Upload
sharfielaz0302
View
512
Download
12
Embed Size (px)
DESCRIPTION
APAKAH TUJUAN DAN KEPENTINGAN PERBADANAN AWAM DALAM SISTEM PENTADBIRAN DI MALAYSIA
Citation preview
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
TAJUK : TUJUAN DAN KEPENTINGAN PERBADANAN AWAM DALAM SISTEM
PENTADBIRAN DI MALAYSIA
1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep
pengasingan kuasa. di mana menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga
cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan
ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan bagi mengelakkan pembolotan kuasa.
Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, badan Pelaksana atau juga dikenali sebagai
Kuasa Eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah terletak pada Yang Di Pertuan Agong sebagai
Kepala Utama Negara. Ia merupakan badan tertinggi yang diamanahkan dalam penggubalan
dasar kerajaan bagi membentuk jentera pentadbiran yang cekap dan berkesan.
Sehubungan dengan itu, beberapa kementerian, jabatan dan perbadanan awam telah
ditubuhkan bagi melaksanakan kuasa eksekutif dan bertanggungjawab memainkan peranan
penting dalam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan sistematik. Kementerian
bertanggungjawab dalam proses penggubalan dasar, mengawal dan merancang pelaksanaan
sesuatu dasar yang akan dilaksanakan oleh jabatan. Perbadanan Awam merupakan
pertubuhan yang diperbadankan oleh kerajaan sama ada melalui undang-undang atau
ditubuhkan di bawah Akta Syarikat bagi maksud-maksud tertentu (Fuziah Shafie et al). Ia
merupakan agensi separa kerajaan yang bertanggungjawab memajukan sesuatu bidang
selaras dengan aspirasi kerajaan yang disalurkan melalui kementerian yang terlibat. Ia terdiri
daripada Badan Berkanun dan Badan Tidak Berkanun.
Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan salah sebuah sebuah badan berkanun yang
berautonomi dan bertanggungjawab kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
MARA telah menyumbang kepada pembangunan usahawan, pendidikan dan meningkatkan
1 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
ekuiti Bumiputera dalam pelbagai bentuk pelaburan yang telah dilaksanakan sejak awal
penubuhan hingga ke hari ini. MARA bertanggungjawab dalam memajukan, memudahkan,
menggalakkan serta melaksanakan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam
persekutuan dan secara khususnya melibatkan kawasan-kawasan luar bandar. Penubuhan
MARA memberi impak yang besar terhadap ekonomi, sosial dan pendidikan negara dengan
pelbagai kejayaan yang telah dicapai baik di dalam negara mahupun ke luar negara. MARA
juga telah banyak menyumbang dalam bidang pendidikan sejak penubuhannya 47 tahun yang
lalu terutamanya melalui institusi di bawahnya seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),
GIATMARA, IKM, dan banyak lagi.
2.0 Definisi Perbadanan Awam
Perbadanan-perbadanan awam (public corporations) atau agensi-agensi separa Kerajaan
(semi-government agencies) adalah ditubuhkan di bawah undang-undang, sama ada diluluskan
oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Misalnya, Perbadanan Pembangunan Bandar
ialah sebuah Badan Berkanun Persekutuan dan Perbadanan Ekonomi Negeri ialah sebuah
Badan Berkanun Negeri.
Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1985, Perbadanan Awam adalah
ditakrifkan sebagai Perbadanan yang ditubuhkan mengikut kuasa Akta Parlimen atau Enakmen
yang khusus dan dikenali sebagai Badan Berkanun (Statutory Body) atau Perbadanan Awam
(Public Corporation);
“Perbadanan Awam” bermaksud perbadanan atau syarikat yang Kerajaan mempunyai
kepentingan secara langsung atau Kerajaan memiliki sekurang-kurangnya 51% daripada
ekuitinya;
(Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14
Tahun 2005)
2 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Ahmad Martadha Mohamed et al mendefinisikan Perbadanan Awam sebagai satu badan yang
berfungsi melaksanakan objektif bagi mencapai matlamat khusus bidang-bidang tertentu
kerajaan.
