENILAIAN RISIKO & KESAN

Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

C. KAWALAN RISIKO

• Ujian ukur rujuk dilaksanakan bagi menentukan kebolehpercayaan dan prestasi menurut spesifikasi yang diberi

• Alat pengesanan pencegah virus dipasang untuk mengesan kehadiran sebarang virus komputer yang dikenali atau berpotensi dan menyingkirkan/ mengasingkan sebarang emel yang mengandungi virus

• Terdapat Polisi Keselamatan IT yang menyediakan kawalan seperti kawalan personel, keselamatan fizikal, kawalan operasi, keselamatan sistem dan kawalan sistem pembangunan

• Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan (“BRCP”)disediakan

• Terdapat Polisi Penggunaan Emel/ Internet yang menggariskan perkara yang dibenarkan apabila menggunakan sumber-sumber Syarikat

• Sebuah Jawatankuasa Pemandu IT (“ITSC”) telah ditubuhkan bagi memastikan penyediaan pelan pengkomputeran yang berkesan bagi Syarikat selaras dengan objektif korporat dan strategi perniagaan

D. PENGAWASAN RISIKO

• Pengawasan prestasi mesin pengeluaran secara suku tahunan

• Fail-fail log disemak bagi memastikan program pencegah virus dikemas kini setiap hari

• Aktiviti fail-fail log disemak bagi sebarang percanggahan dan Sistem Pengesanan Pencerobohan dipasang untuk memantau trafik rangkaian berdasarkan masa sebenar

• Kakitangan dilatih mengenai BRCP dan ujian dilaksanakan setiap tahun

• Perisian pengawasan inventori dipasang di dalam komputer untuk memeriksa sebarang perisian yang tidak dibenarkan

• Mesyuarat ITSC diadakan pada setiap dua (2) bulan di mana perkembangan projek-projek yang sedang dijalankan disemak semula dan dipantau, dan cadangan projek/ pembelian baru dibentangkan

Page 29: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200992

Risiko internet

Risiko Internet merangkumi aspek utama keselamatan seperti kerahsiaan data, integriti data, pengesahan pengguna, ketidakpenyangkalan urusniaga dan kawalan kemasukan.

PenguRusan RisiKo inTeRneT

A. PENGENALPASTIAN RISIKO

Risiko-risiko dikenal pasti oleh kakitangan IT berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.

B. PENILAIAN RISIKO & KESAN

Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

C. KAWALAN RISIKO

• Sistem perumah tidak boleh diakses secara langsung oleh orang luar atau pihak ketiga

• Satu tapak simpan-bantu penuh telah dibangunkan untuk mengurangkan risiko kegagalan keseluruhan sistem internet

• Sistem-sistem disemak semula untuk memastikan jangkaan pretasi tidak melebihi keupayaan sistem sedia ada

• Pembahagian sumber manusia dan kepakaran yang mencukupi telah dirancang untuk menjalankan dan menyokong sistem insurans berinternet

D. PENGAWASAN RISIKO

• Ujian dedah-lemah berkala diadakan • Pelan dan prosedur luar jangka diadakan untuk

memantau tahap toleransi yang boleh diterima • ITSC memantau hasil semakan semula sistem • Kecukupan kepakaran dalaman/ luaran disemak

semula untuk memastikan sokongan teknikal yang mencukupi ke atas sistem insurans berinternet

PeNGURUSANRISIKO (samb’)

Sangat bahaya Kurang bahayabahaya

Tinggi RendahSederhana

Page 30: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 93

PenguRusan RisiKo KeWangan

A. PENGENALPASTIAN RISIKO

Risiko-risiko dikenal pasti oleh kakitangan Jabatan Akaun & Kewangan berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.

B. PENILAIAN RISIKO & KESAN

Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

C. KAWALAN RISIKO

• Polisi dan Prosedur Kawalan Kredit diadakan dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kawalan Kredit

• Keputusan pelaburan diarah oleh Jawatankuasa Pelaburan selaras dengan matlamat perniagaan Kumpulan

• Penilaian Tanda mengikut Pasaran bagi pelaburan saham dilaporkan dengan kerap kepada Jawatankuasa Pelaburan

• Mencapai Nisbah Kecukupan Modal Dalaman lebih tinggi daripada sasaran penyeliaan sebanyak 130%

D. PENGAWASAN RISIKO

• Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Kredit diadakan pada setiap bulan

• Pelaburan diawasi dengan ketat oleh Jawatankuasa Pelaburan

• Perletakan lebihan dalam deposit tetap dan aliran tunai operasi diawasi oleh Jabatan Akaun & Kewangan dan diluluskan oleh CEO

• Nisbah Kecukupan Modal (“CAR”) diawasi oleh Jabatan Akaun & Kewangan dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan Lembaga Pengarah secara suku tahunan

RISIKO KEWANGAN Risiko Kredit

Risiko Kredit mewakili kerugian yang boleh dikenal pasti jika pihak-pihak berkaitan yang berurusniaga dengan insurans, insurans semula dan pelaburan gagal melaksana seperti yang dijanjikan.

Risiko Kecairan

Risiko Kecairan timbul daripada ketidakupayaan Kumpulan memenuhi obligasi kewangan apabila tiba masanya.

Risiko Pelaburan

Risiko Pelaburan timbul daripada turun naik di dalam harga pasaran ekuiti. Risiko kredit pelaburan merujuk kepada kebolehan pengeluar atau pihak berkaitan untuk membuat bayaran faedah, pokok dan perolehan daripada realisasi pelaburan tepat pada masanya. Risiko penumpuan pelaburan timbul daripada lebihan pelaburan dalam kelas-kelas aset tertentu atau dalam sekuriti yang dikeluarkan oleh satu pihak berkaitan.

Risiko Kadar Faedah

Risiko Kadar Faedah merujuk kepada perubahan di dalam pendapatan faedah hasil daripada turun naik di dalam kadar faedah dalam deposit tetap dan lain-lain sekuriti faedah tetap.

Risiko Pertukaran mata Wang asing

Risiko Pertukaran Mata Wang Asing merujuk kepada risiko yang timbul daripada turun naik di dalam kadar pertukaran mata wang asing.

Risiko nisbah Kecukupan modal

Risiko di mana syarikat tidak dapat memenuhi liabilitinya akibat turun naik di dalam nilai aset dan liabiliti berdasarkan Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko (“RBC”) bagi Syarikat Insurans yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Sangat bahaya Kurang bahayabahaya

Tinggi RendahSederhana

Page 31: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200994

RISIKO AM

Risiko Personel

Risiko Personel merujuk kepada risiko kehilangan personel berfungsi utama yang memberi kesan langsung kepada perjalanan berterusan perniagaan Kumpulan.

Risiko operasi Fizikal

Risiko Operasi Fizikal memberi kesan kepada kesinambungan Kumpulan dalam menjalankan perniagaan ketika berlaku bencana.

Risiko Reputasi

Risiko Reputasi memberi kesan kepada reputasi Kumpulan apabila kenyataan tanpa kebenaran mengenai Kumpulan dibuat kepada masyarakat umum tanpa kelulusan daripada Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif.

PenguRusan RisiKo am

A. PENGENALPASTIAN RISIKO

Risiko-risiko dikenal pasti oleh kakitangan Sumber Manusia berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.

