7
China Soalan 2: Bincangkan peranan Sun Yat Sen dalam Revolusi 1911 di negeri China. Dr. Sun Yat sen yang digelar ?Bapa Revolusi China? dilahirkan pada tahun 1866 di Hsiang Shan iaitu sebuah kampung yang terletak kira-kira 40 batu di Selatan Cantoon. Beliau mendapat pendidikan klasik Kung Fu Tze dari umur 6 tahun hingga 12 tahun. Pada tahun 1879, beliau telah mengikuti abangnya ke Honolulu, Hawaii dan memasuki sekolah mubaligh Anglican. Beliau meneruskan pengajian di Kolej Oahu sehingga tahun 1883. Oleh sebab bimbangkan Sun Yat Sen terpengaruh dengan agama Kristian, abangnya telah menghantar beliau pulang. Dengan pengaruh Kristian yang ada padanya, beliau melarang masyarakat kampungnya menyembah patung kerana tidak memberi apa-apa faedah. Masyarakat tempatan marah, lalu mengambil tindakan mengusir beliau keluar dari kampungnya. Setelah meninggalkan kampungnya, beliau mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke Hong Kong pada tahun 1883 dan belajar di Rumah Diocesan dan kemudiannya berpindah ke Kolej Queen dan memeluk agama Kristian. Semasa berusia 20 tahun, Sun Yat Sen memasuki Sekolah Perubatan Dochi di Cantoon dan pada tahun 1887 beliau berpindah ke Kolej Perubatan untuk orang-orang China di Hong Kong. Setelah belajar

peranan sun yat sen (1).doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: peranan sun yat sen (1).doc

China

Soalan 2: Bincangkan peranan Sun Yat Sen dalam Revolusi 1911 di negeri China.

Dr. Sun Yat sen yang digelar ?Bapa Revolusi China? dilahirkan pada tahun 1866 di Hsiang Shan

iaitu sebuah kampung yang terletak kira-kira 40 batu di Selatan Cantoon. Beliau mendapat

pendidikan klasik Kung Fu Tze dari umur 6 tahun hingga 12 tahun. Pada tahun 1879, beliau telah

mengikuti abangnya ke Honolulu, Hawaii dan memasuki sekolah mubaligh Anglican. Beliau

meneruskan pengajian di Kolej Oahu sehingga tahun 1883. Oleh sebab bimbangkan Sun Yat Sen

terpengaruh dengan agama Kristian, abangnya telah menghantar beliau pulang. Dengan pengaruh

Kristian yang ada padanya, beliau melarang masyarakat kampungnya menyembah patung kerana

tidak memberi apa-apa faedah. Masyarakat tempatan marah, lalu mengambil tindakan mengusir

beliau keluar dari kampungnya. Setelah meninggalkan kampungnya, beliau mengambil

keputusan melanjutkan pelajaran ke Hong Kong pada tahun 1883 dan belajar di Rumah Diocesan

dan kemudiannya berpindah ke Kolej Queen dan memeluk agama Kristian.

Semasa berusia 20 tahun, Sun Yat Sen memasuki Sekolah Perubatan Dochi di Cantoon dan pada

tahun 1887 beliau berpindah ke Kolej Perubatan untuk orang-orang China di Hong Kong.

Setelah belajar selama 5 tahun, beliau lulus dengan tempat pertama dalam kelasnya dan menjadi

doktor di Macao dan kemudiannya berpindah ke Cantoon.

Ketika menuntut di Kolej Perbatan Hong Kong, beliau memperlihatkan kecenderungan ke arah

perkembangan politik moden terutamanya mengenai nasionalisme, demokrasi cara Amerika dan

sejarah revolusinya. Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong telah mempengaruhi beliau.

Perbezaan yang begitu menonjol antara China dengan Hong Kong dan Hawaii benar-benar

mempengaruhinya untuk menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan kerajaan yang

bercorak republik di China.