3.0 Jenis Jenis Perbadanan Awam
Perbadanan Awam merupakan badan khas yang menjalankan aktiviti berunsur perniagaan dan
kerajaan juga mempunyai kepentingan ekuiti di dalamnya. Perbadanan Awam terbahagi kepada
perbadanan awam persekutuan yang dikawal selia di bawah Kerajaan Persekutuan dan
perbadanan negeri yang dikawal selia oleh Kerajaan Negeri.
Perbadanan Awam Persekutuan merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan mengikut akta
tertentu bagi melaksanakan tugas-tugas khusus sejajar demi mencapai objektif dan matlamat
negara. Bagi kerajaan negeri pula, penubuhan badan berkanun dan tidak berkanun adalah
melalui Dewan Undangan Negeri atau di bawah Akta Syarikat. Ia merupakan
Perbadanan Awam Persekutuan mahupun Negeri mengandungi Badan-Badan Berkanun dan
Badan-Badan Tidak Berkanun.
3.1 Badan-Badan Berkanun
Badan-badan Berkanun adalah sebuah agensi separa Kerajaan yang ditubuhkan di
bawah peruntukan sesebuah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri. Tujuan penubuhan
Badan-badan Berkanun ialah untuk memberikan kebebasan yang lebih luas untuk
bergerak dan mengendalikan program daripada yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan
Kerajaan yang biasa. Badan-badan Berkanun seperti ini mengambil kuasa daripada
akta / enakmen berkenaan dan mempunyai badan pengurus yang tersendiri yang
digelar Lembaga, Majlis atau lain-lain. Antara Badan-badan Berkanun peringkat
Persekutuan ialah :
Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN),
3 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA),
Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian (SIRIM),
Bagi peringkat negeri terdapat badan-badan Berkanun seperti :
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
Lembaga Bekalan Air Negeri.
Ada di antara Badan-badan Berkanun ini dipanggil perbadanan awam (public
corporations) seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri (PKEN),
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Kemajuan Pelancongan
Malaysia (PKPM), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), dan Lembaga
Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
3.2 Badan-Badan Tidak Berkanun
Badan-badan Tidak Berkanun terdiri syarikat-syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di
bawah Akta Syarikat-syarikat 1965 (Akta 125). Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu
Syarikat Induk (Parent Company) untuk tujuan yang lebih luas manakala, Anak Syarikat
(Subsidiary Company) untuk tujuan yang terhad. Salah satu Syarikat induk iaitu
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang menubuhkan anak syarikat seperti Pernas
Properties Sdn.Bhd. , Pernas Trading Sdn. Bhd. Dan Pernas Edar Sdn. Bhd. Contoh
Badan-badan Berkanun Negeri seperti :
Amanah Saham Darul Iman (ASDI)
Amanah Saham Johor (ASJ)
Labuan Wood Products Sdn. Bhd.
4 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
4.0 Matlamat Penubuhan Perbadanan Awam
Perbadanan Awam diwujudkan bagi mengambil alih beberapa bidang tugas yang pernah
dilaksanakan oleh jabatan kerajaan atau melaksanakan bidang tugas yang baru. Perbadanan
awam dikehendaki menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada rakyat di
samping memperolehi keuntungan daripada sektor perniagaan mahupun perkhidmatan yang
ditawarkan. Matlamat penubuhan perbadanan awam ialah :
i) Membolehkan penglibatan secara langsung kerajaan dalam bidang-bidang tertentu yang
memerlukan modal yang besar yang enggan atau tidak mampu diceburi oleh sektor
swasta akan mampu meningkatkan pembangunan sosioekonomi negara;
ii) Memudahkan jentera pentadbiran untuk menjalankan perancangan dengan lebih bebas,
cekap dan fleksibel setanding dengan syarikat swasta yang lain.
Selain memberi peluang kepada kerajaan untuk melibatkan diri secara langsung dalam
kegiatan ekonomi dan perniagaan, penubuhan perbadanan awam ini akan mengekalkan
peranan kerajaan dalam menyediakan kemudahan sosial dan ekonomi kepada rakyat.
