Peranan Dan Tanggungjawab Pengurus Dan Petugas Peperiksaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Petugas Peperiksaan

Citation preview

KANDUNGAN

KANDUNGAN

PerkaraMuka Surat

1.0PENGENALAN4

2.0SKOP4

3.0LATAR BELAKANG 4

4.0TERMA RUJUKAN5

5.0JAWATANKUASA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK PETUGAS PEPERIKSAAN6

6.0PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PETUGAS PEPERIKSAAN7

7.08.0SENARAI SEMAK PETUGAS-PETUGAS PEPERIKSAANPENUTUP 20115

9.0GLOSSARI116

10.0LAMPIRAN

Lampiran 1Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Lampiran 2Buku Arahan Keselamatan

Lampiran 3Pekeliling Operasi Persediaan Menghadapi Situasi Yang Boleh Menjejaskan Perjalanan Peperiksaan

Lampiran 4Panduan dan Rujukan: Tugas Membaca Pruf Mesin dan Pemantauan Kerja Percetakan Dan Pembekalan Bahan Sulit/Kertas Peperiksaan

Lampiran 5Prosedur Keselamatan Percetakan Bahan Sulit

Lampiran 6Senarai Semak Lawatan Pemantauan Percetakan Dan Penyampulan UPSR dan PMR

Lampiran 7Prosedur Penghantaran/Penerimaan Bahan Sulit/Tidak Sulit Kerajaan LP

Lampiran 8Panduan Pentadbiran Dan Keselamatan Operasi Buka Kotak (OBK)

Lampiran 9Garis Panduan Operasi Buka Kotak (OBK)

Lampiran 10Panduan Pengurusan Peperiksaan Awam

Lampiran 11Lampiran 12Lampiran 13Panduan Pengurusan Peperiksaan BertulisProsedur Keselamatan Lembaga Peperiksaan Prosedur Keselamatan Negeri

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya Lembaga Peperiksaan dapat menyediakan Garis Panduan Prosedur Pengurusan dan Pengendalian Peperiksaan yang merangkumi Senarai Semak Tindakan dan Proses Kerja Petugas Peperiksaan. Garis panduan ini akan menjadi landasan kepada semua petugas peperiksaan dalam menghadapi tugas dan tanggungjawab mereka semasa mengendalikan peperiksaan untuk menjamin dan mempertingkatkan mutu pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam. Lembaga Peperiksaan dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mengendalikan peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan. Pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut melibatkan ramai petugas peperiksaan yang terdiri daripada penjawat awam.Keutuhan serta kepercayaan umum terhadap peperiksaan yang kita kendalikan banyak bergantung kepada aspek keselamatan yang bermula dari awal item dibina sehinggalahke bilik/dewan peperiksaan. Justeru itu, semua petugas peperiksaan hendaklah memberi komitmen, tanggungjawab serta semangat kerja yang tinggi bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan baik, lancar, cekap dan selamat selaras dengan garis panduan yang disediakan.Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Penambahbaikan Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan yang telah menghasilkan dokumen ini. Semoga dengan adanya dokumen ini, pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam akan lebih terjamin dan selamat.

(DR. NAIMAH BINTI ISHAK)Pengarah PeperiksaanLembaga PeperiksaanKementerian Pelajaran Malaysia

GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK PETUGAS-PETUGAS PEPERIKSAAN

1.0PENGENALANLembaga Peperiksaan (LP) dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mengendalikan peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan. Pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut melibatkan ramai petugas peperiksaan dengan berpandu-kan prosedur pengendalian peperiksaan.2.0 SKOPJawatankuasa Panel Khas Siasatan Aduan Kebocoran Maklumat UPSR 2011 bertarikh 10 Mac 2012 yang dipengerusikan oleh KPPM, memutuskan supaya LP perlu membuat penambahbaikan prosedur dan peraturan pengurusan dan pengendalian peperiksaan bagi memantapkan lagi aspek keselamatan pengurusan dan pengendalian dokumen peperiksaan. Sehubungan dengan itu, LP telah menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan yang bertanggungjawab merangka Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan. Jawatankuasa ini telah mengadakan empat kali mesyuarat yang diadakan pada 29 Mac, 12 April, 19 April dan 25 April 2012.

