22
PERBANDINGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BAGI MATAPELAJARAN SAINS ATAU MATEMATIK DI MALAYSIA DENGAN DUA NEGARA YANG LAIN MPS 1053 HASRALDA BT ABU HASSN MASTER OF EDUCATION(PHYSICS) MP101419 SEC 01

PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PBS

Citation preview

Page 1: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

PERBANDINGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BAGI MATAPELAJARAN SAINS ATAU

MATEMATIK DI MALAYSIA DENGAN DUA NEGARA YANG LAIN

MPS 1053

HASRALDA BT ABU HASSN

MASTER OF EDUCATION(PHYSICS)

MP101419

SEC 01

Page 2: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

ABSTRAK

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah salah satu kaedah untuk mentaksir kebolehan

pelajar selain daripada peperiksaan awam yang telah dilaksanakan sejak dulu lagi. Sistem

PBS telah lama dilaksanakan dibeberapa negara lain seperti di Amerika Syarikat, Kanada,

England dan pelbagai negara lain, manakala di Malaysia pula sistem ini masih baru lagi.

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains adalah kaedah yang digunakan untuk menguji pelajar

dalam kemahiran proses sains dan untuk melihat sejauh mana seseorang pelajar itu dapat

menggunakan kemahiran atau teori yang mereka pelajari dalam proses penyelesaian masalah.

PEKA akan dikendalikan oleh guru – guru yang mengajar matapelajaran tersebut dan setiap

guru tersebut akan dilantik sebagai pentaksir dan ianya dikendalikan di peringkat sekolah

sahaja.

Page 3: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

PENGENALAN

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains adalah satu program yang termasuk dalam

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) (Kementrian Pelajaran Malaysia (KPM) 2006). Bagi

peringkat PMR, PEKA dilaksanakan secara berterusan selama 3 tahun iaitu bermula dari

pelajar itu di tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 3. Pelajar wajib melaksanakan PEKA bagi

satiap tahun persekolahan dan semasa mereka di tingkatan 1 jumlah PEKA yang wajib

dilaksanakan ialah minimum 2 eksperiment manakala di tingkatan 2 pula minimum

eksperiment yang perlu dilaksanakan ilah 3 dan bagi tingkatan 3 pula minimumnya adalah 1

eksperiment sahaja.

Matlamat perlaksanan PEKA ini adalah bertujuan untuk memastikan agar semua pelajar

menguasai kemahiran berfikir secara saintifik disamping menerapkan nilai – nilai murni

dalam kehidupan mereka. Pentaksiran ini akan ditaksirkan oleh guru yang mengajar

berasaskan kepada kurikulum yang telah ditetapkan oleh KPM. Bentuk PBS yang biasa

digunakan dalam menjalankan penilaian PEKA adalah projek, kerja kursus dan juga modul.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI MALAYSIA

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains telah dilaksanakan di peringkat sekolah dan ianya

adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara

berterusan di sekolah. Perlaksanaan PEKA ini telah dilaksanakan dalam matapelajaran sains

diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah menegah PEKA sains

terbahagi kepada dua iaitu PEKA Sains PMR dan PEKA Sains SPM. PEKA akan dirancang,

ditadbir, diskor dan akan dirancang terlebih dahulu dengan teliti bagi memastikan

perjalanannya mengikut piawaian yang telah diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

(LPM). Bagi memastikan agar perjalanan PEKA mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan

yang tinggi pihak LPM melaksanakan kaedah penyelarasan dan juga pemantauan melalui

pentaksir – pentaksir yang telah dilantik.

Objektif utama dalam perlaksanaan PEKA adalah bagi memastikan semua pelajar dapat

menguasai kemahiran saintifik disamping memperkukuhkan lagi pengetahuan dan

Page 4: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

pemahaman mereka didalam bidang sains dan teknologi dan mampu menggunakannya

berlandaskan kepada sikap saintifik dan juga nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.

Setiap kretiria yang bakal diuji adalah berpandukan kepada silibus kurikulum yang telah

dikeluarkan oleh KPM dan pentaksiran tersebut lebih berpusatkan kepada pelajar dimana

pelajar akan akan diuji berdasarkan kepada kebolehan mereka, kesediaan mereka,

persekitaran yang kondusif dan perancangan pengajaran guru.

