16
PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www.selangorku.com Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker OLEH SYASYA SUFIAN SHAH ALAM - Masih ada penja- wat awam culas hingga ditang- kap Unit Integriti Pejabat Setia- usaha Kerajaan Negeri (SUK), minggu lalu. Mereka ditangkap hasil maklu- mat orang ramai ketika berhibur di pusat snuker sekitar sini pada waktu pejabat, malah berpakaian korporat. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Mu- nawi, berkata mereka bermain snuker dan minum petang sele- pas waktu rehat solat Jumaat. “Masih ada penjawat awam degil dan tanpa segan silu ber- main snuker dengan berpakai- an korporat pada waktu peja- bat,” katanya yang turut memuat naik gambar beberapa penjawat awam itu di Facebook sebagai pengajaran. Ketua jabatan perlu mengam- bil tindakan disiplin ke atas mere- ka. Pandangan buruk orang awam melihat tingkah laku penjawat awam itu memalukan kerana me- reka patut bekerja meningkatkan mutu perkhidmatan,” katanya. LAPORAN LANJUT DI MUKA 2 Gambar oleh Asrie Sapfie Ada isu perundangan terhadap Kerajaan Negeri MB: Tak boleh serap GST “Kalau Kerajaan Persekutuan beri pengecualian atas beberapa sektor perkhidmatan, itu kita bolehlah terima (laksanakan). Tentu kita mahu diberi pengecualian tapi ia hanya boleh dibuat Kerajaan Persekutuan.” - Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali PENYAYANG... Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mempamerkan kasih sayang kepada anak peserta Program Hijrah Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Disasarkan 56,000 bakal menerima manfaat itu di 56 DUN pada 2017 dalam usaha melonjakkan pendapatan isi rumah. Heret pengurusan Tabung Haji ke mahkamah Saya tidak senang mereka guna wang deposit umat Islam yang mahu menunaikan haji sewenang-wenangnya. Kita minta semua bangkit tegur ke- zaliman dan kemungkaran itu BERITA DI MUKA 2 MB: Rizab meningkat lagi walau belanja kebajikan bertam- bah Kini, simpanan Selangor me- lonjak kepada RM3.6 bilion. Namun, rizab besar tidak bawa makna jika rakyat tidak mendapat manfaat. Jadi kita dikeluarkan untuk dinikmati rakyat BERITA DI MUKA 3 MB: Hijrah perluas kelas menengah Melalui program ini, mereka da- pat berhijrah ke kelas menengah dan tingkatkan pendapatan isi rumah untuk biayai keluarga BERITA DI MUKA 6&7 ‘Indahnya Menjadi Ibu’ Ibu sangat istimewa dan tiada tandingan kerana sanggup berkorban demi kebahagian anak-anak. Ibu mengetepikan impiannya demi memenuhi keperluan anak untuk me- mastikan kesejahteraan dari segi fizikal dan emosi. BERITA DI MUKA 13

PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

  • Upload
    buidien

  • View
    231

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www.selangorku.com

Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Masih ada penja-wat awam culas hingga ditang-kap Unit Integriti Pejabat Setia- usaha Kerajaan Negeri (SUK), minggu lalu.

Mereka ditangkap hasil maklu-

mat orang ramai ketika berhibur di pusat snuker sekitar sini pada waktu pejabat, malah berpakaian korporat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Mu- nawi, berkata mereka bermain snuker dan minum petang sele-

pas waktu rehat solat Jumaat.“Masih ada penjawat awam

degil dan tanpa segan silu ber-main snuker dengan berpakai- an korporat pada waktu peja-bat,” katanya yang turut memuat naik gambar beberapa penjawat awam itu di Facebook sebagai

pengajaran.Ketua jabatan perlu mengam-

bil tindakan disiplin ke atas mere-ka. Pandangan buruk orang awam melihat tingkah laku penjawat awam itu memalukan kerana me-reka patut bekerja meningkatkan mutu perkhidmatan,” katanya.

LAPORAN LANJUT dI MUkA 2

Gam

bar o

leh

Asrie

Sap

fie

Ada isu perundangan terhadap Kerajaan Negeri

MB: Tak boleh serap GST “Kalau Kerajaan Persekutuan beri pengecualian atas beberapa sektor perkhidmatan, itu kita bolehlah terima (laksanakan). Tentu kita mahu diberi pengecualian tapi ia hanya boleh dibuat Kerajaan Persekutuan.” - Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali

PENYAYANG... Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mempamerkan kasih sayang kepada anak peserta Program Hijrah Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Disasarkan 56,000 bakal menerima manfaat itu di 56 DUN pada 2017 dalam usaha melonjakkan pendapatan isi rumah.

heret pengurusan Tabung haji ke mahkamah

Saya tidak senang mereka guna wang deposit umat Islam yang mahu menunaikan haji sewenang-wenangnya. Kita minta semua bangkit tegur ke-zaliman dan kemungkaran itu

BERITA dI MUkA 2

MB: Rizab meningkat lagi walau belanja kebajikan bertam-bah

Kini, simpanan Selangor me-lonjak kepada RM3.6 bilion. Namun, rizab besar tidak bawa makna jika rakyat tidak mendapat manfaat. Jadi kita dikeluarkan untuk dinikmati rakyat

BERITA dI MUkA 3

MB: hijrah perluas kelas menengah

Melalui program ini, mereka da-pat berhijrah ke kelas menengah dan tingkatkan pendapatan isi rumah untuk biayai keluarga

BERITA dI MUkA 6&7

‘Indahnya Menjadi Ibu’

Ibu sangat istimewa dan tiada tandingan kerana sanggup berkorban demi kebahagian anak-anak. Ibu mengetepikan impiannya demi memenuhi keperluan anak untuk me-mastikan kesejahteraan dari segi fizikal dan emosi.

BERITA dI MUkA 13

Page 2: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

Utama2 Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

KETUA PENGARANG: Fazallah Pit PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar & Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut WARTAWAN: Afeeqa Afeera: [email protected],

Hafizan Taib: [email protected], Naeem Raffi: [email protected], Afix Redzuan : [email protected], Lizawati Madfa : [email protected],

Norhayati Umor: [email protected], Nazli Ibrahim : [email protected], Syazwani Sufian : [email protected]

JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri SapfieGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Oleh NAEEM RAFFI

kUALA kUBU BHARU - Kera-jaan Selangor sedia menyerap bebanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika Kera-jaan Persekutuan memberi hak pengecualian.

“Kalau Kerajaan Persekutuan beri pengecualian atas bebe-

rapa sektor perkhidmatan, itu kita bolehlah terima (laksana-kan).

“Tentu kita mahu diberi pengecualian tapi ia (penge-cualian) hanya boleh dibuat Kerajaan Persekutuan,” kata Dato’Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Justeru, beliau berkata, Ke-

GST diserap jika ada pengecualian

kUALA SELANGOR - Pelaksa- naan GST memberi kesan ke-naikan inflasi sebanyak dua peratus sebaik sahaja ia berkuat kuasa 1 April lalu.

Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali, berkata kaji-an Institut Penyelidikan ekono-mi Malaysia mendapati harga barang naik biarpun Kerajaan Persekutuan memberi jaminan sebaliknya.

“Ada menteri kata GST ba-gus, boleh turunkan harga ba-rang kerana beri pandangan sebagai menteri paling cerdik dengan CGPA 3.80 (tetapi) mana mungkin ia berlaku.

“Sedangkan badan penye-lidikan ekonomi terkenal ke-luarkan laporan, GST akan beri kesan inflasi dan naikkan harga

barang.“Apakah benar harga barang

semakin turun? harga ikan? Ayam? Sayur?” katanya sebe-lum teriakan ‘Tidak’ dari lebih 2,000 hadirin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek Pembiayaan Fasa Kedua hijrah Selangor di Stadium Tertutup Kuala Sela-ngor, 10 Mei lalu.

Mohamed Azmin menyifat-kan kenaikan harga barangan membebankan rakyat teruta-ma golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Katanya, kira-kira 80 peratus rakyat terpaksa membayar cu-kai sedangkan tidak perlu ber-buat demikian sebelum ini ke-rana berpendapatan rendah.

“GST tidak kira bekerja atau

Inflasi naik 2%GST tidak kira bekerja atau tidak, yang bayi atau tua, yang kerja atau pencen, semua kena. Ini tidak adil kepada rakyat

MohaMed azMin Dato’ Menteri Besar

SHAH ALAM - Tabung haji (Th) perlu membatal pembelian ta-nah daripada 1Malaysia Deve-lopment Bhd (1MDB) serta mer-ta dan pengurusannya perlu bertanggungjawab.

Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali juga men-desak pengurusan Tabung haji meletak jawatan, malah diheret ke mahkamah jika ada unsur pe-nyelewengan.

Beliau berkata, Tabung haji juga perlu memberi penjelasan kepada pencarum dan sidang Parlimen kerana wang rakyat digunakan dengan sewenang-wenangnya.

“Penggunaan hampir RM200 juta untuk 1.5 ekar tanah tidak wajar. Kita juga didedah menge-nai syarikat GlC Kerajaan Perse-kutuan terlibat dengan pelaburan dalam jumlah besar,” katanya.

Beliau berkata demikian mempertikai tindakan Tabung haji membeli tanah milik 1 Ma-laysia Development Berhad (1MDB) dengan harga terlalu tinggi hanya seluas 1.5 ekar.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sijil Projek Pe-rumahan Pangsapuri Sri Indah, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, Tabung haji patut mengguna-kan RM188.5 juta untuk kesele-saan jemaah haji, bukan mem-bazirkannya demi kepentingan kroni.

Umpamanya, beliau berkata, membeli bangunan di Mekah dan Madinah untuk kediaman je-maah atau mengurangkan tang-gungan kos termasuk tambang.

“Mengapa tidak fikir begitu? Mengapa Kerajaan Persekutuan lebih pentingkan kroni berban-ding rakyat miskin dan ber-pendapatan rendah?

“Ini amanah kerana setiap sen adalah hak rakyat yang perlu dikembalikan,” katanya, menambah pembelian itu me-nyebabkan kos yang ditang-gung Tabung haji ialah RM188 juta untuk 1.5 ekar.

“Saya tidak senang mereka guna wang deposit umat Islam yang mahu menunaikan haji se-wenang-wenangnya. Kita minta semua bangkit tegur kezaliman dan kemungkaran itu,” katanya.

Pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno turut menge-cam perbuatan menyalahguna-kan simpanan Tabung haji untuk pembelian tanah itu.

SHAH ALAM - Sekalipun bukan Islam, Adun Sekinchan, Ng Suee lim turut mempersoal menga-pa nilai amanah kepada agama diketepi demi menyelamatkan projek kroni.

“Dalam konteks menjaga amanah melibatkan agama, tidak wajar nilai itu digadaikan semata-mata menyelamatkan projek.

“Walaupun bukan pemimpin

Islam, saya tidak setuju Tabung haji dijadikan alat. Ini duit orang Islam, duit pergi haji,” katanya.

Beliau menggesa penjelas-an diberi kepada umat Islam terutama penyimpan berikutan pembelian tanah dari 1MDB itu.

“Ia patut diurus dengan cer-mat. Tidak salah melabur tapi bagaimana ia dilabur. Kalau dalam syarikat bermasalah, itu yang kita khuatir,” katanya.

Heret pengurusan Tabung Haji ke mahkamah

Itu duit pergi haji

tidak, yang bayi atau tua, yang kerja atau pencen, semua kena. Ini tidak adil kepada rakyat,” ka-tanya.

rajaan Selangor berhati-hati berkenaan pengecualian GST dalam perkhidmatan kerajaan kerana ia melibatkan isu perun-dangan.

Biarpun membantah pelak-sanaan GST, katanya, kutipan cukai itu terpaksa dilakukan kerana ia sebahagian tang-gungjawab negeri kepada Ke-rajaan Persekutuan.

“Perlu berhati-hati, ia me-libatkan perundangan tang-gungjawab Kerajaan Negeri, iaitu mengutip cukai bagi pihak Kerajaan Persekutuan.

“Memang pendirian Sela-ngor bantah (GST), oleh kera-na ia diluluskan dalam Dewan Rakyat, apakah boleh kita (Se-langor) serap atau tidak me-ngutip cukai?” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Borang Notis 5A di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan, di sini, 11 Mei lalu.GST memangsakan rakyat

Page 3: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

3Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

Utama

Oleh NAEEM RAFFI

kUALA kUBU BHARU - Rizab Simpanan Negeri meningkat kepada RM3.6 bilion berban-ding RM3.4 bilion pada 28 Feb-ruari lalu walaupun perbelan-jaan bagi pelbagai program kebajikan bertambah.

Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali berkata ia membuktikan kerajaan pimpin-an Pakatan Rakyat cekap

mengurus kewangan bahkan menyalur kembali untuk pem-bangunan rakyat.

“Berkat berlaku adil kepada rakyat, hasil negeri dapat di-tingkat. Dalam empat bulan pertama tahun ini, kita kutip ha-sil lebih RM1 bilion.

“Kini, simpanan Selangor melonjak kepada RM3.6 bilion. Namun, rizab besar tidak bawa makna jika rakyat tidak menda-pat manfaat. Jadi kita dikeluar-

kan untuk dinikmati rakyat,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bo-rang Notis 5A di Dewan Serba-guna Kompleks Sukan, di sini, 11 Mei lalu.

Mohamed Azmin juga memberi jaminan pengurusan ekonomi dibuat secara telus, bertanggungjawab dan tiada kebocoran akibat rasuah mahu-pun penyelewengan.

Ia bermakna, katanya, ha-sil kutipan melebihi RM1 bi-lion dalam tempoh lima bulan pertama bagi 2015 berikutan pengurusan pentadbiran ne- geri yang baik, amanah dan ber-tanggungjawab.

“Saya panggil Pegawai Ke-wangan Selangor, Datuk Noor-din Sulaiman dan tanya berapa hasil negeri dalam tempoh lima bulan pertama bagi 2015?

“Beliau maklumkan dalam

lima bulan pertama hasil negeri sudah melebihi 1 bilion.

“hasil tidak perlu disimpan sebaliknya mesti diterjemah da-lam bentuk program yang mem-beri manfaat kepada rakyat,” ka-tanya.

Beliau juga memberi jaminan sentiasa memastikan pengu-rusan ekonomi telus, bertang-gungjawab, tiada kebocoran, rasuah mahupun penyele- wengan.

Walau belanja kebajikan bertambah

MB: Rizab meningkat lagi

kUALA kUBU BARU - Impian peneroka Felda Sungai Tengi Selatan, Mohd Som Ismail, 59, memiliki geran tanah bagi lot ke-diaman dan pertanian yang diu-sahakannya, akhirnya tercapai.

Dalam usia 59 tahun, Mohd Som berjanji menggunakan ta-nah itu sebaik mungkin demi kelangsungan masa depan anak cucunya.

“Masa masuk 27 tahun dahu-lu, saya anak dua; sekarang ber-cucu dua, bertahun memohon tapi baru sekarang dapat,” kata Ketua Peneroka wilayah itu.

Beliau antara 139 penerima dari Felda Sungai Tengi yang layak mendapat hak milik tanah atau notis 5A .

Setiap mereka menerima

dua lot tanah merangkumi 10 ekar lot pertanian dan 1/4 ekar lot kediaman.

Selain itu, 61 penduduk Kam-pung Baru Kandaiah, Rasa, Kam-pung Baru Damai, Serendah (16) dan Kampung Pasir, hulu Yam (6) turut layak menerima notis 5A.

Penerima lain, Azmi Sahan, 50, berkata Kerajaan Selangor bertindak betul melunaskan impian penduduk yang ada antaranya lebih 40 tahun me-nanti memiliki geran.

“Amat bersyukur dengan pemberian geran ini. Setidak-tidaknya, saya dan isteri rasa lebih terjamin. Terima kasih kerana prihatin nasib rakyat,” katanya.

BANdAR BARU SELAYANG - Pa-katan Rakyat menyokong pen-calonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang mengganti-kan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Ahli Par-limen Permatang Pauh baharu itu berkebolehan memikul tang-gungjawab berkenaan dan per-nah melakukannya sebelum ini.

“Kita menyokong penuh pen-calonan Wan Azizah. Kita yakin Wan Azizah mampu memikul tu-gas mulai sesi Dewan Rakyat akan datang,” katanya kepada media di sini, 12 Mei lalu.

Timbalan Presiden PKR itu turut menolak spekulasi dirinya lebih

layak untuk jawatan itu, sebalik-nya menyatakan ia hanya gem- bar-gembur media.

Beliau juga mengalu-alukan kenyataan Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar berhubung so- kongan parti itu terhadap Wan Azizah yang juga Adun Kajang.