3.0LATAR BELAKANGJawatankuasa Penambahbaikan Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan yang dipengerusikan oleh Pengarah Peperiksaan telah mencadang-kan penambahbaikan prosedur dan peraturan pengurusan dan pengendalian peperiksaan merangkumi perkara-perkara berikut:3.1tanggungjawab petugas peperiksaan

3.2integriti petugas peperiksaan

3.3prosedur pengurusan bilik kebal

3.4pengedaran bekalan kertas peperiksaan ke bilik kebal dan pusat peperiksaan

4.0TERMA RUJUKANDalam menyediakan Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan, LP telah merujuk akta & dokumen seperti berikut:-

4.1Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)Lampiran 1

4.2Buku Arahan Keselamatan Lampiran 2

4.3Pekeliling Operasi Persediaan Menghadapi Situasi Yang Boleh Menjejaskan Perjalanan PeperiksaanLampiran 3

4.4Panduan dan Rujukan: Tugas Membaca Pruf Mesin dan Pemantauan Kerja Percetakan Dan Pembekalan Bahan Sulit/Kertas Peperiksaan Lampiran 4

4.5Prosedur Keselamatan Percetakan Bahan Sulit Lampiran 5

4.6Senarai Semak Lawatan Pemantauan Percetakan Dan Penyampulan UPSR dan PMR Lampiran 6

4.7Prosedur Penghantaran/Penerimaan Bahan Sulit/Tidak Sulit Kerajaan LPLampiran 7

4.8Panduan Pentadbiran Dan Keselamatan Operasi Buka Kotak (OBK)Lampiran 8

4.9Garis Panduan Operasi Buka Kotak (OBK)Lampiran 9

4.10Panduan Pengurusan Peperiksaan Lampiran 10

4.114.12

4.13Panduan Pengurusan Peperiksaan Bertulis Prosedur Keselamatan Lembaga Peperiksaan Prosedur Keselamatan Negeri

Lampiran 11Lampiran 12

Lampiran 13

5.0JAWATANKUASA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN DAN SENARAI SEMAK PETUGAS PEPERIKSAAN

Pengerusi:Pengarah Peperiksaan

Ahli :Timbalan Pengarah Peperiksaan (Operasi)

Timbalan Pengarah Peperiksaan (Produksi)

Timbalan Pengarah Peperiksaan (Pengurusan)

Ketua Sektor Percetakan, Pengedaran dan KeselamatanKetua Sektor Pengurusan Dasar dan PerkembanganKetua Sektor Pembinaan Ujian AkademikKetua Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Rendah dan RendahKetua Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Atas dan Luar NegeriKetua Sektor Pembinaan Ujian Teknikal dan VokasionalKetua Sektor Khidmat PengurusanPegawai Lembaga PeperiksaanPegawai Sektor Penilaian Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Penyelia KawasanKetua PengawasPengawas

6.0PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PETUGAS PEPERIKSAAN

JawatanPeranan/Bidang Tugas

6.1Pengarah Pelajaran Negeri

Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972. Mengurus, mengawal dan memantau operasi penerimaan dan pengedaran kertas peperiksaan serta pengendalian peperiksaan di peringkat negeri mengikut prosedur keselamatan. Mengurus, mengawal dan memantau operasi buka kotak kertas peperiksaan di peringkat negeri mengikut prosedur keselamatan. Bertanggungjawab dan memastikan bilik kebal siap sedia untuk menerima bahan sulit peperiksaan. Melantik secara rasmi Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP)/Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Timbalan Pengarah, Pejabat Pelajaran Wilayah (PPW), Pegawai Pelajaran Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar sebagai Pengurus Peperiksaan di peringkat masing-masing. Melantik secara rasmi Penyelia Kawasan yang berkebolehan dan berwibawa untuk mengendali-kan bilik kebal.

6.2Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972. Membantu Pengarah JPN mengurus, mengawal dan memantau operasi penerimaan dan pengedaran kertas peperiksaan serta pengendalian peperiksaan di peringkat negeri mengikut prosedur keselamatan. Membantu Pengarah JPN mengurus, mengawal dan memantau operasi buka kotak kertas peperiksaan di peringkat negeri mengikut prosedur keselamatan.