Page 2: peranan sun yat sen (1).doc

Dalam usaha mengadakan revolusi, Dr. Sun Yat Sen berpendapat sokongan orang-orang Cina

seberang laut amatlah penting. Justeru itu, pada 24 November 1894, beliau belayar ke Honolulu

dan dengan bantuan abangnya, beliau telah menubuhkan ?Hsiung Chung Hui?/?Persatuan

Memulihkan Negara China? dengan keahliannya seramai 112 orang yang kebanyakannya

golongan sarjana. Hal ini merupakan gelaran pertama yang ditubuhkan oleh Dr. Sun Yat Sen

dengan slogan perjuangannya ?Singkirkan Orang-orang Manchu, Pulihkan Pemerintahan Orang-

orang China dan Tubuhkan Republik?. Hsiung Chung Hui merupakan pertubuhan politik yang

pertama ditubuhkan di luar negeri dan mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya

yang ditubuhkan secara sulit di wilayah-wilayah dalam China bagi mencari sokongan dan

bantuan untuk menggerakkan revolusi.

Pada tahun penghujung tahun 1894, Sun Yat Sen telah berusaha mewujudkan satu gerakan yang

dapat melancarkan revolusi melalui penglibatan kongsi-kongsi gelap di Cantoon, malangnya

usaha beliau melalui Hsiung Chung Hui telah gagal kerana kurang sambutan dan kejayaan pihak

berkuasa mngesan gerakan mereka. Ekoran daripada itu, beliau terpaksa melarkan diri ke Hong

Kong kerana diburu oleh Kerajaan Manchu. Beliau mendapat perlindungan di Jepun.

Di Jepun, beliau menghidupkan Hsiung Chung Hui. Antara tahun 1903 hingga tahun 1904,

beliau sering berulang-alik antara Jepun, Hawaii, Amerika dan Eropah. Dalam musim panas

tahun 1905, beliau pulang ke Jepun dan bertemu dengan dua orang nasionalis China iaitu Huang

Hsung dan Sung Chiao Jen. Dengan galakkan dan sokongan Kerajaan Jepun, Sun Yat Sen dan

pengikut-pengikutnya telah berjaya mengumpulkan orang-orang China dari pelbagai golongan di

Tokyo pada bulan Ogos 1905. Dalam perjumpaan yang besar ini, Sun Yat Sen telah menubuhkan

Tung Meng Hui/Liga Bersatu pada 20 Ogos 1905. Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsiung

Chung Hui dengan 2 persatuan revolusioner yang lain iaitu Hua Hsiung Hui dan Kung Fu Hui.

Tujuan Tung Meng Hui ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah

republik di China.

Page 3: peranan sun yat sen (1).doc

Cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Singapura, Brussels, San Francisco,

Honolulu dan bandar-bandar penting di China. Melalui cawangan-cawangan seberang laut, Sun

Yat Sen telah memungut dana dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan pemberontakan di

China. Tung Meng Hui juga dikembangkan di China khsanya di bahagian China Selatan. Ianya

dikembangkan melalui pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap.

Sun Yat Sen telah memainkan peranan penting dalam perkembangan perasaan anti-Manchu di

kalangan orang-orang China. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan

perjuangannya di kalangan orang-orang China, khasnya di kalangan mereka yang berada di

seberang laut. Beliau berkhutbah pemberontakan nasionalis melalui rencana-rencana akhbar.