“Beliau boleh teruskan tugas dan tanggungjawab dengan baik. Ketika ini terlalu banyak isu diba-has seperti bidang ekonomi, pen-didikan, keselamatan dan seba-gainya,” katanya.

Wan Azizah menggantikan An-war yang disabit dengan kes mah-kamah bagi memenjarakan Ketua Umum PKR itu, selepas menang Pilihan Raya Kecil (PRK) itu, 7 Mei lalu.

kUALA kUBU BHARU - Pe-nerima geran dinasihati tidak meraih keuntungan singkat dengan menjual tanah diberi berikutan harganya tinggi.

Sebagai negeri paling maju, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata harga tanah semakin tinggi tetapi ia bukan alasan untuk meraih keuntung- an singkat.

Sebaliknya, beliau mem-inta penerima geran supaya menyimpan tanah itu sebagai aset untuk generasi akan da-tang.

“Kita tidak galakkan pene-rima jual tanah. hari ini, dapat notis 5A; bulan depan tanah itu dijual.

“Tanggungjawab penerima

Dapat geran bila bercucu dua

Azmin: Wan Azizah layak jadi Ketua Pembangkang

Jangan jual tanah

ialah menyuburkan tanah. Bu-kan sahaja dalam konteks per-tanian, bahkan nilai tanahnya,” katanya.

hadir sama, exco Kerajaan

Tempatan, ean Yong hian Wah, Adun Kuala Kubu Bharu, lee Kee hiong dan Pegawai Dae-rah hulu Selangor, Mohd Fauzi Yatim.

Mohd Som (empat dari kanan) dan Azmi Sahan (lima dari kanan) bersama penerima borang 5A yang lain

Wan Azizah dan Azmin Ali beriadah bersama rakyat ketika PRk Permatang Pauh

Page 4: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

Utama4 Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

Oleh HAFIZAN TAIB

BANdAR BARU SELAYANG- Se-banyak RM22 juta diperuntuk se-bagai biasiswa dan pinjaman pen-didikan bagi memastikan tiada keciciran melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, RM10 juta un-tuk biasiswa penuh bagi pelajar di Universiti Selangor (UNISel) dan Kolej Universiti Islam Antarabang-sa Selangor (KUIS).

Beliau berkata, baki RM12 juta untuk pembiayaan awal bagi yang mendapat pinjaman Perba-danan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Kita ada UNISel dan KUIS tapi kita melihat ramai anak-anak kita khususnya di luar bandar dan desa miliki potensi baik menerus-kan pengajian.

“Namun, kos pendidikan ting-gi, jadi ramai kalangan mereka tercicir,” katanya pada majlis Agih-an Bantuan Pendidikan Selangor 2015 peringkat Gombak di sini, 12 Mei lalu.

Pada program itu, beliau me-nyerahkan sumbangan RM1.045 juta kepada 49 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Ke-bangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis

RM22 juta elak tercicir pendidikan tinggiKebangsaan (Tamil).

Beliau juga menegaskan pen-didikan diberi keutamaan pada Belanjawan Selangor 2015 lalu berikutan ia menjadi teras utama pembangunan Kerajaan Selangor.

“Ia pelaburan jangka pan-jang bagi memastikan anak-anak mendapat ilmu pengetahuan tetapi tanggungjawab kita me-nyediakan pendidikan berkualiti.

“harus bermula pada pering-kat prasekolah, sekolah rendah serta menengah dan kita akan berikhtiar membantu anak-anak menggilap potensi mereka,” ka-tanya.

Pelbagai program dan skim berkaitan pendidikan disediakan antaranya Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas), Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan hadiah Anak Masuk Univer-siti.

SHAH ALAM - Sebanyak RM2.8 juta diperuntuk bagi member-daya wanita bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan latihan ke-mahiran.

Untuk itu, exco hal ehwal Wanita, Kesihatan dan Kebaji-kan, Dr Daroyah Alwi berkata sejumlah RM30,000 diberi kepa-da setiap Pusat Wanita Berdaya (PWB).

Beliau berkata, seramai 300,000 wanita dijangka menda-pat manfaat dari program Agen-da Pemerdayaan itu.

“Antara fokus modul pember-dayaan ialah kefahaman gender, ekonomi hawa, latihan dan ke-mahiran serta kesihatan dan ke-selamatan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da pemberita di Majlis Penyam-paian Watikah Penyelia PWB dan pelancaran logo baharu, 12 Mei lalu.

PWB menjadi platform wanita memajukan diri dalam pelbagai bidang perniagaan. Seramai 56 penyelia PWB dilantik di setiap DUN bagi menjalankan bengkel menjahit baju, langsir dan masa-kan termasuk kek dan kuih muih,

RM2.8 juta tingkat kemahiran wanita TINJAUAN ORANG RAMAIPelbagai pihak yang terbabit dalam sektor pendidikan percaya, bantuan kerajaan Selangor banyak memberi manfaat dan membantu penambahbaikan kemudahan dan pendidikan di sekolah.

selain kraftangan.Justeru, PWB merancang

melaksanakan konsep ‘Seorang Wanita, Satu Produk’ bagi me-martabat ekonomi wanita luar bandar.

Penyelia PWB DUN Sabak, Azizah Samin mahu melahirkan seorang wanita berjaya setiap tahun untuk menjadi contoh

“Apabila berjaya, beliau akan beri pendapatan kepada wanita lain,” katanya, menambah wani-ta perlu keluar dari kepompong kebergantungan sumber penda-patan suami.

Penyelia PWB Sungai Air Ta-

war, Siti latiffah Maulud pula, menggunakan pendekatan ber-beza dengan mahu memberi perhatian kepada remaja.

“Kita mahu remaja tidak ketinggalan dalam membina kehidupan mereka dan tidak terhanyut. Pelbagai program motivasi dirangka,” katanya.

Beliau juga melaksanakan pelbagai program memantap-kan ekonomi keluarga suri ru-mah tangga, ibu tunggal dan as-naf yang disertai 60 orang.

“Banyak kraftangan dihasil-kan untuk dipasar ke tempat lain,” katanya.

Memang sekolah menghadapi keka-ngan kewangan maka bantuan diberi banyak membantu bagi menambah-

baik infrasruktur seperti pusat sumber dan makmal sekolah. Peruntukan memberi kesan positif ke arah kemajuan pendidikan.

Pengetua Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak, Norma Mohamad

Peruntukan boleh digunakan sekolah bagi menampung kekurangan seperti pusat rujukan pelajar dan sebagainya.

Ia banyak membantu sekolah bagi mening-katkan kemudahan asas di sekolah demi ke-perluan pelajar yang mendesak saban tahun.

Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJk (T) Batu Arang, Rawang, M Chandrasegar.

Membolehkan pihak sekolah me-rancang pembangunan lebih baik dari segi infrastruktur dan yang lain.

Dengan kemudahan infrastruktur yang baik mampu memberi motivasi tambahan kepa-da pelajar untuk berusaha gigih mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.”

Naib Pengerusi PIBG SJk(C), Lokh kim Cheng

Page 5: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

5Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

Utama

kUALA SELANGOR - Tiada keperluan mendesak untuk me-rujuk kepada badan kehakiman jika penstrukturan semula in-dustri air antara Kerajaan Sela-ngor dan Kerajaan Persekutuan menemui jalan buntu.

Sebaliknya, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia boleh diselesaikan melalui perbincangan jika ke- dua-dua pihak boleh berla-pang dada.

“Saya tidak nampak keper-luan untuk bawa kes ke mahka-mah kerana beberapa perkara sudah dipersetujui dalam per-janjian. Takkan saya hendak rungkai balik?

“Saya hendak laksana hal yang dipersetujui. Jadi tiada keperluan ke mahkamah,” ka-tanya selepas Majlis Penyera-han Cek Pembiayaan hijrah Se-langor, 11 Mei lalu.

Mohamed Azmin menca-dangkan Kerajaan Persekutu-an menetapkan tarikh perbin-cangan bagi menyelesaikan hal

Air: Tak perlu ke mahkamahberbangkit khususnya isu aset air Selangor.

“Kalau itu jadi penghalang kepada Kerajaan Persekutuan, saya cadangkan supaya kita bincang kerana ia tidak boleh selesai di media atau perbalah-an terbuka. “Saya lebih ber-minat kepada perbincangan dengan menteri secara baik,” katanya.

