4
Perbezaan Antara Buta Dan Penglihatan Terhad Pengenalan Sehingga Jun 2012 terdapat kira-kira 285 juta orang mengalami masalah penglihatan di serata dunia dengan 39 juta daripadanya dikategorikan sebagai buta dan selebihnya iaitu seramai 246 juta lagi mengalami penglihatan terhad. 90% daripada mereka ini berada di negara membangun. Dianggarkan 80% daripada masalah penglihatan ini boleh dielak atau dipulihkan. Penyebab utama masalah penglihatan adalah rabun yang tidak dibetulkan. Manakala katarak pula adalah penyebab utama kebutaan di negara yang rakyatnya berpendapatan rendah dan sederhana. Takrifan penglihatan terhad dan kebutaan mengikut definisi yang diberikan oleh World Health Organizatin (WHO) mengikut International Statistical Classification of Diseases, Injuries and Causes of Death adalah seperti berikut : 1. ‘Penglihatan terhad’ - seseorang individu dikatakan mempunyai penglihatan terhad apabila tahap penglihatan pada mata terbaik selepas pembetulan kurang daripada 6/18 hingga 3/60. Atau keluasan medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari titik fiksasi. 1. ‘Kebutaan’ - seseorang individu dikatakan buta apabila mempunyai tahap penglihatan di mata terbaik selepas pembetulan kurang daripada 3/60. Pengkelasan antara penglihatan terhad dan buta yang digunakan oleh WHO ataupun oleh sesuatu negara ini biasanya digunakan untuk mengesahkan status penglihatan dan hak seseorang mengikut istilah perundangan. Mereka yang dikategorikan buta mengikut pengkelasan ini kebanyakannya masih lagi mempunyai sedikit sebanyak sisa penglihatan yang boleh dimanfaatkan. Manakala daripada segi perubatan pula, kebutaan sebenar hanya terjadi ke atas individu yang tidak mempunyai sebarang sisa penglihatan walaupun untuk melihat cahaya iaitu tidak dapat membezakan keadaan antara gelap dan terang pada mana-mana mata. Berdasarkan kepada definisi oleh WHO - yang membezakan antara seseorang yang berpenglihatan terhad dan buta adalah keupayaan dan potensi maksimum mereka dalam memanipulasikan sisa penglihatan yang masih ada. Ringkasnya tahap penglihatan dan keluasaan medan penglihatan individu yang berpenglihatan terhad adalah lebih baik daripada individu buta. Oleh itu proses penyesuaian dan rehabilitasi penglihatan ke atas individu berpenglihatan terhad adalah lebih mudah berbanding ke atas individu yang mengalami kebutaan. Di Malaysia, istilah Kurang Upaya Penglihatan yang boleh didaftarkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah bermaksud buta di kedua-dua belah mata ATAU buta sebelah mata ATAU penglihatan terhad di kedua-dua belah mata ATAU lain-lain gangguan penglihatan kekal.

Perbezaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

low vision

Citation preview

PerbezaanAntara Buta Dan Penglihatan TerhadPengenalanSehingga Jun 2012 terdapat kira-kira 285 juta orang mengalami masalah penglihatan di serata dunia dengan 39 juta daripadanya dikategorikan sebagai buta dan selebihnya iaitu seramai 246 juta lagi mengalami penglihatan terhad. 90% daripada mereka ini berada di negara membangun.Dianggarkan 80% daripada masalah penglihatan ini boleh dielak atau dipulihkan. Penyebab utama masalah penglihatan adalah rabun yang tidak dibetulkan. Manakala katarak pula adalah penyebab utama kebutaan di negara yang rakyatnya berpendapatan rendah dan sederhana.Takrifan penglihatan terhad dan kebutaan mengikut definisi yang diberikan olehWorld Health Organizatin (WHO)mengikutInternational Statistical Classification of Diseases, Injuries and Causes of Deathadalah seperti berikut :1. Penglihatan terhad- seseorang individu dikatakan mempunyai penglihatan terhad apabila tahap penglihatan pada mata terbaik selepas pembetulan kurang daripada 6/18 hingga 3/60. Atau keluasan medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari titik fiksasi.1. Kebutaan- seseorang individu dikatakan buta apabila mempunyai tahap penglihatan di mata terbaik selepas pembetulan kurang daripada 3/60.Pengkelasan antara penglihatan terhad dan buta yang digunakan olehWHOataupun oleh sesuatu negara ini biasanya digunakan untuk mengesahkan status penglihatan dan hak seseorang mengikut istilah perundangan. Mereka yang dikategorikan buta mengikut pengkelasan ini kebanyakannya masih lagi mempunyai sedikit sebanyak sisa penglihatan yang boleh dimanfaatkan.Manakala daripada segi perubatan pula, kebutaan sebenar hanya terjadi ke atas individu yang tidak mempunyai sebarang sisa penglihatan walaupun untuk melihat cahaya iaitu tidak dapat membezakan keadaan antara gelap dan terang pada mana-mana mata.Berdasarkan kepada definisi olehWHO- yang membezakan antara seseorang yang berpenglihatan terhad dan buta adalah keupayaan dan potensi maksimum mereka dalam memanipulasikan sisa penglihatan yang masih ada. Ringkasnya tahap penglihatan dan keluasaan medan penglihatan individu yang berpenglihatan terhad adalah lebih baik daripada individu buta. Oleh itu proses penyesuaian dan rehabilitasi penglihatan ke atas individu berpenglihatan terhad adalah lebih mudah berbanding ke atas individu yang mengalami kebutaan.Di Malaysia, istilah Kurang Upaya Penglihatan yang boleh didaftarkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah bermaksud buta di kedua-dua belah mata ATAU buta sebelah mata ATAU penglihatan terhad di kedua-dua belah mata ATAU lain-lain gangguan penglihatan kekal.Bagi mana-mana individu yang tergolong dalam kategori seperti yang dinyatakan di atas, boleh memohon untuk didaftarkan sebagai OKU penglihatan setelah mendapat pengesahan daripada Pakar Oftalmologi. Di Malaysia pendaftaran OKU bukanlah sesuatu yang diwajibkan; namun begitu sekiranya anda telah berdaftar, anda layak mendapat semua keistimewaan yang sepatutnya anda peroleh sebagai seorang OKU.Simptom dan TandaIndividu yang mempunyai masalah penglihatan biasanya akan mengadu simptom sukar untuk melihat dengan jelas. Bagaimanapun, kesan simptom ini berbeza antara individu walaupun masalah penglihatan yang mereka alami hampir sama. Seseorang yang dilahirkan sebagai buta lebih mudah menyesuaikan diri berbanding individu yang mengalami kebutaan agak lewat dalam fasa kehidupan mereka. Individu yang kehilangan penglihatan secara tiba-tiba juga mengalami kesukaran menyesuaikan diri berbanding mereka yang kehilangan penglihatan secara beransur-ansur.Pelbagai masalah penglihatan lain juga boleh menjadi petanda seseorang itu akan menjadi buta; antaranya adalah melihat objek menjadi herot, melihat titik-titik hitam, melihat cahaya terang secara tiba-tiba dan penglihatan berganda.Tanda-tanda awal individu yang berisiko menjadi buta adalah melihat cahaya yang sangat terang dalam penglihatan mereka. Cahaya tersebut boleh jadi malap, sangat terang atau muncul berwarna-warni. Cahaya terang seperti ini mungkin menjadi petunjuk awal kepada kelekangan atau koyakan