Beliau telah menerbitkan akhbar sendiri iaitu Ming Pao/The People di Tokyo. Melalui penerbitan

ini, idea-idea republik beliau disebarkan. Selain berjaya mengumpulkan dan mempengaruhi

orang-orang China yang berada di Jepun, terutamanya para pelajar, beliau juga berkunjung ke

merata tempat di dunia khasnya di Amerka dan Eropah. Tujuannya ialah mendapat sokongan

moral dan material dari masyarakat China di luar negeri. Kesungguhan beliau telah

menghasilkan kejayaan. Beliau berjaya mendapat sokongan moral mereka, khasnya dari segi

kewangan. Sokongan tersebut sangat penting bagi membolehkan Tung Meng Hui menjalankan

kegiatan pemberontakan di China. Hasil usaha Sun Yat Sen yang bersungguh-sungguh itu

menyebarkan Tung Meng Hui begitu popular dan mendapat sambutan dari pelbagai golongan

sama ada dalam atau luar negeri. Gerakan revolusioner pimpinan Sun Yat Sen mendapat

sokongan pelajar, rakyat China yang tidak puas hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi

gelap dan tentera China yang dilatihkan secara Barat.

Ketika Sun Yat Sen berusaha mendapat sokongan di Barat, didapati usaha-usaha menyekat

pergerakan beliau diteruskan oleh Kerajaan Manchu. Semasa di London pada tahun 1896, beliau

diculik oleh diplomat China dari kedutaan dan berusaha untuk menghantarnya pulang ke China

untuk menghadapi tuduhan subversif dan dijatuhkan hukuman mati. Dengan pertolongan

London, Dr. Cantlie dan Kementerian Luar British, beliau telah dapat diselamatkan. Peristiwa ini

meninggalkan kesan yang penting ke arah mempercepatkan lagi proses perjuangan revolusi

Page 4: peranan sun yat sen (1).doc

kerana akhbar Londin menyiarkan secara besar-besaran.

Perjuangan beliau menjadi lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang China kerana

beliau mengemukakan ideologi/prinsip perjuangan. Beliau mengemukakan juga prinsip

rakyat/San Min Chui iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat. Ideologi ini telah

menyumbangkan kepada perkembangan gerakan revolusioner di China. Tujuannya untuk

melaksanakan prinsip-prinsip tersebut.

Di sebalik usaha-usaha menguatkan pertubuhan ini, Dr. Sun Yat Sen tetap menggerakkan Tung

Meng Hui ke arah mencetuskan revolusi. Bagi menggerakkan revolusi mulai tahun 1906,

beberapa pemberontakan kecil telah berjaya dilancarkan di beberapa tempat dalam wilayah

Selatan China. Pemberontakan telah diprojekkan di Jepun. Oleh sebab mendapat protes yang

kuat dari Kerajaan China, Jepun tidak dapat membenarkan Dr. Sun Yat Sen dan Tung Meng Hui

digerakkan dari Jepun. Oleh itu, pada tahun 1907, Dr. Sun Yat Sen dan sekutunya terpaksan

berpindah ke Hanoi bagi meneruskan gerakannya. Pada 11 April 1911, satu gerakan telah diatur

bagi melancarkan revolusi tetapi gagal dan menyebabkan 72 orang tokoh revolusioner terkorban.

Di antara tahun 1906 hingga tahun 1911, Dr. Sun dan pengikut-pengikutnya telah merancang,

mengatur dan mencetuskan hampir sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di China.

Pemberontakan yang dianjurkan semuanya gagal dan dapat diatasi oleh Kerajaan Manchu.

Namun begitu, ia telah mengakibatkan kemerosotan pengaruh dan kewibawaan Kerajaan

Manchu. Pemberontakan Wu Cang pada 10 Oktober 1911 yang dimulakan oleh tentera China

hasil pengaruh Tung Meng Hui adalah menandakan permulaan revolusi China. Daerah-daerah

lain di bawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut memberontak. Hal ini mengakibatkan

kejatuhan Kerajaan Manchu dan penubuhan sebuah kerajaan republik di China. Dr. Sun Yat Sen

telah dilantik sebagai Presiden Kerajaan Sementara yang ditubuhkan di Nanking.

Dr. Sun telah menubuhkan Parti Kuomintang pada tahun 1912 yang seterusnya menguasai negeri

China pada tahun 1928.