Justeru, beliau meminta Menteri Tenaga, Teknologi hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili diminta menetapkan tarikh perbincangan.

Beliau juga sudah memberi bayangan kepada Ongkili tarikh sesuai selepas sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) berakhir 10 April lalu.

“Tapi hingga kini, belum da-pat tarikh. Jadi saya harapkan menteri dapat beri cepat su-paya kita boleh bincang. Kita boleh selesai secara baik demi kepentingan rakyat,” katanya.

Ditanya mengapa Kerajaan Selangor tidak menetapkan

tarikh, Mohamed Azmin sambil menafi melengah-lengah usa-ha memuktamad perjanjian air, berkata ia sebagai menghorma-ti menteri berkenaan.

“Selagi tiada pertemuan, ba-gaimana mahu putuskan?” ka-tanya yang berpegang kepada kandungan perjanjian yang ditandatangani sebelum ini.

“Jangan salahkan saya. Cuma, kalau mereka ada pan-dangan berbeza hari ini selepas beberapa bulan tandatangan perjanjian, elok kita bincang,” katanya.

SERI kEMBANGAN - Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tidak perlu memohon maaf terhadap Ketua Polis Negara (KPN) semata-mata kerana ber-tanya soalan.

Menolak dakwaan membuat tuduhan mahupun menghina

MB: ‘Tanya soalan kena minta maaf?’

Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa ceramah di Permatang Pauh ba-ru-baru ini, beliau turut menye-rahkan salinan klip video kepa-da peguamnya.

“Saya hanya bertanya soalan dalam bentuk soalan. Sebab itu, saya dapatkan semua rakaman

ucapan dan saya serahkan ke-pada peguam.

“Adakah saya perlu memo-hon maaf untuk bertanya so-alan?” katanya kepada pembe-rita selepas Majlis Penyerahan Sijil layak Menduduki Projek Perumahan Pangsapuri Sri In-

dah, 10 Mei lalu.Beliau diminta mengulas

kenyataan kononnya menghi-na Khalid dengan gelaran ter-tentu pada ceramah politik menjelang Pilihan Raya Ke-cil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

SHAH ALAM - Perkataan yang digunakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali adalah so-alan khusus kepada KPN, bukan anggota polis keseluruhan.

Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei berkata, per-tanyaan itu demi kebaikan ke-seluruhan institusi supaya be-bas pengaruh politik.

Beliau berkata, Mohamed Azmin sama sekali tidak ber-musuh dengan anggota polis terutama yang menjalankan tu-gas secara profesional.

“Dalam banyak ceramah,

Mohamed Azmin menyatakan tidak bermusuh dengan ang-gota polis peringkat bawah ter-utama yang menjalankan tugas secara profesional.

“Malah, sedar ramai anggota keselamatan dan polis pering-kat bawah menjalankan tugas dengan baik dan hanya mengi-kut arahan,” katanya pada ke-nyataan media 6 Mei lalu.

Shuhaimi juga kesal kerana tia-da tindakan diambil apabila mem-babitkan pemimpin Umno BN. “Baru-baru ini, ada kes melibatkan abang KPN dalam ‘demonstrasi

anti-salib’ di Petaling Jaya. Ia jauh lebih ‘lembut’ berbanding aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat.

“Soal siasatnya singkat, hanya beberapa minit. Apakah KPN tidak sedar hal itu? Kenapa perlu ada perbezaan layanan?

“Kami juga berpengalaman apabila ada bekas KPN memukul pimpinan tertinggi Pakatan,” ka-tanya. Shuhaimi juga meminta persoalan itu dijawab KPN se-cara peribadi dan tidak mem- biarkan Persatuan Pegawai Ka-nan Polis mengeluarkan ke-nyataan berbeza.

Tidak musuhi anggota polis

SHAH ALAM - Polis bersikap tidak profesional apabila me-ngugut untuk membuka sia- satan terhadap Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berikutan soalannya kepada KPN.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata isu kenyataan itu lebih kepada bersifat peribadi dan tidak menyentuh institusi polis.

“Jika benar KPN rasa terhi-na dengan soalan itu, beliau boleh berjumpa Mohamed Azmin secara peribadi atau sa-man sahaja.

“Tiada perlu kerahkan se-luruh tenaga anggota po-lis untuk siasat sesuatu yang bukan jenayah,” kata-nya yang meminta polis le- bih menumpu siasatan kes jenayah berbanding isu soalan itu.

“lainlah jika beliau rosakkan kenderaan KPN atau perbuat-an jenayah lain, maka boleh disiasat,” katanya kepada Se-langor Kini.

Tidak perlu buka siasatan

SHAH ALAM - Polis khusus-nya pegawai atasan perlu le-bih profesional dan tidak be-rat sebelah dalam menangani kes membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Adun Sekinchan, Ng Suee lim berkata, sikap dwistan-dard bukan sahaja menyusah-kan pemimpin Pakatan, bah-kan menjejaskan kepercayaan awam terhadap institusi po-lis.

“Rakyat dan pemimpin Pa-katan diburu dan ditangkap dengan tegas. Sebaliknya, tin-dakan lembut bila melibatkan penyokong dan pemimpin BN.

“Rakyat nampak. Kena-pa bila Mohamed Azmin te-gur ada pihak sukar terima hakikat. Adakah mereka se-dang memakan cili sehingga terasa pedas?” katanya kepa-da Selangor Kini.

Siapa makan cili hingga rasa pedas?

Rakyat dan pemimpin Pakatan diburu dan ditangkap dengan tegas. Sebaliknya, tindakan lembut bila melibat-kan penyokong dan pemimpin BN

ng Suee LiMAdun Sekinchan

Dalam banyak ceramah, Mohamed Azmin menyatakan tidak bermusuh dengan anggota polis peringkat bawah terutama yang menjalankan tugas secara profesional

ShuhaiMi ShafieiSetiausaha Politik

Saya hendak laksana hal yang dipersetujui. Jadi tiada keperluan ke mahkamah

MohaMed azMin Dato’ Menteri Besar

Page 6: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

Utama6 Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

Oleh AFEEQA AFEERA

kUALA SELANGOR - Program hijrah adalah strategi Kerajaan Selangor untuk memperluas golongan kelas menengah dan mencapai sasaran miskin sifar.

Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali, berkata ia di-jangka dapat dicapai melalui pembiayaan program itu den-gan peruntukan RM100 juta.

“Tidak mungkin rakyat di kampung berpendapatan ren-dah boleh dibiarkan begitu sa-haja mengikut putaran pasaran yang ada tanpa bantuan Kera-jaan Negeri.

“Melalui program ini, mereka dapat berhijrah ke kelas mene-ngah dan tingkatkan pendapa-tan isi rumah untuk biayai ke-

MB: Hijrah perluas kelas menengahluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek Pembiayaan Fasa Kedua hijrah Selangor, 10 Mei lalu yang me-nyaksikan Seramai 2,325 peser-ta menerima manfaat bernilai RM12.26 juta.

hijrah bertujuan melonjak-kan golongan miskin memasuki kelas berpendapatan menengah dan ia diperkasa melalui Skim

Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Kerajaan Selangor turut me-naikkan siling peruntukan Skim-sel dan MiMBAR kepada RM100 juta berbanding RM70 juta sebe-lum ini.

Mohamed Azmin berkata, program hijrah mewujudkan sistem pengeluaran modal yang mudah dan cepat tanpa seba-

rang faedah kepada penerima.Mensasar 56,000 peserta

bakal menerima manfaat itu di 56 DUN pada 2017, beliau ber-kata, hijrah mengupaya peniaga kecil yang tiada modal mence-bur diri dalam keusahawanan.

Beliau berkata, ikhtiar mem-bangunkan usahawan kecil ada-lah strategi jangka panjang bagi membasmi barah kemiskinan di Selangor.

l Menawarkan modal tambahan yang mudah, cepat dan tidak membebankan.

l Menggalakkan budaya menabung di kalangan penjaja dan peniaga kecil.

l Mewujudkan rangkai- an usahawan yang operasional.

l Membina usahawan yang berwawasan dan berdaya saing serta berkemahiran dan juga proaktif.

“Tanpa pembiayaan program, rakyat tidak mampu memulakan perniagaan memandangkan kos sara hidup dan modal pusingan membebankan.

“Kita juga sedar dengan sta-tus ekonomi negara hari ini apa-bila golongan miskin terus ter-perangkap dengan belenggu kemiskinan," katanya.

