Upload
others
View
7
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR2B
Modul 2
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
Program Bahasa Melayu Edubest Modul 2
A. Bacaan
Bacaan : Persahabatan Terjalin Semula
a. Perbendaharaan Kata
Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意 思
1 terjalin
- telah wujud
结 交/ 维 系
2 karib
- rapat, akrab
亲 密
3 menemani
- mengiringi
陪 伴
4 tradisional
- lama, mengikut tradisi
传 统
5 melangkah
- berjalan
开 步/ 走
6 ruang
-tempat
厅/空 间
7 dijangka
-diduga
预 测
8 tercanggih
-moden dan kompleks
先 进
9 penerangan
-penjelasan
解 释
10 kagum
-terkejut, hairan
惊 讶
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
11 mahir
-pandai
熟 练
12 teknologi
-cara membuat sesuatu dengan cara sains
技 术
13 mengubah
-menukar
改 变
14 hebat
-bagus
好/ 优 越
15 dicipta
-direka
被 发 明
16 membayangkan
-memikirkan
想 象
17 menyatakan
-mengatakan
说 明
18
meneroka
-membuka kawasan baru, membuat sesuatu yang
baru
开 拓
19 sebaya
-seumur
同 龄
20 gelagat
-kelakuan
行 为
21 memaklumkan
-memberitahu
通 知
22 bertemu
-berjumpa, bersua
遇 见
23 melambaikan
-bergerak-gerak turun naik
挥 手
24 meluru
-berlari ke
走 向( 快)
25 kekok
-berasa tidak biasa, janggal
生 硬/ 别 扭
26 beramah mesra
-berbual-bual dengan mesra
交 谈
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
b. Latihan Perbendaharaan Kata – Tuliskan perkataan berdasarkan
maksud yang diberi.
Bil Maksud Perkataan/Frasa
1 bagus, dahsyat
2 berasa tidak biasa
3 berbual-bual/bergaul dengan mesra
4 bergerak-gerak turun naik
5 berjalan
6 berjalan dengan cepat, berlari ke
7 berjumpa
8 cara membuat sesuatu dengan cara sains
9 diduga
10 direka
11 kelakuan
12 lama, mengikut tradisi
13 memberitahu
14 membuka kawasan baru, menjalankan
sesuatu yang baru
15 memikirkan
16 mengatakan
17 mengiringi
18 menukar
19 moden dan kompleks
20 pandai
21 penjelasan
22 rapat, akrab
23 seumur
24 telah wujud
25 tempat
26 terkejut, hairan
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Persahabatan Terjalin Semula
Encik Jamal memandu keretanya ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan berhati-hati. Encik Jamal
hendak menjemput sahabat karibnya dari Negara Indonesia yang
akan bercuti di Malaysia.
Adlan turut menemui ayahnya ke KLIA. Sepanjang jalan, Adlan
dapat melihat ladang kelapa sawit, ladang getah dan kampong Melayu
tradisional. Selepas meletak kereta, Encik Jamal dan Adlan
melangkah masuk ke ruang menunggu. Kapal terbang yang dinaiki oleh
sahabat baik Encik Jamal dijangka tiba setengah jam lagi.
“Kalau Adlan hendak tahu, inilah lapangan terbang yang
tercanggih di Asia. KLIA merupakan lapangan terbang yang menjadi
kebanggaan rakyat Malaysia,” beritahu Encik Jamal.
Adlan mengangguk-anggukkan kepala dengan penerangan
ayahnya. Dia amat kagum dengan keindahan dan kemudahan yang
disediakan di KLIA.
“Ayah, siapakah yang membina lapangan terbang ini?” tanya
Hakimi.
“Lapangan terbang ini dibina oleh 70 orang jurutera tempatan
yang mahir dalam bidang masing-masing. Lapangan terbang ini juga
menggunakan teknologi terkini yang canggih. Hal ini menunjukkan
bahawa teknologi telah mengubah cara hidup manusia,” jawab Encik
Jamal dengan panjang lebar.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
“Ayah, bagaimanakah teknologi itu telah mengubah cara hidup
manusia?” tanya Adlan.
“Pada zaman dahulu, teknologi yang ada tidak sehebat teknologi
pada hari ini. Contohnya, alat pertama yang digunakan oleh manusia
untuk terbang ialah belon udara panas. Belon udara panas ini dicipta
oleh adik-beradik Montgolfier pada tahun 1783,” terang Encik Jamal.
Adlan mendengar penjelasan yang diberi oleh ayahnya dengan
tekun. Dia dapat membayangkan bagaimana manusia menaiki belon
udara panas untuk pergi ke sesuatu tempat. Encik Jamal
memberitahu Adlan bahawa belon udara panas itu tidak dapat
membawa ramai penumpang.