pada retina yang akhirnya boleh menyebabkan kebutaan.Kehilangan penglihatan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Oleh itu setiap simptom dan tanda yang dialami oleh seseorang individu tidak boleh dipandang ringan. Namun begitu ia tidaklah bermakna jika seseorang itu mengalami satu atau dua daripada simptom seperti yang dinyatakan, beliau akan mengalami kebutaan secara automatik.KomplikasiKehilangan penglihatan yang disebabkan oleh kerosakan saraf optik, diabetes retinopati, glaukoma, kelekangan retina dan degenerasi makula adalah bersifat kekal dan tidak boleh dibetulkan. Manakala kehilangan penglihatan yang disebabkan oleh rabun atau katarak adalah bersifat sementara dan boleh dibetulkan dengan pembedahan. Walau bagaimanapun, kehilangan penglihatan yang disebabkan oleh masalah pada kornea, adakalanya boleh dibetulkan dengan pembedahan atau kanta lekap bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi.RawatanRawatan kepada masalah penglihatan terhad dan kebutaan ini juga bergantung kepada penyebabnya. Di negara dunia ketiga, di mana penyebab utama masalah penglihatan adalah disebabkan oleh rabun, pemberian preskripsi dan sepasang cermin mata sudah mencukupi untuk menangani masalah ini.Masalah nutrisi juga boleh menyebabkan masalah penglihatan dan pengolahan diet mungkin boleh membantu mengurangkan komplikasi penglihatan. Selain dari itu, terdapat beratus ribu pesakit katarak yang boleh mendapat semula penglihatan normal mereka sekiranya mereka berpeluang menjalani pembedahan membuang katarak tersebut.PencegahanAntara 80-90% masalah penglihatan di dunia boleh dicegah melalui kombinasi pendidikan dan kebolehcapaian kepada penjagaan kesihatan yang baik. Kebanyakan kes yang disebabkan oleh trauma/kecederaan boleh dicegah melalui amalan menggunakan peralatan perlindungan mata yang bersesuaian semasa melakukan kerja-kerja yang berisiko.Bagi kes yang berkaitan dengan nutrisi boleh dicegah melalui pengambilan diet yang betul. Bagi kes yang berkaitan glaukoma, kehilangan medan penglihatan boleh dicegah melalui rawatan yang bersesuaian di peringkat awal. Bagi kes yang berkaitan dengan jangkitan kuman, ianya dapat dikurangkan melalui promosi kesihatan awam.Kebanyakan masalah penglihatan yang berpunca daripada diabetik retinopati, boleh dielakkan melalui kawalan tahap glukosa dalam darah, senaman, elakkan diri daripada menjadi obes dan elakkan daripada merokok. Penekanan juga harus diberikan kepada pengambilan makanan yang tidak meningkatkan jumlah gula dalam darah.Peningkatan jangka hayat populasi dunia juga mendedahkan mereka kepada masalah penglihatan yang disebabkan oleh penuaan seperti degenerasi makula. Pemeriksaan mata secara berkala dapat mengesan sebarang penyakit yang berpotensi mendatangkan kerosakan pada penglihatan dan medan penglihatan dan dengan itu rawatan yang bersesuaian dapat diberikan kepada pesakit.RehabilitasiBagi pesakit yang mengalami masalah penglihatan terhad dan kebutaan yang tidak boleh dirawati, mereka perlu mengatur semula kehidupan mereka daripada segi rutin harian dengan berlatih melakukannya dalam bentuk dan cara yang berbeza.Alat bantuan penglihatan terhad selalunya dapat memudahkan mereka yang berpenglihatan terhad untuk menjalani rutin mereka.

Rajah 1 : Alat bantuan optikal dan bukan optikal serta peralatan elektronik untuk kegunaan orang berpenglihatan terhad dan butaRajah 2 : Aktiviti orang berpenglihatan terhad dan buta di Pusat Rehabilitasi PenglihatanBagi mereka yang mengalami kebutaan, program orientasi dan mobiliti membolehkan mereka bergerak tanpa bantuan di persekitaran yang biasa. Di sesetengah negeri terdapat projek Program dalam Komuniti yang melibatkan lawatan daripada pakar orientasi dan mobiliti, ahli terapi cara kerja dan profesional-profesional lain yang boleh membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran.Bagi yang berminat untuk membaca dan menulis, mereka boleh menghadiri kelas Braille ataupun datang ke mana-mana pusat rujukan untuk OKU penglihatan dan mendapatkan latihan di bidang yang berkaitan dengan minat mereka.

Rajah 3 : Aktiviti orang berpenglihatan terhad dan buta di Pusat Rehabilitasi Penglih