B. PENILAIAN RISIKO & KESAN

Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:-

C. KAWALAN RISIKO

• Pelan pewarisan bagi setiap kedudukan berfungsi utama tersedia dengan baik; jika berlaku pemberhentian pekerja, sama ada oleh pilihan atau oleh kemalangan

• BRCP disediakan • Hanya CEO atau wakil yang dibenarkannya diberi

kuasa untuk membuat penyataan umum mengenai atau untuk Kumpulan

D. PENGAWASAN RISIKO

• Terdapat rangka kerja imbuhan yang dirancang dengan baik untuk menarik dan mengekalkan dengan secukupnya pegawai-pegawai utama yang berkaliber untuk menguruskan Syarikat dengan cemerlang

• Manual BRCP disemak semula secara berkala • Keperluan untuk membuat penyataan umum

mengenai atau untuk Kumpulan disemak semula oleh CEO

PeNGURUSANRISIKO (samb’)

Sangat bahaya Kurang bahayabahaya

Tinggi RendahSederhana

Page 32: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 95

PELAKSANAAN RANGKA KERJA MODAL BERASASKAN RISIKO

Bank Negara Malaysia (“BNM”) telah mengeluarkan Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Penanggung Insurans (“Rangka Kerja RBC”) yang berkuat kuasa dari 1 Januari 2009. Rangka Kerja RBC merupakan rangka kerja kecukupan modal bagi semua penanggung insurans berlesen di bawah Akta Insurans, 1996. Di bawah Rangka Kerja RBC, setiap penanggung insurans dikehendaki menentukan kecukupan modal yang tersedia ada di dalam dana insurans dan dana pemegang saham bagi menyokong Jumlah Modal Diperlukan (“TCR”) yang bertindak sebagai petunjuk utama keteguhan kewangan penanggung insurans.

Pelan Pengurusan modal

Menurut Rangka Kerja RBC, Lembaga Pengarah telah meluluskan dan mengguna pakai Pelan Pengurusan Modal (“CMP”) bagi syarikat subsidiari milik penuhnya, Lonpac selaras dengan keperluan-keperluan yang dinyatakan dalam Rangka Kerja RBC berkuat kuasa dari 1 Januari 2009. Objektif CMP adalah untuk memanfaatkan sepenuhnya kecekapan dan keberkesanan sumber yang digunakan bagi memaksimumkan pulangan atas ekuiti dan menyediakan tahap modal yang sewajarnya bagi melindungi para pemegang saham dengan mengambil kira semua keadaan yang berkemungkinan memberi kesan secara langsung atau tidak langsung ke atas operasi dan keteguhan kewangan Kumpulan di samping mematuhi peraturan dan perundangan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.

Pengurusan modal dipandu arah oleh CMP yang didorong oleh strategi perniagaan dan keperluan organisasi Kumpulan yang mengambil kira persekitaran perniagaan dan regulatori di mana Kumpulan beroperasi. Dalam hal ini, Kumpulan menetapkan sasaran modal bagi Modal Peringkat 1 dan Peringkat 2 yang melebihi keperluan minimum regulatori.

Jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab terhadap penyeliaan pengurusan modal Kumpulan ialah WRMC. Semua cadangan mengenai apa-apa lencongan daripada sasaran modal atau pelaksanaan peningkatan modal mesti ditangani dan diluluskan oleh RMC sebelum dicadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan dan pelaksanaan.

ujian Tekanan

Termasuk di dalam CMP adalah Dasar Tekanan yang memerlukan ujian tekanan dilaksanakan dua kali setahun bagi menilai secara sistematik tahap modal Kumpulan yang boleh mengharungi kejutan pasaran dan modal yang akan terhakis oleh risiko-risiko utama yang dikenal pasti yang disebabkan oleh peristiwa luar biasa tetapi munasabah dan untuk menentukan kesan terhadap prestasi dan kedudukan kewangan kami.

Ujian tekanan akan memudahkan perumusan strategi perniagaan dan kaedah yang sesuai bagi langkah pembaikan peristiwa yang memberi kesan buruk dan kaedah yang sesuai akan dipantau dan diguna pakai untuk menangani ancaman yang berpotensi serta mengurangkan kesan dan mengekalkan tahap kecukupan modal yang setara dengan profil risiko Kumpulan. Dasar Tekanan adalah sejajar dengan Garis Panduan Ujian Tekanan bagi Penanggung Insurans yang dikeluarkan oleh BNM. Hasil ujian tekanan berserta dengan langkah pembaikan dibentangkan kepada RMC untuk dibincangkan dan dicadangkan kepada Lembaga Pengarah sebelum dikemukakan kepada BNM.

Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan melihat ujian tekanan sebagai satu alat pengurusan risiko yang berkesan dan turut meletakkan ujian tekanan sebagai sebahagian dari budaya pengurusan Kumpulan LPI. Dasar Ujian Tekanan mengandungi senario-senario yang mencabar yang telah dikenal pasti dengan sewajarnya dan akan terus dibangunkan mengikut perkembangan keadaan. Dalam aspek ini, penglibatan Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan adalah sangat penting dalam memastikan kekuatan senario-senario ini serta dalam menilai hasil ujian tekanan untuk menilai kesan terhadap keputusan perniagaan kami.

Keberkesanan rangka kerja pengurusan risiko ini di dalam Kumpulan bersama-sama dengan CMP telah membolehkan Kumpulan LPI mengurangkan tekanan berikutan daripada limpahan kesan pergolakan dalam pasaran kewangan terhadap prestasi operasi Kumpulan.

Page 33: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200996

KOD eTIKA, INTeGRITI DAN AMANAh

Kumpulan LPI menerusi syarikat subsidiari milik penuhnya, Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”), beroperasi di dalam satu industri di mana integriti dan amanah adalah sangat penting. Kepercayaan dan keyakinan para pelanggan dan masyarakat umum terhadap Lonpac adalah sangat penting terhadap pertumbuhan dan kejayaan berterusan Kumpulan. Kumpulan berusaha gigih dengan penuh minat untuk beroperasi dengan integriti dan kebolehpercayaan bagi mewujudkan kepercayaan dan keyakinan kepada Kumpulan. Tambahan lagi, langkah-langkah telah diambil untuk melindungi integriti dan kredibiliti Kumpulan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko reputasi akibat daripada perlakuan tidak beretika atau penipuan oleh kakitangan Kumpulan.

Kumpulan mengakui bahawa kakitangan memainkan peranan penting dalam membina perniagaan yang diyakini dan mempunyai reputasi di mata masyarakat umum. Kumpulan telah dan akan terus mengambil inisiatif-inisiatif proaktif dalam memastikan kakitangan mempunyai nilai dan prinsip yang dikongsi, serta melaksanakan tanggungjawab mereka mengikut standard yang konsisten dengan harapan pelanggan dan masyarakat umum.

Perlakuan boleh diterima yang diharapkan daripada kakitangan Kumpulan telah diformalisasikan dalam bentuk kod dan dasar-dasar yang jelas dan didokumenkan. Ini merupakan bahagian yang kritikal dalam membina budaya amanah dan berintegriti dalam perlakuan dan tingkahlaku kakitangan. Kod dan dasar-dasar sedemikian termasuklah Kod Etika, Polisi Pencegahan Penipuan dan Polisi Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan.

KOD ETIKA Persatuan Insurans Am Malaysia (“PIAM”) telah menerbitkan garis

panduan untuk menggalakkan standard perlakuan yang betul serta amalan yang berpatutan dan berhemat di antara syarikat-syarikat insurans am. Di dalam operasi insurans hari ini, adalah penting bagi peraturan etika sebegini dikodifikasikan dan diterbitkan sebagai garis panduan bertulis bagi menggalakkan dan mengekalkan standard etika yang seragam.

Lonpac telah mengkodifikasikan peraturan etika yang penting di dalam Buku Panduan Tatatertib Kakitangan yang memberi penumpuan terhadap 5 prinsip utama:

• Mengelak percanggahan kepentingan

• Mengelak salah guna kedudukan untuk kelebihan/ faedah/ layanan keutamaan sendiri dalam apa jua cara

• Mengelak salah guna maklumat bagi keuntungan sendiri atau tujuan lain selain daripada yang diperlukan Syarikat

• Mengawasi integriti rekod dan urusniaga

• Mengawasi kerahsiaan

POLISI PENCEGAHAN PENIPUANLonpac mempunyai satu Polisi Pencegahan Penipuan yang diformalisasikan bagi mencegah dan mengesan aktiviti penipuan dan pemalsuan. Polisi Pencegahan Penipuan ini menetapkan bahawa kakitangan bertanggungjawab dalam mencegah dan mengesan penipuan, penyalahgunaan dan lain-lain penyelewengan. Selain itu, Polisi Pencegahan Penipuan ini turut menetapkan prosedur untuk melaporkan penemuan penipuan dan memberi amaran kepada kakitangan mengenai tindakan disiplin terhadap pelaku penipuan.