“Sekarang barulah Adlan faham. Sebab itulah Wright
bersaudara telah mencipta kapal terbang. Kapal terbang pada waktu
itu bergerak menggunakan petrol,” beritahu Adlan.
“Wah, bijak sungguh anak ayah!” puji Encik Jamal.
“Cikgu Adlan ada menyatakan bahawa kapal terbang yang kita
gunakan sekarang menggunakan enjin jet,” tambah Adlan.
“Betul tu, Adlan. Dengan kemajuan teknologi, manusia berjaya
mencipta roket untuk meneroka angkasa lepas. Kalau Adlan pandai,
siapakah yang pertama sampai ke bulan?” uji Encik Jamal.
“Tahu, abah. Orang yang pertama sampai ke bulan ialah Neil
Armstrong,” jawab Adlan dengan bangga.
Encik Jamal ketawa dengan gelagat anak bongsunya. Kemudian,
kedengaran pengumuman yang memaklumkan ketibaan kapal terbang
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
dari negara Indonesia. Encik Jamal berasa tidak sabar lagi untuk
bertemu dengan sahabat baiknya.
“Ayah, Pak Cik Hendrawan datang ke sini dengan siapa?” tanya
Adlan.
“Pak Cik Hendrawan datang ke sini dengan isteri dan tiga orang
anaknya. Anaknya yang kedua sebaya dengan Adlan,” beritahu Encik
Jamal.
“Baguslah begitu ayah,” kata Adlan.
“Sudah lama ayah tidak bertemu dengan Pak Cik Hendrawan.
Kalau tidak silap ayah, sudah hampir lima tahun. Bagaimana agaknya
dia sekarang?” Encik Jamal tertanya-tanya sendiri.
Adlan memerhati para penumpang yang baru keluar dari balai
ketibaan. Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki sedang
melambaikan tangan ke arah ayahnya. Ayahnya juga membalas
lambaian itu sambil meluru ke arah lelaki itu. Adlan hanya mengikut
dari belakang.
Ayahnya dan lelaki itu berpelukan mesra. Mereka begitu
gembira kerana dapat bertemu semula.
“Ini mesti Adlan. Wah, sudah besar kamu rupanya!” usik Pak Cik
Hendrawan.
“Apa khabar pak cik?” tanya Adlan sambil bersalam dengan Pak
Cik Hendrawan, isteri dan anak-anak mereka.
“Khabar baik, Hakimi,” jawab Pak Cik Hendrawan dengan ramah.
Kemudian, Encik Jamal membantu Pak Cik Hendrawan
mengangkat beg pakaian dan menuju ke tempat letak kerata.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sepanjang perjalanan pulang, Encik Jamal dan Pak Cik Hendrawan
tidak habis-habis bercerita tentang perkembangan diri masing-
masing. Hakimi hanya mendiamkan diri. Dia berasa kekok untuk
beramah mesra dengan anak-anak Pak Cik Hendrawan.
Encik Jamal turut memberitahu rancangannya untuk membawa
Pak Cik Hendrawan sekeluarga bercuti di Pulau Perhentian. Mereka
bercadang untuk bercuti di pulau peranginan itu selama tiga hari.
Adlan dapat membayangkan keindahan semula jadi di Pulau
Perhentian. Hakimi berjanji akan menggunakan peluang itu untuk
berkenalan dengan anak-anak Pak Cik Hendrawan dengan lebih rapat
lagi
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Pemahaman
1. Apakah tujuan Encik Jamal pergi ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur ?
A. Melawat tempat itu
B. Dia akan ke luar negeri
C. Dia akan menjemput sahabat karibnya dari Indonesia
D. Dia hendak menghantar sahabat karibnya balik ke Indonesia
2. Mengapakah lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ?
A. Kerana lapangan terbang itu besar dan cantik
B. Kerana lapangan terbang itu dibina dengan teknologi yang
canggih
C. Kerana lapangan terbang itu dibina oleh jurutera yang hebat
D. Kerana lapangan terbang itu dikunjungi ramai pelawat asing
3. Apakah perbezaan kapal terbang dahulu dan sekarang ? (KBAT)
_________________________________________________
_________________________________________________
4. Pada pendapat kamu, mengapakah Encik Jamal memilih Pulau
Perhentian sebagai destinasi percutian ? (KBAT)
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Tatabahasa
Nota Ringkas: Kata Kerja Transitif & Tak Transitif
1. Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan.
