33
PENILAIAN TERHADAP KAJIAN IMPAK TEKNOLOGI `KNAPSACK SPRAYER’ (M-SPRAY) DIKALANGAN PENGGUNA DI SEMENANJUNG MALAYSIA Mohd Johaary Abdul Hamid & Abu Kasim Ali ABSTRACT The survey assesment on impact technology of knapsack sprayer (M-Spray) by users had been conducted in Peninsular Malaysia by using the structured questionairre. There is 101 respondents had been sample by using random sampling methods from 243 populations who were identified. The instruments of the studied had been analized by using discripitive statistics, correlation Pearson’s and crosstabulation. The findings had showed, the acceptanced of M-Spray technology users are very influenced with the factors of education background (.0004) and income (.0043) because it have a significant different with the agencies which are transfer it. The respondent assesment about M-Spray technology had showed that, the strenghts of the technologies were have light tanks, compact and strong because it had been produced by quality plastic (92.1%), stable when it had put on the ground (81.2%), comfortable when used it because the design fits the body shape (78.3%), easy and users family to operate (77.2%) and the tank mouth is big and deep, so the water / pesticide not easy to split out when it had pour (76.3%). Another factor like tank base is not sharp, spray lance is long and front end is curved, level linkage which is connected to the pump not easy to crooked, huge quality belts/straps and nozzle hole is delicate. Nevertheless, besides the technology M-Spray strenghts, the weaknesses such as difficult to get a spareparts, the price is quite expensive in the market, high maintainance cost and the gadget easy to leaking which needs more serius attention 1

Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

PENILAIAN TERHADAP KAJIAN IMPAK TEKNOLOGI

`KNAPSACK SPRAYER’ (M-SPRAY) DIKALANGAN PENGGUNA

DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Mohd Johaary Abdul Hamid & Abu Kasim Ali

ABSTRACT

The survey assesment on impact technology of knapsack sprayer (M-Spray) by users had been conducted in Peninsular Malaysia by using the structured questionairre. There is 101 respondents had been sample by using random sampling methods from 243 populations who were identified. The instruments of the studied had been analized by using discripitive statistics, correlation Pearson’s and crosstabulation. The findings had showed, the acceptanced of M-Spray technology users are very influenced with the factors of education background (.0004) and income (.0043) because it have a significant different with the agencies which are transfer it. The respondent assesment about M-Spray technology had showed that, the strenghts of the technologies were have light tanks, compact and strong because it had been produced by quality plastic (92.1%), stable when it had put on the ground (81.2%), comfortable when used it because the design fits the body shape (78.3%), easy and users family to operate (77.2%) and the tank mouth is big and deep, so the water / pesticide not easy to split out when it had pour (76.3%). Another factor like tank base is not sharp, spray lance is long and front end is curved, level linkage which is connected to the pump not easy to crooked, huge quality belts/straps and nozzle hole is delicate. Nevertheless, besides the technology M-Spray strenghts, the weaknesses such as difficult to get a spareparts, the price is quite expensive in the market, high maintainance cost and the gadget easy to leaking which needs more serius attention from the technology generator (inventor). Beside that, the satisfaction about the performance and capacity of M-Spray technology is quite low if it had been compared to others knapsack sprayer. That’s mean, the capability of M-Spray technology needs to increase the quality to become better or compete with others knapsack spayer. So, there are some suggestions which is recommended to value-added the M-Spray technology and to organized the special clinics for the users to maintans the M-Spray technology. Therefore, it can give a hope to all the problems which is facing the users like leaking, the maintanance cost and the spareparts can be minimize.

