Perbezaan Antara Rmk 9 Dan Rmk 10

Embed Size (px)

Text of Perbezaan Antara Rmk 9 Dan Rmk 10

PERBEZAAN ANTARA RMK 9 DAN RMK 10

NAMA: MEGAT ZAIM SYAMIM BIN MEGAT NAWAWINO.MATRIX: 2011206976COURSE:LECTURE: PN. NORMASFAZURADATE: 10 SEPTEMBER 2013

1.0PENGENALANDalam membangunkan sesebuah negara yang maju, perancangan yang rapi harus diwujudkan supaya sesebuah negara itu dapat membangun dengan terancang dan sistematik. Seperti di negara kita, Rancangan Malaysia telah diwujudkan bagi merancang negara ke arah kemajuan pada masa akan datang. Rancangan Malaysia adalah perancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Semasa pemerintahan British, pembangunan Tanah Melayu telah dirancang mengikut Draf Rancangan Pembangunan (DRP) atau lebih dikenali sebagai Buku Kuning. Buku Kuning ini merujuk kepada rancangan pembangunan Tanah Melayu dari tahun 1951 ke 1955. Buku Kuning merupakan rancangan rasmi untuk Tanah Melayu yang menyenaraikan semua projek pembangunan yang menjadi tanggungjawab pelbagai jabatan kerajaan untuk dilaksanakan. Akan tetapi, Buku Kuning ini tidak lengkap kerana ia mengabaikan sektor swasta serta tidak memasukkan perusahaan-perusahaan awam yang penting. Ia juga tidak membentuk jentera penyelarasan projek. Walaupun Buku Kuning tidak sempurna, ia merupakan permulaan kepada bentuk perancangan-perancangan seterusnya di Malaysia.Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM). Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Perbezaan ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

2.0PERBINCANGANRancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi. Rancangan Malaysia Kesembilan ini merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. Rancangan ini telah dibentangkan di Parlimen pada 30 Mac 2006. Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Objektif utama bagi RMK-9 adalah Mengukuhkan Perpaduan Nasional bertemakan Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Seperti rancangan-rancangan pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak. RMK9 mempunyai 5 teras utama iaitu pertama, meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Melalui teras ini, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara. Kedua, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Berdasarkan teras ini, kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Ketiga, menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yg berterusan secara membina dan produktif. Melalui teras ketiga ini, kerajaan akan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama. Keempat, meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup. Teras ini, kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas bagi kehidupan masyarakat seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber. Dan kelima adalah mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. Berdasarkan teras ini, kejayaan bagi perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksananya. Oleh itu, kerajaan komited dalam menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu, kerajaan juga akan menangani isu-isu berkaitan dengan rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum. Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga turut diberi dalam aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia mampu mencapai matlamat RMK-9. Daripada jumlah keseluruhan peruntukan, sejumlah RM 200 bilion telah diagih-agihkan mengikut sektor. 44.9 peratus akan diagih kepada projek pembangunan di bawah sektor ekonomi, 37.5 peratus sosial, 10.6 peratus sektor keselamatan dan 6.9 peratus sektor pentadbiran am. Dari segi sub-sektor pendidikan dan latihan akan diperuntukkan peratusan terbesar iaitu 20.6 peratus, selaras dengan keazaman kerajaan untuk meningkatkan kualiti modal insan. Sub-sektor pengangkutan akan diperuntukkan sebanyak 15.9 peratus, kemudahan awam dan tenaga, 10.9 peratus; perdagangan dan perindustrian 9.9 peratus; pertanian 5.7 peratus; kesihatan 5.4 peratus dan perumahan 5.0 peratus.Di bawah RMK-9, perancangan bagi pembangunan tiga wilayah koridor juga telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-5 iaitu Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Antara wilayah yang terbabit ialah Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Wilayah Ekonomi Koridor Utara meliputi negeri-negeri yang terletak di utara Malaysia seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan wilayah-wilayah di sekitar Perak Utara. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat industri asas tani yang moden dan berskala besar di samping industri-industri teknologi tinggi seperti ICT, bioteknologi dan automotif.

Tunjang utama bagi projek pembangunan Wilayah Koridor Utara ialah pembuatan atau perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Antara senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara adalah pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang bernilai RM3 bilion. Jambatan ini akan menghubungkan Batu Kawan dengan Batu Maung. Jambatan yang berukuran 24 kilometer itu dijangka siap pada tahun 2011. Selain itu, ada beberapa lagi projek lain yang termasuk di dalam Wilayah Ekonomu Koridor Utara. Antaranya: Pusat Pemakanan Utama Pusat Pemakanan Tambahan (Penubuhan Zon Khas Makanan) Pusat Pemprosesan Halal Berintegrasi? Pusat Akuakultur Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan Pembinaan Lebuhraya Rentas Pedalaman Kedah Pembinaan Lebuhraya Tunjang Sentral Pembinaan Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan

Wilayah kedua yang tercatit di dalam perancangan RMK-9 adalah Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar. Wilayah Pembangunan Iskandar ini meliputi kawasan di Selatan Johor. Wilayah Pembangunan Iskandar ini juga merupakan projek pembangunan terancang yang paling besar dalam sejarah negara. Berlandaskan kekuatan kawasan Selatan Johor dari segi lokasi, Wilayah Pembangunan Iskandar akan dibangunkan untuk menjadi destinasi antarabangsa bagi pelaburan, perniagaan, industri, pelancongan dan kebudayaan. Antara senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia adalah:

Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan Negeri Johor Pelabuhan Tanjung Pelepas Lapangan Terbang Senai (Hab Penerbangan Senai) Bandaraya Cyber Berteknologi Tinggi Pelabuhan Tanjung Langsat (Hab Bahan Api Bio Negara) Menempatkan Sekolah Antarabangsa dan Universiti Luar Negara bertaraf dunia (Hab Pendidikan) Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan

Wilayah yang ketiga yang disebutkan di dalam perancangan RMK-9 adalah Wilayah Ekonomi Koridor Timur. Wilayah Ekonomi Koridor Timur ini meliputi negeri-negeri yang terdapat di pantai timur Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat pertumbuhan baru bagi industri petrokimia serta pelancongan. Pelan konsep pembangunan Wilayah Koridor Timur ini masih dalam peringkat perancangan dan pembangunan. Ia akan mengalami penyesuaian daripada semasa ke semasa. Selain itu kemudahan pendidikan teknikal akan dibina bagi menyokong bentuk perniagaan yang baru diperkenalkan. Di samping itu juga, pembangunan rangkaian produk halal untuk dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah melalui program pembangunan sub-kontraktor juga merupakan projek yang ada di dalam perancangan Wilayah Ekonomi Koridor Timur. Berikut adalah antara projek lain yang terdapat di dalam perancangan Wilayah Ekonomi Koridor Timur: Memperkenalkan teknik perladangan moden dengan meluas. Fasa Kedua: Projek Lebuhraya Pantai Timur Penambahbaikan Industri Kompleks Petroleum Petronas terbesar di Pantai Timur.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) pula telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Razak. Rancangan Mala