5.0 Kajian Kes : Majlis Amanah Rakyat (MARA)
5.1 Sejarah MARA
Majlis Amanah Rakyat atau lebih dikenali sebagai MARA merupakan salah sebuah
agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah selepas
pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
berkuatkuasa 10 April 2009.
Penubuhan MARA bermula pada Julai 1950, di mana Majlis Mesyuarat Undangan
Persekutuan Tanah Melayu (MMUPTM) bersetuju menubuhkan sebuah Badan atau
Lembaga Khas yang dinamakan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (LKKP)
5 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
atau lebih dikenali sebagai RIDA (Rural & Industrial Development Authority). Penubuhan
RIDA telah menjadi jentera perubahan dalam aspek pembangunan sosioekonomi
masyarakat luar bandar dan berteraskan prinsip ‘mahu menolong diri sendiri’. Slogan
Allahyarham Datuk Onn Ja’afar yang merupakan Ketua Besar RIDA pada ketika itu telah
membuka peluang kepada masyarakat terlibat dalam bidang keusahawanan serta
memperoleh pendidikan formal dan tidak formal.
Hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965 telah menyedari
perlunya satu agensi yang lebih fokus membantu meningkatkan taraf sosioekonomi
Bumiputera diwujudkan bagi mengganti RIDA dan pada 1 Mac 1966 tertubuhlah sebuah
badan berkanun Majlis Amanah Rakyat (MARA).
5.2 Visi, Misi, dan Objektif
Visi : Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat
martabat bangsa.
Misi : Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan, dan pelaburan untuk
penguasaan ekuiti Bumiputera.
Objektif : a) Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif
b) Melahirkan modal insan global dan berintegriti
c) Menyumbang kepada pemilikan ekuiti
d) Memudahkan sistem penyampaian
(http://www.mara.gov.my)
MARA memainkan peranan penting dalam membantu negara menghasilkan masyarakat
perdagangan dan perindustrian dalam kalangan bumiputera. Selain memberi bantuan,
MARA juga menyokong dasar kerajaan yang menitikberatkan sistem pendidikan (Mohd
Salleh 2002). MARA berusaha untuk membimbing, melatih dan membantu bumiputera,
6 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
khususnya di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan
dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan bumiputera yang berdaya
saing, profesional dan stabil. Sehubungan dengan itu, MARA telah membentuk
beberapa bahagian pendidikan yang menjalankan fungsi-fungsi yang berbeza dan
mencakupi pelbagai peringkat pendidikan; sama ada yang berbentuk kemahiran,
teknikal dan akademik; dari peringkat menengah hingga peringkat tinggi.
5.3 Pengurusan Atasan MARA
Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan
orang anggota lain, dan tiga daripadanya merupakan kakitangan awam. Semua Ahli
Majlis adalah dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ketua Pengarah
dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui
oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi
MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri,
termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan pejabat-pejabat MARA
Daerah. MARA juga beroperasi di London, Washington D.C, Jakarta, Dublin, Frankfurt,
dan New South Wales.
(Sila rujuk Lampiran 1 untuk Carta Ahli Majlis MARA 2012 - 2014 dan Lampiran 2 untuk
Ahli Pengurusan MARA 2013)
(http://www.mara.gov.my/organisasi-operasi)
6.0 Kejayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) diwujudkan di bawah Akta MARA 1966 yang bertujuan untuk
meningkatkan pendidikan, kemahiran, kegiatan ekonomi dan keusahawanan kaum Bumiputera.
MARA telah banyak melahirkan institusi-institusi yang berjaya seperti ITM yang kini dikenal
sebagai UiTM, MRSM, IKM, GiatMARA, dan pelbagai IPT dan Pra-Universiti. Selain itu,
pelbagai agensi yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu usaha-usaha keusahawanan
7 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
berada di bawah Kementerian tersebut seperti SME Bank, Tekun, PNS, dan macam-macam
lagi. MARA telah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang 47 tahun ini penubuhannya dan
peranannya sebagai socioeconomic engineering agency masih kekal sehingga ke hari ini.
Kejayaan MARA boleh dilihat melalui pencapaian yang sememangnya amat signifikan
terutamanya dalam sektor pendidikan dan juga keusahawanan.