MATLAMAT PROGRAM HIJRAH

SELANGOR

Page 7: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

7Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

Utama

kUALA SELANGOR - hijrah Selangor adalah program Mik-rokredit Bersepadu gagasan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Ia menggabungkan skim mikrokredit SKIMSel, MIMBAR dan WAlA yang dilaksanakan Kerajaan Selangor sejak 2010.

hijrah membantu peniaga meluaskan perniagaan dengan menawarkan modal tambahan yang mudah, cepat dan tidak membebankan.

Ia bertujuan melebar kelas menengah di Selangor yang diungkap Dato’ Menteri Besar pada pembentangan Belan-jawan 2015.

Ia diharapkan dapat dicapai melalui pendekatan pelaksa-naan sistem penyaluran modal tambahan berkesan kepada pe-niaga kecil.

Yayasan Dar Al Qard Al hasan Selangor (YAQS) ditugaskan mewujud sistem pengeluaran modal mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil.

Mereka didapati kerap ber-

depan masalah kekurangan modal dan peluang memper-oleh modal tambahan atas pel-bagai faktor.

Berikutan itu, Kerajaan Se-langor sebagai penganjur pro-gram memberi modal pusingan pelaksanaan program berjumlah RM100 juta melalui empat skim.

Ia satu-satunya institusi yang menawarkan pinjaman, tabung-an dan pelaburan dalam satu urus niaga, selain menawarkan beberapa perkhidmatan lain.

Falsafah program hijrah berteras konsep 'Pinjaman Asas Simpanan' bermaksud, pinjaman diberi sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan.

Ia diharap menghasilkan pu-langan lebih tinggi dan lebihan pulangan akan dimasukkan ke Tabung hijrah Selangor untuk manfaat penjaja dan peniaga ke-cil individu mahupun kelompok.

Pengurusan program mene-roka peluang perniagaan susu-lan bagi kepentingan dan man-faat usahawan hijrah Selangor melalui penubuhan Koperasi hijrah Selangor.

RM100 juta bantu peniaga

l Sabak Bernam l Sungai Besar l Hulu Selangor l Tanjung Karang

l Kuala Selangor l Selayang l Gombak l Ampang l Pandan l Hulu Langat l Serdang l Puchong l Kelana Jaya l

Petaling Jaya Selatan l Petaling Jaya Utara l Subang l Shah Alam l Kapar l Klang

l Kota Raja l Kuala Langat l Sepang

SKIM TAWARAN PINJAMAN PROGRAM HIJRAH

*SKIM 3 & 4 hanya ditawar kepada peminjam yang tamat pinjaman pusingan pertama dengan disiplin kredit yang memuaskan.

50 minggu (12 bulan) 100 minggu (24 bulan) 150 minggu (36 bulan)

50 minggu (12 bulan) 100 minggu (24 bulan) 150 minggu (36 bulan)

50 minggu (12 bulan) 100 minggu (24 bulan) 150 minggu (36 bulan)

50 minggu (12 bulan) 100 minggu (24 bulan) 150 minggu (36 bulan)

Tempoh Bayaran

RM3,000-RM5,000

RM6,000-RM10,000

RM15,000-RM20,000

RM30,000-RM50,000

Pinjaman

KELEBIHANSatu-satunya institusi yang menawarkan:

l TIGA perkhidmatan dalam SATU urus niaga (Pinjaman + Tabungan + Pelaburan)l Khidmat kaunseling anak cemerlangl Khidmat runding pengurusan perniagaanl Khidmat Insuran Takaful Pinjamanl Tawaran skim Hijrah jangka panjang.

SENARAI CAWANGAN

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi ibu pejabat Hijrah Selangor di Tingkat 2, Bangunan Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor atau:

Telefon: 03-5544 7622 atau Faks: 03-5510 5829

Laman Web: www.hijrahselangor.com

SKIM 1

SKIM 2

SKIM 3

SKIM 4

1

234

Page 8: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

Tempatan8 Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

Adun kinrara, Ng Sze Han mengedarkan apron percuma di pasar pagi Puchong Jaya kepada para wanita sempena Hari Ibu

Adun Hulu kelang, Saari Sungib merasmikan Pelancaran kiosk Usahawan Wanita & Belia Jawatankuasa penduduk (JkP) Zon 4 di kawasan perniagaan Ukay Perdana

Adun Batu 3, Rodziah Ismail beramah mesra bersama penghuni Pangsapuri Polis Seksyen 20 di Program Gotong-royong Perdana kawasan MPP Zon 7 Shah Alam (Seksyen 20,19)

Adun kota Anggerik, Yaakob Sapari meraikan pelajar cemerlang SPM 2014 dun Anggerik di Sekolah Menengah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Seksyen 10 Shah Alam

Page 9: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

9Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

Page 10: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

Seni10 Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

Jiwa-jiwa yang hilang

Ambillah tanganku -kita menari di samping caker-waladitemani para bintangmenyinarseperti mimpi-mimpi.

dakaplah akutika malam-malam sejukmencebur tulang dan kulitsampai beku.

biarkan lagu meruntuh khayalmengoyak tembok realitisehingga cebisan-cebisan yang terkecil.

dan angin akan membawa kita terbangmenjadi jiwa-jiwa yang hilang

Johan Radzi

Selepas dua tahun tanpa acara pentas, Frinjan, acara menggabung se-ni, fesyen, muzik, akti-

visme dan begitu sinonim dengan anak muda be, kembali berpencak.

Tidak seperti sebelumnya - berlang-sung di tengah-tengah bandar, kali ini berpindah ke pinggir kota, di Taman Medan yang kerap disumpah kontro-versi.

Bermula petang 3 Mei lalu, jualan buku, zine dan aneka aksesori anak muda terus menggamit pengunjung setempat ma-hupun peminat tegar dari jauh, bersantai santak menjelang tengah malam.

Di pentas, kelompok anak muda me-lontar muzik bingit; diselangi kemerduan melankolik kisah teruna dara atau bersa-jak tentang karenah dunia akhirat atau ketidakadilan sosial mahupun politik.

Mereka antaranya, Abstrak hingga Ke

Bulan, Instake, Spooky Wet Dreams, Zine Satu Malam, Cech Adrea, Night Skies & Visions dan Jaggfuzzbeats.

Dari gadis genit berfesyen moden hingga perempuan bertudung labuh, malah perawan berniqap ataupun jejaka berjean lusuh hingga segelintirnya berka-cak kemas, semuanya ada.

Jualan Rumah Kebajikan Austime juga tidak terkecuali, malah diberi slot untuk mendidik pengunjung perihal manusia tidak semuanya sempurna, tidak semua-nya bernasib baik.

hujan tiba-tiba melebat hingga basah pentas acara, tempiasnya menampar pe-ngunjung yang nyaris lencun tapi nyaring muzik dan aksi bertenaga terus meriah.

Penampilan Adun Taman Medan, hani-za Talha mendeklamasi sajak Jiwa hamba karya Sasterawan Negara, Usman Awang dan Penggerak Puisi Jadi Senjata, Fazallah Pit seakan-akan membakar titis-titis hu-jan, hangus menjadi becak depan pentas.

Dan, malam makin pekat, kelibat hujan tidak lagi merenyai; pengunjung mulai pulang walau barangkali berharap keran-cakan malam tidak berakhir menjadi se-sepi siang.

Page 11: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

Kirim cerpen dan puisi kepada [email protected] untuk disiar di halaman ini setiap minggu. Karya yang terpilih akan dinilai untuk pemberian anugerah - Ketua Pengarang

11Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

Cerpen

Oleh RidhWan Saidi

Sebatang salib pan-jat turun dari pun-cak gereja di ibu-kota. Salib itu kau.

Kau sarung jaket denim lalu menapak ke pub di hujung lorong. Dalam perjalanan, azan Isyak berkumandang. Tak pernah kau ke pub sea-wal ini. Tapi apa pun malam ini mesti cepat sebab be-sok pagi Ahad, waktu pal-ing penting dalam profesion kau selaku salib. Kau tak nak pengunjung-pengunjung ke gereja di pagi Ahad tanpa melihat keberadaan kau di puncak gereja, kan?

Mungkin aku tertanya ba-gaimana tiang salib boleh kenal azan? Beginilah, ia seperti yang biasa kau cer-ita kat kawan-kawan kau, “Kita ni hidup dalam negara majmuk yang paling berto-leransi kat dalam dunia. Ke-napa mesti kau jahil dengan agama lain? Takkan begitu sempit keluasan akal yang dikurnia Tuhan?”