Pentaksiran yang digunakan juga perlulah telus dan terbuka dari segi kemahiran yang ingin

diuji, bagaimana kemahiran tersebut diuji, bila dan dimana kemahiran tersebut ingin diuji.

Kemahiran yang akan diuji dalam PEKA Sains PMR terdiri daripada 3 elemen, elemen

pertama ialah kemahiran proses sains yang merangkumi 11 kemahiran iaitu memerhati,

mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat infrens, meramal, komunikasi,

menggunakan perhubungan ruang – masa, mentafsir data, mendifinisikan secara operasi,

mengawal pembolehubah dan juga membuat hipotesis. Keseluruhan elemen yang pertama ini

perlu dilaksanakan sepanjang pelajar itu di tingkatan 1 dan 2 sahaja. Elemen yang kedua pula

ialah kemahiran mengeksperiment dan manipulative, ianya mengandungi 5 kemahiran.

Kemahiran yang akan ditafsir ialah merancang penyelidikan secara saintifik, menjalankan

penyelidikan, mengumpul dan merekod data, menganalisis dan mentafsir data dan juga

membuat kesimpulan. Manakala elemen yang ketiga pula ialah sifat saintifik dan juga nilai

nobel. Elemen yang kedua dan ketiga akan ditaksir ketika pelajar itu di tingkatan 3 sahaja.

Pentaksiran PEKA juga perlulah bersifat kebolehlaksanaan dan setiap prosedur yang

dirancang mestilah dirancang secara sistematik bagi memudahkan guru mentaksir dengan

tepat kretiria setiap kemahiran yang bakal diuji. Pelajar juga akan menggunakan instrument

yang pelbagai ini bagi melihat kemampuan dan tahap pencapaian mereka. PEKA juga

mestilah dilaksanakan secara berterusan dari mereka tingkatan 1 hinggalah tingkatan 3 ini

bertujuan memberikan peluang kepada pelajar untuk memperbaiki dan juga meningkatkan

markah yang mereka perolehi. Markah yang diperolehi pula perlulah mempunyai kesahan

dan kebolehpercayaan yang tinggi, laporan yang dibuat olah pelajar juga perlulah berbentuk

positif dan kretiria terakhir ialah Pentaksiran mestilah di pantau secara berterusan bagi tujuan

memastiakan setiap objektif yang dirancang tercapai.

Page 5: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

Pemberian markah bagi Pentaksiran Kerja Amali Sains akan dilaksanakan oleh guru yang

mengajar dan ianya adalah berdasarkan kepada skema pemarkahan yang dibekalkan oleh

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Di tingkatan 3 pelajar akan diberikan gred yang

mereka perolehi dan gred tersebut merujuk kepada tahap penguasan pelajar dalam setiap

elemen yang telah ditaksir. Penghuraian gred yang diberi adalah berdasarkan kepada

Jadual 1. Gred yang diberikan tidak akan dicampurkan kedalam peperiksaan Penilaian

Menengah Rendah (PMR) yang bakal diduduki oleh pelajar, akan tetapi gred tersebut hanya

akan ditulis di dalam sijil PMR mereka.

Kod Huraian

1 Cemerlang

2 Kepujian

3 Memuaskan

4 Mencapai penguasaan tahap minimum

5 Tidak melaksanakan kerja amali

6 Dikecualikan

Jadual 1

Bagi memastikan pentaksiran yang dilaksanakan adil dan seragam bagi setiap pelajar, proses

penyelarasan dan pemantauan akan dilakukan. Selain bagi memastikan gred yang diberi

adalah adil penyelarasan juga dilakukan bagi tujuan untuk setiap kretiria yang diuji adalah

tepat dan bagi menentukan setekalan skor. Pemantauan akan dilakukan secara dalaman yang

akan dilakukan oleh pengetua, ketua bidang ataupun ketua panatia manakala pemantauan luar

pula dilakukan oleh ketua pemantau kawasan ataupun pemantau kawasan yang telah dilantik

oleh LPM. Ketua pemantau kawasan dan pemantau kawasan adalah terdiri dari guru – guru

yang mengajar matapelajaran tertentu dari sekolah yang berasingan.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI HONG KONG

Page 6: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

Pada tahun 2012 negara Hong Kong bakal mengubah sistem pendidikan mereka dimana bagi

sistem pendidikan lama setiap pelajar perlu mengambil dua jenis peperiksaan iaitu “Hong

