15
1.0 PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK 1.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Beberapa program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan keharmonian etnik di Malaysia sentiasa terpelihara. Antara peranan kerajaan yang kita boleh Nampak ialah penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional. Peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam mengurus perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk di Malaysia. Berikutan masalah tersebut, Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita pada ketika itu. Setelah pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Febuari 1971. Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. Antara 1990-2004 , Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) .

Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan Etnik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan Etnik

1.0 PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

1.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

Beberapa program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan

keharmonian etnik di Malaysia sentiasa terpelihara. Antara peranan kerajaan yang kita

boleh Nampak ialah penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.

Peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang

pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam mengurus

perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk di

Malaysia. Berikutan masalah tersebut, Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) telah

ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah

MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula

perpaduan masyarakat di negara kita pada ketika itu. Setelah pembubaran MAGERAN,

Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Febuari 1971.

Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini

terus diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. Antara 1990-

2004 , Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan

Negara dan Pembangunan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah Jabatan

Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

(JPNIN) .

Bermula dari kemerdekaan sehingga kini, kerajaan telah merangka dan memberi

penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada

perpaduan dan keharmonian masyarakat yang wujud dari pelbagai kaum. Antara dasar

yang dimaksudkan ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan

Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar tersebut diperkukuhkan lagi

dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideology kebangsaan. Ianya bertujuan

untuk mengurangkan tindak tanduk politik yang bertujuan untuk memecahbelahkan

rakyat. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) melalui Pelan

Page 2: Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan Etnik

Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010, telah merancang pelbagai

usaha untuk memupuk dan mempertingkat perpaduan dan integrasi nasional antaranya

dari sudut politik.

Strategi politik iaitu persefahaman dimana persetujuan yang termaktub dalam

perlembagaan mengenai bentuk dan lambang-lambang negara, hak setiap kaum serta

kuasa kerajaan negri dan persekutuan menjadi asas dan kerangka bagi segala usaha

dalam bidang politik. Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan adalah untuk

memajukan perpaduan negara. Namun ianya hendaklah berlandaskan peruntukan-

peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan mengenai system Kerajaan

Persekutuan, Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan dan beberapa perkara

yang telah digariskan di dalam Perlembagaan.

Kedua ialah strategi ekonomi dimana ianya merupakan salah satu faktor utama

yang menimbulkan ketegangan antara kaum, sentimen entnosentrisme, prejudis,

tanggapan negatif antara kaum dan sebagainya ialah ianya menunjukkan bahawa

kedudukan taraf sosioekonomi masyarakat tersebut antara kaum adalah tidak

seimbang. Masalah sebegini dirumitkan lagi dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi

mengikut kaum. Oleh yang demikian, antara objektif utama ke arah keseimbangan taraf

sosioekonomi serta mengurangkan pengenalan kaum dengan kegiatan ekonomi yang

tertentu sepertimana yang telah dilakukan ketika di zaman pemerintahan British suatu

ketika dulu. Beberapa perkara penting hendaklah diambil kira antaranya pengimbangan

taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah dalam konteks ekonomi yang sedang

berkembang perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana pihak. Penjelasan

haruslah dilaksanakan supaya tiada wujudnya salah tanggapan dan sekaligus mampu

diperbetulkan dan apa-apa perasaan tidak puas hati dapat dibendung. Selain itu

program untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira

kaum serta sektor swasta akan terus digalakkan memainkan peranan yang lebih aktif

dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan usaha

mengurangkan pengenalan kaum dengan aktiviti ekonomi tertentu.

