4

Click here to load reader

Perancangan Akademik JMK321Puisi Melayu Moden (1)

  • Upload
    ahk83

  • View
    233

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ikut suka

Citation preview

Page 1: Perancangan Akademik JMK321Puisi Melayu Moden (1)

Perancangan Akademik

JMK 321

PUISI MELAYU MODEN

Sidang Akademik 2015/2016

KELAS SIDANG VIDEO Sidang Video Tarikh Jam

Perjumpaan 1

Perjumpaan 2

Perjumpaan 3

Perjumpaan 4

Perjumpaan 5

Perjumpaan 6

Perjumpaan 7

Perjumpaan 8 (Tarikh Sidang Video Sidang Akademik 2015/2016)

Page 2: Perancangan Akademik JMK321Puisi Melayu Moden (1)

JMK 321- Puisi Melayu Moden

PENGURUS KURSUS: EN. MAT SALLEH YAACOB

1. SINOPSIS KURSUS

Kursus ini akan memperkenalkan pengajian Puisi Melayu Moden yang meliputi perkembangan puisi, proses perubahan, tokoh penyair dan kaedah menganalisis puisi. Dengan adanya kursus ini diharapkan peserta kursus dapat memahami genre puisi, menghuraikan dan membandingkan perkembangan puisi, menghayati puisi dan menganalisis puisi secara tersurat dan tersirat dengan kaedah dan ilmu yang bersesuaian.Selain itu, diharapkan pelajar dapat memperoleh pengetahuan yang mendalam mengenai bidang bahasa dalam puisi moden dalam pengajian kesusasteraan Melayu Moden.

Seterusnya kursus ini akan memberi pendedahan kepada peserta kursus ke arah membuat penilaian dan pentafsiran terhadap karya kreatif Melayu. Kajian yang ditekankan akan meliputi aspek dalaman karya yang tersurat dan juga tersirat serta aspek luaran yang ada hubungannya dengan penghasilan karya.

Walaupun kursus ini memperlihatkan satu jangka waktu perkembangan Puisi Melayu Moden yang agak panjang, namun hanya beberapa buah karya pilihan akan diberi tumpuan. Karya-karya pilihan itu dianggap terkenal dan ada keistimewaan yang khusus, kerana puisi berkenaan mencatat dan merakam makna yang pelbagai.

2. SIDANG VIDEO

Kursus ini mempunyai slot sidang video iaitu slot sebelum Kursus Intensif, dan slot selepas Kursus Intensif. Anda harus membuat persiapan sebelum menghadiri pertemuan-pertemuan telesidang seperti yang telah dirancangkan. Sila teliti agenda pertemuan-pertemuan seperti berikut:-

Pertemuan Sidang Video

Pertemuan 1: Perkembangan Puisi-Puisi Melayu Moden

Pertemuan 2: Tokoh-tokoh dan karya penting Puisi Melayu Moden

Pertemuan 3: Asas-Asas Mentelaah dan Menghayati Bahasa Puisi

Pertemuan 4: Asas Mentelaah dan Menghayati Bahasa Puisi

Pertemuan 5: Kaedah Analisis Puisi

Pertemuan 6: Kaedah Analisis Puisi

Pertemuan 7: Persediaan menghadapi peperiksaan (ulangkaji)

Page 3: Perancangan Akademik JMK321Puisi Melayu Moden (1)

3. KURSUS INTENSIF

Kursus Intensif akan diadakan pada (rujuk Protal USM). Semua pelajar wajib hadir.

4. ASAS PENILAIAN

Penilaian dibuat berdasarkan tugasan dan peperiksaan akhir. Pembahagian peratusannya seperti berikut

Kerja Kursus : 40%

Peperiksaan Akhir : 60%

5. TUGASAN (40%)

Seperti kursus di peringkat tinggi yang lain, kursus ini juga menghendaki pelajarnya membuat tugasan. Hanya satu tugasan sahaja yang diperlukan bagi kursus ini. Soalan tugasan akan dimaklumkan kemudian.

5.1 Tugasan ini hendaklah tiba di Pejabat Am PPPJJ pada hari terakhir kursus Intensif. Tugasan yang melewati tarikh ini tidak akan dilayan.

5.2 Pelajar yang tidak menghantar tugasan boleh menjejaskan markah peperiksaan

akhir. 5.3 Pelajar dikehendaki menghasilkan tugasan yang asli. Tugasan yang diragui

keasliannya tidak akan diterima dan pelajar berkenaan akan dikenakan tindakan. 5.4 Tugasan anda hendaklah berjumlah sekitar 2,000 – 2,500 patah perkataan (tidak

termasuk petikan) dan ditaip dengan langkau dua (double-spacing) di atas kertas A4. Gunakan muka hadapan yang disertakan sebagai kulit luar tugasan.

5.5 Pastikan tugasan anda ada rujukan dan bibliografi. Sila gunakan cara yang betul

dalam menulis rujukan dan bibliografi. Anda boleh berpandukan mana-mana kaedah, tetapi mestilah seragam. Cara penulisan ini akan diambil kira dalam pemarkahan keseluruhan tugasan.

6. Cara Menulis Bibliografi

1. Hanya senaraikan buku-buku yang telah anda rujuk dalam tugasan anda.

2. Senarai mengikut abjad atau guna stail APA dalam microsoft word rujuk References.

Page 4: Perancangan Akademik JMK321Puisi Melayu Moden (1)

7. RUJUKAN

Muhammad Haji Salleh. (2005). Pengalaman Puisi, Edisi Kedua.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Haji Salleh. (2005). Permata di Rumput Gilang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zainol Ismail. (2009). Memasuki Taman Puisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lim Swee Tin.( 2009). Berkelana di Rimba Kata. Selangor: Citra Kurnia Enterprise.

Sakinah Abu Bakar. (2015) Silang Seni Siti Zainon Ismail. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. 1991. Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan. Kuala Lumpur.: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Halilah Haji Khalid. (2004) Usman Awang Dalam Esei Dan Kriritkan. Kuala Lumpur:Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Wellek dan Werren. 1988. Teori Kesusasteraan. Dewan Bahasa dan Pustaka

Ann Jefferson dan David Robey. 1988. Teori Kesusasteraan. Kuala Lumpur Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Jabrohim. Pengajaran Sastra. 1994 Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Pengurus Kursus JMK 321 Sidang Akademik 2015/2016 26Ogos2015