Mengurus pelantikan personel peperiksaan di peringkat negeri, daerah dan peringkat sekolah mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan. Mengurus pelantikan seorang pemegang kunci bilik kebal dan seorang pemegang nombor tatakira bagi setiap bilik kebal. Pemegang kunci hendaklah terdiri dari pegawai JPN/PPD/Penyelia Kawasan dari sekolah yang berlainan. Memastikan bilik kebal memenuhi spesifikasi dan mendapat kelulusan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. Memastikan bilik kebal dilengkapi dengan pagar keselamatan, alat mencegah kebakaran, alat mengawal suhu kelembapan (Dehumidifier), loceng kecemasan (Emergency Buzzer), alat pengesan pergerakan (Movement Detector), lampu keselamatan dan lampu limpah. Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik kebal mengikut prosedur keselamatan. Memastikan bilik kebal dan alat-alat keselamatan hendaklah diperiksa dan diselenggara selewat-lewatnya sebulan sebelum peperiksaan. Rekod penyelenggaraan hendaklah dikemaskini dan disimpan.

6.3Ketua Penolong Pengarah/Penolong Pengarah/Penyelia di Jabatan Pelajaran Negeri

Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972. Membantu Ketua Sektor (KS), Sektor Penilaian dan Peperiksaan atau Ketua Unit, Unit Penilaian dan Peperiksaan, JPN, mengurus, mengawal dan memantau operasi penerimaan dan pengedaran kertas peperiksaan serta pengendalian peperiksaan di peringkat negeri mengikut prosedur keselamatan. Membantu KS mengurus, mengawal dan memantau operasi buka kotak kertas peperiksaan di peringkat negeri mengikut prosedur keselamatan.

Membantu KS mengurus pelantikan personel peperiksaan di peringkat negeri, daerah dan peringkat sekolah mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan. Membantu KS mengurus pelantikan seorang pemegang kunci bilik kebal dan seorang pemegang nombor tatakira bagi setiap bilik kebal. Pemegang kunci hendaklah terdiri dari pegawai JPN/PPD/Penyelia Kawasan dari sekolah yang berlainan. Membantu KS memastikan bilik kebal memenuhi spesifikasi dan mendapat kelulusan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. Membantu KS memastikan bilik kebal dilengkapi dengan pagar keselamatan, alat mencegah kebakaran, alat mengawal suhu kelembapan (Dehumidifier), loceng kecemasan (Emergency Buzzer), alat pengesan pergerakan (Movement Detector), lampu keselamatan dan lampu limpah. Membantu KS memastikan setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik kebal mengikut prosedur keselamatan. Membantu KS memastikan bilik kebal dan alat-alat keselamatan hendaklah diperiksa dan diselenggara selewat-lewatnya sebulan sebelum peperiksaan. Rekod penyelenggaraan hendaklah dikemaskini dan disimpan.

6.4Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah/ Pegawai Pelajaran Daerah/Timbalan PPD

Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972. Mengurus, mengawal dan memantau operasi penerimaan dan pengedaran kertas peperiksaan serta pengendalian peperiksaan di peringkat wilayah/daerah mengikut prosedur keselamatan. Mengurus, mengawal dan memantau operasi buka kotak kertas peperiksaan di peringkat wilayah/daerah mengikut prosedur keselamatan.

Melantik pegawai pengiring bahan sulit dalam operasi pengedaran kertas peperiksaandi peringkat wilayah/daerah mengikut prosedur keselamatan. Memastikan peperiksaan bertulis di peringkat wilayah/daerah berjalan lancar dan selamat mengikut prosedur.

6.5Penolong Pengarah/Penyeliadi Pejabat Pelajaran Wilayah/Pejabat pelajaran Daerah

Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972. Mengiringi bahan sulit dalam operasi pengedaran kertas peperiksaan di peringkat negeri/daerah mengikut prosedur keselamatan. Menerima surat pelantikan petugas peperiksaan sebagai pemegang kunci bilik kebal dan pemegang nombor tatakira. Memastikan semua aktiviti dalam bilik kebal mengikut prosedur keselamatan. Melaksanakan pemeriksaan dan penyelenggaraan pintu bilik kebal dan alat-alat keselamatanselewat-lewatnya sebulan sebelum peperiksaan Mengemaskini dan menyelenggara buku log bilik kebal. Membuat pertukaran nombor tatakira bilik kebal sekurang-kurangnya setahun sekali. Mencari pengganti apabila seseorang yang telah diketahui bertukar atau meninggalkan perkhidmatan atau apabila disyaki nombornya telah dikompromi. Melaksanakan pemeriksaan bilik kebal agar dilengkapi dengan pagar keselamatan, alat mencegah kebakaran, alat mengawal suhu kelembapan (Dehumidifier), loceng kecemasan (Emergency Buzzer), alat pengesan pergerakan (Movement Detector), lampu keselamatan dan lampu limpah. Memastikan adanya kawalan keselamatan apabila kertas peperiksaan berada di dalam bilik kebal

Mendapatkan kebenaran pihak hospital atau pusat tahanan atau pusat pemulihan atau penjara sebelum menjalankan peperiksaan dan memohon kerjasama untuk menyediakan keperluan supaya arahan dan peraturan keselamatan peperiksaan dapat dipatuhi.