Kong Certificate of Education Examination (HKCEE)” selepas lima tahun pembelajaran dan

juga peperiksaan “Hong Kong Advance Level Examination (HKALE)” selepas tujuh tahun

persekolahan dan seterusnya tiga tahun pendidikan Sarjana Muda. Dalam sistem pendidikan

yang bakal dilancarkan pada tahu 2012 dapat dilihat beberapa perbezaan antaranya adalah

pemansuhan peperiksaan HKCEE dan peperiksaa HKALE. Pemansuhan peperiksaan tersebut

akan digantikan dengan setu peperiksaan awam yang baru iaitu “Hong Kong Diploma of

Secondary Education (HKDSE)”, peperiksaan HKDSE akan diambil oleh setiap pelajar

selepas tamat lima tahun pembelajaran mereka dan seterusnya empat tahun pendidikan

Sarjana Muda. Perubahan kepada peperiksaan HKDSE juga mengambil kira beberapa

perkara iaitu perubahan dalam kurikulum dan matapelajaran yang bakal pelajar ambil,

pengenalan kepada komponen – komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi

setiap mata pelajaran dan juga perubahan dari pendekatan rujukan yang biasa kepada

pendekatan keputusan laporan. (Peter W. Hill and WAN Tak-wing : 2006)

Didalam peperiksaan HKDSE komponen peperiksaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu

yang pertama ialah peperiksaan awam yang akan dijalankan. Peperiksaan awam merangkumi

dua kertas yang membawa markah sebanyak 80% manakala komponen kedua pula ialah

pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang membawa markah sebanyak 20%. Pada tahun

2012 dan 2013 sekolah akan diminta menghantar markah kerja amali PBS sahaja manakala

bermula pada tahun 2013 markah PBS mestilah merangkumi kerja amali dan juga kajian

penyelidikan. Didalam sistem PBS di Hong Kong ini ianya mengandungi dua komponen

yang perlu di taksir iaitu yang pertama tugasan yang berkaitan dengan amali dan juga yang

kedua ialah tugasan yang tidak berkaitan dengan amali. Peperiksaan awam masih lagi

digunakan dalam HKDSE kerana ianya masih lagi perlu digunakan sebagai alat untuk

menguji tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam setiap bidang dan ianya boleh

diaplikasikan dalam kehidupan mereka.

Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) telah diselitkan dalam HKDSE bagi tujuan

meningkatkan kesahan atau kesahihan dengan cara mentaksir kemahiran praktikal pelajar dan

juga kemahiran generic mereka. Dengan cara itu semua pelajar dapat ditaksir berdasarkan

Page 7: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

kebolehan mereka dengan lebih tepat. Selain daripada itu terdapat juga sebab lain mengapa

“Hong Kong Examination and Assessment Authority (HKEAA)” memperkenalkan PBS

didalam peperiksaan HKDSE iaitu bagi mengurangkan kebergantungan markah terhadap

peperiksaan awam yang hanya mentaksir pemahaman pelajar sahaja. Dengan adanya PBS

pelajar juga akan ditaksir berdasarkan kepada kemahiran dan kemajuan mereka dalam

kemahiran sains. Kebolehpercayaan sesuatu pentaksiran juga boleh ditingkatkan melalui PBS

kerana formatnya adalah semata – mata berdasatkan kepada pemerhatian pelajar. Ianya juga

boleh memberikan pengaruh dan kesan yang positif terhadap sistem pembelajaran pelajar,

setiap pelajar tidak lagi hanya memberikan tumpuan kepada peperiksaan sahaja malah sistem

pembelajaran akan lebih berpusatkan pelajar.