Bank Negara Malaysia (“BNM”) mengkehendaki penanggung insurans berlesen untuk melaporkan semua kes-kes penipuan dan penggelapan wang serta perlanggaran kod etika dan amalan. Bermula 1 November 2000, penanggung insurans berlesen

dikehendaki menghantar laporan, jika ada menerusi Sistem Pengkalan Data Maklumat Penipuan (“FIDS”) BNM.

POLISI PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PEMBANTERASAN PEMBIAYAAN KEGANASAN Lembaga Pengarah Lonpac telah meluluskan Manual Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan (“AML/ CFT”) yang berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001, dan Garis Panduan untuk AML/ CFT, yang dikeluarkan oleh BNM.

Manual AML/ CFT merangkumi:

• Definisi Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan

• Langkah-langkah AML/ CFT seperti berikut:

- Polisi Penerimaan Pelanggan

- Ketekunan Wajar Pelanggan

- Penyimpanan Rekod

- Pemantauan Berterusan

- Melaporkan Urusniaga yang Mencurigakan

• Contoh-contoh Urusniaga yang Mencurigakan

Terdapat sistem komunikasi untuk memaklumkan kepada kakitangan dengan segera mengenai perubahan tatacara dalam menangani pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas. Sebahagian daripada komunikasi ini adalah latihan. Latihan diadakan untuk kakitangan bagi menggalakkan kefahaman terhadap tanggungjawab fundamental mereka dalam mematuhi prosedur menentusahkan pelanggan dan melaporkan urusniaga yang mencurigakan.

Lonpac sentiasa memberi perhatian dan mengambil langkah-langkah, sedaya upaya dan seberapa praktikal yang mungkin, untuk melindungi dirinya daripada terlibat dengan pengubah wang haram dan pembiaya pengganas.

Page 34: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 97

TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH Lembaga Pengarah mengesahkan tanggungjawab keseluruhannya ke atas sistem kawalan dalaman Kumpulan. Ini termasuk mengkaji semula kecukupan dan integriti kawalan kewangan, operasi dan pematuhan dan prosedur-prosedur pengurusan risiko. Memandangkan terdapat batas-batas yang wujud di dalam mana-mana sistem kawalan dalaman, sistem ini diwujudkan lebih kepada untuk mengurus risiko-risiko Kumpulan dalam profil risiko yang boleh diterima, daripada menghapuskan risiko kegagalan bagi mencapai polisi dan objektif perniagaan Kumpulan. Oleh itu, ia hanya boleh memberi jaminan yang munasabah tetapi tidak mutlak terhadap salah nyata penting pengurusan dan maklumat dan rekod kewangan atau terhadap kerugian kewangan atau penipuan.

Berikutan dari penerbitan Penyata Kawalan Dalaman: Garis Panduan bagi Para Pengarah Syarikat-syarikat Tersenarai Awam (“Panduan Kawalan Dalaman”), Lembaga Pengarah telah merangka satu proses berterusan untuk mengenal pasti, menilai dan menguruskan risiko penting yang dihadapi oleh Kumpulan. Proses berterusan ini termasuk mengemas kini sistem kawalan dalaman apabila terdapat perubahan kepada persekitaran perniagaan atau garis panduan regulatori, dikaji semula oleh Lembaga Pengarah dan selaras dengan Panduan Kawalan Dalaman.

Lembaga Pengarah berpendapat bahawa sistem kawalan dalaman yang disediakan bagi tahun dalam

tinjauan dan sehingga tarikh kelulusan laporan tahunan dan penyata kewangan adalah kukuh dan mencukupi untuk melindungi pelaburan para pemegang saham, kepentingan pelanggan, pihak regulatori dan kakitangan, serta aset Kumpulan.

Lembaga Pengarah juga dibantu oleh Pihak Pengurusan dalam pelaksanaan dasar dan prosedur Lembaga Pengarah mengenai risiko dan kawalan dengan mengenal pasti dan menilai risiko yang dihadapi, dan dalam pembentukan, operasi dan pemantauan kawalan dalaman yang bersesuaian untuk mengurangkan dan mengawal risiko-risiko ini.

RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKOLembaga Pengarah menyokong sepenuhnya kandungan Panduan Kawalan Dalaman dan dengan bantuan Pihak Pengurusan, telah melaksanakan proses pengurusan risiko di dalam Kumpulan.

Perniagaan teras Kumpulan merupakan penajaan jamin perniagaan insurans am oleh syarikat subsidiarinya, iaitu Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”). Oleh itu, rangka kerja pengurusan risiko bagi Kumpulan telah dibentuk dengan penumpuan ke atas operasi insurans. Formalisasi rangka kerja pengurusan risiko telah diperkukuhkan dengan inisiatif-inisiatif berikut:

• Sebuah Jawatankuasa Pengurusan Risiko (“RMC”) telah ditubuhkan untuk mendorong proses pengurusan risiko dalam mengenal

pasti risiko utama perniagaan dan memastikan pelaksanaan sistem yang bersesuaian untuk mengurus risiko ini. RMC disokong oleh Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko (“WRMC”) Lonpac.

• WRMC, yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan RMC mengenai risiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) yang berkaitan dengan pendedahan yang berkemungkinan serta kesan ke atas perniagaan Kumpulan dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk menguruskan risiko ini secara berterusan.

• Sebuah Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura (“WRMCS”) telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan WRMC mengenai risiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) yang berkaitan dengan pendedahan yang berkemungkinan serta kesan ke atas perniagaan Lonpac cawangan Singapura dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk menguruskan risiko ini secara berterusan. WRMCS melapor kepada WRMC di Ibu Pejabat.

• Profil risiko Kumpulan yang digabungkan dan manual pengurusan risiko telah disediakan.

• Butir-butir proses pengurusan risiko dinyatakan di dalam Pengurusan Risiko pada muka surat 81 hingga 95.

PeNyATA KAwALAN DALAMAN

Lembaga Pengarah mengiktiraf kepentingan mempunyai satu sistem kawalan dalaman yang kukuh bagi melindungi pelaburan para pemegang saham dan aset-aset Kumpulan.

Penyata Kawalan Dalaman oleh Lembaga Pengarah ini menghuraikan bentuk dan skop kawalan dalaman Kumpulan di sepanjang tahun.

Page 35: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 200998

PROSES KAWALAN DALAMAN UTAMA Proses-proses utama yang telah dibentuk bagi mengkaji semula kecukupan dan integriti sistem kawalan dalaman termasuk yang berikut:

• Terdapat fungsi Audit Dalaman untuk membolehkan Jawatankuasa Audit menjalankan fungsinya dengan berkesan. Jabatan Audit Dalaman mengawasi pematuhan dengan polisi dan prosedur serta keberkesanan sistem kawalan dalaman dan mengutarakan penemuan-penemuan penting berkaitan dengan sebarang ketidakpatuhan. Audit dijalankan ke atas semua jabatan Ibu Pejabat dan cawangan, yang mana kekerapannya ditentukan oleh tahap risiko yang dinilai, untuk memberi laporan yang bebas dan objektif ke atas aktiviti operasi dan pengurusan jabatan Ibu Pejabat dan cawangan. Penemuan-penemuan audit dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Audit untuk diperbincangkan dan kehendak Jawatankuasa Audit mengenai langkah-langkah pembetulan akan disampaikan kepada ketua jabatan dan cawangan berkenaan. Pelan Tahunan Audit Dalaman dikaji semula dan diluluskan oleh Jawatankuasa Audit. Penyata Fungsi Audit Dalaman dibentangkan pada muka surat 107.