6.6Penyelia Kawasan

Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972. Pegawai yang dilantik secara rasmi untuk memegang kunci atau nombor tatakira untuk membuka pintu bilik kebal mengikut prosedur keselamatan. Menerima bekalan kertas peperiksaan semasa OPS QUPI dan disimpan di dalam bilik kebal mengikut prosedur keselamatan. Menerima, menyemak dan memastikan bekalan kertas peperiksaan yang diterima akur dengan Advice Note dan mencukupi untuk setiap pusat peperiksaan di bawah jagaannya. Mengedar kertas peperiksaan dari bilik kebal utama ke bilik kebal kawasan/bilik penyimpanan keselamatan mengikut prosedur keselamatan. Memberi taklimat pengurusan peperiksaan kepada Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas dan Pengawas di bawah tanggungjawabnya. Menyusun sampul kertas peperiksaan mengikut pusat peperiksaan dan Jadual Waktu Peperiksaan serta menyimpannya di bilik kebal di bawah penyeliaannya atau di balai polis yang telah ditetapkan. Sekiranya sampul kertas peperiksaan disimpan di balai polis, arahan berikut hendaklah dipatuhi: memasukkan sampul kertas peperiksaan ke dalam beg atau karung keselamatan mengikut sesi peperiksaan dan dijerut dengan pengikat keselamatan; menyimpan beg atau karung keselamatan yang berisi kertas peperiksaan yang telah dijerut dengan pengikat keselamatan ke dalam peti atau almari besi keselamatan dalam lokap; merekod maklumat berkaitan personel yang terlibat dan penyerahan beg atau karung keselamatan yang berisi kertas peperiksaan ke dalam buku log yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan; menyimpan kunci peti atau almari besi keselamatan manakala kunci lokap disimpan oleh Ketua Polis Balai; dan mengeluarkan beg atau karung keselamatan yang berisi kertas peperiksaan hari berkenaan untuk dibawa terus ke pusat peperiksaan secara berdua oleh Ketua Pengawas dan Pengawas tanpa singgah di mana-mana.

Melawat pusat-pusat peperiksaan di dalam kawasannya sebelum hari pertama peperiksaan bagi menentukan pusat peperiksaan itu bersedia untuk menjalankan peperiksaan. Menyerahkan kertas peperiksaan kepada Ketua Pengawas dan seorang Pengawas di pintu bilik kebal atau pintu lokap balai polis serta memastikan mereka menandatangani akuan penerimaan bekalan kertas peperiksaan yang betul. Berada di bilik kebal sekurangkurangnya 30 minit pertama peperiksaan bermula dan boleh dihubungi bagi menangani kes-kes luar jangkaan. Memastikan ada pengganti bagi Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas, Pengawas atau Pengemas Bilik yang tidak dapat hadir bertugas (atas sebab sakit, kecemasan dan sebagainya). Menyelesaikan masalah yang timbul di pusat peperiksaan dan segera melaporkannya kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan. Menerima bungkusan skrip jawapan peperiksaan yang tidak dapat diposkan dan skrip yang perlu dikumpulkan dari Ketua Pengawas untuk disimpan di dalam bilik kebal atau balai polis pada hariyang sama. Mengumpul Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29), Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan, Jadual Kedatangan dan borang lain yang berkaitan pada akhir peperiksaan dan diserahkan kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan selewat-lewatnya satu minggu selepas tamat peperiksaan. Menerima Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am 90) daripada Ketua Pengawas (jika ada kes) dan menyampaikannya kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Lembaga Peperiksaan dengan menggunakan faks pada hari kes itu berlaku. Membuat laporan bertulis kepada Ketua Sektor/ Unit Penilaian dan Peperiksaan tentang keseluruhan keadaan dan perjalanan pusat peperiksaan selepas tamat peperiksaan. Menerima, menyemak dan mengesahkan borang tuntutan perjalanan dan elaun pengawasan Ketua Pengawas, Pengawas dan Pengemas Bilik di bawah jagaannya dan menyerahkannya kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan selewat-lewatnya satu minggu selepas tamat peperiksaan. Menerima semua bahan peperiksaan dan alat tulis yang berlebihan untuk disimpan dalam bilik kebal atau stor Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan.

