2
MTE 3073 Tugasan Kang Ling Wee (M4) 016-2785273 Perancangan Tahunan, Mingguan dan Harian membebankan guru yang mengajar Matematik .” Beri pendapat anda tentang komen ini. (Tidak lebih dari 400 patah perkataan) Pada pendapat saya, saya tidak rasa Perancangan Tahunan, Mingguan dan Harian membebankan guru yang mengajar Matematik malahan tugas seperti pengisian markah dalam internet serta membuat folio murid dan sebagainya telah membebankan guru. Hal ini mesti diambil berat kerana guru tiada masa membuat perancangan tahuanan, harian. Bagi seorang guru mesti membuat perancangan harian untuk mencapai matlamat atau objektif yang disampaikan pada murid supaya murid dapat menguasai kemahiran. Perancangan harian tidak membebankan tugas guru malah ia dapat membantu guru tersebut menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar apabila dia terlupa atau objektif tidak tercapai maka dapat membuar refleksi terhadap pengajarannya. Selain itu, perancangan harian juga dapat membantu guru ganti membuat rujukan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Malahan perancangan mingguan juga penting, ia untuk memastikan guru dapat menjalankan perancangan harian dengan sempurna supaya guru tidak tertinggal topik ataupu bab yang hendak diajar. Perancangan tahunan adalah memastikan guru dapat menghabiskan semua topik yang perlu disampaikan kepada murid dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu guru tidak meninggalkan topik ataupun bab yang tidak disampaikan. Guru dapat menjalankan tugasan mereka dengan sistematik dan tidak kelam-kabut. Guru dapat menyusun rancangan tahunan sekolah dan matematik supaya kedua-dua dapat dijalankan bersama. Cabaran yang ditanggung oleh guru matematik bukannya sedikit. Selain daripada memenuhi tuntutan kerja perkeranian yang menimbun, guru matematik juga terpaksa menyediakan bahan pengajaran untuk P&P yang mendatang. Guru juga hendak membuat pemilihan alat bantu mengajar perlu sesuai, penyediaan lembaran kerja yang pelbagai buat pelajar yang pelbagai tahap perlu disediakan. Di bilik darjah pula guru perlu pandai memilih kaedah yang dapat menarik perhatian pelajarnya dengan apa yang diajar. Murid tidak harus terasa tertekan, merasa bosan malah merasa benci terhadap matematik. Guru juga yang harus memain peranan agar murid melempar jauh perasaan

Perancangan Tahunan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mte

Citation preview

Page 1: Perancangan Tahunan

MTE 3073 Tugasan Kang Ling Wee (M4)016-2785273“ Perancangan Tahunan, Mingguan dan Harian membebankan guru yang mengajar Matematik .” Beri pendapat anda tentang komen ini. (Tidak lebih dari 400 patah perkataan)

Pada pendapat saya, saya tidak rasa Perancangan Tahunan, Mingguan dan Harian membebankan guru yang mengajar Matematik malahan tugas seperti pengisian markah dalam internet serta membuat folio murid dan sebagainya telah membebankan guru. Hal ini mesti diambil berat kerana guru tiada masa membuat perancangan tahuanan, harian. Bagi seorang guru mesti membuat perancangan harian untuk mencapai matlamat atau objektif yang disampaikan pada murid supaya murid dapat menguasai kemahiran.

Perancangan harian tidak membebankan tugas guru malah ia dapat membantu guru tersebut menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar apabila dia terlupa atau objektif tidak tercapai maka dapat membuar refleksi terhadap pengajarannya. Selain itu, perancangan harian juga dapat membantu guru ganti membuat rujukan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Malahan perancangan mingguan juga penting, ia untuk memastikan guru dapat menjalankan perancangan harian dengan sempurna supaya guru tidak tertinggal topik ataupu bab yang hendak diajar.

Perancangan tahunan adalah memastikan guru dapat menghabiskan semua topik yang perlu disampaikan kepada murid dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu guru tidak meninggalkan topik ataupun bab yang tidak disampaikan. Guru dapat menjalankan tugasan mereka dengan sistematik dan tidak kelam-kabut. Guru dapat menyusun rancangan tahunan sekolah dan matematik supaya kedua-dua dapat dijalankan bersama.

Cabaran yang ditanggung oleh guru matematik bukannya sedikit. Selain daripada memenuhi tuntutan kerja perkeranian yang menimbun, guru matematik juga terpaksa menyediakan bahan pengajaran untuk P&P yang mendatang. Guru juga hendak membuat pemilihan alat bantu mengajar perlu sesuai, penyediaan lembaran kerja yang pelbagai buat pelajar yang pelbagai tahap perlu disediakan. Di bilik darjah pula guru perlu pandai memilih kaedah yang dapat menarik perhatian pelajarnya dengan apa yang diajar. Murid tidak harus terasa tertekan, merasa bosan malah merasa benci terhadap matematik. Guru juga yang harus memain peranan agar murid melempar jauh perasaan negatif dan fobia mereka terhadap matematik. Soalnya, pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan tahap pencapaian yang berbeza, malah mempunyai corak disiplin yang mengharukan juga harus ditangani oleh guru matematik.

Kesimpulnanya, Perancangan Tahunan, Mingguan dan Harian tidak membebankan guru yang mengajar Matematik malahan guru dapat membuat refleksi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.