• Jawatankuasa Audit Kumpulan mengkaji semula sebarang isu-isu kawalan dalaman yang dikenal pasti oleh Jabatan Audit Dalaman, juruaudit luar, pihak berkuasa regulatori dan Pihak Pengurusan, dan menilai kecukupan dan keberkesanan sistem-sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman. Jawatankuasa Audit juga mengkaji semula fungsi-fungsi audit dalaman dan kualiti audit dalaman. Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa

Audit dibentangkan kepada Lembaga Pengarah secara berkala. Butir-butir lanjut mengenai aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Audit Kumpulan dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit pada muka surat 103 dan 104.

• RMC telah ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah bagi membantu Lembaga Pengarah untuk menyelia keseluruhan proses pengurusan risiko dengan mengenal pasti risiko utama perniagaan dan memastikan kesesuaian pelaksanaan sistem untuk mengurus risiko ini. Lain-lain jawatankuasa yang ditubuhkan untuk membantu RMC mengurus bahagian risiko Kumpulan adalah WRMC dan WRMCS.

• Manual Pengurusan Risiko dirumuskan untuk memastikan bahawa Kumpulan tidak mengalami gangguan material ke atas sistem, proses atau operasinya, atau kerosakan material ke atas asetnya apabila berlaku bencana. Manual Pengurusan Risiko yang berasingan juga telah dirumuskan untuk cawangan Singapura. Manual Pengurusan Risiko dikemas kini bagi perubahan berterusan dalam profil risiko. Selain itu, penilaian semula tahunan atas manual Pengurusan Risiko diadakan bagi memastikan penyempurnaan profil risiko dan pengurusan risiko. Tanggungjawab utama untuk mengekalkan pelbagai bahagian perancangan telah diberikan kepada ketua-ketua jabatan yang berkenaan.

• Terdapat satu struktur organisasi dengan penetapan bidang tanggungjawab dan delegasi bidang kuasa yang formal untuk memastikan pengenalpastian keber tanggungjawaban dan pembahagian tugas yang berpatutan.

• Polisi dan prosedur operasi, yang menggabungkan kehendak regulatori dan dalaman, dihuraikan di dalam bentuk pekeliling kepada pihak pengurusan tengah dalam semua jabatan dan dikemas kini dari masa ke semasa.

• Terdapat had kuasa operasi yang dikenakan ke atas pengarah eksekutif dan pihak pengurusan di dalam Kumpulan berhubung dengan operasi harian, yang merangkumi penajaan jamin berkenaan penerimaan risiko, penyelesaian tuntutan dan pembelian aset tetap.

• Program triti memastikan terdapat sebaran syarikat penginsurans semula yang berpatutan dengan penarafan terjamin sekurang-kurangnya A daripada agensi penarafan yang d i ik t i ra f. Keselamatan syarikat penginsurans semula triti dikaji semula dengan setiap tahun oleh Pihak Pengurusan dan Jawatankuasa Audit.

• Setiap tahun pihak pengurusan mengemukakan pelan perniagaan dan belanjawan berserta projeksi enam (6) tahun untuk kelulusan Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah mengkaji semula akaun pengurusan bulanan, yang dibandingkan dengan belanjawan dan keputusan tahun sebelumnya untuk menilai prestasi. Sebarang kekurangan akan diperbaiki dan tindakan diambil dengan segera.

• Ujian tekanan dilaksanakan setiap setengah tahun ke atas kedudukan kewangan Lonpac yang setara dengan profil risiko dan persekitaran perniagaan selaras dengan Garis Panduan Ujian Tekanan bagi Penanggung Insurans yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (“BNM”). Ujian tekanan digunakan sebagai alat pengurusan

PeNyATAKAwALAN DALAMAN (samb’)

Page 36: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 99

risiko untuk mengenal pasti ancaman yang berpotensi ke atas keteguhan kewangan Lonpac yang akibat dari peristiwa luar biasa tetapi munasabah. Keputusan laporan ujian tekanan dibincangkan di mesyuarat WRMC dan dibentangkan di mesyuarat RMC. RMC kemudiannya mencadangkan Laporan Ujian Tekanan kepada Lembaga Pengarah untuk diluluskan untuk dikemukakan kepada BNM.

• Setiap tahun, Jabatan Audit Dalaman mengkaji semula dasar ujian tekanan untuk membuat penilaian berkala dan bebas bagi memastikan kualiti dan keberkesanan dasar ujian tekanan seperti yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Ujian Tekanan bagi Penanggung Insurans. Laporan audit dalaman ke atas dasar ujian tekanan dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Audit.

• Pengeluaran awam laporan suku tahunan dibuat setelah dikaji semula oleh Jawatankuasa Audit dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

• Mesyuarat pengurusan yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac diadakan dengan kerap untuk mengkaji semula prestasi kewangan, pembangunan perniagaan dan membincangkan isu-isu pengurusan dan korporat.

• Rangka Kerja Pengurusan Data dan Sistem Maklumat Pengurusan (“MIS”) dirumuskan dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah menurut Garis Panduan Rangka Kerja Pengurusan Data dan MIS yang dikeluarkan oleh BNM. Penyelenggaraan kecukupan kualiti data dilaksanakan sepanjang masa dan kawalan dalaman, sama ada dilaksanakan di dalam sistem atau secara manual akan digabungkan untuk meningkatkan lagi kualiti data. Semua Ketua Jabatan menentukan tahap kepentingan bagi data kritikal atau

tidak kritikal bagi tujuan penilaian ketepatan data. Penilaian ketepatan data dilaksanakan setiap setengah tahun dan laporan penilaian akan dikemukakan kepada WRMC untuk disemak semula sebelum dibincangkan di mesyuarat RMC dan Lembaga Pengarah.

• Jawatankuasa Pelaburan bertanggungjawab merumuskan polisi, strategi serta membuat penilaian semula ke atas perkara berhubung dengan pelaburan dalam saham dan sekuriti hutang swasta.

• Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac. Jawatankuasa ini bertanggungjawab menetapkan pelan pengkomputeran yang efektif, meluluskan perbelanjaan berkaitan Teknologi Maklumat (“IT”) yang melebihi had yang telah ditetapkan dan memantau kemajuan projek yang telah diluluskan.

• Kehendak kawalan dalaman turut disertakan di dalam sistem berkomputer.

• Jawatankuasa Sistem dan Kaedah (dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Internet) dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi Lonpac. Pada tahun ini, jawatankuasa ini menukarkan namanya kepada Jawatankuasa Sistem dan Kaedah memandangkan skopnya yang diperluaskan bagi merangkumi semakan semula prosedur operasi sedia ada termasuk peningkatan E-Sistem dan kajian teknologi komunikasi maklumat terkini. Skop jawatankuasa ini termasuk yang berikut:

- Menggunakan teknologi untuk memudahkan penyediaan perkhidmatan cekap yang pantas dan memudahkan pelanggan/ bakal pelanggan dan para

perantara untuk berurus niaga

- Meringkaskan aliran kerja dan meningkatkan kemesraan pengguna dan dengan itu menjimatkan kos

- Menyediakan persekitaran terjamin dalam kesemua E-Transaksi

- Menyemak semula proses dan prosedur operasi sedia ada untuk memudahkan dan meningkatkan kecekapan melalui E-Kebolehan

- Mencadangkan kaedah dan proses baru melalui E-Kebolehan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan

Bidang rujukan jawatankuasa adalah seperti berikut:

- Menyediakan perkhidmatan insurans dalam talian dan saluran komunikasi altenatif kepada para ejen, pemegang polisi dan bakal pelanggan di dalam persekitaran yang terjamin dan mesra pengguna

- Menyemak semula dan menyediakan cadangan untuk menggariskan aliran kerja dan meningkatkan kecekapan serta menambahkan proses dan prosedur E-Kebolehan yang merangkumi peningkatan E-Sistem yang mengakibatkan pengurangan kos dan meningkatkan kecekapan

Jawatankuasa ini juga memantau pengurusan risiko perkhidmatan insurans berinternet dan kemudiannya melaporkan kepada WRMC.