Keyword : impact technology, knapsack sprayer, users

1

Page 2: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

ABSTRAK

Survei terhadap penilaian impak teknologi knapsack sprayer (M-Spray) dikalangan pengguna ini dijalankan di Semenanjung Malaysia dengan menggunakan borang soalselidik berstruktur. Sebanyak 101 orang responden telah dijadikan sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah daripada sejumlah 243 orang populasi yang dikenalpasti. Instrumen kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan statistik diskriptif, korelasi Pearson’s serta crosstabulation. Dapatan kajian menunjukkan, penerimaan pengguna teknologi M-Spray ini sangat bergantung kepada faktor kelulusan/tahap pendidikan (.0004) serta pendapatan (.0043) kerana ianya mempunyai hubungan perbezaan yang signifikan terhadap agensi-agensi yang menyebarkannya. Penilaian responden mengenai teknologi M-Spray pula menunjukkan bahawa, kelebihan teknologi ini adalah tangkinya yang ringan, padat dan kuat kerana diperbuat daripada plastik yang berkualiti (92.1%), stabil apabila diletakkan di atas tanah (81.2%), selesa ketika digunakan kerana rekabentuknya sesuai dengan bentuk badan (78.3%), senang dan mudah dikendalikan (77.2%) serta mulut tangkinya yang besar dan dalam menyebabkan racun / air tidak mudah memercik keluar ketika pengisian dilakukan (76.3%). Faktor-faktor lain seperti alas tangki yang tidak tajam, joran yang panjang dan melengkung di depan, penyambung tuil kepada pam yang tidak mudah bengkok, tali galas yang lebar dan berkualiti bagi membolehkan ianya dilaraskan serta lubang nozel yang halus dan mengeluarkan semburan yang halus dan serata turut menjadi pilihan kepada responden. Namun begitu, disebalik kelebihan teknologi M-Spray, masih terdapat juga kelemahannya seperti susah untuk mendapat alat ganti, harganya mahal di pasaran, kos penyelenggaraan tinggi serta peralatannya mudah bocor perlu diberi perhatian yang serius oleh penjana teknologi (inventor). Selain itu, tahap ketidakpuasan pengguna terhadap prestasi serta kemampuan teknologi M-Spray ini pula agak rendah apabila dibuat perbandingan terhadap knapsack sprayer daripada jenis lain. Ini menunjukkan bahawa, keupayaan teknologi M-Spray ini perlu dipertingkatkan supaya ianya lebih baik atau setanding dengan knapsack sprayer daripada jenis lain. Di antara cadangan penyelesaian yang disyorkan adalah dengan menambahbaik lagi teknologi M-Spray yang sedia ada serta mengadakan klinik khas kepada pengguna teknologi bagi menyelenggara segala bentuk kesulitan atau kerosakan yang dialami oleh M-Spray. Dengan adanya klinik khas ini, diharapkan sedikit sebanyak permasalahan berkaitan dengan kebocoran, kos penyelenggaraan serta alat ganti dapat diminimakan.

2

Page 3: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

PENGENALAN

Di kebanyakan negara-negara membangun di Asia, teknologi knapsack sprayer

telah digunakan secara meluas dikalangan pekebun-pekebun kecil terutama

sekali oleh petani yang mengamalkan penyemburan pestisid (Lim 1983).

Menurut Heong (1984), perkara ini juga berlaku di Malaysia di mana,

kebanyakan petani kecil-kecilan masih lagi menggunakan knapsack sprayer

sebagai alat yang popular dikalangan pengamal yang menggunakan pestisid

untuk tanaman seperti padi, tembakau dan sayur-sayuran.

Kebanyakan petani ini menggunakan knapsack sprayer yang dihasilkan

oleh pengilang-pengilang tempatan (Anas et al, 1987). Terdapat sebanyak tujuh

buah kilang tempatan yang terletak di Kluang, Johor yang mengeluarkan

sebanyak 300,000 unit spray setahun dengan menggunakan 10 hingga 15

jenama yang berbeza.

Namun begitu, Anas (1987) telah menyatakan bahawa kebanyakan

knapsack sprayer yang dihasilkan oleh syarikat tempatan tidak dihasilkan

dengan baik serta tidak memenuhi minimum standard serta paiwaian yang

ditetapkan oleh World Health Organization (WHO).

3

Page 4: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Ini menyebabkan, kebanyakan knapsack sprayer itu mempunyai kualiti

penghasilan yang kurang baik kerana mereka bersaing sesama sendiri untuk

meningkatkan hasil jualan dengan cara mengurangkan harga kos tanpa

menghiraukan kualiti yang dihasilkan.

Akibatnya, banyak jenama knapsack sprayer baru serta yang lebih

berkualiti tinggi telah di import dari negara luar seperti dari negara-negara

Eropah (Berthoud, Birchemeir, Cooper Pegler, Hardi dan Solo ) dan Jepun

(Maruyama) untuk memasuki pasaran tempatan. (Jusoh 1987)

Justeru itu, hasil penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik MARDI

terhadap knapsack sprayer yang lebih berkualiti tinggi telah berjaya

mengkomersilkan knapsack sprayer yang diberi nama M-Spray. Rekabentuk

teknologi M-Spray ini telah dipatenkan serta dilindungi dan telah mendapat

pengiktirafan di peringkat antarabangsa serta dari SIRIM Berhad bagi mencapai

standard serta piawaian yang digunapakai bagi sesuatu knapsack sprayer.

Natijahnya, suatu memorandum persefahaman telah di adakan di antara

syarikat Marditech Corp. Sdn. Bhd dengan Metraplas Holding Sdn Bhd bagi

mengkomersilkan teknologi M-Spray ini. Hasil usaha sama ini (joint venture)

maka syarikat ini telah digabungkan menjadi satu syarikat yang dikenali sebagai

Marditech Plas Sdn Bhd yang berperanan memperluaskan lagi pasaran teknologi

M-Spray ini di dalam dan di luar negara.