Contoh: menebang, menggoreng, berbual-bual, terjumpa
2. Kata kerja boleh dibahagikan kepada 2 jenis:
Kata Kerja Transitif
Kata Kerja Tak
Transitif
Penerangan:
Kata kerja yang diikuti
dengan penyambut /
kata nama dalam ayat
Biasanya ditulis dengan
imbuhan awalan meN-
Kata kerja yang diikuti
dengan kata sendi atau
tanda baca. (Tidak
memerlukan
penyambut)
Biasanya, dibubuh
imbuhan ber, te
Contoh:
menggoreng ikan ;
Kata kerja kata nama
transitif (penyambut)
mengecat dinding
Ali berbasikal ke pasar.
Kata kerja tak transitif
Ali sedang tidur.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 1.1
Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.
mengayak merebak meradang menconteng
memejamkan berbahas terseliuh singgah
1. Kami sekeluarga _______________ di Tanjung Malim sebelum
meneruskan perjalanan ke Ipoh.
2. Ibu ________________ tepung sebelum membuat kek pisang.
3. Api yang ________________ dengan cepat telah
memusnahkan sederet kedai.
4. Kaki Hamzah _______________ semasa menjalani latihan
gimnastik tadi.
5. Pelajar yang ________________ dinding akan didenda.
6. Adik ________________ mata apabila adegan yang seram
muncul di kaca televisyen.
7. Dua orang pegawai sedang ________________ tentang
cadangan pekerjanya.
8. Pak Hassan ________________ apabila mengetahui bahawa
anaknya ponteng sekolah.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 1.2
Lengkapkan petikan dengan kata kerja yang sesuai
memenangi berasa merasa
merupakan mengajar menang
memberi melukis menghadiri
Pramjit suka (1) _________________. Dia suka melukis
gambar-gambar pemandangan di kampungnya. Dia (2) ____________
kelas melukis pada hujung minggu. Cik Minah yang (3) ___________
guru Seni Lukis di sekolahnya selalu (4) __________________
galakan kepadanya. Berkat usahanya, Pramjit telah beberapa kali (5)
___________________ peraduan melukis di tempatnya. Cik Minah
(6) ________________bangga dengan kejayaannya.
Latihan 1.3
Isikan tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai dan tandakan
‘KKT’ untuk kata kerja transitif atau ‘KKI’ untuk kata kerja
intransitif. (KBAT)
Jenis Kata
Kerja
1 menceritakan, bercerita
a) Datuk suka ________________ pengalamannya
semasa zaman pendudukan Jepun.
b) Aini _____________ tentang peristiwa pelik itu di
hadapan kawan-kawannya.
2 teringat, mengingatkan
a) Jenny selalu ___________ akan mendiang ibunya.
i-Think
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
b) Ibu _____________ abang supaya balik awal.
3 menyembunyikan, bersembunyi
a) Budak yang nakal itu telah _____________ kasut
bapanya.
b) Pencuri yang ____________ di dalam semak
akhirya ditangkap polis juga.
Latihan 1.4
Lengkapkan peta minda berikut dengan maklumat tentang kata kerja
yang diberikan:
kata kerja mengambil membeli berehat
kata kerja transitif kata kerja tidak transitif
bercakap menangis menyanyi menulis
menanak
i-Think
1.
2.
3.
4
1.
2.
3.
4
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 1.5
Daripada petikan pemahaman dalam modul ini pada muka surat 4 – 7,
senaraikan kata kerja transitif dan tidak transitif (KBAT)
Kata Kerja Transitif Kata Kerja Tidak Transitif
1.
2.
3.
4.
5.
1.
2.
3.
4.
5.
i-Think
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Pertuturan
Rangsangan. : Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang
disediakan.
1. Apakah pekerjaan orang yang terdapat dalam gambar di atas ?
2. Apakah tugas mereka ?
3. Bagaimanakah mereka menjalankan tugasnya ?
4. Sebutkan tiga tempat yang boleh kita lihat orang seperti ini.
5. Bezakan pekerjaan di atas dengan polis.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Penulisan
Karangan Jenis Autobiografi
Panduan Mengarang
1. Karangan jenis autobiografi menceritakan riwayat hidup penulis
sendiri sama ada sebagai benda hidup (orang, binatang) atau
benda bukan hidup (pen, kasut dan lain-lain).
2. Kata ganti diri pertama “saya”atau “aku” digunakan. Jangan
campur auk kedua-dua “saya” dan “aku” dalam karangan.
3. Bayangkan diri anda bernyawa, seperti berperasaan, boleh
berfikir, berkawan dan memahami perasaan pihak orang lain.