• Mesyuarat Pembangunan Perniagaan – Divisyen Agensi dipengerusikan oleh Penolong Pengurus Besar – Pembangunan Perniagaan dan diadakan untuk mengkaji semula prestasi Divisyen Agensi dan membincangkan tentang pembangunan perniagaan, pemasaran dan jualan.

Page 37: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009100

• Jawatankuasa Kawalan Kredit dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac dan diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Pengurus Besar Kanan –Pembangunan Perniagaan, Ketua Divisyen-divisyen Pembangunan Perniagaan dan Jabatan Akaun & Kewangan. Mesyuarat bulanan diadakan dengan objektif untuk memaksimumkan penukaran akaun belum diterima kepada aliran tunai dan meminimumkan hapus kira hutang lapuk.

• Jawatankuasa Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan (“BRCP”) dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyediakan BRCP bagi memastikan Kumpulan mengalami gangguan yang minima ke atas sistem, proses atau operasinya jika berlaku bencana.

• Manual BRCP dirumuskan untuk memastikan bahawa Kumpulan tidak mengalami gangguan material ke atas sistem, proses atau operasinya, atau kerosakan material ke atas asetnya apabila berlaku bencana. Manual BRCP yang berasingan telah dirumuskan untuk cawangan Singapura. BRCP diuji pada setiap tahun termasuk ujian untuk cawangan Singapura. Ujian BRCP diperhatikan oleh Jabatan Audit Dalaman untuk memberikan penilaian bebas terhadap persediaan ujian dan mengenal pasti sebarang kekurangan yang diperhatikan di sepanjang ujian. Laporan penilaian bertulis mengenai ujian BRCP disediakan oleh Jabatan Audit Dalaman untuk semakan Jawatankuasa Audit.

Keputusan ujian BRCP dikemukakan kepada BNM seperti yang dikehendaki oleh Garis Panduan Pengurusan Berterusan Perniagaan (“BCM”).

• Setiap tahun, Jabatan Audit Dalaman menyemak semula tahap komitmen BCM dan kesiapsediaan keseluruhan terhadap keperluan-keperluan polisi dan regulatori BCM Lonpac. Kekurangan yang dikenal pasti akan didokumenkan dalam laporan audit kepada Jawatankuasa Audit beserta dengan rancangan tindakan untuk peningkatan lanjut oleh fungsi-fungsi perniagaan yang berkaitan. Ringkasan eksekutif mengenai laporan audit, termasuklah komen-komen daripada Jawatankuasa Audit akan dikemukakan kepada BNM seperti yang dikehendaki oleh Garis Panduan BCM.

• Program latihan dan pembangunan dijalankan bagi mempertingkatkan kecekapan kakitangan dan mengekalkan budaya yang peka terhadap kawalan risiko.

• Latihan untuk ejen diadakan bagi mempertingkatkan kecekapan dan pengetahuan teknikal mereka supaya dapat menguruskan risiko dengan lebih baik dalam membangunkan rangkaian agensi.

• Kakitangan dan ejen dilatih mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan (“AML/ CFT”) bagi menggalakkan kefahaman terhadap tanggungjawab fundamental mereka dalam mematuhi prosedur menentusahkan pelanggan dan melaporkan urusniaga yang mencurigakan.

• Terdapat garis panduan yang bersesuaian dalam Kumpulan bagi pengambilan dan pemberhentian kakitangan, dan terdapat penilaian prestasi tahunan untuk memastikan kakitangan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

PENYEMAKAN SEMULA PENYATA OLEH JURUAUDIT LUAR

Juruaudit luar telah menyemak semula Penyata Kawalan Dalaman ini untuk disertakan di dalam laporan tahunan Kumpulan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2009 dan telah melaporkan kepada Lembaga Pengarah bahawa tiada sebarang perkara yang sampai ke perhatian mereka yang boleh menyebabkan mereka menganggap bahawa penyata ini tidak konsisten dengan kefahaman mereka mengenai proses yang diguna pakai oleh Lembaga Pengarah dalam mengkaji semula kecukupan dan integriti kawalan dalaman Kumpulan.

Penyata Kawalan Dalaman ini dibuat selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh pada 7 Januari 2010.

PeNyATAKAwALAN DALAMAN (samb’)

Page 38: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 101

Tarikh mesyuarat Jawatankuasa Audit adalah seperti berikut:

• 8 Januari 2009*

• 10 Februari 2009

• 8 April 2009

• 6 Julai 2009

• 23 Julai 2009

• 27 Ogos 2009

• 8 Oktober 2009*

• 22 Oktober 2009

• 26 November 2009

* Berjumpa dengan Juruaudit Luar tanpa kehadiran

ahli Lembaga Pengarah eksekutif dan kakitangan

pengurusan.

2. KOMPOSISI DAN BIDANG RUJUKAN

2.1 Keahlian

Lembaga Pengarah hendaklah melantik Jawatankuasa Audit dari kalangan mereka (menurut resolusi Lembaga Pengarah) yang memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Jawatankuasa Audit hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga (3) orang pengarah;

ii. kesemua ahli Jawatankuasa Audit hendaklah merupakan pengarah bukan eksekutif dan majoriti ahli Jawatankuasa Audit hendaklah terdiri daripada pengarah bebas; dan

iii. Sekurang-kurangnya seorang (1) ahli Jawatankuasa Audit:

(a) mestilah seorang ahli Institut Akauntan Malaysia (“MIA”);

(b) jika beliau bukan seorang ahli MIA, beliau mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja dan:

• beliau hendaklah lulus peperiksaan yang ditetapkan di Bahagian I Jadual Pertama Akta Akauntan 1967; atau

• beliau mestilah seorang ahli daripada salah satu persatuan-persatuan akauntan yang ditetapkan di Bahagian II Jadual Pertama Akta Akauntan 1967; atau

(c) memenuhi syarat-syarat lain seperti yang telah ditetapkan atau diluluskan oleh Bursa Securities Malaysia Berhad (“Bursa Securities”).

LAPORAN JAwATANKUASA AUDIT

AHLI-AHLI JAWATANKUASA AUDIT

PengeRusi Pengarah Bebas Bukan eksekutif

Tan Sri Dato’ Thong Yaw Hong

PSM, SIMP, DSAP, DIMP, JMN, SMP, JBS, AMN, BA (Econs Hons), MPA (Harvard), AMP (Harvard), D.Econ (Hon)

PengeRusi BeRsama Pengarah Bebas Bukan eksekutif

Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar

DIMP, ACA (England & Wales), CA (M), FIBM (M’sia)

ahli-ahli Pengarah Bebas Bukan eksekutif

Dato’ Yeoh Chin Kee

DIMP, FCPA (Aust.), F Fin (Aust)

Pengarah Bebas Bukan eksekutif

Quah Poh Keat

FCCA (UK), CA (M), CPA (M), ACMA (UK), Fellow MIT (M’sia)

1. KEHADIRAN MESYUARAT

Butir-butir kehadiran setiap ahli di mesyuarat Jawatankuasa Audit yang diadakan pada tahun 2009 adalah seperti berikut:

Komposisi Jawatankuasa audit

Bilangan mesyuarat Jawatankuasa audit

Yang Diadakan

Yang Dihadiri

Tan sri Dato’ Thong Yaw hongPengerusi/ Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

9 9

Dato’ haji abdul aziz bin omarPengerusi Bersama/ Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

9 9

Dato’ Yeoh Chin KeeAhli/ Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

9 9

Quah Poh KeatAhli/ Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

9 9

Page 39: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009102

LAPORANJAwATANKUASA AUDIT (samb’)

Lembaga Pengarah hendaklah memastikan orientasi yang efektif diberikan kepada ahli Jawatankuasa Audit yang baru. Mesyuarat mestilah diadakan untuk ahli Jawatankuasa Audit yang baru bersama pengarah kewangan dan ahli jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab terhadap kawalan kewangan dan audit dalaman.