Kau sampai Gogol’s Place dan premis itu lengang. Kau terus ke bar mendapatkan Joe, bartender warga Filipi-na. Dia leretkan air kencing setan kegemaran kau. Kau minum bagai nak rak hingga tak sedar yang pub itu makin sesak dan bising. Kau malah tak sedar siapa duduk di sebelah kau sebelum dia te-gur, “Ada lighter?”

Kau angguk dan keluar-kan lighter dari poket jaket dan nyalakan rokok dia. Kau tertanya samada dia lelaki atau perempuan, tapi semua itu dah tak penting sebab sekarang kau dah benar-benar mabuk untuk bezakan pondan atau bapok. Kau ta- nya dia jam pukul berapa dan kau dapati kau tengah cakap dengan kerusi kosong. Kau pandang lantai tarian dan Santa Claus sedang menari bersama salah seekor ru-sanya. Kau tak hairan sebab kau tahu Santa hanya kerja sehari dalam setahun iaitu pada malam sebelum Kris-mas, menunaikan perminta-an-permintaan kanak-kanak dengan memberikan mereka hadiah. Maka tidak hairanlah

Santa sedang berfoya-foya bersama salah seekor rusa kegemarannya di pub ini.

Kau tegur Santa tapi be-liau seakan dilambung ek-stasi.

“Pil kuda,” kata rusa itu sebelum menambah, “Beliau telan pil kuda.”

Wajah rusa itu kabur, kau tak jelas dengan apa yang diperkatakannya. Kadang-kala muka rusa itu kelihatan seperti keldai.

Kau menjarakkan diri lalu keluar dari premis itu. Lam-pu jalan dan biasan neon bercampur dengan bayang-bayang lalu merangkak pada tubuh kau, menarik diri kau kembali ke mana kau patut berada iaitu di puncak gere-ja mendekatkan diri dengan Tuhan.

Kau menapak balik ter-huyung-hayang. Setibanya di perkarangan, kau tang-galkan jaket dan panjat naik ke puncak. Kau depakan ta-ngan dalam keadaan sober mengadap terbit fajar. Kau menikmati mentari kurniaan Tuhan. Lalu kau pandang ke arah manusia-manusia alim di bawah yang berpusu-pusu ke gereja, tapi kali ini tak macam pagi Ahad lain. Ada jentera bomba dan manusia-manusia statik berdiri. Mere-ka rakam foto dan video kau pakai fon dan tablet. Mereka tenung dan bergosip fasal kau. Kau tak pasti apa tapi dari riak wajah seolah me-reka nak cungkil mata kau. Langit makin biru dan kau rupanya tengah depakan ta-ngan atas kubah masjid.

Memalukan. Itu apa yang boleh kau fikir atas tindak ke-silapan kau. Kau berjanji tak akan minum lagi. Kau ran-cang nak buat sidang me-

dia untuk buat permohonan maaf secara terbuka di atas kecuaian kau, tapi semua-nya dah terlambat. Kau ditu-runkan oleh anggota bomba bertubuh sasa (rujuk kalen-der rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat 2015).

Dalam perjalanan pulang ke gereja, kau dibaling de-ngan sayur busuk, diludah dan dicaci. Joe, bartender Gogol’s Place, orang terakhir yang kau fikir akan jumpa, datang memeluk kau, ber-solidariti dan bersama-sama dicaci, diludah dan dibaling sayur busuk.

Kau tanya Joe kenapa dia sanggup buat begitu se-dangkan tiada talian per-saudaraan. Dan Joe kata, “Saja… hobi.”

Tajuk berita terkini tenga-hari itu berbunyi, ‘Salib di puncak masjid. Angkara sia-pa?’ Salib-salib lain di pun-cak dan dinding gereja me-ngelengkan kepala apabila mengetahui perkhabaran ini.

Isu ini dibawa ke jalanan melalui protes aman dan di-siarkan secara lang-sung di kaca tivi dan muka depan surat khabar. Kau tak sem-pat join sebab malam itu kau dihadapkan ke tribunal Salib seMa-

laysia yang dihadiri salib-sa-lib dari rantau Asia Tenggara. Ada khabar angin menga-takan bahawa delegasi salib dari kota Vatican turut hadir.

Meski kau cuak, kau akui kesilapan kau dan hu-kuman dijatuhkan secara musyawarah. Kau cuba ra-suah hakim dengan wang simpanan KWSP akaun 2 kau, tapi tak lepas sebab kau dah gunakan duit itu untuk beli laptop dan kau bukan siapa-siapa lagi pun. Kau cuma salib di sebuah gere-ja marjinal di ibukota. Lalu segera kau dicampak ke ne-raka untuk dibakar semen-tara penjenayah kolar putih yang lepas via rasuah, me-ngadakan kenduri kesyukur-an dengan hidangan juadah kambing golek, kebab, ketu-pat, satay dan wain hangat. Tawa hilai ho! ho! ho! tetamu kehormat yang terdiri daripa-da orang-orang kenamaan ditemani para gundik mereka berselang dengan lolongan azab kau dipanggang api neraka.

Kita ni hidup dalam negara majmuk yang paling bertoleransi kat dalam dunia. Kenapa mesti kau jahil dengan agama lain? Takkan begitu sempit keluasan akal yang dikurnia Tuhan?”

Page 12: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

Tempatan12 Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

Penantian CF 12 tahun berakhirOleh SYASYA SUFIAN

SERI kEMBANGAN - Penantian 12 tahun penduduk Peruma-han Pangsapuri Sri Indah (Fasa 1), lestari Perdana kini berakhir apabila pemiliknya menerima Sijil layak Menduduki (CF).

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh, berkata projek melibatkan 1,440 unit rumah itu siap pada 2003 tetapi CF tidak dikeluarkan ekoran pemaju ter-dahulu gagal menyempurnakan infrastruktur.

“Saya berbangga dengan usaha Majlis bersama lembaga Perumahan dan hartanah Se-langor (lPhS) selesaikan isu itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sijil layak Menduduki Projek Peru-mahan Pangsapuri Sri Indah, 9 Mei lalu.

PKNS digesa naik taraf bangunan lamakUALA LANGAT - Perbadan-an Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) disaran menaik taraf deretan lima kedai kayu mi-liknya kepada bangunan batu.

Adun Morib, hasnul Baha-rudin berkata, bangunan batu lebih konkrit dan tahan lasak berbanding kayu yang mudah terbakar.

“Rasanya tiada lagi bangun-an kayu di Banting melainkan milik PKNS. Naik taraf bangunan berusia lebih 40 tahun itu bagi mengimbangi pembangunan

pesat,” katanya kepada Sela-ngor Kini.

Sekitar jam 1 pagi 6 Mei lalu, tiga daripada lima kedai di Jalan Sultan Abdul Samad hangus di-percayai akibat litar pintas.

“Mujur bomba sempat meng-halang api dari merebak ke dua kedai lain. Paling terjejas ialah kedai kasut selain pakaian dan percetakan di sebelahnya,” ka-tanya.

Tiada kemalangan jiwa di-lapor dan kerugian dianggar lebih RM500,000.

Pergerakan tanah Seksyen 7 dipantauSHAH ALAM - Pemantauan dibuat bagi mendapatkan ba-caan pergerakan tanah di tapak pembangunan Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini yang mendap dan menyebabkan 12 pemilik dipindah.

Pengurus Perhubungan Awam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) meminta pemaju menjalankan kerja pembangunan bersebe- lahan tapak insiden meneruskan pemantauan tiga bulan lagi.

“Pemaju dan PKNS dipanggil

pada 20 Mei depan bagi mem-bentang penemuan awal ke-mungkinan berlaku lagi perge-rakan tanah atau tidak,” katanya pada kenyataan media.

Ishak berkata, semua 12 unit rumah terlibat kejadian tanah mendap 2 April lalu mengo-songkan premis dan menetap di rumah sewa di sekitar lem-bah Kelang.

Katanya, PKNS menyedia-kan elaun rumah sewa RM2,000 hingga RM2,500 kepada pemilik rumah terlibat sehingga rumah mereka disahkan selamat.

Seorang penerima, Pek Yok lin, 55, berkata penan-tian hampir 10 tahun bera-khir apabila hak pemilikan rumah kini terbela.

“Saya berterima kasih atas keprihatian kerajaan negeri terhadap kesusahan dan keperluan rakyat,” ka-tanya kepada Selangor Kini.