Dalam penilaian PBS adalah berasaskan kebolehan seseorang pelajar tersebut dalam

mengendalikan kerja mereka dan di nilai oleh guru-guru mereka mengikut matapelajaran

yang memerlukan PBS. Justeru itu, dalam penilaian ini perlu penyelarasan supaya ia adil dan

tepat bagi setiap sekolah dan juga murid. Hasil kerja para pelajar akan dinilai dengan adil

berasaskan criteria markah yang disediakan oleh pihak berkuasa. penyelarasan juga akan

diberi sebagai panduan untuk menilai kerja mereka. Setiap markah akhir yang diperolehi oleh

pelajar dan telah dinilai oleh guru-guru mereka, markah mereka akan dihantar kepada

HKEAA (Hong Kong examination and assessment authority) untuk disemak semula berserta

hasil kerja mereka yang telah dinilai. Tidak kesemua markah yang akan dihantar, tetapi pihak

sekolah harus mengikut kaedah penyampelan yang dikehendaki oleh pihak HKEAA. Dalam

penyelarasan PBS, terdapat juga statistic yang akan membandingkan markah-markah para

pelajar dengan sekolah lain. Dengan cara ini, kita boleh melihat kualiti para pelajar itu sendiri

di sekolah masing-masing walaupun, pbs ini telah diselaraskan. Dalam pembahagian markah,

guru-guru juga harus mengikut garis panduan yang telah disediakan.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI CARIBBEAN

Page 8: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

Model pentaksiran yang terdapat di Caribbean adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu

secara luaran ataupun secara dalaman. Secara luaran format pentaksiran adalah seperti pilihan

jawapan ataupun esei dan ianya akan disediakan oleh Caribbean Examinations Council

(CXC). Manakala bagi pentaksiran secara dalaman pula berbentuk seperti projek ataupun

kerja amali yang akan dirancang oleh guru yang mengajar mereka berpandukan garispanduan

yang telah dikeluarkan oleh CXC. Format pentaksiran juga adalah berbeza bagi setiap

matapelajaran yang diambil oleh pelajar. Namun tetapi ianya mempunyai beberapa ciri yang

sama iaitu semua calon perlu manjalankan tugasan yang diberi mengikut masa yang telah

ditetapkan dan ianya mestilah memenuhi setiap kemahiran yang diminta berdasarkan kepada

sukatan pembelajaran. Guru yang mengajar matapelajaran tersebut akan menilai hasil kerja

amali calon dan markah yang diberikan akan dihantar kepada CXC, markah yang diserahkan

oleh guru akan digunakan oleh CXC bagi membuat penyelarasan dan selepas proses

penyelarasan berakhir markah akhir yang diberi akan dikira sekali didalam gred akhir setiap

pelajar.

Sistem persekolahan menegah di Caribbean biasanya adalah sepanjang lima tahun dan

peperiksaan awam yang para pelajar akan duduki adalah Caribbean Certificate of Secondary

Level Competence (CCSLC). Bagi matapelajaran sains jumlah markah bagi PBS adalah

sebanyak 25% akan dibawa ke peperiksaan awam manakala peperiksaan awam akan

mewakili sebanyak 75%.

Bagi memastikan setiap peraturan dipatuhi maka CXC telah mengambil beberapa langkah

iaitu dengan menggunakan beberapa prosedur bagi proses penyelarasan, disamping itu CXC

juga menyediakan beberapa kakitangan bagi mengadakan bengkel – bengkel pengenalan

kepada guru – guru dan menyediakan ruang bagi guru mengemukakan maklumbalas mereka

terhadap markah penyelarasan yang diterima. Proses penyelarasan akan dilakukan oleh CXC

yang bertujuan bagi memastikan setiap sekolah dan guru telah menjalankan dan mentaksir

tugasan pelajar mengikut standard pentaksiran yang telah dikeluarkan oleh CXC. Untuk

memastikan proses penyelarasan dapat dilaksanakan dan memenuhi objektif yang telah

disediakan maka tiga strategi telah digunakan, strategi yang pertama adalah penyelarasan

melalui lawatan ke sekolah yang akan dilakukan oleh penyelaras ataupun pentaksir dari CXC.

Dalam lawatan mereka akan memastikan setiap pentaksiran berdasarkan kemahiran proses

Page 9: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

pemerhatian ataupun penghuraian hasil ataupun kedua – duanya. Penyelarasan yang kedua

pula ialah penyelarasan bagi pemarkahan, penyelarasan ini akan dipantau oleh pemeriksa

yang telah dilatih oleh CXC. Pemeriksa akan menanda semula tugasan, kerja amali atau

projek yang telah dilakukan oleh pelajar berdasarkan kepada skema yang dibekalkan.

Penyelarasan yang seterusnya adalah berdasarkan lisan, dimana pemeriksa yang telah

disahkan akan menjalankan ujian secara lisan dengan menggunakan soalan – soalan yang

telah dibekalkan oleh CXC.