4

Page 5: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Teknologi M-Spray diperbuat dari material plastik yang ringan serta

berkualiti tinggi serta mampu menyimpan 16 liter atau 4 gelen air atau racun

apabila ianya diisi dengan penuh. Rekabentuk tangkinya juga dibuat untuk

mendapatkan keselesaan yang maksimum kepada operator atau pengguna serta

mempunyai ciri-ciri yang tahan lasak.

Sehubungan itu, kajian penilaian impak teknologi M-Spray ke atas

pengguna teknologi ini perlu dilakukan untuk (i) mengukur tahap penerimaan

teknologi knapsack sprayer (M-Spray) dikalangan pengguna dengan tahap

penyebarannya; (ii) menilai tahap penggunaan teknologi M-Spray dikalangan

pengguna; dan (iii) menentukan tahap prestasi teknologi M-Spray dengan

kepuasan pengguna yang pernah menggunakan knapsack sprayer daripada

jenis lain serta perbandingannya dengan teknologi M-Spray.

METODOLOGI KAJIAN

Survei bagi memperoleh maklumat primer daripada pengguna yang

menggunakan teknologi knapsack sprayer (M-Spray) telah dilakukan pada bulan

September hingga Disember 2005. Ia dilakukan secara temubual bersemuka

dengan menggunakan soal selidik berstruktur serta mengepos borang kajiselidik

tersebut kepada responden serta dikembalikan semula ke dalam sampul surat

5

Page 6: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

bersetem yang beralamat Institut untuk dianalisis. Soal selidik merangkumi

empat bahagian yang utama iaitu mengenai Profail Responden, Tahap

Penerimaan Teknologi M-Spray, Penilaian Teknologi M-Spray dan Prestasi

Teknologi M-Spray.

Responden yang dipilih adalah berdasarkan persampelan rawak mudah

yang dibuat terhadap semua pengguna teknologi ini yang berjumlah 243 orang.

Sumber maklumat mengenai bilangan pengguna teknologi ini diperoleh daripada

stesen-stesen MARDI negeri, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),

Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Felcra Agro serta jualan sempena ekspo

MAHA 2004 oleh Syarikat Metra Plas Sdn Bhd.

Kaedah Pengumpulan Data

Populasi pengguna teknologi knapsack sprayer (M-Spray) di ambil daripada

setiap negeri-negeri di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebanyak sembilan buah

negeri iaitu Johor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan,

Pahang, Pulau Pinang dan Selangor / Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi

persampelan. Berdasarkan saiz sampel serta statistik yang dilakukan terhadap

kajian ini, sebanyak 101 responden telah dipilih secara persampelan rawak

mudah.

6

Page 7: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Peratusan Bilangan Responden Yang Dipilih (%)

Analisis Data

Semua data dianalisis dengan menggunakan Program SPSS (Statistical

Package for Social Science). Instrumen statistik adalah dengan menggunakan

frekuensi deskriptif (frekuensi, min, peratus dan sisihan piawai) , korelasi

Pearson’s dan Crosstabulation.

Batasan Kajian

Masalah utama yang dihadapi ialah tidak ada satu pangkalan data khusus yang

dibangunkan oleh penjana teknologi (Marditech Plas Sdn Bhd) bagi menyimpan

profil nama, alamat lengkap serta nombor perhubungan pengguna-pengguna

teknologi M-Spray ini di seluruh pelusuk negara semenjak ia dikomersilkan.

Justeru, bilangan populasi adalah terhad kepada pengguna yang terdiri daripada

pekerja am rendah (buruh) di stesen-stesen MARDI, pembeli dari kedai-kedai

LPP / LPN / Felcra Agro serta penjualan dari pameran MAHA 2004. Ini

7

Page 8: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

menyebabkan jumlah sebenar pengguna yang menggunakan teknologi ini tidak

dapat diperolehi dengan secara tepat kerana ketiadaan alamat tetap pengguna

teknologi knapsack sprayer M-Spray.

PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

Daripada 101 responden yang dikaji, majoriti umur responden ialah diantara 41-

50 tahun iaitu 49.5%, manakala kekerapan umur responden yang terendah ialah

kurang daripada 20 tahun iaitu 1.0%.

Jadual 1 : Umur Responden

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid Kurang 20 tahun 1 1.0 1.0 1.0

21-30 tahun 11 10.9 10.9 11.9

31-40 tahun 21 20.8 20.8 32.7

41-50 tahun 50 49.5 49.5 82.2

51-60 tahun 16 15.8 15.8 98.0

61-70 tahun 2 2.0 2.0 100.0

Total 101 100.0 100.0

Dari segi tahap pendidikan, majoriti responden iaitu 84.2% memiliki kelulusan

minima sekurang-kurangnya tamat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Hanya 10.9% dan 5.0% sahaja yang memiliki sijil/diploma dan ijazah/sarjana.

Manakala, 3.0% responden tidak bersekolah.