Suri Rumah, Guljit Kaur, 50 pula menunggu 12 ta-hun untuk mendapatkan sijil itu.

“Sebelum ini hanya sijil sementara. Bagaimanapun jika alami masalah, kami terpaksa tanggung sendiri kerana sijil sah belum dimi-liki," katanya.

Sebelum ini hanya sijil sementara. Bagaimanapun jika alami masalah,

kami terpaksa tanggung sendiri kerana sijil sah belum dimiliki

guLjit KaurSuri Rumah

Saya berterima kasih atas keprihatian kerajaan negeri terhadap kesusahan dan keperluan rakyat

PeK YoK Lin

Page 13: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

13Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

Tempatan

‘Indahnya Menjadi Ibu’SHAH ALAM - Perasaan terharu terpapar di setiap wajah kira-kira 300 wanita yang dirai sempena sambutan hari Ibu di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.

Bertema ‘Indahnya Menjadi Ibu’ anjuran Pertubuhan Kebajik-an dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), sambutan itu se-bagai pengiktirafan kepada go- longan ibu sempena hari Ibu.

Isteri Dato’ Menteri Besar, Shamshida Taharin, berkata ia hari paling istimewa untuk me-rai individu yang memberi kehi-dupan kepada seorang anak.

Katanya kasih ibu sangat is-timewa dan tiada tandingan ke-rana sanggup berkorban demi kebahagian anak-anak.

Zaidy terima Anugerah Presiden

SHAH ALAM - exco Selangor, Zaidy Abdul Talib menerima Anugerah Presiden Sempena Majlis Konvokesyen Institut la-tihan Kepimpinan Dan Perka-deran Dakwah Islamiyah (Il-hAM) 10 Mei lalu.

Adun Taman Templer itu menerima anugerah berikutan pencapaian kecemerlangan da-lam akademik, sumbangan ke-pada masyarakat, keterlibatan aktif dalam politik dan kecemer-langan keluarga.

“Ilmu penting dalam me-nelusuri perjuangan. Perjuan-gan tanpa ilmulah menyebab-kan tindakan ekstrem dan melampaui batasan seperti IS dan seumpamanya.

"Diharap ia memberi suntikan semangat kepada masyarakat untuk terus belajar dan menun-tut ilmu walau sudah berusia dan dalam kekangan masa,” ka-tanya kepada Selangor Kini.

Majlis di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Ta-man Melewar, Gombak itu di-hadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang.

Zaidy bersama 293 orang lain menerima Ijazah Diploma Tasawwur Islam.

Beliau melanjutkan pelajaran dalam Fakulti Syariah di Univer-siti Islam Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru, Riau, Indonesia dan sedang menyiapkan tesis fasa terakhir.

Siap sedia hadapi peralihan monsunSHAH ALAM - Jawatankuasa Tebatan Banjir Selangor diarah bersiap sedia menghadapi pe-rubahan monsun ekoran cuaca tidak menentu.

exco Infrastruktur, Kemu-dahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, ia selaras dengan strategi 6P yang diguna pakai bagi me-ngatasi banjir.

“Kita sudah minta urusetia task force keluarkan surat kepa-da pihak berwajib menjalankan kerja persiapan banjir.

“Kita juga sudah arah-kan semua kerja penyeleng-garaan selesai dan bersedia menghadapi lebihan hujan,” katanya kepada Selangor Kini.

Jabatan Meteorologi mera-mal cuaca tidak menentu di Pantai Barat Semenanjung ekoran peralihan monsun dari Monsun Timur laut ke-pada Monsun Barat Daya.

Jabatan itu menjangka hu-jan lebat dan kilat pada wak-tu petang.

“Ibu mengetepikan impian-nya demi memenuhi keperluan anak untuk memastikan ke- sejahteraan dari segi fizikal dan emosi.

“Setiap kesakitan dan keresa-han anak mahu diredakannnya kerana kebahagian anak adalah kebahagian buat ibu,” katanya.

Sebagai ibu kepada enam anak, Shamshida turut mendepani cabaran membesar-kan anak yang setiap mereka is-timewa di sebalik personaliti dan minat berbeza.

Beliau turut menerima keju-tan apabila anak-anaknya meng-hadiahkan jambangan bunga ros sebagai tanda penghargaan.

Shamshida kemudian mem-

beri jambangan bunga kepada ibunya, Siti Rahmah Ismail, 78 dan ibu mentuanya Che Tom Yahya, 80.

Ibu mengetepikan impiannya demi memenuhi keperluan anak untuk memastikan kesejahteraan dari segi fizikal dan emosi

ShaMShida taharinPengerusi Pekawanis

Page 14: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

Tempatan14 Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

MoU UNISEL dan 4 universiti TurkiSHAH ALAM - Universiti Canik Basari menjadi institusi penga-jian tinggi keempat Turki be-kerjasama dengan Universiti Selangor (UNISel).

Sebelum ini, tiga lain ialah

Universiti Suleyman Demirel, Universiti Attaturk dan Uni-versiti Zirve, masing-masing selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama UNISel.

Terbaru, UNISel menanda-tangani MoU dengan Rektor Universiti Canik Basari, Prof Dr Yunus Bekdemir di Kampus Shah Alam di sini, 12 Mei lalu.

Antara intipatinya, kata Naib Canselor, Prof Dr Anuar Ahmad, berkata ialah program pertu-

karan pelajar serta kakitangan.Beliau yakin MoU itu mem-

beri manfaat kepada kedua-dua universiti dalam pendidik-an dan mereka merancang menjalankan penyelidikan bersama.

“Mereka berminat tawarkan pekerjaan kepada graduan kita bagi jangka masa panjang,” ka-tanya yang percaya reputasi UNISel di Turki memainkan peranan universiti itu untuk menjalin kerjasama.

Penerangan Reformasi kepada warga emasSHAH ALAM - Sekumpulan warga emas diberi penerangan mengenai proses Reformasi se-jak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Se-langor.

“Dengan itu, rakyat tahu dan faham apa yang kita lakukan, bukan setakat mengetahui-nya melalui berita sahaja,” kata Speaker Dewan Negeri Sela-ngor (DNS), hannah Yeoh.

Seramai 44 warga emas dari Senior Citizens Club Subang Jaya berusia antara 60 hingga 85 tahun melawat DNS 6 Mei lalu.

Mengikut kajian, kebanya-

kan sokongan terhadap Pakat-an datang dari golongan muda manakala bakinya takut mem-buat perubahan.

hingga kini, kata hannah, DNS menerima lebih 300 pela-wat sejak awal tahun dan ber-harap jumlah itu bertambah dari masa ke masa.

“Kita alu-alukan lawatan per-satuan, pertubuhan, sekolah. Sama ada dalam atau luar Sela-ngor. Tahun lalu, kita bawa ke-tua rumah panjang Sabah dan Sarawak melawat.

“Kita mahu DNS rapat dan mesra dengan rakyat tanpa mengira usia,” katanya.

LZS mahu bantu mualaf lima anakSHAH ALAM - Nasib seorang ibu yang terpaksa membesar-kan lima anak dengan bergan-tung hidup kepada ihsan jiran mendapat perhatian lembaga Zakat Selangor (lZS).

Pengurus Besar Komunika-si Korporat lZS, Norajun Ai-nun Mohd hashim, berkata lZS membuat siasatan bagi melihat bentuk bantuan yang perlu.

“Kita boleh beri bantuan kecemasan terlebih dahulu. Bancian akan dilakukan mela-

lui keperluan ‘haddul Kifayah’ bagi menyemak semula kadar keperluan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau merujuk kisah Sofia Abdullah, 39, yang tinggal di rumah kosong dilelong bank di pangsapuri kos rendah di Puchong Perdana.

Difahamkan, semua anaknya tidak bersekolah dan tiga dari-padanya tiada dokumen pe-ngenalan diri manakala Sofia yang memeluk Islam sebelum berkahwin tiada sijil nikah.

Page 15: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

15Selangorkini 15 - 22 Mei 2015

Tempatan

Oleh ASRI SAPFIE

MERU - Peruntukan naik taraf dan kemudahan sukan dinaik dari RM800,000 kepada RM1.1 juta dengan setiap DUN memperoleh RM20,000.

exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pem-bangunan Keusahawanan, Amirudin Shari, berkata peruntukan itu diurus-kan DUN tanpa perlu mendapat ke-lulusan di peringkat exco.