Ketiga dengan merangka strategi pendidikan dimana dengan menganggap

system pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membina

Page 3: Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan Etnik

jati diri nasional. Beberapa perkara telah dititikberatkan antaranya ialah menggalakkan

wujudnya system persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat university

yang menggunakan satu bahasa perantaraan iaitu Bahasa Kebangsaan juga

merupakan bahasa rasmi yang telah termaktub di dalam Perlembagaan serta

penyeragaman kurikulum dan kokurikulum dan menggunakan satu jenis peperiksaan

serta pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama. Selain itu dengan

menjadikan bahasa kaum-kaum uatam yang lain sebagai subjek pilihan di peringkat

sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Seperti yang dilihat pada masa kini, kewujudan sekolah mengikut kaum-kaum

terbesar di Malaysia seperti sekolah kebangsaan biasa mahupun agama, sekolah jenis

kebangsaan semakin membiak seperti cendawan tumbuh dan kerajaan khuatir akan

wujudnya atau timbulnya perbandingan dan diikuti ketidakpuasan hati sesama kita,

maka kerajaan telah mengambil beberapa langkah dimana kesemua ini disatukan

dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, perkhemahan dan sebagainya. Selain

itu,antara inisiatif yang kita dapat lihat pada masa kini ialah kewujudan sekolah

wawasan dimana tiga buah jenis sekolah (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina dan Tamil) berkongsi kemudahan yang disediakan seperti

perpustakaan dan sebagainya.

Selain itu, antara strategi yang di letak dengan menekankan pengajaran dan

pembelajaran sejarah terutama sejarah mengenai jatuh bangunnya serta punca-

puncanya mengenai Malaysia. Secara tidak langsung, penerapan nilai-nilai murni

seperti sikap kesejahteraan, bertolak ansur dan bekerjasama disamping saling hormat-

menghormati antara satu sama lain. Selain itu para pelajar juga didedahkan dengan

adat resam serta kepercayaan bagi kaum-kaum yang lain. Pendidikan dan aktiviti

kokurikulum yang menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendokong kepada

pencapaian perpaduan negara. Sikap dan nilai-nilai ini termasuk sikap kesejahteraan,

bertolak ansur dan saling hormat-menghormati antara kaum dan agama, taat setia dan

cinta akan negara serta pendidikan sepanjang hayat.

Pendidikan sepanjang hayat merupakan program pendidikan yang dijalankan

oleh pelbagai agensi dan pihak diluar sistem pendidikan formal, juga boleh memainkan

Page 4: Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan Etnik

peranan yang penting dalam usaha memupuk perpaduan negara dan integrasi

nasional. Bagi mencapai tujuan ini, usaha dapat dilakukan untuk memastikan supaya

unsur-unsur perpaduan diserapkan ke dalam kurikulum dan kokurikulum serta program-

program pendidikan yang tidak formal yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan,

pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Keempat ialah strategi penggunaan Bahasa Kebangsaan dimana penggunaan

satu bahasa yang sama merupakan salah satu alat yang paling berkesan untuk

memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum pelbagai

agama, bangsa dan budaya. Usaha ini membolehkan semua kaum mampu

berkomunikasi diakalangan mereka dengan menggunakan satu bahasa yang sudah

semestinya difahami oleh semua lapisan masyarakat. Perlembagaan Malaysia juga

telah memperuntukkan Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan pelbagai usaha

akan giat diperjalankan antaranya seperti Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan

Memperkukuh Bahasa Inggeris.

Tujuan utama pelaksanaan memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa

perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai

hasrat 1Malaysia. Manakala tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah

kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu

dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk

bersaing di peringkat nasional dan global. Rasional pelaksanaannya ialah penggunaan

bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah

rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu

dalam bidang tersebut. Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah

mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an dan

Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa

kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

Antara langkah lain lagi untuk memartabatkan Bahasa Malaysia ialah dengan

menggesa semua urusan rasmi dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan

diimplimentasikan dalam bahasa ibunda. Sejak akhir-akhir ini, jabatan-jabatan kerajaan

Page 5: Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan Etnik

lebih gemar memilih Bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding

Bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka. Selain itu, idea

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita tidak harus

dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan Bahasa

Malaysia di peringkat sejak sekolah dikalangan anak muda yang juga merupakan

generasi baru yang bakal mentadbir negara suatu hari nanti. Jika teras pentarbiahan

turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu era nanti, generasi

akan datang tidak mengenali lagi perkataan 'melayu'. Ironinya, usaha Memartabatkan

Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat

proaktif sebagai mangkin yang efektif demi membejat kemelut bahasa yang sedang

dihadapi Malaysia kini. Tambahan lagi kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)

Cina dan Tamil juga tidak harus dipandang remeh berikutan perkara tersebut

berkemampuan memperkasakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil lantas menjatuhkan

darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan. Jika dilihat dari perspektif berbeza,

hal ini dapat menimbulkan isu perkauman bahkan tidak sejajar dengan penerapan 1

Malaysia dalam kalangan masyarakat. Maka, polemik ini mungkin tidak dapat mencapai

objektif kemenjadian bahasa sebagai agen perpaduan yang utuh dan teguh bagi semua

rakyat di negara ini. Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP) harus berfikir secara kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa

ibunda secara holistik. Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan Bahasa Malaysia

dalam sanubari masyarakat kini, Dewan Bahasa dan Pustaka harus melaksanakan

pelbagai aktiviti yang menggapai minat umum terhadap keindahan Bahasa Malaysia.

Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan,

Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia

(RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi

memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah yang

sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat.

Seterusnya ialah strategi yang kelima iaitu agama dimana semua rakyat

Malaysia bebas menganut agama masing-masing dan mengamalkan agama serta

kepercayaan mereka masing-masing selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam

Page 6: Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan Etnik

Perlembagaan dan Rukun Negara. Ianya untuk memelihara suasana yang harmonis

antara berbilang kaum, agama dan kepercayaan bagi setiap masyarakat serta bersikap

akomodatif serta hormat-menghormati antara satu sama lain.

Berbanding dengan strategi keenam iaitu kebudayaan dimana kebudayaan

nasional dibentuk berpandukan kepada tiga prinsip iaitu Berteraskan kebudayaan

rakyat asal rantau ini. Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan

warisan kebudayaan Melayu. Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan

Bahasa Melayu.Kebudayaan r akyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan

Kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dimana Unsur-unsur budaya

asing, Cina, Arab, India dan sebagainya Kesesuaian dan penerimaan dalam

penyerapan kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dalam

Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Islam menjadi unsur penting di dalam

pembentukan kebudayaan kebangsaan dimana Peringkat tertinggi sepatutnya

menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Peringkat kedua menerapkan

budaya-budaya lain yang tidak bertentangan dengan budaya Islam.

Pelbagai usaha dan langkah-langkah diambil dalam mengintegrasikan kedua-

dua wilayah ini antaranya penambaikan system perhubungan kebangsaan dan

pengangkutan dimana perluasan system radio dan televisyen nasional, penubuhan

pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dikedua-dua negeri dan program lawatan para

pemimpin masyarakat. Seterusnya strategi keselamatan dimana ianya bertujuan untuk

memelihara dan menegakkan perpaduan negara yang akan memainkan peranan

penting dalam strategi perpaduan negara selagi perpaduan negara belum mencapai

tahap yang benar-benar stabil dan berkekalan. Strategi perpaduan keselamatan

mempunyai dua aspek iaitu pencegahan dan pemulihan dimana pencegahan

melibatkan usaha-usaha mencegah daripada berlakunya ancaman kepada

keselamatan negara mahupun ketenteraman awam manakala pemulihan ialah satu

usaha untuk menenteramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik.

Terdapat beberapa lagi strategi yang dirancang dan dicadang untuk

mengekalkan perpaduan antara lainnya ialah strategi pembangunan kawasan dimana

sesuatu kawasan perumahan misalnya memilki penduduk yang berbilang kaum. Untuk

Page 7: Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan Etnik

menjaga kebajikan setiap kaum agar tidak timbulnya isu perkauman yang menyentuh

sentiman-sentiman budaya dan agama, maka diwujudkan Jawatankuasa penduduk

seperti Rukun Tetangga dan pengnganjuran pelbagai aktiviti melibat semua penduduk