6.1 Sektor Keusahawanan
Penubuhan Kenderaan Bas MARA (KBM) seawal tahun 1961 memfokuskan kepada
perkhidmatan bas berhenti-henti yang menghubungkan kawasan luar bandar dan pusat
pertumbuhan baru dengan pusat-pusat bandar. Selain itu, syarikat perniagaan seperti
Kayu Sedia, Pamagrima, Usmeta, dan MARA Holdings juga telah ditubuhkan. Pada 28
Januari 1994, Pusat Sumber Teknologi Perabot (FITEC), iaitu hasil kerjasama dalam
kepakaran dan kewangan antara Technonet Asia, Japan International Cooperation
Agency (JICA), United Nations Development Programme (UNDP) dan usahasama dari
kerajaan Malaysia melalui MARA telah ditubuhkan bagi menjalankan kajian dan
penyelidikan, permasalahan serta pemasaran berhubung industri perabot supaya dapat
membantu usahawan Bumiputera. Kejayaan terkini MARA dibuktikan apabila pada 19
Jun 2013, kira-kira 235 usahawan muda di negeri Pahang menerima sumbangan modal
melalui Kursus Pembudayaan Keusahawanan Teknikal (Putek) dari awal tahun
sehingga kini. (Utusan Melayu, 20 Jun 2013)
6.2 Sektor Pendidikan
Kejayaan MARA dalam sektor Pendidikan, dapat dibuktikan dengan jelas melalui
penubuhan Dewan Latihan RIDA, Kolej MARA dan Institut Teknologi MARA (ITM) yang
kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kejayaan ini kemudiannya
disusuli dengan penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM), Maktab Rendah Sains
MARA (MRSM), Kolej MARA dan Pusat GIATMARA. Sesuai dengan keperluan sumber
8 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
tenaga industri berteknologi tinggi negara masa kini dan akan datang, MARA telah
menubuhkan - German Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
yang menggabungkan Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi MARA seperti Malaysia
France Institute (MFI), British Malaysian Institute (BMI), Malaysian Institute of Aviation
Technology (MIAT), Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET),
Malaysian Institute of Chemical Engineering Technology (MICET), Malaysian Spanish
Institute (MSI) dan Malaysian Institute of Information Technology (MIIT).
Kejayaan MRSM Betong dan MRSM Tun Ghafar Baba memenangi dan merangkul
pingat emas masing-masing dalam pertandingan INTERNATIONAL SUSTAINABLE
WORLD PROJECT OLYMPIAD (I-SWEEP) pada 08 - 13 Mei 2013 yang diadakan di
Houston, Texas. Selain itu, kemenangan MRSM Betong, MRSM Kota Kinabalu, MRSM
PDRM, dan MRSM Terendak pada 10-14 April 2013 bertempat di Palexpo Exhibition
Centre, Geneva dalam pertandingan 41st INTERNATIONAL EXHIBITION OF
INVENTIONS OF GENEVA, SWITZERLAND.
Pada 17-20 Disember 2012, MRSM telah memenangi pertandingan 14th
INTERNATIONAL ROBOT OLYMPIAD 2012 (IRO 2012) bertempat di Kimdaejung
Convention Center, Gwangju South Korea melalui robot ciptaan MRSM Kota Kinabalu
yang berperanan menjaga kesihatan warga emas. Manakala, dalam kategori yang
sama, pingat Gangsa dimenangi oleh MRSM Tun Abdul Razak Pekan, dan MRSM
Kuching yang juga memenangi dua anugerah Highly Commended dan Technical Award.
Selain MRSM, Institut Kemahiran MARA Lumut telah meraih anugerah GOLD tenaga di
Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi 2012 (ITEX 12) bertempat di KLCC pada
17-19 Mei 2012 melalui projek inovasi yang diberi nama “Tile Cutter” yang mampu
memotong jubin dalam masa yang singkat, ringkas tanpa mencederakan si pengguna
9 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
selain menepati ciri-ciri teknologi hijau di mana ia tidak menggunakan sebarang sumber
tenaga.