“Diharap setiap DUN membaik pulih atau menambah kemudahan sukan hujung tahun ini mengguna-kan peruntukan itu,” katanya kepada Selangorkini.

Merasmikan Kejohanan Futsal Selangor liga PlUS peringkat DUN Meru, 11 Mei lalu, Amiruddin ber-harap Kejohanan itu dapat mencung-kil bakat baru sebagai atlet pelapis.

“Ramai mahu sertai. Selalunya jum-lah penyertaan melebihi had yang ditetapkan bagi setiap kejohanan.

Peruntukan naik RM1.1 juta

SHAH ALAM - Pelan pemba-ngunan jangka panjang pem-bangunan bola sepak Selangor dijangka siap sepenuhnya sebe-lum Ogos tahun ini.

exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan, Amirudin Shari, berkata ia meli-batkan pelbagai peringkat usia bermula kanak-kanak.

“Ini langkah dalam memas-tikan sebahagian besar pemain Selangor berasal dari negeri ini.

“Kita mahu mengekalkan tra-disi Selangor sebagai pengeluar

pemain berkualiti di Malaysia,” katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas perkembangan sukan lain, beliau berkata, pelan pembangunan sukan peringkat daerah sedang dilaksanakan.

“Petaling Jaya fokus kepada olahraga dan badminton, Klang pula hoki dan begitu juga lain-lain.

“Buat sementara, kita man-faat dahulu tenaga kerja di per-ingkat pihak berkuasa tempa-tan (PBT) walaupun sedar untuk berkembang baik kita perlukan staf sepenuh masa,” katanya.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedia mempertimbang keperlu-an penganjuran piala bola sepak wanita jika permintaan tinggi.

exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan, Amirudin Shari, berkata pem-bangunan sukan wanita turut diberi sokongan.

“Kita sedia pertimbang jika permintaan tinggi. Kita sokong program sukan wanita seperti

Piala Cardiff City baru-baru ini,” katanya kepada Selangorkini.

Menyatakan sistem pem-bangunan jangka panjang se-dang dirangka, beliau berkata, pembangunan sukan bersifat menyeluruh tanpa mengira per-bezaan gender.

“Jika berjalan baik, kita mampu mengekal prestasi terbaik Sela-ngor di peringkat kebangsaan, se-terusnya melahirkan lebih ramai atlet berkualiti,” katanya.

WAKTU SOLAT SeLAngOr15 - 22 Mei 2015

26 REJAB - 4 syaaban 1436H

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Gombak, hulu Selangor, Rawang, hulu langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala langat

15 Mei 5:31 5:41 7:02 1:12 4:34 7:20 8:3316 Mei 5:31 5:41 7:02 1:12 4:34 7:20 8:3317 Mei 5:31 5:41 7:02 1:12 4:35 7:20 8:3418 Mei 5:30 5:40 7:02 1:12 4:35 7:20 8:3419 Mei 5:30 5:40 7:02 1:12 4:35 7:20 8:3420 Mei 5:30 5:40 7:02 1:13 4:35 7:20 8:3421 Mei 5:30 5:40 7:01 1:13 4:36 7:21 8:3422 Mei 5:30 5:40 7:01 1:13 4:36 7:21 8:35

15 Mei 5:33 5:43 7:04 1:14 4:36 7:22 8:3516 Mei 5:33 5:43 7:04 1:14 4:36 7:22 8:3517 Mei 5:33 5:43 7:04 1:14 4:37 7:22 8:3618 Mei 5:32 5:42 7:04 1:14 4:37 7:22 8:3619 Mei 5:32 5:42 7:03 1:14 4:37 7:22 8:3620 Mei 5:32 5:42 7:03 1:15 4:37 7:22 8:3621 Mei 5:32 5:42 7:03 1:15 4:38 7:23 8:3622 Mei 5:32 5:42 7:03 1:15 4:38 7:23 8:37

“Juara bagi setiap DUN layak bertanding peringkat negeri sekali-gus merancakkan lagi sukan di Se-langor,” katanya.

lebih 200 pemain melalui 32 pasukan dari seluruh DUN Meru bertanding merebut hadiah RM2,000.

Pelan pembangunan bola sepak siap Ogos

Exco: Tiada perbezaan gender

Page 16: PERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 www ... filePERCUMA 15 - 22 Mei 2015, 26 Rejab - 4 Syaaban 1436 Penjawat awam ‘kantoi’ main snuker Oleh SYASYA SUFIAN SHAH ALAM

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd (140879-U), No. 8, Jalan Sekinchan 26/9, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor. Telefon: 03-51929800 Faks: 03-

Oleh LIZAWATI MAdFA

PETALING JAYA - Pengan-juran Selangor Cyber Games International lebih kompetitif dengan penyertaan lebih ra-mai pemain antarabangsa, dua tahun lagi.

exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan, Amirudin Shari, berkata Selan-gor sedang bertatih tetapi mam- pu jadi peneraju e-Sukan.

“Walaupun ada persepsi

negatif tetapi banyak sudut positif dimanfaat dengan me-wujudkan suasana harmoni antara aspek fizikal dan e-sukan ini,” katanya.

Kejohanan di e-Strand Mall pada 9 dan 10 Mei lalu me-nawarkan hadiah wang tunai lebih RM200,000 itu menarik mi-nat lebih 1,200 penyertaan ter-masuk dari lapan negara luar.

Tujuh jenis permainan e-sukan ditawar iaitu MGPl SeA Season 7, ACG Dota 2 Ametuer Cup, ACG CSGO Grand Finals,

Selangor FIFA 15 Cup, Sealngor F1 Racing Cup, Cosplay Compe-tition dan Dot Arena.

Amiruddin juga menyifatkan penyertaan lebih 500 peserta luar negara sebagai di luar sasaran.

“Kita sasar penyertaan dari Asia Tenggara sahaja tetapi tu-rut terima penyertaan dari Chi-na dan Korea Selatan.

“Jika momentum kekal, kita mampu menarik generasi muda dan peminat e-sukan seluruh dunia,” katanya kepada Sela-ngor Kini.

Bakal peneraju e-sukan

PETALING JAYA - Pengan-juran Selangor Cyber Games medan terbaik penggemar permainan e-sukan di Ma-laysia beraksi secara profe-sional.

Menganggotai Insidious Gaming Malaysia, Seth Mar-cus Roth, 19, berkata pertandi-

ngan itu memberi pe- luang untuk mere-

ka berentap de-ngan pemain

a n t a r a -bangsa.

PETALING JAYA - Pasukan Ko-rea Selatan, MVP hot6ix men-gungguli kejohanan Selangor Cyber Games International 2015 menerusi permainan MPGl SeA Season 7.

Mereka, sebuah organisasi e-sukan Korea terkenal yang dianggotai lima anak muda membawa pulang wang tunai USD30,000 beserta pingat dan sijil penyertaan.

Seorang anggotanya, Seung Gon lee, 28, atau heen antara personaliti e-sukan yang dike-nali ramai dalam permainan Dota.

Naib juara disandang eP dari China yang membawa pulang USD10,000 manakala tempat ketiga GIGABYTe Mineski dari Filipina (USD7,000).

Acara lain ialah ACG Dota 2 Ametuer Cup, ACG CSGO Grand Finals, Selangor FIFA 15 Cup, Se-langor F1 Racing Cup, Cosplay Competit ion dan Dot Arena.

Korea juara utama Selangor Cyber Games

Peluang berentap dengan pemain antarabangsa

“Walaupun begitu masih terdapat ruang untuk pengan-jur beri perhatian di masa akan datang.

“Rasanya ruang dewan per-tandingan perlu lebih luas bagi memberi keselesaan ke-pada peserta,” katanya kepada Selangor Kini.

Peserta Korea Selatan, Se-ung Gon lee, 28, berharap pe-nyertaan lebih ramai pemain profesional pada masa depan untuk permainan lebih kom-petitif.

“Walaupun ramai peserta ‘otai’ tetapi kami yakin berpe-luang meraih kemenangan,” katanya yang menganggotai MVP hot6ix.Seung Gon Lee

Seth Marcus Roth

TERUJA...Exco Pembangunan

Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan

Keusahawanan, Amirudin Shari

menunjukkan aksi bermain permainan

siber semasa perasmian Selangor

Cyber Games International 2015

di E-Strand Mall yang disertai 1,200 peserta termasuk dari lapan

negara luar. Kejohan-an itu diharap dapat

merancakkan industri E-Sukan di negara ini G

amba

r ole

h As

rie S

apfie