6.7Ketua Pengawas Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972. Menghadiri taklimat pengurusan peperiksaan yang disampaikan oleh Penyelia Kawasan. Mengadakan perbincangan dengan Pengawas di bawah jagaannya tentang pembahagian tugas sepanjang tempoh peperiksaan. Melawat pusat peperiksaan dan mengadakan perbincangan dengan Pengetua atau Guru Besar sekolah yang menjadi pusat peperiksaan selewatlewatnya sehari sebelum peperiksaan bermula. Menerima pelan tempat duduk calon dalam dewan atau bilik peperiksaan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Menerima satu salinan senarai guru bertugas yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Menerima bahan peperiksaan daripada Pengetua atau Guru Besar dan memastikan bahan dan keperluan peperiksaan di pusat peperiksaan mencukupi. Membantu Penyelia Kawasan menyemak dan menyusun sampul kertas peperiksaan mengikut pusat peperiksaan dan Jadual Waktu Peperiksaan. Memastikan bekalan kertas peperiksaan mencukupi untuk kegunaan semua calon di pusat peperiksaan di bawah jagaannya. Mengendali kertas peperiksaan yang diterima daripada Penyelia Kawasan mengikut prosedur keselamatan. Mengambil kertas peperiksaan dari bilik kebal atau balai polis pada tiap-tiap pagi dan/atau tengah hari pada hari peperiksaan bersama-sama seorang Pengawas serta menandatangani borang akuan penerimaan bekalan kertas peperiksaan. Mereka hendaklah sampai di pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula.

Memaklumkan Penyelia Kawasan dengan segera jika ada Pengawas yang tidak dapat hadir bertugas. Mengasingkan kertas peperiksaan sesi petang (jika berkenaan) dan menyimpan dalam almari besi berkunci atau beg keselamatan atau karung keselamatan dalam bilik Pengetua atau Guru Besar. Mengarahkan Pengawas supaya membuka sampul kertas peperiksaan di dewan atau bilik peperiksaan secara bergilir-gilir dengan disaksikan oleh calon. Menjalankan kerja perkeranian di dalam bilik utama pusat peperiksaan dan tidak boleh sama sekali menjalankan kerja perkeranian dari sebuah bilik atau pejabat yang berasingan. Menyemak dan menanda kehadiran calon di dalam Jadual Kedatangan bagi tiaptiap kertas mata pelajaran yang diambil selepas 30 minit pertama. Membuat rondaan dan pemantauan dari bilik ke bilik semasa peperiksaan sedang berjalan bagi memastikan Pengawas sentiasa menjalankan tugas mengikut prosedur. Memastikan pelawat yang mempunyai kebenaran sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan dan tidak melebihi 2 orang serta menandatangani Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan. Mengendalikan skrip jawapan peperiksaan mengikut prosedur yang ditetapkan. Melengkapkan Borang Laporan Pengendalian Peperiksaan (LP/Am 90) sekiranya ada kes dan menyampaikannya kepada Penyelia Kawasan pada hari kes itu berlaku. Melengkapkan Borang Khas Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29), Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan, Jadual Kedatangan Calon dan borang lain yang berkaitan sepanjang tempoh peperiksaan dan menyerahkannya kepada Penyelia Kawasan sebaik sahaja tamat peperiksaan. Mengumpul semula semua kertas peperiksaan tertutup dan menyerahkan kepada Penyelia Kawasan pada hari yang sama. Memastikan buku jawapan dan helaian tambahan yang telah digunakan atau rosak dikutip dan dimusnahkan selepas tamat peperiksaan. Menerima, menyemak dan mengesahkan borang tuntutan perjalanan dan elaun pengawasan Pengawas serta Pengemas Bilik dan menyerah-kan kepada Penyelia Kawasan. Menyelesaikan masalah yang timbul di pusat peperiksaan dan segera melaporkannya kepada Penyelia Kawasan. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pengurusan peperiksaan.