Jadual 2 : Tahap Pendidikan Tertinggi Responden

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid Tidak Sekolah 3 3.0 3.0 3.0

Sekolah Rendah 47 46.5 46.5 49.5

Sekolah Menengah 35 34.7 34.7 84.2

Sijil/Diploma 11 10.9 10.9 95.0

Ijazah/Sarjana 5 5.0 5.0 100.0

Total 101 100.0 100.0

8

Page 9: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Jadual 3 menunjukkan bahawa min pendapatan responden adalah sebanyak RM

1,198.05 dan min responden terlibat dengan aktiviti pertanian adalah 14.09

tahun. Ini menunjukkan bahawa, kebanyakan pengguna teknologi M-Spray ini

adalah terdiri daripada orang yang memang berpengalaman di dalam sektor

pertanian.

Jadual 3 : Frekuensi Diskriptif Tahun Responden Terlibat Dengan Bidang Pertanian dan Pendapatan Yang Diperolehi

N Minimum Maximum MinStd.

DeviationThn Terlibat Dengan Bidang Pertanian

99 1 33 14.09 9.862

Pendapatan 94 RM 450 RM 5,500 RM 1,198.05 RM 761.222Valid N (listwise) 92

Penerimaan Teknologi M-Spray Dikalangan Pengguna Dengan Tahap

Penyebarannya

Analisis korelasi Pearson’s digunakan untuk menentukan hubungan yang

signifikan antara faktor penerimaan teknologi M-Spray dikalangan responden

dengan faktor penyebarannya. Berdasarkan Jadual 4, faktor kelulusan (tahap

pendidikan) mempunyai nilai yang signifikan dengan faktor agensi iaitu 0.004.

Disamping itu, faktor tahun pengguna mula tahu (kesedaran) mengenai teknologi

M-Spray (0.034) serta faktor tahun pengguna mula menggunakan teknologi M-

Spray (0.006) juga turut memberi hubungan yang signifikan terhadap faktor

kelulusan responden.

9

Page 10: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Selain itu, pendapatan responden juga turut menyumbang terhadap hubungan

yang signifikan dengan faktor agensi iaitu 0.043. Oleh yang demikian, faktor

penerimaan iaitu kelulusan serta pendapatan responden adalah amat signifikan

dengan faktor penyebarannya melalui agensi, tahun responden mula tahu

(kesedaran) serta tahun responden mula menggunakan teknologi M-Spray.

Jadual 4 : Faktor Penerimaan Teknologi M-Spray Dikalangan Responden Dengan Faktor Penyebarannya.

Media Agensi Sumber lainTahun

Mula TahuTahun Mula

Guna

Umur Pearson Correlation

-.015 -.031 .302 .022 -.001

Sig. (2-tailed) .952 .772 .125 .828 .996 N 18 92 27 101 101

Tahun Terlibat Dengan Pertanian

Pearson Correlation

-.180 -.143 .145 .005 .012

Sig. (2-tailed) .489 .180 .481 .964 .910 N 17 90 26 99 99

Kelulusan Pearson Correlation

.039 -.297(**) .033 -.211(*) -.270(**)

Sig. (2-tailed) .879 .004 .870 .034 .006 N 18 92 27 101 101

Pendapatan Pearson Correlation

-.179 -.220(*) .304 .098 .107

Sig. (2-tailed) .506 .043 .132 .347 .303 N 16 85 26 94 94

Korelasi Pearsons** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).* Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

Majoriti responden yang mempunyai kesedaran mengenai teknologi M-Spray

serta mula mengambil tindakan untuk menggunakan teknologi ini adalah pada

tahun 2002 iaitu sebanyak 76.2% dan 73.3%. Namun begitu, tahun-tahun

berikutnya mencatatkan penurunan yang agak drastik mengenai kesedaran dan

penggunaan teknologi M-Spray dikalangan responden.

10

Page 11: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Jadual 5 : Kesedaran Mengenai Teknologi M-Spray dan Tindakan Menggunakannya

TAHUN

TAHUN MULA TAHU TAHUN MULA GUNA

Frequency PercentValid

PercentCumulative

Percent Frequency PercentValid

PercentCumulative

PercentTahun 2005

2 2.0 2.0 2.0 5 5.0 5.0 5.0

Tahun 2004

2 2.0 2.0 4.0 2 2.0 2.0 6.9

Tahun 2003

20 19.8 19.8 23.8 20 19.8 19.8 26.7

Tahun 2002

77 76.2 76.2 100.0 74 73.3 73.3 100.0

Total 101 100.0 100.0 101 100.0 100.0

Diantara agensi yang cukup berpengaruh yang menyebarkan teknologi M-Spray

kepada responden ialah MARDI (74.3%), LPP/PPN (12.9%), Marditech Plas

Sdn Bhd (3.0%) dan Jabatan Pertanian (1.0%). Butiran terperinci terdapat di

dalam Jadual 6.