Lembaga Pengarah hendaklah memastikan terdapat pengarah yang cukup berpengalaman dalam Jawatankuasa Audit.

2.2 Pengerusi/ Pengerusi Bersama

Ahli-ahli Jawatankuasa Audit hendaklah melantik seorang Pengerusi/ Pengerusi Bersama dari kalangan mereka yang mestilah seorang pengarah bebas.

2.3 mesyuarat dan minit

• Jawatankuasa Audit hendaklah mengadakan tidak kurang daripada empat (4) mesyuarat setahun, walaupun mesyuarat tambahan boleh diadakan pada bila-bila masa menurut pertimbangan Pengerusi/ Pengerusi Bersama Jawatankuasa Audit jika diminta oleh mana-mana ahli Jawatankuasa Audit, pihak pengurusan, juruaudit dalaman atau luar.

• Ketua Juruaudit Dalaman akan menghadiri mesyuarat. Wakil daripada juruaudit luar akan menghadiri mesyuarat yang terdapat perkara berkaitan dengan audit akaun berkanun dan/ atau juruaudit luar yang perlu dibincangkan.

• Ahli-ahli Jawatankuasa Audit hendaklah bertemu dengan juruaudit luar sekurang-kurangnya dua kali setahun, tanpa kehadiran ahli Lembaga Pengarah eksekutif dan kakitangan pengurusan.

• Ketua Pegawai Eksekutif dan/ atau lain-lain pegawai yang berkenaan boleh dijemput menghadiri mesyuarat, kecuali bagi perkara-perkara yang tidak sesuai dibincangkan dengan kehadiran mereka, sebagaimana ditetapkan oleh Pengerusi/ Pengerusi Bersama.

• Korum bagi setiap mesyuarat hendaklah sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada ahli-ahli di mana majoritinya terdiri daripada para pengarah bebas.

• Setiausaha Syarikat bertindak sebagai Setiausaha Jawatankuasa Audit.

• Minit setiap mesyuarat akan diedarkan kepada setiap ahli Jawatankuasa Audit dan Pengerusi/ Pengerusi Bersama Jawatankuasa Audit melaporkan kepada Lembaga Pengarah berkenaan setiap mesyuarat.

2.4 authoriti dan hak

Jawatankuasa Audit, di atas tangunggan Syarikat:

i. mempunyai kuasa untuk menyiasat sebarang perkara di dalam lingkungan bidang rujuk mereka;

ii. mempunyai sumber-sumber yang diperlukan untuk melaksanakan tugas mereka;

iii. mempunyai akses sepenuhnya dan tidak terbatas ke atas sebarang rekod, maklumat, harta dan kakitangan Syarikat;

iv. mempunyai saluran komunikasi terus dengan juruaudit luar dan dalaman;

v. boleh mendapatkan khidmat nasihat profesional bebas atau lain-lain nasihat; dan

vi. boleh mengadakan mesyuarat dengan juruaudit luar, juruaudit dalaman atau kedua-duanya tanpa kehadiran lain-lain ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan, jika dianggap perlu.

2.5 Tugas dan Tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Audit adalah:

AUDIT DALAMAN

• Untuk mengkaji semula dan melaporkan kecukupan skop, fungsi, kecekapan dan sumber fungsi audit dalaman dan ia mempunyai kuasa yang diperlukan untuk melaksanakan tugasnya;

• Untuk mengkaji semula keputusan prosedur audit dalaman Kumpulan dan kecukupan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan berdasarkan laporan;

• Mengkaji semula sebarang penilaian atau penaksiran terhadap prestasi ahli-ahli fungsi audit dalaman dan meluluskan sebarang pelantikan atau pemberhentian kakitangan kanan audit dalaman.

AUDIT LUAR

• Untuk mengkaji semula bersama juruaudit luar, pelan audit, skop audit dan bidang audit ke atas Syarikat/ Kumpulan;

Page 40: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 103

• Untuk mengkaji semula bersama juruaudit luar, penilaian ke atas sistem kawalan dalaman dan penemuan audit mereka;

• Untuk membincangkan masalah dan keraguan yang timbul daripada audit, dan perkara-perkara lain yang ingin dibincangkan oleh juruaudit;

• Untuk menyemak semula surat pengurusan juruaudit luar dan maklum balas pihak pengurusan;

• Untuk mengkaji semula laporan audit dengan juruaudit luar;

• Untuk mengkaji semula dan melaporkan kerjasama yang diberikan para Pegawai Syarikat/ Kumpulan kepada juruaudit luar dan pengendalian keseluruhan audit;

• Untuk menilai semula kecekapan, kebebasan dan kesesuaian juruaudit luar untuk dicadangkan kepada Lembaga Pengarah bagi pelantikan semula dan yuran auditnya;

• Untuk mengemukakan cadangan yang bersesuaian kepada Lembaga Pengarah mengenai perkara yang berkaitan dengan perletakan jawatan dan pemberhentian juruaudit luar.

PELAPORAN KEWANGAN

• Untuk mengkaji semula penyata kewangan tahunan Syarikat/ Kumpulan yang telah diaudit dan keputusan suku tahunan Kumpulan, dan seterusnya menyerahkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan, dengan memberi fokus utama terhadap:

- Gambaran sebenar dan saksama tentang kedudukan kewangan dan prestasi Syarikat/ Kumpulan;

- Sebarang perubahan di dalam atau pelaksanaan dasar dan amalan perakaunan yang baru;

- Pelarasan penting yang timbul daripada audit;

- Andaian berterusan;

- Peristiwa-peristiwa penting dan luar biasa; dan

- Pematuhan terhadap piawaian perakaunan yang diterima pakai dan diluluskan serta lain-lain kehendak perundangan dan regulatori.

• Untuk memastikan penerbitan awal penyata kewangan tahunan yang telah diaudit.

PENGURUSAN RISIKO

• Untuk mengkaji semula kecukupan dan keberkesanan sistem-sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman yang dibentuk dalam Kumpulan.

URUSNIAGA PIHAK BERKAITAN

• Untuk mengkaji semula sebarang urusniaga pihak berkaitan yang mungkin timbul dalam Syarikat/ Kumpulan.

FUNGSI-FUNGSI LAIN

• Untuk mengkaji semula dan mengesahkan peruntukan opsyen saham kepada kakitangan yang layak menurut kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Kakitangan (“ESOS”);

• Untuk melaksanakan tugas-tugas lain sebagaimana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Audit dan Lembaga Pengarah.

3. RINGKASAN AKTIVITI

Di sepanjang tahun dalam tinjauan, Jawatankuasa Audit

telah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berikut:

3.1 Keputusan Kewangan

• Mengkaji semula penyata kewangan tahunan Syarikat/ Kumpulan yang telah diaudit, penyata setengah tahunan dan keputusan suku tahunan Kumpulan, dan kemudiannya menyerahkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

• Mengkaji semula Penyata Kawalan Dalaman menurut Perenggan 15.26(b) Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities untuk kelulusan Lembaga Pengarah.