6.8Timbalan Ketua Pengawas Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972. Menghadiri taklimat pengurusan peperiksaan dengan Penyelia Kawasan dan Ketua Pengawas berkaitan pengendalian dan keselamatan peperiksaan. Menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pengawas pada masa ketiadaannya, di samping menjalankan tugas pengawasan biasa. Membantu Ketua Pengawas menjalankan pentadbiran pusat peperiksaan. Berada di pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula pada setiap hari peperiksaan untuk memberikan taklimat harian kepada Pengawas. Memeriksa semua dewan atau bilik peperiksaan setiap kali sebelum peperiksaan dijalankan untuk memastikan bahawa keadaannya bersih, kemas dan mengikut peraturan peperiksaan. Membungkus skrip jawapan peperiksaan dan memastikan alamat penerima yang ditulis oleh Ketua Pengawas adalah betul. Mengeluarkan bahan peperiksaan sebelum sesi peperiksaan bermula dan menyimpannya selepas tamat sesi peperiksaan. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengawas berkaitan dengan pengurusan peperiksaan.

6.9Pengawas Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972. Menghadiri taklimat pengurusan peperiksaan dengan Penyelia Kawasan dan Ketua Pengawas berkaitan pengendalian dan keselamatan peperiksaan. Berada di pusat peperiksaan 30 minit sebelum tiap-tiap kertas mata pelajaran dimulakan. Memaklumkan Ketua Pengawas atau Penyelia Kawasan dengan segera jika tidak dapat hadir bertugas. Mengiringi Ketua Pengawas semasa menerima kertas peperiksaan daripada Penyelia Kawasan mengikut prosedur keselamatan. Mengiringi Ketua Pengawas membawa kertas peperiksaan dari bilik kebal ke bilik penyimpanan keselamatan mengikut prosedur keselamatan. Menjadi saksi kepada Ketua Pengawas semasa penyimpanan kertas peperiksaan di bilik penyimpanan keselamatan mengikut prosedur keselamatan. Mengiringi Ketua Pengawas secara bergilir-gilir semasa mengambil kertas peperiksaan dan mengepos atau menghantar skrip jawapan peperiksaan. Memeriksa sampul kertas peperiksaan bagi memastikan ianya tidak dicerobohi sebelum menunjukkannya kepada calon. Mendapatkan pengesahan daripada beberapa orang calon untuk memastikan sampul kertas peperiksaan tidak dicerobohi. Menyemak kertas peperiksaan sebelum diedarkan kepada calon. Mengedarkan bahan peperiksaan dan kertas peperiksaan kepada calon. Memastikan butiran dokumen pengenalan diri calon akur dengan butiran yang tercatat pada skrip jawapan peperiksaan, label meja dan Jadual Kedatangan untuk memastikan tidak berlaku penyamaran. Pemeriksaan dokumen pengenalan diri calon hendaklah dibuat semasa peperiksaan bagi setiap kertas mata pelajaran. Membantu Ketua Pengawas menyemak dan menanda kehadiran calon. Mengawasi gerakgeri calon untuk memastikan tidak berlaku sebarang kes salah laku. Mengutip semua skrip jawapan peperiksaan dan menyerahkannya kepada Ketua Pengawas. Mengutip semula semua kertas peperiksaan tertutup daripada calon dan menyerahkannya kepada Ketua Pengawas. Membantu Timbalan Ketua Pengawas membungkus skrip jawapan peperiksaan. Membantu Timbalan Ketua Pengawas mengeluarkan bahan peperiksaan sebelum sesi peperiksaan bermula dan menyimpannya selepas tamat sesi peperiksaan. Memastikan calon tidak meninggalkan apaapa bahan sama ada di atas atau di dalam meja. Mematuhi arahan berikut: dilarang meninggalkan sama sekali dewan atau bilik peperiksaan tanpa izin Ketua Pengawas; dilarang melakukan sesuatu yang boleh mengalih perhatian dari tugasnya seperti menggunakan komputer riba, makan, minum, merokok, berbual-bual dan membaca; dilarang membaca kertas peperiksaan; dilarang membuat apa sahaja yang boleh mengganggu konsentrasi calon (seperti memakai kasut yang berbunyi); dilarang memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang calon atau membaca jawapan calon; dilarang membantu calon; dan dilarang menggunakan telefon bimbit semasa berada dalam dewan atau bilik peperiksaan. Telefon bimbit hendaklah sentiasa dimatikan sepanjang masa peperiksaan berjalan. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengawas atau Timbalan Ketua Pengawas berkaitan dengan pengurusan peperiksaan.

6.10Petugas Pemunggahan Mengangkut kotak dari kontena untuk dibawa ke dalam bilik kebal mengikut prosedur keselamatan.