Jadual 6: Agensi Terlibat Yang Memperkenalkan & Menyebarkan Teknologi M-Spray Dikalangan Responden

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid Marditech Plas Sdn Bhd 3 3.0 3.3 3.3

LPP/PPN 13 12.9 14.1 17.4

Jabatan Pertanian 1 1.0 1.1 18.5

MARDI 75 74.3 81.5 100.0

Total 92 91.1 100.0Missing System 9 8.9Total 101 100.0

Penilaian Terhadap Teknologi M-Spray

Sebanyak 101 responden telah membuat penilaian mengenai kekuatan dan

kelemahan teknologi M-Spray ini. Butiran terperinci adalah seperti di dalam

Jadual 7.

11

Page 12: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Jadual 7 : Peratus (%) Kekuatan & Kelemahan Teknologi M-Spray Dari Perspektif Responden

Perkara Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju Sangat Setuju

Senang dan mudah dikendalikan (users friendly)

1.0 14.9 6.9 68.3 8.9

Tahan lasak (tidak mudah rosak) 0 23.8 16.8 47.5 11.9

Selesa digunakan kerana rekabentuknya sesuai dengan bentuk badan

0 13.9 7.9 73.3 5.0

Takat penanda aras (volume marking) mudah dilihat dengan jelas

2.0 16.8 9.9 62.4 7.9

Tangkinya ringan, padat dan kuat kerana diperbuat dari plastik yang berkualiti

1.0 2.0 5.0 77.2 14.9

Stabil apabila diletakkan di atas tanah (tidak mudah tumbang)

0 12.9 5.9 77.2 4.0

Cylinder, Pressure Chamber, Hose, Spraying Extension dan Hose Clip tidak mudah bocor

5.9 29.7 19.8 42.6 2.0

Penyambung tuil (Hose/Lever Linkage) kepada pam tidak mudah bengkok menyebabkan kerja-kerja pengepaman menjadi lebih lancar

2.0 12.9 11.9 65.3 5.9

Skru tidak mudah tercabut/tertanggal

1.0 24.8 14.9 52.5 5.0

Lubang nozel halus (kurang 1mm) dapat mengeluarkan titisan semburan yang halus dan serata

1.0 18.8 13.9 60.4 5.9

Mulut tangki yang besar dan dalam menyebabkan racun atau air tidak mudah memercik keluar semasa proses menuangkannya

0 13.9 9.9 71.3 5.0

Joran (Spraying Extension/Lance) 0 15.8 9.9 67.3 5.9

12

Page 13: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

yang panjang dan melengkung di depan Twin Elbow untuk memudahkan penyemburan dilakukan ke arah tempat yang dikehendaki

Muncung atau nozzle tidak mudah tersumbat kerana terdapat penapis (filter) yang mempunyai lubang yang halus bagi mengelakkannya dari dimasuki benda asing.

2.0 27.7 4.0 59.4 5.9

Tali galas (belt/straps) yang lebar dan berkualiti memudahkan ianya dilaraskan mengikut bentuk badan pengguna serta dapat menampung berat tangki yang penuh.

0 19.8 8.9 65.3 5.9

Alas bawah tangki (Tank Base) tidak tajam dan tidak akan mencederakan belakang / punggung pengguna semasa dioperasikan.

0 17.8 7.9 68.3 5.9

Senang untuk memperolehi alat ganti

2.0 24.8 37.6 30.7 2.0

Harganya murah di pasaran 0 8.9 47.5 28.7 4.0

Kos penyelenggaraan rendah 1.0 6.9 38.6 33.7 6.9

Diantara kelebihan utama teknologi M-Spray dari perspektif responden adalah

tangkinya ringan, padat dan kuat kerana diperbuat dari plastik yang berkualiti

iaitu 92.1%. Selain itu, responden juga menyatakan ianya stabil apabila

diletakkan di atas tanah serta tidak mudah tumbang iaitu 81.2%. Faktor

keselesaan apabila digunakan (78.3%), mudah/senang dikendalikan (77.2%)

13

Page 14: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

serta mulut tangkinya yang besar dan dalam turut menjadi faktor penggalak

responden untuk memilihnya.

Alas tangki (Tank Base) yang tidak tajam (74.2%), joran (lance) yang

panjang dan melengkung di depannya (73.2%), penyambung tuil (hose) kepada

pam yang tidak mudah bengkok (71.2%), tali galas (straps) yang lebar dan

berkualiti bagi memudahkan ianya dilaraskan mengikut bentuk badan dan

menampung berat tangki yang penuh (71.2%) serta takat penanda aras yang

mudah dilihat dengan jelas (70.3%) juga merupakan faktor yang tidak kurang

pentingnya dikalangan responden.