seperti rumah terbuka. Ianya merupakan peranan masyarakat itu sendiri agar

perpaduan diantara rakyat dapat dijaga dengan baik. Begitu juga dengan strategi

penggunaan tenaga manusia dan juga media massa. Dalam strategi penggunaan

tenaga manusia dimana pihak kerajaan cuba memecahkan tradisi ekonomi Dasar

Pecah Perintah. Antara cara yang telah dilakukan ialah memastikan majikan tidak

mementingkan kaumnya sendiri tetapi setiap perlantikan jawatan haruslah melalui

proses yang betul serta adil. Namun demikian, sepertimana yang kita lihat, amalan

utamakan kaum masih diamalkan walaupun telah dicegah dan dilarang. Adakalanya

kita dapat lihat disesebuah pasaraya mahupun syarikat dimana rata-rata hanya satu

kaum sahaja yang berada diatas dan bila ditanya mengapa tiada kaum lain, maka

jawapan yang diberi ialah ‘malas’. Disitu dapat dilihat adanya masalah perpaduan yang

mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dari segi media massa pula dimana

perkembangan media elektronik mampu menggabungkan hampir semua rakyat

Malaysia. Namun kemasukan majalah-majalah asing yang mampu menggangu gugat

keamanan negara seringkali terjadi. Maka kerajaan telah cuba memastikan bahawa

kegiatan ini dapat dibendung dengan kewujudan Akta Cetak dan Mesin Cetak serta

Akta hasutan dan ianya akan terus diguna pakai.

Beberapa strategi yang dirancang yang hampir sama dengan peranan

masyarakat dan sememangnya setiap strategi itu dijalankan sendiri oleh maysarakat itu

sendiri. Antara lain ialah strategi kesukanan dimana antara contoh yang paling dekat

ialah 1 Murid 1 Sukan serta. Strategi Pemasyarakatan Perpaduan serta strategi

pertubuhan sukarela dibahawa pembentukan konsep perpaduan yang diperkenal pada

tahun 1998 serta mengikut jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga serta

persatuan-persatuan penduduk yang digunakan sebanyak mungkin. Strategi

penyelidikan dan penerbitan bahan bacaan sama seperti strategi media massa dimana

mereka akan memperbanyakkan penyelidikan mengenai perpaduan serta integrasi

nasional. Ianya bertujuan untuk mengetahui pola penyusunan perhubungan antara

kaum. Begitu juga dengan strategi pemantauan isu-isu semasa dan konflik dimana

Page 8: Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan Etnik

setiap pihak harus cakna dengan segala isu yang timbul bagi mengelakkan terjadinya

semula tragedi berdarah yang menimpa kita lebih empat dekad yang lalu iaitu tragedi

rusuhan kaum 13 mei 1969.

Strategi penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan

Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN) ditubuhkan bertujuan

untuk membincangkan isu-isu perpaduan dan integrasi nasional. Sebagai badan yang

bertanggungjawab dalam membincangkan isu-isu perpaduan, mereka sekaligus

bertindak sebagai penyelaras kepada agensi-agensi lain dan seterusnya

bertanggungjawab dalam menasihati, melapor dan mendapat persetujuan dari Jemaah

Menteri dan parlimen mengenai apa-apa juga isu yang berkaitan dengan isu yang

bersangkut dengan perpaduan dan integrasi nasional. Manakala strategi program dan

aktiviti perpaduan merupakan satu proses untuk meningkatkan kesedaran dan

penghayatan kumpulan sasaran tertentu dan ianya termasuk kanak-kanak prasekolah

hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, pekerja kerajaan dan swasta serta anggota

komuniti seperti belia, wanita, orang kurang upaya dan orang ramai yang membawa

akan membawa perubahan perlakuan termasuklah mengenai pengetahuan, sikap dan

juga kemahiran tentang perpaduan antara kaum. Diperingkat sekolah seperti

perkhemahan dimana dapat dilihat dari segi aktiviti kurikulum mahupun ko-kurikulum

dan manakala di pengajian tinggi dimana pencampuran dalam suatu kos yang dipilih

dan pelbagai lagi aktiviti yang melibatkan percampuran etnik yang jelas terlihat.