6.3 Sektor Pelaburan
Jika dilihat dalam sektor pelaburan pula, Amanah Saham MARA Berhad (ASMB) pula
telah diperbadankan pada 24 Jun 1967. ASMB bertanggungjawab untuk meningkatkan
pemilikan ekuiti Bumiputera menerusi pelaburan di pasaran saham. ASMB menjalankan
aktiviti seperti pengurusan skim saham amanah, pengurusan aset dan dana,
perkhidmatan nominee, termasuklah perkhidmatan pinjaman dan modal teroka.
Kejayaan MARA menentukan kejayaan kerajaan untuk membangunkan kaum Bumiputera.
Perubahan yang dilakukan oleh MARA perlu bermula di peringkat asas dan dasar kerana
transformasi yang dibawa oleh kerajaan pada hari ini juga meliputi segenap perkara dan
merentasi dasar-dasar utama yang menunjangi kewujudan negara. MARA perlu memandang ke
hadapan (envision) untuk mempersiapkan generasi baru Bumiputera menghadapi cabaran dan
kegetiran 50 tahun akan datang dan perancangan untuk tiga generasi seterusnya iaitu
melangkaui empat dekad ke hadapan hendaklah dirancang dan diteliti.
7.0 Cabaran dan Transformasi MARA
Cabaran MARA di era globalisasi ini semakin kompleks dan sengit. Tekanan arus globalisasi
dan perubahan dalam senario politik, ekonomi, sosial, dan teknologi yang sentiasa berubah-
ubah memerlukan MARA mencipta realiti baru sejajar dengan tuntutan dan cabaran semasa
bagi memastikan MARA terus relevan dan maju. Memang tidak dinafikan bahawa MARA
memiliki kekuatan dari pelbagai aspek, namun komponen kepimpinan MARA merupakan faktor
penting dalam membuat perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan penilaian agar setiap
kelemahan dapat diatasi dengan bijak dan berhemah, peluang dapat direbut dan kejayaan
dapat direalisasikan serta ancaman dapat dielakkan dan diatasi dengan cekap.
10 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
MARA perlu memastikan sistem pendidikan tinggi di bawahnya sentiasa bersedia dan mampu
menerima serta memproses ledakan maklumat dan perubahan teknologi yang pantas dalam
era globalisasi masa kini. Walau bagaimanapun, , MARA perlu bijak dalam menangani tekanan
daripada pelanggan luar pendidikan seperti seperti pihak industri sendiri mahupun saingan
daripada institusi pendidikan yang lain. Selain itu, MARA perlu merancang strategi yang lebih
berkesan bagi menarik minat belia masa kini untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawan
mahupun menambah kemahiran di pusat latihan dan institusi MARA.
Sehubungan dengan itu, bagi memastikan semua program MARA adalah relevan dan menepati
kehendak komuniti Bumiputera pada hari ini dan akan datang, MARA telah mewujudkan Pelan
Strategik MARA 2011-2015 yang bakal menggerakkan transformasi secara menyeluruh.
Berdasarkan kepada landskap ekonomi dan politik masa kini yang kian mencabar, pemantapan
hala tuju ini adalah selari dengan agenda transformasi kerajaan di bawah Falsafah 1Malaysia:
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Pelan Transformasi Kerajaan (GTP); Pelan
Transformasi Ekonomi (ETP) yang meliputi Model Baru Ekonomi (MBE); dan Rancangan
Malaysia ke-10 (RMK10). Fokus utama transformasi ini adalah melonjakkan penyertaan
Bumiputera dalam kegiatan ekonomi berteraskan inovasi (i-based economy) melalui empat (4)
strategi iaitu i-usahawan, i-pekerja, i-pelaburan dan i-organisasi. Strategi berteraskan inovasi ini
digerakkan oleh tiga (3) sektor utama MARA iaitu Keusahawanan, Pendidikan dan Pelaburan.
Manakala Sektor Khidmat Pengurusan merupakan enabler yang melengkapi ketiga-tiga sektor
tersebut bertujuan memperkemas, melancar dan memudahkan matlamat dicapai dengan kadar
segera. Selain itu, isu-isu dalam analisis persekitaran seperti jurang ekonomi, pencapaian
Bumiputera dalam pendidikan, gunatenaga, demografi, sosial dan teknologi turut diambil kira.