PERBANDINGAN DAN PERBINCANGAN (KEBAIKAN & KEBURUKAN)

Di setiap negara yang dibincangkan terdapat perbezaan dari segi pembahagian markah akhir

PBS dan seperti maklum Malaysia masih belum lagi menggunakan markah yang diperolehi

dari PEKA kedalam peperiksaan awam.

KEBAIKAN:

Walaupun sistem pentaksiran berasaskan sekolah ini masih lagi baru di Malaysia tetapi ianya

telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan di negara – negara lain seperti Amerika Syarikat,

England, Australia dan beberapa negara lain. Perlaksanaan sistem PBS ini adalah bertujuan

untuk mentaksir kebolehan para pelajar terhadap kemahiran saintifik mereka, ianya akan

ditaksir oleh guru yang mengajar mereka kerana guru adalah orang yang paling hamper dan

mengetahui tahap sebenar para pelajar mereka. Kebanyakan negara – negara yang

mengamalkan sistem PBS ini akan membuat penilaian dan markah yang mereka perolehi

akan dibawa ke peperiksaan awam, dengan cara itu potensi pelajar bukan sahaja dapat

ditaksir dari segi pemahaman dan pengetahuan mereka sahaja malah ia dapat melihat potensi

pelajar dalam kemahiran saintifik mereka. Di Malaysia sistem peperiksaan masih lagi

berorentasikan peperiksaan, walaubagaimanapun sistem PBS juga telah digunakan dalam

beberapa matapelajaran seperti sains, sejarah, geografi. Bahasa inggeris, bahasa melayu,

agama islam dan kemahiran hidup. Bagi matapelajaran sains sistem PBS ini telah

dilaksanakan akan tetapi selepas penilaian dibuat pelajar hanya akan diberikan tahap

pencapaian mereka sahaja dan markah PBS tidak akan dicampurkan dalam peperiksaan

awam mereka.

KEBURUKAN:

Page 10: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini memerlukan perancangan yang teliti dari

semua aspek yang ingin diuji, bagaimana ianya diuji, di mana ianya akan dilaksanakan dan

sehinggalah bagaimana penandaan yang memenuhi aspek yang diuji dan merekod markah

mereka. Oleh sebab itu, ianya sedikit sebanyak menambahkan lagi bebanan guru di sekolah

yang semamangnya mempunyai bebanan tugas penkeranian dan bermacam – macam lagi.

Selain dari masalah bebanan guru, faktor kekangan masa juga perlu dilihat ini kerana PBS

menentukan dan menghadkan masa bagi seseorang pelajar untuk menyelesaikannya.

Kegagalan pelajar untuk menyelesaikan laporan atau projek mereka maka ia akan member

impak kepada markah mereka dan seterusnya menjejaskan markah akhir mereka.

Pemantauan yang akan dilakukan di setiap sekolah yang terlibat dengan PBS adalah

pemantau yang telah dilantik oleh lembaga peperiksaan yang terdapat disetiap negara yang

telah dibincangkan. Kemungkinan untuk pemantau yang hadir adalah merupakan rakan

kepada guru – guru yang mentaksir di sekolah, ini boleh menyebabkan berlakunya

pemantauan yang dilakukan kurang tepat. Selain dari itu kemungkinan untuk berlakunya

penipuan dalam PBS juga boleh berlaku dengan guru yang mentaksir memberikan jawapan

kepada pelajar mereka bagi memastikan agar kesemua pelajar mereka lulus didalam

peperiksaan.

Terdapat juga guru – guru yang akan mentaksir masih lagi belum bersedia dalam perubahan

sistem pendidikan dan belum sedia menerima lagi PBS. Mereka juga belum menguasai

sepenuhnya tentang PBS dimana kemuskilan yang biasa timbul adalah bagaimana markah

yang sepatutnya diberikan berpandukan criteria yang diuji dan bentuk tugasan yang ingin

digunakan.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN

SEKOLAH DI MALAYSIA

Page 11: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah sesuatu sistem pentaksiran yang masih baru lagi

diperkenalkan di Malaysia, dan Malaysia sedang menuju kearah menggunakan PBS sebagai

satu cabang pentaksiran dalam mentaksir para pelajar. Dalam usaha tersebut terdapat pelbagai

masalah yang bakal timbul. Dalam sistem PBS sains sekarang markah yang diperolehi hanya

dinyatakan dalam bentuk tahap pelajar sahaja akan tetapi pada masa akan datang peratus PBS

adalh sebanyak 40% dan peperiksaan awam adalah 60%.