Manakala dalam rancangan atau cadangan bagi strategi-strategi lain yang dicadangkan

untuk memantapkan perpaduan dan integrasi ialah dengan mewujudkan latihan dalam

komunikasi antara budaya, mewujudkan pengauditan dasar-dasar kerajaan,

menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat

Malaysia dan penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaum-kaum di

Malaysia.

Page 9: Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan Etnik

1.2 Program Latihan Khidmat Negara

Program Latihan Khimat Negara (PLKN) dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia

sejak tahun 2004. Ianya merupakan kursus wajib selama tiga bulan secara berkhemah

dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Kandungan program ini

terbahagia kepada dua komponen, iaitu 30% latihan ala tentera dan 70%

kemasyarakatan. Ianya bertujuan menanam semangat patriotism dalam kalangan

generasi muda untuk memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional

serta membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan

semangat sukarelawan dan melahirkan generasi muda yang cerdas, cergas dan penuh

yakin.

Program Latihan Khidmat Negara atau nama singkatannya PLKN ini

dilaksanakan berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisplin yang

merangkumi empat modul iaitu modul fizikal dimana ianya melibatkan aktiviti kawd,

merempuh halangan, merentas desa, dan kembara hutan. Kedua ialah modul

kenegaraan yang melibatkan pengetahuan tentang pembinaan negara dan yang modul

yang ketiga ialah modul pembinaan karakter iaitu penerokaan diri sendiri dan hubungan

interpersonal. Modul yang keempat ialah modul khidmat komuniti dimana ianya

merangkumi aktiviti gotong-royong, pembersihan, dan yang seumpamanya.

Program Latihan Khidmat Negara membantu membina ketahanan mental dan

fizikal yang kukuh dalam kalangan remaja. Dalam tempoh tiga bulan latihan tersebut,

pelbagai aktiviti berkumpulan seperti mendaki bukit, berkhemah, latihan lasak dan

sebagainya dijalankan. Aktiviti-aktiviti ini dapat meningkatkan kekuatan mental dan

fizikal remaja yang mengikuti progam ini. Aktiviti terancang tersebut turut membantu

membina semangat dan keyakinan mereka dalam menghadapi cabaran hidup. Selain

itu, program Latihan Khidmat nageara memainkan peranan penting dalam mewujudkan

integrasi nasional. Kesemua aktiviti progam itu memberi peluang kepada peserta yang

terdiri daripada pelbagai kaum dan latar kehidupan untuk saling berinteraksi. Sepanjang

tempoh latihan tersebut, peserta dilatih bergontong-royong, bermuafakat, bertoleransi

Page 10: Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan Etnik

dan lain-lain. Oleh yang demikian, perpaduan kaum mudah tercapai khususnya di

negara yang berbilang kaum ini.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara ini turut

menimbulkan beberapa masalah. Pertama, program ini melibatkan kos yang amat

tinggi. kerajaan terpaksa membelanjakan tidak kurang daripada RM500 juta setiap

tahun untuk menjayakan progam ini. Kos ini diperlukan untuk menyediakan pelbagai

kemudahan infrastruktur seperti tempat penginapan, makan minum, rawatan perubatan,

pengangkutan, kelengkapan dan peralatan, abyaran elaun jurulatih dan lain-lain.

Di samping itu, kerajaan juga harus menangani masalah teknikal seperti terdapat

remaja yang mengingkari program latihan tersebut. sehingga kini, tidak kurang daripada

4300 remaja yang tidak melaporkan diri untuk mengikuti progam tersebut. Kerajaan

terpaksa berusaha mengesan dan mendakwa mereka di mahkamah. Hal ini

membazirkan masa dan kos. Terdapat juga ibu bapa yang kurang peka dan kurang

memahami hasrat murni program ini sehingga mereka memandang remeh terhadap

program tersebut dan tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya untuk menjayakan

program tersebut. Sebenarnya Program Latihan Khidmat Negara amat penting dalam

konteks pembangunan masyarakat dan negara. Progam ini harus mendapat sokongan

semua pihak.