Isu-isu global juga turut menjadi fokus MARA di samping memberikan gambaran dan haluan
yang jelas berhubung visi, misi dan objektif MARA yang lebih jitu didukung dengan strategi baru
11 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
berteraskan i-inovasi serta struktur baru MARA yang lebih perkasa. Pendekatan baru
transformasi ini adalah anjakan ke arah entrepreneurial based organization.
MARA perlu melakukan transformasi daripada bersifat sebuah badan kerajaan bertukar arah
kepada organisasi berorientasikan keusahawanan. Orientasi keusahawanan ini membolehkan
MARA menjana pendapatan sendiri dan lebih jauh daripada itu mampu mewujudkan suasana
organisasi berprestasi tinggi, peningkatan delivery system dan pengurangan birokrasi selain
mendidik individu agar mempunyai entrepreneurial spirit dan mengutamakan outcome based.
Pembangunan nilai-nilai bersama (shared values) yang berteraskan nilai murni seperti kreatif,
inovatif, risk taker, proaktif, wisdom, value for money dan integrity serta nilai mampan selain
proses pemantauan strategik dan pengurusan perubahan yang bersepadu serta berterusan
akan dijadikan teras dalam pentadbiran. Ini bagi merealisasikan entrepreneurial based
organization dapat dilaksanakan melalui pembudayaan enterpreneurial mind set di kalangan
semua warga MARA.
Konsep dan nadi pelan yang disediakan adalah berasaskan kepada pembangunan human
capital and competent workforce serta penciptaan kekayaan kaum Bumiputera. Selaras dengan
matlamat dan hasrat Pelan Strategik MARA (2011-2015), MARA akan terus relevan dengan
agenda pembangunan ekonomi Bumiputera melalui strategi-strategi yang dirancang untuk
jangka pendek, sederhana dan jangka panjang bagi memahami map of the decade, agar
transformasi MARA seiring dengan transformasi yang sedang dilakukan oleh negara.
12 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
8.0 Kesimpulan
Fenomena yang dicetuskan oleh globalisasi telah membawa dunia dan kehidupan manusia
terdedah kepada persaingan yang kuat. Pentadbiran Awam perlu memberi respon yang positif
kepada setiap perubahan yang sedang berlaku terutama dalam merealisasikan dasar, matlamat
dan wawasan pembangunan negara yang sedang mengalami suatu rombakan besar menjelang
abad baru. Kecemerlangan organisasi adalah hasil dari usaha-usaha yang dirancang dengan
teliti dan sistematik ke arah mewujudkan perubahan dan penambahbaikan di dalam struktur
pentadbiran, proses pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sumber
manusia. Tahap kualiti, latihan, penyesuaian dan kemampuan sumber manusia akan
menentukan tahap prestasi organisasi.
Oleh yang demikian, Pengurusan atasan di mana-mana organisasi kerajaan perlu bijak
mengenal pasti ancaman yang wujud di organisasinya dan menukarkannya kepada peluang
daripada menggunakan pendekatan pengelakan ataupun penafian. Seorang pemimpin yang
cekap dalam merancang, melaksana, menentukan hala tuju, mengawal dan dapat membuat
analisis setiap perubahan yang berlaku, adalah seorang pemimpin yang amat diperlukan (Ab.
Aziz 2000). Pemimpin yang bertanggungjawab perlulah sensitif dan peka terhadap perubahan
persekitaran di samping perlu memastikan sebarang perubahan yang dilakukan menepati
jangkaan, bersikap terbuka dengan perkara-perkara baru dan bertindak selaras dengan
jangkaan yang telah dibuat. Pemimpin juga perlu bijak mencipta persekitaran organisasi yang
dinamis dan progresif bagi memastikan hubungan yang akrab di antara pengurusan atasan dan
kakitangan bawahan dalam organisasi.
Seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal semasa ditemubual dengan
wartawan Mingguan Malaysia, “Mara merupakan satu organisasi amanah yang ditubuhkan
untuk memajukan rakyat terutamanya kaum Bumiputera. Usaha memajukan MARA bukan
sekadar terletak di bawah tanggung jawab kementerian saya sahaja, tetapi adalah tanggung
13 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
jawab kita semua. Sekiranya MARA gagal, maka usaha kerajaan untuk membangunkan
sosioekonomi kaum Bumiputera akan turut terganggu. MARA bukanlah organisasi biasa, tetapi
MARA diwujudkan dengan aspirasi untuk memartabatkan bangsa, dan MARA berperanan
sebagai agensi yang memperjuangkan bangsa kita.” (Mingguan Malaysia, 08 Mei 2011). Selain
itu, falsafah strategi pembangunan Tun Mahathir iaitu menekankan hubungan yang rapat di
antara sektor awam dan swasta yang mana lebih berorientasikan perniagaan perlu diamalkan
oleh MARA bagi memastikan strategi MARA boleh diterima oleh masyarakat masa kini (Ahmad
Atory Hussain, 2010).
14 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
Rujukan / Bibliografi
Bahan Dari Buku
Ab. Aziz Yusof. (2000). Perubahan dan kepimpinan. Sintok: Universiti Utara Malaysia
Ahmad Atory Hussain.(2010). Modul GMGA 3013 Reformasi Pentadbiran di Malaysia.UUM Sintok, Kedah.
Ahmad Martadha Mohamed, Mohd Nazri Baharom, Muhamad Ali Embi, Ruslan Zainuddin, dan
Saadon Awang.(2007). Modul MGG1113 Asas Pentadbiran Awam. UUM Sintok, Kedah.
Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman, Zainal Ariffin Ahmad (2006).Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.
Fuziah Shafie, Mior Ahmad Noor Mior Hamzah, Mohamad Idris Saleh, Rohani. Ab. Ghani, Zulhilmi Paidi. Modul SADN Kenegaraan Malaysia. UUM Sintok, Kedah.
Ishak Mad Shah.(2006).Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal Dalam Organisasi.Johor Bahru : Univerisiti Teknologi Malaysia.
Malaysia (2006). Pentadbiran Dan Pengurusan Awam Malaysia. Bab 7&8. Kuala Lumpur :
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Mohd Salleh Lebar.(2002). Perancangan pendidikan : peringkat sekolah dan IPT. Kuala Lumpur
: Utusan Publisher & Distributor Sdn Bhd.
Mohd. Mahadee Ismail, Ruslan Zainuddin, dan Zaini Othman (2005). Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Rujukan Elektronik
Bab 4 Transformasi Sektor Awam (atas talian)
15 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI
GMGA 3023 PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
http://www.neac.gov.my/files/Bab_4_Transformasi_Sektor_Awam.pdf
Datuk Nam Bin Marthinin ((Dibentangkan oleh YBhg. Dato’ Othman Ahmad, Timbalan Ketua
Pengarah (Usahawan). Peranan Agensi Awam & GLC Dalam Mewujudkan Dan Memperkasa Usahawan Baru Yang Kompeten Dan Berdaya Saing: Suatu Gagasan Dan Cabaran Masa Depan (atas talian)http://www.islamgrid.gov.my/muamalat/static/pdf/13%20JAN%202009/TAJUK%204/TAJUK%204-%20DATUK%20NAM%20MARTHININ.pdf
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN. 3 TAHUN 1985 (atas talian)http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/pekeliling/PP85/PP85Bil03/PP85Bil03.htm
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005 (atas talian)http://docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp05/bil14/pp1405.pdf
Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) (atas talian)http://www.mara.gov.my/organisasi-operasi
Roselena Mansor. Kualiti Pendidikan Kolej Profesional MARA daripada perspektif pelajar. (atas talian) http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=93a2c4fd-4087-451b-b089-077c47eed2a9&groupId=30564
Utusan Melayu Online.(20 Jun 2013) 235 usahawan muda diberi modal melalui Putek.(atas talian)http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130620/wp_02/235-usahawan-muda-diberi-modal-melalui-Putek
16 194707ROSILAWATI BINTI JUNAIDI