• Mengkaji semula kenyataan Sidang Akhbar dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

3.2 audit Dalaman

• Mengkaji semula keputusan prosedur audit dalaman Kumpulan dan kecukupan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan berdasarkan Laporan Audit Dalaman. Mengikut kesesuaian, Jawatankuasa Audit telah mengarahkan pihak pengurusan untuk memperbetulkan dan memperbaiki kawalan dan aliran kerja operasi berdasarkan cadangan-cadangan juruaudit dalaman untuk penambahbaikan.

Page 41: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009104

• Mengkaji semula Laporan Audit Dalaman yang timbul daripada kajian semula susulan selepas setiap audit.

• Mengkaji semula dan meluluskan Laporan Tahunan Jawatankuasa Audit bagi subsidiari insurans berhubung dengan tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2008 untuk dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia (“BNM”), menurut Rangka Kerja Berhemah Tadbir Urus Korporat bagi Penanggung Insurans.

• Mengkaji semula Laporan Audit Dalaman ke atas Pematuhan terhadap Pekeliling BNM no. JPI: 7/2006 – Pelanggaran Garis Panduan ke atas Kawalan Kos Operasi bagi Perniagaan Insurans Am.

• Mengkaji semula Senarai Semakan Pematuhan Panduan Tadbir Urus Korporat ke atas perkara yang melibatkan Jawatankuasa Audit.

• Mengkaji semula Piagam Jawatankuasa Audit yang Disemak Semula menurut Panduan Tadbir Urus Korporat dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

• Mengkaji semula dan meluluskan Piagam Audit Dalaman yang Disemak Semula.

• Mengkaji semula kualiti dan keberkesanan Dasar Ujian Tekanan Lonpac menurut Garis Panduan Ujian Tekanan bagi Penanggung Insurans yang dikeluarkan oleh BNM.

• Mengkaji semula Laporan Audit Dalaman mengenai Pemerhatian Pelan Perlanjutan Perniagaan/ ujian Pelan Pemulihan Bencana menurut Garis Panduan Pengurusan Berterusan Perniagaan (“BCM”) yang dikeluarkan oleh BNM.

• Mengkaji semula tahap komitmen terhadap BCM dan kesiapsediaan keseluruhan terhadap keperluan-keperluan polisi dan regulatori BCM Lonpac selaras dengan Garis Panduan BCM.

• Membincangkan dan meluluskan Pelan Audit Dalaman 2010 untuk Kumpulan.

• Mengambil maklum Perjanjian Tingkat Perkhidmatan yang ditandatangani – Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”) Cawangan Singapura untuk menggunakan khidmat luar bagi perkhidmatan Audit Dalaman daripada LPI Capital Bhd (“LPI”).

• Meneliti semula kecukupan skop, fungsi, kecekapan dan sumber fungsi audit dalaman dan menilai prestasi Juruaudit Dalaman.

• Meneliti semula dan mangambil maklum Laporan Kemajuan Pelan Audit Dalaman.

3.3 audit luar

• Mengkaji semula perkara berikut berhubung dengan juruaudit luar:

- pelan audit, strategi audit dan skop audit mereka bagi Syarikat/ Kumpulan bagi tahun tersebut;

- penilaian mereka terhadap sistem kawalan dalaman Syarikat/ Kumpulan;

- keputusan audit tahunan, surat pengurusan bagi subsidiari insurans termasuk maklum balas pihak pengurusan terhadap penemuan-penemuan juruaudit luar dan juga laporan juruaudit kepada para pemegang saham.

• Mengkaji semula kecekapan, kebebasan dan kesesuaian juruaudit luar dan mencadang kepada Lembaga Pengarah bagi pelantikan semula dan yuran auditnya dan juga meluluskan peruntukan perkhidmatan bukan audit oleh juruaudit luar.

• Membincangkan surat pelantikan Juruaudit Luar yang dikemas kini.

• Membincangkan surat pelantikan dari Juruaudit Luar tentang kajian semula Penyata Kawalan Dalaman Lembaga Pengarah.

• Mengambil maklum Laporan Semakan Semula Juruaudit Luar kepada Lembaga Pengarah mengenai Penyata Kawalan Dalaman.

• Mengkaji semula draf Surat Perwakilan kepada juruaudit luar menurut Garis Panduan bagi Jawatankuasa Audit dan Jabatan Audit Dalaman.

• Berjumpa dengan juruaudit luar dua kali setahun tanpa kehadiran ahli Lembaga Pengarah eksekutif dan kakitangan pengurusan.

3.4 urusniaga Pihak Berkaitan

• Mengkaji semula sifat urusniaga pihak berkaitan di dalam Kumpulan LPI dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

3.5 Perkara-perkara lain

• Mengambil maklum pelantikan ahli Jawatankuasa Audit yang baru.

• Mengambil maklum Dasar Dedah Penyelewengan yang diguna pakai oleh Kumpulan LPI.

LAPORANJAwATANKUASA AUDIT (samb’)

Page 42: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 105

4. LATIHAN DAN PENDIDIKAN JAWATANKUASA AUDITDi sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009, ahli-ahli Jawatankuasa Audit telah menghadiri persidangan, seminar dan program latihan dalam bidang-bidang berikut:

Tadbir urus Korporat • Program Pendidikan Para Pengarah Institusi Kewangan (“FIDE”) : Taklimat oleh Jamie Allen mengenai “Krisis

Kewangan Global – Kesan-kesan terhadap Tadbir Urus Korporat di Asia” • Program FIDE : Taklimat oleh Professor Mervyn King mengenai “Aliran dan Isu-isu Tadbir Urus” • Program FIDE : Modul Pengurusan Risiko Baru dalam Kewangan Islam • Persidangan Industri Kewangan - Amalan-amalan Pengurusan Risiko dalam Institusi Kewangan – “Apakah Kesilapan yang Terjadi dan ke Mana

Perlu Kita Tuju dari Sini” - Memperkukuhkan Kemantapan Institusi dan Pasaran – Agenda Kawalan Selia - Mendekati Risiko dalam Organisasi yang Besar dan Kompleks • Program FIDE : Taklimat Makan Tengahari oleh Encik David Webb mengenai “Membentuk Semula Tadbir Urus dan

Menambah Nilai: Usaha Pelabur”

Peranan lembaga Pengarah yang Berkesan • Program FIDE : Modul 1 – Peranan Lembaga Pengarah dalam Persekitaran Kewangan, Perundangan, Regulatori

dan Perniagaan yang Berubah-ubah • Program FIDE : Modul 2 – Amalan dan Proses yang Menggalak/ Menghalang Pertimbangan yang Berkesan di

Mesyuarat Lembaga Pengarah • Program FIDE : Modul 3 – Peranan Lembaga Pengarah dalam Pengurusan Risiko Seluruh Perusahaan • Program FIDE : Modul 4 – Tanggungjawab Lembaga Pengarah terhadap Kawalan Dalaman, Pelaporan

Kewangan dan Pengurusan Modal • Program FIDE : Modul 5 – Membina Pasukan Lembaga Pengarah, Isu-isu Pampasan dan Peranan Lembaga

Pengarah dalam Strategi dan Hubungan dengan Pihak yang Berkepentingan • Program FIDE : Sesi bersama Encik Jim Rogers mengenai “Bagaimana Saya Melihat Dunia Pada Hari Ini” • Program FIDE : Taklimat oleh Professor James Sebenius mengenai “Perundingan 3D : Alat yang Strategik untuk

Lembaga Pengarah dan Eksekutif Kanan” • Persidangan Pengarah Prestasi Tinggi • FIDE “Sesi Dewan Bandaran bersama BNM” • Program FIDE : Kumpulan Fokus bagi Program Jawatankuasa Pencalonan/ Jawatankuasa Imbuhan

Perbankan • Program Latihan Dalaman : Pembangunan Semasa Perbankan dan Kewangan Islam • Persidangan Kemuncak Perbankan Malaysia ke-13: “Menempuh Krisis Kewangan Global – Pembaharuan dan