Selain itu, muncung nozel yang halus (66.3%) dan tidak mudah tersumbat

(65.3%) , tangkinya tahan lasak (59.4%) serta skrunya yang tidak mudah

tercabut (57.5%) turut menjadi pilihan dikalangan responden.

Disamping kelebihannya, teknologi M-Spray juga mempunyai

kelemahannya yang tersendiri iaitu Cylinder, Pressure Chamber, Hose, Spraying

Extension dan Hose Clip mudah bocor, kos penyelenggaraan yang tinggi,

harganya yang mahal di pasaran serta sukar untuk mendapat alat ganti

merupakan faktor utama kelemahan teknologi M-Spray dikalangan responden.

Prestasi Teknologi M-Spray

Daripada 101 orang responden, majoriti masih menggunakan lagi teknologi M-

Spray iaitu sebanyak 63.3% responden. Manakala, 36.7% responden pula telah

berhenti serta tidak lagi menggunakan teknologi M-Spray ini kerana beberapa

sebab diantaranya:

14

Page 15: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

a) Banyak masalah yang timbul melibatkan peralatan;

b) Mudah rosak;

c) Tekanan tidak kuat untuk proses pengepaman;

d) Mudah tersumbat; dan

e) Mempunyai pilihan terhadap knapsack sprayer daripada jenis lain

Jadual 8 & 9 menunjukkan prestasi teknologi M-Spray yang mempengaruhi

faktor kepuasan responden terhadap penggunaan teknologi M-Spray, faktor

responden yang pernah menggunakan knapsack sprayer daripada jenis lain

serta faktor perbandingan terhadap teknologi M-Spray dengan knapsack sprayer

dari jenis lain. Alatan statistik yang digunakan bagi menguji ketiga-tiga faktor ini

adalah dengan menggunakan crosstabulation .

Jadual 8: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Teknologi M-Spray

Cases

Valid Missing Total

N Percent N Percent N PercentPernah Guna Jenis Lain * Perbandingan M-Spray Dengan Jenis Lain * Berpuashati Dengan M-Spray

86 85.1% 15 14.9% 101 100.0%

15

Page 16: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Jadual 9: Tahap prestasi Teknologi M-Spray Dengan Faktor Berpuashati, Pernah Guna Knapsack Jenis Lain serta Perbandingannya Dengan Knapsack Sprayer Jenis Lain

Berpuashati Dengan M-Spray

Perbandingan M -Spray Dengan_Jenis_Lain Total

Lebih baikTiada

Perbezaan Kurang baik Tidak Tahu Ya Pernah Guna

Jenis LainYa

19 10 2 1 32

Tidak

1 1 0 1 3

Total

20 11 2 2 35

TidakPernah Guna Jenis Lain

Ya9 5 23 2 39

Tidak 0 0 1 0 1 Total 9 5 24 2 40

Tidak pasti Pernah Guna Jenis Lain

Ya1 3 4 8

Tidak 0 0 1 1 Total 1 3 5 9Sama sahaja Pernah Guna

Jenis LainYa

1 1 2

Total 1 1 2

Berdasarkan Jadual 9, sebanyak 32 orang responden yang pernah

menggunakan knapsack sprayer daripada jenis lain berpuashati dengan prestasi

teknologi M-Spray. Daripada jumlah itu, sebanyak 19 orang responden

menyatakan ianya adalah lebih baik dari knapsack sprayer daripada jenis lain

berbanding 10 responden menyatakan ianya tiada beza, 2 orang responden

menyatakan teknologi M-Spray kurang baik dan hanya seorang responden tidak

tahu mengenai perbandingan yang dibuat di antara M-Spray dengan knapsack

sprayer daripada jenis lain.

Walau bagaimanapun, bilangan responden yang pernah menggunakan

knapsack sprayer daripada jenis lain yang tidak berpuashati dengan prestasi

16

Page 17: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

teknologi M-Spray mencatatkan junlah yang agak tinggi iaitu sebanyak 39

responden. Di mana, sebanyak 23 responden menyatakan ianya kurang baik

berbanding dengan knapsack sprayer daripada jenis lain, 9 responden

menyatakan ianya adalah lebih baik, 5 responden menyatakan ianya tiada beza

serta dua responden menyatakan tidak tahu mengenai perbandingan di antara

teknologi M-Spray dengan knapsack sprayer daripada jenis lain.

Ini menunjukkan bahawa, kebanyakan responden adalah tidak

berpuashati dengan prestasi teknologi M-Spray ini sekiranya perbandingan

dilakukan terhadap responden yang pernah menggunakan teknologi knapsack

sprayer daripada jenis lain. Ini terbukti di dalam jadual 10 menunjukkan

sebanyak 44.6% responden yang tidak berpuashati dengan teknologi M-Spray

berbanding 40.6% yang berpuashati dengan prestasinya.