6.11Polis Di Raja Malaysia Menyediakan polis pengiring bagi mengawasi perjalanan pengedaran kertas peperiksaan mengikut prosedur keselamatan. Membuat rondaan di semua bilik kebal dari semasa ke semasa.

7.0Penutup

Penambahbaikan Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan yang dibuat ini adalah akur dengan prosedur sedia ada yang bertujuan menghindarkan daripada berlaku kes salah laku atau penyelewengan sebagaimana yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Panel Khas Siasatan Aduan Kebocoran Maklumat UPSR 2011, diharap dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pada masa yang sama, LP juga mengharapkan ianya dapat membantu semua petugas peperiksaan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan lebih teratur.

9.0GLOSSARIAdvice NoteNota pembekalan yang menyatakan kedudukan dan jumlah sampul kertas peperiksaan bagi setiap mata pelajaran untuk sesuatu pusat

Ahli Panel Penghasilan ItemPenjawat awam (guru dan pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia) yang dilantik untuk menjalankan tugas menghasilkan item pentaksiran

Arahan KeselamatanMerujuk buku arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh Jemaah Menteri mengenai peraturan-peraturan kawalan keselamatan perlindungan untuk kedua-dua jabatan di semua kementerian, jabatan, badan berkanun dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri

Arahan MemuatPesanan dan arahan untuk menyusun kotak-kotak kertas peperiksaan ke dalam kontena mengikut nombor kedudukan dalam kontena (Container Position Number) bagi sesuatu laluan yang bertujuan untuk memastikan kotak yang betul akan dipunggah di bilik kebal yang ditetapkan

Bahan peperiksaanBahan yang digunakan oleh calon dan pemeriksa sama ada sebelum, semasa atau selepas sesuatu peperiksaaan

Bilik KebalSebuah bilik/bangunan yang dibina mengikut spesifikasi dan memenuhi ciri-ciri keselamatan. Bilik/bangunan ini hanya digunakan untuk menyimpan bahan-bahan sulit dan di bawah bidang kuasa Pengarah Peperiksaan

Bilik Kerja SulitBilik yang digunakan untuk kerja-kerja sulit termasuklah penyalinan, perincihan dan penyediaan bahan terperingkat

Bilik Mesyuarat PanelPremis yang memenuhi spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan yang digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja penghasilan instrumen pentaksiran

CalonSeseorang yang mendaftarkan dirinya untuk menduduki sesuatu peperiksaan

Fail SulitFail yang mengandungi manuskrip/dokumen/disket/CD serta bahan rasmi berkaitan dengan penyediaan manuskrip instrumen pentaksiran dan bahan-bahan terperingkat SULIT

Indent by loading atau Indent by centrePesanan bekalan kertas peperiksaan mengikut keperluan calon bagi sesuatu pusat peperiksaan di mana setiap indent akan mengandungi senarai mata pelajaran, bilangan calon dan bilangan kertas peperiksaan yang dibekalkan

ItemPerkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk yang hendaklah diketahui tahapnya/kehadirannya pada seseorang pelajar serta pemberian skornya

Kertas peperiksaanKertas yang mengandungi tugasan ujian bagi setiap mata pelajaran atau disiplin atau sebahagian daripadanya yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan atau dikelolakannya bagi pihak badan lain sama ada berbentuk bertulis, amali atau bentuk-bentuk lain yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan bagi maksud untuk mendapatkan respons daripada calon dalam sesuatu peperiksaan

ManuskripInstrumen pentaksiran yang telah diluluskan oleh jawatankuasa penilaian instrumen untuk percetakan

Pegawai PembinaPegawai yang dipertanggungjawabkan untuk membina instrumen pentaksiran peringkat awal sehingga ke peringkat akhir

PenggubalPersonel yang terlibat dalam penulisan item atau set kertas peperiksaan bagi mata pelajaran tertentu

PentaksiranProses untuk mendapatkan maklumat/evidens dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan

PraujianProses untuk menguji item-item yang telah disediakan bagi mendapatkan maklumat tentang tingkahlaku item untuk mengenalpasti kesesuaiannya

Salah lakuMeniru, menipu, menyamar atau menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan

Skrip jawapan calon/peperiksaanSesuatu hasil kerja atau respons calon terhadap kertas peperiksaan yang menjadi asas utama ukuran atau bukti pencapaian calon

19