Setiap guru yang akan membuat pentaksiran perlulah diberikan kursus atau bengkel atau

kursus dalaman berkaitan pengendalian PBS, ianya bertujuan memudahkan mereka

menjalankan pentaksiran dan pelajar dapat menghasilkan laporan atau projek yang

dikehendaki dengan baik. Dengan adanya bengkel seperti itu maka ia dapat meningkatkan

lagi keyakinan guru dalam melaksanakan pentaksiran. Selain dari itu pengetua atau ketua

bidang perlu selalu memantau perjalanan PBS agar pelaksanaannya dilakukan mengikut

standard yang telah ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Proses penyelarasan juga perlu dilakukan bagi memastikan kaedah pemarkahan dan

penandaan yang dijalankan oleh guru adalah sama bagi setiap pelajar di Malaysia. Pelantikan

penyelaras daerah ataupun penyelaras negeri perlulah dari golongan mereka yang benar –

benar arif dengan sistem PBS.

Setiap guru juga perlu memastikan setiap pelajar yang ingin ditaksir perlulah sedia dan benar

– benar memahami setiap element yang ingin ditaksir keatas mereka. Oleh yang demikian

persediaan awal perlu dilakukan oleh guru. Dengan cara itu pelajar dapat melakukan tugasan

mereka mengikut kemahiran – kemahiran saintifik yang betul.

Kemudahan infrastruktur makmal dan alatan yang ingin digunakan juga perlu berada dalam

keadaan baik, ini bagi mengelakkan berlakunya perkara – perkara yang tidak diingini berlaku

disamping mengelakkan ketiadaan alatan ketika pelajar melakukan tugasan mereka.

KESIMPULAN

Page 12: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu kaedah pentaksiran yang dilakukan

diperingkat sekolah. Pentaksiran tersebut akan dilakukan atau dilaksanakan oleh guru yang

mengajar matapelajaran tersebut, ianya dilakukan oleh guru sendiri kerana guru lebih

memahami keadaan sebenar murid mereka. Tujuan utama pentaksiran ini dijalankan adalah

untuk menguji kemahiran proses sains yang diperolehi oleh pelajar dan ianya dilakukan

secara berterusan, berbeza dengan sistem peperiksaan yang lama pembelajaran yang

dilakukan adalah berpusatkan kepada peperiksaan sahaja.

Pemantauan juga akan dilakukan secara dalaman yang dilakukan oleh pengetua atau ketua

bidang dan juga secara luaran yang dilakukan oleh pemantau neregi atau pemantau daerah

yang telah dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Tujuan pemantauan ini

adalah untuk memastikan kerja – kerja pentaksiran yang dilakukan adalah mengikut piawaian

yang telah ditetapkan oleh LPM.

RUJUKAN

Page 13: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

1. Peter W. Hill and WAN Tak-Wing (2006). Assessment Reforms In Hong Kong. 32nd

IAEA Conference. May 2006. Singapore.

2. School Based Assessment Manual For Principals (2010). Caribbean Examination Council.

2010. Caribbean.

3. Dr. Abdul Rahim Hamdan dan Saliza Ahmad (2008). Tahap Penguasaan Guru Dalam

Melaksanakan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains Sekolah Menengah Rendah. Seminar

Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. (11-12 Okt 2008). Johor Bahru.

4. Lembaga Peperiksaan Malaysia. Manual Penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Kuala Lumpur.

5. Lembaga Peperiksaan Malaysia. Manual Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains. Kuala

Lumpur.

6. Hong Kong Examination and Assessment Authority. Hong Kong Diploma of Secondary

Education Examination 2013 Physics and combined Science School Based Assessment

Teachers’ Handbook. Hong Kong.

7. Hong Kong Examination and Assessment Authority. Moderation of School Based

Assessment Scores in The HKDSE. Hong Kong.

Page 14: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

LAMPIRAN

PBS DI MALAYSIA

Page 15: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

LAMPIRAN

PBS DI HONG KONG

Page 16: PERBANDINGAN SISTEM PBS MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

LAMPIRAN

PBS DI CARIBBEAN