Jadual 10 : Tahap kepuasan pengguna terhadap teknologi M-Spray

Berpuashati

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid Ya 41 40.6 42.3 42.3

Tidak 45 44.6 46.4 88.7

Tidak pasti 9 8.9 9.3 97.9

Sama sahaja 2 2.0 2.1 100.0

Total 97 96.0 100.0Missing System 4 4.0Total 101 100.0

17

Page 18: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Disamping itu juga, tahap kepuasan pengguna teknologi M-Spray juga

turut mempengaruhi minat pengguna untuk menggunakannya pada masa atau

tahun akan datang di mana hanya 46.5% sahaja yang bersetuju untuk terus

menggunakannya berbanding 15.8% yang tidak mahu lagi untuk

menggunakannya serta 26.7% lagi yang tidak pasti untuk terus

menggunakannya. Jadual 11 menunjukkan butiran pengguna yang akan terus

menggunakan teknologi M-Spray pada tahun hadapan.

Jadual 11 : Responden yang akan menggunakan teknologi M-Spray pada masa atau tahun hadapan

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid Ya 47 46.5 52.2 52.2

Tidak 16 15.8 17.8 70.0

Tidak pasti 27 26.7 30.0 100.0

Total 90 89.1 100.0Missing System 11 10.9Total 101 100.0

CADANGAN & PERBINCANGAN

Penerimaan Teknologi M-Spray Oleh Responden Serta Tahap

Penyebarannya

Keputusan kajian menunjukkan faktor penerimaan teknologi M-Spray iaitu

kelulusan (tahap pendidikan) responden mempunyai hubungan yang sangat

signifikan dengan tahap penyebarannya yang terdiri daripada agensi-agensi

seperti MARDI, Marditech Plas Sdn Bhd, LPP/PPN serta Jabatan Pertanian.

18

Page 19: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Disamping itu, faktor penerimaannya juga sangat signifikan dengan tahap

penyebarannya melalui kesedaran responden semenjak tahun ia mula-mula tahu

mengenai teknologi M-Spray serta tindakan responden untuk menggunakan

teknologi ini. Maka bolehlah disimpulkan bahawa, semakin berpendidikan

responden itu, semakin mudah untuk ia menerima penyebaran teknologi M-

Spray yang dikomersialkan melalui agens-agensi terbabit.

Selain itu, faktor pendapatan responden juga turut memainkan peranan

yang tidak kurang pentingnya di dalam menentukan hubungan yang signifikan

dengan tahap penyebaran teknologi M-Spray ini melalui agensi-agensi

berkenaan. Justeru, bolehlah disimpulkan bahawa pendapatan responden

memainkan peranan yang cukup penting bagi menunjukkan kuasa membeli

responden terhadap penyebaran teknologi M-Spray yang dikomersialkan oleh

agensi-agensi terbabit.

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian menunjukkan bahawa fokus

penjualan teknologi M-Spray oleh syarikat Marditech Plas Sdn Bhd hanya

tertumpu kepada agensi kerajaan semata-mata. Justeru itu, penyebaran

teknologi ini kepada agensi swasta yang lain juga perlu dipertingkatkan

pemasarannya disamping menembusi pasaran di negeri-negeri di luar

Semenanjung Malaysia iaitu seperti di negeri Sabah dan Sarawak serta negara-

negara luar.

19

Page 20: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Oleh yang demikian, harga yang ditawarkan kepada pengusaha daripada

agensi-agensi tempatan mahu pun di luar negara perlulah lebih kompetitif dan

berpatutan. Ini kerana daya saing yang diterima oleh syarikat pengeluaran

knapsack sprayer tempatan serta antarabangsa mampu menawarkan harga

yang lebih murah serta mempunyai kualiti yang setanding atau lebih baik

daripada teknologi M-Spray yang berada di pasaran.

Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Prestasi Teknologi M-Spray

Berdasarkan tahap kepuasan responden terhadap prestasi teknologi M-

Spray menunjukkan keadaan sebaliknya. Ini mungkin berpunca dari faktor

kelemahan-kelemahan yang terdapat pada teknologi M-Spray itu sendiri seperti

kesukaran untuk memperolehi alat ganti, harga seunitnya yang agak mahal, kos

penyelenggaraan yang tinggi, Cylinder, Pressure Chamber, Hose, Spraying

Extension dan Hose Clip mudah bocor, pamnya yang ketat / susah apabila

hendak mengepam serta air yang melimpah ke belakang apabila ianya diisi

dengan penuh.

Disamping itu, responden yang pernah menggunakan knapsack sprayer

dari jenis lain juga turut menunjukkan tahap signifikan yang rendah. Ini kerana

responden tidak berpuashati dengan tahap prestasinya yang kurang baik apabila

dibandingkan dengan knapsack sprayer jenis plastik yang lain serta knapsack

sprayer daripada jenis konvensional.