Kebangkitan Semula Perbankan” • Dialog bersama Dato’ Razif, Timbalan Gabenor, BNM mengenai “Perbankan Islam – Jalan Ke Hadapan” • Seminar mengenai Kelas Induk untuk Lembaga Pengarah Bank Islam • Seminar Aliran dan Bentuk Pencegahan Pengubahan Wang Haram & Pembanterasan Pembiayaan Keganasan

(AML/ CFT)

Perakaunan & ekonomi • Tun Ismail Ali Mempengerusi : Syarahan Awam mengenai Perbandingan Krisis Kewangan : Jepun dan Asia pada

tahun 1997 – 1998 berbanding Amerika Syarikat pada tahun 2008 – 2009 • Forum mengenai Instrumen Kewangan FRS 139 : Pengiktirafan & Pengukuran yang bertajuk “Cabaran-cabaran

dalam Melaksanakan FRS 139”

Page 43: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009106

5. FUNGSI AUDIT DALAMAN

Jawatankuasa Audit dibantu oleh Jabatan Audit Dalaman (“IAD”) dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Fungsi audit dalaman ditubuhkan untuk menambah nilai dan mempertingkatkan operasi Kumpulan dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang bebas, jaminan objektif dan rundingan menerusi auditnya ke atas operasi utama Kumpulan dan juga untuk memastikan kekonsistenan di dalam persekitaran kawalan dan penggunaan pakai polisi dan prosedur. Ketua Jabatan Audit Dalaman melapor terus kepada Jawatankuasa Audit untuk mengekalkan keobjektifan fungsi audit dalaman.

Jabatan Audit Dalaman melaksanakan fungsi audit dalaman berdasarkan pelan audit yang dikaji semula dan diluluskan oleh Jawatankuasa Audit. Pelan audit meliputi antaranya kajian semula ke atas kecukupan kawalan operasi, pengurusan risiko, pematuhan ke atas prosedur yang ditetapkan, undang-undang dan peraturan, kualiti aset, kecekapan pengurusan, sistem aplikasi komputer dan rangkaian telekomunikasi.

Butir-butir lanjut mengenai aktiviti Jabatan Audit Dalaman dinyatakan di dalam Penyata Fungsi Audit Dalaman pada muka surat 107.

LAPORANJAwATANKUASA AUDIT (samb’)

Page 44: PeNyATA TADbIR URUS KORPORAT - lonpac.com · Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi ... (ESP) Kerajaan. Tiga (3) orang lagi

LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2009 107

PeNyATA FUNGSI AUDIT DALAMAN

Fungsi audit dalaman merupakan sebahagian penting rangka kerja jaminan dan misi utamanya ialah untuk memberi jaminan tentang kecukupan dan keberkesanan risiko, kawalan dan rangka kerja proses tadbir urus Kumpulan. Jabatan Audit Dalaman telah ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi audit dalaman di dalam Kumpulan untuk menambah nilai dan mempertingkatkan operasi Kumpulan dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang bebas, jaminan objektif dan rundingan menerusi auditnya ke atas operasi utama Kumpulan dan juga untuk memastikan kekonsistenan di dalam persekitaran kawalan dan pengurusan polisi dan prosedur.

Ketua Jabatan Audit Dalaman melapor terus kepada Jawatankuasa Audit untuk mengekalkan keobjektifan fungsi audit dalaman. Kedudukan, objektif, kebebasan, kuasa, peranan dan tanggungjawab, sumber, khidmat luar dan skop kerja audit bagi Jabatan Audit Dalaman disebut dengan jelas dalam Piagam Audit Dalaman.

Jabatan Audit Dalaman melaksanakan fungsi audit dalaman berdasarkan pelan tahunan audit yang dikaji semula dan diluluskan oleh Jawatankuasa Audit. Pelan audit merangkumi kajian semula ke atas kecukupan kawalan operasi, pengurusan risiko, pematuhan ke atas prosedur yang ditetapkan, undang-undang dan peraturan, kualiti aset, kecekapan pengurusan, sistem aplikasi komputer dan rangkaian telekomunikasi. Jawatankuasa Audit juga mengkaji semula kecukupan skop, fungsi, kecekapan dan sumber fungsi audit dalaman untuk memastikan ianya diperlengkapkan secukupnya dengan juruaudit dalaman yang mahir dan berkebolehan.

Pendekatan audit berdasarkan risiko digunakan untuk memastikan aktiviti yang berisiko tinggi dalam bahagian yang boleh diaudit, diaudit pada setiap tahun. Pendekatan ini dibentuk bagi menilai dan mengukuhkan pengurusan risiko, kawalan dan proses tadbir urus untuk membantu pihak pengurusan mencapai matlamat korporat. Audit ini juga membantu untuk memastikan kesesuaian kawalan disediakan, diguna pakai dengan berkesan dan mencapai pendekatan risiko berpatutan selaras dengan polisi pengurusan risiko Kumpulan.

Di sepanjang tahun, Jabatan Audit Dalaman melaksanakan pelbagai tugasan audit dalaman selaras dengan pelan audit yang konsisten dengan matlamat organisasi. Jabatan Audit Dalaman menilai kecukupan dan keberkesanan kawalan utama kepada tindak balas risiko dalam tadbir urus Kumpulan, operasi dan sistem maklumat mengenai:

• Kesesuaian, kebolehpercayaan, integriti, ketepatan, kesempurnaan dan ketepatan masa maklumat kewangan dan operasi;

• Kecukupan kawalan bagi melindungi aset-aset Kumpulan;

• Kecukupan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman;

• Pematuhan terhadap polisi, prosedur-prosedur, peraturan, arahan garis panduan, undang-undang dan peraturan;

• Integriti dalam mengukur risiko, kecukupan kawalan dan sistem pelaporan dan pematuhan ke atas polisi dan prosedur pengurusan risiko yang diluluskan;

• Keberkesanan Sistem Maklumat dalam menyokong aktiviti perniagaan dan kecukupan kawalan terhadap pengurusan Sistem Maklumat, sistem pembangunan dan pengaturcaraan, operasi komputer dan keselamatan, dan integriti data;

• Kualiti dan keberkesanan dasar ujian tekanan;

• Sifat urusniaga pihak berkaitan dan situasi percanggahan kepentingan yang boleh menimbulkan persoalan tentang integriti pengurusan; dan

• Tahap komitmen kepada Pengurusan Perlanjutan Perniagaan (“BCM”) dan kesiapsediaan keseluruhan terhadap keperluan-keperluan polisi dan regulatori BCM Kumpulan, dan kecukupan dan keberkesanan ujian Pelan Perlanjutan Perniagaan dan Pelan Pemulihan Bencana.

Laporan Audit Dalaman yang disediakan oleh Jabatan Audit Dalaman diperbincangkan oleh Jawatankuasa Audit dan cadangan-cadangan diambil tindakan oleh pihak pengurusan dengan sewajarnya. Kajian semula susulan yang dikendalikan oleh Jabatan Audit Dalaman untuk memastikan semua masalah yang timbul dari setiap audit dibincangkan dengan sewajarnya oleh pihak yang diaudit/ pengurusan.

Jabatan Audit Dalaman mengambil bahagian dengan peranan sebagai perunding sebelum pelaksanaan projek-projek baru IT dalam menyelia isu-isu kawalan untuk memastikan prosedur kawalan disediakan bagi mengurangkan risiko yang telah dikenal pasti.

Semua aktiviti audit dalaman dilaksanakan sendiri.

Jumlah kos ditanggung untuk menguruskan Jabatan Audit Dalaman pada tahun 2009 adalah sebanyak RM1,402,000.

Ringkasan mengenai kos audit dalaman adalah seperti berikut:

Kategori Kos Rm‘000 % daripada

jumlah kos

Tenaga manusia 1,347 96.08latihan 9 0.64Perjalanan (termasuk penginapan) 46 3.28Jumlah 1,402 100.00