4. Biasanya, tulis peristiwa yang dialami mengikut urutan masa
(dari kecil sehingga besar dan sebagainya)
5. Masukkan nilai moral atau nilai murni pada akhir karangan.
Karangan Contoh:
Pendahuluan : Berasal daripada idea seorang pengarang
Isi-isi : 1. Siap dicetak
2. Diletakkan di rak-rak buku
3. Pesanan ayah kepada anaknya
4. Dibeli oleh seorang pelajar Tahun 5
Penutup : Selepa dibaca, diletak di rak-rak sehingga dimakan
lipas.
Asal usul saya adalah daripada hasil pena seorang pengarang
yang gigih menyelidik, menaip, menghimpunkan kertas-kertas yang
sudah ditulis yang kemudian dipanggil manuskrip, lalu dihantar ke
sebuah syarikat penerbitan. Di sana, bermulalah proses menilai,
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
menyunting, sehingga proses mencetak, sempurnalah diri saya
sebagai sebuah buku yang bertajuk “ Cara-cara Mengarang
Sekolah Rendah”.
Buku yang siap dicetak kemudian disusun di dalam kotak.
Bersama teman-teman yang lain sebanyak 30 naskhah, saya
diangkut dengan sebuah lori ke tempat lain. Daripada perbualan
pengurus kilang percetakan, saya tahu kami semua akan dibawa ke
sebuah kedai buku yang terletak di Ipoh.
Sangkaan saya tidak salah. Apabila terbuka sahaja kotak,
seorang lelaki segera meletakkan saya di antara celah-celah buku.
Lelaki itu menyusun kami dengan begitu kemas. Susunan yang
kemas ini sudah tentu memikat pelanggan.
“Elok kamu baca buku ini. Biar tahu cara menulis karangan yang
baik.”Tiba-tiba seorang lelaki, si ayah meluahkan kalimat itu
kepada si anak. Si anak mengangguk, lalu memegang tubuh saya.
Saya kemudiannya dibelek, dibaca sambil lalu.
“Bagus buku ni. Memang elok murid sekolah rendah
membacanya.” Pujian itu membuatkan hati saya dilambung
kegembiraan. Setelah si ayah membayar wang sebanyak RM4.75,
saat itu juga saya sudah bertukar tuan. Tuan baru saya membawa
saya pulang. Di dalam kereta saya dibaca begitu tekun.
Sesampainya di rumah, saya terus dibaca.
Akan tetapi, apabila saya sudah selesai dibaca, saya diletakkan
di celah rak-rak. Di situ saya mengharapkan ada sesiapa yang sudi
mengambil saya, tetapi cuma impian sahaja. Beberapa ekor lipas
menggigit tubuh saya sehingga wajah saya tidak seseri dulu.
Apabila tuan saya tahu, bukan dibaikinya wajah saya tetapi dibuang
ke dalam tong sampah kitar semula. Alangkah sedihnya saya
apabila berhadapan dengan saat kematian, tetapi saya gembira
kerana berkesempatan berbakti kepada manusia.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 1 :
Di rumah kamu terdapat sebuah televisyen. Cuba bayangkan jika
kamu menjadi televisyen dan ceritakan riwayat hidup kamu dalam
sebuah karangan. (Sila rujuk peta minda yang diberikan)
Latihan 2 :
“Aku Sebatang Pensel” (Sila rujuk peta minda yang diberikan)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Input Bahasa
Simpulan Bahasa
1. makan angin – melawat
sesuatu tempat
2. naik angin – marah
3. orang harapan – orang
yang dipercayai dan
diharapkan dalam
sesuatu hal
4. Paku Belanda – Harga
tetap yang tidak boleh
ditawar lagi.
5. rabun ayam – tidak
dapat melihat dengan
jelas pada waktu malam.
6. sakit mata – sesuatu
perkara yang tidak ingin
dilihat
7. tahi judi – orang yang
suka berjudi
8. ada hati – ada
kemahuan untuk
mendapatkan sesuatu
atau melakukan sesuatu
9. banyak lemak – terlalu
dimanjakan
10. cakap besar – orang
yang bercakap untuk
menunjukkan
kelebihannya
Pintar Kata
(Perkataan Banyak Makna)
1. cerah
a. terang – Cuaca
hari ini cerah
b. agak putih –
Gadi India itu
berkulit cerah.
c. berpeluang –
Alias ada
harapan yang
cerah untuk
memenangi
pertandingan
itu.
2. dalam
a. ukuran – Dalam
perigi itu lebih
kurang tujuh
meter.
b. tempat – Adik
berada di dalam
bilik tadi.
c. keadaan –
Keluarga Pak
Sehak hidup
dalam kemiskinan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B02 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my