20

Page 21: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Ini berkemungkinan, responden merasakan knapsack sprayer jenis plastik

yang lain kurang menimbulkan masalah serta kelemahan berbanding teknologi

M-Spray. Disamping itu, terdapat juga responden yang sudah ‘terbiasa serta

lebih selesa’ apabila menggunakan knapsack sprayer dari jenis konvensional

yang diperbuat dari aloi atau logam yang kurang menimbulkan masalah atau

kerosakan yang melibatkan peralatan serta mudah untuk melakukan

pengepaman.

Sehubungan itu, berdasarkan pemerhatian serta kajian terhadap kekuatan

dan kelemahan yang dijalankan terhadap teknologi M-Spray ini, beberapa

cadangan serta penambahbaikan telah disyorkan oleh responden di antaranya

adalah:

a) Menjadikan rekabentuk knapsack sprayer (M-Spray) ini

bertambah baik dan menarik terutama sekali dari aspek

keselesaan serta mempunyai bentuk tangki yang agak

melengkung untuk disesuaikan dengan bentuk badan

pengguna.

b) Menggantikan penutup yang lebih rapat supaya air tidak

mudah melimpah keluar apabila ianya diisi dengan penuh.

c) Pam perlu diperbaiki supaya ia tidak ketat semasa mengepam

dalam tempoh yang lama.

21

Page 22: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

d) Menjadikan pam yang boleh dilaraskan pada tangan sebelah

kiri atau tangan kanan mengikut kesesuaian pengguna

sebagai alternatif kepada pengguna kidal.

e) Lubang nozel perlu diperbesarkan atau dibekalkan dengan

beberapa nozel yang mempunyai kehalusan yang berbeza

kerana setiap tanaman yang diusahakan adalah berbeza-beza

mengikut sesuatu komoditi.

f) Tali penggalas yang tidak mudah tercabut serta mempunyai

span/pads untuk keselesaan pengguna.

g) Publisiti dan Promosi perlu diperluaskan terutama di media

massa sama ada di media cetak atau elektronik bagi

meningkatkan pemasaran teknologi M-Spray ini kepada

pengguna sasaran.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini telah menghasilkan maklumat-maklumat yang

penting mengenai tahap penerimaan dan penyebaran teknologi ini dikalangan

pengguna serta tahap penilaiannya bagi mengenalpasti kekuatan serta

kelemahan teknologi M-Spray yang secara tidak langsung dapat mengenalpasti

tahap kepuasan pengguna terhadap prestasi teknologi ini.

22

Page 23: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

Sehubungan itu, adalah diharapkan dengan menyatakan kekuatan serta

kelemahan teknologi M-Spray ini disamping cadangan-cadangan untuk

menambah baik teknologi ini dapat membuka mata kepada penyelidik serta

inventor untuk terus melakukan penyelidikan secara berterusan bagi menambah

baik teknologi M-Spray ini dan seterusnya mengkomersilkan teknologi ini supaya

mendapat tempat di hati pengguna di dalam serta luar negara.

23

Page 24: Penyembur Galas (Knapsack Sprayer)

RUJUKAN

Anas, A.N.,M.M.Jusoh,K.L. Heong, N.K.Ho (1987) A Survey of Lever Operated Knapsack Sprayer Owned by The Rice Farmers in The MUDA Irrigation Scheme. Paper Presented at International Conference on Pesticides in Tropical Agriculture (23-25 Sept 1987), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

K.L Heong, M.M. Jusoh, N.K.Ho, and A.N.Anas (1987) Sprayer Usage Among Rice Farmers in The MUDA Area. Paper Presented at International Conference on Pesticides in Tropical Agriculture (23-25 Sept 1987), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

Md Jusoh, M.M., Anas, A.N., Heong, K.L.,Chan,C.W., Nik Mohd Nor,N.S.,Ho,N.K., Zaiton,A.S., Fauzi,A. (1987) Features of Lever Operated Knapsack Sprayer Considered Important by MUDA Rice Farmers in Deciding Which Sprayer To Buy. Paper Presented at International Conference on Pesticides in Tropical Agriculture (23-25 Sept 1987), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

Md Jusoh,M., A.N. Anas, and S.H.Sarif Hashim (1990) Towards Safer Pesticide Application Equipment For Small-Scale Farmers of Developing Asian Countries. Paper Presented at Symposium on the Impact of Pesticide Use on Health in Developing Countries. (14-22 September 1990) IDRC, Ottawa, Canada

Sidek Mohd Noah (2002) Rekabentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori dan Praktis. Universiti Putra Malaysia, Serdang

Thornhill, E.W. (1987). Lever-operated Sprayer Selection. Paper Presented at International Conference on Pesticides in Tropical Agriculture (23-25 Sept 1987), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

24