Peranan Guru Biasa Dalam Bimbingan Dan Kaunseling

Embed Size (px)

DESCRIPTION

b n k

Citation preview

EDU 3107

Peranan Guru Biasa Dalam Bimbingan dan KaunselingSebagai seorang guru biasa, seseorang guru boleh menjalankan peranannya sebagai pembimbing dengan mengumpul maklumat tentang murid-murid. Maklumat murid-murid adalah meliputi latar belakang murid-murid, sosio-ekonomi, perkembangan pembelajaran, sosio-emosi dan sebagainya. Selain itu, sebelum mengambil sebarang tindakan, guru perlu terlebih dahulu mengenalpasti murid-murid yang bermasalah. Guru boleh mengenalpasti murid-murid yang bermasalah dengan membuat soal selidik serta pemerhatian terhadap perubahan tingkahlaku murid di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru boleh memberi bimbingan permulaan daripada aspek keyakinan diri dan motivasi. Selain itu, guru juga boleh membantu murid untuk membuat keputusan yang rasional dengan memberi murid-murid beberapa pilihan terhadap situasi yang mereka hadapi. Guru juga boleh berperanan sebagai pembimbing dengan membentuk perhubungan yang baik dengan murid-murid. Guru harus mendekati murid-murid dan menjalankan hubungan yang mesra bertujuan supaya murid-murid berasa bahawa guru merupakan orang yang paling rapat dengan mereka di sekolah untuk berkongsi masalah sama ada masalah pembelajaran atau masalah peribadi. Selain itu, guru juga perlu sentiasa sensitif dan memahami kehendak murid-murid. Guru boleh menjalankan peranan ini dengan mengambil tahu dan sentiasa sedar akan keperluan murid-murid sama ada keperluan fizikal, emosi mahupun rohani. Di samping itu, guru juga haruslah memberi peluang kepada murid-murid supaya mereka rasa disayangi dan dikasihi oleh guru-guru. Guru juga harus membantu murid-murid untuk membentuk nilai-nilai dan sikap yang positif dengan menjadi role model terutamanya dari aspek tingkah laku kepada murid-murid. Hal ini bertujuan supaya murid-murid boleh meniru tingkahlaku dan sikap guru yang positif dalam untuk dijadikan amalan dalam kehidupan mereka. Apabila berhadapan dengan suatu masalah yang lebih serius, guru boleh merujuk kepada pakar ataupun guru kaunseling untuk membantu murid-murid yang bermasalah untuk meneruskan pembelajaran mereka di sekolah.

mengenal pasti murid-murid yang bermasalah. membekalkan maklumat dan maklumbalas kepada guru pembimbing berkenaan keperluan dan keberkesanan program bimbingan.memberi bimbingan permulaan kepada murid. biasakan murid-murid dengan perkidmatan bimbingan yang disediakan oleh pihak sekolah. menyediakan sokongan dan bantuan untuk program bimbingan di sekolah.sentiasa mengemaskini rekod murid-murid dalam bilik darjah.membentuk perhubungan yang baik dengan murid-murid.sentiasa sensitif dan memahami kehendak murid-murid.bantu murid-murid membentuk nilai-nilai dan sikap yang positif. merujuk murid-murid yang bermasalah serius kepada pakar / guru kaunseling.

RABIATULADAWIYAH BINTI MOHD HAIRI PISMP MATEMATIK SEMESTER 7